Tuesday 11 April 2017

PILIHANRAYA SEBELUM PUASA?


Bukanlah  sesuatu yang biasa bagi Najib Razak memberi penghargaan dan ucapan syabas kepada Ahli-Ahli Parlimen BN apabila sesuatu sessi Parlimen berakhir.

Lazimnya memang tiada ucapan khusus sebegitu diberikan setiap kali sidang berakhir, tambahan lagi memang  itu tugas utama Ahli-Ahli Parlimen selama ini.

Tetapi, melalui blognya lewat semalam, Najib memberi penghargaan khusus kepada Ahli-Ahli Parlimen BN yang dianggapnya komited bersidang selama 20 hari dengan menyaksikan 13 rang undang-undang dapat diluluskan.

Kata beliau, sessi Parlimen BN kali ini amat produktif dan bermakna kerana Ahli-Ahli Parlimen BN telah mendengar denyut nadi dan keperluan rakyat.
Saya ambil peluang ini untuk mengucapkan syabas kepada semua wakil rakyat BN kerana mendengar denyut nadi dan keperluan rakyat. Terus usaha, katanya.

Apakah makna ucapan penghargaan dan syabas Najib itu?

Adakah ini bermakna sessi Parlimen yang berakhir 6 April lalu adalah sidang yang terakhir dan dalam waktu yang terdekat ini Parlimen akan dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya mengejut diadakan?

Tidak mustahil juga kata-kata Najib itu sebagai tanda terima kasih kepada Ahli Parlimen yang bakal dibersarakan dan tidak dipilih semula sebagai calon.

Jika pilihanraya diadakan, adakah ia akan berlangsung sebelum ketibaan bulan puasa?

Umat Islam dijangka akan menyambut Ramadan pada 26 Mei, iaitu kira-kira 45 hari daripada sekarang dan ia memang tempoh yang mencukupi  untuk diadakan pilihanraya secara mengejut memandangkan pengundian mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Dalam keadaan parti-parti pembangkang  belum begitu bersedia dan Pas pula semakin melekat rapat bersama UMNO dan kerajaan serta pasti bertanding secara bersendirian setelah Akta 355 diberi laluan untuk dibentangkan baru-baru ini, mengadakan pilihanraya dengan segera barangkali antara pertimbangan utama dalam fikiran Najib.

Najib juga mungkin melihat  Akta 355 sebagai kelebihan buat UMNO untuk dijadikan modal pilihanraya memandangkan isu itu sedang hangat diperbualkan, malah "boleh diolah dan digoreng" lagi  untuk mempengaruhi lebih ramai pengundi-pengundi Melayu dan luar bandar terus memilih BN.

Selain selepas sambutan Hari Raya iaitu antara Jun hingga Julai,  Ogos hingga September iaitu sebaik berakhir temasya Sukan Sea 2017  atau selepas pembentangan Bajet 2018 yang dijangka Oktober, memilih tarikh pilihanraya sebelum puasa  mungkin juga menepati kehendak feng shui atau ramalan-ramalan yang lain yang dirasakan mampu membuahkan kejayaan buat Najib.

Di pihak Pakatan Harapan, meskipun kecenderungan dan kecondongan rakyat jelas memihak kepada perubahan, tetapi pilihanraya mengejut sebelum puasa akan membuatkan mereka terpaksa bekerja keras untuk menyelesaikan banyak perkara seperti pembahagian kerusi, pendaftaran gabungan pembangkang, penggunaan satu logo satu manifesto serta pelbagai isu yang lain lagi.

Lebih penting, pilihanraya mengejut juga dapat mengelakkan Najib daripada berdepan dengan isu 1MDB yang lebih kritikal apabila Amerika Syarikat dan Switzerland dijangka memulakan proses pendakwaan di mahkamah masing-masing dalam masa beberapa bulan akan datang.

Jadi, di samping ucapan penghargaan dan syabas Najib itu terlihat sedikit luar biasa dan boleh dijadikan sandaran untuk menunjukkan kerajaan BN dibawah pimpinannya  telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik serta wajar dikekalkan lagi,  ada kebarangkalian lawatan beliau ke India baru-baru ini adalah kunjungan terakhirnya  ke luar negara yang penuh makna sebelum pilihanraya diadakan. (ShahbudinHusin 11/04/2017).

50 comments:

  1. Baguslah tu...cepat cepat lah adakan pilihanraya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib ni jenis bibir merah pengecut Bugis sandbagging MappiowPolong. Mana berani nak buat PRU awal walaupun tahu BN tetap akan menang juga.

      Janji Semah Kemetot bahagia.

      Delete
    2. Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno memecah belahkan umat Islam di Malaysia dengan membenarkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

      "Sebenarnya ini bukan ada kaitan dengan agama Islam. Agama Islam tidak meminta kita buat sesuatu untuk pecah belahkan orang Islam," katanya kepada media selepas menghadiri satu forum di Shah Alam.

