Sunday, 27 March 2016

SEKITAR KONGRES RAKYAT YANG PENUH GEMILANG


Kongres rakyat yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre pada petang tadi dianggap penuh dengan kejayaan dan kegemilangan serta mencipta satu lagi detik bersejarah bagi politik tanahair.

Ia bukan saja berjaya membariskan ahli-ahli politik daripada UMNO, pembangkang dan mereka yang tidak berparti untuk berada di pentas yang sama, dengan tujuan yang sama dan bercakap juga dengan satu nada yang sama.

Pentad, tujuan dan nadanya tidak lain ialah untuk memaksa Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri dengan seberapa segera.

Sebanyak 1,500 tag nama untuk perwakilan yang disediakan juga habis diserahkan kepada para peserta daripada pelbagai kelompok, usia dan latar belakang yang datang seawal jam 10 pagi serta sekurang-kurangnya antara 200 hingga 300 peserta lagi tidak memperolehi sebarang tag nama, tetapi tetap dibenarkan masuk dengan sanggup berdiri sepanjang program.

Bermula pukul 2.00 petang apabila Zaid Ibrahim memulakan pembukaannya sehinggalah Tun Mahathir menamatkan ucapannya pada kira-kira 6.45 petang, para peserta tetap tidak berganjak daripada dewan untuk mendengar dengan penuh teliti dan ghairah setiap hujah-hujah yang dilontarkan oleh para pembahas.

Ini sekaligus menandakan rakyat bukan saja tetap dahagakan perubahan dan begitu teringin melihat pengunduan Najib, malah seperti tidak sabar juga untuk mendapat seorang Perdana Menteri yang baru untuk negara ini.

Bukan saja tekad untuk memberi penerangan ke seluruh negara akan diperhebatkan lagi selepas ini, malah seruan agar rakyat beramai-ramai menandatangani Deklarasi Rakyat juga akan terus diberi penekanan.

Ia kemudian akan dipersembahkan kepada Istana Negara agar Majlis Raja-Raja bertindak sesuatu berdasarkan suara hati rakyat.

Jika kertas deklarasi yang mengandungi tandatangan rakyat itu penuh satu lori, saya sedia memandu lori tersebut untuk pergi ke Istana Negara, kata Tun Mahathir.

Di bawah ini antara gambar yang sempat dirakam untuk tatapan pembaca blog ini. Selain semua jurucakap yang disenaraikan dalam posting sebelum ini hadir dan memberi ucapan mereka, ramai lagi tokoh-tokoh yang turut memeriahkannya, namun hanya sebahagian yang sempat dirakam fotonya.

Apa pun, tahniah kepada semua yang menjayakan Kongres Rakyat ini. Selepas ini, program yang sama akan bergerak ke negeri dan kawasan-kawasan terpilih pula. (SH 27/03/2016).

Tun Mahathir ketika menyampaikan ucapannya.

Zaid Ibrahim selaku penganjur dan penginisiatif Kongres Rakyat wajar diberikan penghargaan atas kejayaan ini.

Tun Mahathir dan Muhyiddin ketika tiba memasuki dewan.

Azmin Ali yang ucapannya disambut hangat oleh peserta kongres.

Aziz Yassin dan Kamaruddin Jaafar antara yang terawal hadir.

Arif Sabri Abdul Aziz atau Sakmongkol juga hadir agak awal.

Anuar Tahir, Mohd Nor Manuty dan Tengku Puji.

Sanusi Junid dan isteri serta Tamrin Ghafar.

A Kadir Jasin dan Hishammuddin Rais.

Ratusan wartawan, jurugambar dalam dan luar negeri hadir seawal jam 11 pagi lagi.

Jurugambar menanti kehadiran Tun Mahathir memasuki dewan.

Kehadiran Tun Mahathir tetap menjadi kegilaan media untuk merakam detik-detiknya.

Peserta kongres tidak berganjak daripada dewan daripada mula hinggalah akhir.

Petugas di meja pendaftaran mula bertugas sejak 10.30 lagi.

59 comments:

  1. Saya turut berada di sana. Politik Malaysia semakin beranjak menuju kematangan. Syabas kepada yang hadir. Selamatkan Malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. EverythingToHide28 March 2016 at 00:53

      Sebenarnya ramai yg duduk dlm silent majority.
      Cuma mereka tak mahu ke hadapan je.

