Monday 5 October 2015

DUA PILIHAN UNTUK JADIKAN ZAHID BENAR2 "NOMBOR DUA" DALAM UMNO

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dijadual mempengerusikan mesyuarat Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihanraya (GCOC) di ibu pejabat UMNO, tetapi tiba-tiba ia ditangguhkan tanpa sebarang sebab diberikan.

Andaian umum melihat penangguhan ia lebih kerana pendedahan media dua hari sebelum mesyuarat itu berlangsung kerana  ia kebiasaannya dikendalikan oleh Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO tetapi dikatakan diberikan kepada Zahid untuk mempengerusikannya.

Surat panggilan mesyuarat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor dengan mengatakan ia akan dipengerusikan oleh Zahid Hamidi bukan saja bermakna cuba mengenepikan kedudukan Muhyiddin Yassin, malah seperti mahu memberikan peranan sebagai orang nombor dua dalam parti kepada Timbalan Perdana Menteri secara "percuma" untuk menyesuaikan dengan kedudukannya dalam kerajaan ketika ini.

Sebelum ini Muhyiddin juga sudah diketepikan peranannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO yang amalan biasanya akan mengadakan mesyuarat sebelum MT bersidang apabila ia digantikan dengan mesyuarat khas Biro Politik yang dipengerusikan sendiri oleh Najib.

Ternampak bahawa sejak penyingkiran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi terus dikekalkan sebagai Timbalan Presiden, ketidaktentuan dan kecelaruan mulai berlaku dalam UMNO.

Sementara Muhyiddin dikekalkan jawatanya, namun peranannya diabaikan serta cuba dirampas satu demi satu.

Itu belum diambil kira lagi dengan ketidaktentuan sama ada Muhyiddin mahu diberikan ruang atau sebaliknya merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada Disember nanti. Najib mungkin bimbang jika Muhyiddin diberikan ruang itu, ucapannya akan bernada kritikal dan lebih mirip pembangkang berbanding menyokong segala dasar kerajaan yang dipimpinnya.

Namun tugas perasmian itu tidak boleh diberikan kepada Zahid kerana beliau masih Naib Presiden lagi. Kalau mahu diserahkan kepada Ketua sayap masing-masing merasmikannya, ia turut kelihatan janggal dan diluar amalan yang sudah biasa dilakukan sebelum ini.

Begitu juga dengan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO nanti, Najib juga mungkin sedang memikir-mikir sama ada mahu memberi ruang kepada Muhyiddin atau tidak. Jika Muhyiddin berterusan menunjukkan sikap tidak sebulunya dengan Perdana Menteri, memberi peluang berucap seperti memberi promosi percuma kepada Muhyiddin menonjolkan dirinya.

Hakikatnya selagi ada dua orang yang berbeza di jawatan nombor dua antara kerajaan dan UMNO, kecalaruan dan ketidaktentuan akan terus berlaku. Bayangkan jika berlaku sehingga pilihanraya umum dan pemilihan UMNO yang dijadual diadakan pada tahun 2018 akan datang.

Sebab itu apabila Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998, ia turut diikuti dengan penyingkiran daripada UMNO juga. Apa pun cabaran yang berlaku selepas itu, ia adalah lumrah dalam proses mengekalkan kuasa.

Dari segi politiknya, ketidaktentuan dan kecelaruan ini adalah kerana kelemahan Najib yang hanya berani menyingkirkan Muhyiddin daripada kerajaan, tetapi tidak cukup kekuatan untuk menyingkirkan Timbalan Presiden itu daripada UMNO.

Najib sepatutnya berani memecat atau menggantung keahlian Muhyiddin sebaik menyingkirkannya daripada kerajaan dan mengambil kesempatan daripadanya untuk terus mengukuhkan lagi kedudukannya dalam UMNO.

Dengan Zahid yang sudah dijadikan Timbalan Perdana Menteri dan diberikan pula tugas memangku jawatan nombor dua kiranya Muhyiddin dipecat, sudah tentu usaha mengukuhkan lagi kekuatan UMNO menjadi lebih mudah, meskipun mungkin terpaksa bergelut cabaran untuk beberapa lama bagi memberi penjelasan kepada akar umbi.

Hakikatnya, menghadapi orang yang sudah dipecat jauh lebih mudah jika dibandingkan berlawan dengan seseorang itu masih dalam jawatannya.

