Sunday 2 April 2017

KENAPA SEKALI LAGI POLIS JUGA YANG BATALKAN DEBAT TUN M - NAZRI?

Situasi 1 - Debat antara Tun Mahathir Mohamad dengan Nazri Aziz yang sepatutnya diadakan di MRSM Kuala Kangsar pada 25 Mac lalu dibatalkan kerana tidak mendapat permit polis.

Polis memberi alasan faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengapa permit tidak diluluskan, meskipun kapasiti dewan hanya boleh memuatkan 800 orang.

Apakah 800 orang yang datang dengan hanya telefon pintar di tangan begitu sukar dikawal?

Selain itu, polis juga memberi alasan kerana ada lapan laporan polis yang dibuat oleh NGO membantah debat tersebut.

Ironinya, surat pembatalan oleh pihak polis itu dikeluarkan setelah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi sendiri memberi lampu hijau dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed pula mengatakan, debat itu akan dibenarkan untuk diadakan.

Selapis pandang, ia seolah-olah Zahid Hamidi dan Nur Jazlan tiada kuasa atau cengkaman terhadap polis sehingga IPD Kuala Kangsar dilihat lebih besar kuasanya atau boleh jadi mereka menerima arahan daipada pihak lain yang lebih ditakuti.

Pembatalan itu membuatkan Nazri melenting dan marah serta mengingatkan pihak polis bahawa Malaysia adalah negara demokrasi, bukan negara polis.

Lanjutan itu, dengan kerjasama Sinar Harian serta persetujuan Tun Mahathir dan Nazri, mereka setuju debat atau wacana dipindah-tempatkan ke Auditorium Sinar Harian, di Shah Alam.

Tarikh yang dipersetujui ialah 7 April, jam 9.30 malam.

Memandanngkan Sinar Harian sudah menganjurkan debat dan wacana sebanyak 44 kali sebelum ini dan kawasan itu pula merupakan milik persendirian, berdasarkan Akta Perhimpunan Aman, tiada permit polis diperlukan.

Yang disyaratkan sekadar pemakluman kepada pihak polis sekurang-kurangnya 10 hari sebelum sesuatu program hendak diadakan.

Perkara tersebut ditekankan sendiri oleh Nazri dengan berkata, "saya tahu tentang Akta Perhimpunan Aman sebab saya yang membentangkannya di Parlimen."

Lantaran itu, sebenarnya tiada sebab debat di Shah Alam boleh dibatalkan.

Situasi 2 - Menjelang debat yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat pada 7 April itu, semua persiapan dan pemakluman telah pun dilakukan oleh pihak penganjur iaitu Sinar Harian.

Walaupun banyak pihak tetap ada keraguan sama ada Najib Razak masih mahu membenarkan Nazri berdebat dengan Tun Mahathir, lebih-lebih lagi kerana lawan debatnya itu merupakan musuh nombor satu Perdana Menteri, selain topik perdebatan iaitu antaranya 1MDB dan wang RM2,600 juta tentunya meresahkan fikiran mereka yang tinggal di Seri Perdana, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu tetap tidak luntur semangatnya.

Berbanding Tun Mahathir yang mengatakan sudah lama bersedia untuk berdebat berkaitan tajuk-tajuk tersebut dengan sesiapa saja, Nazri pula memberi jaminan bahawa beliau tidak akan duduk diam saja dalam debat itu nanti sepertimana diamnya dia ketika menikmati cendol dan laksa di Dataran Sungai Perak sebelum itu.

Pada 31 Mac, pihak penganjur memaklumkan mereka sudah menerima surat daripada Polis Shah Alam yang memberi kebenaran debat itu dilangsungkan.

Beberapa syarat biasa turut ditetapkan, selain kehadiran penonton hanya dihadkan kepada 300 orang saja - 100 jemputan Tun Mahathir, 100 jemputan Nazri dan 100 lagi jemputan penganjur iaitu Sinar Harian.

Tidak sampai 24 jam kemudian, penganjur sekali lagi menerima surat daripada Polis Shah Alam yang menyatakan debat itu tidak dibenar untuk diadakan.

Alasannya juga kerada faktor keselamatan dan ketenteraman awam, disamping kononnya ada bantahan penduduk setempat. 

Jika dulu, pembatalannya dilihat pelik kerana seperti membelakangkan Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, kali ini rupa-rupanya kelulusan hanya diberi dalam tempoh sehari saja. 31hb Mac lulus, 1 April batal. Boleh dicatat sebagai sejarah barangkali.

Bagaimana ada bantahan penduduk juga agak menghairankan kerana pejabat Sinar Harian itu adalah kawasan penempatan kilang, lagi pula mereka sudah menganjurkan debat atau wacana sebanyak 44 kali sebelum ini.

Jika kali ini dianggap gangguan, bagaimana debat dan wacana sebelum ini boleh dibenarkan?

Kawan-kawan yang mulut agak jahat pula menyindir, di Kuala Kangsar kehadiran 800 dianggap mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam, rupa-rupanya 300 orang di Shah Alam juga dikira sudah bahaya kepada pihak polis.

Dalam kedua-dua situasi pembatalan itu, kuasa polis atas pertimbangan keselamatan dan ketenteraman awam telah dijadikan sandaran untuk menidakkan debat daripada menjadi kenyataan.