      Delete
    2. Silent Majority = Bacul

      Wanita tidak sepatutnya mengundi. Dan x perlu pun undi mereka utk menentukan halatuju negara.

      Delete
    3. Setuju. Tak perlu jadi bacul untuk masa depan anak cucu yang baik. Keluar tunjukkan sokongan!!

      Delete
    4. anon 07.38 baik kau pi kerat je kote kau tu, tak ada gunanya. bacul doh!

      Delete
    5. jantan bacul mana yg ckp wanita tak perlu mengundi tu? mesti mak dia bodoh giler sbb tu dia rasa wanita semua mcm mak dia tak reti pikir dan buat pilihan.

      Delete
  2. Syabas dan taniah daripada kami insan yg kerdil dlm UMNO.

    ReplyDelete
  3. Tahniah pada semua yang hadir. Bersatu jatuhkan Najib matlamat kita

    ReplyDelete
  4. Pirahhhh adnan mansor tengku tipu tengku umang umang. Kau sendiri pun tak betul nak ugut2 ahli umno pula.
    Bapak kau punya ker umno ni?
    Muka pun macam bapak ayam nak ugut2 orang pula. Boleh jalan lah mabuk.
    Macamlah kami takut sgt kat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar 23:44
      jgn marah dgn mankok tu (adnan). darjat dia tinggi. TENGKU bro...

      Delete
    2. Kang ditimpa daulat kang.

      Delete
    3. Ehh... Nama dia TENGKU ke TUNGKU?

      Delete
  5. Bolehkah Najib dan Rosmah tidor lena malam ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rosmah akan kemut najib lebih kuat malam ni!

      Delete
  6. Tak berminat nak turut serta kerana masih terasa pedihnya dan tersiksa hidup di zaman pemerintahan Dr. MAHATHIR selama 22 tahun. Kata Man Bai masih aku terasa .Dua dua pemimpin tu 5 x 2 2 x 5 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sorang lagi org melayu yg bodoh

      Delete
    2. Hang tersiksa hidup zaman Mahathir pasai apa?Tak ada beras ka,.....kena tangkap sebab amalkan onani ka,.....dipenjara kerana meliwat ka,atau duit gaji selalu habis sebab ikut konsert Mat Sabu?

      Delete
    3. Bukan pasai tak dak beraih.....pasai zaman Tun tak dak GST.

      Delete
    4. JawaHill PM...bohong sikit2 sudahlah..nikmat hidup zaman Tun M takkan berulang selagi adanya Najib yang takutkan segala2 nya...

      Delete
    5. Jawahill tersiksa? Pastinya kamu telah buat salah dan berdosa pada zaman Dr. M.

      Delete
    6. sian jawahill, jgnlah marah dia, hang pa tau tak macam mana rasa nya tersepit kulit teloq kat zip seluar, bisa! masa zaman tun dulu si jawa ni pemalas, tak ada duit nak beli spender. zalim betoi tun ....

      Delete
    7. sakit siot perut aku...hehehe....

      Delete
  7. skrg kita tunggu anging2 najib nak menyalak. keruak, dahlan, anuar n otherr

    ReplyDelete
  8. Tahniah..
    Saya percaya berjuta lagi menyokong dari jauh..
    NO NAJIB NO BN

    ReplyDelete
  9. Kami menyokong dari jauh...well done!

    ReplyDelete
  10. Maaf pembetulan ttg gambar.Itu bukan Wan Rahim tetapi Y.M. Tengku Puji Tengku Abd. Hamid of Pahang

    ReplyDelete
  11. Alangkah bagus nya jika Saudara Anwar Ibrahim ada bersama pada masa itu.

    Saat itu lah Saudara Anwar Ibrahim menjadikan perjuangan nya untuk Malaysia baru benar-benar menampakkan satu kejayaan.

    Hero sebenar ia lah Anwar Ibrahim yang sanggup berkorban. Hebatnya Tun Mahathir ialah kerana jasanya dan visinya untuk negara.

    Jika pemimpin UMNO yang sekarang berani dan bijak menyatakan kebenaran, Najib dan negara akan selamat.

    Tetapi pemimpin UMNO sekarang inilah yang juga yang telah memusnahkan segala-galanya dengan melaga-lagakan Tun Mahathir dengan Saudara Anwar Ibrahim. Tidak bijak kerana kepentingan sendiri di utamakan.

