Monday, 5 December 2016

RELA TIGA PENJURU JUGA SUATU BENTUK KERJASAMA


Untuk menafikan kemungkinan wujudnya kerjasama antara Pas dan UMNO berikutan kebersamaan Hadi Awang duduk sepentas, bermesra dan berpimpin tangan dengan Najib Razak dalam program Solidariti Rohingya, Tuan Ibrahim Tuan Man pantas menyifatkan andaian itu sebagai fitnah belaka.

Kata Timbalan Presiden Pas itu, Pas tetap akan bersaing dengan UMNO dan sebarang bentuk kerjasama tidak mungkin berlaku kerana ia melibatkan soal pembahagian kerusi.

UMNO, katanya tidak mungkin mengizinkan kerusi-kerusinya untuk dilepaskan kepada Pas dan begitu juga, Pas pasti tidak akan melepaskan kerusi miliknya kepada UMNO.
Oleh itu, mustahil Pas dan UMNO akan mengadakan kerjasama politik dan adalah suatu bentuk fitnah mereka yang mencanangkan demikian, ujar beliau.

Apa yang mungkin Tuan Ibrahim teralpa ialah kerjasama boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Ia tidak terhad dari segi pembahagian kerusi dan setuju berpakat semata-mata.

Berkeras untuk kekal sendirian dan membiarkan berlakunya pertandingan tiga penjuru juga boleh dianggap suatu bentuk kerjasama yang secara tidak langsung untuk memberi kelebihan kepada UMNO dan BN serta akan menafikan kemenangan pihak lain.

Harus disedari bahawa Najib berbaik dengan Pas bukanlah untuk kepentingan Islam, Melayu, ummah, rakyat atau apa-apa yang lain yang bercirikan kebaikan. Ia hanya bertujuan politik untuk mengekalkan kuasa UMNO dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri setelah tembelang skandal 1MDB dan kemasukan wang beribu-ribu juta ke dalam akaun peribadinya terdedah kepada umum dan menjadi bualan seluruh dunia.

Najib tidak mungkin mengenyit mata kepada Pas jika kedudukannya tidak terancam dan kuasanya benar-benar selamat. Pas hanyalah pelampung untuk beliau menyelamatkan dirinya.

Apakah menyelamatkan masa depan Najib yang skandalnya terang lagi nyata merupakan amar makruf nahi mungkar bagi Pas?

Sebagaimana Pas tidak mungkin melepaskan kerusinya kepada UMNO dan UMNO juga pasti tidak akan melepaskan kerusinya kepada Pas, UMNO sebenarnya memang mengharapkan berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Sebagaimana UMNO akan menjadi lebih susah jika wujud kerjasama rasmi dengan Pas, Pas juga bakal menghadapi penolakan daripada penyokongnya sendiri kiranya berbuat demikian.

Dengan kelebihan media, penggunaan jentera kerajaan dan wang tanpa sempadan, pertandingan tiga penjuru pasti  lebih memudahkan UMNO untuk mencapai kemenangan. 

Dengan itu, sedarkah Pas bahawa pertandingan tiga penjuru turut juga merugikan mereka, walaupun dalam waktu yang sama dapat menunjukkan kepada penyokong di kampung-kampung bahawa mereka kononnya kekal istiqamah dalam perjuangan?

Apakah kemenangan Pas lebih baik atau lebih buruk jika berlaku tiga penjuru? Apa gunanya kekal bersaing dan istiqamah dalam perjuangan jika asyik kalah memanjang?

Bukankah lebih molek jika Pas berunding baik-baik dengan parti-parti pembangkang lain dan bergerak sederap untuk mengalahkan UMNO, seterusnya dapat meletakkan diri sebagai sebahagian daripada kerajaan baru yang menggantikan BN nanti?

Jika benar ingin kekal bersaing,  Pas harus sedar kedudukannya sebagai salah satu parti pembangkang ialah untuk saling bekerjasama dan bukan berlawan sesama sendiri?
Yang menjadi persoalan ialah mengapa Hadi Awang tidak segan mempamerkan kemesraan berlebih-lebihan terhadap Najib, tetapi dalam masa yang sama menunjukkan sikap keras untuk bekerjasama dengan rakan-rakan pembangkang yang bertujuan menyelamatkan negara ini?

Di pihak UMNO, kiranya mereka ikhlas kepada Pas, ia tidak sekadar berbaik dan bekerjasama dalam perkara-perkara tertentu sahaja dan kemudian membiarkan pertandingan tiga penjuru berlaku, sebaliknya mempelawa Pas secara rasmi untuk menyertai BN. 

Inilah masanya untuk melupakan soal kerusi dan mengutamakan mengenai soal Islam, Melayu, ummah dan rakyat secara jangka panjang dan melalui hubungan yang berkekalan. 

