Thursday 2 June 2016

KENAPA PAKATAN HARAPAN TAK LETAK MOHAMAD SABU DI SUNGAI BESAR?


Pakatan Harapan akhirnya meletakkan Azhar Abdul Shukur daripada Amanah untuk mewakili gabungan itu dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun depan.

Beliau yang merupakan Pengerusi Amanah Sungai Besar, tidak dipertikaikan dari segi kelayakan, kemampuan, pendidikan,  asal usul tempatan atau latar belakang keluarga di mana ayahnya pernah menjadi Adun dan Ahli Parlimen sebelum ini, tetapi yang menjadi persoalan ialah mengapa Amanah tidak meletakkan pemimpin bertaraf nasional sebagai calonnya?

Jika dilihat ini adalah pertaruhan pertama Amanah dalam pilihanraya kecil di Semenanjung dan berdasarkan calon BN dan Pas yang sudah diumumkan, parti itu seharusnya memilih calon yang lebih menonjol di peringkat nasional untuk diketengahkan.

Dengan menonjolkan calon yang lebih dikenali di peringkat nasional beserta isu-isu yang dibangkitkan dalam kempen nanti juga bersifat nasional, Pakatan Harapan tentunya akan lebih mudah menggamit kepercayaan pengundi.

Lebih-lebih lagi kerana calon BN, Budiman Mohd Zuhdi sudah pun menjadi Adun Sungai Panjang, begitu juga calon Pas yang merupakan Adun Meru, Klang.

Tetapi dengan hanya meletakkan Azhar, seorang yang masih bersifat tempatan dan belum begitu dikenali,  Pakatan Harapan tentunya kena bekerja lebih keras, bukan saja untuk memperkenalkan calon tersebut kepada pengundi, malah juga untuk menandingi dua lagi pesaingnya itu.

Azhar adalah nama yang terlalu baru untuk diketengahkan bagi berhadapan dengan calon kerajaan dan jika benar ingin memberi persaingan, malah di kalangan pimpinan Amanah sendiri pun ada yang tidak mengenalinya.

Di Sungai Besar, dalam konteks Amanah yang baru ditubuhkan dan diwar-warkan sebagai pengganti kepada Pas, calon yang paling sesuai untuk bertanding ialah Mohamad Sabu sendiri.

Kewajaran memilihnya atas kemampuan berhujah di Parlimen saja sudah banyak memberi kelebihan kepada Mohamad Sabu, berbanding Budiman atau Dr Rani.

Mungkin Amanah meletakkan Azhar dan tidak memilih Mohamad Sabu kerana bimbangkan kekalahan yang seterusnya akan menjejaskan imejnya, namun risiko kalah menang adalah lumrah dalam perjuangan yang perlu dihadapi, bukan dielakkan.

Jika takut risiko, meminjam kata-kata Anwar Ibrahim, lebih baik jangan bicara tentang perjuangan.

Umpama menaiki kereta, sama ada memandu secara perlahan di laluan tepi atau memecut laju di laluan paling kanan, kedua-duanya tetap terdedah kepada risiko kemalangan. Memandu laju barangkali kita yang melanggar orang, memandu perlahan mungkin lori melanggar kita.

Dalam konteks positif, jika Mohamad Sabu kalah misalnya, Amanah dapat lebih awal mengenal pasti kelemahan dan kekurangannya serta seterusnya mempunyai ruang untuk memperbaikinya sebelum berlangsungnya PRU 14 kira-kira dua tahun lagi.

Tetapi, sekiranya mampu menang, ia akan melonjakkan lagi imej Amanah dan lebih menggerunkan BN serta Pas.

Jika Mohamad Sabu juga yang menang atas kapasitinya sebagai Presiden parti, mesej kekalahan BN juga lebih perit untuk diterima oleh Najib Razak dalam menghadapi fasa-fasa masa depannya yang masih tidak menentu.

Namun, dengan Azhar sudah dipersetujui dan disepakati sebagai calon Pakatan Harapan di Sungai Besar, satu-satunya yang menjadi sandaran kemenangan hanyalah arus kebencian rakyat terhadap Najib dan kerajaan yang sedang dipimpinnya sekarang. (SH 02/06/2016).

33 comments:

  1. Mat sabut ha ha ha melepas aku nak berangan jd yb katanya.nampaknya tak dipercayai oleh parti sensiri n parti kawan kawan yg sedang pening dgn masalah tikam menikam sesama sendiri.tuan bloqpun satu hari tu bising bkn anak tempatan.ini bising tak nasional pulak.senang senang tuan bloq lah masuk bertanding calon bebas.pro tun mesti sokong.pas yg asyik kena kutuk mungkin tak dpt menolong.pkr pan sedang bertikam dlm diam.mat min kata knpa pan pulak kartelnya lebih cerah utk menang.dap kata beri lah peluang kpd org ku.kak jijah kipas mana panas ni.rafizi fikir teruklah kalau sprm nak kenakan aku pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hanya bangkitkan isu calon tempatan di KK, bukan di SB.