Kali pertama, pembatalan dilakukan setelah Menteri dan Timbalan Menteri sendiri memberi lampu hijau dan kebenaran, manakala kali kedua, surat pembatalan menyusul hanya sehari selepas kelulusan diberikan sedangkan debat diadakan di kawasan persendirian dan telah mematuhi syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Apa gambarannya?

Pertama, terlihat seolah-olah Zahid Hamidi tiada kuasa serta kawalan kepada bidang tugas yang seharusnya beliau mempunyai peranan dan kedua, kalau pun beliau cuba menunjuk seperti ada kuasa, ada orang lain boleh memangkah kuasanya itu pada bila-bila masa.

Jelas bahawa Zahid secara halus sedang dipamerkan sebagai tidak cukup wibawa dan kekuatan, di sebalik orangramai juga memahami yang benar-benar takut  debat menjadi kenyataan ialah Najib sendiri.

Lantaran itu, berapa lama lagi Zahid rasanya boleh berada di tempatnya sekarang sebelum beliau diganti dengan pilihan yang betul-betul menyenangkan hati Perdana Menteri? (ShahbudinHusin 02/04/2017).

110 comments:

  1. Tolong jangan salahkan nazri jantan

    NAJIB PENGECUT TAKUT SAMA SUAMINYA ROSMAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul zahid tak de kuasa ke atas jabatannya..

      Laporan polis dah di buat thdap zahid kerana bersekongkol dgn jamil kill Nik menyamar unutuk redah hudud sehingga ke parlimen..

      Adakah polis dah buka dail terhadap zahid? Dan jamil? Kerana memaksa perdana menteri untuk menyokong usul ini?

      Jangan paksa Najib! Padah akibatnya! Najib dah kata BN dan kerajaan tidak akan bentang RUU. Mujtamad!

      Jangan sekongkol lagi dgn pas! Zahid kamu punya permit sudah kena tarik! Kamu nak pakat sama pendekar UMNO nazri nak komplot singkir Najib melalui PAS (hudud) dan Ppbm (debat)??

      Jangan zahid ! Pergi jumpa BIG MAMA SKRG MINTAK AMPUN !!!

      Delete
    2. Buat maharaja lawak boleh lak...
      hampeh tul lah

      - Mat Cangkul

      Delete
    3. Dari dulu lagi rakyat gelar POLIS = ANJING
      kes ini salah satu buktinya hehe.

      Memang ramai pun yg tak percaya debat ini akan terjadi budin oi..faham2 je la ya, sebab negara kita kn "demokrasi terpimpin" xD.

      Andaikata lah perkara ajaib terjadi, iaitu debat ini berlangsung juga, maka 100% gurantee yg nazri mafia kaki kongkek akan berdebat style shabery chik mulut sabun ketika debat VS anwar ibrahim iaitu tidak menjawab soalan debat yg dikemukakan pihak lawan.

      Hanya mampu memberi soalan sambil kutuk mengutuk saja...low class!!!

      *grab popcorn*



      Delete



    4. Tak mengapa, anak dia boboy akan ganti berdebat dg bekas setiausaha nya

      Tajuk " bagaimana boboy dan saudara mereka beroleh kekayaan luar biasa"

      Jom sama2 kita sokong.


      Delete
    5. Anon 1459

      Riza Aziz kena dakwa Civil
      Anak boboi tak kena pun

      Riza Aziz punya kawan kena tindakan jenayah pulak..
      Kawan boboi tak kena

      Amerikankata jika rosmah tak letak jawatan tindakan criminal akan dinkenakan thdp anaknya dan isterinya..

      Apa macam anon?,hehehee

      Delete
    6. Anon kami akan buat pelancongan ke Amerika melawat penjara new York untuk berselfie sama mamat kleptokrat booking skrg takut penuh

      Delete
    7. Bukan saja boboy dan keluarga kaya tetapi semua umno elite pun kaya. Jadi tidak perlu jawap lah kerana tiada jawapan di malaysia. SPRM pun tunggu arahan. Tapi yang jelas pencacai dedak macam kau tu papa kedana. Harap dedak macam pengemis. Kesian pengkhianat negara

      Delete
    8. Mcm ni...pegawai2..mentri2..dah tak boleh buat walimah utk anak2 mreka lah....300 orang jemputan dah kira mnyebabkan faktor ketenteraman awam....bebal nya polis... bikin malu melayu je..
      Ni mcm...smua pegawai polis dah tk leh buat walimah...faktor k..m awam

      Delete
    9. Tiada apa-apa yang perlu di debat semuanya benar belaka,,segala bentuk usaha hanya untuk menggagalkan debat tersebut,, yang penting pekong tertutup rapat,, Inilah ia dasar musibat.......!!

      Delete
    10. Najib dan Menterinya senantiasa memberikan jawapan untuk menutup kegagalan pentadbiran kerajaan UMNO

      Delete
    11. Tidak debat pun tidak apalah. Kita semua sudah sedia maklum macam mana duit 1mdb habis dan macam mana duit SRC 69 juta dan 2.6 billion masuk akaun peribadi Bijan.
      Seluruh dunia berfaktakan money trail atau pun bukti bukti transaksi atau apa apa dokumen yang boleh diguna pakai sebagai bukti tetapi hanya di Malaysia, pada AG PDRM,SPRM,Minister BN yang lebih mempercayai sejenis bukti antara semua bukti iaitu "pakai air liur" sebagai bukti terbaik. Lebih kukuh dari semua dokumen. Ini lah era paperless. Ini lah Malaysia boleh sebab kita yang terunggul yang betul betul dapat membuktikan sesuatu kes secara paperless (pakai air liur)ooohhhh maaf.
      Maaf ya kerana termuntah. Apa sudah jadi dengan negara kita. Islam tapi tengok lah apa Raja bomoh buat menjatuhkan air muka kita tapi yang anehnya tidak ada yang berani sentuh dia macam juga Presiden Jho Low. Ada menteri atau yang berpangkat tinggi terpaksa tunduk serendah rendahnya yakni lebih bodoh dari anak darjah rendah semata mata pertahankan Tuan kerana dedak dan pangkat. Satu dunia ketawakan kita. Apa pun ada,macam Astro.