Merelakan pertandingan tiga penjuru hanya menjadikan Pas sebagai perkakas kepada Najib dan UMNO serta pasti mereka tidak dihargai lagi selepas kemenangan sudah berada genggaman.

Bolehkah Pas membayangkan apa nasib mereka selepas pilihanraya nanti, lebih-lebih lagi jika ketika itu UMNO memiliki kerusi yang lebih selesa?

Adakah Pas akan terus digilai, dijemput bersama dalam mana-mana perhimpunan seperti Rohingya dan sebarang usul persendirian di Parlimen akan diberi laluan?

Pilihan di tangan Pas, tetapi merelakan pertandingan tiga penjuru yang kemudian memungkinkan Najib dan UMNO kekal berkuasa serta menyebabkan Pas dilupa dan diabaikan, bukanlah suatu pilihan. (SH 05/12/2016).

42 comments:

  1. Pas adalah Parti yg bodoh, bahalol and sanggup dipergunakan oleh umno.
    Hadi Mau kena Tarik lebainya dan di buang dalam parti, Tak Guna jadi presiding kalau senang di perbodohkan oleh umno bn and Najib pencuri.
    Umno memamng nak gunakan pas but cuma pas and ketiga Naib presidents nya Saja yg bodoh and bahalol. Kerana Tak tau nak nasihat president depa yg Katanya nak saman tapi sampai la Hanukkah pun Tak Ada....macam Najib bangsat jugak.
    Hidup bersatu !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petikan dari MALAYSIAKINI.

      Ketua Pejabat Ketua Pembangkang Malaysia, Malek Hussin, hari ini berkata usul tergempar untuk membincangkan penindasan di Myanmar itu pernah dibawa Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kira-kira empat tahun lalu lagi.

      Bagaimanapun usul berkenaan ditolak speaker Dewan Rakyat.

      "Seawal Nov 2012 MP Lembah Pantai @n_izzah kemukakan usul tergempar isu Rohingya. Patutnya dibahaskan (di) parlimen dulu lagi. Kenapa ditolak?" katanya di Twitter hari ini.

      Nampak sangat main wayang.

      Delete
    2. Politik menipu, cakap berbelit belit....munafikkk!!!

      Delete
    3. Assalamualaikum, Mereka penyokong dan pencacai PAN tak mahu dengar bila kita mengingatkan mereka bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan MCA dalam hal hal kepentingan dengan cina tapi tetap bebal dan bongok mendakwa perhimpunan solidariti Rohinya bermotif politik.Apa kejadahnya mereka letakkan politik lebih tinggi dari ugama?DAP boleh gelak sakan dengan perangai sekutu mereka yang menjadikan semua perkara yang melibatkan PAS Umno sebagai politik.


      Penolakan speaker terhadap usul yang mereka bawa di Parlimen sejurus sebelum bermulanya perhimpunan dianggap wayang politik PAS Umno dan kerana itu mereka enggan hadir memberi sokongan kepada Rohinya sebab sokongan yang mereka tawar menerusi undi Parlimen ditolak.Pada mereka mencapai resolusi mengutuk kerajaan Myanmar lebih besar dari berhimpun bersama ethnik Rohinya.Punya bongok mereka ini sambil pencacai pencacainya pula meneruskan perangai pencacai Umno, kata nak lawan Umno tapi peninggalan pencacai Umno juga diambil sebagai peluru kapor untuk serang PAS.Apa ker hal?

      Lebih bongok bila ada penyokong mereka yang mendakwa non partisan menyamakan perhimpunan solidariti ini dengan bersih 4 & 5 kononnya perhimpuna bersih untuk rakyat tapi enggan dihadiri PAS tapi perhimpunan solidariti Rohinya yang juga perhimpunan untuk rakyat hadir pulak bersama sedondong dengan Umno pulak tu? Bongok sampai tahap gaban.Soalan pertama nak tanya Bersih itu untuk bela rakyat Malaysia yang ditembak, disembelih, dirogol oleh Umno ker? Soalan kedua nak tanya apakah rakyat Malaysia semuanya menyokong Bersih? Kalau semua rakyat sokong bersih sudah tentu PH akan menang pilihanraya dan Umno akan kiok.

      Macam mana minda penyokong PAN ni? Segala perkara adalah politik buat mereka dan kalau perkara itu tidak memenuhi selera politik mereka, macam macam alasan yang diberi untuk mengelak dan mengutuk.kenapa mereka tak belajar dari DAP yang dengan mudah mengenepi sentimen politik apabila kepentingan kaum cina digugat.

      Bodoh pian penyokong dan pencacai PAN............Ugama letak belakang, utamakan politik merebut kuasa dulu..........Jadilah mokpek DAP selamanya........