      Delete
    2. Bahkan baca balik artikel2 saya, saya kata dalam PH isu tempatan atau tidak, bukan masalah kerana ia sudah kebiasaan. Hanya dalam UMNO isu tempatan perkara penting.

      Delete
    3. Bro budin,

      Saya sokong.Kalau boleh remove komen yg panjang lebar dan tidak berkaitan dengan tajuk.Saya tidak mau blog ini dipenuhi sampah saraf yg tidak merugikan ruangan untuk komen yg lebih membina.

      Delete
    4. *sampah saraf yang tidak berguna*

      Delete
    5. Abg mat pernah jadi YB. pencen YB lepas2 pun tak habis makan. ada jwtn lg kat glc di penang...

      Delete
  2. Di malaysia ni, yg rosak adalah sistem. Baik dasi sekolah pondok, hinggalah ke universiti. Swasta dan gomen, jgn cakap la.

    Tiada gunanya lagi letak lumbu kambing mahupun babi sekalipun, semuanya mcm cilaka saja. Wal asal balik hasil.

    ReplyDelete
  3. Kalau Azhar dah jadi pilihan PH misinya adalah untuk bertanding dan memenangi prk ni kita bantulah dia. Kita sokonglah dia.
    Di Sg Besar skrng ni. Ketua Bahagian umno pun berkelulusan srp saja.
    Di Kedah. MB pun berkelulusan srp juga.

    ReplyDelete
  4. Din, biaq pie lah depa nak buboh sapa pun, yg penting kita sokong dlm dua prk nie utk najib harami and umno kamjat serta BN tumbang cukuplah. janji msg sampai kat 3 juta ahli umno yg masih dok sokong pencuri NO 1 dlm dunia.
    apa punya bengong tak tau, heran sungguh aku.
    satu dunia dok kutuk malaysia and yet ahli umno masih buat pekak and bisu...low class sungguh.
    kepada go fly kite....hari selasa nie 7th June...jangan lupa and tolong peringat kat boss penipu hang nooo....

    ReplyDelete
  5. Marah pulak tuan bloq .kita bincang bincang saja la kasi najib ditendang.pas berbaik dgn umno krn politik hikmah bknnya sokong depa.itu semua permainan politik utk memenangkan agama.bkn guna agama utk mngkan politik.kita bincang bincanglah tak perlu gaduh sesama sendiri apa yg penting najib n kumpnya dpt pengajaran.tuan bloq marah sbb pas tak sokong tun.pas ada jln politik sendiri bkn nak berlawan dgn tun atau dgn pan pun cuma jika mereka tdk dijln yg selari jd kita ikutlah jln masing masing.apa yg nyata matlamat kita adalah utk kesejahteraan rakyat.cuma matlamat pan mungkin utk kesejahteraan dap

    ReplyDelete
  6. setuju dengan tajuk diatas.. dengan meletakkan calon kurang dikenali amanah terpaksa bekerja keras dengan meningkatkan maki hamun dan memperbanyakkan fitnah bagi meraih undi..

    ReplyDelete
  7. Apa yg paling utama pilihlah calun yg mampu berkhidmat untuk rakyat secara jujur dan ikhlas.
    Kalau setakat nak cari yg pandai bersyarah berdegar2 boleh je ambil penjual ubat kat jalan chow kit/lrg hj taib jadi calun untuk PAU (PAS AND UMNO) tu.....

    ReplyDelete
  8. PAS akan menggunakan pendekatan berbeza dalam usaha merampas tampuk pentadbiran negara.

    Demikian tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ucapan dasarnya sempena Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) hari ini.

    Katanya, PAS tidak akan lagi menggunakan cara politik lama seperti yang diguna pakai parti politik lain, termasuklah Pakatan Harapan dan BN.

    Ujar Hadi, PAS juga tidak mahu menjadi sebuah parti pembangkang yang hanya tahu membangkang kerana ada usaha parti pemerintah yang perlu disokong.

    “Blok politik yang ada pada waktu sebelum ini kebanyakannya diwarnai dua warna – hitam dan putih sahaja, iaitu sama ada kerajaan atau pembangkang dengan budaya politik masing-masing.