    Amat malang, Najib yang dipertahankan bukan seperti Tun dan Zahid yang tidak langsung layak dikaitkan dengan perjuangan Saudara Anwar Ibrahim pun sama taraf dengan pemimpin UMNO yang lain.

    Ini adalah peringkat kedua kemusnahan UMNO. Terus kan sokong Najib supaya UMNO mampos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No Najib, no Anwar. Dua-dua pun korup, kuat menipu dan salahguna kuasa.

      Delete
    2. Sebelum ini Anwar dituduh memiliki RM 100 juta tapi tidak sesiapa pun Ahli Parlimen menuduhnya di luar Parlimen.

      Terakhir kes Nalla yang mendakwa Anwar menerima RM60 juta akhir Nalla mengaku bukan dia yang cakap tapi Utusan.

      Najib dituduh bebarapa kali didalam dan di luar Parlimen namun Najib tidak ambil tindakan Mahkamah.

      Malah Najib sendiri mengaku duit telah di masukkan ke akuan peribadi nya.

      Anwar di penjara bukan kerana korup tetapi dengan mengunakan bontot.

      Delete
  12. Geng Lebai x sokong ke?

    Pinjam seloka awang batuburok

    Melayu menipu dgn syahdu
    Quran Hadis disalahguna untuk mengampu,
    Mungkar didepan mata jadi kelabu,
    Rasuah dikata sedekah celaru harubiru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng lebai pun menutuh dalam keretapi dgn bini orang

      Delete
  13. PAS sekali lagi ketinggalan kapal.
    mereka selalu silap.langkah dlm mbaca kehendak rakyat dan akan selamanya rugi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas datang le bang. Bukankah pemimpin tulin pas yakni Mahfuz dan Husam juga berucap. Anggaplah pas hadi yang tak datang. Elok mereka tak datang pun. Senang ahli2 buat keputusan. Nak ikut pas asal ke atau nak ikut pas hadi. Tengoklah nanti, senyap2 mereka akan cabut lari. Diminta hadi banyak2 buat serangan kepada orang2 yang dia benci. Memuji2 orang yang dia suka. Hadi kena banyak buat u turn mereng sikit hingga pengikut2nya mabuk dan muntah. Akhirnya mereka pasti terjun sendiri bas itu dan cari bas lain...

      Delete
    2. Itulah...pak serban politikus yang asyik mencelakakan orang mukmin sebagai Kafir, tak adalah akibat yang lurus untuknya

      Delete
  14. Tun m teruskan perjuangan amin. Hingga capai matlamat

    ReplyDelete
  15. Tahniah Tun dan semua yg hadir inilah masanya agar pemimpin rasuah penyamun penyangak gila kuasa undur termasuk anjing2 serta pengampu dan pemakan dedak

    ReplyDelete
  16. Silent majority....wake up and speak out please. You and your children will pay the price too if you remain silence

    ReplyDelete
  17. tahniah Tun buang masa, najib msh lg Pm..baik mgaji..cuuplah2 gila kuasa! pada pencacai angkat tahit Tun, selamat makan..isaplah telo Tun dr dulu sampai kini ..kikikiki

    ReplyDelete
  18. Cerdik ke kalau kita hadhir dan mendengar ucapan Mahahtir yg kata zaman dia walau pun dia diktator tak ada orang suruh di letak jawatan?.Dia pekak ke denan teriakan puak reformasi 'Undur. Mahahtir undur' dia buat lupa ke bila Anwar hentak meja depan dia dan kata'yuo yg kena letak jawatan'?.Ikan bilis dan orang nyanyuk yg hadhir tu boleh lah dia goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada sesiapa kena goreng kerana semua termasuk Mahathir sendiri sedar sejarah Reformasi Anwar Ibrahim.