      Delete
    4. Di kertas undi, rakyat ada beberapa pilihan untuk memangkah sama ada BN, PAS,PH atau BERSATU. Namun pilihan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat kini hanya mampu dicapai melalui pimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Hakikat ini pastinya mengundang sinis dan pandangan kontradik. Namun jika ditelusuri perkembangan semasa dan rekod yang sedia ada, sudah pasti rakyat dapat menilainya.


      Sejak tertubuhnya PAS, dasar Islam tidak pernah berubah. Sehinggalah tertubuhnya Pakatan Rakyat, dasar dan matlamat PAS kekal lestari. Apabila DAP mula berubah tingkah apabila mempertikaian syariah, PAS rela bermufarakah. PAS tidak memperniagakan Islam demi undi. Rela ditolak rakyat namun redha Allah bukan galang ganti.

      Dari sudut pentadbiran, tiada rekod penyalahgunaan kuasa dan rasuah semasa PAS memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kerajaan Kelantan adalah model tunggal kerajaan bersih di Malaysia meskipun sudah menjangkau hampir 30 tahun. Hak-hak rakyat didahulukan bukan sekadar retorik. Pemimpin tidak menimbun harta berjuta. Hidup cukup sekadar apa yang sedia ada. Kebajikan dan keimanan rakyat dijaga.

      Bagimana pula UMNO/BN dan pemimpinnya di hari ini? Ketirisan ekonomi, penyelewengan dana, rasuah dan pemborosan benar-benar meletakkan negara dalam keadaan terhimpit dan tergugat. Mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Idris Jala pernah membayangkan negara akan bangkap. Lantas PM Najib memperkenalkan GST yang ternyata memeras hidup rakyat. Ahmad Maslan berforum harga barang akan turun. Title menteri otak diibaratkan taraf tok dukun.

      Kini, mata wang merudum, harga barangan dan perkhidmatan melambung. Ribuan modal insan kehilangan kerja, kemasukan boroh asing memeritkan lagi nasib pribumi. Akhirnya meningkatlah jenayah, bunuh dan tembak di sana-sini. Keamanan negara di hujung tanduk antara pertembungan Baju Merah dan Baju Kuning.

      PH yang bercita-cita menggantikan BN adalah buaya menanti. Bibit-bibit rasuah dan penyelewengan di Pulau Pinang menjadi amaran. Penambakan laut merosakkan ekosistem rakyat marhaen menjadi mangsa. Hendak diharapkan kepada PAN - pelanggar sumpah bai’ah, pelari kerusi dan perampas markas? Hidup hina menjadi khadam kepada DAP dijadikan tuan.

      Kabinet bayangan yang janji diumumkan pada November tak muncul-muncul. Apakah menteri-menteri dipelopori oleh pemimpin DAP sedang TPM adalah Lim Kit Siang? PAN hanyalah bidak-bidak di papan catur. Yang menentukan halatuju negara ialah tuan-tuan mereka. Malaysian Malaysia bakal mengikis kuasa raja dan hak keistimewaan kita.

      Yang menjadi harapan tunggal rakyat kini adalah PAS dan Gagasan Sejahtera. PAS mesti menjadi teras kerana PAS-lah suara teras Melayu/Islam. Parti pimpinan para ulama. Parti dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera. Maka jelaslah melesetnya fitnah PAS UG dengan UMNO. Sejak dulu hingga kini PAS adalah GU dengan UMNO ( PAS Ganti UMNO= PGU ). Bersedialah seluruh ummah untuk memacu negara bersama-samanya.

      Delete
    5. Jika semata-mata untuk memastikan PAS kembali ke pangkuan Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak perlu menunggu lagi, kata Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki.


      Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika dihubungi Antarapos hari ini berkata, tindakan menunggu itu adalah kerja sia-sia kerana pendirian PAS masih kekal untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana parti yang bersama dengan DAP dan PAN.

      “Dia (Mahathir) tak perlu tunggu PAS sebenarnya sebab kita sudah memang putus hubungan langsung dengan DAP dan PAN.

      “Jadi untuk duduk sekali dengan DAP dan PAN, memang kita takkan boleh jadi pun. Sebab kita dah putuskan benda tu,” katanya.

      Zuhdi berkata terpulang kepada Dr Mahathir untuk membuat apa-apa tuduhan termasuk mendakwa partinya mempunyai agenda tersembunyi bekerjasama dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

      “Cuma tuduhan dia (Dr Mahathir) kita ada hubungan dengan UMNO tu, terpulang pada dialah. Sebab kita sudah nyatakan lama sebelum ini bahawa PAS tidak bersama dengan UMNO dan Pakatan Harapan.

