Wednesday, 28 December 2016

BR1M RASUAH, BAGAIMANA MENGELAKKANNYA?


Menurut jawapan Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani di Parlimen pada 18 Oktober 2016 lalu, jumlah penerima BR1M bagi tahun ini ialah seramai 7,280,340 orang.

Katanya, jumlah permohonan keseluruhan yang diterima pula ialah sebanyak 8,362,666. Ini bermakna sebanyak 1,082,326 permohonan telah ditolak.

Apakah tafsiran mudah apabila melihat angka 7,280,340 orang yang layak menerima BR1M itu?

Dengan sejarah mentadbir negara melebihi 60 tahun, tetapi lebih 7 juta daripada 31 juta rakyatnya masih bergantung kepada BR1M, angka itu dengan sendirinya membuktikan kegagalan UMNO dan BN dalam mentadbir negara ini.

Apa yang menjadi teras perjuangan UMNO dan BN selama ini?

Bukankah yang selalu dilaungkan bahawa perjuangan UMNO dan BN tidak lain ialah untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan kerap juga ditempikkan slogan "BN menang, rakyat senang"?

Di mana senangnya rakyat melalui BN jika setelah lebih 60 tahun berkuasa, tetapi hampir 1/4 rakyatnya  masih susah dan miskin?

Dalam pada itu, daripada  7,280,340 penerima BR1M, berapa ramaikah di antaranya adalah ahli-ahli UMNO?

UMNO direkodkan mempunyai keahlian seramai 3.5 juta, jadi berapa ramaikah yang masih menerima BR1M?

Mungkinkah 3 juta atau 2.5 juta penerima BR1M merupakan ahli UMNO?

Jika demikian, apa yang boleh dibanggakan mengenai keberhasilan perjuangan UMNO, bukan saja untuk rakyat, tetapi juga kepada mereka yang menjadi ahli parti tersebut?

Mahu tidak tahu, BR1M akhirnya hanya membuktikan kegagalan UMNO dan BN memerintah negara ini.

Kini pemberian BR1M dikaitkan pula dengan unsur rasuah dan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Ia beirkutan Najib sendiri dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu mengatakan pengagihannya akan dilakukan melalui pejabat UMNO bahagian-bahagian di seluruh negara.

Duit BR1M adalah duit rakyat yang diperolehi melalui cukai, termasuk GST. Ia bukan duit UMNO atau wang derma yang diperolehi oleh Najib. Bermakna, bukan saja semua rakyat yang layak berhak menerimanya, bahkan ia tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan UMNO, BN atau mana-mana parti politik.

Apabila diberikan melalui pejabat UMNO, ia sudah mengarah kepada unsur rasuah. Sudah tentu ia diberikan dengan harapan dibalas dengan undi. Ketua-Ketua UMNO bahagian yang menyampaikan sumbangan pasti akan mengambil kesempatan bercakap atau memberikan sepatah dua kata kepada penerima BR1M dalam bentuk merayu serta meminta undi daripada mereka.

Kepada penerima BR1M yang dikenalpasti tidak menyokong UMNO dan BN, ia akhirnya turut terdedah kepada unsur ugutan atau kata-kata yang kasar agar wang yang diterima dibalas dengan sokongan.

Dengan yang demikian, BR1M adalah merupakan pemberian yang diminta balasannya, bukan lagi untuk semata-mata membantu rakyat yang kesusahan. Jadi,  unsur rasuah tidak lagi dapat dielakkan.

Tidak seperti bantuan tunai kepada warga emas atau bekalan air percuma yang diberikan di Pulau Pinang dan Selangor, ia disalurkan secara terus atau melalui pejabat kerajaan yang berkaitan tanpa melibatkan sama sekali sama ada DAP dan PKR.

Untuk mengelakkan BR1M dikaitkan dengan unsur rasuah atau penerimanya mungkin berasa was-was kerana bimbang menerima wang haram, jalan mudahnya ialah mereka mesti tidak memberi undi kepada BN dalam pilihanraya akan datang.

Mereka mesti membuktikan bahawa sekali pun diberikan BR1M, undi tetap tidak diberikan kepada BN. Ia dengan sendirinya menyebabkan wang BR1M itu terkeluar daripada definisi rasuah.

Sebaliknya, selagi BN menang dalam pilihanraya akan datang, selagi itulah BR1M akan tetap terkait dengan rasuah.

Akhirnya terpulang kepada 7,280,340 penerima BR1M membuat keputusan. Dengan tidak mengundi BN, bukan saja dapat membersihkan wang yang diterima daripada unsur rasuah, yang lebih penting lagi ialah dapat sama menyelamatkan negara ini.