      Yang kena goreng ialah percayakan Najib. Ini bukan sejarah sebab ini sedang berlaku dan masih berlaku. M

      Delete
  19. Jangan kita marah dengan silent majority ini,kemungkinan mereka-mereka ini terikat dengan jawatan yang dipegang dalam kerjaya mereka,macam TDM cakap ada macai yang check I/C orang yang t/tangan dekelerasi dan mungkin juga akan diambil sesatu tindakan yang menginaya individu ini, siapa tahu akan disosma sebagai penjenayah perang?.Kita patut bersukur dengan support mereka.Macam kaum cina buat pada najib datang ramai-ramai makan/undi habok pun tarak.Sekiranya mereka-mereka ini faham harsat rakyaat Malaysia dah benci dengan tingkah laku mereka dengan adanya perasaan malu diatas perbuatan mereka cepatlah lepaskan jawatan,tetapi jika perasaan itu tiada/muka tebal oleh kerana ditampal dengan.....? nantilah akibatnya.Tahniah kepada blogger yang bawa live telecast untuk pembaca yang jauh.

    ReplyDelete
  20. Hadi mengamuk sebab Zaid tak jemput dia. Zaid ckp Hadi ni tak bolih percaya. Sbb tak dijemput Hadi keluar arahan supaya ahli Pas boycott deklarasi Mahathir kata dia. Memang lebai corner baring.

    Khalid Ibrahim pula merajuk sbb tak dijemput. Dai pun tak bolih pakai. Sokong apa Najib buat selepas dibuang PKR.

    ReplyDelete
  21. Syabas!!! Teruskan perjuangan utk Selamatkan Malaysia.

    ReplyDelete
  22. Lepas Ni "APA"?...hari Ni jari telunjuk KU LI dgn Jari Telunjuk TUN main pedang..."LEPAS TU APA"?...Esok pulak "APA Ya"...gitu gini ..pi Mai pi Mai tang Tu juga la lagunya...SAMPAI EKOR DAN TANDUK NAJIB BERTAMBAH PANJANG tak siapa pun BERANI...itulah orang MALAYSIA BOLEH BUAT...BAK BUK BAK BUK BERBUIH AIR LIUR...macam anjing Gila.

    ReplyDelete
  23. Anon 1442 hang pun anjing gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita baca pulak komen KJ
      "Steadylah! Berani kerana benar! Tiada apa yang perlu diselindung dan didolak-dalikkan seandainya anda benar atau tidak bersalah. Bersemuka dan berhadapanlah dengan rakyat dalam memperjelaskan isu yang membelenggu diri atau pentadbiran secara terhormat." Mungkin inilah yang cuba ditekankan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin iaitu "sebagai pemimpin, dot dot dot tidak sepatutnya sentiasa menuding jari menyalahkan pihak lain setiap kali menghadapi masalah."
      Berita penuh di sini...
      http://beliabangkit.blogspot.com/2016/03/berani-kerana-benar-khairy-sekolahkan.html#.VvkEAdJ95kg

      Korang tau lah KJ ni berani orangnya, tak takut menegur kesilapan orang, tak kira orang pencen ke sapa. Cara lenggok bahasa tu agaknya dia tegur siapa?

      Delete
  24. Kenapa barua? bukankan LGE itu pejuang rakyat? yang pernah mengutuk MB Kelantan ketika banjir dulu kerana tidak menghiraukan rakyat? Ketika itu LGE pernah berkata kerajaan yang bagus bukan sahaja bebas rasuah tetapi prihatin kepada permasalahan rakyat.Itu kata LGE, tetapi malangnya LGE sekarang dituduh mengabaikan nasib rakyat miskin di negerinya.

    LGE juga dituduh berbohong kerana mendakwa tidak tahu nilai pasaran banglo yang dibelinya.Naib atau Timblan Presiden PCM ( maaf tak pasti mana satu) dalam liputan berita yang sama mendakwa LGE bukan sahaja CM tetapi memegang potfolio tanah jadi mana mungkin dia tak tahu nilai tanah di Penang.

    Lebih teruk lagi penjualan tanah kerajaan di taman manggis tu turut didakwa mengenepikan pembelaan rakyat termiskin, kalau tak silap ada 272 keluarga yang dijangka mendapat kemudahan perumahan rakyat di taman manggis sekiranya tanah itu dibangunkan sebagai pembangunan rumah PPRT tetapi kerajaan Penang menjualnya kepada individu tertentu untuk keuntungan segera.

