Friday, 2 October 2015

ALAMAK....NAK LEMPANG PULAKK!!

Semalam Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tajuddin Abdul Rahman memberi amaran  "mahu melempang" kepada orang-orang Cina yang cuba mengadu masalah mereka kepada pihak luar.

Saya nak beri amaran kepada Cina-Cina di Malaysia, jangan bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang melindungi mereka, katanya.

Nak kena lempang macam tu, tambahnya sambil ketawa kecil.

Dalam masa yang sama, Tajuddin juga meminta orang Cina di negara ini agar berhenti daripada berangan bahawa ada pihak luar yang akan membela mereka.

Menurut beliau, kedatangan Duta Besar China, Huang Huikang ke Jalan Petaling baru-baru ini adalah untuk memberi mesej mengenai keselamatan kepada rakyat negaranya yang melancong ke Malaysia dan bukannya untuk membela orang-orang Cina di sini.

Sebagai timbalan menteri, berucap pula di depan khalayak yang berbagai serta dihadiri oleh media, tindakan Tajuddin menyelitkan unsur-unsur politik dalam majlis yang berkaitan bidang tugasnya tidaklah menjadi apa-apa kesalahan, tetapi menggunakan perkataan kasar seperti "lempang" adalah tidak wajar sama sekali, walaupun dalam nada yang bergurau

Apakah tidak boleh peringatan itu disampaikan dalam bentuk ucapan biasa saja tanpa menyebut perkataan "lempang" dan sebagainya?

Dan bak kata orang Perak pula, dah kuat bebenor ke berbanding orang Cina...

Imej kerajaan tentunya akan bertambah buruk dengan perbuatan Tajuddin ini serta menggambarkan seolah-olah pemimpin yang seharusnya menunjukkan contoh teladan lebih baik serta menjadi ikutan rakyat, gagal mempamerkan wibawa sebenar apabila berdepan dengan situasi yang mengganggu emosi.

Kalau dalam ucapan pun boleh begitu, bagaimanakah pula bila berdepan dengan pihak yang tidak sebulu dengannya di meja mesyuarat atau perundingan?

Apakah mungkin akan berlaku fail melayang atau kerusi berterbangan?

Tetapi barangkali sebelum amaran "mahu melempang" itu berulang lagi atau kejadian lempang benar-benar menjadi kenyataan nanti sebagaimana dikhabarkan turut pernah berlaku sebelum ini kepada seseorang yang sudah menjadi ketua sebuah kerajaan negeri sekarang ini, Perdana Menteri Najib Razak perlu menjadikan Tajuddin menteri penuh dengan seberapa segera.

Lagi pula Tajuddin bukan saja lebih senior dalam politik berbanding bossnya di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Shabery Cheek, malah turut lebih dulu "makan garam" berbanding Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir.

Ahhh...beri atau janjikanlah mana satu untuk Tajuddin!! (SH 02/10/2015)

40 comments:

  1. Sdr Shah, memang kemungkinan Taj dah terlalu banyak makan garam, sebab tu otak dah jadi jeruk. Ada siapa-siapa yang tulis surat suruh duta China datang? Kalau dia nak melawat pun, suka hati dialah, kenapa Taj mesti tarik seluruh kaum Malaysia- China masuk longkang. Berpuasa tiap tahun, sembahyang tiap hari tapi mulut berbisa. Kalau orang macam ini boleh masuk syurga, rela saya masuk neraka, mesti syurga kacau-bilau duduk dengan jiran macam Taj!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Najib kata melayu di bangsatkan

      musang berjanggut uban ni pulak kata melayu kena lempang cina untuk survive

      bangsat betul mulut mulut umno

      Delete
    3. Nak melempang orang saja kerja dia....hari tu dia jual pasir haram kat singapore

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    5. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Tajuddin dikenalikan sebagai RM12 million dollar man atau 7 or 8 million dolar man( tak berapa sure). Makan duit rasuah, itu fasal kepala tak berapa betul.

    Buat apa pi layan bangkai macam ni. Makan duit rasuah adalah seperti makan bangkai.

