Siapa Pengkhianat? KJ dan Pemuda UMNO, bukan Tun M.
1. Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh billion...mana KJ dan Pemuda UMNO yang hari ini gah dabik dada jadi pemuda hero Melayu?
2. Malulah kepada pemuda2 Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low. Mereka pemuda Cina tapi mereka minta polis tangkap seorang pemuda Cina jahat bernama Jho Low ini. Di mana Pemuda UMNO Melayu?
3. KJ pemuda Melayu belajar Oxford tak faham kes perbicaraan 1MDB di mahkamah Singapura? KJ lulusan Oxford tak faham Jho Low bukan sahaja sudah hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low ini telah hilangkan keyakinan dunia pada kita.
4. KJ tidak faham mengapa Singapura sanggup tutup bank mereka gara-gara Jho Low? Mereka mahu tunjuk pada dunia mereka ambil tindakan supaya keyakinan dunia pada Singapura tidak hilang. Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan.
5. Maknanya di Malaysia kita tidak kisah hilang billion ringgit. Kita tidak kisah dunia hilang keyakinan pada kita.
6. Bila seorang negarawan tua berumur lebih 90 tahun kisah dan desak tindakan diambil untuk selamatkan negara, anak-anak muda dalam Pemuda UMNO ini panggil dia pengkhianat?
7. Kamu biarkan seorang pemuda Cina Jho Low ini belasah duit rakyat kita, ranap dan siat maruah negara kita. Kamu jilat lagi pemimpin yang lindungi pemuda Cina ini kerana anak menantunya rakan kongsi, rakan berpoya. Hanya kerana habuan duit untuk kamu, habuan jawatan untuk kamu, kamu rela bangsa ini ditipu hidup-hidup. kalau bukan pengkhianat, apa lagi nama sesuai kamu wahai Pemuda UMNO?
Petikan di atas adalah tulisan Ezam Mohd Nor yang diambil daripada laman Facebooknya.
Sudahkah KJ melihat dirinya di cermin pagi ini sebelum pergi ke Perhimpunan Agung UMNO? (SH 01/12/2016)
Tak tau ada siapa lain yang perasan...si Kitol nientah kenapa tak tau...rupa parasnya dalam gambar tak pernah 'tetap'...selalunya kalau dilihat...selekeh.
ReplyDeleteBaik jangan tengok cermin...takut disebalik wajah tu akan bersuara pulak.
Dalam cermin dia nampak maya karin
DeleteKJ pengkhianat tulen!
ReplyDeleteUntung ada jawatan dan kuasa.
DeleteRakyat x boleh berbuat apa.
Melopong malam siang disuruh berlapang dada.
Merembat duit rakyat x henti2 juga.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAmin, Amin, Amin Ya Rab al Amin.
Delete...aaaameeennn...ya rabalallaaminn....
DeleteLagi cepat dapat pembalasan dari Allah lagi baik. AMIN YA RAB AL 'ALAMIIN. YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,TUHAN SEKELIAN ALAM, PERKENANKANLAH DOA PERMOHONAN KAMI...
DeleteOxford taik kucing
DeleteKJ..jaga KBS dia sendiri sapu 100 juta, dia nak kisah apa?
ReplyDeleteWahai Melayu (khasnya para pemimpin dan ahli-ahli UMNO)! Mengapakah kera di hutan disusukan anak di rumah dibiarkan mati kehausan?
ReplyDeleteDi manakah letaknya maruah, integriti, amanah dan tanggungjawab kamu semua terhadap agama, bangsa dan negara?
Tuan budin,
ReplyDeleteDengan tingkahlaku ketua pemuda dan balaci dalam pemuda umno melindungi pencuri iaitu Najib dan jho low serta syarikat 1 MDB yang membebankan negara terlalu jelas lah pada kita terutama nya orang melayu ..apakah perjuangan utama pemimpin umno semua peringkat? ...iaitu mempertahankan kuasa dan status quo demi kedudukan diri dan lain lain rakan dalam umno boleh hidup dan mengaut untung dan habuan dunia dari politik arus perdana.