    “Kerajaan yang ada ini pula sifatnya senantiasa mempertahankan tindakan mereka, menolak peranan pembangkang dan kadangkala dengan kekerasan dan paksaan ke atas rakyat. Manakala blok pembangkang pula sentiasa membangkang apa sahaja agenda kerajaan yang memerintah, walaupun kadangkala di sana ada yang baik dilaksanakan.





    “Politiking yang melampau dan kasar ini kadangkala menyebabkan rakyat tersepit, sehingga tidak lagi mempercayai janji politik sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang. Kita ingin keluar dari politik cara lama dan keterlaluan ini yang menyusahkan rakyat,” katanya yang disambut dengan laungan takbir.

    Pendirian PAS itu selaras budaya politik matang dan sejahtera seiring pendirian Majlis Syura Ulama PAS.

    PAS juga katanya, bersetuju meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara yang mendatangkan kebaikan dan ketakwaan demi memperkukuhkan Islam, tetapi parti Islam itu tidak akan menyertai BN.

    “Lapang dada dan bersikap terbuka untuk duduk semeja dengan semua pihak bagi membincangkan isu sejagat yang melibatkan kepentingan umat Islam, rakyat keseluruhan dan negara tercinta.

    “Bersedia mengambil kebaikan dan menerimanya dengan baik, meskipun ia datang dari pihak pemerintah serta bersiap sebagai ‘government in waiting’. Berlaku adil terhadap semua meskipun terhadap lawan politik.

    “Kita akan kerjasama dengan semua pihak, tetapi tidak akan masuk BN,” tegasnya.

    Ini adalah muktamar pertama selepas ‘golongan profesional’ dibersihkan daripada parti Islam itu dan menubuhkan parti serpihan AMANAH.

    PAS kini berwajah baru apabila ia diterajui golongan ulama dan kekuatannya bakal diterjemahkan menerusi muktamar tahun ini, sekaligus membuktikan kepada rakyat bahawa parti Islam itu mampu berdiri sendiri tanpa perlu bergabung dengan parti pembangkang lain dalam Pakatan Harapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS tahu jika terus bersama PR, peluang PR menang PRU adalah tinggi. Cuma kemenangan PRU untuk mengubah nasib rakyat tersepit dgn pelbagai kesempitan hidup dgn segera tidak ermasuk dlm agenda PAS.

      Agenda PAS adalah laksana hudud dan hukum hakam Allah menjadi keutamaan. Sbb dgn hudud, rakyat menjadi lebih kenyang anak beranak 24 jam dan hidup terjamin berkat. Rakyat hidup dalam kesempitan, itu biasa. Dimana2 ada kemiskinan.

      Apa yg ulamak2 PAS khayalkan, semua datang dari Allah. Mereka diarahkan Allah untuk berbuat demikian. Jadi rakyat, silalah redha dgn keputusan utusan2 Allah ini.

      Delete
  9. Jadi sekarang pengundi nak undi siapa? Pas atau Amanah?

    Dua-dua pembangkang ini lebih mementingkan hal kepartian dari hal sejagat.

    Tolong beri pencerahan sikit. Pastinya bukan BN, jika PRK ingin dijadikan kayu pengukur kebangkitan suara rakyat. Tolong jangan wujudkan kekeliruan.

    Agenda rakyat lebih penting dari agenda parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah nak peningkepalalah.
      Cuma tanya diri anda, ADAKAH ANDA DAPAT TERIMA GST
      SEPERTI YANG NAJIB DAKWA.........????
      JIKA YA, undilah UMNO
      Jika TIDAK, undilah PAN.
      Habis cerita

      Delete
  10. Jual pill kuda, maki hamun serta kafirkan orang pun tuhan yg arah ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Onon 15:10 dan 14:33 ni datang dari planet mana.

