Sebagaimana yang diramalkan dalam blog ini semalam, Pas akhirnya memetrai persefahaman dengan Ikatan, parti yang dipimpin oleh bekas menteri, Abdul Kadir Sheikh Fadzir untuk mewujudkan blok ketiga pembangkang di negara ini.
Bagaimanapun, tidak seperti yang disebut oleh Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan sebelum ini, tidak ada penyertaan mana-mana NGO dalam blog baharu itu.
Ini bermakna, blok baharu yang dikatakan kuasa ketiga ini hanya disertai oleh Pas dan Ikatan saja.
Dengan Pas bergabung bersama Ikatan yang tidak diketahui dengan jelas siapa barisan kepimpinan tertingginya serta berapa ramai ahlinya yang berdaftar, persoalan kini ialah siapa tunggang siapa?
Pas tunggang Ikatan atau Ikatan akan tunggang Pas?
Adakah Pas akan bertambah kekuatannya dengan adanya Ikatan bersamanya atau Ikatan yang akan dapat menumpang kekuatan Pas?
Dalam konteks semasa, Ikatan boleh dianggap sebuah parti yang kosong berbanding dengan Pas. Selain siapa barisan kepimpinan dan berapa ramai jumlah ahlinya tidak diketahui umum, di kawasan atau negeri mana kekuatannya bertapak juga masih kabur.
Abdul Kadir sebelum ini adalah Timbalan Presiden Amanah yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau akhirnya keluar daripada Amanah dan menubuhkan Ikatan berikutan hasratnya untuk melobi Tengku Razaleigh untuk menukar Amanah menjadi parti politik tidak mendapat sambutan.
Di dalam Ikatan, tidak ada nama lain yang dikenali selain Abdul Kadir seorang. Ikatan adalah Kadir dan Kadir adalah Ikatan.
Di kalangan adik-beradiknya pula, ramai yang berada dalam UMNO dengan dua daripadanya menjadi Ketua UMNO Bahagian iaitu Musa Sheikh Fadzir dan Abdul Aziz Sheikh Fadzir.
Jika benar Kadir seorang yang berpengaruh, kenapa adik-beradiknya tidak bersamanya dalam Ikatan?
Tidak seperti Amanah yang berpecah dengan Pas, tetapi mendapat rakan yang lebih mantap iaitu PKR dan DAP serta kemudian menubuhkan Pakatan Harapan, apa yang berlaku kepada Pas ini agak sedikit memalukan terhadap imejnya sebagai parti yang sudah dikenali ramai.
Apa yang boleh diharapkan oleh Pas daripada Ikatan yang kosong itu?
Dalam masa yang sama, daripada Hadi Awang terus-terusan mengungkapkan madah berhelahnya seperti "blok baharu ini memilih untuk membangkang secara nasihat serta menolak bangkangan melulu dan ekstrem seperti Pakatan Harapan" dan "waktu lawan kita lawan, tetapi waktu lain kita akan dekati kerajaan untuk nasihat supaya baiki kelemahan dan kesilapan," adalah lebih baik "menebalkan muka" dengan terus bergabung bersama UMNO dan menyertai BN.
Ke mana pun pusing dan kornernya blok baharu ini, percayalah matlamat akhirnya tetap kepada Najib dan UMNO juga. (SH 16/03/2016).
Harapkan bunyi gendang sahaja yang kuat, tapi beritanya sangat ciput. Tiada gah lansung dengan perancangan dan penubuhan blok ke 3 ini. sangat mengejutkan penubuhannya sebagaimana komen YB Mahfuz.
ReplyDeleteMahfuz nie mcm lalang..masih ahli PAS tp x wala' pemimpin tertinggi PAS.
DeletePAS parti pak lebai..lebai malang
ReplyDeletePAS bergabung dgn IKATAN?ikatan ni parti lalat je.bayangkan kekuatan pas dlm PRU14.
