Wednesday 7 October 2015

KENAPA PEMIMPIN UMNO DIAM DENGAN TITAH RAJA DAN ADAKAH MAHFUZ KENA SAMAN?

Apabila Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang terlibat, sehingga ini belum kedengaran lagi sebarang reaksi daripada pemimpin UMNO mengenainya.

Najib diam, Zahid Hamidi diam, Tengku Adnan (kerabat juga ni??) diam dan Ahmad Maslan juga diam. Pendeknya, semua dalam UMNO seolah-olah tidak melihat saranan Raja-Raja Melayu itu sebagai sesuatu yang penting dan bernas, walhal rasanya inilah pertama kali Raja-Raja Melayu bersuara dalam soal yang melibatkan kerajaan.

Apakah pemimpin UMNO tidak menganggap gesaan Raja-Raja Melayu itu sebagai sesuatu yang serius?

Selama ini tidak pernah Raja-Raja Melayu mahu masuk campur dan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan yang memerintah menyelesaikan sendiri segala kemelut yang mereka hadapi.

Tetapi, pelbagai rentetan dalam 1MDB yang sudah pun berlaku terang-terang di depan mata rakyat, tentulah akhirnya menjadi antara sebab yang menggerakkan hati Raja-Raja Melayu untuk segera melakukan gesaan tersebut.

Rakyat bukan saja menjunjung kasih, bahkan rata-rata lega dengan kenyataan Raja-Raja Melayu itu dan mula menaruh harapan agar segera ada "cahaya di hujung terowong"  berkaitan penyiasatan1MDB kerana sejak kebelakangan semua itu seolah-olah bakal berlapuk dalam fail saja.

Hanya pemimpin pembangkang daripada PKR, Pas dan DAP yang pantas memberi reaksi terhadap saranan pihak istana itu.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali lantas menggesa kerajaan mengambil serius teguran Raja-Raja Melayu itu manakala Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menuntut segera dihidupkan semula pasukan petugas khas yang telah "dimatikan" sebelum ia benar-benar berperanan sebelum ini.

Lim Kit Siang pula mahukan Parlimen memperuntukan dua hari dalam sidang Parlimen akan datang ini bagi membincang dan membahaskan permintaan Raja-Raja Melayu itu.

Tetapi daripada sekian pemimpin pembangkang yang menyambut baik apa yang dilakukan oleh Raja-Raja Melayu itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahfuz Omar terlihat agak berani,  berterus terang dan tepat "mengena ke dahi"  Perdana Menteri.

Namun, apabila meneliti satu persatu ayat yang dikeluarkannya itu, tidak ada rakyat yang bebas dan merdeka yang tidak bersetuju dengannya.

Antara intipati kenyataan Mahfuz Omar ialah:-

- memohon Raja-Raja Melayu bertindak lebih keras dengan segera memecat Perdana Menteri dan Peguam Negara susulan kontorversi 1MDB yang terus berpanjangan.

- Raja-Raja Melayu tidak boleh membiarkan institus Raja-Raja tercalar dan institusi awam yang berdiri atas nama Diraja bertindak berasaskan canpurtangan kuasa politik pemimpin korup yang menerajui negara sekarang.

- menyifatkan pentadbiran negara sekarang tidak ubah seperti perjalanan pentadbiran sebuah kumpulah mafia.

- dalam kumpulan mafia, siapa yang lawan ketua akan ditembak tetapi dalam politik negara siapa yang mengancam Najib akan dicantas, diugut dan sebagainya.

Hakikatnya, sesiapa yang mengenali Mahfuz tentulah tidak hairan dengan kenyataan atau ayat-ayat yang dipilihnya itu.

Cumanya, ketika ini adalah musim Najib menyaman orang. Sudah ramai yang disamannya dengan yang terbaru ialah bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik.

Apakah ungkapan kata Mahfuz kali ini, terutama berkaitan mafia dan pemimpin korup akan mendorong Najib turut menghantar surat saman kepadanya?

Atau barangkali memang Mahfuz mahu disaman oleh Najib supaya banyak lagi pendedahan serta pertanyaan dapat dikemukakan di mahkamah nanti? (SH 07/10/2015)

37 comments:

  1. I totally agree with our sahabat Mahfuz. The Rulers should do more. And they are capable of doing more in fact. Why? Elsewhere I had written the following on the various remarks coming from the Rulers:

    Interesting but we are still going nowhere really with the 1MDB shenanigans. After all, which investigation(s) that is/are referred to? Also, isn't their statement should have come earlier? Finally, anyone can do the urging - but is the party being urged on will act accordingly? All in all, we need - and deserve - more from the Rulers. When such is not the case, all must be prepared for Malaysia to go downhill further. In the final analysis, I am far from being excited in regard to this new development involvement the Rulers for this could very well be just another depressing Malaysian case of Pi Mai Pi Mai Tang Tu Jugak.

