Tuesday, 21 June 2016

ZAHID HAMIDI, KETUA POLIS NEGARA PERLU SEGERA BERI JAWAPAN SEBENAR


Bolehkah kita berhenti bercakap dan menutup mata serta telinga saja berhubung isu wang RM12 juta untuk dibayar kepada lanun Abu Sayyaf, tetapi hanya sampai kepada mereka hanya sebanyak RM8.8 juta?

Menurut kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Nazlan Mohamed, apa yang paling penting sekarang ialah keempat-empat mangsa penculikan telah selamat dan dapat kembali kepada keluarga masing-masing.

Semudah itukah?

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menegaskan tiada wang tebusan dibayar untuk membebaskan empat mangsa yang diculik itu.

Bagaimanapun keluarga mengsa berkata, mereka telah menyerahkan wang RM12 juta sebagaimana yang diminta oleh kumpulan penculik kepada polis cawangan khas.

Kemudian Zahid Hamidi mengatakan wang tersebut tidak dibayar kepada penculik, tetapi kepada NGO Islam di Filipina yang tidak dinamakannya.

Khalid terpaksa  tampil sekali lagi menjelaskan, wang RM12 juta itu diserahkan oleh keluarga mangsa kepada pihak ketiga, bukannya polis cawangan khas seperti yang didakwa sebelum ini.
Namun hari ini, keluarga mangsa sekali lagi bertegas mengatakan wang RM12 juta untuk membebaskan tebusan itu diserahkan kepada pihak polis.

Saya masih kekalkan apa yang telah saya katakan sebelum ini bahawa RM12 juta itu dihantar ke Sandakan melalui bank.

Jika orang ramai ada keraguan, mereka boleh tanya Hong Leong Bank, kata Lau Cheng Kiong yang merupakan jurucakap keluarga empat tebusan itu.

Maka, bolehkah kita hanya diam dan redha saja ke mana hilangnya RM3.2 juta daripada RM12 juta itu seperti yang diminta oleh Nur Jazlan?

Walaupun empat tebusan telah selamat, wibawa pasukan polis tentu saja terjejas teruk dengan penegasan terbaru jurucakap keluarga tebusan bahawa wang itu diserahkan kepada pihak polis.

Kenapa dan bagaimana hanya RM8.8 juta saja dibayar kepada penculik?

Jika hanya dibayar RM8.8 juta, bukankah wang lebihan sepatutnya dikembalikan kepada keluarga penculik yang terpaksa bergolok bergadai menjual rumah dan memohon sumbangan orangramai untuk memperolehi RM12 juta itu?

Bagaimana kalau berlaku penculikan lagi dalam waktu terdekat ini? Mahukan keluarga mangsa berurusan dan menyerahkan wang tebusan kepada pihak polis?

Begitu juga dengan lanun Abu Sayyaf, setelah marah bila mengetahui sebahagian hasil lanunan mereka disonglap di daratan, percayakah mereka dengan pihak polis apabila diajak berunding untuk membebaskan tebusan?

Akhirnya, rakyat kita yang berada atau bekerja di perairan Sabah terus terdedah kepada bahaya?
Berdepan isu ini, Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar harus segera tampil dengan jawapan yang sebenar-benarnya.

Dengan pengulangan jurucakap keluarga mangsa culik bahawa wang itu benar-benar diserahkan kepada pihak polis, bukannya kepada orang ketiga atau sesiapa yang lain, perkara ini tidak lain perlu ditangani dengan segera.

Mudah saja, bercakap benar dan berlaku jujurlah kepada rakyat. Jika tidak, jawapan akan sentiasa tunggang-langgang dan berbeza-beza. (SH 21/06/2016).

44 comments:

  1. Sifat tidak terus terang di sisi pihak penjawat pentadbiran awam itu adalah tabir pada segala kemudaratan yang akan menimpa rakyat dan marwah negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat apa jujur sangat ni Budin ooi..

      Kalo x jujur, mereka senang2 ja merembat. 1 juta masyuk sensorang sambil goyang kaki ja..

      Paling penting, Allah Taala dan malaikat dok diam2. Ini yg syok merembat sambil buat2 tunjuk alim.

      Delete
  2. PM pun tak tau siapa bank in berjuta dalam akaun dia..haha.

    ReplyDelete
  3. Siapa yang songlap duit 3.2 juta.zahid
    cakap lain dan khalid cakap lain.kenapa
    nak tutup isu.adakah khalid dan zahid
    main wayang?

    ReplyDelete
  4. Bila pemimpin kantoi menipu..sampai bila-bila rakyat sudah tidak mempercayai nya lagi.
    untuk memulihkan kepercayaan rakyat..pemimpin tersebut wajib meletak jawatan. jika tidak ..rakyat hilang hormat pada pemimpin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengundi UMNO dan PAs tetap teguh dibelakang mereka, siapa kata kebanyakan rakyat tak percaya pemimpim2 ini?

