Monday, 28 March 2016

PENJELASAN TENGKU RAZALEIGH


Berikutan tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menandatangani deklarasi menyokong kepimpinan Najib Razak baru-baru ini menjadi perbualan ramai dan tanda tanya masyarakat sehingga Tun Mahathir Mohamad turut memberikan reaksinya,  malah blog ini juga ada membuat ulasan mengenainya,  maka di bawah ini disiarkan sepenuhnya penjelasan Ahli Parlimen Gua Musang itu yang dihantar melalui email kepada saya. (SH 28/03/2016).


MENCETUS PERUBAHAN

Negara kita kini sedang mengalami krisis genting mengenai pemerintahan dan kepimpinan. Ini menyebabkan kita mengalami masalah ekonomi yang dahsyat terutamanya berkaitan isu hutang negara. Ia mengakibatkan beberapa masalah ekonomi serius seperti kenaikan mendadak kos sara hidup yang membawa kesan buruk kepada rakyat. Selama ini saya sering berpendapat dan mengingatkan sekiranya kita tidak tukar cara berpolitik dan perisian dasar ekonomi, kita akan menghadapi krisis seperti yang berlaku sekarang ini. Saya mengingatkan perkara ini di Parlimen dan juga dalam beberapa ucapan saya. Saya konsisten dan berkali-kali menyatakan bahawa kita pasti tidak dapat mengelak perubahan. Tanpa perubahan dalam tatacara pemerintahan negara dan cara kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab awam, tidak mungkin kita dapat selesaikan masalah yang dihadapi itu.

2. Saya yakin tiada siapa yang dapat menuduh saya tidak konsisten berkenaan pendirian saya terhadap tatacara pemerintahan negara, tanggungjawab awam dan perlunya perubahan. Inilah intipati perjuangan saya di peringkat kebangsaan serta dalam UMNO sejak tahun 1987.  Saya konsisten dalam perkara ini selama ini dan saya akan terus konsisten di hari muka. Kebelakangan ini, desakan untuk perubahan semakin lantang. Seperti juga orang lain yang inginkan perubahan, saya juga sentiasa mencari jalan munasabah dan sah dari sisi undang-undang untuk maksud ini, termasuklah meneliti peranan yang boleh dimainkan oleh Dewan Rakyat.

3. Bagi maksud ini dan sebagai pengamal politik, saya bertindak berlandaskan Perlembagaan Persekutuan  dan kehendak parti. Yang demikian isu menyokong kerajaan yang memerintah dan sekaligus memberi sokongan kepada ketua kerajaan tidak timbul.

4. Dalam usaha untuk memberi sumbangan berguna dan berfaedah, saya amat peka dan sedar akan masalah yang dihadapi oleh negara dan keadaan kita yang genting; umpaamnya masalah berkaitan dengan hutang negara serta akibatnya, terutamanya kesan terhadap kehidupan seharian rakyat jelata. Dalam ucapan saya di Parlimen dan surat kepada Ahli-Ahli Parlimen, saya telah mengingatkan akan kesan yang kita rasai sekiranya hutang negara ini tidak ditangani  dan diurus dengan penuh tanggungjawab. Maka itu setiap pengamal politik  dan Ahli Parlimen  berkewajipan untuk tidak mendewa-dewakan orang perseorangan dan bermain politik dalam usaha menangani perubahan yang diperlukan itu.

5. Izinkan saya mengulangi bahawa masalah yang kita hadapi ini meninggalkan kesan negatif terhadap ekonomi kita dan kedudukan antarabangsa negara. Oleh itu kita hendaklah bijak menyelesainya dalam masa terdekat.


Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang
Kuala Lumpur,
28 Mac 2016 bersamaan
19 Jamadil Akhir 1437H.

89 comments:

  1. Iyelah tu, kuli. Baling batu sembunyi tangan. Jolok orang untuk bertindak tapi diri sendiri sembunyi. Berilah apa saje alasan, iyelah tu kuli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ku Li ni seumpama ulamak buruk. Dia penuh dengan retorik membela kelayakan diri, akan tetapi ia tidak mampu membela kebenaran atawapun manusia yang dizalimi.

      Delete
    2. Apa yg di maksudkan TENGKU...Biarlah aku pulak jadi PM...Kalau rakyat setuju Dan mula sokong saya salahnya saya suruh NAJIB DAN ROSMAH LETAK JAWATAN...saya jadi PM Dan SARIZAT jadi TPM ..ok le tu

      Delete
    3. kalau perang bunuh org mcm ni dulu!!! sebab potensi untuk dia jadi talam bermuka dua amat tinggi.

