Monday 12 October 2015

SETELAH MAHATHIR - KU LI - MUHYIDDIN DUDUK SEMEJA, BERAPA LAMA HAYAT NAJIB LAGI?

Politik Malaysia mencatat satu lagi peristiwa menarik hari ini apabila Tun Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah yang bermusuhan sejak hampir 30 tahun dulu akhirnya duduk semeja di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Turut bersama mereka ialah Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang baru dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 28 Julai lalu. Sanusi Junid dan Ong Tee Keat juga turut hadir, cuma Dr Ling Liong Sik tidak dapat bersama kerana ada urusan di luar negara.

Sekali imbas, terlihat seolah-olah isu 1MDB dan undang-undang Sosma telah menyatukan mereka bukan saja untuk duduk semeja, bahkan nampak akrab sehati sejiwa.

Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh atau Ku Li secara rasminya bermusuh apabila bertembung untuk jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 1987. Ia kemudian membawa kepada pengharaman UMNO  pada 1988 di mana selepas itu Tun Mahathir menubuhkan UMNO Baru, manakala Ku Li berjuang melalui Semangat 46.

Walaupun Ku Li sedia membubarkan Semangat 46 pada 1996 untuk menyertai UMNO secara beramai-ramai, kedua-duanya tidak pernah duduk semeja dalam isu-isu yang melibatkan negara  mahupun UMNO kemudiannya seperti kes pemecatan Anwar Ibrahim ataupun ketika berlakunya gelombang menjatuhkan Tun Abdullah Badawi.

Kalau pun ada Tun Mahathir dan Ku Li duduk semeja hanyalah ketika dua tiga kali bekas Perdana Menteri itu berkunjung untuk berbuka puasa di kediaman bekas Menteri Kewangan itu di Jalan Langgak Golf, tidak jauh dari KLCC.

Dalam masa yang sama, kedua-dua negarawan itu  tidak pernah pula berbalah atau berbeza pendapat secara terbuka, baik melalui media ataupun di mana-mana forum yang lain.

Pendeknya, hubungan mereka ialah bergaduh tidak, baik sangat pun tidak juga. Namun, kedua-duanya saling menghormati antara satu sama lain dan jika terserempak pula selalu bergurau senda dan saling ketawa.

Tetapi hari ini Tun Mahathir dan Ku Li telah duduk semeja dan kemudian mengeluarkan kenyataan bersama dengan lima pemimpin lain iaitu Muhyiddin, Shafie, Dr Ling Liong Sik, Ong Tee Keat dan Sanusi Junid mengecam penahanan Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang dibawah Sosma kerana membuat laporan berkaitan kemelut 1MDB di luar negara.

Apakah Tun Mahathir dan Ku Li sedia duduk semeja semata-mata kerana Sosma sahaja? Apakah ada perbincangan lain lagi selain Sosma?

Apakah pula perancangan mereka selepas ini? Ditambah dengan adanya Muhyiddin dan Shafie yang baru dipecat oleh Najib dan duduk sekali dengan mereka, manakala Tun Mahathir pula diketahui konsisten mahu menyingkirkan Perdana Menteri, episod seterusnya tentu saja tidak lari daripada topik kerusi yang sedang diduduki Najib sekarang ini.

Duduknya semeja Tun Mahathir dan Ku Li hari ini sebenarnya adalah  hasil beberapa kali pertemuan antara keduanya sebelum ini. Mungkin ada yang mengetahui tentang pertemuan itu dan mungkin juga ada yang tidak menyedarinya, tetapi Tun Mahathir dan Ku Li tidak pernah berbicara secara terbuka tentangnya.

Pada hakikatnya, Sosma hanya titik permulaan kepada gerakan yang lebih besar oleh Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib kerana didakwa melakukan banyak kerosakan kepada parti dan negara serta lebih memungkinkan BN kalah dalam pilihanraya.

Peristiwa hari ini adalah mesej kepada Najib bahawa gandingan semua pemimpin yang berkumpul ini akan lebih kerap bersama selepas in dan program jelajah Tun Mahathir ke seluruh negara, jika berlaku,  tidak lagi hanya beliau seorang saja yang menyerang Najib.
Muhyiddin yang sekembalinya dari Sarajevo baru-baru ini dan mengatakan tidak akan bersama Tun Mahathir dalam gerakan menyingkirkan Najib, nyata telah berubah pendiriannya. Beliau nampaknya tidak mahu lagi menjadi kura-kura dan sedia menjadi lebih lantang.