      Delete
    2. Demi pepaduang jebon,barua, broker, pil kuda melayu.....ha ha ha

      Delete
    3. puiii, tapi bila tiba PRU kau pilih muka 2 musibat ni balik.

      Delete
  5. Ada rebate kot.

    ReplyDelete
  6. Walaupun menipu, tapi setiap kali ada pilihanraya kecil atau umum, BN UMNO tetap menang besar. Ajaib sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 17.19,
      Saya rasa apa yang kamu kata memang menarik ,kenapa rakyat malaysia terutama melayu khusus nya masih memilih pemimpin ,tiada AMANAH ,PENYELEWENG dan PENIPU sedang dalam syariat islam wajib pemimpin dipilih dari kalangan orang yang punya kekuatan AMANAH dan kekuatan MINDA /FIZIKAL.

      Malangnya dimalaysia walaupun penduduk majoriti islam orang islam gemar kepada pemimpin perasuah dan penyeleweng ini seperti PRK yang baru lepas kemudian ramai juga memilih pemimpin tiada moral yang terjebak dengan sex songsang dan yang paling malang ramai juga orang islam memilih pemimpin yang semata mata guna modal agama bermain politik dalam arus politik sekular.

      Mungkin kah malaysia sudah tiada pemimpin AMANAH dan mempunyai kekuatan minda serta fizikal atau kita sedang berada dizaman dimana rasullah pernah berpesan umat ketika itu cintakan dunia dari akhirat atau sudah ujud fenomena dajjal dimana umat mudah terpengaruh dengan penipuan.

      Delete
    2. Anon 17.19,
      Saya rasa apa yang kamu kata memang menarik ,kenapa rakyat malaysia terutama melayu khusus nya masih memilih pemimpin ,tiada AMANAH ,PENYELEWENG dan PENIPU sedang dalam syariat islam wajib pemimpin dipilih dari kalangan orang yang punya kekuatan AMANAH dan kekuatan MINDA /FIZIKAL.

      Malangnya dimalaysia walaupun penduduk majoriti islam orang islam gemar kepada pemimpin perasuah dan penyeleweng ini seperti PRK yang baru lepas kemudian ramai juga memilih pemimpin tiada moral yang terjebak dengan sex songsang dan yang paling malang ramai juga orang islam memilih pemimpin yang semata mata guna modal agama bermain politik dalam arus politik sekular.

      Mungkin kah malaysia sudah tiada pemimpin AMANAH dan mempunyai kekuatan minda serta fizikal atau kita sedang berada dizaman dimana rasullah pernah berpesan umat ketika itu cintakan dunia dari akhirat atau sudah ujud fenomena dajjal dimana umat mudah terpengaruh dengan penipuan.

      Delete
    3. Orang M'sia adalah orang Islam yang hebat. Berketayap, berjubah, berjanggut dan bertudung, hanya babi dan arak tidak disentuh yang lain rembattttt. Lihat lah sendiri

      Delete
    4. anon 2029, zahir diorang sembah ikut cara Islam, tapi batin diorang berpaling ke habuan duniawi pula. lagi teruk, setengah daripada mereka itu hukum orang muslim lain tak cukup isle ugamanya...

      Delete
  7. Golongan Penyamun,penyagak,penipu,pembelit,putar alam,pemboros,perasuah..

    Masih lagi ada rakyat yang undi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah harga maruah diri 5 sen dua....apa lagi nak dikatakan. Dengan beras sekampit pun jadi gak.

      Delete
  8. Budin
    jelas sekali ini bukan satu isu malah sebelum ini dan akan datang saya percaya begini lah yang akan berlaku dalam mana mana kementerian dan agensi kerajaan era Najib ,punca senang apabila semua ketua ketua yang najib lantik dan pilih adalah kaki ampu dan boleh hidup bersama kemungkaran maka saya tak hairan satu demi satu drama dan episod kelemahan , pembaziran ,penyelewengan dan kezaliamn akan berlaku berlaku.

    Esscom dah bazir hampir RM 500 juta ini lah hasil yang rakyat sabah dapat dan rakyat malaysia am nya.Tiada kredibeliti disemua peringkat.Kenapa susah sangat nak cakap perkara benar dengan macam macam alasan ,sebagai pihak berkuasa dan punya kemudahan menyiasat ,jalan la siasaitan cari siapa terima wang daripada keluarga tu jangan awal awal dah macam tutup kes ja.

    ReplyDelete
  9. MALAYSIA DI PERINTAH OLEH LANUN...