Kemudian dimana kedudukan orang melayu ...masih menjadi penduduk kelas kedua dan ketiga iaitu majoriti kelas menengah dan bawahan yang atasan tu kebanyakan yang ada hubungkait dengan pemimpin umno saja la. Ya sudah banyak jasa pada orang melayu malangnya jasa jasa ini datang dari pemimpin pemimpin dahulu yang polisi mereka diguna pakai untuk mengekalkan sokongan melayu untuk terus memilih barisan pemimpin korup dan penyeleweng dalam umno. Yang sangat jelas dan ketara keseluruhan hasil umno era Najib kebanyakkan laba kekayaan dikongsi oleh pelahab pelahab dalam umno dan taukey cina cina yang menyalor kekayaan projek uasahasama. Ya adalah BRIM untuk rakyat sekali setahun tapi rakyat beri balik cukai GST kepada kerajaan berlipat ganda dari duit BRIM itu melalaui data 2015 BRIM RM 4 billion setahun tapi cukai GST RM40 billion setahun.
Jadi bagi KJ dan anak anak buah nya dalam pemuda UMNO tu labih baik la ..kamu orang mula suluh muka dalam cermin dan sedar la diri tu sikit ..sebelum sedap nak menghina orang orang yang lebih tua...sebenarnya KJ untuk pengetahuan kamu sejak kementerian kamu boleh terlesap wang bernilai RM 100 juta wang rakyat ekoran rasuah pegawai kanan kamu dan kamu pula boleh beri kenyataan tidak tahu dah jelas menunjukkan kamu seorang ketua tak berguna dan gagal...sebanarnya kamu KJ dan semua pemuda umno waktu kini adalah sekumpulan pemuda melayu yang bacul dan takut kepada perkara mungkar dan bathil bikinan pemimpin kamu dan ini lah kumpulan pemuda umno paling hina , lemah serta tak berguna pada bangsa ,agama dan negara sejak pemuda UMNO ditubuhkan.
Bertempik, Melolong umpama anjing melahap habuan, hidup penuh kepuraan sambil menjarah kemewahan...yang dalam dewan himpunan lembu lembu pawah menumpang semangkuk sorang habuan sambil bertepuk, bersorak riuh rendah kegalakan yang diluar dewan seperti mak Bedah, mak cik Leha, pak ngah Mat, ayah teh Him dan seumpamanya lagi yang berada diceruk kampung turut bersorak gembira...kurang kurang merasa jugak habuan celahan taik gigi..ia!!!...itulah kesah penganut UMNO sepanjang zaman.
ReplyDeleteTunggu hang leha..galak sungguh hang noooo dok pi perhimpunan umno di kl. Balik satni aku cabai puki hang.
DeleteKalu leha bak balik cucoq ubi, tak kan tak mau seketoi dua? Laa ni musim hujan, mana boleh motong.
DeleteStandard kami orang kampong ni ubi kayu memang kami tanam. Insyaallah sentiasa ada kat belakang rumah.
DeleteTak payahlah nak pi berhimpun di pwtc tu. Tak pernah dapat apa pun. Setakat pi untuk meramaikan saja. Nak tunjuk umno tu gah. Itu saja.
Hidup kami cukup berubah sejak najib jadi perdana menteri ni. Dulu di zaman tun mahathir boleh jugalah simpan duit sikit2 dalam ASB.
La ni tak sah hidup kami kalau tak berhutang.
Nak beli ikan temenung sekilo pun kena pikiaq byk kali.
Menteri bolehlah kata harga ikan temenung RM10 sekilo sebab depa tak pernah pi market.
Depa hanya kenal ikan tenggiri, nyok2, bawai dan jenahak saja.
very agreed this statement..... very true....
ReplyDeleteTahniah Ezam...teruskan bongkar segala penyelewengan
ReplyDeleteSape pengkhianat!!! Sape dilaknat???? Kahkah
ReplyDeleteKJ dan pemuda umno lagak lebih...cina jho lo perompak pun tak berani usik..cina singapore yg lebih berani dari melayu malaysia...
ReplyDeleteWang khairat kematian ayah kena potong RM3,200 bayar saham FGV
ReplyDeleteSEORANG anak Peneroka FELDA Palong, Negeri Sembilan mengamuk selepas mendapati wang khairat kematian ayahnya telah dipotong sebanyak RM3,200 oleh FELDA bagi membayar Saham Felda Global Venture, FGV.
Beliau mendakwa baki wang khairat kematian ayahnya yang meninggal dunia lebih setahun lalu sepatutnya berjumlah RM7,000 hanya RM3,800 diterima, manakala RM3,200 lagi telah dipotong untuk pembayaran Saham FGV.