Berkumpulnya mereka hari ini tidak lain ialah untuk meneruskan tekanan dan seterusnya menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri. Ia bukan semata-mata Sosma yang dikeluarkan kenyataan bersama.

Sediakah Najib menghadapinya? Mungkinkah beliau akan memecat mereka daripada UMNO atau mensosmakan semua penentangnya nanti?

Bagaimana pula dengan kebangkitan dan kemarahan rakyat jika tindakan itu diambil? Bersediakah Najib mendepaninya?

Jika semua itu berlaku, mampukah Najib terus bertahan atau kedudukannya jadi makin mereput?

Atau mungkinkah akan berdetik di hati Najib untuk mengundurkan diri demi UMNO dan negara kerana mula menyedari itulah jalan penyelesaian terbaik menamatkan kemelut yang memang berpunca daripadanya?

Oppsss....jangan lupa sidang Parlimen akan bermula pada 19 Oktober ini. Walaupun Ku Li menyatakan usul tidak percaya di Parlimen tidak mungkin berjaya kerana Speaker tidak akan membenarkannya, namun beliau juga memberitahu ada cara lain yang boleh dilakukan untuk menyingkirkan Perdana Menteri, tetapi enggan memberitahunya.

Jika tidak, mengapa pemilihan detik bersejarah bertautnya dua pemimpin yang pernah bermusuh ini hanya seminggu saja sebelum sidang Parlimen bermula?

Dan ia juga berlaku selepas Majlis Raja-Raja bertindak di luar kebiasaan dengan mengeluarkan kenyataan mahukan siasatan 1MDB segera diselesaikan dan diambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan.

Siapa pula bakal Perdana Menteri baru menggantikan Najib nanti? Ku Li? Muhyiddin? 

Atau Ku Li jadi Perdana Menteri sehingga PRU 14 dan selepas kemenangan selesa BN, jawatan itu akan diserahkan kepada Muhyiddin pula menggantikannya?

Episod seterusnya pasti lebih ditunggu-tunggu, tapi dalam masa yang sama tentunya Najib semakin tidak lena lelap malamnya. (SH 12/10/2015)

30 comments:

  1. Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Replies
    1. Sudah sudah lah bro! Dah basi dah SI Nuaq tu ! DAPork dan PAS pun tak berapa pandang dah kat dia . biar ler dia berehat kat dalam tu

      Delete
  3. Najib dah macam cacing kepanasan sekarang.Makin kembang la rambut kak Mah kita.kesian kan???Ingat la Jib...bkn selamanya kamu akan berkuasa.Kamu lupa Allah lah yg meletakkan kamu ditampuk pemerintahan itu sbg pemegang amanah...tapi ternyata kamu adalah pengkhianat paling besar.
    In Sha Allah...jika semua rakyat Malaysia bersatu hati menentang rejim yang zalim ini,akhirnya ianya akan tumbang....tapi kalau kita masih rela diri kita dibangang,diharam jadah dan dibangsatkan oleh orang ini....kita tunggu aje lah kehancuran negara yg kita cintai ini.
    Ya Allah...peliharalah negara ini dari dirosak binasakan oleh penyamun penyamun dan pengkhianat pengkhianat bangsa ini Ya Allah...hancur binasakan mereka ini Ya Allah.Datangkan lah pemimpin pemimpin yang amanah dan bertanggung jawab serta tunduk patuh kepada Mu Ya Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu komen yang amat baik. Aamin Ya Rabbal A'lamin..

      Delete
    2. Satu komen yang amat baik. Aamin Ya Rabbal A'lamin..