    ReplyDelete
  3. Steve Austin "The Miillion Dollars man" tu pun dah lama pencen...

    ReplyDelete
  4. Ni la rupanya bekas taik kasino genting. Masih ke sana ke en tajudin? Kaki judi jadi pemimpin.....sbb tu lah otak beku...rasuah ke apa ke tibai je janji nafsu berjudi beres.

    ReplyDelete
  5. Bila kata cina babi termasuk lah semua cina tak kira lah mana datang nya dan apa kerakyatan nya kecuali cina mca dan gerakan sebab dia memang betul-betul cina ba,, !

    Serupa jugak kalau ada hina bangsa melayu tentu ada duta melayu akan bertindak atau masuk campur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap kan Duta Indon je lah. Nasib baik Zahid berbesan dengan orang Indon.

      Delete
  6. betoi ka dia ada kebun sayoq kat cameron highland.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti tapi kat genting highland tu tempat biasa dia.....sebelum jadi menteri kat sana dia bersidang,skrg tak tahulah aktif ke tidak!

      Delete
  7. Entahlah.........nampaknya nak berlumba-lumba tunjuk "terror"..........mana sifat keberadaban, kesopanan bahasa? Teladan apa yang nak ditunjukkan kepada murid-murid sekolah? siapa lebih samseng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia cuma tunjuk sifat dia atas apa yg dia makan selama ini. Hasil cara mana. Tu yg terlahir sifat buruk. Tu lah contoh org yg memimpin ...tauladan BURUK utk anak2.

      Delete
    2. gamak nya lah kot..,
      era najib.., dari caw. to bhg. sume nk jdi kpla taiko.., sume nk jdi kpla samseng.
      kpla.., batu besar dlm. ada...!!

      Delete
  8. EH EH EH Muka tak malu nak lempang orang cina konon tak sedar diri nak senang pun kerana org cina menolong kalau orang cina TIDAK menolong jadi lah engkau macam orang asli pakai cawat atau bertelanjang bogel..KENCING DALAM TEMPURUNG DAN SULUH DAN TENGOK MUKA KAMU SENDIRI"SEDAP NAK CAKAP.

    ReplyDelete
  9. Sblm kita nk lempang mn2 bangsa pun,cek dlu bangsa mn yg mbayar cukai pada kadar paling tinggi. Bangsa mn yg plg dominan memacu ekonomi.. Guna lah otak anda sblm bsuara wahai pak2 menteri.

    ReplyDelete
  10. Itulah dia perangai org umno naj lempang saja tapi kalau rasuah tu diam aja nadib bsik aku bukan cina kalau tidak entahlah cermin2lah sikit muka tu

    ReplyDelete
  11. Itulah dia perangai org umno naj lempang saja tapi kalau rasuah tu diam aja nadib bsik aku bukan cina kalau tidak entahlah cermin2lah sikit muka tu

    ReplyDelete
  12. Mengapalah taraf menteri jadi macam ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah taraf menteri yang jual pasir haram kat Singapura dulu

      Delete
  13. Mengapalah taraf menteri jadi macam ini?

    ReplyDelete
  14. Semua ini hanya kerana nak mempertahankan Najib si bangsat tu..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini tidak ada kena mengena dengan Najib.

      Tanya diri kita bila kali terakhir nama dia berada di pesada politik ?

      Nak cakap pasal 1MDB tak berani. Nak cakap pasal mata wang jatuh dia tak reti. Nak cakap pasal apa?

      Delete
    2. lempang cina

      Delete
  15. Belom pernah ada cina dilempang melayu.st tengok ramai budak melayu masuk gangster cina 36.77.21.berani ker lempang cina.cari makanpun ikut cina.emegresen.rela ada ker berani buat razia kat rumah cina..beraniya cuma ngan bangla dan indon padahal atuk diapun indon.

