Mesej paling penting dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun nanti ialah untuk menghantar mesej penolakan terhadap kepimpinan Najib Razak.
Kalahnya BN nanti dalam pilihanraya itu, walaupun mungkin tidak merubah apa-apa atau Najib boleh saja terus berdegil untuk kekal sebagai Perdana Menteri, tetapi sekurang-kurangnya harapan rakyat untuk melihat perubahan dalam PRU 14 semakin ternampak sinarnya.
Kemenangan BN pula pasti akan menambahkan lagi "kembangnya kepak" Najib untuk terus memimpin dan menghadapi pilihanraya umum akan datang dengan keyakinan yang semakin bertambah.
Oleh yang demikian, pilihan yang ada bagi Pakatan Harapan selain berusaha sedaya mungkin memastikan kekalahan BN ialah menjadikan Najib sebagai sasaran utama sepanjang kempen dan ceramah yang akan diadakan.
Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar harus disedarkan mengenai beban yang terpaksa mereka tanggung selagi Najib tidak berjaya diundurkan dan bagaimana banyak kemanfaatan dapat dijelmakan sekiranya ketiadaannya dapat dijadikan kenyataan.
Daripada kenaikan kos sara hidup, beban GST, peningkatan hutang negara, Perdana Menteri dan keluarga paling bermewah dan membazir, terpalit dengan skandal kewangan terbesar dunia, 1MDB yang ditubuhkannya sedang disiasat oleh sekurang-kurangnya 7 buah negara, duit beribu-ribu juta pernah ada dalam akaun peribadinya, didedahkan media terpalit dengan penggubahan wang haram dan sehinggalah kepada pandangan buruk antarabangsa terhadap Malaysia, semuanya adalah Najib puncanya.
Daripada enam Perdana Menteri yang kita ada setakat ini, Najib ternyata mencipta rekod paling buruk untuk negara.
Tugas menyedarkan pengundi itu tentulah menjadi tanggungjawab Pakatan Harapan yang meletakkan calon Amanah di kedua-dua pilihanraya ini, dan bukannya boleh disandarkan kepada Pas, meskipun kedua-dua berlawan dengan calon BN juga.
Pakatan Harapan adalah gabungan pembangkang yang lengkap dan mewakili semua kaum serta selayaknya menawarkan kerajaan alternatif kepada rakyat. Pas pula hanya mewakili satu kaum saja dan tidak mungkin mampu membawa sebarang perubahan.
Lagi pun, Pas juga awal-awal lagi mengatakan mereka tidak mahu berebut kuasa dengan BN dan selesa jika dapat menjadi penasihat kerajaan saja.
Dengan itu, calon Amanah sebenarnya menggalas amanah yang cukup besar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Sementara Pas dilihat lebih banyak menyerang Amanah dan DAP dengan pelbagai versi ciptaan dan khayalan mereka sendiri, manakala UMNO hanya berdiam diri, Pakatan Harapan sebaliknya tidak harus terleka daripada terus mendedah dan membongkar serta memberi tumpuan sepenuhnya mengenai keburukan Najib kepada rakyat dan negara.
Sebagaimana resepi kejayaan BN di Sarawak baru-baru, ada kemungkinan gambar dan poster Najib dalam pilihanraya kecil ini tidak sebanyak seperti dilambakkan dalam pilihanraya umum lalu.
Namun demikian, sama ada BN meletakkan gambar Najib atau tidak, menjual rekaan sisi baik Najib atau sebaliknya, fokus Pakatan Harapan tidak harus tersasar.
Dua pilihanraya ini adalah mengenai Najib dan untuk mengundurkan Najib. Dan ia tentunya juga selari dengan kesediaan Tun Mahathir Mohamad yang telah mengesahkan akan turun berkempen untuk memastikan kekalahan BN di kedua-dua kawasan itu. (SH 05/06/2016).