      Delete
    4. sana cakap lain sini cakap lain ..diakhirnya aku dapati dia ni SAMA MACAM NAJIB....

      Delete
    5. Masih teringat peristiwa UMNO diharamkan .

      Delete
    6. EverythingToHide28 March 2016 at 22:33

      Dalam bertindak mengikut perlembagaan, wajib juga diambil kira hasrat rakyat.
      Kenapa tidak go direct to the points?
      Sikap mengelak tidak dapat membuktikan apa2, jauh sekali boleh menyelesaikan apa2 masalah.
      Kenapa tidak diutarakan terus terang tentang mana jawapan bagi misteri 1MDB, duit 2.6B dan 42 juta?
      Kenapa tak sentuh soal yg menjadi hot topic di kalangan rakyat sekarang ni?
      Kenapa tak persoalkan mana dia bukti2 sahih black n white berkaitan skandal2 kewangan itu.
      Kenapa tak tanya bagaimana dan apa puncanya negara boleh berhutang sebegitu banyak (such a huge debts)?
      Kita bukan hanya nak cari jln bagaimana nak tangani hutang saja tapi mesti juga cari apa yg menjadi punca negara berhutang?
      Apakah skandal 2.6b dan 42 juta tu juga mengikut lunas2 Perlembagaan Persekutuan?
      Adakah duit berbillion masuk dlm akaun peribadi seorg PM tanpa bukti2 hitam putih selari dgn syarat perundangan negara?
      Apakah penyiasatan tanpa perbicaraan secara telus dan jelas dgn segala bukti2 juga selaras dgn perundangan negara?
      Kami rakyat bukan nak mendewa-dewakan mana2 individu atau mana2 parti dan NGO, tapi kami sebenarnya berjuang utk SATU KEBENARAN yg sekarang ini sudah hampir PUPUS.
      Kami mahukan jawapan konkrit dgn bukti2 sahih.
      Kita tak mahu dengar alasan demi alasan yg tak berkesudahan tapi tiada PENYELESAIANnya.
      Fokus rakyat sekarang ni ialah tentang penyalahgunaan kuasa dan skandal berbillion.
      Walau kami didendangkan dgn berbagai2 cerita tapi fokus kami TETAP kpd perkara duit berbillion tu jugak.
      Kami mahukan KEBENARAN dan BUKTI.
      Pemikiran rakyat sekarang tidak lagi seperti dulu2.
      Rakyat sudah matang dlm berfikir.
      Setiap kata2, perbuatan, jawapan akan diperhatikan dan dperhalusi oleh rakyat sama ada ianya bias atau ada agenda tersendiri atau yg tersembunyi etc.
      Saya sokong kenyataan terkini oleh Nazir Tun Razak berkenaan 1MDB. Satu kenyataan matang yg berasas dan bernas demi kelangsungan sebuah negara yg berintegriti.

      Delete
    7. Aduss.... kalau jawab soalan SPM, rasanya saya bagi 15/100 markah jerr nih sbb tak jawab soalan langsung!

      En Shahbudin tanya soalan yang cukup direct dan jelas. Budak UPSR pun faham soalan tuh.

      Tapi jawapan yg diberi, berpusing-pusing, dan akhirnya langsung tak menjawab soalan.

      Adusss.... agaknya kalau kita tanya soalan bagaimana bank kebanggaan bumiputera boleh hancur di bawah jagaan dia dulu, macamana la jawapanya ya?

      Delete
    8. Dulu, kini dan selamanya rakyat ditipu oleh ahliahli politik cari makan (PCM).
      Serban, kopiah, songkok hanya jadi alat untuk menjaja agama bagi tujuan politik perut dan nafsu.

      Delete
  2. Mungkin kebenaran yang disampaikan oleh YMTR boleh kita terima atas kapesiti sebagai AP parti yang memerintah.Tetapi mengapakah kebenaran dan juga tujuan penubuhan 1MDB enggan diperjelaskan /2.6B yang masuk akaun Pm dari mana dan kemana ianya dibelanjakan.Sebagai rakyaat kami ingin tahu apa dan mengapa pekara ini berlaku,tolong beri penjelasan dengan tulus bukan berputar-putar.Kapada mereka-mereka yang tidak mempunyai keupayaan untuk menerangkan pekara ini harap lebeh baik tutup mulut dan minta orang betul-betul yang berkaitan dengan hal-hal ini membuat penjelasan.Yang dok marah sebab penjelasan yang kita dapat lari dari tajuk,lain ditanya lain jawapan.Sekarang dok bertambah cerita-cerita yang berkaitan LTAT dan sebagainya.Mana menteri kewangan Malaysia?,tolong cerita sikit apa sudah jadi?.