    Agak serius tuduhan tuduhan ini dan ianya berlawanan dengan kenyataan kenyataan LGE mengenainya pembelaan rakyat sebelum ini terutama ketika banjir di Kelantan.LGE cukup prehatin dengan rakyat Kelantan, tetapi kenapa dia tidak peduli dengan nasib rakyat di negerinya sendiri?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum,, Siapa yang mendedahkan isu pembelian banglo murah LGE dan penjualan tanah kerajaan di Taman Manggis, bukan TGHH, bukan PAS dan siapa yang menghentam hebat LGE ekoran pendedahan ini? Bukan TGHH dan bukan PAS.Siapa pula yang hebat menghentam dan memutuskan hubungan dengan TGHH ketika isu MB Selangor dulu? LGE dan DAP.Umpama langit dengan bumi perbezaan antara TGHH, PAS dan LGE, DAP.


    Lebih menarik, TGHH menegaskan LGE tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah serta tiada pemimpin PAS yang kedengaran mengutuk LGE ekoran isu ini walaupun LGE cukup lantang menghentam TGHH sebelum ini.Begitu juga MB Kelantan yang dikutuk hebat oleh LGE ketika banjir 2 tahun lalu di Kelantan tidak berminat untuk turut sama mengutuk LGE sekalipun peluang terbuka luas untuknya berbuat demikian.

    Yang kedengaran mengutuk adalah pihak pihak yang tiada hubungan dengan TGHH dan PAS.Sebaliknya ada pula suara suara macai PAN/DAP yang menyalahkan PAS atas apa yang berlaku di Penang.Pelik bin ajaib, kerana TGHH dan PAS langsung tidak berminat untuk campur urusan tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa LGE ini sekalipun bedegar degar suara macai PAN/DAP menuduh kerajaan Kelantan rasuah.

    Begitu juga anak muda bernama SAM pimpinan Cikgu Bard turut ghairah untuk mendedahkan rasuah di Kelantan tetapi sebaliknya dokumen dokumen yang ada kaitan dengan rasuah yang terlondeh di Penang bukan Kelantan walaupun anak muda mendakwa mempunyai dokumen yan boleh dijadikan bukti rasuah di Kelantan.Nampaknya bukan sahaja dokumen itu tidak kelihatan tetapi anak muda yang ghairah itu pun menghilang entah ke mana.Begitu juga dakwaan rasuah oleh Rafizi tidak diikuti dengan lapuran kepada SPRM seperti berlaku dalam kes LGE, sebaliknya Rafizi cuma mencabar pihak yang dituduh supaya menyamannya kalau dakwaannya itu salah.Bukti Rafizi terletak kepada saman semata mata, kalau tiada saman bermakna dakwaannya itu betul, mudah cukup mudah semudah ABC.

    TGHH sudah membuktikan siapa dia dan apa prinsipnya, untuk orang orang yang mahu memahami.TGHH tidak mudah terpengaruh dengan apa apa isu walaupun kelihatan isu itu semakin betul dengan fakta dan bukti yang dikemukakan.Tetapi TGHH tetap bertegas bahawa yang dituduh itu perlu dibicara dan disabitkan dulu kesalahan mengikut fakta dan bukti yang nyata, bukan fakta dan bukti yang diada adakan padahal ianya tidak ada.Prinsip inilah juga menjadi ikutan ahli dan penyokong PAS yang ikhlas berjuang, bukan ikutan yang didakwa oleh seorang yang tidak waras yang mengatakan ikutan ini adalah ikutan Islam versi PAS.

    Islam yang menjadi ikutan PAS ialah Islam yang benar dan sebahagian dari kebenaran itu adalah seperti ditunjukkan oleh TGHH dalam kes LGE, tidak berdendam dan mahu membalas dendam sebaliknya tetap teguh untuk menyokong kebenaran dalam semua perkara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Renungan utk walaun2 Hadi, selaku presiden parti penjual agama yg menawarkan diri jd penasihat ketua penyamun Najib.

      Kata-kata dari Hujjatul Islam, Imam al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim.

      "Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Dan sekiranya kamu terpaksa bertemu, jangan memuji-muji mereka, kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah didurhakai di muka bumi. "

      Tidak hanya tentang pertemuan, bahkan Imam al Ghazail mengeluarkan larangan menerima pemberian daripada penguasa yang zalim.

