Thursday, 22 October 2015

APAKAH MAHATHIR BAKAL MENERIMA NASIB SEPERTI KHAIRUDDIN DAN MATHIAS CHANG?

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan bahawa tiga kertas siasatan telah dibuka terhadap Tun Mahathir atas dakwaan menghasut.

Katanya, pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu berikutan dua laporan polis yang diterima iaitu di Jinjang dan Kelang.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Ahmad Zahid menambah, kertas siasatan itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk ulasan dan arahan selanjutnya selepas siasatan selesai dijalankan.

Tidak disangkal lagi dakwaan siasatan terhadap Tun Mahathir itu ialah berikutan kelantangannya mengkritik Najib Razak serta tidak henti-henti menggesanya meletakkan jawatan, terutamanya berkaitan isu 1MDB dan wang derma RM2,600 juta.

Dalam melancarkan serangannya, selain bekas Perdana Menteri itu menekankan perlunya Perdana Menteri berundur, turut juga membuat beberapa dakwaan seperi "Najib merasuah pemimpin UMNO", "Najib mencuri wang" dan sebagainya.

Dengan pengesahan Ahmad Zahid ini, persoalan yang menjadi tanda tanya ialah apakah nasib Tun Mahathir selepas ini?

Apakah beliau akan ditangkap dan didakwa di mahkamah sepertimana nasib yang sudah menimpa Khairuddin Abu Hassan Mathias Chang sebelum ini?

Adakah selain disiasat di bawah Akta Hasutan, Tun Mahathir juga akan ditahan dibawah undang-undang Sosma?

Apakah kita juga akan melihat dalam waktu terdekat ini Tun Mahathir, seorang bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa dan dilabel sebagai negarawan ulung, akan bergari tangan akhirnya?

Adakah semua ini merupakan tindakan balas untuk mendiamkan Tun Mahathir daripada terus melakukan serangan dan kritikan terhadap Najib?

Atau, ia sekadar gertakan kepada ramai yang lain agar berhenti daripada bersama-sama dan menyokong Tun Mahathir?

Selepas Tun Mahathir, siapa lagi mangsa seterusnya?

Dari sudut yang lain, ramai yang mula bertanya, sampai ke peringkat itukah yang Najib sanggup lakukan kepada Tun Mahathir semata-mata untuk mempertahankan kerusi Perdana Menterinya?

Sanggup dan tergamakkah Najib berbuat demikian terhadap Tun Mahathir yang diketahui banyak berjasa kepada perjalanan karier politiknya?

Benarkah ini menandakan Najib sekarang ini sanggup berbuat apa saja demi menyelamatkan kedudukannya?

Tetapi, persoalan paling pokok ialah apakah Najib pasti dapat menyelamatkan kerusi dan kedudukannya dengan berbuat demikian terhadap Tun Mahathir? (SH 22/10/2015)

25 comments:

  1. Soalannya juga:

    Adakah rakyat sanggup berdiam diri dan membiarkan perkara tersebut berlaku?

    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak jantan sungai manik tidak sanggup berputih mata jikalau Tun Mahathir di apa apakan
      Langkah mayat kami dulu

      Delete
    2. Atak kuasa punya olang ,bolih buat apa lia mau maa aa , tatak kuasa punya olang ,apa bolih buat maa aa .

      Delete
    3. sungai manik ke sungai butang ke, apa ke haramjadah nak langkah bangkai tu. guna le BERI BAHASA DAPAT HABUAN..

      Delete
  2. Buatlah apa sahaja wahai pemimpin yang berkuasa mahu sebelum didatangi malaikat izrail..

    ReplyDelete
  3. Mari Kita semua buat solat hajat supaya Allah swt tunjukkan Siapa benar dan siapa bersalah serta mohon kepada Allah swt agar yang khianat Dan zalim ini diberikan balasan yang setimpal. Mereka lupa dengan sumpah Dan ikrar jawatan.

    ReplyDelete
  4. Saje je nak gertak tu...lagi glemer Tun kalau masuk penjara..baru kita tahu siapa yg setia atau siapa yg kaki ampu...Tun masuk jel sebab pertahankan kebenaran, takut-takut AhJib masuk jel sebab skandal..mana lagi bagus? Kita tengok AhJib boleh mendongak ke langit hingga setakat mana...

    ReplyDelete
  5. Benarlah kata pujangga, yang paling penting bukan di mana kita bermula tetapi di mana kita berakhir.

    Memenjarakan atau tidak Mahathir, beliau sudah hampir berada di akhirnya tetapi Najib masih di tengah dan jauh lagi perjalanannya.