      “Kita akan duduk dalam blok lain. Kita ada blok yang ketiga. Kita bukan pembangkang yang tegar, dan kita bukan juga kerajaan yang tegar, kerajaan yang tak dengar cakap orang,” tegasnya.


      Semalam, Dr Mahathir ketika bercakap pada sidang media di Persidangan Kebangsaan DAP berkata jika sesetengah pihak tidak mahu bersama Pakatan Harapan untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak, maka pakatan pembangkang bersedia untuk pertandingan lebih daripada satu lawan satu pada PRU14.

      “Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk bersama, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.

      “Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita bersedia untuk tiga atau empat penjuru,” ujarnya.

      Delete
    6. Assalamualaikum,,, DAP bijak! bila tiba kepada kepentingan kaum Cina tergugat, mereka boleh melupakan perbezaan politik untuk bersama sama MCA mempertahankan kepentingan kaum Cina, tetapi sekutunya dalam PH hampeh.Terkini isu yang menghambat umat Islam yang besar ialah Rohinya, isu yang memerlukan keprihatinan umat Islam global melampaui sempadan poltiik.Di mana saja kalau ada perhimpunan atau acara untuk menyatukan umat Islam yang terdekat mesti dihadiri oleh umat Islam tanpa alasan waima alasan zalim sekalipun, tak patut.Kesimpulan mudah kepada ketidakprhatian PAN dan PKR kepada perhimpunan solidariti untuk Rohinya yang baru berlangsung di negara kita.


      Alasan yang diberi adalah alasan politik, alasan yang membahagikan umat Islam negara dalam menunjukkan keprihatinan kepada derita Rohinya.Ada yang mendakwa apa perhimpunan itu boleh buat. boleh menakutkan Junta Myanmar? Sedangkan usul yang mereka cadangkan di parlimen untuk mengutuk Myanmar ditolak Speaker? Di parlimen mereka nak jadi hero tapi diperhimpunan soladiriti? Sengaja mereka membutakan mata bagaimana perhimpunan ini mampu memberi harapan kepada etnik Rohinya yang menumpang di negara kita.Rasa kasih dan sayang kepada saudara segama semakin menebal susudah perhimpunan ini.Apakah ini bukan hasil terbaik demi agama dari perhimpunan ini.

      Cuma kerana kehadiran Najib dan TGHH sepentas mereka menolak untuk mengiktiraf perhimpunan untuk Rohinya.Malah yang bebal lagi ada yang mengatakan anjuran ini dianjur oleh kerajaan atau Umno untuk merapatkan lagi hubungan politiknya dengan PAS.Dakwaan melulu dan bebal kerana penganjur sebenar adalah NGO Islam yang mahu menghimpunkan semua umat Islam negara bersama sama ethnik Rohinya yang tinggal di negara kita.Dana pula adalah dana infad dari umat Islam yang prihatin walaupun mungkin ada dana sumbangan kerajaan yang diberi demi Rohinya bukan demi politik.Tak ada dana dari soros atau siapa siapa yang tidak berkenaan.

      Pendeknya PAN dan PKR tidak mahu bersama Rohinya kerana ada Najib dan TGHH di mana mereka terus menerus mendakwa Najib zalim dan tidak boleh duduk sepentas seperti mana mereka tidak boleh duduk sedewan ketika bajet dulu.Di sinilah bebalnya pemimpin mereka untuk menyedari bagaimana DAP boleh melupakan rasuah Ling Lleong Sik satu ketika dulu untuk mempertahankan hak orang cina bersama MCA.

      Sedihnya kita umat Islam kerana ada segelitir umat yang tidak mahu merasai kesusahan Rohinya kerana politik kuasa, malah mereka sanggup bersama DAP dalam menyuarakan penentangan mereka kepada kahadiran Najib dan TGHH sepentas dan sedondong.

      Inilah tipikal orang bebal yang tak pandai berpolitik.

      Delete
    7. Ana sangat memahami kebimbangan sahabat-sahabat dlm melihat percaturan antara PAS -Umno.

      Jangan bimbang. Semua kita tahu bahawa Umno sedang lemas dan mencari penyelamat politik mereka. Mereka boleh bermuka-muka, seperti kebiasaan mereka selama ini.

      Tuan Guru sangat sedar dan arif terhadap tipu muslihat Umno dan seangkatan dengan Umno. Bukan sehari dua Tuan Guru dan pimpinan Pas mengenali Umno. Puluhan tahun yang penuh perit.

      Tapi, selama pimpinan kita tetap menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan prinsip utama, fiqh sirah sebagai garamnya, pengalaman sebagai pemanisnya, selama itulah kita dalam pemeliharaan Allah dalam mencapai mardhatillah. Politik dan dakwah serta tarbiyah yg kita bawa ini tidak terpisah-pisah. Kita tak akan rugi, kerana kerja buat kita utk meninggikan kalimah Allah ini akan dikira sebagai amal kebaikan di sisi Allah. Bekalan kita mengadap Allah di hari pengadilan-Nya. Tetaplah kita istiqamah, insyaAllah."

