Pada 19 Mac lalu, buat pertama kali saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengunjung dan penjenguk blog ini kerana capaian pembacanya telah mencecah angka 10 juta sejak ia dimulakan pada awal 2012 yang lalu.
Di pagi Jumaat yang mulia dan penuh barakah ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima terima kepada pengunjung dan penjengok blog ini yang tetap setia dan istiqamah kerana kini capaian pembacanya sudah melebihi angka 20 juta pula.
Belum genap berusia 5 tahun, tetapi sudah mengumpul pembaca melebihi 20 juta adalah pencapaian yang tidak pernah saya jangkakan. Tetapi, tentulah semuanya itu kerana kesetiaan pembaca, pengunjung, penjenguk serta anda semua yang sentiasa memberikan sokongan.
Terima kasih intan permata, jenguklah lagi blog ini setiap masa.
Saya tahu blog ini bukan saja dibaca oleh mereka yang dahagakan perubahan, pembenci UMNO, BN dan Najib Razak serta pengundi yang inginkan sesuatu yang lebih baik untuk negara ini, bahkan juga oleh penyokong setia kerajaan serta mereka yang nampaknya lebih kasih kepada Perdana Menteri melebihi sayang kepada diri sendiri.
Kepada golongan yang pertama, semoga kita terus berusaha, berdoa dan melakukan apa-apa yang termampu bagi mencapai tujuan itu. Percayalah bahawa hanya dengan perubahan saja dapat menyelamatkan negara ini menjadi lebih baik keadaannya.
Kepada golongan kedua pula, moga-moga mereka juga akhirnya akan dibukakan pintu hati untuk melihat kebenaran yang sebenar-benarnya tentang apa yang sedang dan telah berlaku dalam negara ini sejak Najib mengetuainya.
Menjelang pilihanraya akan datang dan fasa-fasa seterusnya, sedarilah bahawa Najib tidak mampu lagi berbuat apa-apa untuk kita.
Beliau kini hanya mahu mempergunakan UMNO dan BN serta kemenangan dalam pilihanraya untuk menyelamatkan dirinya semata-mata dan bukan lagi berjuang untuk kita dan rakyat jelata.
Bagaimanakah orang yang sedang bergelut untuk menyelamatkan dirinya atas skandal yang diperkatakan di seluruh dunia dan kerana Peguam Negara ditukar serta-merta, boleh diharapkan untuk membawa kebaikan kepada kita?
Akhirnya, sekali lagi jutaan, jutaan dan jutaan terima kasih kepada pengunjung dan penjenguk setia blog ini dan kiranya setiap kita dapat mempengaruhi empat atau lima ahli keluarga serta rakan-rakan di sekeliling mulai hari ini dan hari-hari seterusnya, percayalah perubahan dan kebaikan akan menjadi milik kita akhirnya.
Blog ini akan lebih bererti jika ia dapat sama-sama menyumbang dan menjadi sebahagian daripada perubahan itu nanti. (SH 16/12/2016).
Tahniah Tn Shahbudin...!
ReplyDeleteRakyat yg memilih pentadbir negara,bukannya utk dikuda2 diperbodoh. Ayuh rakyat...!
Tahniah, lipat gandakn usaha.. bersatu tombangkan peeM2 pelik di malaysia..
DeleteTerima kasih saudara shahbudin kerana berkongsi maklumat dan memberi peluang kpd kami untuk sama2 menentang pemimpin2 yg lupa kpd amanah rakyat.
DeleteRakyat tidak pernah meminta gula kopi kpd kerajaan jauh sekali untuk meminta duit.
Tetapi apa yg berlaku pada hari ini adalah satu penghinaan kpd rakyat.
Inilah pertama kali dlm sejarah hidup orang2 melayu apabila kerajaan meminta subsidi drp rakyat.
Kerajaan menjadikan rakyat sebagai penjamin kpd hutang yg mereka buat.
Saya cukup tidak menduga kerajaan hari ini sanggup mengaibkan kami dan mencagar kami sebagai penebus hutang negara.
Kerajaan hari ini adalah sebesar besar penipu dan pengkhianat kpd agama bangsa dan negara.