    Now, when it concerns you-know-who and those around him, I have a feeling that they are hoping there shall be no more 1MDB for the rakyat to talk about when a few months from now their plan for 1MDB's issues solved are to come true. Yes, they are bidding for the time when no one shall be blamed upon for what is happening for there is no more 1MDB around to be probed upon!

    Really, we in Malaysia could do so much better... Perhaps the hope lies with the foreign investigators? That is assuming the parties concerned in the US, France, etc. have not been co-opted by the recent "impromptu" meeting at the UN and the nice words on Israel and related parties made by you-know-who in his speech...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. tggu keputusan mesyuarat majlis raja raja melayu hari ni...harap ada sinar baru utk rakyat malaysia..

    ReplyDelete
  3. Loud and clear. Itu yg rakyat nak. Trima kasih mahfuz

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahfuz ni lama2 sekali cakap dia bernas jugak.
      syabas

      Delete
  4. Saya pernah mencadangkan Majlis Raja-Raja (MRR) diberikan tanggungjawab memilih pegawai tertinggi jabatan keselamatan, perundangan dan kehakiman. MRR juga menjadi 'auditor' pentadbiran negara. Selain itu jawatan PM diTentukan oleh rakyat/Ahli Yang Berhormat manakala jabatan-jabatan penting bertanggungjawab kepada Parlimen.

    Jika Yang Berhormat parti 'ketuanan Melayu' benar-benar iqlas memperjuangkan Institusi Beraja dan bangsa Melayu, sudah tiba masanya mereka mengambil tindakan segera sejajar dengan titah Baginda Sultan dan Raja MRR. Mereka boleh bermula dengan memperkasakan kembali MRR dan menafikan pemusatan kuasa kepada PM melalui Pindaan Perlembagaan. Itupon jika mereka benar-benar iqlas dan jujur pada sumpah jawatan mereka. Dari situ semuanya akan kembali memulih dan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Insha'Allah

    http://bicaramindamerdeka.blogspot.my/2015/04/langkah-pertama.html?m=1

    ReplyDelete
  5. Raja - Raja Melayu sutak bertitah , kalau ingkar titah sutak kila delhaka maa aa.

    ReplyDelete
  6. Masa dulu bukan masa yang sesuai kita memberi tanggungjawab memilih pegawai tertinggi jabatan keselamatan, perundangan dan kehakiman kepada MRR.

    Rakyat yang sedar dan bersuara vokal menuntut perubahan dan keadilan ialah anak-anak muda. Begitu lah dalam golongan kerabat di Raja di mana Sultan yang menduduki tahta adalah yang telah berumur.

    Tetapi didalam golongan Kerabat pula, Tengku Mahkota atau Raja Muda lah yang tidak dapat menerima keadaan sekarang dan mereka mula bersuara dan berbincang mengenai perkara ini dihadapan Sultan.

    Hasil dari keputusan MRR supaya siasatan 1MDB di percepatkan dan si siasat secara adil adalah atas kebijaksanaan Tengku Mahkota dan Raja Muda di mana satu hari mereka yang akan menduduki tahta kerajaan negeri.

    ReplyDelete

  7. Apa juga keputusan yang akan di ambil oleh kerajaan dan apa-apa juga keputusan Majlis Raja-Raja adalah bergantung kepada lapuran.

    Siasatan keatas 1MDB perlu di maklumkan kepada Majlis Raja-Raja dari sekarang dan keputusan yang di putus kan oleh Najib cuma satu cadangan dan yang berkuasa membuat keputusan ialah Majlis Raja-Raja.

    UMNO seperti biasa akan mengadap dan memujuk (baca mengelentung) Majlis Raja-Raja supaya beri sedikit masa kepada Najib yang sedang merayau-rayau dari kandang ke kandang mencari kambing hitam yang semua tidak boleh ada bulu yang berwarna lain.

    Majlis Raja-Raja perlu lebih jelas dengan memberi tempuh 30 hari kepada Najib untuk menyelesaikan isu 1MDB kerana isu ini telah di bangkit kan begitu lama.

    Untuk memutuskan Najib di pecat, Majlis Raja-Raja perlu melihat semua lapuran yang ada setakat hari ini. Jika Najib memberi berbagai-bagai alasan maka Majlis Raja-Raja telah ada sebab kukuh untuk memecat Najib.

    Majlis Raja-Raja bukan macam Majlis Peguam atau NGO yang hari ini UMNO kata begini besuk pulak UMNO kata begitu. UMNO kena berfikir apa tindakan yang sesuai lebih-lebih lagi usul undi tidak percaya kepada Najib akan di bentang diparlimen.