      "Dalam negara kami yang berbilang kaum, berbilang agama, kita mesti sensitif terhadap agama lain kerana Islam hormati agama lain. Kita tak boleh buat sesuatu yang memaksa orang lain, berasa takut kepada agama Islam," katanya.

      "Ia (Akta 355) nak digunakan untuk politik, politik sebuah parti saja," tambah Mahathir

      Lebai tak nak ulas panjang pasal kenyataan Tun Mahathir ini. Siapa tak kenal Tun Mahathir yang pernah mengatakan kalau dilakasanakan undang-undang potong tangan nescaya boleh makan sup tangan. Saidina Hamzah mati syahid tidak dimandikan kerana padang pasir tiada air dan macam-macam lagi...
      Mahathir dia lupa rupanya zamannya 2 kali akta 355 dipinda, 1984 dan 1989. Patutlah zamannya Umat Islam pecah belah terutamanya UMNO sehingga terbitnya UMNO BARU.

      Sekarang Mahathir juga lupa bahawa dia yang tuduh Anwar liwat kerana dia bersetuju untuk bebaskan Anwar jika PAKATAN HARAPAN berjaya tawan Putrajaya.

      Hanya orang bodoh sahaja percaya Ketua Penyamum dan selamatkan negara daripada Ketua Perompak.

      Delete
    3. Raja Petra Kamaruddin dalam blognya telah menulis bahawa aliran wang GENTING yang bernilai 30 billion yang diragui bagamainan Daim mendapatkannya juga mengalir kepada Husam Musa bagi menjaga kepentingan dalam PAS jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam PRU sebelum ini


      Saya tidak berhasrat mengulas panjang tentang duit berkenaan tetapi seperti saya menulis sebelum ini Husam Musa banyak membelanjakan wang untuk mengerakkan parti PAN dan anggaran itu sekkitar RM2 juta. Ini wang untuk sekarang, dipercayai dia banyak membelanjakan wang daripada sumber yang tidak diketahui. (anda boleh baca artikel saya sebelum ini untuk pengesahan di sini)

      Apabila Raja Petra mendedahkan aliran wang GENTING dan menuduh Husam Musa juga mendapatkannya dikalangan pimpinan PAS sebelum ini saya rasa Husam Musa perlu menafikannya.

      Saya suka mengulas lebih lanjut penulisan pendek saudara Nor Azman Bin Sukerman dalam facebooknya.

      Kita mungkin tidak dapat mengesahkan apa yang ditulis oleh RPK mengenai apa yang diterima Husam dari Genting. Kita boleh bersangka baik kerana PAS ajar kita mengikut Islam dan Islam mengajar kita bersangka baik kepada Husam ketika beliau menjawat jawatan-jawatan tinggi dalam PAS.

      Ya, mungkin banyak perlakuan dan tindakan beliau yang kita boleh terima sebagai salah laku tetapi untuk mengatakan Husam menerima duit dari Genting satu perbuatan yang sangat HODOH kerana dia pada masa itu anak didik Tok Guru Nik Abdul Aziz.

      Apa pun terpulang pada Husam untuk membersihkan dirinya. Lagi pun dia juga terlibat dalam aktiviti menuduh PAS kemudian minta yang dituduh, PAS buktikan penafian. Jadi sekarang dia berada dalam situasi dituduh dengan satu tuduhan sangat mengaibkan dirinya. Sekarang masanya dia pula membuktikan panafiannya.

      Sesungguhnya keadilan kadang-kadang tak tunggu dibicarakan di mahkamah pun tetapi cukup dengan pendedahan dan fitnah pada si zalim untuk membuat si zalim rasa dizalimi pula.

      Husam mungkin lupa ramai ahli PAS hafal dan beramal dengan qunut Nazila kata Nor Azman yang mana Allah tidak akan melupai orang-orang yang dizalimi. Husam patut tahu dan ingat apa yang Tok Guru Nik Abdul Aziz berpesan, melainkan dia menjadi anak murid yang lupa diri.

      Delete
    4. 1 March 2016

      Sehari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau dan isteri keluar Umno berikutan tidak berpuas hati dengan pemerintahan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak, beliau memberi janji tidak akan menyertai parti pembangkang, sebaliknya hanya sekadar meneruskan pendedahan salah laku kerajaan.

      “Tidak, saya tidak akan menyertai pembangkang. Saya tidak bersetuju dengan mereka,” katanya.

      Malah beliau berkata beliau akan menyertai semula Umno apabila Najib meninggalkan parti berkenaan sepertimana beliau menyerahkan borang kepada Najib selepas Tun Abdullah Badawi dijatuhkan.

      13 bulan kemudian…

      8 April 2017

      Dr Mahathir berubah nada.

      Beliau yang kini menjadi kawan rapat DAP, dan penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru menyertai Pakatan Harapan berjanji, beliau tidak akan kembali kepada Umno walaupun Najib berjaya dijatuhkan dalam PRU14.

