Berikut ialah kenyataan media Muhyiddin Yassin berhubung pemecatan keahliannya oleh MT UMNO semalam.
Sementara itu, esok Ahad, 26 Jun 2016 pada jam 5.00 petang bertempat di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir akan mengadakan sidang media bersama berhubung pemecatan mereka daripada UMNO dan pengumuman langkah-langkah yang akan diambil seterusnya.
Dijemput beramai-ramai sebagai tanda sokongan dan solidariti. (SH 25/06/2016).
Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.
Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.
Saya berasa kecewa kerana UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi UMNO yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.
Mereka yang menguasai UMNO boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.
Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.
Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.
Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.
Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin UMNO dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba.
Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.
Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.
Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu"
Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli UMNO sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.
Selamat tinggal UMNO.
Kepada Allah saya berserah.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
25 Jun 2016
Pecat akhir bulan puasa dan dekat nak raya. Mmg bijak think tank Najib merancang.
ReplyDeleteJadi xder sapa nak ambil peduli. Ko berkokoklah sampai keluar darah Muhyiddin dan Mukhriz.. xder sapa pedulik.
Masa Anwar kene dulu, xnak tunjuk pulak jalan kebenaran? Sudah banyak skandal moral, skandal tak mampu nak disenaraikan.. x pulak nak bising2..
X pa.. selagi duit dedak masih berjalan.. duit pencen pun makan anak cucu x abes dah sampai kiamat.. xdak sapa amik pedulik pun..
Selamat bersembab!!!
Demi pepaduang melayu, pemimpin yg dipilih dlm PRU mesti ditaati dan dipertahankan.
DeleteHaram menjatuhkan pemimpin demi pepaduang melayu...ke guaner Din???
meh sini aku story kat korang semua. Padan muka hangpa. Sejak beberapa tahun lepas, dah namyak kali rakyat yang tidak pandai bermain bahasa dah cakap, perjuangan dan pemikiran UMNO sekarang ini merosakkan. Hangpa semua tak percaya. Duduklah melalak sana sini, I love PM lah kononnya. PAS, PKR ini semua pengkhianat Melayu lah. Shahnon Ahmad dalam buku SHITnya, dah cakap sejelas jelasnya, tanpa berselindung dan gunakan bahasa shock and awe so hangpa semua sedar diri...hmmm. pekak badak juga hangpa semua. La ni, dah kena buang dari UMNO, apa yang nak di hairankan lagi. Buanglah retorik retorik hangpa semua tentang berjuang untuk melayu melalui UMNO, masih percaya pada perjuangan UMNO etc etc etc. Piiirah. Kepimpinan UMNO tak heran pun. Depa buat apa apa pun, pasai depa ingat depa boleh hidup selama lamanya, tak ada natural justice and tak ada God"s justice for them.
DeleteLa ni, kalau hangpa semua sayang Islam, Melayu dan anak cucu cicit masing masing, buanglah sikap hangpa yang lama yang busuk tu. embrace change. This is war against UMNO, for our survival, for our children and their children survival.
Mahathir must be honest with himself and if he did wrong to Anwar Ibrahim, apologize to him. and to other people that he did wrong, say Tun Salleh Ababs. How..don't care. Close this chapter. then kita boleh bersatu without any baggages to carry.
then go to war with UMNO.
Dua tiga tahun lepas, ketika Muiidin masih menteri pelajaran. Ada seorang cikgu dkenakan tindakan pecat dari jawatan.
DeleteTak ingat nama cikgu tu. Beliau dipecat gara2 berjuang utk menghentikan program bodo PBS yg byk menyusahkan para guru dan para pelajar.
Program yg tk dpt sambutan warga pendidik. Guru tersebut dipecat dizaman Muuiidin jd menteri. Bukankah periuk nasi guru tersebut telah ditaruk pasir di zaman muuiidin.
Dulu ko pecat org. Skrg ko pulak rasa. Walau apa yg ko rasa sikit sgt dibanding org yg ko berbuat zalim.
Sesungguhnya perbuatan zalim itu ialah kezaliman ke atas diri sendiri!!
Alif..mim..nun..tendang wau..kene tendang pon ape nak disasau..tabong dah penoh banyak yang dah disakau..dok rumah diam-diam main pakau..cina cakap "chak boh liau maa!!"
ReplyDeleteini amnao dah lama dah banyak busok
ReplyDeletetak payah nak biarkan lagilama duk pegang kuasa
kalu setakat tukar kepala saja tak jadi kebenda
sistem yang diamalkan susah nak dbuang
ada kuasa boleh buat apa saja
lani baru nak terasa kah???