Lebih 60 tahun berkuasa, tetapi ada hampir 1/4 rakyat Malaysia masih menerima BR1M yang bermakna mereka masih miskin, termasuk sebahagiannya adalah ahli UMNO, apakah kita mahu memberi kerajaan yang ada terus berkuasa lagi? (SH 28/12/2016).

57 comments:

  1. Pagi rakyat dpt BRIM..tengah hari da kena saman polis/jpj

    ReplyDelete
  2. Tak yah BRIM pun takpe asalkan dapat selesa macam dolu dolu, tiada gst aman hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nak kan brim juga. Barang murah pun kalau tiada duit dapat apa?

      Delete
    2. Takkan bekerja tak berduit der apa cer?

      Delete
    3. anon 2045
      hang tak kerja ke
      malang sungguh
      pi la cari kerja

      Delete
    4. Anon 2045 ni yg ta reti basa......

      Delete
  3. Salam semua

    7.28juta rakyat dapat BR1M...bermakna 7.28billion Ringgit dibelanjakan untuk tujuan ini. Dari mana datangnya duit ini?...dari kantong negara hasil dari kutipan cukai yang dibayar oleh rakyat dan warga koperat.

    Melebihi 7 billion setahun!...sampai bilakah kerajaan mampu membuat pembayaran ini...adakah ianya dapat dilestarikan?...(sustainable)...Setiap tahun bajet negara 80% diguna untuk kos pentadbiran dan hanya kurang dari 20% diguna untuk pembangunan....ini ditambah pula dengan beban BR1M. Kalau 7billion ini di "offset" dengan penghapusan atau penurunan kadar GST pasti rakyat akan lebih berkemampuan kerana harga barangan akan lebih murah. Dengan memberi BR1M...rakyat akan sentiasa bergantung harap dengan bantuan kewangan dari kerajaan...umpama ketagihan yang tiada penghujungnya....Mampukah kerajaan membayar BR1M secara lestari?... Ditambah pula dengan kecurian disana sini...bengkrap negara.

    Kegagalan kerajaan menangani ekonomi negara dan penurunan Ringgit mengakibatkan rakyat menderita kerana kuasa beli jauh merosot. Kecenderungan kerajaan berhutang dan mecagarkan harta milik negara kepada negara luar demi pembangunan kononnya amat membimbangkan. Hutang dan hutang lagi...siapa kena bayar nanti...tentunya generasi pewaris...anak cucu kita....30 tahun dari sekarang saya rasa pemimpin sekarang ramai yang dah jalan....masa tu lah negara terpaksa bayar balik hutang yang dipinjam semasa mereka berkuasa.

    BR1M umpama gula secara berlebihan yang banyak membawa mudarat dari kebaikan.

    Jangan bebankan kewangan negara hanya kerana rasa seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wang brim itu dp keuntungan petronas. Setiap hari petronas menjual 600,000 tong minyak, se tong harga USD 55. Satu USD = rm4.48
      Haa, Cuba ko darab tengok berapa biliun Najib dapat setahun.

      Delete
    2. 20:55...600,000 tong sehari?...kau tak baca akhbar ke?...tu la...makan dedak banyak sangat ke?...duit petronas tu...duit najib ke?

      Delete
    3. Petronas pon tunggu mase nak buang pekerja ramei-ramei..punye la baghal 20:55..kihkihkih..nampak beno màbok dedak!

      Delete
    4. Tong kosong makes the loudest noise.

      Delete
    5. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    6. Fuhhyooo !!! Manyak tu najib dapat
      Darab punya darab empat puluh ratus ribu ratus lapan belas

      Delete
    7. Arni ... weyyy laknat
      Ko ni pehal tak abis abis dengan perkara khurafat dan syirik ko ni

      Ko pi lah buat semak kat wall fb jamal ikan bakor

      Jangan buat semak kat papan ni
      Malaun betul lah

      Delete
    8. Cer lu sugi kan burit dia bro

      Delete
    9. Yassin 40 or YASSIN 7 Mubin
      Arni ko pilih yang mana satu ko nak
      Salah satu ni kena kat ko
      HITAM badan ko nanti

      Pi Berambus jangan jenguk jenguk lagi kat papan ni

      Delete
    10. Anon 03 : 49
      Bro lu punya kira kira
      Terapik JAMS betul lah
      Betul betul JAMS
      HANGGG terus

      Delete
    11. Uiksz Bro , lu pon masyuk line gak ke ? Tambah semak lah wall budin ni ,
      Comfirm pagi ni budin kena call laundry sebis
      Mop papan putih ni

      Delete
    12. 22:50 ko la pekerja petronas yg bakal kena buang le.