      Delete
  2. Terima kasih tantawi tontonVI

    KERANA GELAR KAMI PETUALANG

    APA PUN SERONOK KAMI DAPAT TUDUHAN ITU

    SEBAB KAMI DAB BERJAYA HALANG HUDUD/RUU PALSU KAMU!

    DAN NIAT PAS UNTUK PECAHBELAKHAN NEGARA MALAYSIA INI DENGAN CARA MENJADI PERDANA MENTERI UNTUK TANAH MELAYU MALAYA TANPA SABAH SERAWAK.

    TINGKAHLAKU KAMU PAS AKAN AKIBATKAN SABAH SARAWAK KLUAR MALAYSIA JIKA RUJ KAMU TERUS DIDENDANG PALU

    ADAKAH PAS MAHU MALAYSIA JADI.MACAM SUDAN SEBUAH NEGARA ISLAM YG BERPECAH DUA KERANA PRESIDE. SUDAN MAHU HUDUDKAN KAUM MASRANI DI SELATAN?

    OLEH SEBAB ITU PBB ATAU UN TELAK IKTIRAF SOUTH SUDAN SEBUAH NEGARA MERDEAM TERBARU PADA 2012!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak ni mabuk ke? Cakqp ngarut macam org otak suku siku.

      Delete
    2. Bab mana mabuk? Ngarut? Bagi lah pandangan bernas...

      Dah selalu tgok tv3suku lu pun komen mcm oku 1suku..

      Delete
  3. My ex CEO used to tell me this: dont just see the person but must also see who is behind that person#
    Tajuk debat amat sensitif bro. Ada org panas buntut. Kita d Sabah OK saja, Warisan hampir setiap minggu ada road show. Attendees minima 1000 org, OK ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apanyer sensitif kawan...

      Risnah takde telur..

      Delete
    2. Itulah silapnya Tun M pi cerita awai awai nak belasah najib mmglaa ada yg kecut perut. Lain kali katalah nak belasah Said keruak ka.... Polis tak kisah

      Delete
  4. Semuanya dajjal yakjuj makjuj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betual2..

      Dajjal = kak mah badak
      Yakjuj Makjuj = si bijaN
      Iblis = tuan haji hardy bawang




      Delete
  5. Perbuatan nazri dan Tun m tidak seteruk jamil kill Nik menyamar yang hijack RUU kerajaan untuk di jadikan hudud.

    KAMI CADANGKAN NAZRI TUN M TERUSKAN DEBAT.. ADAKAH PIHAK BERKUASA BERANI REMPUH?

    TANGKAL MENTERI?

    KENALA MENTERI AGAMA TIDAK DIBTANGKAL KERANA MEMAINKAN ISU AGAMA SEHINGGA KEMUNGKINAN MALAYSIA AKAN HANYA TINGGAL TANAH MELAYU TANPA SABAH SARAWAK?

    JENAYAH JAMIL KILL DAN NIK MENYAMAR LEBIH TERUM DARI DEBAT NAZRI TUN M...

    APA PUN JIKA DEBAT TAK TERUS MAKA POLITIK PANAS AKAN REDA SEKETIKA DEK CUBAAB GANASBPAS UNTUK REDAH HUDUD DI PARLIMEN!!

    ReplyDelete
  6. Kan dah bincang seblm ni..Najib takkan biarkan dia dibogelkan oleh tun madey dengan kisah seribu satu mlm 1 mdb...
    Najib pon takut wsrning Nazri...

    Kalo nazri nak tun madey bogelkan najib buat debat disingapore ...live dlm website...ramai yg bokeh tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenornya orang yg paling tepat berdebat dengan Tun M ialah Najib sendiri.

      Tentu Tun M akan guna kesempatan untuk menyoal 1001 macam persoalan yg masih tergantung tak berjawab tentang 1MDB, 2.6b, laporan audit yg diOSAkan, yg terbaru....kenyataan 1MDB dah habis bayor hutang, yg ni lagi pelik yeop.....berpinor teman pikiorkannya cam mana boleh jadi gitu.

      Tapi tak mungkin......sedangkan Nothing to Hide pon dah jadi Everything to Hide.....Tu M dah ada duk tunggu situ pon najib caklibut....ucapan Tun pon disuruh berenti.....jadi tak heran le yeop kalo debat yg terkini ni pon tak jadi.

      Tak payah susah2 nak hantor debat sampai ke Singapore yeop......di sini pon payah apa lagi le di tempat orang.

      Delete
  7. Fuck....kikikikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape nih?


      Guna keris mak tutoh rosmah??

      Pecah tak lubang rosmah?

      Ya depan belakang..

      P.s kejap lagi kena BAN lah mamat keris nih!!!