      Delete
  4. Sesiapa saja yang tidak membebankan rakyat dan tidak cuba mengumpulkan harta dari kepritan rakyat adalah layak utk menjadi pemimpin....buat masa ini kita perlukan pemimpin yang boleh merencancakan ekonomi serta memakmurkannya...pengalaman ku li boleh membantu negara...insyallah

    ReplyDelete
  5. Sesiapa saja yang tidak membebankan rakyat dan tidak cuba mengumpulkan harta dari kepritan rakyat adalah layak utk menjadi pemimpin....buat masa ini kita perlukan pemimpin yang boleh merencancakan ekonomi serta memakmurkannya...pengalaman ku li boleh membantu negara...insyallah

    ReplyDelete
  6. Jika Najib tumbang. UMNO akan mengishtiharkan taubat perdana dan berjnji akn buat yg terbaik utk negara. UmNO akan bertambah kukuh!

    ReplyDelete
  7. Terbayang the realignment @ penjajaran politik malaysia...Mahathir's UMNO & BN + PH + NGO = Blue State, Najib's UMNO + BN + PAS + NGO = Red State. Baru best fight! Opps! Ada org PAS marah ka?

    ReplyDelete
  8. Avenger... Age of ultron.. Kira najib ultron arr.. Tok det ironman.. Vision plak muhyidin.. Hwkeye khairuddin.. Black widow anina.. Hulk belum keluaq. Majlis raja2 thor.. Kapten amerika kuli... Hege. Kasi rempuh ultron..

    ReplyDelete
  9. Nampaknya kena kerja keraslah Zahid Hamidi utk pertahankan bosnya serta kerusi yang didudukinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid klu nk bkrja keras pn takat tunjuk2 dgn jari telunjuknya saja..salahkn org, thats what he used to do. But if i were him,i would thank tun m n his team..bcoz im free from improving my english in order to bcome pm.lol..ku li is more qualified.

      Delete
  10. Drpd Mahathir buat kenyataan, lebih baik ko sendiri Budin buat kenyataan. Sekurang2nya Zahid x lena tengah malam siot praktis English script. Ada pekdahnya jugak.

    Tak akan ada apa2 berlaku. Najib akan terus dgn agenda Rosmah dan terus menaikkan harga barang juga tol. Dan terus menjadi PM sehingga PRU 14 selesai. Dan SPR tetap dengan peranannya untuk Najib claim 2/3 majority. Dan Najib akan terus selesa menjadi PM sehingga PRU 15 dan 16. Barua2 dan kuli batak agensi kerajaan akan terus menjaga GLC sambil ketirisan terus maintain kerana inilah cara rakyat cari makan dlm gomen. Cukai2 yerus dinaikkan sikik demi sedikik untuk mereka terus merembat lagi.

    Kuda2 tua terus dengan sindrom polis pencen. Penyamun dgn ahli grupnya dan perompak dgn kliknya.. bergaduh sambil merembat harta negara. Hak raja2 anak beranak terus menjadi kaya dengan terus merembat duit rakyat semakin terjamin. Kilang2 arak dan bisnes2 judi pimpinan Ketua Agama Islam aka raja2 terus subur dengan limpahan rahmat tuhan. Terimalah hakikat ini walaupun hati kita tak suka..

    Rakyat terus dok nganga saja tengok show. Inilah yang melayu boleh buat. Silap2 dapat BR1M pulak celah2 ni.. tahniah..

    Yang jelas berlaku ialah, Islam hanyalah terus digunakan untuk membodohkan umat melayu. Bukannya Islam mampu membuahkan teknologi apa2 pun untuk melayu menjadi maju. Dan orang2 Melayu tetap dok nganga tak buat apa2 sebagaimana tok2 mufti kita dok nganga macm buaya berehat tengah panas dalam zoo. Kitaran begini akan berterusan sehingga PRU 20 sekurang2nya.

    1mdb perlahan2 dimatikan. Digantikan dengan nama baru.. Rebranding untuk rembat duit lebih banyak lagi. Akhirnya selesai kes 1mdb macam mana juga kes Altantuya. Hot2 chicken shit saja rakyat malaysia. Skrg dah 50 tahun kena tipu. Kalo idup lagi 40 tahun, kita sambut jubli kemende ntah sempena 100 tahun kita kena tipu oleh UMNO BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg ko merapu ni Labu............Ko ingat Najib pandai sangat ke macam Nixon dgn scandal Watergate....Nixon pun tumbang, ko terus merapu hapu yg bukan-bukan....Rosmah tu layak jadi Nurse jer......Najib mana ada degree dlm ekonomi,......kalu ada pun beli punya....

