Monday, 19 October 2015

KEUTAMAAN PAC IALAH PANGGIL JHO LOW, BUKAN BUANG TONY PUA

Ahli Parlimen Rompin, Hassan Ariffin akhirnya dilantik mengetuai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC bagi menggantikan Nur Jazlan Mohamed yang tiba-tiba dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 28 Julai lalu ketika jawatankuasa itu sedang menjalankan tugas menyiasat 1MDB.

Meskipun berdepan tugas berat untuk menyiasat 1MDB yang sudah agak lama tergendala, di bahu Hassan kini terletak harapan untuk merungkai segala kekusutan tentang syarikat pelaburan yang sarat dengan hutang itu.

Harapan ramai juga ialah untuk melihat PAC dibawah kepimpinan Hassan ini akan meneruskan tugasnya memanggil semula semua saksi-saksi yang sudah disenaraikan sebelum ini seperti Jho Low serta  CEOnya sekarang, Arul Kanda Kandasamy sendiri.

Tambahan lagi, ketika Nur Jazlan mengetuai PAC, beliau sudah mengumumkan akan memanggil Jho Low untuk memberikan keterangannya berdasarkan laporan interim Ketua Audit Negara yang dikeluarkan mengenai 1MDB.

Lain-lain saksi yang pernah disebut oleh Nur Jazlan akan turut dipanggil antaranya ialah Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB, Vincent Koh Beng Huat, Penasihat Undang-undang 1MDB, Ivan Cheng, Lembaga Pengarah 1MDB International Holding Limited, Shahrul Azral Ibrahim Helmi dan Jasme Loo Aiwan serta Pengarah Brazen Sky, Azmi Tahir.

Syarikat pengauditan 1MDB iaitu Deloitte, KPMG dan Ernst & Young juga dikatakan akan  dipanggil semula memberi keterangannya bagi menjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan dalam laporan awal Ketua Audit Negara itu.

Maka, sudah semestinya Hassan wajib meneruskan usaha dan kerja kerasnya untuk memastikan Jho Low serta semua yang sudah disenaraikan itu dapat memberi keterangannya di hadapan PAC.

Kegagalan Hassan bertegas mengenai keperluan  memanggil mereka, khususnya Jho Low  untuk memberi keterangan tentu saja akan meleburkan keyakinan orangramai, bukan saja terhadap PAC, tetapi juga kewibawaannya sebagai pengerusi jawatankuasa itu.

Selain itu, dilaporkan juga kedudukan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam PAC mungkin tergugat berikutan kelantangannya membuat kenyataan umum mengenai 1MDB sebelum siasatan jawatankuasa itu tamat.
Ramai pihak menyifatkan tindakan beliau itu melanggar etika dan menggesa beliau digugurkan daripada PAC.

Hassan turut mengesahkan mesyuarat PAC akan datang bakal menentukan kedudukan Tony Pua dalam jawatankuasa itu dengan mengatakan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat pertama yang akan dipengerusikannya nanti.

Jika dilihat daripada awalnya, tertangguhnya siasatan PAC terhadap 1MDB ialah kerana empat ahli jawatankuasanya daripada BN, termasuk Pengerusinya ketika itu, Nur Jazlan telah dilantik oleh Najib menganggotai pentadbiran kerajaan dalam rombakan kabinetnya yang bersekali dengan pemecatan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal kerana kelantangan mereka bersuara  mempertikaikan mengenai syarikat pelaburan tersebut.

Perlantikan itu secara langsung menjadikan PAC yang sudah mula berjalan dengan penyiasatannya terhadap 1MDB, lumpuh serta merta.

Maka itu, seharusnya agenda mesyuarat pertama Hassan hanyalah untuk memastikan perlantikan wakil-wakil daripada BN untuk mengisi kekosongan saja dan biarlah wakil-wakil  lama daripada pembangkang, termasuk Tony Pua, dikekalkan dalam jawatankuasa itu.

Perubahan wakil daripada pembangkang, kalau mahu dilakukan juga, hanya perlu melibatkan Pas dan Amanah saja, tetapi wakil daripada PKR dan DAP seharusnya tidak terjejas.

Jika Hassan cuba membincangkan agenda untuk menukar Tony Pua dengan orang lain, tentu saja yang pertama melintas di fikiran ramai ialah beliau seolah-olah cuba untuk "mengambil hati" Najib mengenainya.

Dengan itu, keyakinan orangramai terhadap PAC dalam mencari kebenaran mengenai 1MDB juga tidak akan bermakna lagi.

Jika Tony Pua didapati melanggar mana-mana etika, beliau hanya perlu diberi peringatan atau amaran saja agar tidak mengulanginya lagi masa depan dengan memintanya menumpukan segala perhatian menyoal saksi-saksi yang bakal dipanggil PAC nanti secara tertutup dan profesional, tetapi bukan dengan menggugurkannya.

Dalam hal ini, Hassan perlu tahu keutamannya ialah mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB kepada rakyat dan pembayar cukai, sesuai dengan pertanggungjawabannya ialah kepada Parlimen. (SH 19/10/2015)

25 comments:

  1. Agak pelik kalau mengharapkan ketelusan sedagkan semua ini seperti melepaskan batuk ditangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. statement yang penuh sirat....indah jika hijab kebenaran terbuka...... salam kman

      Delete
    2. Satu lagi drama swasta lakonan semula dengan copy right terpelihara.

