Pas baru saja selesai bermuktamar dan tugas paling dekat yang menantinya ialah pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang penamaan calonnya pada 5 Jun, manakala pengundian ditetapkan 18 Jun depan.
Muktamar kali ini menampilkan kelainan bagi Pas kerana di samping bertanjak, bersilat dan memakai persalinan umpama pahlawan Melayu yang ditonjolkan, mereka juga buat pertama kalinya menjulang keris yang merupakan lambang kebanggaan pada logo serta bendera UMNO.
Selain sudah mendekatkan diri dengan UMNO sejak beberapa bulan lalu, Pas juga dalam masa yang sama dilaporkan mengambil pendekatan menolak politik dendam dan kebencian dengan tidak lagi semata-mata menentang atau menghentam kerajaan, sebaliknya akan menawarkan penyelesaian serta terbuka untuk bekerjasama.
Walaupun masih mengekalkan identitinya sebagai parti pembangkang dan kekal bercita-cita menawan Putrajaya, parti itu juga menawarkan diri untuk menjadi penasihat kepada kerajaan sedia ada dengan atas ia sebahagian amalan politik matang dan sejahtera yang diamalkannya itu.
Dengan semua perkembangan itu, sudah tentu pilihanraya kecil Sungai dan Kuala Kangsar ini menarik untuk diperhatikan yang pertandingan akan berlaku setidak-tidaknya tiga penjuru antara BN, Pas dan Pakatan Harapan. Jika ada calon Bebas yang turut bertanding, boleh jadi akan berlaku pertandingan empat atau lima penjuru.
Namun demikian, yang menarik untuk diperhatikan bukan lagi tentang siapa kalah dan siapa menangnya dalam pilihanraya kecil itu, tetapi bagaimana Pas mahu membawa dirinya dalam kempen dan ceramah yang akan diadakannya.
Adakah dengan amalan politik matang dan sejahtera serta menolak politik dendam dan kebencian itu, Pas benar-benar tidak akan melakukan serangan kepada UMNO, BN dan para pemimpinnya, terutamanya Najib Razak yang diperkatakan di seluruh dunia dengan skandal kewangan melibatkan diri, keluarga dan 1MDB yang diasaskannya?
Jika demikian, siapa yang akan disasarkannya dalam ceramah dan kempen nanti?
Adakah Pakatan Harapan, khususnya Amanah dan DAP pula yang dijadikan sasaran?
Kalau begitu, adakah amalan politik matang dan sejahtera serta menolak politik dendam dan kebencian itu hanya mengecualikan UMNO, BN dan pemimpinnya saja daripada serangan, sebaliknya Amanah dan DAP akan terus dihentam dan dikecam?
Tetapi, tidakkah pelik jika Pas sebagai pembangkang, mereka juga menyerang Pakatan Harapan yang berada dalam kedudukan yang sama dan tindakan itu akhirnya akan menyerlahkan muslihat untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN?
Atau mungkinkah Pas tidak akan menghentam sesiapa dalam ceramah dan kempennya, sesuai dengan perubahan pendekatan yang diambilnya sekarang, sebaliknya hanya berkempen umpama memberi ceramah atau tazkirah agama semata-mata?
Sementara UMNO kekal sebagai kerajaan dan Pakatan Harapan juga kekal sebagai pembangkang utama dalam negara, Pas sebenarnya tersepit antara kedua-dua blok tersebut.
Mereka ingin dikenali sebagai pembangkang dan menolak bergabung dengan UMNO, walaupun semakin mengakrabkan diri ke arah itu, namun dalam masa yang sama juga enggan berkompromi dengan Pakatan Harapan untuk membolehkan berlakunya pertandingan satu lawan satu.
Berbanding calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan, ditambah dengan penglibatan Tun Mahathir Mohamad bersamanya, ia kini lebih layak dijenamakan sebagai mewakili rakyat yang inginkan perubahan dan menentang segala amalan buruk yang dilakukan oleh Najib yang jelas membawa keburukan kepada negara.
Oleh itu, pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini akan menyerlahkan hala tuju sebenar Pas menjelang pilihanraya akan datang.