    ReplyDelete
  3. Bagi saya sikap dolak dalih Ku Li jelas membuktikan tokoh ini bukan lah seorang pemimpin yang berprinsip dan rakyat tidak seharusnya menaruh harapan kepada kepimpinan yang begini. Ku Li adalah seorang yg opportunitis dan beliau akn tetap melihat arah aluran arus di saat akhir dan akan mengikutnya. Ku Li bukanlah pejuang rakyat sebaliknya adalah play safe player dlm politik...kepentingan diri adalah keutamaan baginya.

    ReplyDelete
  4. Dengan menyokong Najib dan menandatangan DEKLARASI
    KELANTAN, adakah image Malaysia yang teruk terhakis
    akan berubah baik dan ekonomi akan pulih.........???

    ReplyDelete
  5. Tak usah pedulikan dia. He's very much over the hill already. Don't expect miracles from him.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, jgn layan. waste of time ...

      Delete
  6. Habis kenapa sign deklarasi sokong najib? Bab ni di tak sentuh.
    Haih. whatever lah. Saya pun tak kisah sangat pasai dia neh.

    ReplyDelete
  7. Sepatutnya Ku li ini,tidak harus di letak kan oleh rakyat dlm saf utama kepimpinan politik negara beliau ini wajib di golong , dibungkus dan di package dlm sejarah masa lampau dlm kesah kesah politik gagal yg lenyap bersama semangat 46,sekiranya masih mahu di ketengah dan di angkat maka berlakulah langkah sumbang dan konflik malah kadang kadang jadi liabilities kpd senario politik itu,beliau boleh bercakap apa saja itu hak nya tapi yang jelas ahli politik lalang dan opportunist adalah imej yang semakin senomin dgn nya,wahai kuli lebih baik jadi orang biasa daripada akhirnya terjebak sebagai pemakan dedah era najib yg disama dgn haiwan kerana dedak itu adalah benda dimakan haiwan,percayalah wahai rakyat m'sia tengok lah bulan depan Najib lanun akan tawarkan dedak mcm paklah pada ku ini maka tamatlah riwayat kuli.

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya Ku li ini,tidak harus di letak kan oleh rakyat dlm saf utama kepimpinan politik negara beliau ini wajib di golong , dibungkus dan di package dlm sejarah masa lampau dlm kesah kesah politik gagal yg lenyap bersama semangat 46,sekiranya masih mahu di ketengah dan di angkat maka berlakulah langkah sumbang dan konflik malah kadang kadang jadi liabilities kpd senario politik itu,beliau boleh bercakap apa saja itu hak nya tapi yang jelas ahli politik lalang dan opportunist adalah imej yang semakin senomin dgn nya,wahai kuli lebih baik jadi orang biasa daripada akhirnya terjebak sebagai pemakan dedah era najib yg disama dgn haiwan kerana dedak itu adalah benda dimakan haiwan,percayalah wahai rakyat m'sia tengok lah bulan depan Najib lanun akan tawarkan dedak mcm paklah pada ku ini maka tamatlah riwayat kuli.

    ReplyDelete
  9. Jawapan kuli tiads kaitan dgn tindakanya menyokong najib.

    Adakah dgn menyokong najib ekonomi malaysia akan.meningkst dan imej negara akan meningkat??

    Atau kuli sebenarnya telah dijanjikn dgn jawatsn tertentu atau fuludnuntuk memenuhkan.lagi poket kuli.

    Wallahhualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..Ku Li tidak memberi alasan-alasan kenapa beliau U-TURN dan sokong DSNR.Bolehlah dibuat andaian Ku Li tidak ada alasan-alasan yang munasabah untuk diutarakan.

      Jadi tidak salah lah kalau rakyat membuat andaian Ku Li ialah seorang yang tak boleh dipercayai.

      Delete
    2. KuLi
      KuLi Batak.
      KuLi.
      Kuli Batak.
      KuLi.
      KuLi Batak.
      KuLi.
      KuLi Batak.
      KuLi.
      KuLi Batak.
      KuLi.
      KuLi Najib.
      Kik... Kik... Kik...

      Delete
  10. bangang punya orang tua, mcm najib gak, isu lain dok cerita benda lain, setakat bercakap mcm ni anwar pun boleh, patutlah kelantan tak pernah maju, dari pemimpin PAS sampai lah pembangkang, otak tahap longkang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol bro....Isunya Sokongan yg diberikan kpd Najib...bukan isu lain ekonomi, perubahan atau apa2 lg........ISUNYA adalah KENAPA KO SOKONG PEMIMPIN RASUAH>>>..