      Delete
    2. Itu keris brayok kuat fuck jubor ayam..hik3

      Delete
    3. keris berayun dh mati kutu..xtau nk jwb ape..tu je yg dia tau..ni la blogger bangang

      Delete
    4. Umno kalau takde babak stim memang tak sah..

      Tv3suku byk adegan gay pondan tapi tak kena gam.. Beauty n the beast pulak kena gam

      Mat keris apamacam itu beauty ada ' xxxx ' tak sama beast? Gue tak dpt tengok.. Denagr kata pangung wayang kuala terenganu nak tayang cerita ?
      nih..

      Gue nak ajak haji hadi tengok woye bersama satu jamaah.. Tolong khabor pade tok guru ning!

      Delete
  8. Kan ramai yg dah cakap dari awal lagi..polis akan jadi kambing hitam. Kononnya bantahan penduduk..cuba siasat penduduk mana tu..betul atau tidak penduduk yg membantah tu wujud..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Entah ada entah tidak lapuran di buat ?

      Kenapa kali ini tidak ada kumpulan yang buat demo bantah? Selalu nya demo dulu barulah Polis terima lapuran.

      Delete
    2. Umno boleh atur kumpulan demo...Jamal jamban kan ade..

      Delete
  9. Ceramah perdana di melaka....Tun madey kata nazri ni budak kecik jer...dia tak perlu debat dengan nazri tapi untuk ceritakan 1 mdb dan najib..

    ReplyDelete
  10. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membuat kenyataan bahawa 1MDB telah membayar kesemua hutang jangka pendek dan jangka panjangnya berjumlah RM3 bilion sepanjang dua tahun lalu. Kenyataan ini sengaja dibuat untuk mengelabui mata rakyat seolahnya 1MDB telah terlepas daripada segala bebanan hutangnya.

    Apa yang tidak dijelaskan oleh Najib ialah berapakah baki keseluruhan hutang dan tanggungan 1MDB pada masa ini? Pada tahun 2014, keseluruhan hutang dan tanggungan 1MDB berjumlah RM42 bilion dan meningkat kepada RM50 bilion pada tahun 2016.

    Najib juga tidak menjelaskan jumlah semasa komitmen bon 1MDB yang ditanggung oleh kerajaan. Komitmen ini biasanya dikelaskan sebagai tanggungan kontinjen oleh kerana bon tersebut dijamin kerajaan. Najib gagal menjelaskan adakah 1MDB mempunyai sumber kewangan sendiri yang mencukupi untuk membayar kesemua hutang piutang ini tanpa bantuan daripada kerajaan.

    Antara tanggungan 1MDB yang dijamin oleh kerajaan ialah bon sukuk berjumlah RM5 billion yang akan mencapai tempoh matang pada tahun 2039, bon sukuk berjumlah RM2.4 billion untuk Bandar Malaysia dan pinjaman daripada PERKESO berjumlah RM800 juta yang perlu dijelaskan keseluruhannya pada tahun 2022.

    Selain itu, 1MDB juga mempunyai komitmen untuk melangsaikan USD3 billion dollar bon antarabangsa yang akan matang pada tahun 2023 dan sejumlah USD6.48 billion dollar komitmen hutang dalam pertikaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya Aabar Investments PJS.

    Bagaimana hutang-hutang ini akan dibayar oleh 1MDB? Dari manakah 1MDB akan menjana sumber pendapatannya untuk membayar kesemua hutang ini setelah aset-aset strategiknya dijual dan wang miliknya berjumlah berbilion ringgit dilaporkan hilang?

    Najib juga menyebut dalam kenyataan bertulisnya kepada Parlimen bahawa 1MDB telah menjelaskan hutangnya dengan Marstan Investments N.V berjumlah RM2 billion pada bulan April tahun lalu. Apakah identiti syarikat ini dan siapakah pemiliknya? Apakah kaitan syarikat ini dengan Marstan Investments N.V LLC, sebuah 'shell company' yang ditubuhkan di Nevada pada tahun 2007 dan dibatalkan pendaftarannya pada bulan Mei 2013?

    Bagaimana pula dengan wang 1MDB yang dinyatakan secara jelas dalam Laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat telah dimasukkan ke dalam akaun Malaysian Official One dan orang-orang yang rapat dengan Najib? Ini termasuk:

    (a) Sejumlah USD700 juta yang dimasukkan ke akaun Good Star Limited milik Jho Low di RBS Coutts Bank, Switzerland pada 30 September 2009. Menurut Laporan DOJ sejumlah USD400 juta daripada wang ini telah digubah secara haram ke Amerika Syarikat dan digunakan untuk kepentingan Jho Low dan rakan-rakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa saja yang keluar dari mulut Najib jangan terus percaya sebab ini orang yang telah ditangkap berulangkali menipu tanpa rasa bersalah.

      Kalau dengar Najib cakap gunung pun boleh rebah. Hakikatnya semua pun dah tahu inilah pembohong besar yang sangat2 jahat sifatnya..

      Delete
    2. Najib muka slamber...tak ade kemaluan..

      Delete
    3. Manusia mcm ni pun orang Melayu dok tatang lagi.

      Delete
    4. Mudahnya nak nak dinoktahkan hal 1MDB dan Jho Low ye.....jadi semua dah tak payah soal2 lagi. Semua dah selesai dah tutop!! Woiii.....Ingat 1MDB ni cerita kartun ke?? Bila butang OFF ditekan lagi banyak persoalan akan timbul dan lagi banyak tanda soal yg keluar.

