Sunday, 13 March 2016

LAST WARNING UNTUK ADENAN SATEM, JANGAN GURAU MACAM INI LAGI!!

Ini benar-benar tidak patut, tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Malah sama sekali "tidak beretika"  bila Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem membuat gurauan meminta Najib Razak mencari seorang isteri baru daripada satu etnik di negeri itu.

Walaupun hanya bergurau, ia jelas umpama penghinaan kepada Rosmah Mansor yang selama ini merupakan pendamping setia kepada Najib.

Apa ada kurangnya dengan Rosmah?

Apakah Rosmah tidak menjaga Najib dengan baik selama ini? Bukankah Rosmah sudah menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia - dulu, kini dan selamanya?

Apakah Adenan Satem tidak mengetahui bahawa Kelab Sahabat Najib sudah memberi penghargaan kepada Rosmah baru-baru ini kerana menjaga Perdana Menteri dengan baik serta menjadikannya seorang pemimpin yang hebat?

Tidakkah penghargaan itu menunjukkan jika tanpa Rosmah, tidak mungkin Najib menjadi hebat sebagaimana yang rakyat Malaysia sama-sama lihat sekarang?

Ada faham ke Adenan?

Wahai Adenan, cakap terus-terang, mau jadi Ketua Menteri lagi atau tidak?
Ini last warning...pergi cepat-cepat minta maaf dengan Rosmah dan jangan gurau-gurau macam itu lagi!!

Kami rakyat Malaysia yang sayang Rosmah benar-benar marah dengan gurauan tersebut. Kami sayang Rosmah, kami love Rosmah tau!!

P/s...agak-agak berapa guni dedak boleh dapat kalau bodek macam di atas ini....hehehe (SH 13/032016).

44 comments:


  1. Fuhhhhh!!
    Hebat, hebat Encik Din.
    Meh bagi nombor akaun bank cepat.
    Daripada 2600 juta guni dedak tu, kalau kipas macam ni hari-hari boleh dapat 26 guni nih.
    Kak Mah mesti suka punya.
    Kalau Kak Mah dah suka, Bang Jib mesti seronok punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Standard la makhluk2 di negara dunia ketiga ni.. makan puji mmg suka.. jadi boss sikik.. mesti suka makan puji dan makan bodek..

      Yg di bawah pun sama.. suka puji dan bodek..

      Kenyang makan bodek dan makan puji.. naiklah pangkat.. di ofis2.. di mana2 selagi bernama dunia jetiga.. inilah standardnya.. dyok kena puji..dan syok kene bodek..spesis bodoh sampai kiamat ni.. payah nak pupus..kahkahkah..

      Delete
  2. Bang Jib kan dah jadi orang kaya. Duit billion2, setakat tambah 1 orang iban memang cantikkkkk

    Sokong sangat, boleh la kak Ros rehat2 selalu. Lagipun lutut dah sakit2.

    Betuk kan kan kan

    ReplyDelete
  3. Adenan, silap haribulan kau bangun pagi benda celah kangkang tu hilang!! Tak fasal2 Najib binjol di kepala bika balik rumah.

    ReplyDelete
  4. Satu penghinaan pada kaum Iban..

    ReplyDelete
  5. Peribahasa menyebut "Marah Anak Sindir Menantu". Apa yang Adnan Satem sebut ni lebih kurang jer, Meluat Kat Sang Bini, Lakinya Jadi Sindiran. Elok lah Rosmah suluh suluh diri, Tak Usah Perasan Sangat!

    ReplyDelete
  6. tunggu riaksi pm sanggup ke pasang satu lg? yg comel dan putih kaum penan din. syok juga bila plg ke baram naik bot tinggal dalam hutan.baram boleh dapat satu airport.

    ReplyDelete
  7. kekekeke,....hebat admin,...lastik satu batu,...kena dua ekor burung,....atau mungkin lebih kot?,...kekekeke

    ReplyDelete
  8. Shah, what a sad joke isn't it? With an Iban wife, Jibby could strip down to his loincloth - and nobody would cast a second glance at his privies.
    Otherwise as things stand now, Emperor Bangsatwan wears no clothes anyway.