Bagi yg ada pelajaran mereka cukuo mengetahui apa yg kerajaan telah sekewengkan.
Bagi yg tidak berpelajaran mereka hanya ikut secara membabi buta.
Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Saya adalah bekas ahli umno seumur hidup.
Saudara shah.
DeleteSaya ini hanya seorang kontraktor kecil (tukang rumah) yg hidup di pinggir bandar.
Dulu umno ni memang hak dan kepunyaan orang2 melayu. Umno cukup ambil berat segala masalah orang2 melayu. Tutur kata pun cukup bersopan. Sejuk hati kita mendengarnya.
Hari ini umno adalah hak mutlak najib rosmah dan perlampau seperti datuk sri jamal dan lain2.
Di pejabat umno pun mereka bahasa diri kau aku, ada apa, dan kata ok ok lah saja dgn saya.
Tetapi masuk saja kontraktor cina terus mereka sapa hai boss how are you. "Duduk duduk, mana pergi lama tak jumpa." Mereka bukan saja ramah tapi cukup mesra. Panggil nama cina tu pun boss. Bahasa diri pun l you l you.
Dalam umno hari ini dah hilang budaya timur. Budaya orang2 melayu yg sebenarnya. Dah ujud budaya heloooo boss. How are you boss. Dont worry boss.
Hina sungguh jadi melayu di dalam umno hari ini. Lebih lebih lagi bila pandang kita saja terus sapa dgn pertanyaan " ha ada apa?". Suruh duduk pun tidak.
orang2 bodoh boleh bolayan lah..
DeleteAlhamdulillah syukur
Deletetahniah tuan shah
terima kasih kpd pengunjung blog ini juga
saya inginkan perubahan
supaya anak cucu saya dpt rasakan apa yg saya telah nikmati spt tahun 90an dulu
hidup makmur dan senang
tidak risau keselamatan bila keluar rumah
org yg bpendidikan gerenti dpt kerja siap boleh tukar2 kerja lagi
yg tidak berijazah kerja juga sedia terbentang menanti dgn syarat kita rajin
bangga bergelar malaysian di mata dunia
tidak rasa ditipu dan diperbodohkan oleh perdana menteri dan menteri2 dia
saya nak anak cucu saya bangga dan berkeyakinan tinggi sbg rakyat malaysia
kini kita dpt lihat sekeliling byk pendatang asing
kdr jenayah yg tinggi
nilai moral yg jatuh dll
Tuan Shah....
DeleteTahniah atas istiqamah memberi pengetahuan, pendapat, komentar dalam blog.
Harap Blog Shahbudin ini tak diganggu atau diblock macam yg jadi pada segelintir blog lain sebelum ni.
Moga blog ini terus memberi pengetahuan, informasi dan pandangan yg dapat menjawab persoalan yg bermain dalam minda rakyat Malaysia.
Harap Tuan Shah istiqamah dan berani dalam menyatakan fakta2 yg benar dan jujur kerana yg benar dan jujur itu adalah sesuatu yg amat pahit tapi amat manis sekali hasilnya.
Terima kasih dan wassalam.
Tahniah Tuan Shahbudin
DeleteTahniah Din, 20 juta tu. Kalah media arus perdana. Dengan pencapaian seperti itu, boleh buat surat khabar sendiri tu. Saya cadangkan namanya 'Berita Budin'..
ReplyDeletesetuju.
Delete20juta ke 40juta tak ada makna kalau fitnah bohong talibarut yahudi kafir dah jadi ikutan..yang penting pru boleh menang ke..2012 pru 13 kecundang..pru14 kecundang insyaAllah..angka pelawat tak penting..inikah sumbangan untuk RAKYAT?? fikir2kanlah..
DeleteBerita budin......hmmmmmm bagus jugak idea tu tapi kat Malaysia ni boleh ke nak buat macam tu???
DeleteDulu The Edge kena gam.......Malaysian Insider dah pon bungkus.....Blog Din Turtle, Outsyed the Box dan lain-lain diblok.......semua gara2 mengkritik. Kalo puji-memuji, mengipas-bodek tentu tak jadi macam tu.....tentu sampai sekarang pon selamat.