Apabila ditanya mengapa FELDA membuat pemotongan terhadap wang khairat kematian itu walaupun pemotongan bayaran Saham FGV telah dibuat setiap bulan melalui pemotongan hasil ladang, pegawai yang berkaitan sekadar menjawab, ia adalah arahan dari ibu pejabat.
Read more: http://www.milosuam.net/2016/12/wang-khairat-kematian-ayah-kena-potong.html#ixzz4RXMCSP5Z
Ramalan mamak kutty bukannya betul...auta yg lebih, kan Hadi boleh tolong?
ReplyDeleteBN PASTI AKAN HILANG KUASA DI EMPAT NEGERI
30 November 2016 at 15:44
Ramalan mamak kutty bukannya betul...auta yg lebih
Ini adalah suatu analisis atau ramalan yang mudah berasaskan random sampling secara senyap di akar umbi oleh saya sendiri dan kawan-kawan di seluruh negeri sejak dua bulan lalu yang menunjukan UMNO berada dalam kedudukan yang sangat rapuh dan pimpinan Datuk Seri Najib amat tidak popular di seluruh pelusuk tanah air.
Rakyat biasa menolak BN bukan atas soal IMDB atau RM 2.6 Billion tetapi mereka merasa tikaman GST, kenaikan harga barang dan juga kejatuhan ringgit.
Tinjauan ini mendapati hanya lima buah negeri yang akan kekal di tangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan pada bulan April tahun depan.Negeri-negeri itu ialah Johor, Melaka, Perak,Perlis dan Pahang.
Yang sudah pasti akan berada di tangan pembangkang ialah Kedah,Kelantan(Pas kekalkan kuasa),Terengganu dan Pulau Penang (Kerajaan yang sama).
Sebab utama Kedah akan jatuh ketangan pembangkang ialah kemenangan BN di pilihanraya umum lalu adalah faktor Mukhriz. Oleh kerana ada jaminan pertukaran Menteri Besar kepada Mukhriz Tun Dr.Mahathir maka rakyat memberi undi kepada BN dan sekarang rakyat Kedah termasuk veteran UMNO dan penyokong Pas tidak lagi dapat menerima barisan kepimpinan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dianggap sudah " Basi".
Anak-anak muda di Kedah sedang bergerak cergas menyokong Mukhriz mengembangkan Bersatu (PPBM).
Hingga kini Mukhriz mendukong simpati ramai kerana rompakan kuasa darinya dirasakan oleh rakyat Kedah sebagai merompak hak mereka.
Di Terengganu ke pimpinan negeri Ahmad Razif Abdul Rahman lebih mudah jatuh kerana dari awal berada dihujung tanduk dan tidak mesra rakyat malah maruahnya hilang di mata rakyat apabila semua anugerah kebesarannya dilucutkan oleh Sultan Terengganu.Beliau satu-satunya MB yang tidak bergelar Datuk
Malah nama MB Terengganu ini tidak diingati oleh sebahagian besar rakyat negeri itu.
Pimpinan Pas Kelantan telah membulat nikat tidak akan menyerahkan Kelantan kepada BN dengan apa cara sekalipun dan telah pun menggerakan jentera operasi senyap tapi rakus di kawasan-kawasan yang dipegang oleh BN termasuk kawasan Parlimen Mustapha Muhammed.
Mereka tidak bagitu ghairah dengan kerjasama Pas UMNO yang diterokai oleh Presiden Pas Haji Hadi.
Keadaan hubungan PAS UMNO di Kelantan adalah pepat di luar rencong di dalam.
Di Pulau Pinang rakyat dapat melihat dengan jelas pembangunan agresif di bawah pimpinan Ketua Menteri DAP Guan Eng,sekurang-kurangnya mereka dapat melihat Penang lebih bersih dibandingkan dengan "kekotoran" di bawah BN dulu.
Saya tidak dapat meramalkan kedudukan BN di kawasan Parlimen kerana ini bergantung kepada samaada akan berlaku satu lawan satu atau BN dapat memecahkan kepada pertandingan dari beberapa penjuru.
Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung sekarang mestilah bersedia untuk menerima hakikat pahit bahawa BN pasti akan hilang kuasa sekurang-kurangnya di lima negeri.
Ini bukan fitnah tetapi informasi yang berhemah
Posted by zainudin maidin at 15:16
MUDAH MUDHAN BUKANSAJA 4 NEGERI, TAPI SEMOGA BM KEHILANGAN SELURUH KUASANYA DI MALAYSIA. PERGI JAHAMAN DENGAN UMNO BN.