      Delete
    2. i am not a crook

      Delete
    3. Anon 00.13

      Kalau nak komen pun biarlah tersusun sikit kata-kata tu.

      Ini kelam-kabut saja kata-kata kamu itu. Tak tentu hujung pangkal.

      Macam orang mabuk ketum saja.

      Delete
    4. Apa yang Anon 00.13 cakap memang saya setuju. Ini sebab pusingan politik Malaysia memang begitu. Kalau tak percaya, tunggu lah..PRU berpuluh kali pun, mamat tu jugak yang korang pilih. Lepas tu berkokok & melalak tak puas hati

      Delete
  11. HUKUM KARMA SEDANG BERJALAN...
    pandai hang buat...pandai2 lah hadap natijahnya....rakyat lagu tu jugak...tol tetap naik...smua kena naiklah...mana ada yg turun...INGAT NI...NAJIB N ROSMAH TETAP JD PM SMPI BILA2...HANG PRCAYA LAH....org2 lama x boleh buat apa dah...dulu kita buat kat org...la ni tuhan balaih smula....x tidoq mlm hang...den dah kobar dah...1mdb mmg power...jho low power...arul nasi kandaq pun power....smua plakon2 hebat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lagi satu samdol, bongok ke apa ko ni.....Najib had to step down shortly. IQ dgn EQ ko ni tak balance. Ko berhalunisasi hasil dari tekanan hidup. Sebagaimana org Yahudi ditekan sekian lama akhirnya hanya membuahkan Israilliyat saje....Ada paham ke samdol.............

      Delete
    2. Jika Najib tahu di akan berundur dan jika Najib tahu dia di benci rakyat, Najib tidak akan naik kan tol dan tambang.

      Najib masih berkuasa. Najib menunjukkan kuasa. Lagi rakyat terhimpit lagi bagus buat Najib.

      Semakin orang Yahudi ditekan semakin kuat ekonomi dan teknologi Yahudi dari orang Islam.

      Delete
  12. Anon 00:13
    Hujah anda ada point.
    Tetapi berhati2 guna perkataan berkaitan agama, takut2 tak tersedar, jarum iblis tertusuk di akidah.

    ReplyDelete
  13. Aku berdoa semoga maal hijrah ini kpd pemimpin yg banyak membuat kemugkaran ini berundurlah jangan sampai allah murka ingat sedikikit syurga dan neraka hehehe

    ReplyDelete
  14. Aku berdoa semoga maal hijrah ini kpd pemimpin yg banyak membuat kemugkaran ini berundurlah jangan sampai allah murka ingat sedikikit syurga dan neraka hehehe

    ReplyDelete
  15. Ku Li take over then handover to Muhyiddin? adakah Tun cuba mengulangi kesilapan nya memilih PM semata mata atas dasar balas budi Ku Li?Tanpa menafikan jasa dan sumbangan Ku Li yg besar pada bangsa dan negara.Tapi adakah dalam usia beliau skrg relevan? Seleok biar lah Muhyidin to be PM ,Ku Li sbg menteri kewangan kerana itu kepakaran beliau yg sebenar!Kent sbg PM bukan di lantik atas dasar balas budi atau sebab yg remeh .ia nya memerlukan ketelitian

    ReplyDelete
  16. Semua kenaikan barang dan tambang di sebabkan kenaikan tol ialah untuk mendapatkan duit yang di tuntut oleh Bank Negara. Selesai jumlah yang di minta oleh Bank Negara, atas alasan apa nak suruh Najib berundur. Begitu juga dengan pemecatan Ghani Patail.

    Jika nak tumbangkan Najib bukan nya semata-mata kerana sosma. Setelah didesak kedua-dua mereka di bebaskan dan habis nya di situ.

    Pemimpin seperti Mahathir dan Ku Li sepatutnya bukan sahaja menyuarakan tentang sosma sahaja tetapi beri lah perhatian yang sama menyuarakan supaya Anwar di beri rawatan yang sempurna.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. Malaysians have to accept the fact that support of Umno members to Najib is gradually increased day by day. There is no way Mahathir can win via Umno route. Now Mahathir has to resort to dirty game.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...