      Satu dunia dah tau cerita bicara BSI Bank di Singapore dulu......1MDB dan Jho Low disebut dalam bicara tu......informasi di hujung jari yeop. Takkan Singapore bohong dalam mahkamah ye dak??

      Senangnya nak kambus lobang.....bangkei badak tak akan boleh ditutop yeop. Buat le cam mana pon pasti bau pekongnya dapat dihidu orang.

      Delete
    5. Bodoh punya PM, bangga pasal dapat bayar hutang.
      Orang bangga pasal buat untung. Dah terbalik. Bodo piang kata org kedah

      Delete
    6. 15.47....tau tak per.....

      Delete
    7. Sdra John Doe , cerita habis bayar hutang tu adalah salah satu dari TN50 yang bermaksud 50 Temberang Najib .

      Delete
  11. lulus permit 1 april, tak sampai 2 april permit lulus di tarik balik.. polis pun suka nak sakat rakyat dengan "April Fool"...pelik tapi benar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polis pandai2 bagi permit tak tanye kpn dulu...boleh sakit polis selngor ni..

      Delete
  12. Kalau debat anak2 madey hari2 duk canang kat tv 3 suku, tp debat Madey mati2 dihalang. Cuma nak ingat yg berugama islam tu, jangan lah kita jadi hipokret dalam agama dipanggil munafiq. Termasuk lah yang tiap malam dok bava berita tu, takut dilaknat Tuhan hingga ke anak cucu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba explain in detail.. Bawak berita apa yek?..

      Apa yg Allah akan laknat?

      Delete
    2. Allah laknat orang biarkan kemungkaran merompak dan rasuah..

      Delete
    3. Knp haji hadi biarkan najib merompak mrelanun demi kelulusan hudud

      Bak kata mat Salleh sleeping with the devil..

      Sanggup kerjasama beromen dgn Najib yg haram demi yg halal(hudud),

      Apa punya lebai tafsir alkoran? Buat haram demi yg halal.. Aduuuh bunga bunga al alarqam pas nih

      Delete
    4. Orang kelantan gelar Tok Lebai Kelarah. Apa itu kelarah?
      Satu lagi istilah diguna 'Ubi dimakan kelarah'

      Kelarah ada lah satu jenis perasit yang merosak isi ubi dari dalam.
      Bila disebut 'Ubi Dimakan Kelarah' bermakna isi ubi itu sudah rosak dari dalamnya. Dudah pasti isi ubi itu akan risak dan buruk.

      Jika Tok Lebai dipanggil Tok Lebai Kelarah.......sudah pasti Tok Lebai ini sudah rosak akhlak dan taraf lebainya boleh dipertikai.

      Delete
  13. Ketika debat pertama dibatalkan di atas alasan2 yang jelas tidak legitimate dan tidak juga munsabah saya dah sangka debat kedua ini pun akan menerima nasib yang sama.


    Tapi disebabkan prinsip 'giving people the benefit of the doubt', maka saya tidak membuat kenyataan yang konkrit tentangnya sama macam tuan Budin juga.

    Kini selepas kali kedua, maka terbuktilah melampaui sebarang keraguan munasabah bahawa MO1 memang takut tentang debat ni.

    Orang bersalah memang gitulah sifatnya.

    Biarlah dia dan konco-konconya bermain acilut sebab di dalam permainan apa pun masa permainan akan tetap tamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali kedua dibatalkan dah melampaui keraguan dah.

      Rakyat said NO!!!

      Delete
    2. Memang betul kata bro john doe
      Keputusan tak jadi debat sudah diraso
      Pahlawan bugis ni telornya takdo
      Di ikat kak mah sepanjang maso..

      Delete
    3. Ketika cadangan debat di Padang Rengas , saya telahpun mengaturcara dengan seorang anak saudara yang setuju memandu kesana . Apabila di batalkan , saya pun berkata ...SHIT !

      Kemudian di khabarkan , debat berpindah kelokasi Shah Alam . Kebenaran juga sudah di berikan ... gembira tak terkata ...kali inilah dan tempatnya pun tidak berapa jauh walaupun masa dicadangkan pada sebelah malam .

      Tetapi ...apabila dibatalkan untuk kali kedua , saya pun berkata ....BULLSHIT !

      Delete
  14. nmpaknye blog ni dah jadi serangan macai ameno dan pas..mesti dapat upah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai bodoo yg kena serang hendap..lari lintang pukang...betol tak sahabat2 ...

      Delete
    2. Nak hairan apa dgn macai umno. Nak berdebat masuklah sini.
      Hantar yg hebat2 sikitlah.
      Setakat dok hantar manusia taraf kejora, wan simen, alumni kellycastle tanjung rambutan dan unknown aka sahabat syaitan tu nak buat apa.
      Hantar yg ada akai sikit.
      Lai..Lai..Lai

      Delete
    3. Setakat tong sam pah tak payah dtg berhujah dlm ni lah

      Delete
    4. yang tak boleh tahan si keris berayon aka kejora tu asyik nk mencarut je..ameno dan porno berpisah tiada

      Delete
    5. Hangpa perasan tak semenjak dua menjak ni PAS dah tak serang ameno..ada ape ape ke? bnyk pemimpin pas dah masuk bh dan utusan sekarang

      Delete
    6. Lobai pas kan dah cakap politik sejahtera..cakap lembut2 dengan umno..tak boleh cskap keras...kerana 90 jota...umno utusan dan tv3 suku dah 6 rahun tak serang pas..sejak kisah ug..