      Alasannya: “Umno sudah rosak guna wang untuk sogok ahli.”

      Bukan itu sahaja, Dr Mahathir turut menyatakan bahawa beliau sedia membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14.

      “Kalau rakyat nak (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, siapa saya nak tahan rakyat.”

      Alasan Dr Mahathir





      Mereka yang mengikuti Dr Mahathir akan tertanya-tanya, apakah setahun ini sahajakah Umno rosak dengan politik wang?

      Di zaman Pak Lah menjadi Presiden Umno (tahun 2005), bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad digantung jawatan dan keahliannya selama 2 penggal atau 6 tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang oleh Lembaga Disiplin parti.

      Pada 2009, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga dikenakan tindakan tatatertib kerana politik wang.

      Pendek kata, alasan yang digunakan Dr Mahathir untuk tidak kembali ke Umno tidak kuat.

      Bersama dengan kenyataan ‘kesediaan’ beliau untuk membebaskan Anwar, ia seolah-olah sekadar kenyataan berbaur penyedap hati untuk meredakan kesangsian para penyokong Pakatan Harapan, terutamanya penyokong Anwar yang masih meragui keikhlasannya bersama pembangkang.

      Bolehkah percaya?

      Bolehkah janji seorang yang berimankan ‘matlamat menghalalkan cara’ seperti Dr Mahathir dipercayai?

      Sekiranya Najib berjaya ditumbangkan di PRU14, tapi Umno masih kekal berkuasa, apakah kebarangkalian Dr Mahathir untuk kembali bersama Umno dan menjadi penasihat BN?

      Antara:

      “Walaupun Najib sudah tiada, Umno-BN perlu ditumbangkan walau apapun…”

      dengan

      “Pakatan Harapan memang tiada wibawa untuk menerajui kerajaan. Tiada ketokohan, suka berbalah. Saya tahulah sebab dah setahun genap saya bersama mereka. Saya tidak mahu dikenali sebagai pengkhianat bangsa dan agama dengan terus bersekongkol dengan mereka… Umno kini mulai bersih seperti zaman saya dulu selepas Najib tiada… Umno-BN adalah model terbaik untuk Malaysia…”

      Yang mana akan menjadi kenyataan Dr Mahathir, yang pernah berkata bahawa “pemandu yang bodoh sahaja akan terus memandu apabila melihat jalan raya diletupkan dan tidak lagi boleh dilalui” jika penghalang jalan beliau iaitu Najib telah jatuh tersungkur?

      Buatlah tekaan sendiri.

      Delete
    5. Editor Harakah dah paste berita org x nak baca. Kesian..

      Delete
    6. Lagi cepat .. lagi bagus. Kuburkan parti Lebai dan Parti Perasuah . Lepas tu seret sekor sekor monyet2 politik pemakan dedak masuk jel ! Terutamanya Toyol kat semah yang bibir merah tu !

      Delete
    7. Lobai2 ni mmg jenis satu je perangai dia. Tak akan ngaku walaupun kantoi. Rafizi dah nak reveal dah tu.. haha..

      Kalo SPRM tulung cover sbb dah comolot, mmg power la parti lebai.

      Delete
  2. Aku second..pas pis pus

    ReplyDelete
  3. DARI BLOGGER BATU API KE AHLUL NUJUM
    SEMUA GELARAN BLOGGER BANGANG PEGANG
    FITNAH DAN TUDUH SPIN ORANG UTK DIHUKUM
    DIRI SENDIRI DI BARUAKAN TUNGANG LANGANG


    kikikikiki.....BERAMBUS SINGAPORK#DAP..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batu api untuk memberambooskan ko najin dan umno...ko dlm ketakutan..
      Kahkahkah...

      Delete
    2. BERAMBUS CINAKOMINIS#UMNO @BN

      Delete
  4. Singapore diberi kpd mendiang LKY oleh umno.

    Pulau Batu Putih diberi kpd Singapura oleh umno.

    ReplyDelete
  5. Bagus 3x... tak sabar nak kuburkan BN supaya kita boleh tengok siapa angkara 1MdB sebenar.

    Pemimpin baru mesti berjanji bersihkan pimpinan negara dari penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan tidak berintegriti.

    Pemimpin2 lama yang dah melingkupkan negara MESTI dipertanggungjawabkan dan dihukum dengan sekeras2nya supaya menjadi pendoman untuk generasi akan datang.

    Segala project kerajaan dikaji semula utk mengutamakan rakyat. Bukan tembolok individu.

    ReplyDelete
  6. PRU sebelum puasa?

    Rasanya tak kot, kan masih ada 10 bulan lagi utk Jibo berkuasa dan berkira-kira.

    Mungkin hanya mengukur kedalaman air sebelum diranduk, atau melihat-lihat alternatif yang ada sama ada utk kekal berkuasa dan abaikan pilihanraya (MKN kan ada) atau utk larikan diri ke luar negara bila tempoh masa bermainnya tamat.