      Delete
    2. Kerana aku pun pemimpin rasuah.

      Delete
  11. Ku li si oppurtunis....

    ReplyDelete
  12. macam berjuang untuk diri sendiri je..kan gitu pak din

    ReplyDelete
  13. Dulu masa Khairuddin dan Mattias ditahan bwh Sosma, Ku Li tampil bersma Mahadir dan Muhyideen menyatakan penahanan tu salah guna kuasa olih Najib.
    Sprm telah menyiasat Najib mengikut Akta Sprm yg diluluskan olih Parlimen mengikut perlembagaan. Sprm telah memperakui supaya Najib didakwa kerana dgn secara jenayah menyalahgunakan duit SCRI RM42million. Siasatan tu mengikut Perlembagaan msia lah. Dan perakuan pendakwaan tu mengikut Perlembagaan.

    Yg KuLi pi sokong Najib rasuah, apa hal???? Tuhan & Rasulnya pun kutuk pengamal rasuah. Ni yg aku tak faham. Kalau menteri umno & ketua bahagian sokong bleh faham. Rasuah budaya mereka. Hadi dan Haron sokong aku faham. Tuhan nak tunjuk kpd kita tahap orang yg gelar diri sendiri ulamak. Tok bomoh sokong pun aku faham. Fulus.

    KuLi sokong Najib rasuah..susah nak faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah sudah pun menceritakan perihal manusia begini di dalam Al-Quran.

      Delete
    2. Apa pasal susah nak faham?
      KuLi pun kaki rasuah juga.
      Sebab rasuahlah KuLi U-Turn.

      Delete
    3. Saya respect Tengku Razaleigh masa beliau tampil bersama Tun M dan Muhyiddin semasa penahanan Khairuddin dan peguamnya. Tapi sekarang apabila UTurn dibuat semuanya hancur. Respect is earned not forced. Kita tunggu dan lihat apa episod seterusnya.....ke mana Tengku Razaleigh selepas ni. Memang betul cash is king. Kuasa $$$ sungguh besar tapi tak boleh bertahan lama.

      Biarlah hidup susah tapi bermaruah....walau tak kaya tapi dihormati org....sesudah mati pun masih juga dikenang dan disebut2 org.

      Delete
  14. Tak perlu nak marah2 Ku Li anggap aje dia dah tua dan nyanyok.

    Ada ramai lagi di Malaysia cerdik pandai dan masih muda untuk menggantikan Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa kata Ku Li tua dan nyanyok? Cakap jangan sembarangan tau! Dia meroyan dan meraban jer..sbb cita2 nak jadi PM tak kesampaian..kot2 nyangkut jadi TYT kat mana2..koman2 dpt gak jadi ala-ala soltan..sape takndak..bodo la!!

      Delete
  15. Ku Li bukan seorang pejuang.....Jika dia dia seorang pejuang , dia tidak akan menyokong Pemimpin yg Rasuah.....Tindakan yg mengatakan megikut perlembangaan ...saya konfius...Adakah menyatakan tidak menyokong Najib melanggar perlembagaan....Isunya disini adalah SOKONGAN bukan cara utk menyingkirkan Najib.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape nak dikompiusnye yob..name pon "kuli".. mane boleh lawan taukeh..kang miss pulak syoruu..hehehe..

      Delete
    2. Ha..ha....btul tu..namanya pun KULI....jd Kuli jer ler...

      Delete
  16. Mungkin Deklarasi Kelantan ini disusun atur olih Anuar Musa supaya sahamnya naik

    ReplyDelete
  17. Sepanjang cerita Kuli berjuang dlm arena politik..rasa-rasanya takdak satu pun yang berjaya. Masa Team A lawan Team B, Semangat 46 lawan Umno Baru, isu royalti Kelantan..tang mana yang Kuli berjaya? Yang kelihatan paling berjaya ialah U-TURN dan sekarang siap koner baring lagi..sama jer dengan Tuang Presideng..ko nasib baik pasal Gua Musang tu ramai orang asal yang masih setia pasal ko anak raja..kalau kat tempat lain..ambik pencen je lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma Vincent Tan yang berjaya.

      Delete
  18. apa yang konsisten, apa yang hendak diselesaikan masalah ekonomi, macam mana nak selesai hutang, semuanya umum. tanda tangan pun tak jelas, mungkin ekonomi makin baik bila kelantan buat sokongan. ekonomi untuk mp dan kbu yang sign kot

    ReplyDelete
  19. Geng2 dlm Umno yg patut dipersalahkan..

    membunang semua pemimpin2 yg bagus utk negara, dan dipilih yg korup dr semasa ke semasa..