DeleteOxford graduate??????
ReplyDeleteImpossible....oxford gradute turning a blind eye on what is happening in our country?????
Jangan bagi malu oxford bro!!!!
Oxford provides only education...no dedak.
Deleteplagiat Oxford
DeleteMamat ni pentingkan karier politik dia saja. Wadah politik dia bukan politik untuk rakyat atau politik perjuangan nusa bangsa tetapi lebih kepada politik nak jadi PM. Mamat ni bercita-cita tinggi. Sangatt..
ReplyDeleteMamat ni sebenarnya takut nak lawan arus. Takut hilang apa yang diimpi-impikan selama ni. Dia takut hilang pengaruh dan jawatan. Kalau hilang semua tu, habis musnah segala apa yang dibina selama ni start dari bawah. Sejak beliau masuk dalam inner circle Pak Lah dengan menjadi speech writer beliau kemudian dengan kahwin dengan anak beliau Noori.
Perjalanan politik dia selama ini pun banyak berkisarkan to position himself pada tempat yang betul, building his image, burnish his credentials dengan modelling, berlakon, wataniah, iron man, polo national team, zumba, brigadier general semua tu nak naikkan saham dia jer. Bukan ikhlas sangat pun perjuangan politik dia. Politik beliau politik untuk diri-sendiri demi cita-cita peribadi.
Berbeza dengan zaman pemuda dulu sejak zaman Shima, Zahid, Anwar, Shuhaimi Kamaruddin yang banyak memperjuangkan isu rakyat dan lantang mengkritik pucuk kepimpinan sekaligus dikenali sebagai kumpulan pendesak dalam parti, Pemuda di bawah lebih dikenali sebagai kumpulan pendedak. Semua pemuda kenyang makan dedak. Pemuda bawah Khairy tak peduli pun apa yang jadi kat rakyat kat bawah. Ada aku kisah..
Berapa ramai ahli secara spiritual masih bersama Umno, soal PPBM
ReplyDeleteKUALA LUMPUR: Bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin menyoal sama ada Khairy Jamaluddin sedar berapa ramai daripada 3 juta ahli parti itu yang secara spiritual masih bersama Umno.
Beliau yang juga ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, kepimpinan Umno kini harus sedar sama ada ahlinya masih mempunyai kepercayaan penuh terhadap kepimpinan parti.
“Khairy perlu memberi fokus membawa kembali semangat Umno dan bukannya bimbang tentang kami (PPBM) atau berapa ramai penyokong kami.
“Terdapat ramai daripada mereka pada perhimpunan (Perhimpunan Agung Umno) itu tetapi adakah kepercayaan mereka masih terhadap Umno seperti sebelum ini. Jika tidak, mereka harus bertanya kepada diri sendiri, mengapa tidak?” soal beliau.
Beliau berkata, Khairy harus berusaha menerapkan kepercayaan dalam parti dan bukannya melancarkan perang politik dengan PPBM melainkan jika parti baru itu mampu menjadi ancaman besar kepada Umno.
“Beliau perlu bertanya mengapa mereka menghadapi ini (masalah). Mengapa ramai ahli Umno tertanya-tanya sama ada mereka harus bersama parti itu,” katanya kepada FMT ketika ditanya mengenai ucapan Khairy hari ini untuk perwakilan Umno.
Anina berkata PPBM bukan sahaja akan bertanding di semua kerusi kuat Umno di kawasan luar bandar tetapi “di semua kawasan yang Umno pertandingkan. Di mana sahaja mereka bertanding, kita akan bertanding,” katanya.
Beliau juga memberitahu FMT mula memakai tudung sejak 29 Nov. Anina menjelaskan ia tidak ada kena mengena dengan permintaan orang bawahan.
“Saya menghormati pendapat rakyat kerana saya tahu mereka suka saya. Tetapi hari ini, saya memakai hijab, bukan kerana sesiapa memaksa saya. Hati saya memberitahu saya untuk berbuat demikian kerana saya kini bersedia untuk fasa baru dalam hidup,” katanya.
Khairy, ketua Pemuda Umno semasa berucap pada Perhimpunan Agung Umno 30 November berkata Umno dan PPBM akan berkempen terhadap penyokong yang sama, dan kesetiaan yang terbahagi adalah membimbangkan.