Jadi cadangan "Berita Budin" tu tak sesuai di Malaysia ni. Baru nak bukak mulut pon dah kena tangkap. Tak pasal kena akta sosma pulak sebab kononnya pecah rahsia. Walaupun rahsia tu ialah satu penyelewengan dan penipuan yg patut kita semua tau pun tak boleh jugak. Kena sorok jangan sampai sesape tau.
Tanya tak boleh, soal tak boleh, bincang tak boleh, debat dalam parlimen pon laaagiiilah tak boleh......jadi simpan ajerlah angan2 nak buat suratkhabar "Berita Budin" tu ye. Kalo buat pun takat cetakan ke 3 dah kena bungkus buat apa. Tak pasal Tuan Budin kena masuk lokap duduk berjiran dengan Rafizi pulak, tak gitu???
Ada cara nak buka outsyedthebox tu..tuan boleh google caranya..kalo citer kat sini, skmm cari saya nanti hahaha..pada saya ostb lagi best dari shahbuddindotcom sebab lebih meluaskan pemikiran dan tidak tertumpu pada isu dalaman negara sahaja. Walaupun begitu, kena rajin la buka ostb setiap hari kerana postingnya akan dipadamkan dengan cepat
DeleteTahniah Budin,
ReplyDeleteDikala surat-surat khabar dan berita TV menunjukkan trend penurunan yang ketara, blog Tuan Budin boleh mencapai trafik sehingga 20 juta. Satu pencapaian yang amat membanggakan. Tahniah..
tahniah si empunya blog kerana masih terus bertahan sebagai penyampai khabar adu domba, fitnah dan prasangka buruk.
ReplyDeleteTelunjuk mu lurus menongkah arus, kelingking mu berkait mengheret beban.
๐๐๐๐
pemaakan dedak dh masuk
DeleteAnon 11.36,
DeleteLebih baik kamu pergi tanya najib dan penyembah penyamun najib...dah berapa banyak hari selasa da..aaa tak saman saman WSJ ini dah bukti siapa penipu dan bikin fitnah...sembah la najib tu hi hi hi.
ooo pemakan dedak....pemakan dedak dacing senget ke walaunta parti agama yang sewel??
DeleteMakcik Unknown.....Budin tak jemput ko masuk sini pon. Ada ko dapat kad jemputan Budin??
DeleteKo sendiri yg terhegeh nak masuk sini pastu nak kutuk admin. Berambuslah ke sinuuuuun blog yg mengipas tuan ko tu.....apa yg menyebok kat sini?? Ada Budin kesah ke kalo ko tak masuk sini??
Pigi sanalah.......moga ko berbahagia di sinuuuuuunn.
Yang makan dedak jenama Unknown ni binatang jenis apa agak nya. Boleh sesiapa tolong bagi tau.
DeleteTerbaru ...
DeleteSatu lagi bekas kakitangan BSI SA berpejabat di Singapura di dapati bersalah kerana bersekongkol dalam penggelapan wang 1MDB .
Tolong tanyakan kat 'Unknown' tu .. apa perkembangan siasatan di Malaysia ?
Ketua Penjilat Najib (KPN) bilang polis masih menjalankan penyiasatan ... berapa lama daaaa???
Mungkin kertas penyiasatan terduduk kot olih RM ?? berat nak angkat tu .
Tahniah Shahbudin. Blog ini terbuka utk pelbagai pandangan.
ReplyDeleteJgn sampai tiba2 tukar pendirian sudahlah. Ini kerana kuasa dedak boleh membuatkan seseorang insan menjadi gelap mata.
Walaupun tiada bukti kukuh utk menuduh RPK, namun ianya amat kelihatan spt itu.
Jgn jadi macam RPK. Difahamkan blog Malaysia Today jumlah pengunjung jatuh menjunam spt kayuh basikal turun bukit.
DeleteRPK (Raja Putar Kenyataan) peduli apa turun bukit ke , naik bukit ke >
DeletePosting dia kerap di hebahkan olih TV 3/4 . di masa sama dedak ada masuk beb .