    ReplyDelete
  9. Kata2 itu keluar dengan kehendak allah maka muhasabahlah diri yg baik iti dari allah ini petanda baik aaammniiinnnn

    ReplyDelete
  10. Kata2 itu keluar dengan kehendak allah maka muhasabahlah diri yg baik iti dari allah ini petanda baik aaammniiinnnn

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Adenan stim ni buta perut agaknya. Cumalah fikir sendiri semenjak Sarawak merdeka dalam Malaysia Ketua Menteri negeri mana yg paling kaya dalam Malaysia ni.
      Anak Sarawak paling kaya raya boleh bayar duit muta'ah penceraian kpd isteri sebanyak RM30 juta.
      Aku minta Adenan Stim dan rakyst Sarawak buka mata mereka luas luas.
      Hanya disebabkan najib kerab melawat Sarawak sekarang ini adenan boleh kata mereka tak pernah nampak muka Tun M yg menjadi PM selama 22 tahun.
      Wahai Adenan STIM bukalah mata kau luas luas. Adakah najib melawat Sabah dan lain lain negeri di Semenanjung ini sekerab dia melawat Sarawak sekarang ini tanpa sebab.
      Janganlah menjadi seperti kata orang tua tua kita di mana ada semut di situlah ada gula. Ludah ke langit akan jatuh ke muka sendiri juga.
      Jgnlah kau lupa wahai Adenan STIM, Ketua Menteri Sarawaklah manusia yg paling kaya dlm sejarah politik Sarawak dan dalam sejarah politik Malaysia.

      Delete
    2. Satem...Satem ingatlah kau kepada perpatah orang tua tua di Malaya "Mengata dulang paku serpih mengata orang kau yg lebih"
      Kesian rakyat Sarawak.

      Delete
    3. encik anonymous.. en ni org serawak ke..
      satem tu dok perli la..
      die ni menteri gred A..
      die ckp betol...
      sebab die kesian la die suh bnyk org mcm najib.. dah bnyk kali,
      ini x, bile nak ngundi baru muncul..
      igt umno ade kat sarawak ke..

      Delete
  12. bull-eye!!! Thanks Adenan for making fun of our not-loved-at-all PM. Hahah that's what I call "MockingJock 2", better than Pertandingan Maharaja Lawak. Bring it on Adenan..the more the merrier.

    ReplyDelete
  13. BN akan kekurangan kerusi di Sarawak pada PRN ini.

    Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib dan pemakan-pemakan dedaknya akan tersungkur juga akhirnya. In Shaa Allah.

    ReplyDelete
  14. Cantik budin.....cuma satu saja pembetulan.....jawatan KM Sarawak bukan Rosmah atau Pak Jib yang tentukan....kjaan negeri swak have the final say.

    ReplyDelete
  15. Cantik budin.....cuma satu saja pembetulan.....jawatan KM Sarawak bukan Rosmah atau Pak Jib yang tentukan....kjaan negeri swak have the final say.

    ReplyDelete
  16. adenan satim boleh dikenakan akta rosma melalui kenyataan beliau atas faktor mengancam keselamatan negara Dan sabotaj ekonomi negara...Khalid Abu bakar sila jalankan tugas anda!!!

    ReplyDelete
  17. Sdr Shah

    Ko memang hebat...skrip bodek 1st. klas...hahahahaha....

    Setiap kali Najib ke Sarawak beliau akan terpinga-pinga oleh Adenan. Adenan cakap bahasa sarawak lokal sama ada melayu lokal atau iban. Najib mana reti tu semua...jadi beliau selalu jadi bahan jenaka oleh Adenan.

    Najib ndak nemu jakok melayu Sarawak engau Iban...ya CM ngasuh bebini enggau indai iban...manah wai..tapi bisik ndak indai iban mauk enggau Najib?

    Shah...ini gurindam untuk Najib...

    Satu pagi di Kelas Permata…kanak-kanak berdendang sebelum guru masuk kelas.
    (Nyanyi ikut irama lagu bangau oh bangau…ok.)

    Najib oh Najib kenapa engko bohong?
    Macamana aku tak bohong..sebab aku korup.

    Najib oh Najib kenapa engko korup?
    Macamana aku tak korup...sebab aku nafsu besar.

    Najib oh Najib kenapa ko nafsu besar?
    Macamana nafsu aku tak besar....sebab aku berkuasa.

    Najib oh Najib kenapa ko berkuasa?
    Macamana aku tak berkuasa ....sebab menteri aku semua bangang.

    Najib oh Najib kenapa menteri ko semua banggang?
    Macamana semua menteri aku tak banggang....sebab mereka makan dedak.

    Najib oh Najib kenapa menteri ko makan dedak?
    Macamana menteri aku tak makan dedak....sebab UMNO aku punya.

    Najib oh Najib kenapa UMNO ko punya?
    Macamana UMNO tak aku yang punya....sebab rakyat bangsat.

    Najib oh Najib kenapa rakyat ko bangsat?
    Macamana mereka tak bangsat.....sebab mereka haramjadah.

    Najib oh Najib kenapa rakyat haramjadah?

    (irama bertukar ikut ala rap)

    Ah!...sudah....

    akulah raja...
    akulah duit...
    AG aku punya...
    PAC aku punya...
    KPN aku punya...
    BNM aku punya...
    SPRM...pun AG cakap aku yang punya....
    Bloggers aku punya...walaupun tak semua...

    Jahanam WSJ!...
    Jahanam Sarawak Report!...
    Jahanam The Edge!...
    Jahanam Malaysian Insider!...