Oleh itu, beliau menghantar satu mesej yang jelas kepada perwakilan, dalam politik, sebaik sahaja anda berada di luar Umno, akan wujud garisan dan tiada tempat dalam Umno bagi mereka yang secara sembunyi bersimpati dengan PPBM. Ahli Parlimen Rembau itu juga memberi amaran jangan memandang rendah terhadap PPBM.
Khairy juga mendedahkan terdapat berita yang tersebar tentang bagaimana kepimpinan PPBM mengarahkan penyokong mereka dalam Umno mengekalkan kesetiaan dan mengejutkan Umno dengan serangan hendap apabila pilihan raya umum diadakan.
Itulah dia sebebarnya ahli umno org melayu yg bodoh kerjanya tepok tangan saja dpt apa diperkudakan saja ketua pemuda pula nak tunjuk hebat sampai cina haram jadah tu tipu duit rakyat pun sokong senyap je kau org melayu umno hanya ada besikal buruk rumah murah jadi pengemis umno tidak akan tolong kamu pemimpin akan cari duit cari harta gunakan nama melayu umno dan islam kesian org umno org melayu
ReplyDeleteada bau burit busuk lah kat sini!
DeleteAda ku kesah...ko graduan Oxford? Cambridge? Havard?...CGPA 3.85?...Phd?...Dr. Zahid? Dr Poad?...Jahanam semua itu.
ReplyDeleteApa reti kelulusan setinggi itu kalau malapetaka ketua RASUAH dan penyelewengan tak dapat difahami?...atau mereka yang berkelulusan prestij seperti mereka hanya mementingkan tembolok sendiri dengan laungan membela bangsa dan negara sebagai topeng.
UMNO pimpinan Najib telah reput sereput reputnya...kamu makan dek sumpah rakyat yang kamu tipu dan khianati.
Biarklanlah....UMNO dan Najib syok sendiri....lagi banyak mereka cakap, lebih lebih lagi mengutuk dan menghina Tun M yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara...kata kata mereka akan memakan diri sendiri.
Biarkanlah!...UMNO dipenghujung nyawa, mereka akan meluahkan kata kata yang jelek dan menyemarakkan lagi kebencian dihati rakyat.
Aku mudah lupa....
Dulu aku menyokong UMNO...
Tapi kini aku dah lupa.
Memang aku mudah lupa
Tapi aku tak akan lupa...MO1 PENCURI!
Biasanya perbuatan baik mudah dilupa. Tapi pencuri harta negara.....sampai mati tak blh lupa. Betui tak tuan?
DeleteCik Odin ooii..hang lupa ka? CASH IS KING..MELAYU MUDAH LUPA..sekali Najib taboq..berderu orang Melayu mai..pangkah kat dia lagi..tu yang KJ maksudkan tu..jangan marah haa..
DeleteAku pun akan lupa undi BN
ReplyDeleteAku pun mudah lupa
ReplyDeleteMasa pak mertuaku kerusi perdana
Tingkat empat aku bersinggahsana
Urusan projek aku yang tala
Aku pun mudah lupa
Masa menang jawatan pemuda
Orang 'boo' aku bagai nak gila
'Rasuah, rasuah' itu yg dikata
Aku pun mudah lupa
Siapa yg songlap wang negara,
Berbillion lesap angkara siapa
Mesti Tun Mahathir punya kerja
Aku pun mudah lupa
Jo low Reza apa cerita
Kenapa disiasat seluruh dunia
Kes rogol ke kes apa?
Aku pun mudah lupa
Kenapa umno kini dicerca
Pemimpin pulak terus dihina
Boleh bagitahu sebab apa ye?
Aku pun mudah lupa
Ramai umno dah lari kesana
Parti Bersatu apa ke benda
Kata Tun Mahathir jadi ketua
Aku pun mudah lupa
Kes lembu heboh negara
Kawan aku gak yg punya kerja
Tapi selamat tak apa apa..
Aku pun mudah lupa
Dah kaw kaw kutuk si tua
bos dan isteri rasa berbangga
Jawatan kekal projek berganda
Engkau pun mudah lupa
Kutuk Mahathir rakyat membara
Banyak jasanya rakyat tak lupa
Kau tak terbanding jauhnya beza
Kuali Jelmaan yang bijak bistari
Seratus juta lesap ada kau cari
Kau berkuasa dihari ini
Rakyat tunggu PRU nak balas budi
welcome back fan tun
Deletewe missed u
Yeah..ahlan wahsahlan Fan Tun..serve you right KJ aka Kaldai Jongos
DeleteSudah lama hilang minat terhadap persidangan Umno.