11:36,,
ReplyDeleteIni mesti komen dr tv3suku
Ha..3x
Tahniah!...semoga usaha dan perkerjaanmu ini memdapat ganjarannya di akhirat nanti...baik dan buruk akan mendapat rewardsnya nanti
ReplyDeletekalau dah komen2 maki hamun fitnah bohong hasad dengki dal ni dapat ke ganjaran baik..ini ajaran agama apa?..
DeleteAnon 18:47 Tidak tau lah tapi yg kami tau tidak sama dengan ajaran agama kami. Sama saja dengan ajaran agama tuan kamu dan pencacai yg makan dedak mcm kamu,unknown,kellie castle dan sewaktu dengan nya. Munkin ajaran agama baru (pompak)- perasuah dan perompak negara. Memang padan untuk kamu semua agama POMPAK ni.
Deletesejujurnya aku merasa simpati tatkala melihatkan keadaan para pentaasub yang sering diperbodoh tanpa henti.
ReplyDeleteApakah si empunya blog sudah hilang belas ehsan nya ?? sewajibnya awk menyeru kepada para pengikut supaya mendesak tuan2 politiknya agar mereka melantik kuasa pemutus dari kalangan mereka. Sebelum menganyam mimpi menjadi sebuah kerajaan.
Anon 11.58(penyembah lanun najib),
DeleteSewajib nya kamu tanya la Najib si penyamun bugis tu kena lari bila berdepan dgn Tun, tanya lagi kalau dah tok arab bagi derma tunjuk la bukti catitan akaun tok arab tu, tanya lagi kenapa kenapa laporan Audit nagara yg setiap tahun jadi dokumen awam bila bersabit laporan Audit 1MDB dah jadi dokumen OSA...ini la dia sifat penyelewengan dan pecah amanah ditunjuk oleh tuhan kamu iaitu najib penyamun.
Nakhoda 11.58 sudah berulang kali dinyatakan bahawasanya ilmu kau cetek. Tulis panjang2, isi kosong.
DeleteSaya lagi simpati dengan.kamu.wahai UNKNOWN 11.58 sebab dah terang terang najib dan kroni kroninya merompak menyamun Menipu mencuri harta anak bangsa di siang hari kamu masih Bermimpi dan minda belum terbuka lagi...cuba cuba la kamu berjalan ke luar negara lebih2 lagi ke negara maju lepas tu balik Ke sini dan bandingkan keadaan di luar sana dengan malaysia hari ini..mana tau minda kamu akan jadi lebih terbuka selepas ini...insyaallah
Deleteperompak penyamun penyangak lanun..bahasa yang sungguh sinonim dengan puak2 haram tapi mulut bangkai hanya boleh kata apa2 tanpa diserta bukti pun..teruskan lah dengan kata2 kamu itu semoga kamu dan parti2 kamu di hancur lunakkan di pru14..sekian.
DeleteBukti sudah didepan mata masih hendak dipertikaikan..tak mengapalah..says juga doakan Puak puak selanun dengan kamu dihancurkan...insyaallah
DeleteMak Long Unknown.......kami tak perlukan simpati ko. Simpan ajerlah simpati ko dalam laci. Ada kami kesah??
DeleteSaudara Shahbuddin,
ReplyDeleteTeruskan dengan penulisan awak ini. Ini saja cara rakyat dapat mengetahui perihal sebenar yang berlaku pada negara yang si perintah oleh penyaggak dan penyamun.
Tahniah kipidap dongibab.
ReplyDeleteDin,
ReplyDeleteTahniah !!!
Aku dah lama Tak beli utusan , Benita Harian and paper lain yg dok sokong buta tuli Najib pencuri, TV3 suku jugak dah Tak tengok dah.
Aku hanya baca blog blog yg menyatakan sebenarnya dan Tak buat cita pembohong spt blog mykammu dan blog pro Najib pencuri and umno bahalol.
Blog hang,KD and Syedoutbox adalah Diantara blog yg terbaik !!!
Hidup TUN M and hidup bersatu !!!