Parti umno sekarang bukan lg parti utk melayu,ia parti utk kumpulan elitis dalam umno dan BN ,kuncu kuncu,pemakan dedak,kumpulan kroni kroni capitalism dan yg menumpang hidup spt PAS.
ReplyDeleteMelayu hanya jadi alat mendapat kuasa dgn hanya beri dedak murah dan cerita takut jadi hamba cina.ini lah dongeng sukaan penyeleweng dlm umno sekarang.
Jadi tak guna tunggu elok la tinggal saja parti Najib yang rosak ini.
Parti umno sekarang bukan lg parti utk melayu,ia parti utk kumpulan elitis dalam umno dan BN ,kuncu kuncu,pemakan dedak,kumpulan kroni kroni capitalism dan yg menumpang hidup spt PAS.
ReplyDeleteMelayu hanya jadi alat mendapat kuasa dgn hanya beri dedak murah dan cerita takut jadi hamba cina.ini lah dongeng sukaan penyeleweng dlm umno sekarang.
Jadi tak guna tunggu elok la tinggal saja parti Najib yang rosak ini.
Melayu! Bukan tak kenal. Cakap je bung bang bung bang. Dapat rm500, senyap. Diam2 pangkah semula umno intuk kesekian kalinya. Bila minuak naik, tol naik, bising semula..
DeleteLalat taik saja semua tu. Dapat taik senyaplah. Lepas tu bising berdengung dengung lagi. Dapat taik diam diamlah depa. Lepas tu bising lagi.
Delete
ReplyDeleteDulu sepak terajang kasi pelingkop Pak Lah..
Hebat sgguh nko wktu tu tolong Jibgor pelingkop Pak Lah jatuh terlungkop...nko jd panglima hebat tul dimata Jibgor haha!
Coba bg tau rkyat brp duit 'simpan' dan duit pencen ddlm dan luar negeri yg nko dapat?
Elok juga jd cenggini, moga madey nko n mukhriz boleh bg tau rkyat brp bnyk duit 'simpan' nkorang masing2
Bila bercakap bnar sbnr2nya bab DUIT 'simpan' nih barulah rkyat tau sape yg sbnr2 ikhlas nak tolong rkyat!
Mcm Gaddafi Marcos dan Suharto bila dah mamposs barulah rkyat sume tahu brp bnyk miliyun biliyun2 sbnr2 DUIT 'simpan' dorang tu masing2.. haha lu org apa mcm?
Nak jd pejuang rkyat wajib lah berani bnar2 bercakap benar dgn seterang2nya diatas bab DUIT tu dulu yea..
Klu idak lebih baik terus berkubang mcm umngok tu terus menerus sampai mamposs lg baik tau!
DeleteYg aku nampak
Semua dorang tu hanyalah pejuang taik kucing!
Sblum Jibgor legasi hutang negara sudah bertimbun dan misi Jibgor hanyalah meneruskan legasi lingkop agar misi itu mnjd "mission accomplished"
Barulah slps itu org2 melayu kampung akan terjaga dari sandiwara pejuang2 bertopeng yg semuanya adalah pengkhianat itu
Bravo bravo!
Anon 21.25,
DeleteKalau Tun M nak di tuduh ada billion billion duit dia simpan dan songlap duit negara aku ingat sejak dia tak ada kuasa dah lama pak lah dan najib bawa dia tudoh di makamah sebab mereka sgt benci pada Tun M tapi kenapa tak berani dan tak ada tuduhan pun,Anuar pun dulu janji nak bongkar berpuloh kota dokumen salah Tun M kenapa sampai sekarang tong pun tak nampak yg nampak Anuar asyik keluar masuk penjara.
Kalau muhyindin dan muhkriz ada billion duit rasuah dah lama Najib heret mereka ini pi makamah sebab tiada kuasa faham sikit yg nampak macam Najib nak ke tali gantung bila tiada kuasa.
Marcos,Suharto bila mati baru tahu rahsia ada billion sebab dahdua hilang kuasa,tapi Tun M masih hidup dan tiada kuasa dah macam suharto kenapa tak bongkar,yg nampak Tun M yg saman najib kerana rasuah.Nak tulis biar pakai otak jgn pakai lutut.
DeleteDulu wktu mamakdey nak makan dedak kena buat projek2 mega mcm perwaja pkfz dan bakun yg semuanya lingkop jd dedak
Sume projek mega yg lingkup trmasuk mas dan proton di 'bail-out' jd dedak yg rkyat kena tanggung beban hutangnya
Jeng jeng jeng, kini..