      Delete
  11. Amanah macam satu parti yang masih lagi muda dan naif. Memilih calon yang kurang dikenali. Susah nak jual kalau macam ni walaupun calon berstatus penduduk tempatan. Berbanding dengan calon berstatus 'heavyweight' yang dipersembahkan oleh Umno dan Pas, calon Amanah ni dikira welter weight. Tidak sekufu. Apple to orange, not apple to apple. Sepatutnya diletakkan calon heavyweight juga dari Parti Amanah. Mohamed Sabulah yang paling layak. Bunyi atas pentas macam jaguh tapi tersipu-sipu untuk memasuki 'gelanggang'.
    Saya tak tahu entah apa yang ada dalam kepala para pemimpin Amanah. Ambil la risiko sikit. Letaklah presiden you. Takut saham jatuh ke kalau kalah nanti. Kalau macam tu tak payahlah buat parti baru. Buang karen ajer. Tak payah ceritalah pasal wadah perjuangan kalau begini gayanya. Tak payah ceritalah pasal korupsi, kezaliman, pembaharuan pemerintahan atas pentas-pentas ceramah kalau tidak dipraktikkan apa yang disyarahkan. You don't walk the talk.
    Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak dulu sanggup tinggalkan jawatan kerajaan bergaji besar dalam kerajaan semata-mata untuk menyertai Umno yang selalu dipersendakan oleh British sebagai pertubuhan hangat-hangat tahi ayam dan tak akan kekal lama. Tapi lihatlah hasilnya selepas itu. Negara berjaya dimerdekakan dan kedua-duanya berjaya jawatan Perdana Menteri. Dr. Mahathir dulu sanggup meninggalkan gaji dan pencennya dalam kerajaan semata-mata mahu bergiat aktif dalam politik melalui wadah perjuangan parti Umno. Pernah kalah dalam pilihan raya namun akhirnya berjaya duduk di kerusi yang paling tinggi dan empuk dalam negara selama 22 tahun. Itulah keberanian namanya. Berani mengambil risiko. Kalau kita memilih untuk kekal dalam comfort zone, kita tidak akan ke mana. Kekal di takuk lama. Tiada perubahan dan kemajuan akan berlaku dalam diri dan parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang jgn sebut sekufu kiranya buat perbandingan yg salah.

      Mat sabu tu presiden parti bang oii...!! Yg sekufu dgn presideng mestile presiden jugak!! Bukan anak2 buah presiden..

      Apale abang ni...apple to apple le konon. Sekufu yg setanding dgn mat sabu ialah Ahjib Gor presideng amno atau tuan Hj Gundu Mr presideng Pas...!!!

      Lain kali abang...buatle perbandingan yg matching baru le bijak. Ni nak bandingkan ayam jantan dgn berudu...silap tu bang...kah kah kah

      Delete
  12. "Sesungguhnya Allah subhanahu wataala telah memberitahu bahawa orang orang kafir musuhnya, musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam.
    Akan tetapi ada sesetengah baru tahu bahawa orang orang kafir musuh Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

    Yang amat sedih, sesetengah ulamak moden, baru tahu dan buat fatwa, haram jual tanah kepada orang orang Kafir. Pada hal ulamak silam sudah lama buat fatwa haram jual tanah kepada orang orang kafir.


    Akan tetapi hari ini Dr. Ridhuan Tee yang lebih 20 tahun jadi ahli MCA, baru tahu MCA itu musuh Islam dan bertindak keluar parti.
    Sebelum ini, dia mengatakan DAPlah yang menjadi musuh Islam, manakala MCA dan GERAKAN tidak memusuhi Islam.Jangan bangga dengan bangsa sendiri.Yang penting,kita kena benar, iklas, jujur dan taati Allah dan Rasul.

    Pada hal selama lama MCA menentang hudud dan mempersenda sendakan agama Islam melalui pucuk kepimpinan secara terang terangan.sehingga ada yang sanggup letak jawatan jika RUU persendirian yang dibawa oleh Pas dibentang di parlimen dilulus dan iktiraf.

    Allah subhanahu wataala sudah memberitahu menerusi Al Quran bahawa orang orang kafir benci dengan nabi Muhammad SAW.

    Apa pun, mereka semacam tidak percaya dengan pemberitahuan Al Quran sebaliknya tidak ragu ragu lantas mengadak perjanjian demi perjanjian sepertimana yang dilakukan oleh umat islam palestin, termasuk tergamak bertahaluf siaysi, sedangkan sudah ada ibrahnya ketika di Madinah diterajui Rasulullah SAW.

    Di Palestin bukan sekadar buat pelbagai perjanjian damai dengan yahudi, malah mereka jual lot tanah kepada yahudi kerana percaya yahudi tidak jahat dan tidak memusuhi Islam.Atau dengan kata lain tak apalah. Yahudi tak salah. Yang salah umat Islam.

    Sudah 69 tahun baru mereka tahu bahawa yahudi manusia yang tidak berikemanusiaan zalim dan kejam dan sejahat jahat makhluk Ciptaan Allah dan buat fatwa, haram jual tanah kepada Yahudi.Masih ada lagi yang tidak boleh terima yang yahudi itu salah miskin pun setiap saat membunuh umat Islam palestin.

    Sudah habis tanah dijual kepada orang orang kafir baru buat fatwa. Macam di Malaysia ini sudah 60 peratus tanah sudah ada pada tangan orang orang kafir.sangat berbangga dapat !0 ekar tanah, kepada orang Melayu tapi 1,000 diberi kepada seroang bukan Melayu.

