Sunday 9 April 2017

HUJAH TAK JADI TENTANG AKTA 355


Di bawah ini adalah teks yang sudah disiapkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa untuk ucapan bahas kepada usul persendirian meminda Akta 355 oleh Ahli Parlimen Marang, Hadi Awang.


هَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
[Surat An-Nahl 90]

‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu melakukan keadilan dan membuat kebaikan serta memberi bantuan pada keluarga terdekat dan anak yatim serta mencegah kamu dari keburukan, munkar dan melampai batas. Dia mengajar kamu semoga kamu mendapat peringatan’

Nabi bersabda: dari Abi Ya’la al Shaddad;

‘Sesungguhnya Allah telah menetapkan Ihsan atas segala sesuatu (yang kamu lakukan), jika kamu menamatkan nyawa binatang untuk disembelih maka berlaku ihsanlah (jangan siksakannya), dan jika kamu sembelih maka berlaku ihsanlah dengan sembelihan kamu, tajamkan pisau salah seorang kamu dan tenangkanlah sembelihannya (jgn siksakannya)’ (hadis riwyat muslim).

Sesungguhnya keadilan itu diiringi dengan sifat ihsan dan berbuat kebajikan. Al Quran membayangkan keperluan menegakkan keadilan melalui kaedah ihsan sebagaimana hari ini walau baik sekalipun sesuatu undang-undang ia mestilah melalui proses dan tertib secara demokrasi. 

Walaupun hadis yang dipetik menyebut tentang perbuatan menyembelih binatang ternakan dengan ihsan, ia membawa pengajaran bahawa perintah Allah mestilah dijalankan secara tertib undang-undang mengikut kaedah dan proses yang diterima pada realiti sesebuah masyarakat dan negara. Sesuatu yang baik jika tidak kena cara dibawa boleh merosakkan kebaikan yang hendak dibawa apatah lagi jika ia dikaitkan dengan nama Islam. IS mendakwa membawa Syariat tetapi IS juga merosakkan nama Islam kerana kaedah dan caranya yang hilang sifat Ihsan. 

Jangan terpedaya dengan nama dan label Islam, sebab itu dalam konteks perundangan, perbahasan secara bertanggungjawab kepada perlembagaan negara dan asas negara amat penting bagi memastikan hak Ihsan dipenuhi dalam hasrat kita menegakkan keadilan.

Tuan Speaker,

1. Saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Marang yang telah berjaya membentangkan dan memperincikan pindaan RUU 355 sebagai usul persendirian. Selama ini usul persendirian atau private members bill (PMB) belum pernah diberi peluang apatah lagi Marang diberi laluan 2 kali dan hanya pada kali ke 3 perincian dibuat pada majlis yang sama. Syabas pada satu kes yang jarang berlaku, semoga ia menjadi kes awalan pada kami yang lain untuk menggunakan PMB dalam membuat pindaan akta atau memperkenalkan akta baru yang lain.

2. Pindaan yang dihasratkan oleh Marang ialah berkenaan dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Marang berhasrat meningkatkan had hukuman dari ketetapan yang sedia ada kepada 100sebatan, 30 tahun penjara dan 100ribu denda. Had hukuman yang sedia ada ialah 6 sebatan, 3 tahun penjara dan RM5,000 denda. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh penyokong usul iaitu sahabat saya Kota Bharu, ini bukan kali pertama pindaan dibuat sejak diperkenalkan, sebanyak 2 kali pindaan dibuat iaitu 1984 dan 1989. Had hukuman paling awal ialah penjara 6 bulan penjara dan denda RM1000 tanpa hukuman sebatan.

3. Persoalan saya kepada Marang ialah mengapakah peningkatan dari tahap 6, 3, 5 sekarang dinaikan begitu drastik kepada maksimum100x sebatan , 30 tahun penjara, 100ribu denda? Kalau 100x sebatan syarie adalah patuh Al Quran bagaimana 30 tahun dan RM 100Ribu? Walaupun ia dalam bab Takzir (hukuman selain hudud) apa logiknya? Undang-undang Jenayah Syariah adalah kesalahan agama oleh seorang Muslim yang telah disenaraikan. Jika logiknya sekadar meningkatkan hukuman supaya lebih tinggi dari Mahkamah Majistret, sudahkah dibuat kajian keberkesanan yang sedia ada? Adakah ketidak berkesanan itu kepada had hukuman ataukah penguatkuasaan dan pendakwaan dan kurang aspek pendidikan?

Tuan Speaker

4. Amalan perundangan negara kita ialah Sivil dan undang Syariah, keterbatasan syariah adalah kerana beberapa sebab. Pertama Mahkamahnya adalah di bawah kuasa negeri yang diperuntukkan, kedua pesalahnya hanya untuk orang Islam dan ke tiga senarai jenayah syariah tidak boleh bertindih dengan jenayah sivil mengelakan double jeorpady ( dihukum dua undang dari kesalahan yang sama).

5. RUU 355 adalah doktrin menghadkan atau limitasi kuasa agar tidak dilihat bersaing tetapi masing-masing tidak boleh campurtangan, diselesaikan oleh Perkara 121(1A) yang jelas mengendalikan soal campurtangan. Walaupun ada kasus yang menguji keberkesanan perkara 121(1A), namun pemisahan kuasa itu wujud. Sudahkah dirujuk doktrin pemisahan dan persaingan hukuman dalam kerangka besar perundangan negara? Hal ini tidak dibangkitkan oleh pencadang dan penyokong dalam usul Marang.

6. Premis Marang hanyalah Syariah yang diperundangkan tanpa melihat kerangka besar perundangan negara dan undang-undang lain yang sepatutnya diteliti dan dirujuk kepada konsep besar Maqasid Syariah yang bebas bergerak dalam kerangka yang lebih besar.

7. Umpamanya dalam hal SOSMA, AKTA HASUTAN dll di mana sebahagian besarnya tidak menepati konsep keadilan dan kemanusian yang merupakan teras SYARIAH. Saya menyebut demikian kerana isu 355 ini dikatakan ianya adalah SYARIAH dan wajib disokong sedangkan akta lain yang jelas bercanggah dengan prinsip syariah tidak pula dianggap SYARIAH yang wajib disanggah. Obsesi pengikut dan penyokong syariah seolah menganggap 355 adalah segalanya adalah salah faham yang parah terhadap fahaman SYARIAH ISLAM sebenarnya.

Tan Sri Speaker

8. Saya tidak dapat mengelak menegur sebahagian kita yang gagal mendidik rakyat bagaimana sesebuah perundangan dibikin atau dipinda. Selain dari niat yang baik, sesuatu usaha perundangan perlu melalui proses konsultasi pihak pakar, pihak berkepentingan dan orang awam. Dalam proses itu tautan melalui dialog, forum yang melibatkan semua pihak amatlah penting. Lebih malang 355 ini kerana dibawa oleh Marang dan bukan kerajaan telah menimbulkan berbagai reaksi yang memburukkan niat yang baik. Kerana itu ada pihak yang mengambil kesempatan menjadikan 355 sebagai tunggangan politik dan tidak kurang telah melahirkan pentaksob kaum dan agama yang mengambil kesempatan.

9. Pada waktu yang sama golongan yang senantiasa mengaitkan Marang dan partinya dengan ‘hudud’ melahirkan penentangan yang tegar kepada RUU 355 sehingga sanggup membawa kes ini ke Mahkamah sebagai alasan ‘tidak berperlembagaan’ Bukankah ini menimbulkan konflik perundangan kerana Marang yang membawanya dan mungkin berbeza jika kerajaan sendiri yang mengusulkannya? Parlimen tidak boleh mengizinkan 355 yang baik ini menjadi polemik perundangan dan politik yang tidak berkesudahan.

10. Saya turut heran kenapa Ummo/BN sebagai kerajaan tidak membawa usul ini jika pemerkasaan mahkamah syariah adalah keperluannya, mengapa membiarkan usul Marang menjadi bahan politik? Agenda politik apa yang hendak dimenfaatkan? Tujuan politik Umno mendekati PAS kah atau tujuan melemahkan pembangkang? Saya tidak boleh membiarkan keperluan murni ini iaitu pemerkasaan mahkamah syariah diperalatkan sebegitu rupa malah cara dan kaedah media perdana memaparkannya adalah untuk tujuan politik Umno.

11. Bukti 355 dipolitikkan adalah jelas dalam ucapan Presiden Umno di PAU 2016. Timbalan Presiden Umno turut menyebut bahawa kerajaan akan adaptasi 355 usulan Marang. Parti komponen Sarawak menolaknya begitu juga MCA, MIC dll. Bukankah ini menimbulkan ketegangan politik? Apakah Umno/BN tidak tahu semua ini akan berlaku? Apa perjanjian sulit yang berlaku antara PAS dan Ummo? Akhirmya PM sebagai pengerusi BN menyatakan pendirian tidak mengambil usul Marang untuk dijadikan usul kerajaan.

13. Maka sahlah ia mainan politik Umno dan segala polemik akhirnya mengorbankan pemerkasaan mahkamah syariah kerana pihak berwajib dari kerajaan Umno/BN tidak akan mengambilnya untuk dibaca kali kedua sebagai RUU kerajaan. Perbahasan kita hari ini hanyalah sekadar ‘akademik’ yang sudah diketahui penyudahnya bahawa kerajaan tidak akan mengambilnya!

14. Jikalau kerajaan tidak ambil RUU 355 Marang untuk dijadikan urusan undang-undang kerajaan, tujuan apakah semua ini, setelah menimbulkan polemik politik di bawah sana? Bukankah ia niat politik dan tiada kena mengena dengan meningkatkan hukuman mahkamah syariah?

Tuan Speaker,

15. Dalam proses meminda perundangan 355 ini yang caca marba, ramai yang menjadi mangsa golongan TAKFIRI, iaitu sekelompok manusia yang kerjanya menghukum dan mengkafirkan orang Islam semata-mata kerana mengkritik cara RUU 355 dikendalikan. Begitu juga menggunakan institusi Mufti yang menulis bahawa MP Muslim wajib sokong usul ini. Bagi Mufti yang berpandangan usul 355 ini wajib dibahas dahulu untuk meneliti dan memperincikannya dituduh pula Mufti ini dengan berbagai tuduhan. Malangnya institusi mufti diheret sebegitu rupa.

16. Oleh kerana itu, sudah tiba masanya jika isu pentadbiran Islam dan mahkamah syariah mahu diperkasakan sebagaimana disarankan oleh TYDPA dalam titah Baginda, sayugia pihak Parlimen yang mulia ini menubuhkan jawatankuasa khas RUU 355 untuk diteliti dan dinilai serta diperincikan secara holistik bukan sahaja dari sudut peningkatan hukuman tetapi juga meningkatkan kecekapan pentadbiran dan gaji-gaji hakim mahkamah syariah serta pegawainya dan meningkatkan tahap profesionalisma penguatkuasaan dan pendakwaan.

17. Jawatankuasa khas (select commitee) ini hendaklah dibentuk merentas kepartian dan inklusif dari MP bukan Islam juga agar proses pemerkasaan Mahkamah Syariah berlaku secara telus. Pada waktu sama jawatankuasa ini hendaklah melibatkan institusi mahkamah syariah bagi membuat kajian menyeluruh bagi memenuhi kehendak memperkasakan mahkamah dan pentadbiran Islam di Malaysia mengikut perlembagaan persekutan. Hanya dengan kesungguhan ini barulah Mahkamah Syariah akan dilihat terhormat dan bukan sekadar bahan dagangan politik murahan untuk tujuan politik sempit. Saya dan rakan saya Kota Raja dari AMANAH telah mengusulkan bawah peraturan 27(3) tentang semua ini pada sidang lalu dan sidang kali ini sebagai komitmen kami dan keseriusan kami pada isu ini.

Akhirnya Tuan Speaker

Usul Marang dalam pindaan RUU 355 ini mohon diperincikan dalam jawatankuasa khas parlimen dan hendaklah menggunakan proses sepatutnya yang bebas tujuan politik serta diserahkan kepada kerajaan untuk dibentang secara tertib.

Semoga tanggungungjawab kita sebagai penggubal undang-undang melepasi sentimen dan emosi politik..

Parit Buntar mohon mencadang…Terimakasih.


Ulasan blog - Semalam ada yang tidak senang hati apabila blog ini menyiarkan hujah orang yang sudah meninggal dunia sebagai paparannya. Mereka nampaknya lupa bahawa Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu ketika menyokong juga memetik nama orang yang sudah meninggal dunia iaitu Allahyarham Tun Abdul Rahman Yaakob dari Sarawak yang mula-mula membentangkan Akta 355 pada tahun 1965 sebagai sandaran kepada seruan bahawa Ahli-Ahli Parlimen Sarawak seharusnya berbangga dan tidak menolak terhadap  akta yang diusulkan untuk pindaan oleh Hadi Awang melalui usul persendiriannya.