ReplyDeleteSetahu saya pas kena tunggang oleh pok jib.untuk menyenangkan poj jib tunggang ketua amanat menunggingkan pas dan disokong oleh ahli amanat tongong.bolehlah kita ringkaskan pergerakan tungang menungang ini seperti ini ; tungang - tunging - tongong / tuang derma - tuang amanat - paschai siku lutut.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSo apa nak dipanggil blok ke 3 ni? Parti Ikatan PAS? Parti Blok PAS? Susah betul aku nak fikirkan nama apa yang sesuai bila yang satu gergasi dan satu lagi tu ciput.
ReplyDeleteBlh panggil Pasetan..sedap gak.
Deletepanggil ikat blok garang jgk
DeletePanggil PAS IKAT TEPI pun sodap jugokkk bohh..hihi
Deletetgok kat fb dorg label kan jd PasIk,...
DeletegoBLOK ke3
DeleteTerpaksa telan pahit kebangangan pas.itulah kenyataannya.pas tak boleh diharap jika hendak singkirkan umngok, maklumlah pas memilih hanya menjadi seorang putarjaya berbanding seorang yang berkuasa diputrajaya.sudah2lah juai agama kalau tiada pendirian.Negara maju bukan kerana undang2 kapir, krisrian, budha atau pun shinto tapi kerana modal insan yang berkualiti.jangan sampai hukuman hudud pon orang boleh elak dengan kuasa ditangan.
ReplyDeleteOrang yang dah tidak tahu malu ... iman pun melayang pergi jauh.
ReplyDeleteBelum tentu Ikatan benar-benar telah bersekutu dengan PAS. Selagi Kadir tidak berpeluk dengan Hadi atau sekurang-kurangnya sedondon dengan Hj Hadi sukar nak terima berita ini benar.
Dalam keadaan sekarang, Hj Hadi sanggup melakukan apa sekalipun. Dia akan bercakap walaupun berbohong sekalipun.
Dalam politik, Kadir lebih bijak dari Hj Hadi. Latar belakang Kadir dan keluarga lagi bagus dari Hj Hadi.
Harap jika lah benar PAS dan Ikatan telah bersekutu, Kadir akan merampas kedudukan dan pengaruh Hj Hadi.
Apa nak buat. Inilah parti politik yang mempunyai Presiden paling bangang di Malaysia dan mungkin juga terbangang di rantau Asian. Ketokohannya cuma sesuai memimpin NGO dan pertubuhan gerakan dakwah saja dan bukannya sebagaia politikus yang perlu bijak membaca sepak terajang dunia politik. Haji Hadi sedang membawa PAS undur ke belakang sebenarnya. Selagi Hadi kekal sebagai presiden, nasib PAS akan lebih parah di masa depan.
ReplyDeletePAS TONGGENG IKATAN ATAU IKATAN TONGGENG PAS?...
ReplyDeleteKedua-dua tertonggeng....hahahahahaha.....ambik cermin tengok diri sendiri dulu...nak buat "The Third Force" konon....berangan...berpijaklah dibumi nyata.....
PAS, terutama Tuan Presiden baju pink, selalu cakap main lepas je...
Ikatan?...mana satu Ikatan?...takda dengar pun selama ni....Ikatan sauh kapal Najib yang dilabuh terbelit-belit sewaktu layar dikibar tu ada juga ku dengar....
Semua parti melayu kan?...teruskanlah...buatlah seberapa banyak pecahan asal dapat memperjuangkan kepentingan diri yang sempit dan jumud tu...Biarlah Melayu berpecah...lagi banyak parti lagi meriah..kan?...kan?...
Patutlah Portugis, Belanda dan British begitu mudah menjajah Tanah Melayu....senang je "Divide and Rule"
SAMPAI BILAKAH MELAYU BERPECAH BELAH?....
Kadir Ikatan tunggang Hadi Pas. Dulu Hadi kena kencing dgn Umno soal Hudud. Kini Hadi akan dikencing olih Kadir Ikatan.
ReplyDeleteHadi pula pakar flip flop menyebabkan Pas jadi tunggang langgang.
Parti2 cerdik spt PSM dll NGO tak kan nak berketuakan Hadi.
Nampak gaya Hadi dan Kadir ni setaraf kerana pernah terkeluar dari mulut Kadir bahawa parti ciput nya tak akan berkerjasama dengan PAS. Kini lain pula cerita nya.