    Kot mana pun tak kisahlah, yg penting dan pasti nangka yang membusuk di tangkai apabila gugur pasti berderai..

    ReplyDelete
    Replies


    1. Jom kita berdoa agar, parti yang hak akan menang.

      Dan penyamun, penipu, perasuah akan kalah.


      Delete
    2. Seblm puasa tak mungkin kot...walaupon Aryoyo 355 telah dibentang kesannye tak sebesar mana kerana kesedaran aryoyo dikalangan melayu tak sampai 1/3 sahaja...
      Lagi pon aryoyo blm sampai peringkat pelaksanaan....
      Pembangkang ade isu yg kuat dengan soalan bila aryoy 355 boleh dilaksanakan setelah 3 tahun kali 3 baru bokeh dibentang tanpa lulus..

      Delete
    3. Betul RUU tiada impak untuk pengundi Melayu. Penat je pusing2 macam mabuk.
      Yang menolak Konsensus BN dengan ketuanya Parti Hindu MIC dan Parti Buddha Kristian MCA.
      Mana peranan Umno dalam sokong RUU? Tiada. Yillek. Kaput. Zero. Apa Umno buat untuk RUU Hadi?
      Najib hanya kirim salam saja. Jamil hanya minum2 teh di London. Azalina? Kahkahkah? Sokong LGBT je.
      Yang menangguhkan RUU355 ialah Tuang Presideng Hadi Awang sendiri kerana setuju Speaker bloody fool kena tidur masa pejabat.
      Pusinglah kut mana pun, walaunta, walaunti dan macai akhirnya hanyalah perkakas, bidak catur pawn dan melukut di tepi gantang kepada 2 Tuang Guru Presideng yang partinya dah retak menanti berpecah-belah.
      PRU14 sebelum puasa, selepas raya atau akhir tahun masa banjir Najib tetap wajib dipecat dan BN jadi pembangkang. Yang jadi perkakas barua ialah Hadi.

      Delete
  7. RUU 355: DAP PERANGKAP DIRI SENDIRI
    DAP memerangkap diri sendiri apabila mendakwa dalam sejarah Parlimen Malaysia, Barisan Nasional (BN) mengawal usul dibentangkan di Dewan Rakyat dengan menolak usul dikemukakan pembangkang melalui persepakatan dengan Yang Dipertua Dewan.

    Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, cuba mengelirukan rakyat selepas gagal menghalang Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

    Katanya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam video khas yang dikeluarkan oleh DAP bagi memburukkan pembentangan RUU 355 mendakwa RUU persendirian tidak pernah dibentangkan Ahli Parlimen pembangkang sedangkan ia pernah beberapa kali dibenarkan, termasuk oleh dua Ahli Parlimen DAP, iaitu Ngan Siong Hing (Kinta) dan Lim Kit Siang (Kota Melaka) pada 1977.

    Beliau berkata, dua RUU Persendirian dibentangkan Siong Hing dibahaskan dan diundi di Dewan Rakyat pada 24 Oktober 1977, iaitu RUU untuk meminda Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 dan RUU Persendirian untuk mewujudkan Akta Melindungi Pekerja-Pekerja dan Gaji Minimum 1977.

    “RUU Persendirian yang dibentangkan oleh Kit Siang pula dibahaskan di Dewan Rakyat pada 24 Oktober 1977 adalah RUU Persendirian untuk meminda Akta Biro Siasatan Negara, 1973.

    Perbahasan dan pengundian ke atas RUU Persendirian itu diteruskan pada 25 Oktober 1977,” katanya dalam satu kenyataan media kepada BH, hari ini.

    Khamis lalu, kekecohan berlaku selama 35 minit pada sidang Dewan Rakyat, apabila wakil pembangkang berkeras cuba mahu menghalang Hadi membentangkan RUU 355 dengan mereka menggunakan pelbagai hujah memetik Peraturan Mesyuarat bagi menghalang pembentangan itu.

    Tidak puas hati kerana gagal menghalang pembentangan, Tony Pua, dalam rakaman khas video pada hari sama, dilaporkan berkata sekarang setiap Ahli Parlimen pembangkang mempunyai hak untuk membentangkan RUU Persendirian atau usul pembangkang, tetapi mempersoalkan dalam sejarah Malaysia, tidak pernah usul berkenaan dibenar untuk dibentangkan.

    Katanya, dalam demokrasi berparlimen kebiasaannya RUU Ahli Parlimen pembangkang berpeluang untuk dibentangkan, tetapi di Malaysia tidak dibenarkan. Beliau turut mengulangi dakwaan sama dalam entri Facebooknya, Khamis lalu.

    Sementara itu, Kamarul Zaman yang juga Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) berkata, walaupun Tony Pua dilahirkan pada 1 Ogos 1972, dan baru berusia lima tahun ketika RUU itu dibentangkan Ahli Parlimen DAP, namun agak pelik kerana sebagai Setiausaha Publisiti DAP, beliau tidak mempunyai pasukan penyelidik.