Bagaimana mereka berkempen, siapa yang diserang dan dihentamnya serta siapa yang seolah-olah dipertahankannya akan menjadi penilaian penting kepada rakyat mengenai parti itu sama ada mahu terus disokong atau ditinggalkan begitu saja. (SH 04/06/2016).
UMNO melalui jalan sukar utk menang. PAS masih punya peluang. Kalau dilihat dr statement mustaffa ali, musuh pas bukan umno tapi amanah. Ini bermakna pas memang sudah ada pakatan dgn umno. Sebab kita lihat umno tidak bersungguh meletak calon kerana sama saja sama ada pas atau umno yg menang. Pas tidak akan menyerang umno kerana atas dasar kesepakatan yg dijalinkan. Dalam muktamar pun tiada isu penyelewengan dan 1mdb dibangkitkan oleh perwakilan dan presiden pas mengambil sikap mendiamkan diri terhadap najib. Umno nampak sangat memberi laluan kpd kemenangan pas dgn meletak calon yg tidak punya potensi utk menang sekadar melepaskan batuk ditangga supaya tidak dikatakan memberi kemenangan percuma pd pas.pada hakikatnya daripada dia bersungguh2 sedangkan orang sudah benci pd umno lebih baik beri pada pas kerana pas adalah rakan dan tidak akan menyerang nya malah membantu dikala ia memerlukan. Kita tunggu dan lihat...
ReplyDelete1Undi Pas = 1Undi UMNO/BN = Undi 1Makan Dedak Bersamasama (1MDB).
DeletePolitik matang atau politik carimakang???.
DeleteDulu assobiyyah haram sekarang dah jadi halal,
Ahli dan penyokong dah celaru lintangpukang,
Pemimpin syok dapat dedak tak ambik hal.....
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteUndi Amanah (PAN) demi menjatuhkan skandal wang haram.
ReplyDeleteTumpukan pangkah kepada satu parti saja.
Jangan pecahkan undi anda.
Politik songsang.hj hadi .sanggup
Deletekorbankan Islam dan ekonomi
negara semata2 memuaskan
umno yang beri dedak pada pas
Jom undi Amanah, bagi menunjukkan kita benci kepada rasuah yang dipikul oleh kepimpinan negara.
ReplyDeleteYESSSS...Undilah calon Amanah di SB & KK, sayangkan Malaysia dan rakyat Malaysia...rakyat tiada pilihan..kena jatukan Najib.Undi PAS dan Umno bermakna..MEMBENARKAN..RASUAH BERLELUASA...Jika BN Menang..najib/rosmah akan bertambah berleluasa menjahanamkan negara.
ReplyDeleteHIDUP RAKYAT.
Tinggalkan pas.. jangan undi pas.. Pas dah mengarut sangat sampai cium keris dan potong pulut lak.. Nak jadi pahlawan melayu ke nak jadi pahlawan islam?
ReplyDeleteKalau bn menang najib dan rosmah akan bertambah gemok.
ReplyDeleteBentuk kempen PAS kat Sg Besar dan K. Kangsar? Tak susah untuk dijangka kerana Muktamar PAS yang baru ini jelas menunjukkan kepada umum apakah fokus dan perancangan PAS. Dengan memakai baju2 yang melambangkan "ketuanan Melayu" serta ucapan2 yang berupa serangan kepada musuh2 PAS masa kini iaitu PH (DAP, PKR dan Amanah) serta ketiadaan langsung sentuhan tentang salah laku UMNO , GST serta 1MDB bermakna PAS dan politik "matang"nya hanya akan menyerang PH dan membiarkan sahaja UMNO (demi kesatuan melayu kononnya).
ReplyDeleteKita semua sedai maklum bahawa muktamar PAS adalah medan utama yang akan menentukan hala tuju PAS dan dalam muktamar itu telah jelas bahawa musuh PAS adalah PH dan PAS sudah menghalakan kesemua senjata mereka kepada PH disamping menghulurkan salam dan bunga kepada Najib dan UMNO. Isu2 penyelewengan, GST, penganiayaan keatas rakyat sudah tidak menjadi keutamaan kepada PAS yang ingin menjadi penasihat kepada UMNO dan BN. Maka PRK di Sg Besar dan K.Kangsar ini hanyalah satu pentas untuk PAS menonjolkan diri sebagai pejuang melayu dan bukan lagi pejuang Islam yang mengutamakan "amar makruf dan nahi mungkar".