    Ku Li kena singkir..

    DS Anwar ibrahim kna singkir..

    Pak Lah kna singkir...


    Jadi.. akhirnya Allah memberikan pemimpin plg korup utk umno..

    akhirnya.. salahkan org lain, xnmpk salah asalnya dr diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah kah yang ditolak rakyat itu seorang yang telah melakukan jenayah liwat?

      Delete
    2. Logik u mcm logik lidah bercabang. Bukankah al-Juburi mahu kuburkan Dr.M? Tidakkah Pak Lah membiarkan rasuah merebak dlm kementeriannya?

      Delete
    3. Ya dsai da liwat anu 1942 dan anu 2110.pasl tu hegeh2.tak abis lgi liwat korang tggu dia kluar..kahkahkah

      Delete
    4. Pelik aku korang ni. Ngaku Muslim & Melayu. Tetapi tetap fitnah saudara seagama. Kes DSAI tak sama dgn Kes DSNR. Fitnah ke atas DSAI sangat meragu kan. No sane person can accept the verdict by our kangaroo court in DSAI case. Cukup lah dgn wirid fitnah kamu ni. Tak takut ke bila tiba hr yg tiada sesiapa pun yg boleh beri syafaat selain Allah?

      Delete
    5. Anon 19:42 dan anu 21:10.
      Apa? Kau berdua dah lihat ke
      Anwar liwat emak, isteri dan
      anak perempuan kau orang.
      Bagharl@Bahlol@#$%@#%$&%4#@?!!

      Delete
    6. so what if dsai meliwat suka sama suka?

      Delete
    7. meliwat suka sama suka tak merosak kan negara doh! rasuah, merompak, menipu, upah polis bunuh orang tu baru perangai jahanam bongok. konon beriman dengan allah, dayus dan munafik je, setakat cakap, bohsia tepi jalan pun boleh,

      Delete
    8. aku tak boleh terima kalau cakap meliwat tak merosakan negara. WOW. macam mana boleh keluar ayat macam ni ? kalau lah seorang PM boleh meliwat.. lelaki pulak tu. nescaya rakyatnya turut meliwat. laki sama laki..

      tolonglah jangan bagi alasan macam menteri.

      benda salah tetap salah. meliwat adalah salah

      Delete
    9. Kita tak nak pemimpin kaki liwat dan kaki korup. Maknanya tolak Anwar dan tolak Najib.Dua-dua jenis pemimpin ini banyak membawa bencana/mudarat kepada rakyat/negara.

      Delete
    10. Kau orang semua dah lihat dengan
      mata kau orang Anwar liwat jubur emakbapak, isteri dan anak perempuan kau orang ke?
      Bagharl@Bahlol@Bodoh@#$%@#%$&%4#@?!!

      Delete
    11. kes anwar, mahkamah yang putuskan. Bukan aku yang cakap

      Pendapat aku. Anwar bersalah sehingga mahkamah mengubah keputusan mereka mengatakan Anwar tak bersalah.

      Bagi yang kata Anwar tak bersalah. Aku tiada masalah dengan itu dan kalau nak berjuang bebaskan Anwar pon aku tiada masalah

      tapi selagi mahkamah tidak mengubah keputusan. pendirian aku, Anwar bersalah.

      Delete
    12. Cayalah.....semuanya berpunca dari TM. Sekarang kita yang susah....jom pakat boikit TM

      Delete
    13. Cayalah.....semuanya berpunca dari TM. Sekarang kita yang susah....jom pakat boikit TM

      Delete
  20. ini lah rahmatnya bila belaku krisis. sebelum ini munkin orang tak nampak sangat Kuli ni macam mana sampai sanggup sokong dia jadi PM walaupon usia dah lanjut. Tapi bila dah jadi mcm ni baru orang nampak yg dia sebenarnya tak de ciri2 pemimpin yang baik dan tak ber prinsip.

    Ada satu persamaan antara Kuli dan Najib. Dua dua hanyalah menggunakan kekuatan nama arwah Tun Razak untuk naik dalam politik. Tapi hakikatnya, keduanya bukan pemimpin wibawa.

    ReplyDelete
  21. You are very much a scumbag.Ini bukan soal mendewa-dewakan orang perseorangan,......ini soal rejim Najib mengamalkan rasuah,curi duit dan menjual negara serta melanggar Kedaulatan Undang-Undang.Kamu adalah kebanggaan dan kemegahan bagi orang Klate.Tetapi ini adalah soal negara Malaysia.

