Thursday 8 October 2015

GERTAKAN SAMAN NAJIB TIDAK LAGI DITAKUTI...

Tanpa menunggu tempoh tujuh hari sebagaimana yang diberikan oleh peguam Najib Razak, bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik sebaliknya hanya memerlukan kurang daripada tiga hari saja untuk menjawab gertakan mahu mengheretnya ke mahkamah.

Dr Ling memutuskan tidak akan meminta maaf kepada Najib berhubung kenyataannya yang bersetuju dengan Tun Mahathir agar Perdana Menteri meletakkan jawatannya dengan alasan "telah mengambil wang orang lain untuk dimasukkan ke akaun peribadinya."

Berikutan kenyataan Dr Ling itu, Najib telah menghantar surat tuntutan peguam yang mahukannya meminta maaf, menarik balik dan membayar sejumlah ganti rugi dalam tempoh tujuh hari  atau jika tidak, proses tindakan undang-undang akan dimulakan kerana menganggap dakwaan bekas Menteri Pengangkutan itu sesuatu yang berunsur fitnah.

"Saya kata kepada Perdana Menteri, jika anda memilih untuk menyaman saya, saya akan pertahankan diri saya. Dengan penuh rendah diri, saya terima cabaran anda.

"Saya ingin menyaksikan Perdana Menteri berdiri di kandang saksi kerana tidak syak lagi beliau akan melakukannya bagi membuktikan reputasinya telah tercalar.

"Saya mahu mengulangi sekali lagi bahawa saya mempertahankan apa yang saya katakan. Saya tidak akan memohon maaf," tegas Dr Ling dalam kenyataannya.

Dengan jawapan Dr. Ling itu, beliau seperti  menuruti jejak langkah The Wall Street Journal (WSJ) yang tetap mempertahankan laporannya mengenai wang RM2,600 juta meskipun telah diminta oleh peguam Najib untuk menjelaskan sama ada laporannya itu bermaksud Perdana Menteri telah menyalahgunakan wang 1MDB.

Bagaimanapun, atas ketegasan WSJ mempertahankan laporannya dan sedia ke mahkamah beserta sekali lagi pada minggu lalu memberi jawapan kepada surat kedua sama ada akan menggunakan Akta Speech atau sebaliknya, sehingga sekarang belum juga Najib mengambil tindakan undang-undang sebagaimana yang dijanjikannya.

Secara jantannya, jawapan Dr Ling yang bertegas tidak mahu memohon maaf dan sedia berdepan di mahkamah adalah cabaran terbuka kepada Najib agar segera mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Najib pula,  sebagai pahlawan Bugis yang kononnya gagah berani serta sanggup mengharungi cabaran sehingga bumi berkeping dua, tentulah tidak ada pilihan lain selain bertindak jantan juga dengan terus saja menyaman Dr Ling tanpa berlengah-lengah lagi.

Selepas ini, kita hanya perlu menunggu apakah Najib sebenarnya berani menyaman Dr Ling dan berdiri di kandang saksi bagi mempertahankan reputasinya yang didakwa sudah tercalar itu?

Atau mungkinkah Najib akan melengah-lengahkan lagi masa seperti dalam kes WSJ dengan menghantar satu lagi surat tuntutan kepada Dr Ling bagi memohon penjelasan lanjut pula tentang maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkannya itu?

Harapnya, biarlah hanya WSJ saja yang digertak tapi belum juga disaman dan gertakan saman kepada Dr Ling ini biarlah menjadi kenyataan akhirnya.

Yang nyata, dengan tindakan Dr Ling enggan memohon maaf dan sedia berdepan di mahkamah, gertakan saman Najib tidak lagi ditakuti oleh sesiapa juga pun.

Ia juga secara halusnya bermakna Najib semakin tidak dihormati lagi atas kedudukannya dan kian ramai yang tidak segan-segan membuat pelbagai dakwaan serta mahukannya meletakkan jawatan dengan segera.

Dengan itu, seharusnya lebih ramai yang berani ke depan meminta Najib berundur sambil membuat dakwaan tertentu sepertimana dilakukan oleh Dr Ling ini agar mereka juga kena saman akhirnya.

Lihat apa dakwaan Mahfuz Omar terhadap Najib semalam. Dengan berani beliau mendakwa negara sedang ditadbir pemimpin korup dan menjalankan cara pentadbiran seperti kumpulan mafia.

Pujian sebenarnya harus diberikan dan harapnya Najib akan turut memulakan tindakan mahkamah terhadap Mahfuz juga.

Maka, selepas itu biarlah Najib hanya sibuk turun naik mahkamah saja dan mencatat satu lagi  rekod sebagai Perdana Menteri paling banyak berdiri di kandang saksi. (SH 08/10/2015)

31 comments:

  1. Pm makin kumpul byk rekod

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM yang gila GLAMOUR

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Tak bolih salahkan Najib jugak...dia hanya ikut arahan Rosmah supaya hantar surat saman kepada Ling Liong Sik.