    Katanya, lebih pelik lagi apabila Kit Siang yang juga Ketua Ahli Parlimen DAP dan mengemukakan RUU Persendirian berkenaan tidak berbuat apa-apa untuk membetulkan kenyataan Tony Pua.

    “Lebih teruk lagi jika Kit Siang sendiri sengaja menyembunyikan fakta beliau pernah dibenar untuk membentangkan RUU Persendirian di Dewan Rakyat demi agenda politik menyekat RUU 355 agar tidak diluluskan di Dewan Rakyat.

    “Hakikatnya, berdasarkan sejarah Parlimen Malaysia, sudah banyak kali Usul dan Rang Undang-Undang Persendirian pembangkang dibenar bukan saja untuk dibentangkan, malah untuk dibahaskan dan juga diundi,” katanya.-AP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr bodoh ...cakap tak pakai otak tak bijak politik...
      Zaman pm sebelum najin memang Ruup boleh dibentang tapi zaman najin jadi pm ade Ruup dibenarkan?...tak nesti title dr bijak politik..

      Delete
  8. Terima Wang Aliran Genting Jutaan Ringgit, Bila Husam Musa Nak Nafikannya?
    Raja Petra Kamaruddin dalam blognya telah menulis bahawa aliran wang GENTING yang bernilai 30 billion yang diragui bagamainan Daim mendapatkannya juga mengalir kepada Husam Musa bagi menjaga kepentingan dalam PAS jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam PRU sebelum ini


    Saya tidak berhasrat mengulas panjang tentang duit berkenaan tetapi seperti saya menulis sebelum ini Husam Musa banyak membelanjakan wang untuk mengerakkan parti PAN dan anggaran itu sekkitar RM2 juta. Ini wang untuk sekarang, dipercayai dia banyak membelanjakan wang daripada sumber yang tidak diketahui. (anda boleh baca artikel saya sebelum ini untuk pengesahan di sini)

    Apabila Raja Petra mendedahkan aliran wang GENTING dan menuduh Husam Musa juga mendapatkannya dikalangan pimpinan PAS sebelum ini saya rasa Husam Musa perlu menafikannya.

    Saya suka mengulas lebih lanjut penulisan pendek saudara Nor Azman Bin Sukerman dalam facebooknya.

    Kita mungkin tidak dapat mengesahkan apa yang ditulis oleh RPK mengenai apa yang diterima Husam dari Genting. Kita boleh bersangka baik kerana PAS ajar kita mengikut Islam dan Islam mengajar kita bersangka baik kepada Husam ketika beliau menjawat jawatan-jawatan tinggi dalam PAS.

    Ya, mungkin banyak perlakuan dan tindakan beliau yang kita boleh terima sebagai salah laku tetapi untuk mengatakan Husam menerima duit dari Genting satu perbuatan yang sangat HODOH kerana dia pada masa itu anak didik Tok Guru Nik Abdul Aziz.

    Apa pun terpulang pada Husam untuk membersihkan dirinya. Lagi pun dia juga terlibat dalam aktiviti menuduh PAS kemudian minta yang dituduh, PAS buktikan penafian. Jadi sekarang dia berada dalam situasi dituduh dengan satu tuduhan sangat mengaibkan dirinya. Sekarang masanya dia pula membuktikan panafiannya.

    Sesungguhnya keadilan kadang-kadang tak tunggu dibicarakan di mahkamah pun tetapi cukup dengan pendedahan dan fitnah pada si zalim untuk membuat si zalim rasa dizalimi pula.

    Husam mungkin lupa ramai ahli PAS hafal dan beramal dengan qunut Nazila kata Nor Azman yang mana Allah tidak akan melupai orang-orang yang dizalimi. Husam patut tahu dan ingat apa yang Tok Guru Nik Abdul Aziz berpesan, melainkan dia menjadi anak murid yang lupa diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak oayah bafika...RPK dah terkenal Raja Puraq Kebangsaan..Rpk bukan penyisat prifessional tahu serba serbi...duduk di manchester tapi boleh tahu serba serbi...dia bijak menulis nampak bagai real..

      Tulisan rpk madey gagal guling najin bersama sabitaj 3 tan sri nampak real..

      Delete
    2. Jika benarhusam terima duit genting 20juta.....bermakna tok lebai munafik makan duit haram dari genting.
      Ada lah mustahil husam sorok 20juta dalam akaun sendiri.

      Jadi tuduhan 90 juta itu benar. Ibarat pepatah jikaanjing itu suka makan tahi, dia tetap makan tahi bila jumpa tahi.

      Sudah terang lagi bersuluh.

