Thursday 13 April 2017

ZAHID TAK MUNGKIN BERANI MELAWAN, DIPENCENKAN ATAU DIMINTA TIDAK BERTANDING PUN BELIAU AKAN DIAM


Sejak petang semalam, penyokong-penyokong Zahid Hamidi kelihatan aktif berhubung sesama sendiri untuk bertukar pandangan tentang kesan perlantikan Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas terhadap masa depan "boss"  mereka.

Kecewa, resah dan marah bercampur-baur dalam diri setiap mereka. Jika dulu mereka gembira serta hati kembang tak terkata bila Zahid Hamidi dilantik Timbalan Perdana Menteri, kini perasaan sebaliknya pula mula dirasa.

Hakikatnya, siapa pun dapat merasa perlantikan Hishammuddin itu menunjukkan ada yang mula tak kena. Sebelum ini, mereka yang dilantik menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas, terakhirnya ialah Daim Zainuddin, itu saja jawatan yang disandangnya, tetapi Hishammuddin diberikan jawatan itu di ketika masih dan dikekalkan sebagai Menteri Pertahanan.

Nak dikata Najib Razak tidak cukup pembantu, beliau sudah pun ada seorang Timbalan Perdana Menteri, sembilan menteri dan dua timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri - suatu angka paling besar dalam sejarah yang pernah mengelilingi mana-mana Perdana Menteri.

Jadi, kewajaran meletakkan Hishammuddin yang diketahui umum sedang bersaing kuasa dengan Zahid Hamidi, memang menimbulkan banyak teka-teki, spekulasi dan prasangka.

Kata Hishammuddin, pelantikannya kerana ada banyak kerja, terutama untuk meringankan beban Perdana Menteri, tetapi dalam masa yang sama beliau belum lagi mengetahui apa tugas khusus yang akan diberikan kepadanya untuk dilaksana.

"Kami proaktif, work in progress dan kalau ada tugas dan keperluan baru yang perlu dihadapi, maka penyesuaian dari segi portfolio dan tanggungjawab boleh dilakukan atas budi bicara dan kuasa Perdana Menteri.

"Ia adalah keputusan Perdana Menteri," kata Hishammuddin sambil menambah, beliau akan berbincang dengan Najib kemudian mengenai tugas-tugas khusus untuknya itu.

Seorang penyokong Zahid Hamidi lantas menyindir jawapan Hishammuddin - dilantik kerana ada banyak kerja atau untuk mengerja?

Logiknya juga, jika beban Perdana Menteri yang mahu diringankan, apakah selama ini keberadaan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, disertai sembilan menteri dan dua timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, masih tidak cukup berupaya dalam membantu serta meringankan kerja Najib?

Atau Najib tidak cukup mempercayai semua mereka itu sehingga Hishammuddin, sepupunya sendiri juga yang lebih dipercayai untuk sama-sama berada di Jabatan Perdana Menteri?

Dalam hal ini, ramai yang ternanti-nanti langkah serta persiapan Zahid Hamidi seterusnya, selain pernyataan awal beliau yang dilaporkan menyokong terhadap perlantikan yang dibuat oleh Najib itu.

Apakah Zahid Hamidi akan bertindak balas, berdiam diri atau reda dirinya dipencenkan begitu saja oleh Najib apabila tiba masanya nanti?

Atau mungkin Zahid akan diberikan sesuatu jawatan lain sebagai ganjaran setelah tempatnya diambil alih oleh Hishammuddin?

Dari satu segi, Zahid Hamidi di mata Najib adalah "budaknya" saja. Zahid mula bekerja dengan Najib sebagai Setiausaha Politik selepas pilihanraya 1986 dan kemudian menjadi Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia sepanjang Najib menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Zahid Hamidi adalah antara yang memainkan peranan utama menaikkan karier politik Najib sehingga berjaya menjadi Perdana Menteri. Apabila Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin, di mata Najib beliau tetap "budaknya", walaupun sudah sama-sam bergelar "Yang Amat Berhormat".

Zahid Hamidi tahu banyak rahsia Najib dan Najib juga tahu banyak rahsia Zahid Hamidi. Tetapi, kawalan kuasa berada sepenuhnya di tangan Najib. 

Dengan yang demikian, Najib tahu bahawa Zahid Hamidi tidak akan berani melawan atau berkata apa-apa, biar diperlaku apa sekali pun, termasuk jika diminta bersara atau tidak bertanding lagi dalam PRU 14 akan datang.