ReplyDeleteHello Kj,jangan hendak mengalih isu.Bukan isu Tun serta orang lain.Tun pembawa mesej serta suara kegelisahan rakyat kebanyakan.Sepatutnya,perhimpunan ini lebih kepada meningkatkan kekuatan Umno dan membincang masalah hala tuju negara,bukan nak salahkan orang lain.Dah rasa tergugatkah?Jangan ingat kami rakyat semua lupa 1mdb,rasuah,pecah amanah,menipu oleh Pm,itu belum masuk tentang bab ekonomi negara dan banyak lagi.
Nasib baik Tun diberikan kekuatan oleh Allah untuk membawa suara kegelisahan kami.Apa?...nak harapkan Pak Lah?......baik bagi bantal dengan tilam .
Semua pertunjukan sarkis mengampu sebab mengharapkan habuan wajib dihentikan dengan salah satu langkah yang semua tahu Najib kena pergi (memang takut nak henti sebab hukuman besar akan menanti ).Cukuplah semua ini.....dah tepu...demi masa depan generasi anak anak serta cucu cicit yang berkualiti serta pemikiran ada class PRU 14 terpaksa say Goodbye Umno@ Parti Najib & co.
Bekas penyokong kuat Umno/BN 5 pilihanraya.
KETUA PEMUDA KHUNSA..itu adalah gelaran yg layak..menjadi jantan apabila menghentam Tun..menjadi betina bila isu 1mdb..
ReplyDelete2008,bn byk kalah angkara siapa?? Kami tak lupa!!
Kuasa budak tingkat 4 lebih dari PM angkara siapa?? Kami tak lupa!!
kes KBS hilang 100 juta angkara siapa?? Kami tak lupa!!
Kpd ahli umno yg nak turut serta hadir ke persidangan umno kali ni,adalah baik anda semua pakat boikot persidangan bodoh ni..persidangan untuk menjayakan agenda membodohkan Melayu secara halus..takde sikit pon mendatangkan faedah dan manfaat untuk didengar apatah lagi untuk diteliti dikaji akan isi ucapan yg semata2 utk ke bakul sampah..!dewan perhimpunan pula tak ubah seperti dewan ibadat penyembah najib!!
Fan Tun....BRAVO! Nukilan pantun yang tepat. Sesungguhnya akan jadi lirik lagu kita sumbangkan kat KJ! Keep up the good work.
ReplyDeleteSoalan-soalan yang Ezam kemukakan untuk KJ jawab tu memang relevan, iaitu kenapa kenapa kenapa, tetapi masih belum dijawab.
ReplyDeleteDok asyik merungut pasal seorang tua yang mudah lupa hingga diri sendiri yang muda pun lebih kurang sama juga - yang itu pun dia x sedar.
Kebanyakkan soalan-soalan yang Ezam kemukakan sekarang sebenarnya telah dibangkitkan sejak tahun lepas lagi oleh pelbagai pihak. Malah khusus dari KJ dan Pemuda UMNO. Mungkin dah basi sekarang, maka x heran lah kalau KJ dah lupa.
Tetapi x semestinya senario dulu dan sekarang masih x berubah. Yang ketara berubah ialah kes songlap 1MDB telah berlangsung di mahkamah Singapura.
Kes mahkamah itu mahu x mahu telah mengukuhkan lagi desakan KJ yang dibuatnya pada tahun lepas supaya Jho Low disiasat di atas penglibatannya dalam 1MDB.
Tapi nampak-nampaknya ciri jenayah yang jelas tanpa memerlukan sebarang suluhan lagi, pasca mahkamah Singapura, itu akan berkisar dalam kiasan melukut di tepi gantang sahaja. Disebabkan telatah KJ yang dok asyik menuding jari ke arah seorang tua yang mudah lupa, walhal empat jari bakinya terarah ke dirinya sendiri.
Malah pada tahun lepas, x lama selepas KJ membuat desakan supaya Jho Low disiasat, tap tip top Jho Low diberitakan telah muncul di tanah tumpah darahnya ala sesenang "a walk in the park".
Tiada seorang pemuda UMNO pun yang berani meneriak, "Polis, tolong tangkap itu pencuri!". Secara x langsungnya Jho Low telah mengeluarkan isyarat jari tengah kepada Pemuda UMNO, kan?