    ReplyDelete
  22. "Maka itu setiap pengamal politik dan Ahli Parlimen berkewajipan untuk tidak mendewa-dewakan orang perseorangan"

    Kita lihat siapa yang mendewa-dewakan orang perseorangan. Mahathir mengajak kita tanda-tangan deklarasi rakyat. Yang Ku Li tanda-tangan ialah deklarasi sokong Najib.

    Bukan kah Ku Li yang mendewakan Najib ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dan sokong hujah saudara.Sesuatu yang bijak itu adalah sangat konsisten.

      Delete
  23. Allah, sangat classic jawapan dia. jawapan seakan menyelamatkan diri.. nak ambik untung bila ada peluang

    ReplyDelete
  24. Masa pembentangan bajet, apa Ku Li buat?

    Tulis surat ! Setakat tulis surat boleh ke berlaku perubahan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sbb dia bukan perjuang...Just talk but no action

      Delete
  25. Takyah layan politican dinosaur nilah bro. Tak jadi apa pun dia ni. Dalam 10 org maybe 2 org je yang kenal dia. Org macam KuLi ni dah pupus dah

    ReplyDelete
  26. From the statement....by ' Coolie ',

    Item No. 4

    " Maka itu setiap pengamal politik dan Ahli Parlimen berkewajipan untuk tidak mendewa-dewakan orang perseorangan dan bermain politik dalam usaha menangani perubahan yang diperlukan itu. "

    i)
    It sounded more like a 'Cryptic' message telling a KNOWN strategy employed by the Chief-Pirate-Bugis's LAPDOGS at the moment to WHACKED Tun M for all the glory and tractions that is taking place regarding the Citizens' Declaration movement!

    ii)
    A sign ' Coolie ' is taking heat that Tun M has directly implicated him as the man behind the move to unseat Bugis-Pirate via No Confidence Vote that failed...terribly, even DAP Chiew Tong is playing along to see how this NUETRALISATION of ' Coolie ' is taking shape!

    Item No. 5

    " Izinkan saya mengulangi bahawa masalah yang kita hadapi ini meninggalkan kesan negatif terhadap ekonomi kita dan kedudukan antarabangsa negara. Oleh itu kita hendaklah bijak menyelesainya dalam masa terdekat. "

    Have you ' Coolie ' just woken up from a deep slumber that the country is indeed in deep shit

    i) economic trouble!
    ii) Malaysia's international image has/is continuously being TARNISHED!

    And, by coming out with media-blazing signing Supporting Najib Declaration significant enough to blunt TRUST DEFICIT that is at many times negative mark toward the Government led by the Chief-Pirate? You thinked?

    Have you no clue that the international image wrecked ONLY by ONLY one person called NAJIB RAZAK due to his nuisance? Running a country is not like managing a Corporation where one easily PURGE or FIRE or TRANSFER or FIX the budget and costings through basic ' RATIONALISATION ' process. That is why holding a HIGH OFFICE of the Prime Minister is not as CEO of a Company!

    Actually, I had penned more than a thousand words but decided against it hence, I go straight to....

    Item No. 6

    There is No. 6 in his statement except only it has not been said so I'd like to ask Ku Li,

    Whats the DEAL? Can you give us the numbers whether its in 7 Figure RM or 10 Figure RM? Don't tell us by declaring supporting the Bugis-Pirate you don't get the 'STICK' but is it without the 'CARROT'? Doubt it!

    Berapa HARGA DIRI boleh dibeli, Ku Li?

    MLN

    ReplyDelete
    Replies
    1. What ex DPM said he was offered 1 billion and a governor post of Penang. Sound similar offer may be on the take for Ku Li........Too good to reject .Ku Li was seen a clean man not until this U turn

      Delete
  27. Harganya?? DUA PLOSEN!!

    ReplyDelete
  28. Harga diri keruak hanya tahi karabau saja.
    Dia kata najib mansuhkan ISA untuk memberi kebebasan bersuara kpd rakyat.
    Keruak si karabau pergi tutup blog rakyat tu kenapa? Siapa yg menyekatkan kebebasan rakyat bersuara?
    Memang kena betul nama kau keruak si karabau.
    Macam mana karabau mcm tu lah keruak sebab hanya burung keruak saja yg berbunyi seperti karabau.

    ReplyDelete
  29. Apa kata TR itu betul tetapi punca perkara itu berlaku dari angkara siapa adakah pemimpin kita ini rasuah penyangak jadi pengajarannya apa yg harus rakyat buat terhadap pemimpin yg tak jujur rasuah menjatuhkan maruah negara dan agama islam srhinggakan negara ini mendapat jolokan juara rasuah dunia pru14 adalah penentunya

    ReplyDelete
  30. Apa kata TR itu betul tetapi punca perkara itu berlaku dari angkara siapa adakah pemimpin kita ini rasuah penyangak jadi pengajarannya apa yg harus rakyat buat terhadap pemimpin yg tak jujur rasuah menjatuhkan maruah negara dan agama islam srhinggakan negara ini mendapat jolokan juara rasuah dunia pru14 adalah penentunya

    ReplyDelete
  31. Lelong!...Lelong!...Lelong!....
    Sape sokong saye...satu cupak dedak saya bagi....