Meskipun jelas bahawa perlantikan Hishammuddin dengan memberinya dua portfolio menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas adalah bertujuan melonjakkan sepupunya dan mengenepikan Zahid Hamidi, tetapi tiada apa yang boleh diharapkan sesuatu yang luar biasa akan dilakukan oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Percayalah, Zahid Hamidi tidak akan melawan apa-apa.

Zahid Hamidi sendiri sebelum ini sudah berulangkali menyatakan  tetap taat setia apabila dirinya tidak lagi menjadi pemimpin utama, malah akan memberi sokongan kepada calon pengganti sebagaimana beliau disokong sebelumnya.

Kecuali jika UMNO dan BN kalah pilihanraya, perancangan Najib untuk meletakkan Hishammuddin menggantikan Zahid Hamidi, tiada siapa dapat menghalangnya. 

Di fikiran Najib, yang lebih utama di sebalik pelbagai kemelut berterusan menghimpitnya, adalah dirinya sendiri. Soal negara, ekonomi, kedudukan mata wang dan lain-lain barangkali adalah prioriti di pertengahan, kalau pun tidak di belakang sekali.

Yang dipercayai untuk menyelamatkan dirinya, masa depan keluarga, aset dan segala kekayaannya sudah tentu sepupu dan dari darah dagingnya sendiri, bukannya Zahid Hamidi. (ShahbudinHusin 13/04/2017).

84 comments:

  1. Bye bye zahid. Either you are here or there...it can mitigate your case...someone may throw you a float. Jangan neither be here nor there.....you die with the sinking ship

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjemahan:
      Selamat tinggal zahid.Samaada kau disana atau disini..ia akan redakan situasi anda...mungkin ada bantuan. Jgn di awang2an..awak akan tengelam bersama kapal yg nak karam.

      ..lain kali yulis dlm bahasa Melayu atau Jawa, baru dia faham.

      Delete
    2. bye bye zahid. mun kau sik di sia disituk. kelak dapat nulong kau...kali ada urang nikam pelampong ngan kau. Jangan kau sia ndak situk pun ndak... kau mati lemas sekali dengan kapal tenggelam.

      They understand perfectly well but choose not to....hahahaha

      Delete
    3. Abang abang semua ayu nak pesan ni... kita gaduh gaduh pun jangan la sampai putus saudara ya..

      Delete
    4. alang-alang menyeluk tempoyak biar sampai ke pangkal lengan..

      Delete
    5. Umno akan main sentimen bangsa dan pas atas agama

      Peluru pertama dh di lepas kan dgn karikatur nanyang siang pau milik MCA

      Punching bag ialah DAP

      Target ialah raih undi melayu yg sensitif bab bangsa Dan agama

      Woi mat JASA,hang Cari skrip lain boleh tak, skrip hang pa kami dh neutralize dah

      Ini Kali lah
      Kita ubah PM najib
      Kita simen BN

      Ini kalilah!!!

      Kikiki///

      Delete
    6. Tidak mustahil zahid boleh kalah di bagan datoh krn brrdasarkan denyut nadi pengundi2 yg terkesan dgn kos sara hidup yg melambung boleh menjejaskan peluang zahid utk jd PM

      Zaman skrg dgn perkembangan IT akan menyebabkan segala propaganda murahan BN atas isu bangsa dan agama tidak mampan pd pengundi matang dan baru.

      Maka adios wak jahid

      Selamat dtg ke penjara sg buloh atas sumpah palsu 1mdb.

      Kikikiki.. Ini Kali lah///

      Delete
    7. Wak Jawa lembab sangat nak coup d'etat , kan dah kena sepak ke tepi ahahaha.
      Jilat bontot najib hari2 ... last-last rasa taik jer !
      KahKahKah.

      Delete
  2. Mat Jahid takat jadi budak jer...doh nok wat guane..hehe.

    ReplyDelete
  3. Budin,
    Samaada Zahid ka, Najib dan hishamuddin semua tiada beza species tak berguna kepada Agama ,Bangsa dan Negara . Yang paling afdal dan terbaik ialah UMNO dan BN wajib di jatuh dan dilenyapkan dari bumi malaysia dan diganti dengan golongan baru samaada menjadi kerajaan dan pembangkang kerana mereka (umno dan Bn) dah rosak teruk dan menjadi mudharat kepada rakyat dan negara begitu juga dengan PAS parti menyudal agama islam untuk habuan kuasa dan harta dunia . Wallah hu'aklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya pahlawan Jawa akan kecundang dengan pahlawan Bugis. Me speak no good Inglishlah.