Kali ini, disiarkan pula "hujah tak jadi"  daripada Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa yang sebenarnya sudah pun menyediakan teks ucapannya untuk berbahas berkenaan Akta 355 itu, malangnya tidak kesampaian kerana Speaker kononnya tidak mahu jadi "bloody fool" serta ingin banyak rehat lantaran tidak cukup tidur pada hari sebelumnya.

Ada terlihat Dr. Mujahid yang kini bersama Amanah menentang Akta 355?

Malah, terlihat beberapa cadangan untuk menambah-baik lagi pindaan tersebut telah dilontarkan oleh beliau dalam ucapan bahasnya.

Mudah-mudahan akhirnya, mereka yang suka dan hanya tahu menghukum, sedikit demi sedikit akan mendapat taufik dan hidayah daripada Allah. (ShahbudinHusin 09/04/2017)

147 comments:

  1. First!! FuUuCccKk...kikikikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syiok la jadi melayu. Berdegar2 cakap Quran sbg panduan, akhirnya jelas dedak adalah makanan utama. Hidup bebas tanpa tamadun, bebas tanpa disiplin, merapu tak perlu fokus. Cakap benar = cakap bohong = cakap merapu = sama harganya.

      Kerana Melayu, Islam jadi mcm belacan. Islam terpaksa mengikut acuan Melayu.

      Delete
    2. Budak ni hari2 pandai fuck jubo ayam jer..

      Delete
    3. BN turunkan harga barang dan naikkan semula nilai ringgit!!!///

      Ini Kali lah
      Kita ubah PM najib
      Kita simen BN
      Ini kalilah!!!

      Kikikiki

      Delete
    4. RUU 355 ni, undang2 biasa ja. Cuma nak naiktaraf undang2 lapuk kpd undang2 yg lebih lumayan dendanya.

      Pada saya, jika berjaya sekalipun, x dak sapa yg rugi. Terutama kerajaan BN, duit denda lagi masyukkkk.

      Rakyat boleh pergi mampos la, mcm biasa. Tak kira sapa pun yg memerintah. Sume kira siang malam, nak kaut duit dari poket orang ramai. Islam dan segala rancangan, adalah baik2 belaka. Bila tiba ke pangkuan politik, pakat2 nak cari laba untung.

      Ingatlah, bila asas kenegaraan kita dibina dgn cara penuh penipuan dan ketidakjujuran, rakyat akan menanggungnya selagi anak beranak keturunan pemerintah haramjadah ini terus dibenarkan berpolitik. Politik legasi = politik haramjadah.

      Delete
    5. Manusia yang bernama hardy tiada negeri untuk dipimpin boleh pula menghuruharakan negeri yang dipimpin pakatan rakyat.apa taraf manusia tuang amanat yang pecah belahkan umat islam ini? JANGAN SAMPAI MANUSIA TIADA KEPIMPINAN INI, HANYA MAMPU SEPENGGAL TEPOK2 TANGAN BILA BERJAYA PECAH-BELAH NEGERI PAKATAN RAKYAT.INGAT 90 JOTA INGAT DIA NAK SAMAN SR.SELAGI DIA X SAMAN SELAGI ITU DIA MUNAFIK.

      Delete
    6. INI KALI LAH....JOM KITA TENDANG UMNO, TENDANG PAS.
      CUKUP LAH....CUKUP LAH...

      Delete
    7. berapa kali lah....nak cakap macam ni....

      Pembangknag haprak!!!

      Delete
    8. Semua menteri BN haprak!!!
      BN turunkan harga barang
      BN naikkan nilai ringgit

      Ini Kali lah
      Kita ubah PM najib
      Kita simen BN

      Ini Kali lah
      Kikikiki!!!///

      Delete
    9. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    10. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Pas sudah sudah sesat, pesan nik aziz tak mau ingat, kerana dedak mereka serbat, ruu355 pun kena sekat..

    ReplyDelete
    Replies


    1. DAP mengikut jalan yg benar. Sesiapa yg berimam dg LKS akan masuk syurga DAP.



      Delete
    2. 824 marah. Hujalah kamu dgn baik. Kita buru hampir sama Rakyat Korea Utara yg dipimpin seorang Klepto, insyaallah dijauhi malapetaka.
      Cuba sekali lagi..masukkan isi kali ni.Selamat mencuba.

      Delete

    3. Masaalah 1mdb melalak

      Masalah Forex n Bmf bisu


      Delete
    4. Annoying 08:24

      Tak payahlah kamu nak menambah-nambah tentang syurga DAP. Syurga Neraka hanya milik Allah SWT. Tak ada sesiapa pun di antara kami yang berimankan LKS. Kami mahu yang benar melalui 'tujuan tidak menghalalkan cara’.

      Kalau setakat komen ‘piang’ atau mencarut, bukan di sini tempatnya.

      Tolong jawab soalan di bawah dengan hujah yang berfakta.

      1. Mampukah kerajaan BN dengan ‘konsensus’nya mengambil RUU355 sebagai ‘bacaan kedua’ sedangkan nak membawa usul pun ternyata tidak mendapat konsensus???

      2. Sudahkah didapatkan persetujuan DYMM Sultan sebagai ‘Ketua agama’ di setiap negeri??

      Dua ‘sekatan’ ini pun sudah cukup untuk menjadikan RUU355 sebagai ‘bola’ untuk ditendang ke hulu ke hilir untuk bertahun-tahun akan datang. Inikah cara PAS memertabatkan perundangan Islam???

      Delete
    5. 905. Jgn la jadi drebar yg bawa Lori Taek Low yg lintas ganggu blog Tn Budin ni.

      Delete
    6. PiS sesat, Umni sesat.Rejim sesat.
      Sampai tahap jijik.
      Sebagai contoh.
      Dulu tv ada disaji ucapan wakil umno yg kata setiap butir beras adalah hasil Umno.
      2-3 hari sudah tv suku tu bawa seorang pakar kangkang kangkong yg kata 67% dari setiap butir padi adalah bantuan kerajaan.

      Nampak gayanya usaha mengambil alih tugas Allah oleh UMNUPis sudah diperingkat akhir.
      Melayiu yg siap dikeluarkan akalnya jd Totok dan Jumud terus. Malah boleh digelar bangsa baru iaitu Puak Taliban Teko bawah pimpinan 2han Eddy & Klepto

      Delete



    7. Jangan jadi pecacai angkut taik LKS


      Delete
    8. Lahap Taek Lowmak, hirup Kingcin Lobai, da terima arahan MCA boleh, kan? 918. Hari ni overtime bawa lori taek ganggu blog. Ya lah, faham..blog sendiri kemut tak laku kan.Kesiaan tul laa.

      Delete

    9. Lahap Taek Mowmak, hirup Kingcin LGE, da terima arahan Puaka boleh, kan? . Hari ni overtime bawa lori taek ganggu blog.


      Delete
    10. 1020, cepat ko belajar. bagus nak.
      Ok hingus tu sapu sikit.

      Delete
    11. Budin...tak usahlah dibincang RUU355 disini..

      Yg menulis dan beri komen pun byk yg jahil2

      Wakil Parit Buntar tu pun sama...Ikut kepala otak dia yg dah syiok sgt dengan DAP!!!

      Maklumlah....pemakan dedak DAP

      Delete
  3. 355: Mencari hikmah tertangguh
    NASRUDIN HASSAN
    LOGIKNYA, PAS adalah pihak yang paling terkesan apabila Pindaan Akta 355 ini senantiasa tertangguh. Dua kali ditangguh sendiri oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi iaitu pada 26 Mei 2016 dan 24 Nov 2016. Kali ketiga, ianya ditangguhkan oleh Tan Sri Yang Dipertua Dewan Rakyat sendiri.

    Jika "tangguh" itu suatu yang sangat merugikan PAS, maka sudah tentu musuh PAS akan beraya sakan meraikan penangguhan ini. Kerana mereka tentu sahaja mahu supaya PAS rugi. Tapi ternyata mereka sangat marah apabila "355" ditangguh-tangguh. Mudahnya, tentu sahaja kerana penangguhan itu dilihat menguntungkan PAS.

    Mereka marah "355" ditangguh. Kononnya kerana mereka mahu berbahas. Saya sendiri tidak tahu bahawa mereka mahu bahas Pindaan Akta 355. Saya jangka mereka tidak mahu berbahas mengenai isu 355 ini. Sebab semua orang saksikan bagaimana mereka berkali-kali bangun menghalang "355" dibentang oleh YB Tuan Guru.

    Pada 26 Mei 2016 yang lalu, mereka juga bantah Yang Dipertua Dewan Rakyat memberi peluang Akta 355 ini dipinda melalui Private Members Bill MP Marang. (Boleh rujuk handsard). Demikian juga pada 24 Nov 2016 dan 6 April 2017.

    Jelas sikap mereka mahu melengahkan masa, mengganggu perjalanan mesyuarat dengan menggunakan pelbagai helah dan terang-terangan mempersoalkan kenapa "355" ini diberi laluan, pula kepada YB Tuan Guru selaku MP Marang.

    Justeru saya jangka tentu sahaja mereka akan gembira, seronok dan setuju apabila usul Pindaan Akta 355 ini ditangguhkan, sebagaimana gembiranya PAS apabila Pindaan Akta 164 ditangguhkan ke persidangan akan datang.

    Tiba-tiba mereka yang memekik dan berteriak terlolong apabila "355" sekali lagi ditangguhkan pada jam 4.++ petang, 6 April 2017. Sedangkan pada jam 12.00 pm pada hari yang sama, mereka berusaha gigih untuk menghalang "355" itu daripada dibentang oleh YB Tuan Guru.

    Alasan mereka Akta 355 ini sangat penting, dan kenapa tangguh lagi perbahasannya? Ermmm! Ye, ker penting? Kalau Akta 355 itu penting bagi mereka, kenapa mereka bersungguh-sungguh menghalang Akta 355 ini dipinda? Sampai peringkat ada pihak yang membawanya ke mahkamah dan MP mereka menggunakan isu subjudis untuk halang "355" dibentangkan di parlimen.

    Mereka persoal kenapa lebai PAS tidak bangun bantah keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan "355" ini tempoh hari. Bukankah PAS yang bawa 355 ini ke parlimen? Buat himpunan, solat hajat dan sebagainya supaya berjaya di parlimen. Apabila YDP Dewan Rakyat tangguh, kenapa PAS tidak bantah?

    ReplyDelete
  4. Perhatikan jawapan saya baik-baik. Saya tidak bangun bantah keputusan YDP Dewan Rakyat yang menangguhkan perbahasan, kerana saya memang bersetuju dengan keputusan YDP Dewan Rakyat menangguhkannya. Malah saya sifatkan keputusan YDP Dewan Rakyat itu adalah bijak dan berhikmah.

    Kalau saya jadi YDP Dewan Rakyat (fardhu takdir), dengan melihat gelagat dan aksi sebahagian ahli parlimen yang meremehkan Dewan dan YDPnya sejak sehari sebelum pembentangan usul pindaan Akta 355, sehinggalah ke detik ianya mahu dibentang oleh YB Tuan Guru pada 6 April 2017, maka keputusan menangguhkan perbahasan itu adalah suatu yang terbaik.

    Keputusan menangguhkan itu adalah terbaik malah selayaknya mereka berterima kasih kepada YDP Dewan Rakyat menangguhkan "355" ini, kerana bukankah mereka sememangnya mahu menghalang sejak dari awal lagi?

    Sekali lagi, keputusan menangguhkan itu adalah terbaik, justeru PAS masih mempunyai banyak lagi masa untuk terus memberi kefahaman kepada ahli parlimen, pemimpin politik dan pelbagai pihak supaya mereka memahami kenapa Akta 355 ini perlu dipinda.

    Akhirnya, anda temui jawapan kepada persoalan ini. Apa hikmah menangguh? Kenapa mereka marah Isu 355 ini ditangguh? sedang mereka bukan bersetuju dengan 355 ini.

    15. Jawapannya:

    a) Hikmahnya bila tangguh, PAS terus bekerja gigih mengangkat isu "355" ini dan memahamkan masyarakat mengenainya. Ia baik untuk kefahaman Islam.

    b) Mereka marah kerana hasrat mereka untuk menggagalkan Pindaan Akta 355 melalui undi menolak dalam belah bahagian sebagaimana yang dirancang oleh mereka tertangguh lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak lebih masa supaya dpt krrja gigih mengangkat. Kan elok dibiarkan bahas, baru boleh lontar hujah.
      Kalu nk kona tu agak2 sikit, takut tergelincir...
      Jgn marah,lebih untung ikhlas pada diri

      Delete
    2. Udahle kelentong..
      a)tangguh bukan untuk pahamkan rakyat, kalo kerja gigih mestilah bersidang sampai 5 pagi macam hari sebelum tu..itu baru gigih..yang dibuat macam penagih ada ler..bila speaker tutup, senyap terus mengikut..
      B). Ada plak tuduh pembangkang nak gagalkan ruu355..cukup ke undi pembangkang nak halang..pas dan bn pun dah cukup nak bagi lulus..cakap macam orang tak sekolah aje..cemana la orang boleh undi ko dulu..