Insya'allah Tuan Budin saya yakin-seyakinnya Pakatan Harapan akan dapat kemenangan di kedua dua kawasan ini, oleh kerana majoriti rakayat sudah tak boleh terima sama sekali kegagalan Najib mentakbir Negara ini,dan dengan berkat bulan Ramadhan Almubarak ini tidak mustahil Allah Azza Wajallah memberi pertolonganNya kepada rakyat Malaysia
ReplyDeleteKhusus nya...!!!
Jangan terlalu yakin saudagar dedak dan gerombolan akan ditewaskan...
DeleteTuan Punasihat telah menghantar Pendekar Mustar dan hulubalang2 bujang lapuk untuk membantu Saudagar Dedak dan gerombolannya.
Deklarasi rakyat jelas tidak mahu PM DSN.
ReplyDeleteBN dan PAS sedar ini denyut nadi kemahuan umum rakyat.
> 60 peratus pengundi dr kalangan pendudk luarbandar dan apakah mereka faham utk tidak mengundi DSN?
Maka Tun M akan menjadi perhatian PRK kali ini.
Tak payah cerita pasal IMDBlah.
DeleteTumpu pada UNDI BN=Undi GST & baya utang rm50 billion 1mdb
go Amanah go,bersama deklarasi rakyat.
ReplyDeleteInsyallah rakyat belbagai kaum bersamamu.
Semoga parti AMANAH memenangi PRK ini menewaskan parti 1MDB.
ReplyDeletePAS + UMNO = PARTI 1MDB
Jangan sebut Najib, sebut Najiblis, Najibilion, Penipu Mega, Perompak Pencen, Penyamun Rakyat,Penyangak GST dan sebagainya.
ReplyDeleteDlm perang...musuh kpd musuh adalah kawan.
ReplyDeleteKawan kpd musuh adalah musuh
Pas berkawan dgn umno...maksudnya mereka satu team. Bila serang umno...fokuskan kpd induknya saja.
Calon umno tk penting utk diserang. Sebab kita bukan sasarkan individu.
Tapi sasarkan kpd kelemahan dasar angkara kerajaan umno/bn yg mjadikan ekonomi dan sistem pentadbiran kita caca merba!!
Isu2 1mdb...gst...kejatuhan nilai ringgit...peningkatan kos sara hidup...kepayahan peluang pkerjaan...kadar jenayah!!
Kaitkan kelemahan di atas dgn keculasan dan kecuaian parti yg jd kerajaan yg dipimpin oleh najib!!
Jgn kempen dgn isu2 remeh...spt soal idah utk calon UMNO K KANGSAR. Jgn overkill dlm raih sokongkan!!
Soal salam..apa bagai. Isu2 remeh mcm tu boleh buat org meluat!! Fokus pada agenda yg berpaksi kpd rakyat!!
Jentera kempen PH harus abaikan provokasi dpd parti pas yg semakin menjadi jadi memaki hamun yg bersulam ayat2 agama!!
Ingat fokus pada kelemahan kerajaan...dan boleh kaitkan juga hubungkait antara umno/pas yg saling bantu membantu dlm menutup isu2 penting negara!!
Tujuannya utk mendedahkan bahawa umno dan pas adalah satu pasukan...!!
Boleh kot...haha
Ramai org sedar kebobrokan yg dilakukan oleh penyamun laki anak bini. TAPI sedar atau tidak penyokong tegar Umno akan tetap menyokong BN w/p dajjal mata satu diletakkan sebagai calon.
ReplyDeleteMusuh utama yg menggagalkan harapan rakyat malaysia adalah penyokong tegar Umno. ini yg membezakan kita dengan rakyat negara maju
Johor ayuh keluar malaysia
ReplyDeleteJohor ayuh keluar malaysia
ReplyDeleteRakyat Johor yang akan menentukan sama ada Johor patut keluar dari Malaysia dan bukan Yang di-Pertuan Agong mahupun perdana menteri, kata bekas editor The Malay Mail, Ahirudin Atan.