      Delete
    8. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menunggu PAS lebih lama.

      “Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk menyertai kami, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.


      “Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita akan bergerak tanpa mereka.

      “Oleh kerana ini adalah politik dan dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak boleh mengatur segala-galanya,” katanya kepada media di Persidangan Kebangsaan DAP.

      Mahathir berkata PAS akan diberikan tempoh masa akhir bila ditanya wartawan.

      Yang peliknya, banyak kali PAS menegaskan bahawa PAS tak akan bekerjasama dengan DAP dan parti PAN, pengkhianat.

      Tun Mahathir, walaupun dikatakan licik dalam politik tetapi beremosi dengan PAS dan banyak kali menuduh PAS dalam ucapannya di hadapan rakan pakatan.

      Mulut mencaci maki PAS dengan pelbagai tuduhan tapi tangan melambai PAS kononnya menyahut seruan bergabung dalam satu pakatan pembangkang yang kuat. Nak percaya orang macam ini. Sudahlah mempunyai rekod kejahatan 22 tahun yang sukar dimaafkan. PERNAHkah dia ni minta MAAF atas kesalahannya?

      Dia yang fitnah dan penjara Anwar tapi sekarang dia ke Mahkamah untuk sokong Anwar. Dia ni juga yang tahan ramai pimpinan politik dalam ISA, sekarang dia KONONnya menentang SOSMA.

      Orang bodoh aje boleh percaya ORANG TUA ini.

      Mahathir sepatutnya sedar, jika PAS tak berikan laluan kepada parti BERSATU. Di mana BERSATU nak bertanding di KELANTAN, TERENGGANU, KEDAH & PAHANG. Saya beri 4 negeri sudah cukup.

      Jika BERSATU bertanding atas Pakatan Harapan di 4 Negeri itu sudah tentu akan berlaku pertandingan 3 penjuru. Siapa yang untung?

      Sudah tentu PAS, kerana UMNO berpecah kepada UMNO dan BERSATU.

      Tak payah nak ugut PAS, seperi kata Mohd Amar, Naib Presiden PAS kalau nak bekerjasama dengan PAS jagalah mulut tu. Jangan sedap lepas aje. Jangan rasa diri masih ketua segala-galanya. Belajar hormat orang lain.

      Delete
    9. Apa masalahnya TGHH hadir himpunan solidariti untuk Rohingya pada hari ini. Ada yang kata munafik kepada PAS. Macam-macam lagi gelaran yang digelar. Kamu boleh gelarlah macam-macam gelaran sementara kamu boleh tulis dan kata. Tulis jangan tak tulis. Kata jangan tak kata. Spin jangan tak spin.



      Persoalanya dekat mana yang salah TGHH?. Adakah TGHH minta projek dalam ucapannya?. Adakah TGHH baca ayat Quran tidak betul. Adakah TGHH berucap menyebut fakta tidak betul?. Adakah TGHH terkeluar tajuk?

      Adakah salah untuk bekerjasama isu kemanusiaan? Adakah ia salah dari segi agama?. Adakah Salah TGHH menggunakan platform himpunan ini membaca ayat quran di hadapan pemimpin Umno BN sebagai usaha untuk menerangkan Islam. Adakah TGHH minta supaya bangkit menentang syariat Allah.

      Adakah TGHH minta supaya hadirin semua sokong Umno.

      Ada yang tafsir ayat "Jangan kamu cenderung dengan kezaliman". Seolah-olah TGHH sokong orang zalim, maka ia akan disambar oleh api neraka. Salah kerana TGHH duduk sebaris dengan PM, nanti akan disambar oleh api neraka.

      Biarlah orang menilai dengan tulisan mereka. Biarlah orang menilai tafsiran ayat quran mereka. Baru orang tahu tahap ilmu mereka dan dendam kesumat mereka.

      Kesimpulannya, marah kerana yang pergi itu TGHH. Yang berucap itu pemimpin PAS, kalau pemimpin mereka Ok. Kalau yang mereka suka, buatlah macam mana pun akan di "taqdiskan" (disucikan).

      Fahamlah dengan kaca mata Islam,bukan emosi. Rujuklah Quran, Sunnah, Sirah. PAS tidak akan tunduk kepada sesiapa. Selagi tidak bertentangan dengan Islam dan syariat PAS akan terus bekerja untuk menegakkan Islam.

      PAS tahu jalannya sukar dan jauh. Mereka yang ada agenda yang jahat akan terpelanting. Kalau Umno BN ada strategi dan ada agenda tersendiri, PAS juga ada strategi dan tawakkal kepada Allah SWT. Perancangan Allah lebih hebat

      Delete
    10. Seorang pemimpin akar umbi DAP mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti, terutama Lim Kit Siang.