      Delete
    3. Lobai Temerloh kuat layan porno German. Otak lemah dan mata jadi rabun. Masok habuk pon menangis tanda tengok porno malam2 tapi tak lepas sebab tak bayar bil pay per view. Huhuhu!

      Delete
    4. Nak nemgamkan ape ...ruu cume pindaan had hukuman ...bukan undang2 baru...lagi pon bukan undang2 islam sebenar...kuat putar velit

      Delete
    5. 15. Jawapannya:

      a) Hikmahnya bila tangguh, PAS terus bekerja gigih mengangkat isu "355" ini dan memahamkan masyarakat mengenainya. Ia baik untuk kefahaman Islam.

      ------------------------------
      Saya setuju. Anda boleh bawa Rakyat yang menyokong masuk ke Dewan Rakyat untuk mengundi RUU355.

      Delete
    6. elok jugak kena tangguh...Bincang hari dan masa lain lagi bagus dan fresh

      Ada lagi masa utk mendidik rakyat

      Lagipun, sebelum nak bentang hari tu pun, dah ada beberapa ekor beruk melompat2 macam haiwan gila....padahal tak ada kena mengena denagn mereka....sunat pun tak lagi..

      Macam mana mereka nak bahas kalau dah tak faham tnetang undang2 syariah???

      Memang beruk betul wakil2 MP pembangknag tu!!!

      Bujannya apa

      Delete
    7. Lobai woi tanya Tuan jho low dulu

      Delete
  5. Tertibnya perjalanan 355
    NASRUDIN HASSAN
    BAGAI mempelai yang diraikan penuh meriah, Pindaan Akta 355 ternyata dialu-alukan oleh banyak pihak meskipun masih terdapat sebahagian yang ragu dan curiga terhadap kehadirannya. Saya kira, mereka masih memerlukan masa untuk menjernihkan kefahaman dan pendirian mereka.

    Jam 12.37 tengah hari Khamis kelmarin (06 April 2017) Dewan Parlimen sepi seketika tatkala YB Datuk Seri Tuan Guru memulakan pembentangan terhadap usul beliau bagi meminda Akta 355. Tuan Guru mengambil masa hampir setengah jam pembentangan.

    Ringkas dan padat, itulah yang boleh saya sifatkan ucapan Tuan Guru. Merangkumi semua aspek. Memperkenalkan Akta 355, menjelaskan kewajaran memindanya, mempertegaskan hak orang Islam, memberi jaminan kedudukan non-Muslim, menyeru sokongan dari semua pihak di samping menitipkan peringatan agar ianya tidak ditentang secara melulu.

    Kali pertama pada tanggal 26 Mei 2016, iaitu pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Parlimen ke-13, Tuan Guru telah mendapat peluang untuk membacakan usulnya bagi maksud meminda Akta 355 melalui Peraturan Urusan Mesyuarat 14(2), Menteri Hal Ehwal Parlimen YB Datuk Azalina Othman mengusulkan agar Usul YB Marang diberi laluan dari kedudukan no 15 kepada no 5.

    Setelah membacakan usul pindaan tersebut, Tuan Guru bercadang untuk menangguhkan perbahasannya bagi memberi peluang kepada ahli-ahli parlimen mengkaji dan menilai usul pindaan Akta 355 itu terlebih dahulu ekoran terdapat bantahan kononnya mereka tidak memahami perkara ini.

    Kali kedua pada tanggal 24 Nov 2016, iaitu Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-13, Tuan Guru sekali lagi diminta menyambung proses pembentangan usul Pindaan Akta 355. Kesempatan ini, Tuan Guru mengemukakan sedikit pindaan penting kepada usul asal beliau iaitu dengan menyebut jumlah hukuman yang dicadang. (100 kali sebatan, 100 ribu denda dan 30 tahun penjara)

    Oleh kerana terdapat pindaan baru kepada usul asal, Tuan Guru sekali lagi bermaksud memberi lebih masa kepada semua pihak agar memahami rasional pindaan terbaru yang dilakukan maka beliau memilih untuk menangguhkan perbahasannya buat kali yang kedua setelah membuat sedikit huraian terhadap pindaan terbaru.

    Kali ketiga peluang pembentangan usul Pindaan Akta 355 di Parlimen pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 bersamaan 6 April 2017, telah dimanfaatkan sebaiknya apabila YB Tuan Guru membentangkannya dengan teliti, ringkas dan padat. Ucapan sokongan terhadap usul itu diperkemas pula oleh YB Kota Bharu yang mengambil masa sekitar sejam setengah dengan menjawab segala persoalan berkait.

    Berbeza situasi kali ini, speaker Tan Sri Pandikar Amin pula yang mengambil langkah mengejutkan semua pihak dengan menangguhkan perbahasan ke persidangan akan datang sejurus tamat ucapan YB Datuk Takiyudin yang sarat dengan hujah dari aspek perundangan, sedang sahabat saya YB Datuk Dr Khairudin at-Takiri juga telah siap untuk mengambil giliran berikut bagi turut sama mengemukakan hujah dari sudut syariat pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tertib , matang. Kencing tu bior bebasoh, nak. Ikhlas pada diri untong duniq akhirat, ingat tu

      Delete
    2. Dah pakat pukul 4 tutup kedai...

      Delete
    3. elok jugak kena tangguh...Bincang hari dan masa lain lagi bagus dan fresh

      Ada lagi masa utk mendidik rakyat

      Lagipun, sebelum nak bentang hari tu pun, dah ada beberapa ekor beruk melompat2 macam haiwan gila....padahal tak ada kena mengena denagn mereka....sunat pun tak lagi..

      Macam mana mereka nak bahas kalau dah tak faham tnetang undang2 syariah???

      Memang beruk betul wakil2 MP pembangknag tu!!!

      Delete
  6. Saya meneliti perjalanan Pindaan Akta 355 ini dengan cermat. Bermula dengan pelbagai cubaan untuk menggagalkannya, melengahkan perbahasan, mengganggu dewan, memperkecilkan speaker, saman ke mahkamah, pelbagai karenah dari tahun 2015 hinggalah ke detik speaker menangguhkan perbahasan kelmarin.

    YB Tuan Guru mengatur langkah penuh tertib dan sabar. Melangkah setapak demi setapak, berhati-hati dan lambat, namun meyakinkan. Wajahnya mempamerkan sikap yang optimis dan semangat yang kental mendepani aneka cerca nista terhadap usaha beliau.

    PAS yang berhempas pulas mengatur pelbagai langkah, perbincangan, roadshow, hardtalk, himpunan, mesyuarat, rundingan, solat hajat dan sebagainya untuk menjayakan pindaan Akta 355, tetapi apabila speaker menangguhkan perbahasan, mereka pula yang melenting marah kononnya mereka dihalang daripada berbahas dan menuding kononnya PAS ditipu. Sedang perbahasan hanya tertangguh ke sidang akan datang.

    Andai diperhatikan secara cermat, beberapa aksi dan sikap mereka sebelum pembentangan usul pindaan Akta 355 itu, maka benarlah apa yang disebut oleh sahabat saya YB Ustaz Nik Mohd Abduh bahawa mereka sebenarnya bukan marah kerana perbahasan ditangguh, tetapi mereka marah kerana speaker memberi laluan kepada YB Marang membentangkan usul pindaan Akta 355 tersebut.

    Inilah Penyelesaian Kita

    Nasrudin Hassan
    Ketua Penerangan PAS Pusat
    06 April 2017 |

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Azlina tak cermat la, itu pass pi mai pi mai. UMNo BN lupa tepok meja sokong hari tu la. Takut MCA kot? Faham2 matang mcm tu la kan?

      Delete
    2. 3 tahun tak boleh laksanakan kagi ruu..cume pinda had hukuman...watang ape ni?

      Delete
    3. anon 12:51....kamu tak faham la...

      Apa yg tak boleh laksana??

      Undang2 yg nak di pinda ni memang dah dilaksakan sejak dahulu lagi...

      Ada jugak manusia jahil nak bagi komen pasal undang2 syariah...aduiii!!!

      Delete
  7. PAS berbudi, adakah ‘rakan’ berbahasa?
    USTAZ MOHD NOR HAMZAH
    SETELAH kejayaan membentangkan usul Pindaan RUU 355 di parlimen Khamis lalu, ketika Presiden PAS masih dalam perjalanan ke penginapan beliau mungkin, terus sahaja diadakan satu sidang media bagi ‘mendedahkan’ kepada dunia kononnya bahawa orang yang rapat dengan pimpinan PAS, telah didapati menerima wang 1MDB.

    Cubaan menenggelamkan kejayaan pembentangan RUU 355 itu oleh pereka cerita fitnah (yang gagal) setebal 90 muka surat kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga orang kanan PKR suatu ketika dahulu, menerusi Naib Presiden PKR sekarang Rafizi Ramli.

    Bagaikan ketagihan memfitnah, Rafizi terus dan terus berusaha gigih membaiki mutu fitnahnya. Malang bagi beliau, di sebalik mutu fitnah yang diharapkan semakin bertambah baik, beliau melakukannya dengan mutu yang semakin teruk. Rafizi patut lebih tekun belajar memfitnah, terutama apabila sudah berbaik-baik dengan Tun Mahathir sekarang ini, orang yang PKR kata memfitnah DS Anwar suatu masa dahulu.

    Dengan menyebut ‘orang yang rapat’ dengan pimpinan PAS sahaja, adakah berkualiti fitnah itu? Jika benar sekalipun ‘rapat’, adakah rakan rapatnya juga terpalit kalau seseorang itu berbuat onar? Jika begitu, Rafizi juga sepatutnya dipertanggungjawabkan memfitnah DS Anwar Ibrahim kerana beliau sekarang sudah rapat dengan Tun Mahathir. Dan Rafizi juga boleh disabitkan sebagai golongan pembenci Islam kerana rapat dengan DAP yang nyata anti Islam itu. Mungkin boleh kita kata Rafizi jenis tidak amanah suka bawa lari kerusi parlimen atau Dun kerana rapat dengan ahli parlimen PAN yang telah melarikan kerusi PAS secara batil.

    Fitnah yang rendah kualiti ini juga dikesan kerana dia mahu rakyat menunggu sehingga berminggu-minggu sebelum dia mendedahkan bahagian yang seterusnya. Ini tidak lebih hanya mahukan rakyat terpaku menunggu, dan terus menuduh PAS, agar tumpuan kejayaan membentang pindaan RUU 355 itu dilupakan rakyat. Politik kotor gaya Machiavelli, matlamat menghalalkan cara.

    Apabila sampai waktunya nanti, dialih pula topik lain, sebagaimana fitnah yang dia kenakan terhadap Tan Sri Khalid. Senada beliau dengan Adun kuasa 10. Suatu ketika dahulu Adun itu mengumumkan dalam masa tiga bulan beliau akan mendedahkan sesuatu tentang PAS. Kemudian selepas tiga bulan hilang tanpa apa-apa berita, tapi dialih pula cerita lain. Mereka mahu sentiasa timbul di permukaan tasik politik tanah air, takut dilupakan rakyat kerana sudah terlalu sarat dengan dosa dan noda.

    Jika benar Rafizi anak jantan, buktikan segera pertuduhan itu. Hanya orang yang kurang akal sahaja yang membuat tuduhan tanpa bukti kukuh kemudian menyuruh tertuduh membuktikan diri tertuduh tidak bersalah. Sedangkan berbelas tahun PKR melawan tuduhan yang dibawakan bukti-bukti terhadap salah laku Ketua Umum mereka, kini mereka mengubah sistem pembuktian setelah berkawan dengan Tun Mahathir.

    Sungguh dangkal dan pengecut tindakan memfitnah ini. Jika benar sudah membenci PAS, dengan ada bukti yang jelas, laporkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan agar nanti mudah pada PRU, tiada gangguan daripada PAS. Langkah ke Putrajaya kamu akan menjadi lebih mudah. Itupun jika rakyat memilih kamu kerana gembira dengan mainan politik jijik kamu ini.