Haji Hadi kini tak perlu lagi diberi penghormatan sebagai ulama. Sikap Hadi yang pelik akhir akhir ini jelas satu perbuatan cuba melindungi perbuatan rasuah dan penyelewengan oleh Najib Razak dan kuncu2nya dalam UMNO. Perbuatan Hadi atas alasan apa apa pun kebelakangan ini seperti memberi nyawa untuk perasuah dan pemimpin tidak beretika untuk terus menguasai pucuk pimpinan negara. Hadi mabuk Hudud melulu dan menjadi dungu dipermainkan Najib Razak melalui banyak sumbangan dana konon atas nama Islam tetapi hakikatnya Hadi sedang emasuki jerat cantik yang dipasang Najib. Kebodohan Najib dan mabuk kuasa Harun Din yang tidak pernahj diterima rakyat dalam pilihanraya telah menyumbangkan banyak kerosakan kepada keutuhan pakatan pembangkang selama ini. Kedua2 pucuk pimpanan PAS ini "baghal" dalam strategi politik. Mereka lebih rela mengejar bayang2 hudud dan membiarkan perasuah besar negara terus berkuasa dari menerima pentadbiran berintegriti yang cuba diusaha dan dibawa oleh pakatan pembangkang. Bagi Hadi dan Harun, cukup dapat bermimpi hudud dari mendapat sistem pemerintahan yang berintegriti dan bebas rasuah. Kedua pak lebai dan pak serban ini memang diakui berilmu dalam agama tapi amat bodoh dalam memahami kelicikan dunia politik multiracial spt Malaysia. Mereka masih merasakan mereka diera peperangan badar dan hanya boleh menang dengan iman tanpa mengguna ketajaman akal yang diberi Allah. Rasanya jika kedua mereka ini di era dulu zaman Rasulullah sewaktu terlaksananya perjanjian Hudaibiah, sudah tentu kedua orang ini akan bertegang leher dengan Rasulullah kerana mengalah kepada musuh Islam dan bertangguh memasuki kota Mekah melalui perjanjian tersebut. PAS akan berterusan menjadi parti kampungan andai beginilah corak pimpinan yang mahu dikekalkan. Yakinlah bahawa PAS sekarang sedang bermegah megah dan leka dengan gear undur kenderaan mereka. Malang teramat malang, ketiadaan Tn Guru Nik Aziz tidak saja akan terus memlemahkan PAS malah kerajaan PAS Kelantan diyakini akan tumbang gara gara corak kepimpinan politik songsang yang ada sekarang ini.
ReplyDeleteBudin, saya & 7 klrga inshaallah undi untuk Amanah@PH.
ReplyDeleteMarilah semua pengundi bantu Amanah. Kita kene zahirkan aoa yg terbuku di hati ini.
Jangan mudah ditakut takutkan.
Kita ada Allah/Tuhan.
Negara ada undang2.
Budin, saya & 7 klrga inshaallah undi untuk Amanah@PH.
ReplyDeleteMarilah semua pengundi bantu Amanah. Kita kene zahirkan aoa yg terbuku di hati ini.
Jangan mudah ditakut takutkan.
Kita ada Allah/Tuhan.
Negara ada undang2.
Pucuk paku daun keladi
ReplyDeleteDikutip dimasak si makcik Minah
Malang aku tak pergi mengundi
Jika pergi dipangkah amanah
Sayur bendi dibuat jeruk
Masak kari dalam periuk
Jangan undi parti tak elok
Tolak pemimpin yang banyak cilok
Jauhi juga si tuan guru
Dengan pengkhianat garu menggaru
Rakyat marah dikata cemburu
fatwa amanat dah haru biru..
Tawaran Istimewa Web Hosting
- masih ada satu iklan kosong di ruang ini -
Benarlah kata Cikgu Pa, UNDI PAN @ AMANAH = Undi DAP
Posted on Monday, June 06 @ 08:06:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Ulasan/Komentar
"AMANAH ditaja oleh DAP, sebab DAP pun kata mereka akan sokong (AMANAH), sokong DAP sama macam sokong AMANAH juga" kata Cikgu Pa semasa menggulang Ucapan Dasar pada Muktamar PAS 2016 baru-baru ini.