      Shamsher Singh Thind, perwakilan cawangan Taman Chai Leng berkata, Lim Kit Siang tidak lagi boleh dipercayai kerana kini bersedia bekerjasama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

      “Saya boleh menulis tesis berkenaan sifat dan tahap dakwaan Kit Siang dan pemimpin pembangkang terkemuka lain yang dibuat terhadap Dr Mahathir dan Muhyiddin pada masa lalu.

      “Daripada apa yang saya lihat, sama ada Kit Siang berbohong mengenai Dr Mahathir dan Muhyiddin, atau beliau tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan orang yang menyalahgunakan kuasa mereka, dan rasuah pada masa lalu.

      “Apa sahaja pandangan yang dipilih, faktor yang saya mahu buktikan ialah Kit Siang sudah kehilangan kredibilitinya,” katanya dan bertanya jika Lim suatu hari nanti akan bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Razak juga untuk menjatuhkan seorang lagi perdana menteri.

      “Jika ia boleh diterima bekerja dengan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib maka saya pasti Kit Siang tidak akan mempunyai masalah bekerjasama dengan Najib untuk menjatuhkan perdana menteri akan datang.”

      Beliau juga menyelar PKR dan DAP kerana kurang memberi kerjasama semasa pilihan raya Sarawak yang diadakan awal tahun ini.




      “Menurut Fasal 5 Perjanjian Pakatan Harapan, Majlis Presiden diberi kuasa membuat keputusan muktamad untuk membuat keputusan calon yang akan bertanding di mana-mana kawasan tertentu semasa pilihan raya, sekiranya pihak tidak dapat mencapai persetujuan.

      “Bagaimanapun, Majlis Presiden gagal membuat keputusan muktamad dan akibatnya kedua-dua PKR dan DAP bertanding menentang antara satu sama lain di 6 kerusi negeri pada pilihan raya Sarawak.

      “Jika pemimpin Pakatan tidak dapat membuat keputusan mudah, yang dalam bidang kuasa mereka, maka apa yang boleh mereka lakukan untuk Malaysia?”

      Dalam persidangan perwakilan tahunan DAP Pulau Pinang bulan lepas, Shamsher mempersoalkan pemimpin DAP mengenai kerjasama mereka dengan Dr Mahathir dan Muhyiddin.

      Beliau juga memetik cerita dongeng Aesop “Petani dan ular”, tentang petani digigit ular yang dibantunya. Shamsher kemudian menyamakan ular itu dengan Dr Mahathir.

      “Respons yang saya dapat adalah dalam bentuk soalan pelik. Saya ditanya jika Kit Siang, yang begitu banyak menderita di tangan Dr Mahathir, bersedia mengetepikan perbezaan dan bekerjasama untuk kebaikan negara, jadi apa masalah saya?

      “Saya terperanjat mendengar soalan ini. Dr Mahathir tidak melakukan apa-apa kepada saya secara peribadi, jadi mengapa saya perlu bersusah payah?

      “Begitu juga, Najib tidak melakukan apa-apa kepada saya secara peribadi, mengapa perlu saya juga bersusah payah?”

      Delete
  2. Sahabat semua, tolong baca apa yang sedang berlaku di dalam Celcom? Risau juga apabila pengurusan bertukar tangan.


    Terima kasih!

    https://telcogila.wordpress.com/2016/11/22/celcom-bergolak/

    https://telcogila.wordpress.com/2016/12/02/patut-kah-ceo-celcom-bukan-melayu/

    Read more: http://www.milosuam.net/2016/12/lelaki-dakwa-simpan-rahsia-najib.html#ixzz4Rx7WyWJK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah kalau Mat Saleh handle GLC, dari Melayu, India dan China. Bangsa Malaysia kebanyakan corrupt dan bias. Semua pasang proxy dan geng untuk menyamun.

      Nak cari yang bersih dan fair, susah, macam nak jarum yang hilang di padang pasir.

      Pengguna harap segala salahguna dalam pemberian tender dan kontrak dapat dibasmi, amalan menyamun yang biasa Melayu dan China gunakan untuk bolot tender dengan menipu, orang sama hantar lima tender dengan guna 5 nama company yang berlainan nama. Tu pasal harga tender yang menang selalunya tidak munasabah.

      Jom boikot barang keluaran GLC, bila GLC bankrupt, kita Berjaya kurangkan kes rasuah dan salahguna kuasa.

      Delete
    2. Melayu yang kena tendang tu Puak UMNO, siapa peduli. Penyamuan lawan Penyamun, kita orang tepuk tangan sahaja

      Hidup mati orang UMNO tiada kaitan dengan kita orang.