    .Pada hal Allah sudah lama beri tahu yahudi adalah manusia yang paling degil. Beri nabi, nabi di bunuh. Beri kitab, kitab ditakwil dan diubah.

    Tidak lama dahulu Dr Ridhuan Tee pernah berkata yahudi tidak salah, Kristian tidak bahaya. Tidak dinafikan umat Islam pun buat salah dan banyak melakukan kesilapan.

    Tapi yang peliknya, mengapa mereka boleh kata yahudi yang bunuh jutaan umat islam palestin itu tidak salah.Dan boleh berkata, Kristian yang memurtadkan hampir jutaan orang melayu di Malaysia ini tidak bahaya.

    Hendak kata mereka tidak kenal orang orang kafir. macam mustahil. Mungkin ada agenda yang tersurat dan tersirat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yahudi pun bejuta2 yang mati masa nazi.Yang nyata tiada satu pun agama merestui keganasan dan penindasan.Kalau ada agama mengalakkan permusuhan dan peperangan seharusnya ditinggalkan agama yang tidak baik kepada kehidupan manusia.Jangan biar majoriti jadi penindas yang minoriti begitu juga bila minoriti jangan pula kita penganas kepada sejagat.

      Delete
    2. Onon 16:16,15:10,14:33 dan PAS kamu semua dan Riduan Tee sama saja otak lembu. Tolong lah jangan kaitkan politik dengan agama.

      Delete
    3. Onon 16:16,15:10,14:33 dan PAS kamu semua dan Riduan Tee sama saja otak lembu. Tolong lah jangan kaitkan politik dengan agama.

      Delete
  13. Buat lah blog sendiri,bagi pemikir-pemikir yang menulis panjang lebar.Jangan sia-siakan bakat anda.Tulisan anda lebih panjang daripada tuan blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju bro.cuba terus terang macam saya.Tolak umngok tolak pas, undi amanah.komen pendek dan padat.Kalau nak sangat komen panjang silalah buat blog sendiri.x pening kapla.

      Delete
    2. Setuju sangat

      Delete
  14. En. Budin, anda silap. Amanah pilih ustadz Azhar di Sg Besar dan Prof Termizi di Kuala Kangsar sebagai bukti yg Amanah punya ramai pemimpin berkaliber.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bang...aku setuju sangat!! Aku stuju sgt yg bertanding dlm prk ni bukan tokoh2 utama amanah.

      Sb dlm amanah masih ramai pemimpin yg berkebolehan.


      Mmg ke calon prk dpd bukan tokoh yg dikenali diperingkat nasional. Betul tu. Tp bila dah dicalonkan dlm prk ni...automatik le mereka dikenali dsrluruh negara. Kalau asyik2 tokoh yg dikenali ramai je jd calon...bila pulak org lain dpt ditonjolkan..??

      Tindakan amanah calonkan tokoh tempatan lebih tepat...utk menutup isu tempatan dan menangkis serangan dua penjuru dpd pas dan amno!!

      Pas sgt anti dan dendam kesumat dgn tokoh2 amanah yg jd bekas pemimpin utama pas..terutama mat sabu sendiri.


      Nampaknya amanah tidak terperangkap dgn provokasi pas dan hamno utk mencalonkan tokoh penting amanah...

      Asal bukan hamno/pas...insyaallah tetap berpeluang menang bergaya

      Delete
  15. Tuan SH..isu calon..saya lebih cenderung kpd calon2 tempatan (lahir/mastautin) di sesuatu parliament. Berbalik kpd tugas mp, selain berperanan sbg anggota legislative dalam mengusul, bahas, luluskan sesuatu rang undang2 di dewan rakyat, mp selayaknya menjadi harapan utk mengetengahkan isu-isu setempat kawasan yg diwakili oleh pengundi2.
    Bagi saya pakatan harapan telah ambil kira perkara tersebut & latar belakang calon kedua2 parliament disifatkan disegani dalam kerjaya, sosial & keluarga.
    PRK sg besar & k.kangsar strategis untuk jd kayu pengukur PH/amanah seterusnya jadi pemangkin usaha menurunkan kerajaan UBN dalam PRU14 tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. Sapa-sapa calon pun tak apa, asalkan bukan dari UMNO atau PAS. Jika Pakatan Harapan menang dalam PRK ini, ada la sedikit nafas untuk membantu Tun M menyingkirkan Najib. Itu pun jika rakyat Sungai Besar dan Kuala kangsar sedang menderita. Jika mereka sudah kaya raya dan hidup mewah, pilihlah calon Umno/BN. Moga2 kekayaan dan kemakmuran terus dikecapi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...