      Delete
    2. Jowo si omong Goblok si jahid ni

      Delete
  4. Tiada apa nak diheran
    Kuasa politik jadi rebutan
    Depa ni gaduh, carik2 bulu ayam
    Toksah dipeduli,BN kita humban..

    Pemimpin2 umno yang elit
    Kaki putar dan kaki belit
    Hidup rakyat semakin dihimpit
    Dimana ada projek, disitu diaorg menyelit..

    Marilah lihat kesudahan cerita
    Tiga pahlawan keris berebut kuasa
    Untuk mengekalkan status dan takhta
    Lawan sesama, biarlah sampai korang binasa..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Budin. Andaikata BN kecundang PRU nanti. Jangan kata najib, Hishammuddin dan zahid pun tak selamat.

      Delete
  5. Jump zahid jump

    someone from PAS will jump out by 1pm today...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tetap pas tapi kebanyakan pemimpinnya dah jadi kaki temberang. Kalau kuat buat benda yang tak baik macam mana nak jadi contoh sebagai islam yang baik. Terlupa, ulama2 dalam pas ini hanyalah manusia bukan malaikat sebab itulah cakap berbelit2, banyak bohong dari betul. Mana ada ulama maki hamun orang. Sebajai contoh tuan guru Nik Abdul Aziz, sentiasa lembut dan sabar. Buka macam yang se ekor ni dan terikut2lah pengikut2nya berperangai sama. Mereka terlupa yang mereka tidak masum, jika buat dosa tetap keneraka. Terpulang, sombong tak bertempat.....

      Delete
  6. umNO BE END PASs are dirtier,uglier and greedier animals

    ReplyDelete
  7. Peduli apa kat dia tu..dulu dia saspek saksi palsu. Kononnya dah jumpa si hartawan yg dermawan..tapi bila ditanya lebih detail..Dia membisu.

    Orang2 atas ni buat2 lupa ke dosa jadi saksi palsu...suka hati korang la

    ReplyDelete
  8. Tukar kerajaan adalah lumrah di USA dan UK mahu pun negara maju lain. Tidak mati pun rakyatnya. Kebaikannya mengatasi keburukan sebab yang jadi kerajaan hari ini tidak akan melakukan sesuatu yang tak baik. Contoh, terlibat dalam rasuah dan salah laku yang memudaratkan negara. Pemimpin malaysia bernasib baik kerana rakyatnya senang diperbodohkan dengan umpanan dedak dan sebagainya untuk kekal berkuasa. Dikorea, presidennya dipecat kerana tuduhan rasuah walau pun bukti tidak terang. Dimalaysia, amatlah sedih srkali walau pun bukti sangat jelas PM terlibat mengelap dana melalui 1MDB dan menerima kemasukkan dana itu keakauan bank peribadinya. Ini fakta dan dibuktikan diluar negara yang telah membicarakan kes ini. Hanya malaysia dengan adanya PN dan KPN yang bermatian melindingi PM, tak tahu apa yang mereka dapat dari PM. Mungkin banyak, tuhan saja yang tahu. Dosa dan pahala mereka yang tanggung. Rakyat hanya berdoa dan mengharapkan allah memakbul hajat agar kerajaan bertukar tangan kearah kebaikan. Itu saja satu2nya jalan untuk mereka2 yang bersalah di bawa kemuka pengadilan. Insya allah..Amin.

    ReplyDelete
  9. Usahlah disokong umno/bn lagi walau siapapun pengganti... parti yg pemimpinnya semua dah rosak baik yg bjwtn tinggi maupun yg jwtn ciput. Parti yg jadi hinaan & diperbudakkan saban hari. Bak kapal usang yg dah robek hanya menunggu masa & ketika untuk karam.... Bagi wak jahit... cukuplah jadi timbalan yg kononnya setia.... tapi meletakkan kesetiaanmu pada seorang ketua yg hemmmmmm.... Fikir2 kan lah wak.... walhal wak pun berasal usul dari kluarga yg faham hukum hakam agama. Pandang dgn mata hati tentang kelohan majoriti rakyat di bawah. Jawatan yg dipegang merupakan 'AMANAH' bukan kebanggaan & X dibawak mati. Lebih baik jadi jebat yg ditudoh derhaka dari menjadi tuah yg setia tapi hakikatnya lemah & X berprinsip di mata rakyat jelata....