    PEROMPAK, PENYAMUN, PEREMBAT, PENYANGAK, SEMUA BERADA BERSAMA2 PENIPU BESAR. FULL STOP.

    ReplyDelete
  10. OH LUPA... KAN KENA CUKAI GST 6%

    ITU PASAL JADI KURANG.

    TAK CAYA, CUBA TANYA AHMAD MASLAN

    ReplyDelete
  11. Satu lagi berita yang boleh menaikkan nama MALAYSIA dia mata dunia selepas 1MDB.

    Wang lanun dikebas oleh lanun-lanun.
    Tunggu laporan dari WSJ.

    ReplyDelete
  12. Ini semua salah Ahmad Albab......Ingat.....Ahmad Albab.....hahahahahahah

    ReplyDelete
  13. Jangan jangan duit tu dah di tabur di PRK SB & Kk.

    ReplyDelete
  14. Aku langsung tak ada kepercayaan kepada pihak polis sejak kes lebam mata Anwar dulu lagi. Masalah dalam kepolisiam di Malaysia ini adalah kerana pimpinan atasan negara telah melantik mereka mereka yang dapat bersekongkol dengan kerja2 jahat mereka. Kes kes perbicaraan melibatkan dua pihak yang bertentangan dalam polis di raja Malaysia yang lepas lepas termasuk berkaitan isu lebam mata Anwar, kes kongsi2 gelap, nrasuah dan sebagainya membuktikan badan penguatkuasa ini amat tidak dapat dipercayai sepenuhnya apatah lagi yang melibatkan isu2 tahap tertinggi atau yang melibatkan wang ratusan juta. KIta juga jelas dapat melihat bagaimana pihajk polis ini mengamalkan sikap berat sebelah dalam banyak perkara dimana isu yang lebih besar yang melibatkan pihak pemerintah yang dilaporkan, banyak yang sepi tanpa sebarang tindakan. Malaysia kini tak ubah bagaikan negara polis dimana pihak pemerintah bebas melakukan apa saja tanpa boleh disoal dan digugat kerana segala jentera dan aparatus telah digenggam rapat dalam tangan2 mereka yang bersekongkol dan diberi kuasa mutlak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh yg xada kena mengena n xada kaitan. Nampak bebenor kebodohan anon 1852 dalam cubaan mencari publisiti murahan

      Delete
  15. din, amatlah memalukan bila TPM and KPN pun cakap tak betoi. sorang kata lagu nie and sorang kata lagu lain...nampak sangat serupa macam boss depa najib kamjat. tapi najib leih teruk lagi sampai tak berani jumpa reporter....kononnya nothing to hide.
    bagitau lah betoi betoi kat rakyat supaya api yg benci kerajaan najib nie tak membara lagi...dah meluat dok dengar cita pusing cam nie.
    jangan jangan the different tu dah habis dilabur kat KK ad SB tak din ???
    or maybe kita kena tanya pakar matematik 3.85 mat maslan ?

    ReplyDelete
  16. Byk kes tembak mati kat malaysia ni tuan2 ingat sapa punya keje? Mereka yg benar2 "pakar"..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni tgh mabuk ketum ke?
      Lari daripada topik.

      Delete
  17. Alahh..rakyat malaysia ckp2 byk pun xguna.. nnti balik2 undi BN. Specially Melayus. Padan muka kepada semua rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  18. Nur Jazlan sebelum bergelar timbalan menteri juga merupakan blogger yang aktif,penulisan yang sering menuntut transparensi,integriti malahan beliau juga sering menegur kepimpinan negara yang disifatkannya sering menyembunyikan masalah dan tidak berlaku jujur kepada rakyat. Sekarang beliau bergelar Datuk dan Timbalan Menteri KDN...gaya pemikiran dan percakapan pun dah berubah. Betul lah cakap orang,ahli politik baik kerajaan atau pembangkang..bila berkuasa,memang susah nak dipercayai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu ada yg kalah bertanding akan hentam parti dan pemimpin yg menang.Kalau dia menang mungkin dia yg akan jadi benteng mempertahankan pemimpin.Org politik macam tu lah.