      Najib mana ada telor nk buat tanpa arahan??? Daripada dulu macam tu.

      Delete
  2. dia sedang tunggu kapal dia karam. kalau dah layar dikembang dan sauh dilabuh, nak kemana lagi? dia dah terperangkap ditengah lautan yang tak mungkin sampai kedestinasinya. sikap dan nada sombong dan bongkaknya sudah mula memakan dirinya sendiri. mungkin tindakan menyaman itu satu gertakan supaya tiada lagi orang lain yang akan mengkritiknya. sebenarnya hanya lalakan kosong. dia tak perasan rakyat sedang mentertawakan dan mengejek dia yang terpekik terlolong ditengah lautan tuh.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Lebih malang sauh tak sampai ke dasar laut. Ini menyebabkan kapal Najib senget tengelam di belakang terjungkit di hadapan.

      Macai-macai yang di suruh berada di hadapan pun dah mengelunsur ke belakang kapal yang tengelam.

      Kapal selam tak datang-datang jugak !

      Delete
  3. nanti dia peguam bijak kata susah kot nak saman Liong Sik sebab nanti depa akan guna akta lain untuk halang saman...ha.ha..

    ReplyDelete
  4. Ok. Skrg tolong bebaskan Khairuddin. Ini double standard. Jika tangkap Khairuddin bwh SOSMA,tangkap Mustapa MITI dan PM Najib bwh SOSMA sbb entah apa yang mereka deal di peringkat antarabangsa yang meragukan was was dgn TPPA mereka terhegeh hegeh nak sgt gi USA nak sgt join niaga dgn USA. Eropah pun tak higin join TPPA. British bekas penjajah malaya pun tak higin. Ckp air liur he jaminan. Mana buktI hitam putih untung ke kita Malaysia ni. Jangan percaya airliur. Percaya bukti pernyataan. Mana diterangkan.

    ReplyDelete
  5. Tahniah tun ling dan mahfuz atas keberaniannya jadi siapa makan cili dia yg rasa pedas hehehe

    ReplyDelete
  6. Tahniah tun ling dan mahfuz atas keberaniannya jadi siapa makan cili dia yg rasa pedas hehehe

    ReplyDelete
  7. Aduh saya cuma risau anak cucu kita yang akan belajar sejarah nanti..... entah mana cerita atau sejarah yang sebenarnya??????? Sekarang pun dah konfius, anyway tahniah kepada mereka yang bersemangat Jebat,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Winners write history.. Najib is a loser,so in future those who rule will describe him as our national destroyer.

      Delete
    2. right on.. bapak penjahanam negara

      Delete
  8. Kah...kah..kah...nak buat pembangunan di johor pun kena minta izin singapura,jangan kata budak tadika...sperma pun tak takut dengan kau lah najib....!!!!apa punya Malang nasib rakyat Malaysia berp.mkan kau najib.....haramjadah!!!

    ReplyDelete
  9. Sebagaimana kebanyakan org2 Melayu melihat Tun M macam bapa mereka, begitu juga kebanyakan org2 Cina melihat Tun Dr Ling juga macam bapa mereka. Betapa bodohnya PM sekarang bergantung segala2nya kepada penasihat bangang menentukan tindakan atau mengertak org2 yg kritikal kepadanya. Kalau Tun M berani menyatakan Najib sebagai pencuri, takkan saja2 ucapkan perkataan itu kalau tiada asasnya? Pun kebanyakan menteri2, MT2, MP2 yg ada masih 'buta' lagi? Atau masing2 mengharap persen dari King Najib? Cash is king, I have cash 2.6B declared as derma (but i had many more B not yet declared) so automatically i am a King you know. You loyal to me maybe i give you something, you 'menderhaka' i give you Sosma.. agaknya... Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  10. Anon 10:41...saya tidak bersetuju dengan ayat saudara - 'Sebagaimana kebanyakan org2 Melayu melihat Tun M macam bapa mereka, begitu juga kebanyakan org2 Cina melihat Tun Dr Ling juga macam bapa mereka'... saya rasa orang Cina bukannya sangat menghormati Tun L sebagai seorang pemimpin kerana dia bukannya seorang pemimpin yang efektif. Tetapi, seperti dengan Tun M, mereka menghormati dan menghargai jasa dan keberanian kedua-dua Tun yang masih sanggup berkhidmat untuk rakyat walaupun sudah lanjut mereka sedangkan yang masih 'muda' seperti Gani Patail sudahpun mencuci tangan. Sekarang tinggal seorang lagi sahaja dari era Tun yang belum bersuara....Samy di mana? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dei.. Ye nah thamby ??

      MIC gaduh pun saya tidak ambil peduli sama sekali, jadi mengapakah saya mesti bersama-sama itu kedua-dua pemimpin ?