Tetapi berbanding sekarang, ketidaktentuan dan kecalaruan akan berlarutan selagi Muhyddin kekal di jawatannya. Najib susah, Zahid lagi susah.

Sebagai Timbalan Presiden yang dipilih, mengekalkannya bererti kedudukan dan peranannya hendaklah dihormati. Semua urusan dalaman UMNO yang selama ini dikendalikan oleh Muhyiddin mesti dikekalkan kepadanya. Ia tidak boleh diserah sesuka hati kepada Zahid kerana kedudukannya masih lagi nombor tiga dalam parti bersama Shafie Apdal dan Hishammuddin Hussein.

Hanya ada dua pilihan bagi Najib merungkaikan kemelut ini, walaupun sebenarnya boleh dikira agak terlewat.

Pertama, membangkitkan semula  isu ucapan dan kritikan Muhyiddin terhadapnya sebelum ini berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta untuk dibawa dalam MT dan seterusnya dihukum dengan pemecatan daripada UMNO atau penggantungan jawatannya sehingga pemilihan seterusnya.

Selepas itu, serahkanlah semua mandat pemangkuan jawatan Timbalan Presiden dengan senang hati kepada Zahid Hamidi. Zahid pun tentu lebih senang hati menerimanya.

Kedua, mengembalikan semula tarikh pemilihan UMNO yang sudah dianjakkan ke tahun 2018  sebelum ini kepada tarikh asalnya iaitu tahun depan.

Ketika itu, hanya kira-kira setahun dari sekarang, Najib bolehlah memberi sokongan sepenuhnya kepada Zahid untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO sebagaimana mantapnya sokongan Tun Mahathir kepada Tun Ghafar ketika bertembung dengan Tun Musa Hitam dalam pemilihan 1987 dahulu.

Muhyiddin pula, berilah kebebasan kepadanya sama ada mahu mencuba bertanding jawatan Presiden UMNO, mengekalkan jawatan Timbalan Presiden yang disandangnya sekarang atau terus bersara daripada politik.

Jika tidak berani walau "sebiji habuk pun" untuk memilih salah satu daripada dua pilihan tersebut, maka belajarlah menghormati jawatan, hak dan peranan Muhyiddin. (SH 05/10/2015)

18 comments:

  1. WargaMarhaenUmno5 October 2015 at 17:07

    Sdr Shah --- pandangan kiri saya : TSMuhyi bak daun kayu yg sudah layu kering akan berguguran jatuh ke bumi apabila ditiup sang bayu yg berlalu. Apa lagi gerangan reaksinya yg diam senyap membisu seribu bahasa memalukan orang Muo saja... Ayuh TSMuhyi berikan sahaja laluan daripada berdiam membisu. Marhaen2 di grassroot sudah penat menunggu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Anon 17.07 memang dah penat menunggu jawa ni dok diam membisu.Tunjukkan kelelakiannya mcm dato ibrahim bador yg tidak takut kehilangan jawatan demi kebenaran.Untuk bangsa dan ugama

      Delete
  2. Rana telur ada lagi tak ?

    ReplyDelete
  3. Muhyiddin Yasin tidak akan membuka langkah. 'Buku' beliau sebagai MB Johor di tangan Najib. Justeru Muhyiddin akan berlalu seperti Musa Hitam.

    UMNO Baharu sedang kepupusan pemimpin berwibawa. Senior terlalu fanatik pada jawatan dan sangat fobia kehilangannya. Manakala junior atau pelapis dijangkiti wabak ka-ching. Seperti kata Tun, yang bijak pandai semua dalam pembangkang.

    Buktinya Tun keseorangan menentang kerakusan Regim. Yang kononnya menyokong tidak lebih hangat-hangat tahi ayam. Ada juga yang baling batu sembunyi tangan. Tiada keberanian.

    Mungkinkah Dr Mahathir Mohamad terpaksa menagih dari NGO Islam lagi sepertimana beliau memujuk Anwar Ibrahim dan angkatannya dari ABIM?

    Dari dulu ABIM dilabel pro pembangkang, DNA Anwar dalan pertubuhan tersebut masih kuat. ISMA pula bersahabat baik dengan Raja 1 Malaysia. Perkasa yang mempunyai keahlian yang sangat besar itu lewat ini gah pada namanya sahaja. Maka dengan siapa saja Tun perlu berpakat?