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Apa lah nak di hebohkan pasal duit tu ...ok Le tu polis ambil separuh..sebab buat masa sekarang ramai rakyat MALAYSIA dan pemimpin negara amat kemarukkan duit dan dalam bulan Mulia ni dan bulan akan datang ramai orang orang melayu memerlukan duit untuk BERGAYA DAN BERAYA.. nak harapkan gaji mana cukup..kalau rakyat boleh di beri rasuah dalam bulan RAHMADAN ni tidak di kira berdosa dan ia juga HALAL JAKIM ini kan polis ambil sikit duit tu utk penat lelahnya tak salah kan...ALLAH juga dah menyokong perbuatan PM kita...itu yg PM NAJIB beritahu pada hari kemenangan undi di 2 kawasan tu...NASIB BAIK NAJIB DI BERI WAHYU oleh semua MALIKAT DUNIAWAI supaya segalah bentuk perbuatan PM di sanjung mulia oleh rakyat yg KEMARIKKAN DAN DERHAGAKAN DUIT begitu juga dgn semua KETUA NEGARA ni..so bawa bertenang dgn isu ini ok..
    ULAMAK DAN MUGTI PUN TAK BERANI BERSUARA DGN PERBUATAN MERASUAH PARTI BN di bulan RAHMADAN...jadi mengapa perlu rasa pelik dgn apa yg berlaku lagi pun NYAWA ORANG BUKAN NYA ADA NILAI DARI PANDANGAN MATA PM KITA...saya semua rakyat sedia maklum dgn apa yg PM kita lalui selama ni..PM kita difitnah dia di anggap jahat sedangkan dia adalah sebaik manusia menandingi NABI ..NEGARA KITA NEGARA ISLAM kalau tidak isteri PM yg sangat baik dgn dunia ARAB masakan PM boleh dapat DERMA dari mereka.
    ULAMAK pun setuju dgn jasanya sebab isteri PM ikut sunnah isteri NABI mengembangkan salitulrahim sesama islam...saya rakyat MELAYU UMNO sepatutnya menggerjakan ibadah secara berselang waktu melebihi waktu sembah NAJIB yg amat mulia ni..jangan rasa was was dgn perbuatannya..nanti jatuh haram...ingat setiap rasuah dalam bulan RAHMADAN adalah zakat fitra utk rakyat ok..PERBANYAKAN BERSYUKUR KERANA KITA BERADA DALAM NEGARA ISLAM YG DI PIMPIN SEORANG KETUA NEGARA YG AMAT MULIA MENGALAHKAN NABI..INGAT TU..NYAWA MANUSIA TIDAK BERNILAI MELAINKAN MARUAH PM.

    ReplyDelete
  21. Penangan duit... Dajjal is laughing loud even been chained in this Holy month

    ReplyDelete
  22. Ini masaalah sama dengan permasaalah pis. Amanat kapirkan umngok.Bodohnya bukan nek abuduh tapi tukang amanat pelabel orang @ si sotong.Rakyat mahu perpaduan parti penentang umngok be end dan bukannya parti goblok ketiga seperti kemahuan tuang chai amanat yang hanya setakat mahu diputarjaya.

    Carmabra pis..begitulah carcamabra umngok.nampaknya golongan2 ini suka main nombor, 6%, 2.6 bilion, cgpa 3.85, 12 juta-3.2 juta, 100 juta sukan, 500 komisen, c4, 1200 brim, cencen24 jota dan banyak lagi.

    Lu pikiaq sendri la.

    ReplyDelete
  23. Kemenangan akan tetap pd bn/umno pd pru 14 ini.
    Rakyat lebih selesa mengundi parti yg korup demi kesejahteraan Malaysia.
    Kena bersyukur kita dibesarkan dgn wang rasuah sejak kecil. Duit adalah segalanya bg rakyat. Politik duit tidak salah di Malaysia. Rembat berbilion dan dipulangkan pd rakyat sedikit kira dah ok settle. Syukur Amin

    ReplyDelete
  24. Duit lanun pun dilanunkan, inikan pula duit rakyat.

    ReplyDelete
  25. Wahai salleh keruak. Uruslah hal ehwal dan nasib rakyat di negeri Sabah tu baik baik.
    Nampaknya penculikan manusia sudah dan akan terus menjadi satu bisnes yg cukup lumayan di mata pengganas abu sayyaf.
    Ini bukanlah cerita yg seronok untuk seluruh rakyat Malaysia. Jangan dibiarkan perkara seperti ini berulang lagi.
    Cukup cukuplah dgn apa yg terjadi. Ini baru betul bisnes perdagangan manusia namanya.

    ReplyDelete
  26. Assalam Bro,kalau dah Ketuanya bengong maka pengikutnya lagi bertambah bengong......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mappadulung is a crying shame to the Malay people

      Delete
  27. Duit yang hilang tu adalah bayaran GST

    ReplyDelete
  28. "Mudah saja, bercakap benar dan berlaku jujurlah kepada rakyat. Jika tidak, jawapan akan sentiasa tunggang-langgang dan berbeza-beza. (SH 21/06/2016)."
    Belajarlah, ambil 'ikhtibarlah Dari jawapan2 berbelit2 apabila tidak berlaku jujur dlm menangani kes hutang 1MDB, deposit dlm akaun peribadi dll.nya.

    ReplyDelete
  29. 3.2 juta tu untuk bayaran pengurusan kot..Mana ada yg free zaman ini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...