      Delete
    13. Anon 11 : 23
      Dia di buang kerja oleh petronas
      Tapi bakal di lantik menjadi timbalan MENTERI kewangan

      Tersilap buat kirs kira
      Boleh ler M O 1 songlap lagi

      M O 1 memang suka orang yang sanggang dan banggang

      Delete
  4. Duit brim tu duit haram dan rasuah jagan hairanlah duit itu separuh saja sampai kpd rakyat yg lainnya akan disapu oleh org umno siapa tak kenal perangai org umno selagi ada dia akan sapu samun rompak tak kira halal haram sipa nak semak nanti dia kata itu duit derma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ko kata duit brim haram. Maka berdosalah ko bila menggunanya. Jangan duk pandai main dg haram/halai nih.

      Delete
    2. Apa lah kau ni 20:59....sebab dia tahu haram la yg dia tak ambik brim tu....tak macam kau...habis semua sapu...

      Delete
    3. 2059...2,6b dan 40m... Halal ke haram?

      Delete
    4. perlu difahamkan anon 20.59
      bukan semua org terima br1m
      so ikut suka dia la nak kata halal ke haram
      yg pasti sapa songlap duit rakyat mmg haram

      Delete
  5. Persepsi BR1M menjadi rasuah apabila umno campur tangan dalam pengagihan duit tersebut, bermaksud ada tujuan lain dari sekadar menolong rakyat..tapi perkara begini sering berlaku dimalaysia iaitu campur tangan pihak politik umno dalam segala hal hal kerajaan..sebab ini lah negara kita terkebelakang dari negara maju...sukan, agama, bisnes, pendidikan, kesihatan dan sebagainya mesti ada campur tangan org politik umno, itu lah menyebabkan semua jadi hampas dan rosak..perkara ini menjadi barah yg akan merosakkan negara..untuk kesejahteraan semua umno bn wajib ditumbangkan..

    ReplyDelete
  6. Betul mcm TT kata utk elak Haram,duit tu ambik tp mesti jgn undi BN..Baru jd halal..

    ReplyDelete
  7. Kami generasi muda mahukan peluang pekerjaan bukan Bantuan Rasuah 1 Mesia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko memilih jawatan tak layak pun mintak mana org terima bro.

      Delete
    2. belajar tinggi2 dan ada hutang ptptn mmg depa berhak mahukan jawatan yg sesuai
      bukan disuruh jual nasi lemak drive uber
      dulu masa zaman tun M kerja sentiasa ada
      boleh pilih
      paling koman pun graduate jd management trainee
      even pada tahun2 lewat 90an

      Delete
  8. Niat BR1M tu...apa? Kalu nak tolong rakyat, ok, boleh diterima. Tapi habis kenapa ada gst kat rakyat? Apa logiknya? Ubat pun kena gst, tolong apa cam ni? Bila kita persoal niat nya, jgn salahkan kita. Bila kita sangsi halal haramnya, jgn salahkan kita, lebih2 lagi bila pengagihan BR1M di buat melalui umno. Masuk akaun direct tak boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu aku selalu beli ubat gastrik rm2.10 sekarang dah rm3.00

      Delete
    2. itu pencatutan tu, buat la report.

      Delete
  9. Umno najib bn dah kiamat maut..insyallah hancur bn umno najib
    Insyallah pribumi.waridan.harapan menang pru14

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi mimpi sampai mati kejang

      Delete
    2. ini aje ke hujah kau?
      takkan dpt mempengaruhi pengundi atas pagar
      yg atas pagar pun ramai dah terjun sebelah bersatu

      Delete
  10. Pemberian seperti BR1M ini juga di lakukan oleh negara maju. Jika ekonomi baik dan pendapat negara tersebut bertambah jumlah wang pemberian banyak dan kalau tak baik jumlah wang sekadar cukup-cukup.

    Ada di antara rakyat di negara maju menyimpan wang tersebut untuk melancung.

    Di Malaysia wang tersebut untuk menampung sara hidup dan jumlah yang di ambil dari bajet kewangan bukan hasil pendapatan. Dengan tujuan supaya membeli undi.

    ReplyDelete
  11. Niat najib bagi rakyat brim memang nak beli undi jadi apakah makna pemberian itu dan ada cadangan masa PAU haritu pemberian brim melalui umno nampak sangatlah nak beli undi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ko tau niat dia

      Delete
    2. segala tindak tanduk najib dah boleh baca dah
      dia kan x berapa cerdik
      harap konsultan dan menteri2 cap ayam saja

      Delete
  12. BUKTI KUKUH MALAYSIA FAILED STATE.