    Pakatan Rakyat (PR) a.k.a Pakatan Harapan (PH) secara tidak langsung menyokong tindakan Tun kerana matlamat mereka makin sama - singkirkan Regim yang zalim. Sungguhpon ada persamaan dalam hal yang satu, jurang antara Tun dan pemimpin pasca Sejarah 1998 masih dalam. Bersama tidak semestinya bersatu.

    Tun juga tidak boleh menzahirkan minat dan sokongan balasannya terhadap pembangkang. Ini kerana pembangkang Malaysia hari ini tiada taring selepas ketuanya berehat sekali lagi di Istana Sungai Buloh. Parti komponennya makin bercelaru. PAS berpecah dua, PAS Asal tak sabar merujuk jandanya UMNO manakala PAS Baharu (Amanah) kekal bermadu dengan PKR-DAP. Undi Melayu penyokong pembangkang makin berpecah. Terlalu berisiko jika Tun berpakat dengan PH.

    Hanya satu cara Tun dapat menjatuhkan Regim, cumanya beliau masih sangat berat hati melakukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku menda yg hang melalut ni Dol? TSM jadi MB zaman Tun M jadi PM ,Apa hal pulak yg Najib Billion ni boleh pegang buku? he he he! Lain kali nak tulis tu jengah kiri kanan dulu supaya tak tersingkap keLEMBUan otak tu!

      Delete
    2. Bila tak kenal politik terkinja-kinja mahu bercakap tentang politik inilah hasilnya. Bak kata Najib, jenis bangang. Uzur ilmu jika berdebat manusia jenis ini. Apa kes Altantunya zaman PM Dr Mahathir?

      Delete
  4. Pada pendapat aku najib tu sepatitnya di pecat dari umno kerana memalukan islam dan otang melayu sebab jawatan dapat 2.6b percuma cuba kalau dia bukan ahli umno dapat ke duit banyak tu hehehe

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat aku najib tu sepatitnya di pecat dari umno kerana memalukan islam dan otang melayu sebab jawatan dapat 2.6b percuma cuba kalau dia bukan ahli umno dapat ke duit banyak tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus cadangan tu.... org UMNO ada baca tak ni......

      Delete

  6. WOW !!
    You Will Not Believe It !!
    >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete


  7. Jika Ahmad Zahid Hamidi meneruskan mempengerusikan mesyuarat Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihanraya tersebut, rasa nya yang malu ialah Muhyiddin. Percaya lah walaupun ada Ketua Bahagian yang tidak sokong tapi meraka tidak akan berbuat apa-apa.

    Dan Muhyiddin sepatutnya malu kerana diketepikan sebelum ini dalam peranannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO yang digantikan dengan mesyuarat khas Biro Politik yang dipengerusikan sendiri oleh Najib.

    Apa? Apa Muhyiddin akan buat sekiranya Najib yang mempengerusikan mesyuarat Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihanraya selepas ini ?

    Tidakkah surat panggilan mesyuarat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO dengan mengatakan ia akan dipengerusikan oleh Zahid Hamidi adalah di sengajakan apabila di dedahkan kepada media ??

    UMNO tidak langsung mempersoalkan bagaimana surat tersebut di dedahkan kepada media dan selalunya dalam hal begini, UMNO akan lakukan siasatan.

    ReplyDelete
  8. Sutak kasi pecat ,mau kasi kuis habit maa aa , Najib manyak bijak lor rr .

    ReplyDelete
  9. Kalu dah mentaliti pencuri segala pun dema nak curi Admin! Termasuk mencuri peranan ,tugas dan jawatan TS Muhyiddin!

    ReplyDelete
  10. apa susah2. mansuhkan jawatan2 dlm umno kecuali presiden.

    ReplyDelete
  11. Sorry bang din ..kenapa tak ada cerita pasal hisamudin.dia naib dah dua penggal macam zahid.tak mungkin naib hingga 3 penggal.kiraan sy zahid akan mengalami nasib yang sama macam muhydin yasin.penggal depan hisamudin tanding naib dan menang itu skenario team penasehat najib.otomatis jadi timbalan pm.najib calon presiden tunggal.kerena muhydin dah tak ada.peracangan ini dah seting ngan hisamudin.zahid dah cukup jadi tpm 2 tshun.sy nak tunggu episode ini endingnya macam mana.petang tadi raja raja muda dah buat komplain.tun mahathir serang terus.najib tak akan larat kalo raja raja muda buat hal .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...