    ReplyDelete
  10. Zahid Hamidi telah dimandulkan...hahaha. Jadi balaci Najib shj utk selamat. Rahsia Najib..Rahsia Zahid Hamidi..rakyat ditindas dan dibarua kan oleh pemimpin melanun duet rakyat.

    ReplyDelete
  11. Ramainyaaa menteri keliling MO1...mmg betul lar dia dah biasa dilayan sebagai bangsawan....tak biasa hidup susah...sbb tu dia sentiasa nak khadam2 berkata keliling dia....

    ReplyDelete
  12. ah..zahmidi tu bkn buat gheja sgt pon.. tu padahnya

    ReplyDelete
  13. ..

    Apa guna undi perwakilan kalau percaturan yang di harap kan oleh perwakilan menyambung kesinabungan parti di pandang remeh oleh Presiden?

    Bukan Zahid saja yang tak meliwat malah semua yang berjawatan Ketua dalam parti yang tidak akan melawan atau bersuara.

    Bagaimana rasa anak perempuan Zahid yang telah bergelar Dato? Senyap..

    Jika Zahid berpolitik kerana rakyay pasti Zahid yang pernah belot pada Anwar Ibrahim akan bertindak lebih berani.

    Kalau melihat pada latar belakang Zahid dan Hisham, pilihan PAS ialah Zahid jika PAS masih di landasan agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..

      Bukan Zahid saja yang tak meliwat malah..

      Maaf.

      Tak melawan.. bukan meliwat.

      Sekali lagi maaf.

      Delete
  14. Kot kot Pas boleh ambil iktibar dari apa yang sedang melanda Umno. Bahawasanya jika intipati perjuangan asal bertukar kepada berkuasa demi kuasa semata-mata maka terima lah padahnya.

    Ada kah sesiapa dlm Umno yang berasa resah atau risau terhadap penyakit yang sedang melanda mereka? Tak. Mereka x sedar pun mereka berpenyakit. Mereka x sedar pun mereka berada dalam pusar durjana yang tiada kejernihan penghujung.

    Yang kita dengar saban hari ialah bibit-bibit pengukuhan kuasa, dan kita sedia maklum tentang cara-cara yang dihalalkan (walaupun cara-caranya jelas x halal dari segi syariat) supaya matlamat tampuk bidang kuasa itu kekal kukuh dalam genggaman tangan itu tercapai.

    ReplyDelete
  15. Soalan yg paling utama adalah 'masih relevan kah jawatan itu ketika diampang pilihanraya?'. Paling lewat bulan ogos tahun depan.

    ReplyDelete
  16. Bravo En.Budin krn mdgr denyut nadi pengomen di sini. Say NO to kopipes kuih lopes....

    ReplyDelete
  17. Tuler jahit dulu membodek jibo....dah jumpa pak arab yg menderma 2.6b. Sekarang takkan nak u-turn pula. Walhal semua orang tahu tentang money trail yg masuk akaun peribadi jibo.

    Setiap yang berlaku bersebab, yang sudah ditakdirkan.

    ReplyDelete
  18. KRONI LEE KWAN U BUANG REMAJA AMOS LEE
    MELAYU SINGAPORK DAH DITINDAS MATI
    JUARA KRONI NEPOTISMA KIASU DI SINGAPURA
    SABOTAJ EKONOMI NEGARA JIRAN NYA PULA

    LEE KWAN U & KRONI HARAMJADAH CELAKA
    SABOTAJ EKONOMI GUNA BARUANYA DI MALAYSIA
    KUTTY JIDIN ALJUBOORI SYIAH & PLURALISMA
    LEPAS PRU 14 KITA GANYANG SINGAPURA PULA

    KEMPEN SINGAPORK@DAP SUDAH MENJADI
    MASA TERBAIK KITA SERANG SPORK KEMBALI
    RAKYAT MALAYSIA YANG TINGGI HARGA DIRI
    NYAHKAN BARUA SINGAPORK BERAMBUS PERGI

    ... perak man smart pomen amat otoman(bole kembali ke Spork...berambus..!!) dah apply jadi warga sinhapork lepas ni....
    ...... BERAMBUS SINGAPORK@DAP....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak langsuir aka wak simen sudah panas Kikikiki..