      Delete
    7. Umno banyak duit ada 2.6b dan pas pun sudah kaya ada 90m.
      Mereka boleh hantar seramai mana askar kesini.
      Kami disini berjuang kerana Allah....kami berjihad....kami tidak diminta datang....kami tidak menuntut upah.
      Saya datang sini kerana melihat negara saya sudah rosak teruk diserang 'lanun'.
      Saya datang sebagai penyokong anak muda yg bersemangat membela negara tercinta.
      Lawan tetap lawan.....umno sudah hampir tumbang dikampung dan felda.
      Kita jentik saja telinga mereka salepas pru14, terutama unknown sahabat bn dan wak simen.....he....he....

      Delete
  15. Puak puak Umno dah hilang telor dibawah pemerintahan Malaun penyonglap duit rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telor hilang takpe yg penting

      2.6b masuk

      90juta masuk

      Apalah sangat nilai 2biji telur

      Delete
  16. Debat kedua gagal lagi
    Sebab polis kata tak bagi
    Ikut arahan pegawai tinggi
    Inilah dia negara demokrasi

    Debat dibatal kita tak hairan
    Konon penduduk buat bantahan
    Tapi disitu kilang pengeluaran
    Wak Simen dah jadi tuan?

    Kini aku sudahlah lega
    Debat batal tak pening kepala
    Siapa menolong sebutlah harga
    Pastikan debat tak muncul semula

    Malam ini ku tidur lena
    Aku rasa sungguh sempurna
    Si tua itu tak dapat perkena
    Debat jadi.. aku merana!

    Seronok dia hanya sebentar
    Buatlah apa,pusing dan putar
    Menentang dia rakyat tak gentar
    Pru nanti nak kena lontar..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk mengelak dari pekong penyamun dan semua pembohongan terburai......maka segeralah semua dinoktahkan.

      Takot juge bila dimintak buktikan kesahihan atas penipuan yg dibuat......bila tak dapat bukti yg ditipu tu kononnya benar maka jelaslah dia berbohong. Tu yg takot sangat tu......

      Sedangkan reporter bukak mulot tanya sikit pon dihantar ke balai......ni pulak nak soal jawab berdebat depan orang.....macam Nothing to Hide......jangan mimpi le.

      Lawak badut sarkis ni udah dijangka.

      Delete
    2. Terbaik bro fan tun..

      Walau debat tidak jadi
      Namun rakyat sudah pasti
      Ini bijan kena badi
      Pru nnt BN mati..

      Sekejap boleh sekejap tidak
      Rakyat tengok kepala pening
      Mungkin sibijan sudah terdesak
      Dalam seluar ada kencing..

      Belum lagi pilihanraya
      Tanda tanda kalah sudah ada
      Cakap sibijan tak boleh percaya
      Bukti di johor di papan tanda..

      Delete
    3. Betoi kata Perak Man.....papan tanda di Johor tu sebagai bukti.
      Betoi tu yeop.

      Delete
  17. Dari dulu lagi suara zahid bunyinya kuat tapi isinya kosong. Bunyi suara zahid ibarat bunyi tin kosong. Dari isu syiah, ruu355, dan debat, itulah zahid. Kuat kentutnya, bau tarak. Tak terjejas orang keliling. Ada mahluk mo1 tu, kentut tak bunyi, abis makan keliling. Setakat zahid bunyi, dengar sakit telinga, percaya makan hati ulam jantung. Tak percaya serupa tak dengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri mana ade paling banyak kete....menteri mana ade paling banyak superbike..

      Delete
    2. Menteri2 UMNgOk ^_^

      Delete
  18. Semua peristiwa terkini dirancang Jibby untok memburukkan imej Zahid dan geng kudeta dalam Umno. Dia cuba lari macam kes Saiful dan biasiswa. Macam kes Altantuya dan Razak Baginda. Akhirnya Hishammudin akan pijak kepala Zahid Jawa sambil tunjuk jari tengah. In your face Jawa! In your face! Cas keting tahap dewa sedara sepupu Jibby dan Hisammudin. Zahid sure loser!

    ReplyDelete
  19. Sudah dijangka dari awal lagi debat akan dibatalkan dan berbagai alasan akan diberikan.
    Memang sah pihak KERAjaan takut kerana dengan adanya debat, semua pekung kerajaan dan menteri-menteri akan terburai.

    Sah dan nyata pihak kerajaan berselindung menggunakan polis untuk lari dari didakwa.

    Setuju dengan TM "berani kerana benar,takut kerana salah"

    Sekarang rakyat boleh menilai siapa yang berani,siapa yang takut....

    Hari SELASA tak juga muncul tiba dalam kamus Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kerajaan yg takut...Najib laki Semah yg Pengecut..

      Delete
  20. Pihak pulis buat April pool da,,,

    ReplyDelete
  21. Kebaculan tahap dewa & ketebalan kulit muka yg X mampu diukur tahap ketebalannya..... telah membuktikan manusia itu sesungguhnya 'insan terplilih'. Walau bergunung tohmahan & cacian diterima saban waktu, namun beliau masih kekal teguh berdiri, malah mampu bergelek & bernyanyi ke sana ke mari. Moga guiness book of record akan mencalonkan insan itu sbgai satu2nya manusia 'terhebat' abad ini. 'Berbangga'lah kamu wahai sekelian rakyat jelata.... 'insan terpilih' itu lahir di bumi bertuah Malaysia ini....