    Sejarah tidak boleh dipadam, tidak ada sepuluh atau seratus atau seribu Najib selepas ketiadaanya tetapi Mahathir, hilangnya pasti ada pengganti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dosa terpadam dng tobat dan kemaafan dari yang kena fitnah....wallahualam.....none is above '' hokum Allah''

      Delete
  6. Ketua Polis ialah Najib. Ketuan Pendakwaan adalah juga Najib. Khalid dan Apandi hanya ikut arahan Najib. Berani ke Najib nak tangkap Mahahtir dan dakwa Mahathir. Rosmah munkin berani kut...tapi akan berhadapan dengan 'backlash' yg munkin menamatkan riwayat politik Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangkap lah........ada berani kah?

      Delete
  7. najib tak boleh tahan 24 jam jika polis tangkap mahathir!

    ReplyDelete
  8. Rakyat ditagih untuk berbuat apa saja sekiranya Tun di tahan, Tangkap Najib dulu IGP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini IGP makan pun makan gaji

      Delete
  9. Jika Dr.M ditangkap, saya amat pasti Najib akan dapat di'turun'kan dengan lebih cepat lagi. Inilah yang sangat di hendaki oleh Dr.M sendiri. Kalau tidak, masakan beliau begitu berani menuduh Najib sebagai pencuri.

    Ketika Anwar dipecat, kemudian ditahan Polis pada 1998, saya langsung tak turun kejalanraya untuk mempertahankan beliau. Tapi kalau Dr.M ditahan, saya rasa lebih ramai akan turun kejalanraya.

    ReplyDelete
  10. Panggil Mahathir pun tidak nak buka kertas siasatan apa ?
    Mahathir terang-terang kata dia menghasut maknanya tangkap lah dia.

    Kertas siasatan berikutan lapuran Polis yang di buat Khairuddin dah buka ke belum ?

    Nak siasat Mahathir berlaku lah adil. Siasat sekali lapuran ke atas Najib.

    ReplyDelete
  11. Yang lain Polis tak ada bagi warning. Terus tangkap. Rumah kena kepung. Ada yang masa waktu kerja pun Polis serbu. Tahu-tahu kena tangkap. Isteri dengan anak-anak pun tak tahu suami/ayah kena tangkap.

    Macamana nak tangkap Mahathir? Jangan cari pasal. Orang masih ingat macamana keadaan malam itu semasa Anwar kena tangkap.Jangan ingat keadaan sama tidak berulang lagi sekiranya Mahathir kena tangkap.


    ReplyDelete

  12. AWAS !!
    Budak Budak Dilarang Masuk !!
    >>> KLIK SINI <<<

    ReplyDelete
  13. Org kalau dah gila kuasa dan takut dgn kekotorannya akan sanggup buat apa saja ikut nafsunya allah lebih mengetahui dunia mungkin lepas tapi akhirat bagaimana

    ReplyDelete
  14. Org kalau dah gila kuasa dan takut dgn kekotorannya akan sanggup buat apa saja ikut nafsunya allah lebih mengetahui dunia mungkin lepas tapi akhirat bagaimana

    ReplyDelete
  15. Kalau Tun akhir nya ditangkap juga kemungkinan ia nya bukan dgn kerelaan Najib sepenuh nya,tapi didalam oleh para punah sihat iblis dan syaitan sekeliling beliau yg kita tau latarbelakang mereka.Sebahgian dari mereka sememang nya amat dendam dgn Tun kerana Idola mereka 0pernah dipecat dan terlepas peluang jd PM.So ini masa la balas dendam .Pendekata Najib sekarang umpama ROBOT.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Test Market nampak ....

      Delete
  16. PERCUMA!!!!
    berminat untuk tahu cara2 buat duit secara mudah rm2400 seminggu…
    hadirkan diri…

    24.10.2015
    Alami garden Hotel
    Shah Alam
    3.00p.m

    ReplyDelete

  17. PM yang paling banyak buat hutang sehingga negara hampir muflis dan bankrap tidak layak membentang bajet. Umpama seseorang meminta nasihat dari kawan yang berhutang keliling pinggang. Kawan tu pakar pulak over lapping yang tak cukup syarat pun boleh pinjaman boleh lulus.

    Tadi KJ kata Bajet mesti di luluskan jika tidak rakyat susah dan kakitangan awam tidak dapat gaji. Apa lah KJ, kalau tak lulus ambil lah bajet tahun lepas dan kurang kan lah perbelanjaan. Yang tahun lepas pun Malaysia berhutang macam itu lah bajet tahun ini semakin banyak berhutang.

    Tolak bajet sampah. Sebab yang bentang bajet tak reti nak makan nasi bajet dan menginap di hotel bajet !

    ReplyDelete

  18. JIKA BAJET 2016 ADALAH "BAJET SAMPAH", MP-MP YANG MENYOKONG ADALAH "BEROTAK SAMPAH" !!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...