      Delete
  11. Tuduhan Mahmphus omar jauh lebih menggigit dari Liong Sik.Patut kena saman Mahphus sekali.Ada berani ka?

    ReplyDelete
  12. Jangan cabar aku, aku Najib tau, duit aku ada....nanti aku bagi sekaligus, banyak yang kena surat cinta dari loyar aku. Aku cuma tunggu cukup kuota aje...apa kau sibuk, nak masuk kuota ke?

    ReplyDelete
  13. Samy dah kenyang macam ular sawa duduk d istana d india,lantak lah kau najib ada aku kisah.Janji kau orang jngan ganggu aku

    ReplyDelete
  14. "telah mengambil wang orang lain untuk dimasukkan ke akaun peribadinya."

    Kecuali kalau PM dapat buktikan 2 billion itu miliknya, betullah apa yang dikatakan Ling Liong Sik. Apa yang dikatakan ada justifikasi maka saman pun tak menang. Lainlah kalau dia kata Najib curi duit orang. Yang itu bole saman malu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan bukti kan duit itu milik Najib tapi dari mana punca nya duit itu. Ini bukan kes curi duit tapi duit yang tidak di ketahui sumbernya dan siapa orang nya ?

      Duit yang tidak diketahui sumbernya dan siapa orang nya lebih bahaya dari duit yang di curi. Orang punya duit tahu duit dia di curi dan duit tersebut boleh dikembalikan. Tapi duit yang tidak di ketahui sumbernya macamana nak kembalikan kepada tuan nya ?

      Bila tuan punya duit tidak di ketahui, siapa yang tarik hidung siapa sekarang ini ?

      Delete
    2. RM 2 billion duit milik Najib? Kalau betul duit milik Najib boleh saman malu Ling Liong Sik kerana fitnahnya. Kalau bukan duit millik Najib, Betullah kata Ling Liong Sik itu duit orang dia masukkan dalam akaun dia. Dimana fitnahnya.
      Yang di bincangkan bukan isu jenayah sebab saman malu merupakan fitnah sivil.

      Bab duit takde Tuannya, itu boleh di jejak. Sistem perbankan ada jejak elektroniknya - bukan susahpun.

      Delete
  15. Najib dah jadi macam Zahid.

    Zahid dengan menjawab isu lawatan rasmi.
    Dua-dua buat tabiat ! Cari penyakit !


    SPRM akan di seret semula sebab SPRM yang mengesahkan duit tersebut ialah duit derma. Dua oran pemimpin UMNO yang mengaku diberi sejumlah duit dari Najib pun di seret sama. Ramai lagi yang akan dipanggil sebagai saksi.

    Najib bukan di tampar 5 kali tetapi Najib telah di tampar lebih dari 50 kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Ling Liong Sik cakap. Kalau duit derma tentunya orang lain punya duit yang otrang itu dermakan. Massalahnya bila di masuk ke dalam akaun peribadi walhal itu duit umno. ahli umno kan terdiri dari orang-orang bukan jin atau bunian. Itulah poin Ling Liong Sik. Sebab itulah juga ahli perempuan UMNO Langkawi Ainina saman Najib dimana dan bagaimana duit UMNO itu diguna pakai - minta audit.

      Delete
    2. Jangan lupa ada lagi Pak Ambank, Auntie Zeti BNegara, Uncle Saud Arab, Uncle Gani, Uncle Jho Party-boy, Uncle Arul, Tuan2 Pegawai SPRM yang hampir dikidnap masuk JPM, Auntie buat air kat pejabat yang mungkin terdengar apa-apa, dll...amboi..banyaknya orang nanti, macam tengok cerita drama. Cepat beli popcorn....

      Delete
    3. Haizz, AG dah tutup kes dah. Bak kata Blues Gang - Apo nak dikato? Tak boleh salahkan AG ni pon, dia ni anak ada tujuh orang, siapa yang bela kalau Najib pecat kan? Mestilah jadi mangkuk nasinya dulu.

      Delete
  16. Aku berani bertaruh tapi tidaklah sampai setinggi RM2.6billion, sebagaimana tindakan mempersoalkan sumber kekayaan anak-anak Mahathir begitu juga akan dipersoalkan pula dari mana datangnya kekayaan anak-anak Ling Leong Sik.

    Apa...tak percaya??? Lantak kau oranglah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna isu kekayaan anak Tun M dan TLLS, rasanya tak jalan sebab isu ini telah di mainkan oleh pembangkang termasuk lah anak Sammy Vellu. Kalau digunakan sekarang dah tak ada makna sebab kenapa masa pembangkang bangkitkan orang-orang Najib senyap.

      Delete
  17. Yg pasti anak2 tun tun ni tak guna duit 'derma kilat' ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul apa yg dikata 23:44 itu, tapi mereka akan gunakan isu kekayaan anak2 Tun Tun ni sebagai helah untuk mengalihkan tumpuan rakyat.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...