    ReplyDelete
  22. Pas dan Umno sudah serupa langkah politiknya. Melayu rosak kerana Umno, Islam rosak kerana Pas.

    ReplyDelete
  23. Pendapat saya..
    Mohon tun m dan nazri debat di indonesia.. Buat live striming.. Youtube bagai.. Sebar ke seluruh dunia.. Biar jadi viral.. Di malaysia polis tak bagi.. Kita mohon anjur kat luar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singapor pon ok..ramai orang malaysia boleh pegi..

      Delete
  24. Jamal Jamban buka kaunter daftar Skim Peduli Sihat Selangor untuk ahli Umno


    JAMAL Jamban yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, walaupun selalu tampil dengan isu-isu bangang menyerang kerajaan Negeri Selangor dan menunjukkan kebodohan dirinya, namun kali ini nampaknya dia menyedari kebaikan Skim Peduli Sihat yang disediakan oleh kerajaan negeri.



    Baru-baru ini, dek kerana bimbang kalau-kalau penyokong Umno tidak dapat kemudahan Skim Peduli Sihat yang diwujudkan oleh MB Selangor, Dato' Seri Mohammad Azmin Ali, Jamal Jamban bertindak membuka kaunter pendaftaran sendiri untuk mendaftarkan ahli-ahli Umno di kawasannya.

    Malah dia sendiri dikatakan sanggup turun padang mendaftarkan ahli-ahli Umno di Sungai Besar yang singgah ke kaunter tersebut.


    Read more: http://www.milosuam.net/2017/04/jamal-jamban-buka-kaunter-daftar-skim.html#ixzz4d4Ii7DZs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamal jamban baru sedar skim yg dibuat azmin memang bagus untuk bantu rakyat..
      Kalo umno yg oerintah jangan harap laa...rampok sana rampok sini laa.kincin sana...kincin sini...ade macai yg tak nak kad ni?

      Nanti ade laa orang umno yg ade otak pangkah PH...

      Delete
  25. Kalau PDRM dah tak hormat zahid dan KDN.....you expect the rakyat to respect and return him as YB in pru 14?

    Just dream on zahid.

    ReplyDelete
  26. Melayu oh Me LAYU,type Totok Jumud.
    -Jati bangsa dia serah bulat pada Totok 6%.
    - Jati agama iman, dia serah bulat pada Jumud Taliban Siunni.
    Secara dasar Me Layu dh lama outsource akalnya kepada Taek Low.
    Secara dasar Me Layu dh salut budayanya dgn Taek unta.
    Kesian kan?
    Contohilah Melayu Selangor dan Pulau Pinang, dimana makin ramai yg dah TOLAK episode bodohkan diri selama 60 tahun tu.
    Totok 6% dan Lobai Jumud dah lupus tarikh daah. Hentikan la sarkas

    ReplyDelete
  27. Sebuah rancangan lawak Singapura yang diberi nama Ok Chope terbitan MediaCorp 5 Singapore, Episod 26, didapati telah menghina dan mempersendakan Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak dan isteri dan menggelarkan mereka sebagai "Beauty And The Beast".

    Rancangan senda gurau ala Rafizi Sotong itu dilihat tidak menghormati Perdana Menteri Malaysia yang merupakan jiran terdekat Singapura dan sehingga kini belum ada mana-mana pihak tampil memohon maaf berhubung insiden tersebut.

    Lebih menjengkelkan lagi, salah seorang panel rancangan tersebut, Najip Ali kini mempunyai kontrak 'cari makan' di Malaysia sebagai juri rancangan Maharaja Lawak 2017 terbitan Astro tetapi dengan rasa bangga mempersendakan Perdana Menteri negara tempat beliau cari makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar krmaluan rakyat malaysia bila najib jadi bahan lawak antarabangsa

      Delete
    2. ye ker?! ramai yg tak ambil pot pun. Tapi cuba la letak satu contoh skrip yg ko kata jahat tu. Entah2 ada ia sindiran kpd perkara betul. Cuba la tgk. Tak perlu nak tutup periuk nasi Najip tu.
      Jangan sentiasa siram taek pada akal. Biar ia terbuka segar, baru kamu akan lihat kecantikannya dan kebesaran Allah.

      Delete
    3. Anon

      Bukan saja najip Ali..

      Satu dunia sendakan najip Razak

      Korea pun tak respect sama najip.. Siap main tebusan lagi

      Amerika Britain swiss singapok Turkey sendakan najip Razak..

      Pergi India pun tak de hasil.
      merayu jangan tax kelapa sawit Malaysia tapi India kata bagi visa kpd pkjra mamak restoran.

      Malaysia kena belajar dgn modi hapuskan kertas rm100
      Baru lah penyamun bawak balik ringgit ke Malaysia naknganti baru dgn bank negara

      Delete
    4. Ada aku kisah?

      Kau tengok sendiri si muka tembok kulit tebal tak tahu malu tu...dia relax je..yg kau menyibuk apehal?

      Pemimpin yg baik, secara otomatik rakyat akan berdiri teguh di belakangnya. Pemimpin yang tak guna? Faham2 je la...kah kah kah

      Delete


  28. Ketahuilah semakin hebat korang mengutuk Najab Dan TGHH semakin ramai orang menyokong BN Dan PAS. Dan selamat berbatu nesan lah PPBM dan konco2nya.