Jibgor sbg anak murid mamakdey lg hebat, bila dia nak amik dedak dia tak perlu susah2 guna istilah projek mega2 mcm mamakdey buat tu..Jibgor cuma guna 4 patah perkataan jer 1 M D B dah beres!
Dgn 4 patah ayat jer 50 biliyun berdesyuup!!
Sape lg hebat Jibgor sbg anak murid @ mamakdey yg mnjd gurunya?
Moral of d story:
Jgn sesekali ajar anak murid KENCING bediri kelak nanti anak murid itu akan BERAK cirit sambil melompat berlari dan menari2..dan taik sume pun habis berterabur dipusing dek kipas angin keceruk2 dinding, huh!
Boleh ke sesiapa memahami dan mnginsafi hakikat sbnr2 KBNARAN sang pemakan dan pencuri dedak yg sgt2 jijik ini?
Fikirkan n bertaubat lah dgn sdalam2nya
Tak guna bg sesiapa pun utk menegak benang yg basah, bertaubat lah!
Anon 2329,bodoh simpan sikit utk hari lebaran nanti..sekian..
DeleteDin aku doakan agar umno najib nie pie mampuih buang...laknatullah Wahai najib and ahli MT and TKP umno Malaysia....
ReplyDeleteTunggu Lah umno Tetap Akan dikuburkan...
MT pemakan dedak...ceehhh...Muka terbai macam Kulit Babi.
Ada ke yg berani kuburkan umno?
DeleteMereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya terhadap mereka. Mungkinkah sumpah laknat yang di buat Najib sudah dan sedang berlaku keatas diri nya dan kemuncaknya bakal tiba.....pada kita kebetulan tapi pada Allah tiada sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Syabas orang2 yang menegakkan kebenaran! Teruskan berjuang! #UMNO Pagoh
ReplyDeleteMoga 3m menjadi IDOLA baru zaman melinium
ReplyDeleteKepala memang dah BUSUK.... ekornya beringkat-tingkat BUSUKNYA........
ReplyDeleteKuasa baru adalah parti tunggal berbilang kaum. Progresif. Telus
ReplyDeleteParti kolot pasti ranap ketibggalan zaman
Ini masanya 3m tubuh parti baru
ReplyDeleteJatuhkan najib dan bn
Cayop cayop
Ke mana pergi nya hero2 dlm umno..???!!telor kat mn..?sembang kencang itu lah,ini lah..apasal takot dgn cina?Melayu brp peratus,kaum2 lain berapa peratus..?! Igt rakyat bodoh tak tau kira ke..?MT semua nak suro org Melayu ni jd puppet,boneka? Nak wujudkan sentimen perkauman,suro org Melayu turun bwk parang kasik habis cina?senang betol korang MT umno permainkan perasaan orang Melayu..korang ddk dlm bilik aircond,kaki letak atas meja,main wassap,fb tambah kuota cari bini utk ke2,3, dan 4..tambah projek,duit kocek,sumbat duit dlm bank.payong cina jho low buat duit kat luar negara,1mdb nak dinaik taraf lawan syarikat gergasi dunia hapuskan legasi empayar rothschild konon nya?
ReplyDeleteSyabas MT,tak sangka ahli majlis tertinggi parti MELAYU buat keje dgn penuh kebijaksanaan..teruskan lah permainkan perasaan orang Melayu,bangsatkan secukup2 nya....buat lah duit byk2..kami nak tgk jauh mana anda semua boleh pegi..
Pemuda Amanah Perak memenuhi jemputan Majlis Berbuka Puasa di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bersama Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=309652882699811&id=200319670299800 biar betik ni.daulat tuanku.itu pun pas dengan tak malu kate pan ni nyamuk dan kuda tunggangan dap je,kikiki.sebagai pengundi saye undi parti yg tak rasis perkauman pakatan harapan pkr-dap-pan/amanah je yg lain2 terutame umno dan pas ku haramkan langsung beri undi.orang lain kau boleh rasuah dengan dedak hamper,brim,bonus tu bonus ni bla bla tapi dengan aku sory go to hell ok.lawan tetap lawan,ALLAH HU AKHBAR.
ReplyDeleteDARIPADA TUBUH PARTI BARU - LEBIH BAIK GERAKKAN RAKYAT SIGN DEKLARASI RAKYAT DAN GERAKKAN AGAR CAW2 ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR UNDI TAK PERCAYA KPD DS NAJIB - UMNO HAK KITA KENAPA NAK TUBUH PARTI BARU - SELAMATKAN UMNO DRIP DI HIJACK OLEH DS NAJIB!