      Delete
    3. Sebab apa Dato' Husam x saman RPK..? meh nak jawab.. sebab Menatang tu muflis.. kalau saman pon dia xleh bayar.. dato' nak tunggu sape2 yg gatal tangan me'viral' fitnah yg x muflis.. nanti baru saman.. baru boleh bayar saman... ingat kami ahli AMANAH main semborono ker..? Kami ada unit teknikal laa weiii...

      Delete
  9. Permohonan Khalid Samad Cabar Enakmen Selangor Ditolak, Mahkamah Arah Bayar RM10,000
    PUTRAJAYA – Tindakan anggota parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad mencabar kesahihan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam

    Selangor berhubung mengajar agama tanpa tauliah, berakhir hari ini.

    Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan di sini yang menolak permohonan beliau bagi kebenaran untuk memfailkan rayuan.

    Ketua Hakim Negara yang baru dilantik Tan Sri Md Raus Sharif mempengerusikan panel tiga anggota itu. Dua orang lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Aziah Ali.

    Hakim Raus berkata, permohonan Khalid tidak mempunyai merit dan memerintahkan beliau membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

    Terdahulu, semasa prosiding, Hakim Raus berkata undang-undang mengenai perkara itu telah dimuktamadkan susulan kes Fathul Bari Mat Jahya.

    Pada 19 Januari, tahun ini, Khalid yang juga ketua penerangan Amanah, didenda RM2,900 selepas dia didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syafriah Klang memberi ceramah agama tanpa tauliah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Klang pada 2011.

    Khalid kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi Syariah.

    Kesalahan itu ialah mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

    Khalid memfailkan permohonan d Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi kebenaran untuk memfailkan semakan kehakiman mencabar kesahihan peruntukan tersebut di bawah perlembagaan dengan mendakwa Serksyen 119 (1) menyalahi Perkara 11 (1) dan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.

    Dalam permohonannya, beliau menamakan Mais sebagai responden.

    Beliau memfailkan permohonan semakan kehakiman itu selepas Mahkamah Syariah memerintahkan beliau membela diri.

    Pada 30 Mei, tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Khalid bagi kebenaran untuk memfailkan semakan kehakiman atas alasan permohonan itu bersifat remeh, menyusahkan dan bertujuan untuk melengah-lengahkan perbicaraannya (Khalid) di Mahkamah Syariah.

    Pada 9 November, tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Khalid dan memutuskan bahawa beliau sepatutnya membawa kes itu terus ke Mahkamah Persekutuan kerana intipatinya berkisar kepada kecekapan Dewan Undangan Negeri Selangor untuk meluluskan enakmen.

    Khalid diwakili oleh peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi dan Sharifah Nur Asmaa’ Syed Azman sementara peguam kanan persekutuan Suzana Atan mewakili Mais. – BERNAMA

    ReplyDelete
  10. Taliban Akan Penggal Kepala Zaid – Jika Malaysia Taliban
    Hari ini FMT melaporkan bahawa Zaid Ibrahim mengatakan Malaysia ini macam Taliban – “We’re like Taliban country”

    Tahukah kamu wahai Zaid, jika Malaysia ini betul-betul “Taliban country”, kepala kamu yang pertama dipenggal mereka.

    Orang-orang macam kamu semua akan dicari hingga ke lubang cacing.

    Syukur Alhamdulillah. Malaysia masih lagi Negara yang mengamalkan Islam seperti mana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan – sebagai Agama Persekutuan.

    Hanya perompak dan penjenayah yang bencikan undang-undang yang menangkap dan memenjarakan mereka.

    DAN,

    Hanya orang-orang yang sukakan maksiat atau ada kepentingan dengan industri maksiat sahaja yang bencikan pindaan Akta 355 dilaksanakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Industri maksiat tertakluk akta 355.. Hanye yg suka rasuah rompak curi rogol dan judi tak suka jenayah ni dimasukkan dlm akta 355 ..betol tak nacai..?jenayah ini juga haram dan mungkar disisi islam...

      Delete
    2. Bila Taliban perintah Malaysia, tengkok tok lebai dahulu kena pancung!!
      Untuk jadi pengajaran kpd umat islam.

      Delete
  11. http://www.theindependent.sg/doj-case-against-jho-low-1mdb-is-fake-news/

    http://www.reuters.com/article/us-ubs-1mdb-idUSKBN176232

    siapa tipu siapa dan siapa sebenarnya tertipu... fikirkan guna akal waras

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko yg upah independent tulis citer kartun ni...hak4. Sumber dati malaysia bukan doj sendiri..ko tutup tahik jho lo dengan tangan ko...hik4..

      Delete
    2. KI BACA YG NI PLAK BAHLOL

      SWISS REGULATOR SOUNDS WARNING TO NAJIB & CO: THREE MORE INVESTIGATIONS INTO 1MDB STILL ONGOING

      Business, Politics | April 5, 2017 by | 0 Comments


      Switzerland’s financial regulator said it’s still investigating three private banks in relation to alleged corruption and money laundering at the Malaysian government fund known as 1MDB. A probe of UBS Group AG in the matter was closed.