Itulah yang Pemuda UMNO dapat jika mereka tidak berupaya menyelesaikan masalah pada puncanya. Ada faham?
perlu difahami semua
Deletedisebabkan 1mdb lah ekonomi kita merosot
nilai ringgit merudum
kos sara hidup meningkat
segala subsidi ditarik
gst dikenakan
itu semua bahana 1mdb
najib dll yg rasa nikmat billion2
Dalam PAU, najib kata melayu akan hilang segalanya jika pembangkang memerintah yang dikuasai DAP..
ReplyDeletehuh dasyat...cuba kencing dalam tempurung dan suluh muka tengok ada tanduk tak..
1. Semua duit glc yang jadi naungan kepada orang melayu dia perkuda untuk bantu 1mdb yang dia rompak termasuk duit tabung haji..
2. Tanah yang dikhaskan untuk bina pusat perniagaan melayu dia jual mcm kacang putih dan akhirnya terlepas ke china.
3. Anak2 melayu yang belajar diluar negara terpaksa "merangkak" balik sebab biasiswa telah dipotong.
4...........
### jangan pergi ke banglo kosong atas bukit itu kerana ada hantu dan harimau... tapi yang sebenarnya banglo itu adalah tempat sembunyikan harta yang dicuri.
Jangan undi pembangkang jika tidak mahu hak melayu tergadai.. jika pembangkang menang macam mana nak curi semua harta melayu macam sekarang..
Bawa bini pi shoping kat petaling street jer lah...
Wow bagusla joe harry..mmg melayu setan si najib tu termasukla anak bini ngan pendamping2 dia kat umno..tuiihhh
DeleteBetui joe. Nak selamatkan diri babijan dok takut2kan org melayu. Org melayu dah sampai angkasa. Org melayu dah sampai kutub utara dan selatan. Gunung everest dah ditawan. Melayu hancuq pasai sorang bugis dan sorang cina puaka.
DeleteKJ bukan pengkhianat.
ReplyDeleteKJ adalah menantu abah.
La ni abah dh xde jawatan
Menantu gayut je kt mana2 boleh.
Apa ada dgn maruah kalau kbs hilang 100 juta disenyapkan begitu shj
HINA HAIWAN KERANA TAK ADA AKAL, MANISAI ITU LEBIH HINA DARI HAIWAN JIKA ADA AKAL TAPI TAK TAHU GUNA DENGAN BETUL. INILAH YANG BERLAKU KEPADA PEMIMPIN UMNO HARI NI. LEBIH HINA DARI HAIWAN.
ReplyDeleteRamai rakyat Malaysia terlalu taksub dengan keluludan Khairy,kononnya kelulusa Oxford,aku nak tanya.....apakah hanya dengan kelulusan Oxford saja sudah cukup menjadikan seseorang itu pemimpin yang bijak walau pun ketokohan sikit pun tidak ada !!.....baigamana dengan Tun Mahathir??...bdliau tidak berkdlulusan Oxford pun tetapi mengapa beliau disegani seantero dunia....kerana apa??...kerana beliau seorang pemimpin yang ikhlas dan amat menyintai agama ,bamgss dan tanah air,selain dari bijak dan berwibawa.Dan apa yang kita boleh yang ada pada Khairy ialah suka glamour,perasan cerdik lebih dari orang lain dan suka berpura pura.Manusia seperti ini amat berbahaya kepada negara.
ReplyDeletetak taksub pun...
Deletedegree oxford dia tu dah backfired
org ungkit dan kaitkan oxford dia bilamana ada benda negatif bkenaan tuan empunya diri si KJ
Demi Allah..aku dan kawan2 tak akan undi kau khairy parlimen Rembau..poyi mampuih la kau!!
ReplyDeleteKepada rakyat Malaysia yang terlalu taksub kepada siKhairy lulusa Oxford ni aku nak pesan....jadi2lah dok berkhayalnya terutama yang gadis2 dikatakan ramai dok minat dengan siKhairy ni dan yang pemuda2 pula dok minat nak jadi glamour macam Khairy!!...sudah2lah saudara saudari hidup dialam khayal...sebaliknya bangkitlah hiduplah dialam realiti....negara kita dalam keadaan bahaya!!....