ReplyDeleteYang paling aku suka ada lah kata kata Hadi, "blok baharu ini memilih untuk membangkang secara nasihat serta menolak bangkangan melulu dan ekstrem seperti Pakatan Harapan" dan "waktu lawan kita lawan, tetapi waktu lain kita akan dekati kerajaan untuk nasihat supaya baiki kelemahan dan kesilapan,"
Hoi Hadi, aku dah muak mendengar ungapan tersebut kerana sehingga kini Najib-tuyya masih lagi berterusan menindas rakyat Malaysia, terutama orang Melayu, Mana nasihat kamu atau nasihat itu boleh di umpama kan saperti "CHAI" ciptaan Mokhtar Senik yang telah berjaya mencelaru kan pemikiran kamu atau masih terus menelan "PIL KUDA" yang kamu sendiri promote dahulu. Kesian kepada mereka yang masih setia berketua kan "INSAN" ini.
lawak jenaka betul.malangnya xleh nak ketawa sebab dah jangka.
ReplyDeleteBlok baru pembangkang ni tiada makna apa2 pun. Pas yang semakin.lemah dan ikatan pula tidak sesiapa yang mengenali.
ReplyDeleteGabungan ini tidak ada kehebatan seperti apa yang digshkan dan digembur2kan
pemimpin tertinggi pas. musthidoll dia pun dah kena letak bwh ketiak zahid. kena rasuah dgn jwtn terus senyap. brp gaji harong ding tu agaknya...?
ReplyDeleteEntahlah apa nak jadi dgn parti islam ni siaplah yg jadi penasihatnya org makin lama makin kehadapan ini makin lama makin nyanyok tak lama lagi goodbylah malang malang biarkan siluncai dgn labu2nya biarkan biarkan he he he
ReplyDeleteBro SDC,
ReplyDeleteSiapa TUNGGANG siapa you asked? Rasa nya dua dua TUNGGANG LANGGANG.....!
Pendirian Pas dengan konsep lompat-melompat yang diterajui Hj Hadi,...telah meletakkan imej parti Pas ketahap 'parti pasar malam',...dimana pendirian parti yang lebih suka 'tawar menawar' dengan diri sendiri,...sendiri buka kedai,..sendiri jual,..sendiri beli,...lebih sesuai lah jika Pas itu sendiri,...menyendiri bersama Hj Hadi,...
ReplyDeleteYang sebenarnya IKATAN tunggang Pas, dan Pas adalah Tongong!
ReplyDeleteDAP tunggang Budin
ReplyDeleteBlok 3 akan pecahkan BN dan yang untung adalah DAP jadi tak perlu susah-susah lagi dan nak sakit hati dengan PAS.
ReplyDeleteDulu masa TGNA jadi mb klantan kadar hutang Kelantan juga rendah. X smpai 5 tahun dpt kt ulamak yakob ... Masyaallah.... Apa suda jadi... Anta buat apa ya amir.. Ana sudah fening lah
DeleteDulu masa TGNA jadi mb klantan kadar hutang Kelantan juga rendah. X smpai 5 tahun dpt kt ulamak yakob ... Masyaallah.... Apa suda jadi... Anta buat apa ya amir.. Ana sudah fening lah
DeleteTringat amarah najib lpas pru13. Apa lagi cina mau. The answer is.... Cina mau kerajaan yg telus,yg mmpu jana ekonomi, yg mmpu sediakn gaji minima,yg utamakan rakyat sblm bw msuk bangla utk byr gaji murah,yg serious lwn rasuah mcm kerajaan cina kapir pp tu... Paling rendah hutang bkn mcm negeri melayu Islam solat x ckup 5 waktu
ReplyDeleteTringat amarah najib lpas pru13. Apa lagi cina mau. The answer is.... Cina mau kerajaan yg telus,yg mmpu jana ekonomi, yg mmpu sediakn gaji minima,yg utamakan rakyat sblm bw msuk bangla utk byr gaji murah,yg serious lwn rasuah mcm kerajaan cina kapir pp tu... Paling rendah hutang bkn mcm negeri melayu Islam solat x ckup 5 waktu
ReplyDelete