....dan chedet
DeleteSebagai seorang yang ibaratnya atas pagar(non partisan) blog shahbudin ni salah satu sering saya kunjungi untuk mengimbangi media arus perdana yang lain.
ReplyDeleteTahniah tuan din...teruskan usaha anda...sehari tak masuk sini tak senang duduk....kipidap
ReplyDeleteBeribu-ribu TAHNIAH.
ReplyDeleteTeruskan usaha, saya sentiasa menyokong.
Tahniah
ReplyDeleteKejayaan blog ini ialah kerana tuan shah beri ruang seluasnya pada semua pihak berbahas. Kita dapat bertukar pendapat secara ilmiah dgn semua pihak...kecuali dgn si nakhoda merapu. Tahniah tuan shah.
ReplyDeleteTahniah tuan, kita harap dengan cara ini rakyat dapat berfikiran lebih baik dan tidak diperbodohkan oleh arus media perdana yg sehala tu...saya tak fikir blog ni menghasut dan memutar belit fakta..blog ini merupakan satu wadah alternatif untuk rakyat yang sayangkan negara ini...syabas sekali lagi tuan budin..
ReplyDeleteTahniah Shah dan saya adalah seorg penjengok yg konsisten dan apa yg shah lakukan ini adalah merupakan jihad dan semoga allah memberkati usha2 tuan tk
ReplyDeleteTahniah kpd pemilik blog ini.in sha Allah setiap hari sy akan log in blog ini membaca dan befikir secara waras dan buat keputusan..dah lama stop langgan utusan dan bh..
ReplyDeleteTahniah Tn.Budin.!!
ReplyDeleteDalam kiraan saya, lebih-kurang 10K pengunjung unik (dengan andaian mereka kunjung sekali tiap-tiap hari) kunjung ke blog anda, Budin.
ReplyDeleteDengan itu tanpa kemusyskilan lagi, blog hang mempunyai di antara yang tertinggi jumlah pengunjung unik bagi blog Melayu.
Dengan itu juga sumbangan Budin kepada perjuangan dalam ertikata amal makruf, nahi mungkar bukan lah main sikit.
Tahniah Budin.
Pemberitaan yang kemas, penulisan iklas semasa terkini, syabas dan tahniah saudara.
ReplyDeleteYvonne seah , bekas pagawai BSI bank do spore, mengaku bersalah kes berkaitan 1mdb di spore. Dah 2 orang ngaku salah, hukuman penjara pun singkat. Saya pasti ke dua dia nya akan menjadi saksi kes jho low nanti. Dan lepas itu ada lagi kes ada lagi ada lagi kes ada lagi kes, sampai lah ke penghujungnya.
ReplyDelete2.6 bilion tahniah Budin oiiii!
ReplyDeleteTahniah din.
ReplyDeleteTulisan2 yang mudah difaham dihadam dan diterima.
Ringkas dan padat.
Teruskan..
Tahniah Tuan !! Memang dulu saya tak berapa nak jenguk blog Tuan ,tapi sejak negara kita mencapai rekod terbaik penerima derma terhebat di dunia saya mula minat menjenguk blog Tua nak tahu petkembangan,sebab banyak blog yg pro UMNO BN yg dulu saya sanjungi telah mula "rosak" akibat penangan dedak
ReplyDeleteBerjuta2 tahniah tuan...kekalkan momentum menyampaikan berita 2 terkini.. Syabas dan terima kasih diatas usaha murni tuan dalam menyampaikan maklumat yg terbaik panas dan pedas..Kipidap..
ReplyDeletetahniah sdr shah mencecah 20juta pengunjung.saya tumpang bangga.harapan saya semoga sdr shah terus istiqamah demi kebaikan agama dan bangsa yg tgercinta.berani kerana benar.semoga balasan allah jua yg kita bergantung dan mengharap.
ReplyDeleteAlhamdulillah tuan Shah.
ReplyDeleteSaya hanya berdoa tuan kekal bermaruah dalam perjuangan dan diberikan kekuatan oleh Allah untuk kekalkannya.