      “There are still a handful of cases related to 1MDB that have not been concluded,” Mark Branson, chief executive officer of the regulator Finma, told reporters in Bern on Tuesday.

      Delete
    3. Ape mcm macai..hasrat ko nak auta terbantut kikikiki..

      Kerana ko bodoh ko ingat ko pandai sangat...hak4

      Delete
  12. tak paham la tuan blog. kenapa hak untuk menentukan bila bertanding hanya diberi pada satu pihak yang bertanding je. elok buat macam lawan bola, biar pengadil yang menentukan semua keputusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaiknye tarikh pru di putuskan yang dipertusn agong...setuju tak?

      Delete
    2. setuju..

      nak bagi puas hati semua pihak yang bertanding, hari bertanding tetap macam kita sambut hari raya..nampak anak bulan ke 10 tahun tu kita raya

      kalo malas nak tengok anak bulan, kalendar orang putih kan ada. dah tentu tetap tiap2 tahun

      Delete
  13. Anonymous 11 April 2017 at 08:40

    The Petronas-Aramco deal went through mengikut laporan tersebut.

    Bilakah perjanjian ditandatangan (selain MoU). Sudahkah duit disalurkan. Apa terma perjanjian tersebut.

    ReplyDelete
  14. Walaupun esok atau lusa bubar,aku tetap tak sokong BN.
    Sampai kiamat aku TAKKAN undi BN..

    ReplyDelete
  15. Just my own opinion. The DoJ and the Swiss investigation will commence from May onwards...

    Would Najib risk his power during the trials overseas????
    Latest inside info is that Singapore wil issue warrant arrest for jho low.....followed by DoJ......

    Noose....thats what i get from my contacts in singapore.

    ReplyDelete
  16. hahahaha

    Apandi now says probe into SRC fund in Najib's account still on

    Read more: https://www.malaysiakini.com/news/378709#ixzz4du8BxRZ1

    Was this because of TDM's sprayed bullets....hahahaha

    ReplyDelete
  17. Who is the biggest LIAR after Najib?????

    Date: 26 January 2016

    No charges will be brought against Prime Minister Najib Abdul Razak based on the investigations carried out by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

    Attorney-general Mohamed Apandi Ali said he has studied the investigation papers and was satisfied that there are no grounds for action.

    "Based on the facts and evidence as a whole, I, as the public prosecutor, am satisfied that no criminal offence has been committed by the prime minister in relation to the three investigation papers.

    "I will return the relevant investigation papers to MACC today, with the instruction to close the three investigation papers," he told a press conference in Putrajaya this morning.

    Apandi was referring to the investigations concerning the RM2.6 billion political donation and RM42 million from SRC International transferred into Najib's personal bank accounts.

    SRC is the former subsidiary of the prime minister's debt-laden brainchild 1MDB.

    The transfers were first disclosed by the Wall Street Journal and whistleblower website Sarawak Report last July 3 based on leaked documents from Malaysian investigators.

    Twenty-five days later, Apandi's predecessor Abdul Gani Patail was removed on health grounds, sparking off speculation it could be related to the investigations.

    Following this, Najib dropped his deputy Muhyiddin Yassin and another minister Shafie Apdal from the cabinet.

    The police also embarked on a hunt for those who leaked the investigation documents, prompting MACC to hold special prayers to seek divine protection.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALLAH swt nak tunjukkan kebenaran.

      I am of the view that APANDI is bothered by his guilty conscience.....boleh jadi gila beb

      Delete
  18. SWISS PANAMA SINGAPORK DOJ FBI
    SATU HARAMJADAH PUN TAK JALAN
    GEBANG KENCANG MASIH BERSERABAI
    SAMPAI LA NI SATU PUN TAK JALAN

    PRU14 INSYALLAH HUJUNG TAHUN
    LEPAS BAJET 2017 ITU YANG PASTI
    MASA BARUA UNTUK DILUNGKUPKAN
    MASA BARUA SINGAPORK#DAP MATI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menunggu keputusan

      1. DoJ
      2. Swiss
      3. Singapore (Separuh dah kena jail)
      4. Lawak dari Apandi...kalau menjadi...i respect him....kalau masih degil semoga Allah beri balasan setimpal

      Delete
  19. PRU ke-14 sebelum tibanya Ramadhan ?.

    Si Jahil yang nilainya hanya sekadar 1 undi untuk Pakatan Harapan BAHARU, lidah' mereka meluncur laju tanpa akal bersetuju kerana menyangka nilai 1undi miliknya bakal memenangkan para sekalian politikus berhati serigala.

    namun si jahil itu tidak mengerti - betapa sesaknya dada para politikus berhati serigala kerana belum "sedia".