      Lama dh orang tau Si bijan tu barua singapork.

      Klu kalah Pru 14,Si bijan akan di dakwa economic treason.

      Ada berani.. Satu je hukumannya..

      Ini Kali lah
      Kita ubah PM najib
      Kita simen kan BN

      Ini kalilah///

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Langsuir bapok ni cakap pun macam org mabok ada hati nak halau org.

      Takat tu je la level penjilat najip. Lagi hina dari ba alif ba ya

      Delete
    4. Anon satu tiga tiga tujuh
      Komen tuan best sungguh
      Mat singapork dengar kecut telur berpeluh peluh
      Dia dan bosnya kedalam, kerja berat jadi buruh..

      Delete
  19. Hanya pemimpin yg tak cekap,kurang kemahiran mengurus, tak efisien dan tak efektif sahaja yg perlu ramai pembantu2...dan berlaku duplication of works ...redundant dan pembaziran.....wallahuaklam...

    ReplyDelete
  20. rakyat tak pelik, dah agak dah najib akan angkat sepupu sendiri untuk jadi pengganti membelangkangkan kehendak ahli UMNO terkini, lagi satu barah telah pecah dlm UMNO,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Shima xnaik silap2 semah yg naik

      Delete
    2. Cuma kita tak tahu tahap kategori ribut mana yg melanda Umno nanti 1. Ribut dlm cawan.
      2. Ribut dlm baldi
      3. Ribut dlm tempayan.
      Sedar tak kita dlm minggu ini kenyataan KPN dan AG amat berbeza dan berhemah sekali dgn menyatakan bahawa kes SRC tdk pernah ditutup manakala PDRM telah menyiapkan siasatan kes 1MDB.Disertakan pula dgn perlantikan hishammuddin dan kenyataan zahid yg akan wala'un pada najib. Adakah ini penunjuk di mana akan terpentas lagi sebuah drama yg skripnya hampir serupa dgn drama RUU355. Demi untuk meraih semula kepercayaan rakyat kpd kerajaan BN.

      Delete
  21. zahid banyak buat kesilapan..adakah nak bagi nazri berdebat dgn TUN:)

    ReplyDelete
  22. http://thekl-chronicle.blogspot.my/2017/04/melayu-bodoh-kata-penceramah-dap.html?m=1

    link atas bukti DAP@SINGAPORK kecam Maddey Kutty cap bunga.... video lagi... macai ada apa2 mau jawab....?

    MELAYU SINGAPORK@DAP SUDAH GOYANG
    DITINDAS KEJAM KELUARGA LEE KWAN U
    KLU AMOS LEE YANG CINA PUN DIA KASI BUANG
    APATAH LAGI BARUA BELAANYA DI MALAYSIA INI


    .... LU FIKIR LA SENDIRI.... PUIIIII......!!!!

    .....BERAMBUS SINGAPORK@DAP. ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini semua salah UMNO. Kenapa Umno bersetuju menyerahkannya. Umno yg buat TAHI.Jadi, sejarah tak blh tutup. Yang hairannya kamu masih menyokong umno?
      Butir TAHI tu masih ada dlm mulut kamu tu

      Delete
    2. Kikikiki.. Akak langsuir kaki simen sudah panas!!!

      Mmg barua singapork akan kena dakwa pasca Pru 14 tu la dia Si bijan

      Kikikiki.. JASA bodo piang
      Poad zakar shit///

      Delete
    3. Langsuir bapok ni cakap pun macam org mabok ada hati nak halau org.

      Takat tu je la level penjilat najip. Lagi hina dari ba alif ba ya

      Delete
    4. Anon 12:26
      Saudara tak rasa ke yg kenyataan dIa yg maksud melayu bodoh itu ditujukan kepada saudara.Belajar lah terima hakikat bahawa kata kata dia itu ada kebenarannya.

      Delete
  23. Tapi..Zahid x perlu risau...dia masih layak lagi untuk cabutan bertuah 7 biji Perdana tu....hehehhehehehe

    ReplyDelete
  24. .
    .

    Zahid sendiri tidak menyangkakan yang dia berjaya sampai menjadi TPM.