    PAS sedang menunggu dengan sabar akan kedatangan hari penentuan tahaluf iaitu Muktamar Tahunan PAS di Kedah nanti. PAS sentiasa berbudi, tetapi adakah rakan PAS itu berbahasa? Atau rakan itu hanya melukut di tepi gantang, kemudiannya mahu menjadi tuan, menjadikan PAS budak suruhan, mahu PAS tunduk dan patuh kepada mereka. Islam tidak mengajar untuk mengkhianati rakan, tidak melampau dalam bermusuh. Tetapi Islam mengajar agar menjaga maruah diri jika dipijak rakan atau musuh.

    YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
    Ketua Penerangan PAS Terengganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mohd nor hamzah aku pasti orang2 kampong kat ganu percaya bulat2 apa ko tulis.....tapi kat sini, sori laaa

      Delete
    2. Bahasa korok mung! PAS adalah parti paling kurang ajar bila Hadi Awang ada kuasa veto. Paling biadap dan tak ada susila. Parti yang makin kurang sokongan dan makin ramai curiga kerana dedak hampir bocor. Di bawah Hadi dan geng... Pas hilang Selangor, Ganu, Kedah dan Kelantan. Sayonara Pas!

      Delete
    3. Wabak Taliban Teko Jumud menular , virus baRUU nama
      (2 han Edde-coli). Tanda2 awal timbangan akal Pesakit akan cair dan mengalir keluar ikut telingga. Ini dikuti kelakuan ganjil junud WalaUnta. Klinik Dr Subramaniam sudah dedahkan ubatnya. Cubalah...

      Delete
    4. Untuk bentang je...untuk lajsana blm pasti bila...3 tahun tak selesaikan cume pindaan had hukuman...payahnye ruuu ni...

      Delete
    5. Saya rasa gelaran ustaz yang saudara miliki tidak mempunyai makna andaikata saudara gagal membezakan fakta dan fitnah. Tidakkah saudara meneliti kenyataan YB Rafizi sebelum saudara mengeluarkan kenyataan. Bukankah sabar adalah sebahagian sifat ulamak dan ternyata saudara bukan dari golongan ini. YB Rafizi pasti melunaskan janjinya seperti selalu dan yakinlah kepimpinan PAS yang ada hari ini bukanlah maksum. Mereka manusia biasa yang sering tergoda dengan permainan dunia. Berlandaskan kepada gerak-geri dan sikap bebal yang ada di kalangan kepimpinan hari ini, InsyaAllah tuhan akan memperlihatkan kekuasaannya. Untuk pengetahuan saudara juga, bangkai sebesar gunung memang payah nak disembunyikan melainkan para pengikut yang bebal dan sikap yang tidak mencerminkan penampilan fizikal akan tidak terkesan. Saudara adalah lambang kemuraman masa depan PAS. Saudara adalah kelompok pemimpin yang membawa rebah. Ego, bodoh sombong dan bacaan politik yang hanya berpandukan laman sendiri. Dan saya rasa sekiranya inilah minda seorang Ustaz, alangkah lemahnya golongan agamawan dalam PAS.

      Delete
    6. Anon 9:34, 10:56, 12:53 dan 17:35...

      Kamu ni memang jahil,,,Rasanya elok tak usah bagi komen yg akan menyebabkan dosa yg besar..

      Siapa ustaz atau pemimpin yg kamu sanjung??

      Bagilah tahu...senang saya bagi komen tentang pemimpin yg kamu banggakan sangat tu!!!

      Delete
    7. PAS ni sembang je, kt Terengganu Tx buat pun... ADUN MAJORITI ISLAM, BUKAN ISLAM SIAP GELAK KT TERENGGANU TX JALANKAN PASAI APA KALUT NX BUAT KT MALAYSIA.

      Delete
  8. Jelas pekung penentang RUU 355
    DEWAN Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) merakamkan rasa kesyukuran dan mengucapkan tahniah diatas pembentangan cadangan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang dibacakan oleh Yang Berhormat Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan di sokong hujah Yang Berhormat Kota Baharu Datuk Haji Takiyuddin Hassan.

    Pembentangan dengan penghuraian pensejarahan juga penjelasan yang sangat jelas dalam sidang Parlimen seharusnya dapat difahami dengan baik oleh ahli Parlimen dan seluruh rakyat yang menyaksikan secara langsung semalam.

    Namun begitu, tindakan tidak matang ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang menghalang seawal pembentang bermula dan ditutup dengan makian, cacian, sindiran dan tuduhan tidak berasas, amat dikesali. Akhlak yang buruk ditunjukkan oleh ahli Parlimen PH jelas dilihat segenap lapisan masyarakat yang mengikuti secara langsung.

    DPPN Perak sangat terkilan dengan tindakan Yang Berhomat Gopeng, Dr. Lee Boon Chye juga beberapa ahli Parlimen PH yang diketuai Yang Berhormat Gelang Patah, Lim Kit Siang seolah melupakan petugas pilihan raya dalam kalangan muslim yang bekerja juga pengundi yang memenangkan mereka di PRU13.

    Lebih mendukacitakan apabila ada ahli Parlimen muslim terutamanya Yang Berhomat Sepang dan Yang Berhormat Shah Alam daripada PAN seakan-akan bersekongkol membantah cadangan pindaan RUU355 ini. Apakah mereka masih keliru atau sengaja mengelirukan masyarakat bukan Islam berhubung kedudukan mahkamah syariah dan hukumannya?

    Dalam sidang media PH semalam, Yang Berhormat Pandan, Rafizi Ramli dengan tiada etika membuat tuduhan dan fitnah tidak berasas bahawa PAS bersandiwara bersama Umno. Umum sedia maklum bahawa Rafizi insan yang terkenal dengan politik persepsi. Negara tidak akan lupa bagaimana Rafizi menjatuhkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan fitnah dan penipuan kemudian Rafizi membuat permohonan maaf selepas didapati pertuduhannya tidak benar. Masih boleh percayakan kita kepada insan sebegini?

    Pembentangan RUU 355 jelas menunjukkan hitam putih ahli Parlimen yang mengutamakan agenda politik dalam meraih undi berbanding kesatuan ummah dan kesejahteraan rakyat juga negara. Budaya politik persepsi dan berkepentingan ini wajar ditinggalkan lalu diamalkan budaya politik matang dan sejahtera. DPPN Perak istiqamah dalam usaha memartabatkan syariat Allah dan mengutamakan kesejahteraan rakyat di Malaysia khususnya Perak.

    DPPN Perak sekali lagi merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan tahniah juga terima kasih buat Tuan Guru Presiden serta seluruh ahli parlimen yang bersama majoriti rakyat muslim bagi memperjuangkan RUU 355.

    DPPN Perak juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker Parlimen Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin bin Haji Mulia diatas ruang membentangkan RUU 355 dan ketegasan beliau dalam mempengerusikan Dewan Rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog Hatamkah dh tiada hit lagi?

      Delete
    2. Pekung tu tuduhan. Hancing tu sah.

      Delete
    3. Wayang pas dan umno...ade tak ruu yg lulus setelah 3 tahun?

      Delete
    4. anon 2 diatas....09:50, 11:22 dan 12:55...

      Jahilnya kamu!!! Pembuat fitnah..

      Merosakkan ukuwah islam dengan mengadu domba sesama orang islam...

      Bertaubatlah !! parti mana yang kamu rasa bangus sangat tu??? Bagi tahu kalau berani...

      Delete
    5. Fitnah amendanye sijahil..ko ingat ruu 355 pas ni baru 1 tahun?...2 jali dah tangguh pembentangan...sekarang boleh bentang tapi tak boleh lulus plak..

      Bukan wayang lagim...
      Aju berani...parti yg detuai ketua perompak 1 mdb paling aku benci...parti yg diketuai lobai makan rasuah 90 jota paling aku tak suke
      Aku hanye pilih PH...ko kekal lah bersubahat dengan perompak..ostad aku ajar rompak haram...ko tak ikut cakap ostad sebab tu ko subahat membela perompak...

      Delete
    6. Setuju dgn 1945

      Klu Hj hadi tuang presideng pas mu anak jantan, Pru 14 Mari bertanding di parlimen kepong bukan di marang.

      Lg pun pas bkn nk menang pun,tp nk dakwah. Elok dakwah dgn pengundi parlimen kepong

      Ada berani///

      Delete
  9. PAS yakin pindaan 355 lulus sidang depan
    PAS optimis pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355 bakal diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat bakal diadakan tiga bulan akan datang.

    Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, peluang tersebut digunakan bagi memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai RUU 355.

    Selain itu kata Ahli Parlimen Kota Bharu lagi, pihak media turut diberikan penerangan kerana ia memainkan penjelasan tersebut kepada rakyat.

    "Saya yakin dan optimis penerangan kita akan dapat menjelaskan lagi mengenainya pada sidang parlimen akan datang dijangka bulan Julai," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus ketibaannya di Lapang Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu malam tadi, yang disambut kumpulan anak-anak muda.

    Pada ucapan sokongan Takiyudin terhadap usul dibentang anggota parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam, memberi penjelasan lebih terperinci mengenai keperluan pindaan 355.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lulus sidang depan ...sandiwara lagi ...bacaan jedua menteri umno yg jena bentang...kena sergah dengan kapir bn terus tak jadi...

      Delete
  10. SETIAUSAHA PUBLISITI DAP, TONY PUA, KAKI KELENTONG
    Dalam rakaman khas beliau bagi mengutuk pembentangan huraian Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 oleh Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lalu, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata:
    (“Sekarang, setiap Ahli Parlimen pembangkang mempunyai hak untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian atau usul pembangkang, tetapi soalannya ialah, dalam sejarah Malaysia, tidak pernah usul sebegini dibenar untuk dibentangkan. Dalam demokrasi berparlimen biasa, ya, Rang Undang-Undang Ahli-Ahli Parlimen pembangkang sebenarnya berpeluang untuk dibentangkan, tetapi tidak di Malaysia.”)

    Dalam catatan muka buku beliau Khamis lalu juga Tony Pua menyebut:

    “Opposition motions and bills have never made it to the House Floor for debate in the history of Malaysian Parliament, because BN controls what gets tabled, in collusion with the House Speaker.”

    (“Usul dan Rang Undang-Undang Persendirian pembangkang tidak pernah dibenar untuk dibahaskan dalam sejarah Parlimen Malaysia, kerana BN mengawal apa yang boleh dibentangkan, melalui persepakatan dengan Yang Dipertua Dewan.”)

    Hakikatnya, berdasarkan sejarah Parlimen Malaysia, sudah banyak kali Usul dan Rang Undang-Undang Persendirian pembangkang dibenar bukan sahaja untuk dibentangkan, malah untuk dibahaskan dan diundi juga.
    Pada Isnin, 24 Oktober 1977, tiga Rang Undang-Undang Persendirian dikemukakan oleh dua Ahli Parlimen DAP, iaitu Ngan Siong Hing (Kinta) dan Lim Kit Siang (Kota Melaka).

    Dua Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan oleh Ngan Siong Hing serta yang dibahaskan dan diundi dalam Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Oktober 1977, ialah Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 dan Rang Undang-Undang Persendirian untuk mewujudkan Akta Melindungi Pekerja-Pekerja dan Gaji Minima, 1977.

    Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan oleh Lim Kit Siang serta yang dibahaskan dalam Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Oktober 1977, ialah Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Biro Siasatan Negara, 1973. Perbahasan dan pengundian ke atas Rang Undang-Undang Persendirian ini diteruskan pada Selasa, 25 Oktober 1977.

    Walaupun Tony Pua, yang dilahirkan pada 1 Ogos 1972, baru berusia lima tahun pada waktu itu, sangat pelik jika beliau, sebagai Setiausaha Publisiti DAP, tidak mempunyai team penyelidik. Lebih pelik lagi bila Lim Kit Siang, salah seorang Ahli Parlimen DAP yang mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian itu yang pada waktu ini adalah Ketua Ahli Parlimen DAP, tidak berbuat apa-apa untuk membetulkan Tony Pua.

    Lebih teruk lagi jika Lim Kit Siang sendiri sengaja menyembunyikan fakta beliau pernah dibenar untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian dalam Dewan Rakyat.



    Dr Kamarul Zaman Yusoff

    Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN)

    Universiti Utara Malaysia (UUM)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pm yg lepas benarkan ruu oersenditian..pm najib beri kebenaran?

      Delete
    2. Semua RUU Persendirian (RUUP) yg dinyatakan di atas, adalah tahun 1977.

      Polisi Speaker tahun 1977 dgn sekarang tak sama.

      Polisi PM 1977 dgn PM 2017 pun tak sama.

      Delete
  11. PERKARA PALING MENARIK DALAM PENGHURAIAN RUU355
    Perkara paling menarik dalam penghuraian usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam sidang Dewan Rakyat semalam bukanlah huraian itu sendiri, tetapi cubaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) menghalang Hadi.