      TO HELL WITH UMNO

      Delete
    3. Dah lama boikot CELCOM, servis macam sial, nak dapat duit deposit, kena turun naik opis CELCOM beratus kali, belum tentu dapat balik semua deposit.

      CELCOM dan UMNO sama, Penyamun !

      Bayangkan kalau sejuta pengguna tak dipulang duit depositnya, berapa ratus juta CELCOM samun dari rakyat Malaysia.

      Boikot CELCOM !

      Delete
    4. Apa nak risau, tukar tukar tukar.

      Delete
    5. Bukan celcom je bsn semakin hari makin teruk.kepala penyamun ekor??

      Delete
  3. PAS parti yang di ujud untuk kelirukan orang melayu melalui label islam.PAS sedari dulu hingga sekarang tak pernah jelas dengan perjuangan walaupun HUDUD dan islam menjadi idea perjuangan mereka tapi yang pasti bagi melayu yang celik minda bukan buta perut ini adalah rektorik mendapat kuasa dunia semata mata .
    Justeru percaya la parti seperti ini hanya ibarat pencacai melukut ditepi gantang tidak akan dan tidak boleh sampai bila bila berjaya menubuh kerajaan pusat sekiranya hanya menguna tektik munafiq dlm politik dunia.

    ReplyDelete
  4. Gimik..raih simpati..kaloh doh..umno.bijan
    Keris

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat apa lagi percaya kpd pas. Kalau dah syaitan tu tetap syaitan jugalah.
      Kerjanya hanya menyesatkan manusia!!!!!
      Itulah janji syaitan.
      Pas = parti ajaran syaitan

      Delete
  5. So many parties including you dear Shah for some time now has been treating pas' hadi and the gang as if these are truly naive (betul bendul) politicians.

    The truth is that they know what they are doing - and exactly what they are after. And it is that they do not want the Pakatan to win. As for hadi in particular he has gone to the other side: thirty years ago asobiyah was a no no. Now, it is all about (truly corrupt) Malays to be the ones helming the country - at all costs!

    Also, that hadi and his gang are truly enjoying the spotlight these days. Why not? Just everyone wants to be with him or what him to be in their alliance. For years, I believe, he had been dreaming of this - and with the passing of our dearest Nik Aziz, it is now his time and no one can and will take that spotlight away from him!

    All in all, I hope the time has come to stop telling hadi and the gang and the followers in pas to stop what they are doing. Let them be. Let Allah swt and the people of Malaysia to do what needs to be done to them.

    It would not be long now...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg boleh kita doakan semoga pengikut pis tidak lagi buta hati.Semoga mereka celik hati apa yg telah lebai musang berjanggut buat kepada parti mereka.
      Mereka.menyembah Allah atau menyembah presiden mereka saperti orang unmo.

      Delete
  6. Mempermainkan hudud....
    Gimik politik lebai hadi....
    Taktik lama yang semakin tumpul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eddie ah wang screw longgar..
      pengikut pas semuanya lembu belaka.
      Elok sgtlah jadi lembu
      Boleh bertakbir ikut suka

      Delete
  7. Oh ular oh ular kenapa kau makan dedak,
    Macam mana saya tak makan dedak dUMNO kata katak.

    ReplyDelete
  8. Pemimpin atasan PAS yang mendapat laba dunia sanggup melacurkan/mengkhianati/bersekongkol agar status quo UMNO tetap kekal berPM Najib ..menjual akhirat agar mendapat laba dunia adalah besar laknat mereka yg mendabik dada lebih Islam dari orang laen. Sombong/takbur/menyembunyikan kebenaran adlah terlaknat spt pemuka agama yahudi terdahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah takdir perjalan sebuah parti islam yg menipu tuhan. Salepas termakan budi 90j, tergadai bodi menjadi pelacur kpd bapak dan ibu ayam.
      Bukannya susah sangat Allah nak tunjuk kebatillan seseorang itu.

      Manusia boleh merancang, Allah tentukan. Mari kita sama sama buat solat hajat supaya Allah selamatkan negara kita.

      Delete
  9. Nak saman Sarawak report tak jadi ka man sesat? Da sebiji mcm najib takda malu jual agama demi kepentingan diri sendiri.saya yakin Allah swt pasti akan turun kan bala untuk hapuskan kalian.

    ReplyDelete
  10. Errr....x pernahkah buat solat istiqarah..jom buat moga diberi petunjuk.