    Najib pula berkuasa dan seperti kata Pandikar you are bloody fool if you do not use your power.

    Kata - kata bloody fool itu lah yang membuat Najib bertindak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid lah pada hakikatnya yang paling banyak dapat undian dpd vp vp lain. Mengikut takrif Yang Mulia Tuan Speaker Pandikar siapakah yang secocok digelar bloody fool?

      Delete
  25. Itulah bahana parti dan pemimpin yang takut kepada pemilihan parti.

    ReplyDelete
  26. Kami org lama dlm umno tidak bersetuju Zahid diangkat menjadi PM kerana sejarah beliau yg pernah hentam umno ketika menyebelahi Anuar. Sebaik manapun cuba ditunjukkan bg kami kain yg dah dicarik2 walaupun dijahit tidak akan kembalu seperti asal. Hati nularinya madih bersama anuar. Kami percaya jika diangkat sehingga keperingkat tertinggi beliau akan memulsngkan paku pada umno. Najib akan berada dikedudukan merbahaya selepas persaraannya. Jadi sebaiknya beliau tidak dilantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pulak yg dah lama sebelum ni yg dok nyokong amno dah sepakat haram sekor pun umat dalam amno tu kami xakan undi lagi dah dlm next pru

      Delete
    2. Kami gembira lihat atasan umno mulai bergaduh sama sendiri.
      Umno dudah mulai reput dari dalam....itu tanda Allah makbul doa doa kami.
      Umno sudah khianat negara kami.

      Delete
  27. Yg perlu kita fokus sekarang ,kita semua kerja keras pengaruhi sanak saudara dan rakan2 undi PH.kita jgn biar diri kita semua dp
    terus diperbodohkan....org lain berhutang,kita yg kena bayar...bukan seringgit dua, mak oi berbillion2!

    ReplyDelete
  28. So do MCA pigs

    ReplyDelete
  29. Realitinya.... TPM masih lagi timbalan kepada PM.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suharli,

      Pi main jauh2. Ini kes orang tua....

      Nah 20 sen..beli gula....main jauh2 ok

      Delete
    2. Suhaili ni dia sendiri hidup dalam fantasi ada hati nak bcakap pasal realiti

      Delete
  30. Ada berita terkini siapa yang rafizi namakan ex pas leader yang terima duit 1MDB Najib?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasaruddin lebai pundek tu adalah TAHI dlm Pas.

      Delete
  31. saya masih menyimpan bukti2 bahawa sejak jan 2016, saya tlh beberapa kali merayu agar d s zahid menjauhi diri drpd pasanagn klepet ini.
    (semua bukti2 rayuan saya n jawapan ds zahid masih ada dlm simpanan)

    d sri yab, masih tidak terelewat. terjun lah drpd kapal yg sedang karam.

    apa yg saya bimbangkan sudah pun berlaku terhadap yab d sri sekarang.


    insan yg sejak mula lagi tlh memperdayakan rakyat dgn membiarkan umum menerima nya sebagai pemeganag ijazah tidak bolih d percayai langsung.

    ReplyDelete
  32. Aku suka Zahid zaman reformasi dulu jadi ayam jantan.,sekarang mau jadi ayam togel..mana maruah beb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu Ayam jantan
      Skg Ayam togel
      Sikit hari lagi jadi Ayam golek kat Pasar ramadhan

      Delete
    2. Budget rm 5 jota utk ayahanda saja ke? Macai tukang tengok ye..///

      Delete
    3. MEMANG PATUT ZAHID KENA TIPU......ADA PHD TAPI BUDAK TAK LULUS DIPLOMA(TERKANDAS DIPLOMA) BOLEH TIPU DIA.

      MACAM INI MAU JADI PEMIMPIN KAMI?
      he....he....

      Delete
  33. AMOS LEE REMAJA CINA PUN KENA TENDANG
    INI KAN PULAK MELAYU SINGAPORK@ BABI...
    APA LAGI ANJING BELAAN MEREKA DI SINI..
    MAMAK TERIAK SANA SINI MCM NAK MATI
    HAJAT TERCAPAI BARUA DIKUASAI PROKSI DAP

    ........ puiiiii....

    ...... BERAMBUS SINGAPORK@ DAP....