    Seluruh rakyat dapat menyaksikan betapa bersungguhnya pemimpin DAP mengganggunya bermula dari tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, cuba melengahkan masa dengan mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menolak usul persendiriannya mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

    Ini diikuti tindakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, mempersoalkan kewajaran RUU 355 diteruskan setelah Pandikar menerima writ pemula Tawfik Tun Dr Ismail bagi menghalangnya, tetapi Pandikar merujuk kepada amalan dan prosedur Parlimen di India, di mana peraturan subjudis tidak boleh menghalang Parlimen dari membuat undang-undang.

    Tegas Pandikar, yang disokong oleh keterangan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, mengenai penolakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas cabaran sama oleh Mansoor Saat dan tiga rakannya pada 2015 kerana ia bersifat pra-matang, cabaran ke atas keabsahan undang-undang hanya boleh dibuat setelah ia diluluskan oleh Parlimen.

    Cubaan Gobind memanjangkan isu ini dengan mengaitkannya dengan keputusan Pandikar menolak perbincangan mengenai isu 1MDB yang dibicarakan di mahkamah juga ditepis dengan baik oleh Pandikar yang menjelaskan perbezaan antara isu 1MDB dan isu ini yang hanya menyentuh soal sama ada RUU 355 bertentangan dengan perlembagaan atau tidak.

    ReplyDelete
  12. Kpd macai dan pencacai Parti Lebai, tulis lah dalam harakah dan blog sendiri. Jangan lah copy-paste artikel dan cerpen kau orang dlm blog Tuan Shah.

    Memang goblok la, kau orang!!!

    ReplyDelete
  13. Tindakan DAP ini tidak mengejutkan kerana sikapnya telah diketahui, tetapi yang membuatkan banyak kepala menggeleng adalah tindakan keras pemimpin PKR melalui Ahli-Ahli Parlimen Gopeng (Dr Lee Boon Chye), Alor Setar (Gooi Hsiao-Leung) dan Padang Serai (N Surendran Nagarajan) yang melanggar keputusan PKR menerima dan mengiktiraf hak Hadi.
    Boon Chye mempersoalkan kewajaran memberi keutamaan kepada Hadi, tetapi ini dijawab oleh Pandikar yang menjelaskan mengenai mandat yang diterimanya dari kerajaan. Tidak berpuas hati, Boon Chye mempersoalkan pula apakah usul Hadi ini usul atau RUU Ahli Bukan Kerajaan menyebabkan beliau diberikan syarahan panjang mengenainya oleh Pandikar.

    Hsiao-Leung pula membangkitkan persoalan mengenai perkenan Majlis Raja-Raja yang didakwa tidak diperolehi sebelum RUU 355 dibawa ke Parlimen, tetapi ini dijawab oleh Pandikar melalui rujukan kepada Penyata Parlimen yang membutirkan apa yang berlaku sewaktu Akta 355 diperkenalkan pada 1965 dan dipinda pada 1984 yang membuktikan ia tidak diperlukan.

    Jelaslah bahawa tindakan pemimpin PKR dan DAP ini, selain tindakan Khalid Samad dari PAN melalak tidak berpuas hati bila Parlimen ditangguhkan, menimbulkan lebih banyak keraguan ke atas komitmen PH mempertahankan Islam. Tindakan pemimpin PKR tentunya akan menjadikan tuntutan supaya PAS memutuskan kerjasama politiknya dengan PKR menjadi lebih kuat.

    Menjadi tular dalam media sosial adalah gelagat penuh emosi Kit Siang mempersoalkan sokongan MCA, MIC dan GERAKAN ke atas mandat kerajaan yang diterima oleh Pandikar yang menunjukkan keterdesakan beliau untuk menghalangnya sekali gus mempolitikkan isu ini hingga memaksa Pandikar menunjukkan ketegasan yang memaksa Kit Siang akur.

    Turut terserlah ialah pembohongan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, di dalam video khas yang dikeluarkan oleh DAP bagi memburukkan RUU 355 dengan mendakwa RUU persendirian tidak pernah dapat dibentangkan walhal ia pernah beberapa kali dibenarkan, termasuk usaha Tengku Razaleigh Hamzah untuk meminda Akta Pertubuhan pada 1988.

    Syukurlah, walaupun RUU 355 belum dapat dibahaskan, usaha untuk mendaulatkan Islam sebagai agama negara telah maju setapak ke hadapan. Lebih penting ialah peristiwa semalam menyerlahkan sikap pemimpin tertentu yang akan menentang apa sahaja yang memihak kepada Islam sehingga sanggup memanipulasi apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka.



    Dr Kamarul Zaman Yusoff,

    Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),

    Universiti Utara Malaysia (UUM).

    ReplyDelete
  14. HORMATI HAK YB MARANG MEMBENTANG RUU355
    Usul yang di bawa oleh Yang Berhormat Marang di bawah Peraturan Mesyuarat Parlimen No 49(1) untuk kebenaran mencadang satu Rang Undang-Undang untuk meminda Akta 355

    KENYATAAN MEDIA

    Anwar Ibrahim

    Rang Undang-Undang untuk meminda Akta 355 bermula dengan polemik hangat mengenai pelaksanaan hukum hudud dan perundangan Islam. Maka, pembentangan YB Dato’ Seri Ustaz Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang) dan YB Datuk Takiyuddin Hassan (Ahli Parlimen Kota Baru) membantu meredakan sambil memberikan pencerahan.

    YB Dato’ Seri Ustaz Abdul Hadi dan YB Datuk Takiyuddin menerangkan di Parlimen bahawa RUU Pindaan kepada Akta 355 ( “RUU 355”) bukanlah percubaan untuk melaksanakan hudud dan jaminan diberi RUU 355 ini tidak terpakai kepada yang bukan Islam sebab dilakukan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Yang ditekankan adalah pemerkasaan Mahkamah Syariah yang wajar dipersetujui secara prinsipnya oleh semua.

    Yang dikesalkan ialah kesempatan untuk berbahas dinafikan oleh Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Mulia kerana menangguhkan sidang pada jam 4 petang. Ini jelas bertentangan dengan amalan demokrasi dan prinsip syura serta perundingan dalam Islam. Saya percaya Ustaz Hadi tidak akan keberatan untuk meneruskan perbahasan. Kegagalan Speaker dan kerajaan Barisan Nasional untuk bertindak serius dalam perkara tersebut memperkukuhkan persepsi bahawa kerajaan sengaja melengahkan dan mengharapkan agar kontroversi akan berlarutan.

    Saya ulangi kenyataan bertarikh 23hb November 2016 oleh Presiden KEADILAN tahun lalu, pertama, untuk menghormati hak YB Marang membentang usulnya; dan kedua, untuk mendapatkan jawapan tegas daripada Perdana Menteri samada kerajaan sedia membentuk satu Jawatankuasa Pilihan untuk meneliti Rang Undang-Undang pindaan tersebut yang dicadang oleh YB Marang.

    Setelah menunggu dua tahun, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib telah menyatakan kerajaan tidak akan mengambilalih RUU tersebut dan membentangnya seperti dicadang atau dengan pindaan atau perubahan, jika ada.

    Peraturan mesyuarat Parlimen No 49 yang terpakai kepada Rang Undang-Undang Persendirian menghendaki kerajaan melalui peraturan 49(2), selepas usul untuk kebenaran dilulus melalui peraturan 49(1), untuk mengambil alih, meneliti dan menyediakan laporan berkenaan rang yang dicadangkan, untuk dibentang semula ke Parlimen; dan nampaknya, kerajaan telah awal-awal menolak tanggungjawab tersebut. Pada peringkat penelitian dan penyediaan laporan tersebut, satu Jawatankuasa Pilihan boleh ditubuhkan oleh Parlimen untuk melaksanakan tugas itu.

    KEADILAN telah menyatakan kerelaan menyertai Jawatankuasa Pilihan untuk meneliti, secara menyeluruh, pemerkasaan Mahkamah Syariah yang akan dilaksanakan termasuk yang berikut: keutuhan, kebebasan dan kompetensi kehakiman Mahkamah Syariah, pendakwaan bebas, sistem penjara termasuk tahap hukuman, program latihan yang perlu serta infrastruktur yang lebih baik dan belanjawan yang bersesuaian. Maknanya, usul Jawatankuasa PIlihan lebih luas dan mencakupi, dan tidak hanya terbatas kepada tahap hukuman.

    Satu aspek kontroversi dan membimbangkan dalam RUU 355 adalah hukuman yang jauh lebih tinggi daripada yang sedia ada dan perlu penelitian dan pemerincian.

    Pendekatan ini lebih bermakna dan terjamin keberkesanannya, dan akan membuka peluang untuk memberikan penjelasan kepada rakyat termasuk bukan Islam.

    ReplyDelete
  15. Adakah pindaan RUU355 sahaja yg paling penting dalam Islam.??????
    Islam adalah cara hidup yg indah, mudah dan menyenangkan.
    Parti Pas bukan lah agama. Diakhir zaman, nabi ada bersabda, Agama digunakan untuk kesenangan dunia. Asal pakai kopiah dan serban sentiasa, lansung tiada cacat cela sikap dan perangainya. Ingatlah, Nabi pesan semuanya disuruh sederhana. Ramai ahli Pas dah muak dgn perangai pimpinannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org Melayu sedang didoktrin jd Taliban JumudTotok. Skrg sekumpulan pemegang kunci duplicate syurga sedang ugut satu bangsa, agar tunduk taat pada mereka.
      Kerja begini boleh dikira jijik jahat begini dh kira mcm Doktrin baru Tuhan Eddy Teko.
      Kalu tak bangun sedar sanggah...maka jadi melanggar perintah tuu. Siapa hasut,? Suapa yg sesat ni?!

      Delete
    2. Doktrin Dapig arahan yahudi cina Singapork.

      Delete
    3. Yahudi apco arahkan najin..

      Delete
  16. BAHRI ADALAH SUMBER RAFIZI BERKAITAN TUDUHAN PAS TERIMA DANA 1MDB
    Bekas Pengarah Badan Siasatan Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain sekali lagi mencetuskan polemik. Beliau dan Rafizi sekali lagi cuba mencemarkan nama baik PAS dengan harapan PAS akan terpalit dengan skandal. Mereka mahu PAS berkubur agar PAN mampu terus hidup. DAP tidak mahu PAN terkubur kerana DAP ‘memiliki’ PAN dan adalah parti versi Islam milik DAP. Maka dengan beberapa dokumen pada Rafizi yang di serahkan oleh Bahri, dokumen tersebut akan dikemukakan sebagai ‘bukti’ bahawa sah PAS menerima dana daripada Najib melalui 1MDB.
    Bahri Sekali Lagi Bertindak, Kali Ini Untuk Menguburkan PAS.

    Bahri Mohamad Zain, bekas Pengarah Badan Siasatan Khas SPRM yang meletakkan jawatan lewat tahun lalu ialah orang yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada Rafizi Ramli berkenaan dakwaan bahawa PAS menerima dana daripada 1MDB (baca laporan FMT di bawah).

    Topik utamanya cukup mudah. Pakatan Harapan mahu tumbangkan PAS. Di samping itu juga, mereka juga mahu menumbangkan UMNO dengan kerja dan usaha sedang giat dijalankan. Namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa lagi kepada UMNO kerana setelah hampir dua tahun berusaha keras umpama orang gasar bertempik di hadapan pagar, UMNO bukan sahaja makin kuat malah lebih kuat lagi dari tahun 2013.
    Mat Sabu Ketua Parti Islam DAP

    Mat Sabu, Presiden PAN iaitu parti versi Islam milik DAP berkata jika Pakatan menang, UMNO mati dan jika BN menang PPBM mati (baca di sini). Apa yang tidak mahu di perkatakan Mat Sabu atas beberapa sebab ialah, jika PAS menang maka PAN mati.

    Oleh itu meraka mahu PAS berkubur agar PAN terus hidup. PAN juga lebih mustahak dari PPBM, dari pelbagai sudut pandang DAP kerana PAN milik DAP manakala PPBM milik Tun Dr. Mahathir Mohamad. Untuk PPBM terus hidup, perlu UMNO mati yang sudah tentunya amat sukar untuk berlaku.

    Langkah pertama ialah mematikan serta menguburkan PAS. Jika PAS berjaya dikuburkan, maka akan menjadi lebih mudah untuk mematikan UMNO. Kegusaran utama mereka adalah jika PAS dan UMNO berkerjasama atau bersatu di atas nama Islam, maka PAN, PKR dan PPBM akan mengalami kekalahan besar dan mereka hanya akan mampu bergantung kepada pengundi cina sahaja untuk kelangsungan hidup.