Sebagai penasihat UMNO/BN, PAS sudah tidak mengutamakan "amar maaruf dan nahi mungkar" sebaliknya mengamalkan "tawaun" bekerjasama dalam berbuat kebaiakn sambil menutup mata atas segala salah laku dan penyelewengan UMNO. PAS sudah mengangkat Melayu sebagai keutamaannya dan meletakkan "amar maaruf dan nahi mungkar" sebagai polisi yang boleh di tangguh kewajipannya (macam Hj hadi menangguhkan pembentangan Akta355 sebab kesian kat ahli Parlimen, takut2 diaorang kena duduk dalam parlimen sampai pagi). Alah...Akta 355 tu pun bukan hudud jadi tangguhkan pembentangannya pun buka berdosa pun! Hanya si jahil dan si pembohong yang asyik cakap bahawa akta tu adalah Hudud!
Nick.
Cape Tiger.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete[surah ash-Shams]
ReplyDelete(7)Demi diri manusia dan (Tuhan) Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan sesuai dengan keadaannya);
(8) Serta mengilhamkannya (supaya mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;
(9) Sesungguhnya berjayalah orang itu yang menjadikan dirinya bertambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
(10) Dan sesungguhnya hampalah orang itu yang menjadikan dirinya susut dan terbenam kebersihannya (dalam kekotoran maksiat).
Hadi awang Kata barua.Sekarang yang jadi barua umno adalah pas .
ReplyDeletePAS + IKATAN= PASIK
ReplyDeletePASIK + UMNO KAFIR = DAJJAL
Wah ag mohd ali 1mdb dah dapat gelaran tan sri termasuk noh omar.
ReplyDeleteJamal ikan tongkol tahun depan kot. Tu lah jamal kau tak hantar kat najib burger
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.
ReplyDeletepas dah gelong
asyik tepekik telolong lebih dari polong
tukar cepat ketua ketua pas yang dirasuk
Uniform pahlawan melayu PAS dah tunjuk seri dan belangnya.... kat kedah satu dah pengsan.
ReplyDeletepahlawan Islam tekenai denagn pedang bukan denagn
ReplyDeletekeris tu
nasib baik bukan taming sari kalau tiadk jadi
kebai la depa ni
mampuih la lagu ni
zuq zuq zuq padan muka
Cakap bolehlah macam2 lidah biawak bercabang yg jadi cemuhan nanti pasti Dap dia lupa itulahparti yg tolong dia dlm pru dlu lepas itu Amanah akan jadi sasaran walau pun satu bangsa Melayu dan satu Agama cakap tak serupa bikin yg dia akan ampu ialah umno dn bn kerana ia rakan
ReplyDeleteTuan SH, ramalan saya pengundi cina/india kk dan sb akan solid ke pakatan harapan..amanah/ph perlu raih lebih 20% undi melayu untuk capai kemenangan..
ReplyDeletePeratusan kasar pengundi di kk dan sb
Melayu 75%
Cina/india/lain2 25%
Petugas amanah/ph perlu bekerja keras disamping bantuan kempen team selamatkan malaysia, saya kemenangan sulung ph bakal diperolehi..
Cakap bolehlah macam2 lidah biawak bercabang yg jadi cemuhan nanti pasti Dap dia lupa itulahparti yg tolong dia dlm pru dlu lepas itu Amanah akan jadi sasaran walau pun satu bangsa Melayu dan satu Agama cakap tak serupa bikin yg dia akan ampu ialah umno dn bn kerana ia rakan
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteUndi past syurga itu pasti, tapi past tetap tunjukkan ketakutan dan kekalutan kepada Amanah(parti baru).Sepatutnya past takut kepada parti umngok yang terbukti banyak skandal pembawa masaalah kepada negara tapi boleh lagi menang menentang parti yang mahu menyelamatkan negara.Inilah akibatnya bila angkat bakul sendiri menjadi penasihat kepada umngok, tidak mahu bangkang dan lebih rela jadi bangang.
ReplyDelete