    Penganti Najib yang sesuai buat sementara waktu ialah pemimpin UMNO yang tidak mempertahankan 1MDB dan bukan nya Zahid kerana Zahid lah yang menangkap orang yang membuat lapuran mengenai 1MDB.

    ReplyDelete

  8. Tengku Adnan 'Saya akan pantau semua Raja-Raja yang memburukkan pemimpin parti UMNO'

    Ahmad Maslan 'Raja-Raja tidak faham GST bukan nya Gasak Sampai Turun..'

    Zahid Hamidi 'The ruler is just a ruler. I believe many kids have it because to make lines ...'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tolong bagi pencerahan tentang tengku adnan tengku mansor ni tak?

      Dia ni kerabat diraja negeri mana.???

      Delete
    2. Bolih. ..Adnan ni keturunan macam arwah P.ramli jugak lahhh..dari Acheh...Teuku. P.Ramli tak tukar nama dia dari Teuku kepada Tengku.

      jadi Adnan ni jenis mengarutlah..tukar nama dari Teuku kepada Tunku...nak glamour konon...kau panggil dia Nan mansor cukuplah...

      Delete
    3. WargaMarhaenUmno7 October 2015 at 18:30

      Anon 7 October 2015 at 17:37...cuba tanya tok google dgn carian 'asal usul tengku adnan tengku mansor' akan ada sikit pencerahan susur galurnya. Wallahu'aklam bissawab...

      Delete
  9. SYSTEM PENTABIRAN YANG SALAH.DANBANYAK YANG HARUS DITUKAR DALAM DEMOKRASI PARLIMEN DAN BATASAN KUASA PM DAN KUASA PEMENANG PRU.KPN.SPR.SPRM.PEGUAM NEGARA JANGAN BERTANGGUNG JAWAB KEPADA PM JADI MEREKA BIAR INDEPENDEN AHLI PARLIMEN TAK LEHVJADI MENTERI.TAK ADA SYSTEM LAH.UNTUNG JE NEGARANYA KAYA KALO MISKIN TAK LEBIH DARI AFRIKA JADINYA.

    ReplyDelete
  10. Kalau MRR dah bersuara... Teruk ler tu...kalo x paham lg org melayu x tau ler...Raja2 skrg pun ramai dah cerdik pandai.. Yg bodoh org2 UMNO jer ( yg nyokong Najib)...org PAS ( yg dok wala dgn Hadi).. Org PKR ( yg dok bercelaru dgn PH). susah sgt nak solid! Tu psl Najib boleh retain smpi skrg..TDM pun termengah2 nak jatuhkan dia..yg nyatanya...x der solidariti nak jatuhkan najib! Semua ada agenda tersendiri! Nak retain kuasa! Nak cekau duit! Nak tunjuk dia yg paling alim! Semua ada! Ironinya.. Semuanya melayu! Ape nak jadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangkap tok dalangnya dulu. Kemudian baru tangkap tengku nan dan sharizat jalil dan kemudian bersihkan UMNO semula.

      Kita pun nak tengok Sultan dan Raja negeri mana yang akan mengaku tengku nan ni kerabat mereka.

      Delete
  11. Ampun tuanku semoga titah tuanku diambil tindakan oleh memanda menteri jangan biarkan rakyat menderita

    ReplyDelete
  12. Ampun tuanku semoga titah tuanku diambil tindakan oleh memanda menteri jangan biarkan rakyat menderita

    ReplyDelete
  13. Betul kata Mahfuz. Polis namanya Polis DiRaja Malaysia. Tapi IGP Khalid twitter ikut cakap Zahid ganster dan Najib bugis yg Mahathir tuduh curi duit.

    Peguam Negara Apnadi dilantik olih Agong..tapi ikut cakap Najib dan jadi baruah Najib. Semua rakyat sudah tahu Gani dibuang dan ditukar dgn Apandi yang kenyataan pertamanya, ' draft kertas pertuduhan yg disiarkan olih Sarawak Report' adalah tindakan untuk menjatuhkan kerajaan dan memudharatkan demokrasi berparlimen. Mangkok hayun punya AG.

    Hamid Bador SB Director dlm surat nya kepada Kerajaan, isu2 dan alasan seperti hendak menjatuhkan kerajaan adalah alasan bodoh dan bangang.

    ReplyDelete
  14. Ampun tuanku panglima bugis yang tuanku perintahkan belayar ke lautan hindi tak pulang 2 tuanku..Mungkin sauh kapalnya di jatuhkan semasa layarnya sudah di tebarkan di tengah lautan..hu,hu...