    Oleh itu Bahri akan mengemukakan apa yang mereka definasikan sebagai ‘bukti’ untuk Rafizi gunakan terhadap PAS. Namun semua itu akan mengambil masa yang panjang kerana ia perlu dimainkan dan dijadikan isu besar oleh blogger dan wartawan ‘Mat Saleh’ dari England, Amerika dan Australia. Kemudian mereka akan berkata ini adalah dari orang luar serta memainkan isu tersebut di dalam negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahri? Baik kotalah kata panjang2 mu itu.
      Bagi bukti,!!
      Kalau tak bagi ko mmg hancing.

      Delete
    2. Hancing Lobai sebab tangan cagu suka kulom si kontot? Syafika boleh tolong gelak. Kah kah kah!

      Delete
    3. X kuasa ambo nok baca statement kopipes ko yg pnjg lebor.... browse skali lalu jea. Apa2 pun syukur Alhamdulillah krn masih ada lagi saki baki 'jantan bertelor' mcm Rafizi & Bahari kt Msia nie. Rakyat umum telah maklum bhwa kebykan jantan di kem umno/bn maupun pas.... yg tinggal hanya jantan yg bertelor lisut saja...bahana dek ketagihan memakan dedak sekian lama....

      Delete
    4. Soalnye ade tak dalam fail sprm...pas patut mintak pengsahan dengan sprm kalo difitnah...

      Delete
  17. Di sebalik semua ini, ia akan menjadi seolah-olah ianya bukan Rafizi yang menuduh tetapi beliau hanya memetik tuduhan orang lain. Kemudian Rafizi terselamat dari tindakan undang-undang serta tidak perlu mendedahkan siapa dari SPRM yang memberi bahan bukti dan dokumen kepada beliau. Sudah tentu Rafizi tidak akan mendedahkan yang Bahri memberikan beliau semua dokumen tersebut. Kemudian Rafizi akan memberikan semua dokumen yang diserahkan oleh Bahri kepada seseorang di luar Malaysia dan berkata orang tersebut adalah sumber tanpa perlu mengemukakan dari mana sumber sebenarnya, iaitu orang yang memberikan bahan bukti dan dokumen.

    Sebenarnya dokumen yang diberikan Bahri kepada Rafizi tidak berupaya menjejaskan sesiapa pun. Tiada bukti kukuh jaringan kewangan yang menunjukkan bahawa Najib menyalurkan dana 1MDB kepada PAS, membayar kepada orang perseorangan di dalam PAS mahupun kepada yang rapat dengan PAS. Mereka akan mengambil dua isu yang tiada bersangkutan dan mengatakan dua isu tersebut saling berkaitan antara satu sama lain.
    Rafizi Kembali Bermain Dengan Muslihat dan Tipudaya

    Sebenarnya ia adalah muslihat lapuk yang mereka gunakan dua tahun lalu untuk ‘membuktikan’ yang Perdana Menteri Najib Tun Razak merompak RM 42 Billion wang milik 1MDB. Dan jika seorang yang berkulit putih, atau tiga orang berkulit putih mengatakan ia benar maka benarlah ia seolah-olah orang kulit putih atau ‘Mat Saleh’ adalah manusia suci yang tidak pernah berbohong.

    Rafizi sepatutnya berlaku jujur dan memberitahu kepada umum berkaitan jutaan ringgit yang beliau, Saifuddin Nasution, Zaid Ibrahim dan ramai lagi di dalam PKR menerima habuan dari John Soh Chee Wen. Soh ialah rakan niaga Tun Daim Zainuddin, memberi habuan kepada Zaid Ibrahim sahaja sebanyak RM 6 Juta. Manakala Rafizi dan Saifuddin Nasution menerima habuan mencecah angka RM 20 Juta. Anwar Ibrahim menerima habuan lebih banyak daripada angka tersebut, begitu juga Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah. Di sebalik semua itu, Free Malaysia Today menerima habuan sebanyak RM 12 Juta seperti mana The Malaysian Insider menerima RM 13 Juta dari Tong Kooi Ong, juga Ho Kay Tat iaitu penerbit kumpulan The Edge Media Group, semuanya di dedahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi bukti meyakinkan. Kat Blog Taliban Kemut sana boleh, Tolong jgn bg hancing disini.

      Delete
    2. Bukti tangan cagu dan si kontot?
      ke bukti fesbuk Nor Syafiqah Saari? Kah kah kah!

      Delete
    3. Jgn sebut nama syafikah,sahabat,! Terangsang ustadz sado nanti. Syok ke ustadz ! bila dapat kongkek bini orang dalam masalah?.

      Delete
    4. Pas berani nak ambik tindakan undang2?... Nak saman sr dan hysam pon senyap sepi..

      Delete
  18. John Soh Membelanjakan Puluhan Juta Ringgit Untuk PKR dan Pimpinannya
    John Soh Chee Wen, Rakyat Malaysia di Tahan di Singapura Atas Kesalahan Penipuan Sekuriti

    Soh Chee Wen dikenakan tujuh tuduhan baru menggangu saksi

    Soh sedang menghadapi perbicaraan di Singapura dan telah menolak permohonan ikat jamin. Beliau telah memberikan puluhan juta kepada PKR dan pemimpinnya termasuk bekas pemimpin PKR seperti Zaid Ibrahim dan portal berita Free Malaysia today yang pernah di miliki PKR. Soh juga rakan niaga Daim, Pernahkan anda terfikir dari mana datangnya wang Daim? Berapa banyakkah Daim ( juga Tun Dr. Mahathir ) mendapat hasil daripada RM 30 billion yang mereka curi dari Bank Negara?

    Rafizi bercakap seolah-olah beliau dan pimpinan PKR umpama malaikat. Mereka bercakap mengenai orang lain menerima dan memakan wang dedak. Zaid boleh mengesahkan beliau menerima RM 6 Juta dari Soh ketika beliau masih bersama PKR (Soh berhenti memberi dana selepas Zaid meninggalkan PKR). Rafizi, Saifuddin dan ramai lagi pemimpin PKR menerima puluhan juta daripada Soh.
    Oh ya, berkenaan Husam Musa. Beliau menerima jutaan ringgit daripada Genting. Adakah beliau mahu menafikan perkara ini sebelum bercakap tentang PAS? Salah satu sebab mengapa Husam menerima wang tersebut adalah kerana beliau berada di dalam PAS. Genting memerlukan kuda tunggangan di dalam PAS sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Genting agak risau jika PAS akan mencadangkan supaya kasino diharamkan dan Husam seharusnya memastikan agar perkara tersebut tidak berlaku.

    ReplyDelete
  19. Blog Budin dilanda Lobai todak.
    Pangkat darjat pun dipamir jaja.
    Konon hebat,tapi harap copy paste.
    Mmg kaki bercakap 1 way, top down.
    Hello, lobai agak2 la masok ru
    ah org. Apa dh jadi mykemut haramkah, tenungkote dsb.
    Kesian Claire dia dok tunggu surat saman tk sampai2. Tak elok tipu wanita mcm tu...

    ReplyDelete
  20. PAS TANYA RAFIZI SAMPAI BILA MAHU BOHONG RAKYAT ?
    “Siapa Rafizi? Melayan kerenah orang yang ada masalah yang kronik dalam mengatur strategi yang sentiasa gagal, adalah satu perbuatan yang amat membuang masa dan anti-logik,”.
    Demikian ulasan Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa mempunyai bukti dan maklumat mengenai individu rapat dengan Pas yang menerima dana daripada 1MDB (1Malaysia Development Berhad).
    Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, urusan sebegini haruslah diserah kepada pihak berkuasa sahaja.
    “Cukup sudah kita mendengar pendustaan yang dicipta untuk tujuan politik Machievelli,” katanya dalam satu kenyataan hari ini
    Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menafikan dakwaan Rafizi terdapat individu yang rapat dengan parti Islam itu menerima dana tersebut.
    Dipetik sebuah portal berita, Takiyuddin berkata, Pas tidak ada menerima apa-apa dana daripada mana-mana pihak.
    “Saya tak ada maklumat dan tak ada apa-apa pengetahuan langsung (mengenai dana 1MDB),” katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rafizi tanye Lobai Pas sampai bila mau diam..Bila nak Saman..ato Mat Saman?..akaun affin bank milik suapa?...lobai pon dah pandaibklentong bila sedondon dengan Najin...

      Delete
  21. PAN memang lidah bercabang. Kalau RUU355 ni pun sesama islam bertelagah dan ada yg akan halang terlaksana, maka adakah hudud 10o% jika dibentang akan mendapat peluang dan tempat?

    Lihatlah dr sudut kebaikan jgn cari alasan menghalang sbb akan ada seribu alasan dari syaitan utk pengikutnya boleh beri kpd kita utk gagalkan sesuatu yg baik. Bukankah kalau kita mulakan dgn RUU355 ini, nanti dlm beberapa tahun lagi kita boleh baiki dan tambah baik?

    Bukankah Yg penting kesan positifnya? Kesannya ialah anak2 melayu akan mula berfikir betapa kerasnya akibat kalau mrk berniat mahu melakukan kesalahan jenayah dan dosa? Kesannya Fikir fikirkanlah.

    Arjuna perak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape kabaikan ruu cume pindaan had hukuman yg dah 3 tahun blm boleh lulus...

      Delete
    2. Kesan negatifnya tak nak tengok ?

      Penyokong RUU355 akan undi PAS. Org Islam yg sokong RUU355 tapi tak nak sokong PAS, akan undi UMNO.

      SPR dah bahagi2 undi ikut kaum.

      UMNO/BN dah ready dgn legal-pengundi hantu (ada IC sah).

      So, lepas PRU, GST 8%, RUU355 tangguh lagi.

      LOL

      Delete
  22. Itulah masalah pas sekarang
    Pantang ditegur cepat nak berang
    Komen ruu355 sikit udah diserang
    Tarik nafas dulu, istighfar, kita wat bincang..

    Tak nampak mana salahnya dr mujahid
    Ideanya untuk ruu 355 penambah baik
    Tapi puak puak pas memandang jelik
    Dia join amanah, itupun korang nak pelik..

    Kalo berceramah penuh nasihat
    Tengok gaya memanglah hebat
    Pemimpin pas sekarang kaki mengelat
    Sedarlah pas oii,korang jauh dah sesat..



    ReplyDelete
  23. Walaunta dan Walaunti sokong RUU355 di Padang Merbok.
    Najib dan Hadi Awang sokong tangguh RUU355.
    S Subramaniam sokong konsensus BN tolak RUU355.
    MCA tak sokong DAP diam masa RUU355 dibentang.
    Speaker sokong RUU355 dalam mimpi sebab nak tidur lebih.
    Malaysia Darul Kartun kerana RUU355.

    ReplyDelete
  24. Harakah dah tak laku. Dah bertimbun di kedai nak pulang semula ke pengedar. Maaf la dah rasa rugi beli Harakah sejak Hadi dan geng ada kuasa veto. Copy paste pon tak guna sebab loya nak baca. Hihihi..skroll je bro. Sorry.

    ReplyDelete
  25. Tak cukup masok blog Budin tak bersalam. Dijaja pupa pangkat lanjah laminate apatah, pengarah penyelidik pengeletik tetek apatah. Kununnya nak tunjuk authority bijaksana, rupanya bijaksana ,stupidsini orgnya. Lobai Lobai, jgn buat hancing cooy paste sini. Hujah pendek padat kan molek? Ramai melayu dah tak sanggup ikut jadi Taliban Teko 2han Eddy. Muhasabah lab diri sikit. Jgn nak main momok2 kunci syurga. Urusan dapat masok bukan level manusia yg punya.

    ReplyDelete
  26. Anonymous9 April 2017 at 09:52

    HAHAHHAHAHAHAH!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  27. Anonymous9 April 2017 at 09:53

    Kilang arak dah tutup ka diselangor. Ini genting pulak. Sudah lah kencing orang. Bila panggil parti kuat kencing marah pulak. Lani dah jadi Parti Akan Saman.

    ReplyDelete
    Replies

    1. ITU belum masuk Ruubabi kat Sepang


      Delete
  28. Ada terlihat Dr. Mujahid yang kini bersama Amanah menentang Akta 355? soalan tuan punya blog.

    Jawapan : Nahi. Nak perelok lagi adalah, supaya jangan ada cacat celar dalam perundangan Islam. Mana blh nak buat kerja baik dok berbincang dengan penyamun, perompak dan pembelit.

    Yang nampak menentang adalah geng yg mahu tangguh sampai kiamat adalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujahit kelentong lebih habuk tarak tumpang dedak jadi ayam Dapig.

      Delete
  29. Syabas PAS & UMNO yg sentiasa berjuang mengangkat syiar ISLAM ke tahap yg tertinggi , sehingga perlaksanaan undang undang syariah negeri terengganu telah disejukbekukan lebih 15tahun walaupun mendapat perkenan DYMM Baginda Sultan. Ini contoh style pemakaian berkonsep islam kononnya berjubah dibelah depan ,ber boxer dibelah belakang. Wayang opera santapan golongan Mat Takir i ni.