    ReplyDelete
  11. Mungkin berlaku kerana ini taktikal politik UMNO diketika menghadapai waktu yang sangat meruncing maka sudah tentu ianya suatu strategi.
    Akan tetapi mungkin UMNO dan PAS bakal berhadapan dengan kekangan dr pengurusan dalaman mereka yang berpuak-puak.
    Lain negeri lain pula taraf wala nya.
    Persoalan kesetiaan oleh ketua bahagian, ketua cawangan dan akar umbi kelihatan goyah atau jika tidak solid atau tidak padu bererti itu adalah risiko.
    Amalan politik wang atau rasuah politik sesama sendiri pada PRU 14 sudah tidak boleh diterima. Dan jika UMNO mengunapakai untuk memancing undi maka juga dilihat suatu risiko.
    Tahap kesedaran dan kematangan rakyat kini sudah meningkat.Bahaya kali ini adalah kematangan pengundi yg meletakkan visi dan misi mereka pada nilai memilih yg bijaksana akan menjadi kertas undi lebih bernilai dan tidak boleh dibeli dgn ringgit.
    Cadngan atau teori 3 penjuru memang cantik ...akan tetapi jika blind spot yg terlepas pandang iaitu kehendak rakyat tidak ditangani maka inilah risiko yg paling nyata buat UMNO dan PAS.
    UMNO dan PAS cuma nampak benifit atas kerjasama boleh gabung undi. Bayangkan apakah akan terjadi jika gubng undi mereka tidak dapat mengatasi jumlah sokongan undi memihak parti lawan!

    ReplyDelete
  12. ayam pas mungkin sudah dapat bekalan dedak yang banyak. bila dah kenyang, kalah atau menang sabong itu tak penting. kerja pas hanya lah untuk pecahkan undi pembangkang saja.

    ReplyDelete
  13. Wahai lebai hadi....
    Engkau suka memutarbelitkan ayat quran.
    Akhirnya engkau yg.terbelit.kua kua kua

    ReplyDelete
  14. Scen 1, take 3...Lights , Camera and....Action!!!
    Lakunan Lebai buta yg dipjmpin menjual tissue oleh ketua sindiket scam derma

    ReplyDelete
  15. Wahai sahabat pejuang semua, depa boleh alih pandangan kita tetapi jangan sesekali kita lupa issue 1mdb dan beberapa issue lain berhubung najib,rosmah dan kerosakan yg dilakukan najib umno. Jangan ikut gendang tari depa.

    ReplyDelete
  16. Sedara sekalian...ini satu renungan untuk difikirkan. Mengapkah Malaysia ni semakin berserabut serta hilang pendirian?

    Apakah ini petanda bala sudah diturunkan dan kita sedang dikhayalkan tanpa ada rasa kesedaran.

    Adakah perbuatan serta penerimaan kita terhadap perkara yang tidak jelas halal-haram statusnya salah satu penyebab. Kita rirakuskan dengan janji serta pemberian 'harta' yang agak tinggi (yang tidak masuk akal) sedangkan kita lupa usul periksa akan perkara itu.

    Fikir-fikirkan!

    ReplyDelete
  17. Tengok news irrawady bang din. Gambar pm abg din kena perli dgn cartoonist myanmar. Memang sesama islam kita sedih bab rohingya. Tapi takleh nak elaklah bab najib menyamun.

    ReplyDelete
  18. akibat sandiwara jib da lebai 90j demi utk dapatkan backdrop buletin tv3/4, gambar raja2 melayu dikalung slipper dimyanmar. Bukan lah seorang PM jika tidak guna saluran diplomasi. Bukan la Ulamak sebenarny sekira dipjmpin ketua scam derma senata jual tisu sedih

    ReplyDelete
  19. Perpaduan antara Umno dan Pas mampu memperkuatkan perpaduan ummah...Dengan adanya kesatuan dan perpaduan,maka suara dan tindakan kita lebih mantap dan berkesan seperti mendesak kerajaan Myanmar menghentikan kekejaman keatas etnik Rohingya....Semoga doa-doa dari kesepaduan dan keikhlasan umat islam di negara ini akan diangkat oleh Allah S.W.T dan dimakbulkan, InsyAllah!

    ReplyDelete
  20. copy paste artikel untuk menjustifikasikan kehadiran Hadi bersama Najib adalah berkaitan dengan kesejahteraan ummah. PIGI DAH! Macam ler orang-orang Malaysia ni bodoh sangat macam fanatic PAS! or UMNO!

    ReplyDelete
  21. Soalnya kenapa PAS yg mesti beri laluan. Kalau tak mau 3 penjuru parti lain yg mesti beri laluan juga
    Kalau pas tak mau berunding lgsung baru dikira pas blok lain. Hak pas ttp ada.pas lbh dulu lahir berbanding parti lain.

    ReplyDelete
  22. Kena bagi laluan pasal PAS tak nak jadi pemerintah....nk jadi penasihat aje...

    ReplyDelete
  23. PAS = Pelacur Agama Semalayia... hahahaaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...