    Lelong!...Lelong!...Lelong!....

    Kuli sebenarnya nak jadi Sultan....tapi tak dapat...
    Jadi Najib offer TYT....kena sembah jugak kan?...
    Pastu....bila ada Mesyuarat Majlis Raja-Raja dapat le dia tumpang sekaki...duduk semeja dengan Raja dan Sultan...kan?...Kan?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa mau beli keruak..siapa mau beli keruak.
      Lelong..lelong...Murah...murah
      Beli keruak dapat karabau

      Delete
  32. Ku sangka Ku Li ni dah tua macam atok atok tapi meleset sangkaan ku ini. Rupanya kuli belum bertaubat lagi dan tergamak jadi kuli politik Najib. Cash is indeed king.

    ReplyDelete
  33. Mana ada apa-apa penjelasan? Ini ucapan yang biasa diberi oleh orang tua nj kat kelab-kelab.

    Orang tua ni tiada maruahlah!!!

    ReplyDelete
  34. Bukan jer takde maruah..tak reti malu pulak tu..muka tebal 4 kaki..ni musti pakai que puteh berlapis-lapis..mungkin dah ditaja Datuk Vida kot?

    ReplyDelete
  35. Najib dapatkan sokongan Ku Li bukan kerana pengaruh Ku Li yang tak seberapa dan bukan kerana PAS dan Ahli Parlimen memilih Ku Li sebagai penganti Najib.


    Tetapi Najib memilih Ku Li untuk jadikan Ku Li sebagai pengkhianat !
    Ku Li pulak dengan rela hati sanggup jadi pengkhianat rakyat.

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah, terbongkar juga siapa dia yang sebenar.

    Marilah kita beramai-ramai tolak manusia tidak berprinsip dan oportunis dari menjadi pemimpin.

    Masaalahnya.... Manusia macam ini yang Lanun Bugis harapkan untuk jadi pengganti.

    ReplyDelete
  37. Salam Tuan Budin,
    Dengar cerita Ku Li bakal gabenor Bank Negara ? Akibat sokong deklarasi ....

    ReplyDelete
  38. Ada satu nama Kuli, baling batu tangan sembunyi,singkir Najib dia hadiri, kini sokong perdana menteri.

    Ada satu nama Kuli, sama Mahathir berdendam lagi ,buruk Najib dipandang sepi, banyak ke dedak Najib kasi..?

    ReplyDelete
  39. Betapa murahnya harga HARGA DIRI, hanya mengikut turun naiknya nilai RM.

    Betapa murahnya PRINSIP HIDUP, hanya mengikut kuasa dan pangkat.

    ReplyDelete
  40. Minta izin nak cerita sikit. I pengguna kerap GrabCar. Saya masih ingat 2 kes yg menarik.

    Kes pertama:
    Pemandu GrabCar seorang pemuda Melayu. Jadi saya tanya dia mengapa tak timba pengalaman kat opis atau syarikat dulu sebab pengalaman penting utk membina kerjaya. Dia jawab dia sebenarnya Jurutera Petronas tapi hilang kerja sebab Petronas batal kontrak. Dan dia dengar ramai lagi akan diberhentikan tahun ini. Sedih aku dengar kes macam ini sebab pemuda ini nampak cerdik.

    Kes kedua:
    Ini betul2 terer. Saya naik kereta dibawa oleh seorang pemandu lori yg berasal dari Sg Petani, Kedah. Drp start kereta sampai kat rumah saya, dia maki hamun pentadbiran Najib yg menyebabkan dia terpaksa cari kerja kat KL meninggalkan keluarganya sebab kos sara hidup naik terlampau tinggi. Yg pelik dan menakutkan ialah dia sebenarnya penyokong UMNO yg setia selama berpuluh2 tahun. Kini dia kata hatinya dah tawar dan dia akan undi pembangkang PRU depan. Dia berharap pembangkang menang sebab dia rasa pembangkang patut diberi peluang memerintah supaya rakyat boleh tgk dan nilai sendiri.