    Jahanam Deklarasi Rakyat!...

    Malaysia aku punya…
    Rakyat bangsat…
    Rakyat haramjadah…

    PRU aku punya….oopppss!....matilah aku......aduuuuuhhh!......


    (guru kelas masuk)

    Guru kelas : Oi!...lagu apa ko nyanyi ni?

    Murid-murid: lagu baru cikgu…bagus …irama seloka dengan rap…boring la lagu yang selalu…asyik-asyik IM4U…I LovePM….I Respect PM…tak ada soul.

    ReplyDelete
  18. Adnan Satem... nk jd Adnan Sate ke?

    Kan dulu Altantuya pon dh kena.

    ReplyDelete
  19. Alahai Budin, UMNO Baru x de kat sana Adenan Satem berani lah. Itu pun Adenan Satem pengecut.

    Kalo aku lah Adenan Satem aku akan rekomen kat dia 3 orang lagi untuk melekapkan (bukan melengkap) syarat kerana dia pasti mampu akan kata lebai malang penasihat kerajae selepas derma RM2.6b tu.

    Ada aku ambik pot pada UMNO Baru atau siapa bini pertama dia pun?

    ReplyDelete
  20. Adenan stim bah itu sama rosmah
    Mcm kucing jugak. Mauuuuu...tak mauuuu...mauuuuuu....NOW..ermmmmmmmm

    ReplyDelete
  21. Gadis Iban cantik ke?boleh ke letak beberapa gambar gadis Iban bagi pembaca tahu kecantikan gadis Iban.

    ReplyDelete
  22. Kalau saya,sudah lama saya kahwin seorang lagi kecuali kena nasi kangkang

    ReplyDelete
  23. Yang aku nak tergelak besar ialah kenyataan kelab sahabat Najib yang ucapkan terima kasih pada rosmah kerana jadi kan Najib hebat. Wakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakak!

    ReplyDelete
  24. Anonymous13 March 2016 at 18:24..gadis melayu cantik ke? Cuba ko letak beberapa gambar gadis melayu kat sini. Bagi pembaca tau kecantikan gadis melayu. Ni la nama nya katak bawah dedak....

    ReplyDelete
  25. Kpd zahid hamidi sy sarankan jgk cari bini lg satu dari kalangan gadis bangla....hahaha...

    ReplyDelete
  26. Lawak lah wak raden...mantap

    ReplyDelete
  27. Lawak lah wak raden...mantap

    ReplyDelete
  28. Berterus teranglah budin. Kau tu pemakan dedak LGE

    ReplyDelete
  29. Ini satu cara dimana pemimpin besar di kahwin kan dengan gadis-gadis tempatan sebagai satu cara untuk berkerjasama antara dua kerajaan. Jika Adenan meletakkan syarat ini, Rosmah terpaksa tunduk. Adegan mahu maruah gadis Iban di pandang tinggi setaraf dengan Rosmah.

    Fikir habis-habis sebelum nak bagi last warning pada Adegan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adenan Kasihan tengok Najib n Zaid mereka berdua je Yg jejak kaki ke serawak...lain menteri tak diterima di serawak...tu Yg disuroh pasang satu lg di serawak tu....

      Delete
  30. Budin,
    Bodek macam tu mana boleh dapat berguni2 dedak, tong drum berisi simen adalah. huhuhuhu.
    lain kali, belajar dulu cara cium tangan & jilat dulu. bodek datang kemudian.

    ReplyDelete
  31. Bagaimana pula jika Adenan pun mengikut langkah yang dicadangnya untuk berkahwin dengan gadis Semenanjung bagi mengeratkan hubungan beliau dengan Semenanjung ? Itukan lebih mudah memandangkan adanya lebih banyak dedak di Semenanjung berbanding dengan Sarawak !

    ReplyDelete
  32. Mcm ni punya ampu, salleh keruak pakai balik kg la..

    ReplyDelete
  33. en budin, kalo hari2 tulih mcm ni.. leh jd geng mykmu..
    hhahaha
    btw padu bak hang.. thorbaik..

    ReplyDelete
  34. Patutlah etnik borneo tidak mengaku bangsanya rumpun melayu dan menolak parti umno, beza dengan suku pendatang indon, filipina, pakistan dan sewaktu dengannya dengan cepat mengaku bangsanya melayu walaupun bahasa sukunya sangat berbeza tiada persamaan dengan bahasa melayu.Apakah tahap "cari makan" bolehlah buang bangsa.

    ReplyDelete
  35. Tok Nan the best. Berani, berterus-terang dan jelas seorang pemimpin tulen. Disegani oleh rakan dan lawan. Disayangi rakyat Sarawak. Jgn lihat dari kacamata kerajaan atau pembangkang. Kami lihat dari kacamata rakyat sarawak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...