    Lidah' pembawa fitnah (Shabudin.com) menyampai dan menyediakan satu lagi asbab untuk si jahil teriakkan di tepi jalan sekiranya dengan Qudrat Allahswt para penipu daya Pakatan Harapan BAHARU masih gagal mendapatkan kuasa Putrajaya

    Sepatutnya lidah' yang jelik ini (Shahbudin.com) mendesak agar para penipu daya itu bersemuka untuk urusan perebutan kerusi pada hari ini juga.

    andai betul PRU ke-14 dibuat sebelum Ramadhan - bukankah ia merupakan kecelakaan yang paling membinasakan untuk Pakatan Harapan BAHARU ?.

    222 kerusi Parlimen dan DUN - taring dan cakar siapa yang mampu melahap lebih banyak (kerusi untuk ditandingi).

    Jangan buatkan si jahil menjadi bingung seperti apa yang berlaku pada PRN Sarawak - ditangannya hanya ada 1 undi, jika ada dua calon (serigala) berlaga di dalam satu kawasan - buruk padahnya untuk si jahil membuat keputusan.

    Akhirulkalam - dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allahswt, In Shaa Allah kuasa pemerintahan akan sekali lagi menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional.

    UMNO dan BN lebih menurut pada syariat dan syara' - inilah antara ASBAB turunnya pelbagai nikmat yang mencurah, nikmat yang mana hendak kamu dustakan wahai golongan yang jahil ? sejujurnya kamu hanya ditarik BERKAH di dalam setiap nikmat Allahswt yang bertebaran di Tanah Melayu kerana kamu begitu sombong untuk bersyukur.

    Lihatlah bagaimana dada kamu yang sentiasa merintih dan berkeluh kesah.

    Lihatlah bagaimana jelik dan kerasnya lidah' dan buruknya perilaku kamu.

    Lihatlah bagaimana kamu begitu dicintai oleh puak kafir dan sekutunya walaupun jelas permusuhannya terhadap urusan agama kamu (ISLAM) dan bencinya mereka pada daulatnya bangsa Melayu.

    Gunakan hak akal untuk berfikir sebelum kamu gunakan hak lidah' untuk bersuara.

    Salam ya salam
    Ikhlas dariku unknown aka sahabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau betul apandi is not bothered by his guilty conscience why want MACC to finalise SRC's case? He alreaduy confirmed CLOSED case on 26 jan 2016.

      Apndi knows DoJ and or Swiss and or Singapore will finally pin najib down....

      Unknown aka sahabat,

      Saya heran tak pernah saya jumpa manusia berfikir sempit macam anda...belajar kat mana ya??

      Delete
    2. Belajar kat mana lagi kalau tak belajar kat sekolah buta hati utk terima kebenaran...

      Delete
  20. ikhlas saya nyatakan bahawa jika pru14 d adakan dlm masa 3 bulan ini, maka besar kemungkinan UMNO/BN akan kekal berkuasa d peringkat pusat.

    selain Sabah, negeri2 lain masih belum bersedia.

    kesedaran yg meluas mengenai kebobrokan kerajaan pusat masih belum meresap k dlm jiwa warga d kawasan2 rural n pendalaman.

    rakan2 pembangkang pun belum bersatu hati sepenuh.

    besar kemungkinan najib akan mengambil 'calculated risk' ini. tapi jika dia gagal maka dgn sendiri nya runtuh lah 'empire' tun razak yg selama ini d puja2 olih bangsa melayu n rakyat Malaysia am nya.

    saya berpendpt mek semah, setlh merujuk kpd 'sami2 tukang pooja nya' mungkin akan mengarahkan agar mereka habiskan hayat pru13 sepenuh nya dgn harapan pengaruh tun m akan pergi bersama sama nya (Ya Allah! minta d elak kan).

    Semua akan tunduk dgn kehendak 'empress dowager' Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cina tetap dpt untungnya. Empayar razak hancur melayu berpecah, empayar Anwar bangun melayu pun hancur. Semua melayu dah saling membenci. Cina tak terkesan pun, tak saling berpecah. Asalnya Rasuah yg UmNo terperangkap tu cina yg mengajar melayu, 1mdb si JLow cina juga yg jadi perancang duitnya. Yg nak jd hero melawan rasuah cina DAP komunis yg merancangnya. Melayu lawan melayu dlm gelanggang, cina penonton duduk luar gelanggang.

      Delete
  21. System undang2 dirogol.
    Agama dilacur.
    Rakyat dimarhaen, ditotok,
    Salah kaku bahas,
    Fitnah kalu tanya,
    Klepto dan elit yg tahu semua,
    Duduk diam, ikut arahan.
    Rakyat yg bayar gaji semua,
    Ini mereka sentiasa lupa.
    Siapa taukeh,siapa kuli?
    Yang telan Taek Hirup dan Kingcin lobai terus jumud bawah tempurong.
    Tutup hijab,gunung balak ,projek semua ada kira2.

    ..kalaupun dipakaikan songkok ,ataupun dililit seban sekati...
    Buat apa lagi la nak dibela BIAWAK?

    Cepat bubarkan!

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...