Monday 5 October 2015

ORANG SABAH JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!

Tidak lama sebelum ini, dalam program turun ke negeri-negeri untuk menjelaskan isu 1MDB serta mengumpul semula sokongan berikutan serangan Tun Mahathir Mohamad terhadapnya, Tawau adalah bandar kedua  selepas Perlis yang dipilih oleh Najib Razak untuk bertemu rakyat.

Dikhabarkan Tawau dipilih kerana di situ merupakan tempat paling ramai orang Bugis menetap. Alaaa....Najib kan pahlawan Bugis!!

Tapi kini giliran Tun Mahathir Mohamad pula turun ke Tawau. Kenapa Tawau juga jadi pilihan? Di depan orang Bugis, apakah Najib terus "dibelasah" lagi oleh Tun Mahathir?

Untuk orang-orang Sabah, jangan kasi lepas ini peluang bahh....(SH 05/10/2015)

13 comments:

  1. Isu 1MDB dan derma 2.6B ni dah berlarutan terlalu lama. Semua ini adalah liabiliti kepada BN. Pembangkang pula lebih bijak kali ni, hanya yang faham isu 1MDB jer yang buka mulut. Yang tak faham, tak bising. The end is near for umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tak faham, lebai2 PAS. Yg meteka faham, kutuk org Amanah pagi n ptg. Dh jadi wirid harisn.

      Delete
  2. Kasihan sama Tun berkejar ke sana sini berseorangan mempertahankan negara. Jika dulu zaman Anwar 'dizalimi' ramai juga yang sanggup dizalimi kerananya hinggakan hilang jawatan dan kedudukan. Sekarang dalam keadaan Tun merasakan dirinya dizalimi tiada yang sanggup (berani ke depan) dizalimi bersamanya. Ternyata Najib lebih kuat (baca zalim) dari Dr Mahathir. Najib menjadikan Dr Mahathir yang sangat berpengaruh makin luntur pengaruhnya. Benarlah pepatah 'what goes around comes around'. Dunia ini bulat, bukan? Bertabahlah Tun. Buat rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kemakmuran negara, teruslah berdoa. Moga Allah memperlihatkan kita yang benar itu benar, yang bathil itu bathil, dan menyuburkan kebaikan kemuliaan dalam diri pemimpin dan masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat perlu bersama tun.. Andai tun tersungkur ketika ini.. Manusia tetap mengangap tun tersunkur kerana berjuang.. Andai lg najib yg rebah kala ini. Rebahnya adalah dalam hinaan.. Ada pula tun berjaya.. Jayanya itu penuh penghormatan.. Dan pula najib yg terus berkuasa.. Tentu sentiasa dalam gundah dan cacian... Hidup adalah pilihan..

      Delete

    2. Zaman Anwar, ramai yang sanggup dizalimi dan sehingga hilang jawatan.

      Zaman Najib, ramai yang jadi pembodek tahap macai sehingga di lantik jadi menteri.

      Delete
  3. Pendapat saya. Setuju sgt 1mdb dan derma 2. 6b adalah liabiliti.. Lebih tepat najib adalah liabiliti negara.. Saya kira pembangkang bukan lebh bijak atau kuat ketika ini tapi bn yg lebih lemah dan kurang bijak.. Fahaman utama ketika ini difikiran rakyat bekenaan isu 1mdb ni ramai yg faham dan tahu ada yg tak kena dan lebih ramai yg tak percaya derma ikhlas 2.6b tersebut walau org kg sekali pun. Apapun bn tetap menang utk pilihanraya akan dtg atas sbb undi melayu belum sampai tukar kerajaan dan pula najib mesti akan guna pengaruh money is king beliau.. Bn hanya boleh tumbang dari dlm sahaja.. Kalu dari luar.. Rakyat perlu suatu pimpinan lain utk kalahkan bn iaitu kembalikan kuasa sultan dan agong. Sekarang rakyat masih kesorangan.. Pembangkang dgn masalah sendiri yg kian lemah

    ReplyDelete
  4. Dulu tun sediakan laluan naik utk biawak ni..skrg tun kena sediakan laluan turun pulak utknya. Kesian tun..xleh rest krn seekor biawak.

    ReplyDelete
  5. BN akan kalah PRU nanti sebab bukan semua orang melayu akan undi bn. Melayu dah tunjukkan mereka boleh tumbangkan umno di kedah dan terengganu. Fixed deposit melayu di felda pun tergugat kerana saham FGV. Kerusi Parlimen seperti Baling dan Kulim boleh dirampas semula oleh pembangkang, seperti 2008, bila melayu meluat dengan umno. Di perak, bekas posman pun boleh tewaskan umno. Sekarang, tak nampak pun undi melayu akan bertambah untuk bn, undi menurun lagi ada laaaa. Budak budak kampung pun dah baca malaysiakini, malaysia insider, dsb., ramai ada smartphone dah. Duit BRIM 2000 pun tak tentu dapat pancing undi. Orang kampung saya pun dah kata, bagi kami hampas, tapi dia orang main tahap billion. Umno tunggang langgang sekarang. Hanya Tun yang boleh harap. Muhydin? Tak yah lerrr.

    ReplyDelete
  6. Hari-hari Tun menghasut...
    Lama-kelamaan pemimpin UMNO akan lemas.
    Nak tangkap Tun... Berani sangat kah ?
    Lagi lambat bertindak lagi merugikan UMNO.

    Najib akan bertindak apabila sampai maklumat mengatakan bertambah ramai yang hadir ceramah Tun !! Susah sangatkah nak meramai kan sahaja ??

    ReplyDelete
    Replies

    1. Hasutan Tun mula menampakkan hasil.

      UMNO sedang pantau beberapa pemimpin UMNO.

      Teruskan.

      Delete
  7. Tuan Shahbudin, boleh beri maklumat lanjut bila Tun Mahathir akan ke Sabah? Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Alahai info lewat kami dah terlepas peluang hadir bicara negarawan ini. Kenapa tak info awal tuan Shah.. terkilan.

    ReplyDelete

  9. WOW !!
    You Will Not Believe It !!
    >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...