    ReplyDelete
  30. Pas parti ajaran sesat.
    Pas parti ajaran sesat.
    Pas parti ajaran sesat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pan parti angkut najis(dapig)
      Pan parti angkut najis(dapig)
      Pan parti angkut najis(dapig)

      Delete
    2. Pas Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS)

      Delete
  31. mengapa kita mesti persoalkan bila ada org yang hendak tegakkn hukum islam.ruu mgkin satu permulaan sahaja.kalau takde permulaan sampai bilakah hukum islam tkkn dilaksanakan.islamkah kita bila mmpersoalkan perkara yang baik.jgn sbb politik kita jadi buta hati dan fikaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan buta hati atau fikiran, meloya tekak bila menonton tarian penari gelek berpurdah. Kelentong tak sudah.

      Delete
    2. Mengapa tidak dibahaskan. Apakah semua tak ada musyawarah, tiada diusul utk bahas. Dalam Dewan tu memang kena main politik. Jgn jadi dajjal yg mata satu, cuma nampak sehala, bincang jangan , soal jangan. Siapa buta, siapa mata satu? 1328,aku berdoa mata kau ok?

      Delete
    3. Contohi macam kerajaan kelantan. " MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.". Slogan memang cantik. Yang di praktikkan ," TERBANGUN TIDO TIADA LAGI KHAZANAH ALAM ," " MEMBALAK BERSAMA ULAMAK,". Kamu zalim pada orang asal. Kamu pekak pada rintihan mereka. Haram jadah punya manusia. Layakkah kamu ingin mengaku sebagai mertabatkan agama untuk keadilan maslahah umat.ianya Tak lebih dari wayang sahaja. Ibarat filem yg promosi hebat, kutipan tiket mengecewakan.

      Delete
  32. Ape pun ..pas pis pus..kiki..

    ReplyDelete
  33. Tok Adi The Justice
    Superman DAP Kata Hadi Awang Perkosa Wanita Tua Dan Penipu Agama
    Dalam ceramah pra-BERSIH 5, Superman Hew Kuan Yau juga dakwa Presiden PAS Hadi Awang ialah penipu agama yang tamak duit
    Hew Superman DAP ini kata Hadi Awang serupa dengan penipu agama dulu yang menggunakan agama untuk memperkosa wanita tua.
    Hadi Awang juga dituduh oleh Hew ambil duit RM90 juta dari 1MDB. Mungkin inilah bukti yang Rafizi ada untuk kaitkan PAS terima dana 1MDB sebagaimana yang dia sebut kat parlimen baru baru ini.
    Hew DAP ini dah gile agaknya... cakap macam orang mabuk ja. PAS kena ajar Superman DAP ini. Saman ja Hew ini.
    Superman Hew kata Mahathir ialah orang jahat dan banyak rasuah. Dia kata Mahathir tak pernah baik.
    Hew juga kata bahawa Mahathir sudah umur 92 tahun dan sudah nak mati. Hew kata ini game terakhir untuk Mahathir.
    Tetapi Hew kata Kit Siang hanya umur 75 tahun dan ada banyak lagi game.
    Oleh itu, Hew kata ini sangat jelas siapa yang gunakan siapa sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas brani saman?...sedondon najin..

      Delete
  34. Kit Siang Memang Anti Islam Bila Tentang Habis-habisan Pembentangan RUU 355
    Semasa sesi Dewan Rakyat ditangguh pada jam 4.00 petang tadi, ahli ahli parlimen pembangkang bertindak biadap menjerit jerit dalam dewan. Paling biadap Tony Pua, Zuraida Mak Lampir dah Khalid Samad.
    Khalid Samad boleh mempertikai " islam apa macam ini? " bila dewan ditangguhkan. Tepuk dada tanya diri sendiri dulu Khalid Samad, anda itu di pihak yang bersama Islam atau anti Islam?
    Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) telah dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini dan dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang buat kali ketiga untuk meminda Seksyen 2 dalam akta berkenaan.
    RUU itu bertujuan meningkatkan hukuman sedia ada untuk kesalahan syariah tertentu, daripada maksimum 3 tahun penjara kepada 30 tahun, daripada denda maksimum RM5,000 kepada RM100,000 dan daripada enam kepada 100 sebatan.
    Namun sebelum Abdul Hadi memulakan pembentangan, menyedihkan melihat kelakuan pembangkang yang cuba membuat kacau selama 40 minit dengan harapan RUU 355 itu tidak jadi dibentangkan hari ini.
    Sikap biadap mereka ini terutama sekali Lim Kit Siang jelas menunjukkan sikap mereka yang anti Islam. Entah kenapa mereka begitu bimbang dengan RUU 355 ini sedangkan ia hanya tertakluk kepada orang Islam sahaja.
    Ahli ahli parlimen DAP ini tidak akan masuk pun mahkamah syariah. Kenapa takut sangat? Mungkin berjuang untuk puak puak LGBT, homoseksual, pluralisme dan rakan rakan Siti Kassim di luar sana.
    Alasan yang diberikan DAP ialah kenapa RUU 355 diberikan keutamaan, sedangkan kata Kit Siang, rang undang-undang persendirian yang difailkan olehnya telah ditolak oleh speaker.
    Untuk menguatkan hujahnya itu, Kit Siang turut mengemukakan Peraturan Mesyuarat kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin sebaik sahaja beliau membenarkan Abdul Hadi membacakan usulnya.
    Tujuan Kit Siang berbuat demikian adalah untuk mencuri masa dan mengumpan Ahli Parlimen pembangkang lain yang bukan Islam untuk sama-sama membantah. Selain Kit Siang, tiga lagi Ahli Parlimen pembangkang bukan Islam iaitu Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) dan Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar) turut membantah secara terbuka.
    Disebabkan itu, Ahli Parlimen Pendang, Othman Abdul bangun dan berkata: "Makin tua makin gila''. Bila ayat ini keluar, Malaysiakini mulalah putar alam mencari simpati. Inilah hasil provokasi mereka tadi.
    Nasib baik Pandikar Amin bertegas dalam isu itu dan mengingatkan Ahli Parlimen yang cuba bangkit untuk membantah akan dihalau keluar.
    Tindakan Kit Siang dan beberapa Ahli Parlimen bukan Islam dari DAP dan PKR yang cuba membuat kecoh itu telah menyebabkan Abdul Hadi memberikan amaran.
    "Kepada bukan Islam, jangan permain-mainkan agama Islam yang menjadi agama bagi persekutuan,'' kata Abdul Hadi yang turut menyelar ahli Parlimen sama ada Islam atau bukan Islam yang membantah RUU tersebut.
    Ia disifatkan Abdul Hadi sebagai petanda buruk terhadap budaya politik perpaduan matang di negara ini.
    Sepatutnya tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hukuman yang dicadangkannya bukannya satu penyeksaan kepada pesalah, sebaliknya ia bertujuan mendidik.
    Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP pun pernah kata kalau tidak buat salah apa hendak takut dengan RUU355. Semalam Kit Siang kata mahu hornati orang Melayu.
    Hari ini tengoklah sendiri betapa biaDAP nya mereka ini menghalang undang undang Islam dibentangkan di parlimen. Sikap anti Islam Kit Siang terserlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ada kuasa tapi menangguhkan bahas/undi ruu355 di parlimen lg anti Islam.

      Delete
    2. Anon 14:19

      Nak gelak pun ada, nak nangis pun ada...

      Quote:

      Sepatutnya tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hukuman yang dicadangkannya bukannya satu penyeksaan kepada pesalah, sebaliknya ia bertujuan mendidik.

      RM100,000 denda dan 30 tahun penjara.... nak mendidik????

      Kalau betul-betul nak hukum, berapa denda??? RM10 juta ke??. Berapa tahun penjara???? 200 tahun ke???

      Nas manalah yang kamu pakai ni????

      Delete
    3. 1419, undang2 pinda nak didik atau undang dedak?
      Tanya hati kecil kau, bukan kah utk tujuan.noleh dijadikan utk.hukum atau plaster mulut musuh orang islam tin yg suka tanya lebih2.

      Puak Tuhan Eddy tentu pejam satu mata kalau geng dan elit yg kena. Apa pejam satu mata?? Ehhh?! Abaah, Dajjal pun satu mata juga sj lah kan? Awas,lagi dlm tanah bawah tempurong la org Melayu mcm nii!! Bahas pun dh tak pakai..top down, alamatnya sheriff Taliban Totok (*lantikan sendiri) akan jd rakus laah...

      Delete
    4. Komen2 dari orang yg jahil agama...

      Semua Allah mmeberi kamu kefahaman...Amin

      Delete
    5. Anon 14: 19....Komen terbaek!!!

      Bagus...Semoga allah permudahlah segala usaha dan urusan untuk mematabatkan undang2 syariah di Malaysia

      Semoga semua pemimpin dan penyokong pembnagknag yg jahil dan tak faham akan diberi kefahaman oleh allah....Amiiinn

      Delete
    6. Mca gerakan danmic dan kristen serawak tak anti islam?

      Delete
  35. ada hikmahnya knp tk dibahaskan.kalau trus dibahskan mgkin akan brlaku perang mulut yang lbh bsr.biarlah prlahan.plik dgn komen2 yg trus mncaci usaha yang baik.lainlah kalau ada dikemukakan cdngan yg lain yg lbh baik.cuma ckp aja terpekik terlolong.ingtlah ulamak itu pewaris nabi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengan hadis nabi tak bersegeralah kamu dalam mengerjakan perkara kebaikan..ulama pewaris nabi cemana kalo hadis nabi tak ikut..biar betul ko ni..sembang boleh la..

      Delete
    2. Semua yg berlaku adalah kententuan Allah...
      Ada hikmah nya...

      Mungkin kalau dibincang masa sidang parlimen akan dtg lebih baik dan minda lebih fresh...

      Semoga allah permudahlah segala usaha dan urusan untuk mematabatkan undang2 syariah di Malaysia

      Semoga semua pemimpin dan penyokong pembnagknag yg jahil dan tak faham akan diberi kefahaman oleh allah....Amiiinn

      Delete
  36. ADAKAH PARTI SERPIHAN RELEVAN DALAM POLITIK NEGARA?
    Dengan lanskap politik negara yang sama sekali berbeza berbanding dahulu, adakah tanggapan parti serpihan tidak akan kekal lama masih lagi relevan? Namun yang demikian kemunculan 2 parti serpihan baru iaitu AMANAH daripada PAS dan PPBM daripada UMNO, memperlihatkan senario politik baru dalam politik negara. Masa depan parti ini sebenarnya bagaikan telur di hujung tanduk.
    Tidak mustahil kemunculan parti AMANAH dan PPBM akan mendapat nasib yang serupa seperti Semangat 46 yang berkubur pada usia muda, manakala Parti Negara tidak mendapat sokongan ramai.Kemunculan Amanah dan parti baru Tun Dr. Mahathir dari PPBM yang bakal ditubuhkan tidak akan dapat menggugat parti asal mereka yang sudah wujud sejak sekian lama dengan tradisi yang panjang.
    Ini kerana untuk kekal lama, parti politik perlu ada penyokong yang ramai untuk mewujudkan asas kesetiaan yang tuntas, serta prinsip yang jelas. Katalah apa pun kepada UMNO, prinsipnya jelas perjuangkan Melayu. PAS pula sudah kembali kepada perjuangan Islamnya. Faktor ini lah yang menyebabkan parti-parti serpihannya susah untuk naik, apatah lagi ingin bertahan lama.
    Kebanyakan ahli yang keluar seperti dalam Kes parti UMNO, mereka masih melihat parti Melayu itu sebagai parti induk mereka. Lihat saja contoh terbaik sejarah politik di Malaysia, selepas meninggalkan UMNO pada 26 Ogos 1951, Onn Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya pada 1952 dan Parti Negara pada 1954. Kedua-duanya gagal memberikan cabaran kepada parti yang diasaskannya sendiri.
    Pada 14 Julai 2016, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengumumkan sebuah parti baru akan ditubuhkan bagi mewujudkan gabungan pembangkang yang lebih besar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Parti itu dikatakan bakal dikemudi bekas pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal.
    Kita sedar bahawa Amanah berbeza dengan PAS dari segi ideologi. Ia adalah parti Muslim demokrat yang bercakap tentang maqasid syariah, manakala PAS kekal sebagai parti Muslim nasionalis yang mahukan pelaksanaan undang-undang syariah secara harfiah (literal).
    Parti baru Mahathir pula lebih bermotifkan anti-Najib semata-mata, itulah punca kegagalan Deklarasi Rakyat. Parti-parti serpihan ini tidak menunjukkan objektif sebenar penubuhannya . Mereka tidak pernah mengutarakan keupayaannya menangani isu Melayu sebaliknya hanya mengejar kemenangan untuk menjatuhkan Kerajaan. Inilah yang gagal ditangani PKR, PAS, Amanah dan DAP sebelum ini. Tidak mustahil parti-parti serpihan ini akan menerima nasib yang sama dengan parti-parti yang pernah kecundang dan berjinak-jinak dalam politik negara.