ReplyDeleteSebenarnya aku rasa si kj ni lah org paling pelupa..sebabnya dengan kerakusan merebut kuasa dan harta lupakah dia pabila mati nnt tiada satu pun berguna...lupakah kamu untuk menjalankan amanah setelah dipilih menjadi wakil rakyat..ingat janji allah adalah benar..setiap kesalahan yg dilakukan akan dihitung dan dibalas and the same thing goes to najib and his kleptokrasi cabinet..walaupun kamu lupa semua itu telah dicatat..
ReplyDeleteKhairy kebas duit KBS 100juta pun Najib tak berani nak kata apa sebab takut terbuka rashia.Satu lagi Najib takut bila didapati bersalah terpaksalah kena diambil tindakan dan sudah tentulah terpaksa buang dari kabinetnya.....sedangkan Najib amat bergantong kepada Khairy..maklumlah lulusan Oxford!!....Najib amat pandang tinggi pada Khairi ni....almaklumlah Najib sendiri pun ngaji sekerat jalan je!!....kalau tak silap aku ngaji sampai SPM aja!!...atas belas ihsan Tun Mahathir kerana ingat jasa bapa dia diangkatlah jadi MB Pahang,dan setelah menjadi MB barulah Najib ni pergi celup sijilnya diLondon konon!!....tetapi sekarang ni dia menjadi pendurhaka kepada Tun.....semuga Allah membalas segala kejahatannya dengan kadar segera,InsyaALLAH.
ReplyDeleteMatila semua umno..binasala bajib semah..lenyapla bn...
ReplyDeleteKERIS
KJ aka Kaldai Jongos
ReplyDeleteDari kamus Dewan Bahasa:
Kaldai = sejenis binatang seakan-akan kuda tetapi lebih kecil dan telinganya panjang dan juga dipanggil Baghal dalam bahasa arab. Peribahasa melayu - "kaldai hendak dijadikan kuda"- bermaksud orang bodoh hendak dianggap/dijadikan orang pandai.
Jongos = orang/budak suruhan
Oxford wak lu..kasi malu orang rombou yo!!
Aku harap orang2 Rembau semua telah sedar....kali inilah kita jatuhkan Khairy Jamaluddin.....simamat ni bukan boleh buat apa2 pun untuk rakyat asyik dok tunjuk glamour saja dengan program2 tak berguna yang hanya membazir duit rakyat sahaja.Ayoh mari kita tolak Khairy biar sampai tersadai...
ReplyDeleteBercerita pasal KJ ni ... dia adalah seorang yang 'opportunist' yang di war warkan sebagai 'brilliant' , oxford grad .
ReplyDeleteSedarlah ... ramai di luar sana yang senyap dan sunyi berkelulusan dari Cambridge , Harvard atau MIT .
Cita cita serta nafsu ingin menjadi PM paling muda sungguh meluap luap .. itu ramai yang tau dan sedar . Tapi bagaimana caranya ?? pastinya memerlukan 'batu loncatan' yang kuat lagi besar !
Maka tumpuan KJ pada mulanya adalah kearah Nurul Izzah ... cantik , bijak dan anak Timbalan PM ketika itu . Apabila trajedi 1998 terjadi dan Anwar 'jatuh' , matlamat itu juga turut berkubur .
Naik pula Pak Lah ... hala tuju KJ pun beralih ke anak gadis Pak Lah . Sebagai anak jantan , KJ sedar anak Pak Lah tidak setanding anak Anwar , tapi demi cita cita untuk pendakian segera , KJ 'go ahead' juga ... the rest is history .
Lain lain kisah tak payahlah di panjang lebarkan ..
Kalau tak kang , molotup lotup pulak kek Rombau . Pokan Rombau tu bukan bosa sangat .
Bila UMNO BN kalah nanti. Ramai macai termasuk KJ akan u-turn 360 darjah. Masa itu mereka akan kutuk dan maki hamun Najib-Rosmah. Ketika itu juga, skill menjilat akan digunakan utk ampu pemimpin dari parti kerajaan yg baru....
ReplyDeleteKhas utk pemimpin² dan macai UMNO..puiii puiiii dan puuuiiiiii....!!!
Oleh itu jagan main2 acah aja,jom mari ramai2 orang N.Sembilan kita jatuhkan Khairy dan umno N.Sembilan pada PRU14 nanti.
ReplyDeleteApalah Budin. Macam mana nak tengok cermin ? Asyik Nampak dedak jer !
ReplyDeleteAsa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.