      "Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar, meski kamu tahu pemberian itu berpunca daripada sumber yang halal. Sebab, sikap tamak mereka akan merosakkan agama. Pemberian itu akan menimbulkan rasa simpati (jika diterima). Lalu kamu akan mula menjaga kepentingan mereka dan berdiam diri atas kezaliman yang mereka lakukan. Dan itu semua telah merosakkan agama. "

      Peringatan susulan juga diungkapkan. Sekecil-kecil mudharat ketika seseorang menerima hadiah daripada penguasa adalah, akan muncul rasa sayang terhadap mereka

      Delete
  26. SIMPAN JE LAH SERBAN & JUBAH TU - Anina tegur Hadi Awang, tuang presideng parti penjual agama, hamPAS.

    Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana takut untuk bercakap benar.

    Katanya, adalah sesuatu yang sia-sia dalam menggunakan nikmat yang diberikan Allah sekiranya menjadi pemimpin yang takut berkata benar demi menjaga pangkat dan kuasa.

    “Jika anda berada dalam kerajaan, parti pemerintah atau menjadi Presiden Parti Islam tetapi anda takut berkata benar demi pangkat, kuasa, kemasyhuran, maka sia-sialah nikmat Allah kepada anda.

    “Jangan kemukakan alasan kepada saya, tetapi jawablah di hadapan Ya Rabbul Jalil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Dalam pada itu, Anina menegaskan dia tidak takut kepada pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Baginya, dia hanya takut kepada Allah dan tidak akan sesekali berundur daripada perjuangannya demi bangsa, agama dan negara.

    “Simpan sahaja sijil dari Mesir, Madinah, Morocco, Harvard, Oxford atau dari bulan sekalipun. Simpan sahaja pengalaman dalam Parlimen walau berpuluh tahun anda mereput di dalamnya.

    “Simpan sahaja pangkat Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Puan Sri, Datin Seri, jangan bangga di hadapan saya jika anda pendusta dan pengecut untuk tanahair sendiri.

    “Simpan sahaja jubah, serban, tudung beribu ringgit mahupun janggut jika anda mendustai tanahair sendiri,” ujarnya.

    Sebelum ini, Hadi menolak Deklarasi Rakyat yang bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
    Hadi berpandangan tindakan kumpulan yang mengadakan Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan Perdana Menteri baru-baru ini sebagai sia-sia.

    Menurutnya, untuk menjatuhkan seseorang Perdana Menteri, proses demokrasi diperlukan iaitu melalui pilihan raya atau usul undi tidak percaya.

    Hadi pernah dilaporkan sebagai berkata PAS bersedia bertindak sebagai penasihat membantu BN mentadbir negara. - FMT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadi patut diberi makan kote anjing, baru cerdik sikit

      Delete
  27. Tak ader betul pon klu dah bercampur dgn LKS, Ambiga dan lain2 yg anti islam...

    ReplyDelete
  28. Takde halalnya kalau makan dedak Mohd Najib yg rompak harta rakyat. Dia bela kamu pun sebab nak suruh kamu kekalkan dia biar terus berkuasa dan berleluasa merompak

    ReplyDelete
  29. QalamQabut,

    Aku x jugak susah, berniaga kuih muih pon boleh tanggung keluarga, anak2 belajar. Janji aku boleh cari makan, buat ibadat. Yang belum tentu buat apa nak di kejar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalau macam tu. Tapi kena ingat jugak Islam bukan setakat ibadat 5 kali sehari. Kena juga tengur menegur sesama kita, cuba perbetul mana yg silap dan salah, sekadar yg kita mampu. Jangan ingat kita Islam semua tindak tanduk yg kita buat itu betul belaka, dan kita tak boleh berkawan dan bergaul dgn bukan Islam. Berkawan bukan bermakna ibadah kita tercacat, bukan bermakna darah kita tercemar. Kalau dia kata mencuri tu salah, undang2 dan agama kita pun kata macam tu jugak. Tapi setakat itulah saja yg kita setuju pun. Kita dapat pahala bila kita usaha utk tegah tapi dia tak dapat apa2.

      Dalam kes Mohd Najib ni aku tak taulah apa pendirian kamu, mungkin percaya dia tak bersalah, difitnah. Tapi bagi aku semakin hari semakin sangsi dia tak bersalah. Kalau kamu rasa aku salah, tolong tegur. Tolong bagi pendapat dan pandangan. Fikiran aku sentiasa terbuka, sentiasa berusaha mencari kebenaran.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...