Aamiin.
blog penuh fitnah dari dari dajal2 akhir zaman pun nak di tahniah kan?..teruskanlah agar selepas setiap pru akan akan ujud lagi blog ini..dan bertambah lagi laknatnya..
ReplyDeleteNak tau najib penipu atau tak, cuba ingat balik apa dia cakap. Perhimpunan agung umno tahun lepas dia janji menjelang hujung 2015, hutang 1mdb akan berkurangan sehingga 17 billion sahaja. Apa jadi? Sikit pun tak berkurang malah makin bertambah. Lepas tu najib janji tak akan bebankan rakyat dengan hutang tersebut. Apa jadi? Dia suruh Mof ambik alih. Maknanya..kerajaan bayar hutang 1mdb menggunakan duit rakyat melalui gst. Sebab gst la punca pendapatan utama negara skrg. Duit petronas dah tak boleh harap. Itu kau cakap fitnah? Kau memang tak ada otak.
DeleteJangan lupa perbicaraan mahkamah Singapura orang yang mengendalikan duit haram yang berkait dengan 1mdb tu mengaku terima upah bermilion2. Baca media online dari Singapura baru tahu. Di sini berita tu tak keluar.
DeleteBudin..
ReplyDeleteKadang2 bila terbaca komen pengunjung blog ni tentang penderitaan hidup mereka di bawah pemerintahan najib, terutamanya selepas timbulnya isu 1mdb di mana kerajaan mula bertindak gila menekan rakyat, aku turut tumpang kesedihan mereka. Masing2 ada rasa tidak puas hati untuk diluahkan. Kenapalah tergamak najib tindas orang susah? Dosa najib ni harus dikongsi oleh kakitangan awam yang bersubahat..tak kira pembuat dasar sehingga ke pemungut cukai. Moga jangka hayat politik najib tak lama.
Tahniah budin..aku sering promote blog ini untuk santapan minda rakan-rakan pro-bn ku dan Alhamdulillah , seorang dua dah mulai menjauhkan diri dari bn. Teruskan perjuangan mu budin walaupun dlm bentuk penulisan.-anak Sarawak
ReplyDeleteWahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjaan.
ReplyDeleteselagi sistem amno tidak ditukar minda tak berubah
jnagan harap lah nak ada perubahan ke arah prinsip mempertahankan kebenaran lebih utama dari pertahankan kesalahan pemimpin yang dzolim demi habuan dunia.
selagi amno tak tumbang jangan haraplah
Tahniah bro. Teruskan menulis. Sewaktu d Tanah Suci saya x lupa berdoa agar BN dpt d kalahkan PRU kelak.
ReplyDeleteBudin, yang anda maksudkan ialah 20j kunjungan, bukan 20j pengunjung?
ReplyDeleteTahniah Tn..semoga terus istiqomah dalam memperjuangkan masalah ini secara tinta dengan bahasa yang sopan dan mudah difahami. Semoga semangat perjuangan kita menentang penyalahgunaan kuasa ini dirahmati Allah swt.
ReplyDeleteapa dah jd dgn blog putera merdeka?
ReplyDeleteTahniah nak budin....
ReplyDeleteNenek hari-hari mesti baca blog ini..jgn hiraukan mereka yang mengutuk tu...teruskan usaha murni mu nak...semoga Allah SWT memberkati dan melindungi mu... aamiin...
Secara jujur aku ckp le. Aku buka blog ni selang sejam atau dua jam sekali setiap hari...! Tunggu berita² terkini dan ulasan² dpd Sdr Budin.
ReplyDeleteSelain dpd blog ni...Blog yg sering dikunjungi ialah GREENBOC dan MSO...!
Tahniah Tuan...!! Teruskan... Sehingga parti dedak malingkup...haha
Suka baca blog ni..
DeleteTahniah. Masih ada yang mempertahankan pemikiran waras dikepala bukan disiku dan lutut.
ReplyDeletedpt free akses utusan tapi tak baca/tak buka pun....
ReplyDeletedpt free akses utusan tapi tak baca/tak buka pun....
ReplyDeleteTahniah dan syabas Shah, tuan empunya blog.