    ReplyDelete
  16. Malu dengan menteri2 melayu skarang ni. Rakan sekerja ramai cina, tadi ade yang tiba2 tanya 'lempang' tu ape?..Sudah baca berita baru tahu..Haduiiii!!!! ;(

    ReplyDelete
  17. This guy like so many of his comrades in corruption think and behave as if they own Malaysia! Shameful. Where is the understanding that the world including they themselves and the hereafter belong to Allah and Allah swt only? His solat, zakat, etc. do not seem to make any difference to who he is... Unbelieveable!

    ReplyDelete
  18. Samseng dia sama tidak kurang dengan samseng Zahid.

    Gerenti BI pun hancur . Sebab dalam UMNO mana-mana taraf pemimpin yang jenis macam ini memang tak mampu bercakap BI. Bukan nak kata BI tu penting tapi ini lah cara nak jaga kedudukan supaya orang melayu kata dia bagus sebab berani.

    Dan kompare kan dengan pemimpin UMNO yang mampu bercakap BI dengan bagus, dia orang tak buat macam ini.

    Jangan ingat dia boleh lempang, Raja Bomoh yang nak lempang KJ pun dah terkena lempang oleh jabatan agama!

    ReplyDelete
  19. shame on you....the older you are, the wiser you should be.....is it a malay culture slaping people as if he is the tuan Tanah keduak.....how on earth this insect was born to this world.

    ReplyDelete
  20. Kabinet yang hanya layak di dalam rumah. Itulah kabinet yang dilantik oleh pm kita sekarang. Rata2nya ganas, samseng, biadap, kurang ajar. Kaki cari gaduh. Puncanya? Low mentality, bukan profesional, bertutur bahasa inggeris pun hancur, macam mana nak jadi wakil negara? Dari segi keterampilan pun yang satu ni, mak aii, menakutkan. Sudah2lah kalut negara dibuatnya. Mohonlah Allah taala turunkan pertolongan kepada rakyat Malaysia agar tidak jadi mangsa 'pemimpin' seumpama kabinet rumah ini.

    ReplyDelete

  21. Apa cerita Expo Mega Pertanian tahun ini?

    Baru-baru pergi lah Expo peringkat negeri sebab nak cari kalau ada barang yang jarang jumpa nak lah beli dan nak belikan pasu pokok hiasan yang menarik. Yang ada cempedak goreng yang dah lembik.

    Standard Expo Pertanian kali ini standard Pasar Tani !

    Pencapaian kaum melayu dalam bidang pertanian sangat mengeciwakan jika dibanding kan masa Pak Lah, Pertanian adalah Perniagaan untuk mengalakkan anak-anak melayu menceburi bidang pertanian sebagai usahawan.

    Daripada sibuk pasal lempang orang, tolong lah promosikan usaha-usaha kementerian membantu orang melayu dalam bidang pertanian. Jangan bergantung sangat pada barangan tersebut di import.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cempedak goreng lembik? nak kena lempang gamak nya makcik jual kuih ni..

      Delete
  22. Ahaiii
    Tengok muka dah tahu tahap kebangangan dia.
    Dah habis ke duit pasir ke Genting?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni Gengster tua..cakap je,sebab dia ada melayu tervangsat backing,zaman ni org tak pakai keris org pakai C4.
      Jika kat Zimbabwe,diani tahap pencacai angkat najis.

      Delete
  23. apa salah tajuddin guna perkataan "Lempang" ?
    di ikut Najib sebab Najib pun guna perkataan2 bakulsampah juga.
    Ingat tak??? Siapa guna perkataan "Haram Jadah" bagi peberoka Felda?
    Siapa guna perkataan "Bangsa Terbangsat"??
    Siapa guna perkataan "Sekor-sekor???

    ReplyDelete
  24. Inilah kualiti pemimpin yang berlambak kuantitinya. Kebodohan, ketamakan, kesombongan dan kebiadapan yang berlambak!!! Tidak boleh ditegur walaupun memang dia sendiri yang salah. Dibayar gaji oleh rakyat tetapi menganggap rakyat sebagai lembu mereka. Yang sedihnya memang ada lagi rakyat yang sanggup menjadi lembu mereka.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...