    ReplyDelete
    Replies
    1. KO nak kena Potong dedak ke halau bijan dgn al badaki

      Kikikiki

      Delete
  34. Yg kau msh sokong umno apasal.
    Umno yg serahkan. Umno tu pengkhianat. Kalau bukan kerja2 umno Singapura tu akan masih dibawah Tanah Melayu. Sekarang ni umno msh jual dan pajak tanah2 negara pada cina kau tak bising ka? Malaun betul umno ni.

    ReplyDelete
  35. Itu kerja orang utara ... kedah lama punya kerja



    nak fakta ka....?

    ReplyDelete
  36. Waduh Kesian bangat ya pendekar Jawa di ketepikan oleh pendekar Bugis yang pandai bermain langkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian.....kesian.....kesian.....
      Pendekar Jawa mengaku kalah tanpa bertarung......
      Mana pegi Pahlawan Jawa yang gagah berani?...mana pergi darah keturunan Taming Sari?

      Delete
  37. Assallamullaikum
    Dari Anak Melayu Singapura

    Hello Anon 16.28

    Apa kena mengena Melayu Singapura dengan hidup kau yang seperti kehilangan arah tuju.

    Kami Anak melayu Singapura telah lama berdikari dan sedia maklum akan reality hidup.

    Jikalau kau mempunyai jiwa seorang pejuang, sebaik nya kau fikirkan jalan macam mana untuk kau tebus bangsa melayu yang telah tergadai oleh bangsa nya sendiri.

    Jika kau tiada action plan, nasehat dari anak melayu singapura,

    Banyak2kan doa untuk kesejahteraan kami saudara kamu yang tergadai.

    Wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1628 tu troooer unit Wad Mental Tampoi.
      Dia menjalani latihan amali sambil dpt upah Anak Butir taek Low.
      Kesian kan?

      Delete
    2. Bro jgn di layan akak langsuir scizho tu. Dia belum makan ubat lg.

      Tak lama lg ke Tg rambutan le ke hospital bahagia.

      Buang karan je bro layan org yg duduk dlm dunia fantasi dia sendiri.

      Mengong punya olang///

      Delete
  38. Aku tak tau nak kata aoa la pada pemimpin2 umbo yg msh menyokong Najib. Tak tahu malu ka msh mempertahan si Najib tu. Malu la sikit pada rakyat. Tak pun malu la sangat pada Tuhan. Mulut kata takut pada azab tuhan tapi msh bersekongkol mempertahankan penjenayah. Dahi msh sujud pada tuhan tapi msh tak malu msh menipu pengundi dan rakyat. Mana nak letak muka kamu hah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bro..tapi puak yg ngaku Pejuang parti Islam lg la tak tau malu menjual agama semata2 demi dedak gred A 90j

      Delete
    2. Itu semua puak puak sesat kerana RIAK.....
      Lupakan mereka....

      Delete
  39. Wak Simen kikiki benci Singapork
    Dulu tempat dia berkepuk
    Pernah ditangkap cabul si bapuk
    Pegawai agama bagi selepuk

    Bro Pomen, bro Perak Man
    Mereka berdua Wak nak eksyen
    Nak halau orang lagak immigresen
    Sedangkan dia pembancuh simen

    Setiap saat kutuk Singapura
    Tapi tengok perangai dia
    Melayu Islam dia berpura
    Bab agama belum sedia

    Singapork,Singapork, dia mengutuk
    Memang jahat sukar dibentuk
    Sokong malaon dia nampak elok
    Bijan songlap, Speaker mengantuk

    Bro Ismail jangan terasa
    Ini Wak jahil dan buta
    Dengan orang suka sengketa
    Bro Ismail, kita bersaudara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro fan tun..

      Kepada yang membaca komen mat singapork
      Minta semua janganler mengambil pot
      Dia tu baru je lari dari escort
      Van kesihatan mental ke tampoi dari singapork..

      Delete
  40. Dok sibuk pasal Ruu yg bukan hudud keresahan dan kesulitan rakyat dilupakan.
    Betul2 lobai bermasalah la kau.

    ReplyDelete
  41. Lobai bawa butir TAHI

    ReplyDelete
  42. Thank you bro Perak Man
    Pasal Singapork Wak mengomen
    Kena berdepuk dah naik angin
    Terus koma tak bancuh simen..

    ReplyDelete
  43. Muhyudin kena tipu, zahid kena tipu,PAS pun bakal kena tipu,
    PAS suka kena tipu sejak dulu lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...