ReplyDeleteTuan, saya tak nampak hijack yg tuan maksudkan itu boleh betakhir dgn mudah..kecuali..kecuali yg menghijack tu ditembak mampus. Tubuh parti baru itu mungkin berjaya di pru 14..tp itu hanya kemungkinan sj. Deklarasi rakyat totaly gagal. Cuma mcm yg saya tuliskan td..hanya nsk seorang yg hati kering, tembak mampus si kepit. Itu pendapat saya..insyaAllah org ity akan dikenang dlm sejarah malaysia, sama darjat dgn Kanan ank langkau..atau pembunuh sebenar j.w.w.birch di pasir salak.
DeleteDiaorg duit banyak, kita apa ada? Syukur negaraku bangkrup rakyat tetap sokong
ReplyDeleteSiapa lg yg tinggal dlm umno skrg? Rahman dahlan? Salleh keruak? Azalina? Mad bashah? Tengku adnan yang pakai seluar pun boleh tercabut? Kahkahkah...semua standard sampah. Bila hari-hari rakyat doa keburukan umno & kena maki, bencana pasti tiba. Tu pasal ramai pengampu najib hidup tak lama.
ReplyDeleteTakde apa yg blh diharap dr TSMY.... lambat bertindak dan tak mencerminkan sikap seorang peluang sejati. Masa ramai rakyat menyokong beliau, tiada tindak balas segera. Nampak mcm kejap melawan, kejap senyap.
ReplyDeleteMuhyiddin yassin skandal dengan bini orang aper citer? Boboi Botak memang dari dulu kini dan selama lamanya BLUR Boddoh dan nampak jelas banggang...
ReplyDeleteMadey... babi lagi mulia drp kau madey mahazalim..
jadi 3M sekor haramjaddah tak boleh pakai..
alternatif lain..tak ader.. dok diam diam ajer laa...
Muhyiddin pie mampos lagi baik..nampak baik rupo nyer kaki barua taik kucing ...
0601 anon setan pagi bkn sembahyang subuh da maki hamun org yang dizalimi oleh firaun cap badak.ko dapat dedak atau taik badak otak kompius.
ReplyDeleteAssalam Bro,jangan menghina orang.Nanti ia kembali kepada kita.Orang kita hina tu tak pernah menghina kita kenapa kita menghina dia sesuka hati.Teruskan perjuangan TSMY.Kami ahli-ahli di akar umbi akan tetap menyokong TSMY.......
ReplyDeleteTS n DM jagan toleh belakang berjuang untuk hapuskan Bn n Umno dimana terdapat binatang anjing perasuah penyamun penyangak yg hidupnya utk kuasa dan harta biar mereka bawa harta2 itu dipadang mahsyar utk berbelanja nanti bersama keluarganya nama saja mereka islam tetapi perangai macam syatan
ReplyDelete!MDB adalah cerita yg tidak boleh diberitakan. Yang lebih hebat jangan tanya pasal jumlah wang yg luar biasa dlm akaun peribadi... LHDN pun jadi bisu. Maharaja lela adalah seorang pembesar melayu suatu ketika dulu dilahirkan menentang penjajah...... Kini UMNO bermaharaja lela menggunakan dana dan aset kerajaan utk menentang siapa shj. yang menentang DSN yg diketahui umum penuh dengan kisah sensasi yg mana hilang akan hilang begitu sahaja....
ReplyDelete"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu" (Al-Quranil Karim)
ReplyDeleteIa berani kerana benar, bukan degil sebab salah
https://www.youtube.com/watch?v=2ZnMA1LkZL0
Semua orang dah tahu cerita fasal keburukan perangai pemimpin2 UMNO BN. fasal RASUAH, PENYELEWENGAN, SALAH GUNA KUASA, WANG HARAM DAN MACAM2 LAGI. KES LEMBU NFC, PKFZ, 1MDB SEMUANYA BENAR BELAKA. TAPI OLEH KERANA MASIH LAGI RAMAI ORANG MELAYU YANG MASIH BANGAN DAN BODOH YANG MUDAH DIPERBODOHKAN PEMIMPIN UMNO BN, MAKA INILAH JADINYA. UMNO BN MASIH LAGI MEMEGANG TAMPUK KUASA DI MALAYSIA. DOSOGOK DENGAN BRIM, BONUS RAYA RM 500 UNTUK PENEROKA, SEMMUA NYA SENYAP. MARI KITA JATUH BN UMNO PADA PILIHAN RAYA UMUM 14 NANTI.
ReplyDeleteJangan campur tangan lagi dalam politik lebih baik untuk Muhyiddin dan Mukhriz pergi relax one corner minum teh tarik sambil sembang sembang lagi best
ReplyDelete