"Jadi kita lawan tiga parti sekarang, AMANAH, BN dan DAP,” kata pengarah pilihan rayanya Datuk Mustafa Ali.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan slogan menyokong calon PAN dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) sama seperti menyokong calon DAP adalah suatu kenyataan yang tidak berasas.
Kenapa Bendera DAP Menguasa Kawasan Cina?
Cikgu Pa adalah Pengarah Piliharaya PAS yang agak lama bersama PAS. Pernah menjadi Timbalan Menteri dan berpencen dengan jawatan tersebut. Bila dia bercakap dia tak bercakap kosong macam puak-puak PAN @ AMANAH.
Kalau kita tinjau kawasan Cina, kenapa bendera PAN @ AMANAH tidak dipasang, Hanya bendera DAP yang dipasang seolah-olah macam DAP yang bertanding. Sedangkan peraturan SPR hanya bendera parti yang bertanding.
Ini menunjukkan DAP sedang giat berkempen agar pengundi Cina tidak mengundi PAS dengan wujud DHPP yang dilihat PAS menunaikan kepentingan DHPP walaupun status keahliannya dalam PAS hanya sekadar kelab penyokong.
DAP juga tidak mempercayai PAN, kerana orang Cina bersikap anti dikhianati. PAN pernah khianat PAS bagi orang Cina mereka adalah sial bukan boleh buat sahabat.
Kini DAP seolah-olah bertanding dan PAN @ AMANAH sekadar kaldai aje.
Haji Hassan Omar
Undilah parti 1mdb - past + umngok
DeleteSo apa masalahnya DAP dan Cina sokong AMANAH..??
DeleteDulu dlm PR ...Cina dan DAP sokong PAS ...takde pun Cikgu Pa Al Gondrong ni bising!!
Dah tentu le DAP sokong AMANAH sebab satu pasukan. Takkan le DAP buat sokongan kat PAS atau UMNO pulak...makan tahik ke apa kamu ni??!!
Lain kali...guna sikit otak kt kepala tu. Cukup2 le befikir guna siku dan lutut tu!!! Kua kua kuaa
kpd.hj.hassan omar...
Deletejngn. berteori dgn. melangut kelangit.., tapi terlupa pula bumi, rumput yg. dipijak..??
sya. sokong komen anon 10.36, gunakanlah anugerah otak yg. allah kurnia kpd. kita. bkn. guna siku, lutut...
kpd.pengundi2 prk sg.besar & k.k. awassss.....
Deletepast adlh. pati sesumpah(camilion).., mcm.2 blh. berlaku, walau pun kata musuhnya amenu ttp. ending nya waa x caya luu lahhhh...
Mula aje kempen parti AMANAH @ IKRAM/IRC terus menyerang PAS. Parti PAN ini hilang fokus yang sebenarnya musuh rakyat ialah UMNO @ BN bukannya PAS. Hakikatnya sebenat PAN adalah proxy untuk UMNO. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu melabelkan PAS kini sebagai parti ‘tidak boleh menang’.
ReplyDeleteMohamad Sabu berkata sejarah politik di Malaysia telah menunjukkan bahawa mana-mana parti yang bertanding bersendirian dalam pilihan raya akan menemui kegagalan dalam perjuangan.
“Sekarang, akibat pergolakan politik, PAS kembali keseorangan. Dari sudut hukum pilihan raya, PAS tentu dah tak boleh menang.
“Kita masuk pilihan raya nak menang, melainkan kalau kita masuk pilihan raya dengan tujuan hanya nak bertanding,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Dataran Tonggak 10 di sini, malam Sabtu.
Hadir sama Penasihat DAP Lim Kit Siang, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution dan beberapa pimpinan Pakatan Harapan.
Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar adalah peluang untuk pengundi-pengundi PAS, terutama pengundi muda untuk melakukan perubahan.
Beliau juga meminta pengundi supaya tidak mensia-siakan undi dengan memilih PAS.
“Politik di Malaysia tak boleh bersendirian. ‘Sorry’lah…Abang Mat orang lama ni, bukan sehari dua dalam politik, umur 60 lebih, cuma nampak muda.
“Jika kita balik keseorangan, tak boleh menang, saya nak nasihat elok-elok ni, inilah peluang tuan-tuan nak berubah, saya harap semua ahli PAS di Sungai Besar ini jangan sia-siakan undi,” katanya.
Beliau turut memberi contoh kemenangan di Meru, Seri Kembangan, Bangi dan Paya Jaras adalah disebabkan faktor kepelbagaian kaum dalam Pakatan Rakyat yang mendokong satu perjuangan.
Mengimbas penglibatan PAS dalam politik di Selangor, Mat Sabu berkata, parti itu hanya berjaya memenangi kerusi pada pilihan raya 2008 dan 2013 ketika bergabung bersama PKR dan DAP.
“Masa PAS keseorangan di Selangor, selalu hilang wang taruhan, kalau tak hilang pun di Sabak Bernam dan Tanjung Karang.
“Ertinya kita (PAS) mula menang bila kita muafakat semua kaum. Bila ada Pakatan Rakyat, mula-mula kita menang lapan kerusi, kemudian 15,” katanya.
So apa masalah AMANAH serang pas!!??? Ada masalah ke musuh..serang musuh??!!
DeleteSebelum PRK lg pun pas...mcm org gila akal serang amanah!! Kamu senyap pulak.
Amanah memang le serang pas dan amno sekaligus sebab pertandingan 3 penjuru!!
Yg pas pun serang amanah jugak!! Pas kata nak kalahkan amno...tapi yg pas antam siang malam pg petang bukanya amno. Pas asyik maki hamun dan fitnah DAP dan AMANAH je...
Dgn amno pas main geli2 je...woii rakyat nampak le woii...
Nanti parti kamu kalah...sah2 kamu nak salahkan dap dan cina!!! Kua..kua kua...perangai sebijik mcm hamno!!!
Baik sikit hamno dpd parti pas...kurang2 pun hamno tk jual ayat agama utk menang!! Pas ni parti hampeh...yg disokong oleh org tk berakal je...
Parti star wars dgn Mr Presideng Lightsaber...
Saya berharap pada yg bertanding nt. Jgnlah ramadan di politikkan.. Contoh kalu derma tu jgn guna nama parti politik kalu niat utk ganjaran ramadan. Jgn bagi baju raya atau duit raya atas tiket parti utk dpt undi.. Atau buat lawatan di bazar ramadan bermah mesra hanya utk undi.. Atau buat majlis berbuka bersama penduduk setempat hanya utk undi.. Atau lagi teruk tarawih bersama pengundi dan ceramah politik.. Ramadan bulan yg mulia.. Bukan bulan politik.
ReplyDeleteBudin Patut suruh Mahathir bawa surat 1.2Juta naskah yang di penuhi nama rakyat tanpa kebenaran sebagai bahan kempen. Mana tahu orang Sungai Besar dan Kuala Kangsar pecaya dengan penipuan sokongan 1.2 juta ini. Pada say inilah saja harapan bagi Pakatan Harapan untuk menang, dengan penipuan.
ReplyDeleteTaraf hidup yang paling sesuai untuk orang melayu adalah seperti di Kemboja.
DeleteParti serpihan ( Amanah ) menentang parti gabungan past umngok (parti 1mdb)
ReplyDeleteOrg sabah ini banyak yg pandai2 tetapi malang ada satu dua orang yg tolol dan ini amat memalukan
ReplyDeletetak payah layan lah Pas dibawah Pope hadi awang tu. mereka lebih kapir dari kapir sebenar...
ReplyDelete