ReplyDeleteNi saja nak khabaq mai, saya cukup minat membaca isi posting dan komen-komen pengunjung.
Syyy jangan khabaq kat sapa pun na, komen Unknown itu saja yang saya paling meluat sekali nak baca sebab macam sampah, asal jumpa saja komen dia...saya terus skrol laju ke bawah. Tolong rahsiakan na...
Kah kah kah kah kah
700 billion hutang negara÷ bayar 50 billion setahun
ReplyDelete=14 tahun kena bayar hutang
Pendapatan negara cecah 50 billion setahun...?
Sedak ke pemakan dedak belake...
Insyallah pribumi dan harapan menang pru14
Berita harian kilang senai johor..tutup dah...alhamdulillah..kurang berita tipu rakyat..
ReplyDeleteTahniah budin
ReplyDeleteSemoga kekal menulis
Jaga kesihatan & keselamatan diri
Sbb orang jahat selalu main Tipu
Wassalam
Blog ni ada yg bagus tapi ada yg tak bagus. Bagusnya dpt info dr pandgn pmbgkg.Gagal mendidik pengunjungnya menjadi pemikir yg matang intelek, beradab dan tau menghormati org lain.
ReplyDeleteMisalnya membuat tuduhan ke atas seseorg tanpa berani membuat temubual sendiri bertanya soalan dgn org yg dituduh. Maka gossip yg dijual dlm blog ini adalah sama stabndard dgn standard Utusan Melayu atau TV3 pd kacamata pembangkang.
Tahniah ...
ReplyDeleteSaya sedih bila "ustaz2" di PAU 2016 hanya sibuk menggunakan hadis2 dan ayat Al Quraan untuk membodek sedangkan tujuan utama "Mencegah Kemungkaran pemimpin" langsung tidak disentuh.
PAU tahun ni sungguh mengecewakan kerana pendebat gagal membincangkan masalah pokok issue integriti dan kepincangan serta kegagalan barisan pemimpin langsung tidak disentuh dengan tepat dan direct. Semuanya gagal menunjukkan kejantanan ... UMNO sudah hilang jantan dan tidak layak memerintah lagi.
Anon org yg sama je dah hampir 9.9 juta cuma 0.1 juta tu je org yg tersesat mcm saya ni la.
ReplyDeletesalam encik shahbudin....selagi semua media cetak dan elektronik...penguatkuasa...perundangan...pentadbiran...dan kerajaan dalam cengkaman...selagi itulah kita akan jadi melukut ditepi gantang....dan yang paling sedih sekali apabila kerajaan kita hari ini dibawah tunjuk ajar beberapa parti komponen yang secara jelas tidak bertujuan baik...secara perlahan cuba merampas hak dan tanah air kita...menghilang lenyapkan keistimewaan kita sebagai pribumi...menghambakan kita sebagai abdi mereka...semua mereka onarkan..semua nereka gegarkan...tiang tiang penyatuan bangsa melayu islam mereka cabut...mereka hanyutkan ke sungai cemar...tanah tanah kita yang dulunya subur dengan segala macam herba turun temurun nereka racunkan mereka pugar dan semaikan dengan sayuran kailan...mereka ubah selera pemakanan kita dengan bantuan kerajaan yang sedia ada...mereka butakan penglihatan kita dengan kertas yang ada nilai....kabur penglihatan kita kepada bersatu teguh bercerai roboh....mereka nyalakan api dalam sekam agar tanah rezab kita bebas dijual beli...mereka kekalkan sistem pemerintahan dan berpegang kepada oerlembagaan yang hanya orang melayu kekal memerintah negara...tetapi jangan lupa akhirnya mereka berjaya memujuk kita jadikan 1Malaysia...ya....mereka berjaya...membuatkan kita...ADA RUMAH TIDAK BERBUMBUNG,ADA TANAH TIDAK BERUNTUNG, NEGARA MERDEKA JIWA DAN MARUAH DIPASUNG,APA BENAR BUMI YANG KITA PIJAK LANGIT YANG KITA JUNJUNG....
ReplyDeleteAsa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.