    ReplyDelete
  37. kalu datang nak berhujah dengan copy dan paste, nampak bebenar la orang yang copy dan paste tak faham dan tak tahu nak ulas sesuatu isu. baca dan faham apa yang ahli politik cakap dan guna kepala otak dan bukannya kepala lutut. yang dipertikai ialah kenapa ditutup kedai kopi parlimen cepat sangat. hari akhir tu dan isu pulak hangat sehingga timbul kafir, munafik dan segala nista. muncul juga pengundi di padang merbok, perbincangan teh tarik di london, hujah di masjid dan surau, khutbah hari jumaat. kasi la peluang yb2 berhujah bodoh pada hari itu. speaker pun dah dengar hujah bodoh yb selama belasan tahun. setakat tambah beberapa jam lagi hingga pukul 12 mlm apa salahnya. yb semuanya mempunyai banyak idea hari tu. semuanya frust sebab speaker tutup kedai awal dan secara tiba-tiba. rasa terbuku di hati tak dapat luahkan apa yang terbuku.

    kalu setakat nak berhujah balas dalam fb dan blog, baik tak perlu jadi yb. jadi jer shahbudin, the blogger. yb hujahnya dalam parlimen kerana orang ramai boleh lihat dan dengar apa yang dia cakap dan orang boleh balas balik apa yang dia cakap tu. baru nampak kecerdikan yb. kalu berhujah dalam fb, nanti kena blok pulak orang yang hujah menentang.

    tu pasal orang kata semua ni gimik politik. politik membodohkan penyokong yang kurang guna otak. guna copy paste jer untuk berhujah. nampak benarla tak boleh guna otak untuk berfikir, hanya follow jer tanpa angkat kepala, buka mata, mendengar.

    ReplyDelete
  38. MEMPOLITIKAN ISU AGAMA DAN BANGSA ADALAH POLITIK YANG PALING RENDAH TARAF SEORANG MANUSIA.KALAU DINEGERI SELAIN AGAMA ISLAM AGAMA RASMI ADAKAH PENGANUT AGAMA ISLAM TERIMA UNDANG KRISTIAN/BUDHHA/HINDU/PAGAN????HANYA MANUSIA PALING DAYUS SANGGUP MELACURKAN AGAMA DAN BANGSA UNTUK MENDAPATKAN KELEBIHAN SOKONGAN POLITIK.MUNAFIK DAN MUNGKAR SEBENAR IALAH MANUSIA YANG JAJA BANGSA DAN AGAMA UNTUK SURVIVE DALAM DUNIA POLITIK.NAK TAMBAH HUKUMAN KONONNYA SEDANGKAN MO1 BOLEH MENGELAK SEGALA BENTUK KEADILAN.

    HANYA NEGARA MALAYSIA AGAMA ISLAM DIJAJA PUAK-PUAK YANG BERKEPENTINGAN, DI NEGARA INDONESIA RAKYATNYA SERAMAI 200 JUTA AGAMA SEBAGAI PEGANGAN HIDUP DAN BUKANNYA DIJAJA SESUKA HATI PUAK ULAR DAN KLEPTOKRASI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sangat politik agama dan bangsa??? Terlebih dahulu Kita kena kaji bangsa apa datang dari indonesia/filipina dan pakistan.Jangan jadikan agama islam sebagai agama menghasut untuk melakukan keganasan.kenapa minoriti agama selain islam dinegara islam tidak melakukan aksi keganasan???ini disebabkan ada somthingwrong dengan agama islam.

      Delete
    2. Mengenai posting ".....kenapa minoriti agama selain islam dinegara islam tidak melakukan aksi keganasan???ini disebabkan ada somthingwrong dengan agama islam."
      Penulis mungkin perlu lihat sedikit aksi2 keganasan yahudi 'zionis' selepas perang dunia kedua diPalestin terhadap pribumi Arab dan tentera British yg telah diberi 'mandat' oleh "league of nations"(U.N.).

      Delete
    3. Menghasut sesuka hati sehingga wujud golongan ekstemis agama adalah tindakan golongan manusia paling bodoh tak bertepian yang pernah hidup dimuka bumi.

      Delete
    4. 1712 dan 2025 telah termakan doktrin yahudi wa nasrani dari dakwah halus pakatan haramjadah yang dipelopori anjing dan babi Dapig sehingga terkena virus Islamophobia.

      Delete
  39. Bila bentang permasalahan rakyat pas pis pig pakat2 tidur tiada sorang nak berhujah untuk kepentingan rakyat.Ada kaki monteng dan tangguh, dia juga kaki maki hamun orang.Akhlak manusia ini rakyat nak sanjung??? Poraaahh

    ReplyDelete
  40. Puak hadi marang perintah sepenggal adalah puak banggang harbi.Kenapa manusia yang tiada kepimpinan seperti ditunjukkan kepimpinan negeri selangor dan p.pinang boleh jadi bodoh memperkenalkan undang2 yang dia sendiri tidak faham.pundekar pon hanya mampu tangguh pembentangan.Hadi banggang dan boleh dibeli dengan 99 jota adakah disebabkan tgna sudah tiada.BENTANG RUU355 TANPA BENTANG ITULAH KEBODOHAN ULAR HARDI.

    ReplyDelete
  41. MENYALAK DAN MELALAKLAH GENG KHALIFAH GONE END WA SITI KASIM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. marah nmpak...? panas yg dirasai sekitar punggung atau dada? Dr Subramaniam kan dah bahi ubat tu. Ko ni suka buat pandai kuat bantah ni 1807.
      Elak lah dipermain lobai serigala kuat kingcin. Buka 2 mata, jgn ikut Dajjal.
      Dah bgtau ni..sukakola

      Delete
  42. Semoga Islam terus berkembang di Malaysia...

    Kepada sesiapa yg menentang Islam, paasti akan mendapat balasan dari Allah...Semoga di bukakan pintu hati mereka dan diberikan hidayah oleh Allah terutamanya pemimpin Pembangkang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balasan kepada penjual agama apa pulok? Sedap mulut hang bercakap macam cakap pemegang kunci pintu syurga.hati-hatilah, jangan suka menjual agama.

      Delete
    2. Jual agamalah, pegang kunci pintu syurgalah...apa ke bongok kepala otak pan khianat.

      Delete
    3. Taliban Totok dah oanas nampak ni, sampai sikap sendiri membusukkan agama suci.

      Delete
    4. UMNO perosak Melayu.
      PAS perosak Islam.

      Delete
  43. Buangkan sifat kepartian....kuatkan ukuwah Islam..

    Marilah semua org Islam bersatu...agar kita menjadi kuat dan digeruni oleh orang bukan Islam...

    Bila orang islam berpecah, maka orang bukan islam pun dah pandai nak mencampuri urusan orang islam...

    Wahai semua orang Islam...bertaubatlah !!!

    Kenapa RUU 355 nak ditentang??? Padahal nanti ada sesi soal jawab, bantahan dan cadangan.....Lepas dibahas nanti, barulah bagi komen.

    Benda tu belum lagi dibahas, tapi dah ada macam2 komen , tuduhan, andaian, fitnah dan segala macam komen bodoh....

    Yg peliknya, org bukan islam yg tak faham undnag2 islam pun nak masuk campur....!!!

    Ditambah pulak dgn orang islam sendiri yg jahil dan diberi info yg salah dan mengelirukan oleh puak2 yg menentang islam...

    ReplyDelete
  44. Semua yg berlaku adalah kententuan Allah...
    Ada hikmah nya...

    Mungkin kalau dibincang masa sidang parlimen akan dtg lebih baik dan minda lebih fresh...

    Semoga allah permudahlah segala usaha dan urusan untuk mematabatkan undang2 syariah di Malaysia

    Semoga semua pemimpin dan penyokong pembnagknag yg jahil dan tak faham akan diberi kefahaman oleh allah....Amiiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah menentukan ruu tidak dibahaskan kali ini kerana Allah tahu ade puak yg nak main2 kan ruu..Allah biarkan dulu sejauh mana cedik puak2 ni..

      Delete
    2. Politik bangsa dan agama tidak akan kemana-mana selain bertindak sebagai pemangkin kehancuran bangsa/agama yang mengamalkannya.

      Delete
    3. Ketepikan bangsa/agama biar apek Dapig ambil tempat melalui barua.

      Delete
    4. Anon 20:09 perangai hang Serupa hardy aWANG, suka melabel orang.ketepikan semua pasai hang bangang??

      Delete
    5. Mca dah kontrol najin..mca nak sekeh kepala , najin terus angguk2..

      Delete
    6. Itulah sikap puak lobai pas..sorga milik depa..mana en somi tu 2009..seronok naik odi q7?

      Delete
  45. Tuan Admin :

    Isu2 penting untuk kempen PRU 14.

    a) Pengangguran meningkat.
    b) Perlambakan pekerja asing.
    c) Peningkatan kos sara hidup.
    d) Dasar gaji minima.
    e) Harga rumah yang semakin mahal.
    f) Kejatuhan nilai ringgit.
    g) Korupsi menjadi barah.
    h) Penghijrahan pendatang dari negara China.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu penting puak lebai ialah ruu355 yang tidak mampu potong tangan sang kleptokrasi.hukuman sebat 90 jota, penjara sungai buloh bila tiada kuasa.itulah isu2 penting puak lobak kat dewan selain ngantuk monteng dan tangguh.

      Delete
  46. Sila baca blog Sakmongkol AK47,artikel terkini, supaya kita jelas isu sebenar negara,kemudian gunaka kuasa mengundi kita........

    ReplyDelete
  47. Rakyat mahukan kesatuan muslim dengan memperkasakan Islam bagi menyelamatkan negara daripada kebobrokan akhlak dan penyelewengan dengan alternatifnya adalah Islam, bukannya sekular atau sosialis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangkap mo1 jho lo dan reza aziz dulu...heret ke mahkamah baru adil..

      Delete
  48. Pas jangan hanya sekadar menafikan dakwaan terima dedak.Kemudian minta supaya ditunjukan bukti.

    Mula awal dulu bila Sarawak Report dedahkan pasal dedak RM90 juta tu, Hj Hadi sendiri kata nak saman. Dia kata nak saman tu sejak 13 Ogos 2016. Tapi dah hampir masuk 8 bulan, Sarawak Report kata dia masih belum terima saman dari Pas!

    Kemudian Husam Musa pula dedahkan, bahawa dia ada bukti dedak masuk melalui akaun Affin Bank. Pas ancam Husam dengan saman juga. Tapi hingga loni pun Husam masih tak terima saman dari Pas.

    Yang terbaru, tiga hari lepas Rafizi Ramli kata, dia tahu ada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas yang telah menerima dedak dari aliran 1MDB...

    Patutlah Pas duduk senyap tak kata apa pun pasal 1MDB... rupa-rupanya Pas sendiri mendapat habuan juga ...?? Pas juga makan dedak macam binatang ternak ayam dan lembu.

    Cakap-cakap Pas kononnya nak saman mereka yang mendedahkan pimpinan Pas makan dedak Umno hanyalah gendang kosong untuk terus dipalu guna memperdayakan penyokongnya sendiri.

    Padahalnya, jika Pas benar tidak makan dedak Umno, maka Pas akan untung besar dari hasil tuntutan ganti rugi yang bakal didapati dari kerja saman tersebut!

    Tetapi kerana Pas takut segala bukti-bukti penerimaan dedak itu akan terdedah dalam mahkamah, maka itulah sebabnya sehingga kini Pas tidak berani bawa perkara tersebut ke mahkamah untuk membersihkan dirinya dari tuduhan terkutuk tersebut.

    Tetapi tidak mengapa, lama mana bangkai yang cuba Pas tutup dengan jubah dan kain serban itu akan dapat bertahan?

    “Saya akan mendedahkan nama tokoh tersebut dalam masa beberapa minggu ini, dan akan membuat laporan SPRM agar mereka dapat merujuk kembali kertas siasatan itu,” katanya dalam kenyataan.

    Sama-samalah kita tunggu, lebai mana yang akan tercirit dan terkencin dalam seluar bila namanya naik carta penerima aliran 1MDB nanti?

    ReplyDelete
  49. Speaker ni kan org Sabah. YB2 nya termasuk speaker ni mana sokong RUU355. Sbb tu dia panas telinga dan punggung lps lebai hadi dan Takiyuddin bentang dan langsung tak bagi di bincangkan. Speaker pun pandai menipu jugak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...