      Rakyat pun dah tahu apa keputusannya.

      BUANG MASA SAJA

      Delete
    3. Itu J low ,manyak besat maa aa ,atak belani kaa ?.

      Delete
  2. Agak pelik kalau mengharapkan ketelusan sedagkan semua ini seperti melepaskan batuk ditangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluar mulut buaya masuk mulut naga.

      Bila ngok mengata ngek, tiada yg lain cuma ngokngek.

      Delete
    2. Hi hi hi :)

      Delete
  3. Dah agak dah pengerusi baru ni confirm lg teruk.. ish ish ish dunia mmg betul2 dah akhir zaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa kasi lantik sama lia maa aa ?.

      Delete
  4. Ape la yang nak diharapkan dengan si Asan ni abang budin ooii..keje dia kan jage lembu jer..tapi kalo dia bijak.. buat cam si Jazlan..kasi bikin gempak sikit nak panggil segale lembu dan kerbau..dah tentu dinaikkan pangkat serte-merte..heee..

    ReplyDelete
  5. Bila la nak sedar? Umno BN ni parti menipu siang malam pagi petang tak kira masa.

    Tak sedar-sedar lagi ker? Hasan ni pun makan dedak jugak. Pangkat juga dok tunggu kat depan. Acah sikik ja, jadilah menteri.

    ReplyDelete
  6. Don't expect much from them. Who is the 'Boss'.

    ReplyDelete
  7. Don't expect much from them. Who is the 'Boss'.

    ReplyDelete
  8. Apabila seseorang ambil alih suatu kerja baru ada beberapa perkara yang diharapkan daripada beliau.

    Yang utama jangan buat kenyataan buta tanpa sokongan fakta. Jangan kata masalah PAC ialah hanyalah berbentuk persepsi, seolah-oleh apa yang dikatakan mengenai PAC selama ini merupakan tomahan semata-mata.

    Adakah PAC yang tidak bersidang kian lama hanyalah masalah berbentuk persepsi, seolah-olah PAC memonteng itu bukanlah hakiki? Apa kejadahnya persepsi apabila beberapa ahli PAC dipindah ke tempat lain? Apa kejadahnya persepsi apabila keseluruhan fungsi PAC dengan itu lumpuh tanpa sebarang penjelasan dari pihak yang wajib?

    Sebenarnya orang baru yang mengambil alih tugas itulah yang bakal menghadapi cabaran persepsi yang berat. Bekal seseorang itu untuk menghadapai cabaran persepsi itu ialah kata-kata pertamanya yang berhemah.

    Dengan itu jangan sekali-kali memperlekehkan halwa telinga para hadirin dengan membuat kenyataan yang malas terhadap bibit-bibit fakta.

    ReplyDelete
  9. Tak mungkin periok nasi nak ditaruh pasir?.Bukankah dah ada tauladan,selepas dilantik menyatakan 1MDB tiada apa-apa kis untuk dibawa kemuka pengadilan.Harap janganlah kita menaroh harapan yang bagitu tinggi dengan perlntikan ini,sama saja.

    ReplyDelete
  10. Hasan tu dari rompin org najib kita dah tahu jawapannya 1mdb adalah bersih tidak ada penyelewengan yg penting najib telus macam malikat tak pernah rasuah kan dlm kubur nanti jawablah najib hampad

    ReplyDelete
  11. Nur Jazlan YAKIN YANG HASSAN tidak akan menjadi sepertinya mudah termakan dengan yasuah PM.

    ReplyDelete
  12. Padan muka rakyat yang undi bn pada pru lepas....padan muka saya sendiri sebab saya pun undi bn dulu...satu pengajaran bersifat lifetime.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik aku undi pakatan rakyat. Kalau tidak, bersekongkol namanya

      Delete
    2. masa mengundi dulu tak tau lagi pasal 1mdb ni
      kalau dah tau kau fikir rakyat nak bagi undi lagi ke

      Delete
    3. Padan muka aku. Padan muka bini aku.
      Padan muka ketiga-tiga anak-anak aku.

      Kerana dapat surat beranak dari Pejabat Pendaftaran Malaysia.

      Delete
  13. MP2 yang masih ada maruah patut vote of no confidence ja speaker parliment yang yg tak sedar diri tu. Buat malu orang sabah ja. Satu pandikar satu lagi pahlawan bogus...2 x pun tak guna.

    ReplyDelete

  14. Ini nama nya PAC siasat PAC.
    Kah Kah Kah.

    ReplyDelete
  15. Tukar ke tak tukar Ketua nya, sama je skrip nya.
    Gugur ke tak gugur Tony Phua, semua nya Hu'ah-Hu'ah.

    Lebih baik Tony Phua bersuara lantang pasal 1MDB sebelum siasatan tamat sebab dia tahu tak pergi kemana pun sudah nya

    Tanggung je lah .

    ReplyDelete

  16. AWAS !!
    Budak Budak Dilarang Masuk !!
    >>> KLIK SINI <<<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...