Monday 12 October 2015

KENYATAAN MEDIA BERSAMA DARI YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA

Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.

Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan  atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:

1)untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

(2)untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

(3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;

atau

(4)untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.

Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”.

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamd
YABhg Tun Ling Liong Sik 
YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin
YB Datuk Seri Shafie Apdal
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat 
YBhg Tan Sri Sanusi Junid

12 Oktober 2015. 

20 comments:

  1. Kesemua mereka kecuali TLLS akan di beri surat tuntutan maaf dan ganti-rugi

    ReplyDelete
    Replies
    1. di beri masa sebanyak 7 hari sehingga selasa minggu depan untuk mohon maaf. Jika tiada permohonan maaf juga, pada selasa terakhir bulan Oktober surat saman akan dikeluarkan...hahaha

      Delete
  2. Harapan semoga Majlis Raja Raja cepat bertindak....Daulat Tuanku rakyat sedang sengsara dan di zalimi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja2 akan kembali tidur senyenyak2nya.. hentikan berangan2 sesuatu akan berlaku kepada kerajaan selagi rakyat masih boleh suap nasi masuk ke mulut dengan selesa beserta gelandangan sekitar kuala lumpur masih boleh menikmati makanan percuma setiap ahad.

      Terlalu kuat berangan, jampi dan berdoa serta banyak mengharapkan Tuhan tanpa usaha dari diri sendiri adalah satu penyakit sekelian muslimin-muslimat sejak zaman berzaman.

      Tuhan dengan kerjanya. Ini politik adalah kerja manusia yang tidak ada kena mengena dengan bantuan Tuhan. Kenapa manusia sibuk meminta Tuhan campur-tangan? Usaha pun tak seberapa melainkan 3-4 ekor yang sama saja yang sibuk bersidang media dan saling membuat kenyataan, tidak akan mengubah apa-apa. Jentera daulah terdiri dari 1.4 juta masih lena dibuai gaji duit rakyat yang senang diratah setiap hujung bulan... juga selesa dengan makan minum anak bini tanpa gangguan.. tidakkah dengan hanya mengharapkan begini adalah satu kerja yang langsung tak masuk akal untuk berjaya memberhentikan Najib?

      Banyak sangat tengok kartun melayu kita ni..hanya doraemon serta superheroes saja yang mahu menolong..

      Delete
    2. Pangkahlah lagi BN!! Skrg rasalah akibatnya. Kita ditakut2kn dgn isu ketuanan Melayu. Kerajaan menggunakan perhimpunan baju merah utk menaikkan sokongan kpd BN. Kenapa x berani tukar kerajaan? Try dulu. Klu x bagus jugak, kasi tukar. That's what is happening in other countries such as Australia, Britain dan US. Tukar mindset kita..

      Delete
    3. Woiiii Tol dah naik. Mana dia aku janji kerajaan semasa pru 13 dulu. Ingat rakyat dah lupa ker..

      Delete
    4. Tak ada ker tok arab nak derma lagi ? Tak ada ker tok arab nak tolong rakyat Malaysia.

      Delete
  3. Habis ko najib !!

    ReplyDelete
  4. Tangkap Najib! Tangkap Rosmah!

    ReplyDelete
  5. Line up ni dah cukup mantap....jikalau tambah 3 orang lagi iaitu datuk Hamid bador,datuk akhil bulat Dan tan Sri ghani patail pasti Putrajaya musnah semusnahnya...anda harapan terakhir kami semua demi menghancur kebatilan....salute

    ReplyDelete
  6. Salam Shah.Saya hanya teringat Mei 1998 di.Jakarta.Jeneral Wiranto berbisik pada.President Soeharta agar mundur dan serahkan pada Wapres BJ Habibie(walapun BJ Habibie belum sedia pikul tanggujawab sbg President)ini kerana Jeneral Wiranto,Jeneral Prabowo tak sampai hati melihat anak anak bangsa berlumur darah di jalanan.Kedua Jeneral ini tak sanggup lagi ikut arahan.Soeharto yg bermaharajalela.Akhirnya dihari yg sama Soeharto mundur sebagai President Indonesia dan bermulalah era baru yg lebih cerah bagi Indonesia.Saya ada di Jakarta waktu trajedi berdarah tersebut.Doa saya agar Ibu Pertiwi Malaysia aman dan jangan ada yang begitu.Kita anak bangsa Melayu cukup sopan.

    ReplyDelete
  7. Harap-harap banyak lagi pemimpin UMNO yang menjawat MP&ADUN tampil kehadapan memberi sokongan atas usaha mereka-mereka ini.Ayoh bangkit untuk mengembalikan maruah UMNO.Jika takut anda akan hilang maruah kerana menyokong rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka ini mana ada batu. Tetapi dalam perhimpunan umno cakap bukan main berapi api lagi. Habis perhimpunan umno habislah.Api pun padam.

      Semua tu cari makan saja.Mereka ingat rakyat hari ni BODOH macam mereka juga.

      Delete
  8. TAKBIR!

    The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is in the midst of investigating the most powerful person in the country, says outgoing deputy chief commissioner Datuk Seri Zakaria Jaafar.

    He said this person was investigated in relation to Finance Ministry-owned firm SRC International Sdn Bhd, and a sum of money worth RM2.6 billion.

    "We are faced with an investigation that involves the most powerful person in the country," he said today in his retirement speech at the MACC Academy in Kuala Lumpur today.
    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysias-most-powerful-person-under-probe-says-macc#sthash.o1EIaJPy.dpuf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkata benar tidak semestinya tidak langgar undang-undang : Salleh Kruak

      Delete
    2. Apa ni Macc. PM Msia adalah jawatan politik. Apa besar kuasa dia. Dia hanya gunakan kuasa2 Khalid Twitter dan Apandi Ali shj. PM bukan bolih tangkap orang, bukan bolih dakwa orang dan bukan bolih penjarakan orang. Dia guna orang2 yang kurang cerdik yg ada kuasa tangkap dan dakwa orang utk menghalang dia ditangkap dan didakwa.

      PM Msia tiada kuasa lahhhh. Yang ada kuasa orang2 bangang mcm Khalid dan Apandi. Jadi harap Macc tangkap dan dakwa Najib kerana ambik rasuah. Kalau Khalid dan Apandi kacau, tangkap dua2 ekor tu sekali.

      Delete
  9. Selagi masih ramai donald duck bermata duitan. Mcm2 boleh jadi. Boleh dikowtim. Cash is king. Sultan is nothing compare to king

    ReplyDelete
  10. Anon 18:16,
    Ye tak ye jugak..kalo lah jentera daulah 1.4 juta tu boikot tak datang keje barang seminggu dua..dah tentu lumpuh satu negara. Takyah susah-susah berkumpul kat dataran ke padang merbok ke..duduk je kat rumah atau lepak kat kedai mamak..takkan boleh kene buang keje punye..1.4 juta tu..ramai tu bang..sape pulak yang nak jadi urus setia tatatertib..dah sumenye terlibat. Cume yang agak musykil.. sape lak yang boleh gerakkan 1.4 juta tu yek? Ape kate ko lead Anon 18:16..ramai yang akan follow pasal ramai jentera daulah ni yang dah cuak asyik kene tindas..kene ugut..kene naye ngan orang atasan masing-masing..dapat 1000 orang pon cukup dah.. bergoyang tiang Putrajaya tu!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...