    30 Juta pendudok, tolak kanak2 dan rakyat bawah 21 tahun = maxumum pun dlm 10 juta kerua keluarga. Betul?
    Maka,yg dpt BRIM berjumlah 7.2 Juta dari 10 Juta rakyat perlu bantuan. Pakar2 dan mengaku Pakar2 tak usah lagi main wayang di TV3 tak cukup suku dan akui bahawa terdapat 72% RAKYAT YG SUSAH dlm Makaysia. YA 72%!!! No bloody joke!!!

    INI BUKTI AMAT KUKUH MAKAYSIA IS A FAILED STATE.
    Mohon Tuan Budin ketarakan fakta ini dlm satu topic nnt agar dapat dihentika. wayang putar angka 30juta selama ni.
    Kesiaan , kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila Amarica beri food coupon kpd sebahagian dp rakyatnya bermakna Amarika
      Failed State ke??
      Kolo ko bakhil , tolong jangan ajak org lain jadi bakhil macam ko,

      Delete
    2. 0702. Marilah berdebat dgn sihat, insyaallah kita dpt berkat.
      Awak diberi masa cari fakta dulu. Kalau "Amarica" (*sy percaya anda maksudkan USA), memberi food coupon pada sekitar 72% ketua rumah, kita debat lagi.
      Kalau anda tak dpt cari angka ini, maka tanpa perlu melenting, anda harus terima Malaysia IS failed state. Anda setuju kan?.
      Ok, sy tunggu 0702, hv a nice day.

      Delete
    3. TIK TOK TIK TOK

      Delete
    4. bodooh la korang, M'sia paling byk mat dan minah kedempol terutama Melayu sebab kuat berbelanja dan kuat mentekedarah, pegi la tgk mana2 saja supermarket di cafeteria dan jugak gerai makanan popular sanggup beratur lagi terlebih makan, tu korang kata 70% susah, korang telah 70% andaian tu atau hanya korang je yg kebulok tak makan. bingai betul la korang ni.

      Delete
    5. 1118,ko melenting apahal. Angka tu tuan2 politik ko bagi hehe.
      Oh, silap lupa ko fail matematik,dan minda n moral ko dh ko gadai dan siap dista pun. Sorry silap lupa. Sambung la makan dedak berlauk taek low ko kat supermarket dan cafetaria ko tu. Enjoy stupidity to the max. Kesian, kan?

      Delete
    6. "Amarika" tak datang lagi? TIK TOK TIK TOK

      Delete
    7. Tuan Budin,
      1118, adalah contoh terbaik insan terpesong, smpai angka depan mata pun di tak faham. Saya sekali rayu tuan buat satu topic ulasan betapa besarnya angka bantuan diMalaysia. Insan kurang cerdik perlu dididik.
      Terima kasih. Kesian, kan?

      Delete
  13. Kupasan,maklum balas dan penerangan yg bernas Sdr. Din. Tahniah & Teruskan.Berjuang dan berbicara demi kepentingan rakyat.Nawaitu untuk memperlihatkan kebenaran dan membetulkan penyalahguna kuasa pemimpin yg berkepentingan.Kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan negara diutamakan.

    ReplyDelete
  14. BR1M Beri Rasuah 1Msia ciptaan najib ketua penyamun. Ibaratnya..untung secupak rugi segantang. Diberinya ciput disamunnya byk melalui gst dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tak layak tapi ambil br1m tu dikira penyamun jugak le.

      Delete
    2. BRIM sesuai utk org2 yg mengharapkan duit penyamun je..umno dah gagal jaga melayu.

      Delete
  15. Pemberian BRIM harus dilakukan oleh pihak berkECUALIli seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bukan melalui Ketua-Ketua Bahagian UMNO.Dikhuatiri ada unsur2 kepartian sebelum pengagihan iaitu melalui ucapan2 Ketua2 Bahagian Umno yang dipertanggunjawapkan dalam proses peNyerahan BRIM

    ReplyDelete
  16. Sesiapa yg ingat penerima Brim itu menerima rasuah adalah amat bodoh dan bahalol sekali. Duit diambil bukan bermaksud undi sudah ditetapkan !

    ReplyDelete
  17. 1558, kalau sampai diminta angkat sumpah, tp tak undi tu ok takat tu sj lagi. Tapi kalau tak ada usaha protest, maka moral dan maruah sendiri sudah dipijak. Tapi itu masih hak masing2. Setengah insan dia tak kisah dihinjak maruahnya. Tapi hakikatnya kesanggupan itu dah sama menelan taek low. Sanggup kah dibiarkan. Tepuk lutut, tanya tumit.

    ReplyDelete
  18. Alaa...smue nk bising, memekik laa... xgitu amik gak duit brim, kecoh, eloknya yg kuat bangkang ni xyah kasi...biorkn aje....

    ReplyDelete
  19. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...