    Tunggu Dan lihatttt
    PRN dan 2 PRK telah membuktikan.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketinggalan zaman ko ni..di serawak tu kalo umno tanding pon kalah...
      Seblm prk sg besar bersatu blm ade dan isu 1 mdb blm jelas .. Sekarang dah berbeza ngook..umno dah nak mampos...terhegeh2 beli pas 90 jota..

      Delete
    2. Prk 2 tu menang sebab beli undi

      Delete
    3. wow ostaz pas pis pus dah bersuara..isu en somi audi q 7 x nk ulas ke?

      Delete
  29. Dan batu nisan untuk kau juga
    Annoying 15:38 sebagai pengkhianat rakyat. Oh lupa pula, ada bonus lagi untuk kau "neraka menunggu"

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  30. I was right again for the second time about cancellation of the debate. Thanks to my insider friend from JASA's office.

    Heard Nazri is very very made, friend? Ada YB Umno nak resign ke? I was also being told the team a is a making a fool out of zahid and nazri...I was ASKED to wait for interesting news soon. Friend how soon is it????????

    In any case thank you JASA insider

    ReplyDelete
    Replies
    1. Everybody is eager to hear that interesting news.....dont forget to share....

      Delete
    2. 15.45....when the time comes.......reveal the truth and share the next bombastic news. Looking forward to hear from you. Libang libu nunggunya bro....

      Delete
    3. When is najib returning to Malaysia? JNZ???????

      Delete
    4. johari, nazri n zahid?

      biar betul

      Delete
  31. Nampak sangat polis Msia paling bodoh. Yg malang ni polis melayu yg ngaku Islam tapi takut pd manusia..bukan sebarang manusia tetapi pencuri duit 1mdb. Pencuri selalu kena tangkap polis. Ni polis takut pencuri.
    Jatuh kemaluan dn martabat polis.

    ReplyDelete
  32. Punyalah kesian..... alasan mcm budak sekolah tadika. Payah2 sgt buat debat kt bukit aman jea amacam????

    ReplyDelete
  33. Hantu dekat kawasan sekitar komplain tentang keselamatan mereka

    ReplyDelete
  34. saya bersetuju dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh pihak PDRM..penduduk setempat bimbang dengan keselamatan mereka sekiranya keselamatan program tersebut gagal ditangani dengan baik..tugas pihak PDRM adalah menjaga keselamatan orang awam dan adalah lebih baik mencegah daripada mengobati..jika nak puaskan nafsu politik kedua-dua pihak, sampai kiamat pun pasti tidak akan selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2734, kslu nak.cover juga kemalun tu, guan lah hujah yg ketat sikit. PDRM yg lulus, revoke atas alasan komolen dari penduduk.
      Itu Kawasan kilang2 mati kot...
      Alahai, ok, take another shot, try again.

      Delete
    2. ketegasan atau kelemasan??

      Delete
    3. Ketegasan cap ape?...polis pon tak berani lawan tokey...kojol...tokey takut kena bogel dengan tun madey....otak kepala boleh pikir...otak kat lutut bebal..

      Delete
  35. Tuan S'budin, Asslm'alaikum
    Untuk menjawab soalan Tuan :
    "kenapa-sekali-lagi-polis-juga-yang-batalkan-debat...?"
    pd pendapat saya ialah kerana kepala kepolisian Malaysia adalah satu-satunya tonggak utama dan antara yg paling lama bekerja untuk kelangsungan pemerintahan rejim ini.
    Ini juga kerana jika debat ini diteruskan juga, maka kedudukkan rejim ini dan tonggak2nya sekali mungkin akan turut tergugat, dan lantaran itu kepentingan pemerintah mungkin juga dirasai melibatkan kepentingan pihak kepolisian, makanya sangat perlu ianya berindak sebagai perisai, walau pun nampak ke satu tahap yg melampaui keputusan menteri polisi sendiri, ya'ani sekiranya beliau betul telah terlebih dahulu mengizinkan debat/wacana ini yg dijadualkan di Pdg Rengas, seperti diberitakan oleh Nazri Abdul Aziz.

    Menteri itu dilayan sedemikian, juga nampak sekali lagi selepas kemelut RUU355, dikala mana beliau dilihat terpaksa akur kpd pemimpin regim, walaupun terlebih dulu telah menegaskan bahawa Kerajaanlah yg akan membentangkan usul itu di parlimen.

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  37. Sifirnya mudah jer...
    PDRM bawah KDN,KDN sebahagian kerajaan persekutuan,kerajaan persekutuan hak milik najib SDN BHD..Dah tu bila Masa lah PDRM ni nak buat keputusan yang tidak menguntungkan najib?..
    Tgk permit perhimpunan atau permit ceramah la..Kalau yg najib punya laju jer..Kalau yg pihak satu lg..Mcm2 cam haramjadah..

    ReplyDelete
  38. Ini menunjukkan:
    Zahid hamidi lemah dlm memikul tanggungjawapnya sebagai menteri dlm negeri.
    2. Ini menunjukkan betapa lemahnya persiapan polis dlm menjaga ketenteraman awam. Dpd 800 dikurangkan pada 300 org itupun masih tak dapat mengawal ketenteranan awam??

    KPI dua2 ni mmg teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak azali lg bro..

      Delete
    2. paling teruk KPI PM sendiri..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...