    ReplyDelete
  15. WargaMarhaenUmno7 October 2015 at 18:42

    PMNajib dah ada hobi baru...ugut, tangkap, buang kerja & saman menyaman...bila rasa dirinya terganggu gugat. Apa barang punya PM kalau lagu ni....saya nak beri gelaran kat dia...PM Mat Saman!

    ReplyDelete
  16. MRR please keep the heat burning until the end of najib's hegemony. Jgn panas skejap pastu sejuk mbeku cam muhyiddin udah lah ya. Rakyat amat berharap pd tuanku semua..

    ReplyDelete
  17. Patik dibelakang Tuanku semua..Daulat Tuanku!!

    ReplyDelete
  18. Majlis Raja2 bukannya boleh buat apa pun..mereka terdiri dari bangsawan yg kaya raya yg tak pernah berhenti untuk terus merembat harta negara. Majlis Raja Raja ni hampir sama fungsinya dengan menteri2 UMNO dan BN. Segala projek2 besar masyukkkk tak pernah rugi anak bini menantu dan semua kerabat.

    Melayu masih lagi meletakkan harapan kosong dengan Raja2 ni. Satu soalan, apa Majlis Raja Raja ni boleh buat? Takat nak umum puasa dan hari raya, boleh la.

    Berhentilah mengharap sesuatu yang tak akan berlaku. Lebih baik bela khinzir dari dengar cakap raja2. Boleh juga jual2 dan buat lauk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngko tokey babi ke?

      Delete
    2. SETUJU DGN HANG. ORG PUTEH KATA , LIP SERVICE JE. KALAU MRR NAK AMBIK TINDAKAN, DAH LAMA DAH DEPA AMBIK TINDAKAN. DEPA BOLEH JE PANGGIL BOS2 SPRM, POLIS, AG DGN BNM. BUKANNYA RAMAI PUN, 4 ORG JE. BUKANNYA NAK PANGGIL SAMPAI SERIBU ORG. TAK SUSAH MANA. ITUPUN KALAU MRR KITA ADA NIAT NAK TOLONG RAKYAT LA..

      Delete
    3. Macai Boogees sudah bunyi, nak defend lanun bugis tapi tak pakai otak. Pee Emm ooO yang banyak upah pemakan khinzir ni, dijadikan consultant.. (setengah-setengah tu jadi cybertrooper macam anon 19.46

      Delete
  19. Sya stuju sngat2....tapi prenggang akhir tu kalu bleh beralaslah sikit....

    ReplyDelete
  20. Tak ada pulak komen si anon yang guna 'anu..war'

    Tapi kalau pasal liwat dan DSAI berjalan otak dia.


    ReplyDelete
  21. rakyat berdiri didepan tuanku bagi menghancurkan pemimpin yang merosakkan negara...daulat tuanku....

    ReplyDelete
  22. Selama ini Raja menjaga nama baik keluarga Tun Razak.

    Tapi si anak ini yang sorang ini terlampau banyak skandal dan terlampau banyak duit yang hilang.

    Untuk mendapatkan persetujuan semua Raja-Raja bukan kerja yang mudah. Raja-Raja pun ada risiko kerana kita tidak tahu apa rancangan Najib samada bertahan atau berundur dan patuh pada kehendak Majlis Raja-Raja.

    Bila Raja-Raja tidak buat apa-apa kita persoalkan dan bila Raja-Raja ambil tindkan kita pulak yang ragu-ragu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila Raja Raja Melayu telah bertindak dan menyuarakan kegusaran mereka mudah mudahan tidak ada lagi suara suara sumbang yang menghentam mereka terutama sekali oleh seorang menteri yang bertaraf cowboy di dalam kabinet 1 MDB sekarang ni

      Delete
  23. Boleh percaya ker kenyataan MRR ????

    Ada confirmation?

    Jangan wayang sudah mahfuz...? Esok ada wayang 1mdb 2..... Part 3.... Part 4

    Hakkk ptuihhh

    ReplyDelete

  24. Buat sementara ini, Tun boleh lah berehat dan tunggu apa yang terjadi seterusnya.

    ReplyDelete

  25. Yakin lah kali ini Majlis Raja-Raja telah melakukan sesuatu yang terbaik.

    Najib tidak sangka sama sekali malah sangat terkejut apabila Majli Raja-Raja telah bersidang tanpa kehadiran nya sebagai PM dan Majlis Raja-Raja telah bertindak tanpa nasihat dari Perdana Menteri.

    Ini bermakna jawatan Najib sebagai Penasihat telah di lucutkan.

    ReplyDelete
  26. Raja Raja hari ini lebih educated daripada najib. Perlukah lagi kah mereka meminta nasihat daripada orang yang lebih rendah pendidikan dan ilmu pengatahuan daripada mereka sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni tercirit terciritlah tengku nan. Baru dia tau

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...