    Akhirnya, sekalian ready tak? Bila hampir2 sampai rumah saya, dia hembus nafas panjang dan buat rumusan: "Saya rasa Melayu tak sesuai ada kuasa. Bila ada je kuasa, dia akan lupa semua asal-usul dan perjuangan nya semata2 utk kejar duit dan habuan." Perkataan ini amat mengejutkan saya sebab saya tak sangka ada org Melayu drp luar bandar yg boleh berfikiran sampai tahap ini. Betul tak betul point dia, rasa kecewa saudara ini amat jelas.

    Minta maaf semua sekalian, bukan niat saya utk cakap buruk pasal orang Melayu. Tapi dua2 kes ini memcerminkan betapa kecewa dan marah rakyat biasa terhadap rejim yg ada sekarang. Semoga perubahan akan berlaku secepat mungkin.

    ReplyDelete
  41. Terlebih dahulu saya mohon maaf , dimana yang jelas luahan hati saya ini adalah tidak beradab malah ianya lebih kepada bersikap amat kurang ajar, ; ternyata YBm KULI adalah bangsat, manusia kejadian Allah terkutuk,sealiran sama seperti Abdullah Bin Ubai, contoh manusia yang talam dua muka , hatinya adalah bangkai yg busuk lagi menjijikkan DAN sebagai seorang melayu , sya berasa diri saya sangat malu, seorang dari kerabat /berdarah raja spt KULI , tak ubah seperti seorang kuli/hamba abdi yang patuh jika dia diperintah untuk mencebok/mencuci seusai tuannya qada hajat di jamban YBM KULI,jika dendam tuan pada ayahanda Tun Dr Mahathir masih tak sudah, tapi jangan lah di heret sekali kami rakyat jelata bersama dendam tuan itu kasihanilah kami tegakkan lah dan beristiqomah lah dalam menegakkan yang benar anak muda spt sya amat menyanjungi tuan ttp pendedahan yg ayahanda Tun baru baru ini , cukup mmbuat saya hiba menitis air mata sya ... begini sekali sikap tuan terhadap kami semua ,terhadap tanah warisan nenek moyang kita ini .. menitis air mata saya mengenangkan hal ini.. Yaa Allah...

    ReplyDelete
  42. 0205 betul Tn..ramai anak muda yg sayangkan agama, bangsa Dan negara sepenuhnya dibandingkan dengan pemimpin2 politik hari INI.veteran tapi korup, jawatan Dan wanglah segala2nya bagi mereka. Yang pasti, Tun Mahathir tidak akan mudah disogok Najib.Ayuh sokong Tun M Dan pemimpin2 lain yg ingin menyelamätkan negara INI Dari terus musnah ditangan Najib Dan kuncu2 nya..

    ReplyDelete
  43. Shahrir Samad dah. Nur Jazlan dah. Anuar Musa dah. Gani Patail dah. Haji Hadi pun dah. Sekarang kuli pulak. Apa yg hairannya. Ramai lagi yg sedang beratur. Supaya x kecewa bayangkan tun mahathir, mukhriz, muhyidin, azmin pun akan masuk kaum juga. Apa mustahil kah?

    ReplyDelete
  44. Maka terkeluar cerita pulak ..kononnya ku li dan najib dah berunding tentang peralihan kuasa tak lama lagi. Yg totok kuli akan percaya bagai nak gilerlah. Kononnya najib dah tak terdaya lagi nak jadi pm. Ku li bersedia pulak nak take over. Heheehheehe. Akhirnya najib jugak yg kekal. Macam cerita SD dulu gaklah. Beria2 konon majority dah sign. Lepas tu ..haram !!! Kita ni tak abis dibuai oleh barua2 ni semua. Cukuplah tu. Teruskan hidup dan kalau marah sangat pun ..pru14 undi parti lain.

    ReplyDelete
  45. dari sini kita dah tahu sapa saja pemimpin yang asal dari umno memg tak boleh dipercayai. umno pembentuk pemimpin yang tak boleh pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin PAS boleh pakai sangat ke? Mereka pun pandai bermuka-muka juga.

      Delete
    2. pas, next election, satu kerusi pun tarak.
      bersedialah untuk bungkus sebelum dibungkuskan.

      Delete
  46. Hari ini Arul Kanda ke Angkasapuri jumpa Keruak.Semenjak 2 menjak ni,Angkasapuri jadi tempat pemakan dedak bertemu.RPK pun pernah kelihatan kelibatnya,anak Pahlawan Bogus bersama rakan-rakan baru-baru ini,dan ramai lagi badut-badut.Tujuan mereka hanyalah satu,...iaitu untuk menjayakan DEB.Bukan Dasar Ekonomi Baru,....tetapi Dasar Ekonomi Badut.

    ReplyDelete
  47. Statement Ku Li, tidak jelas, nampak play safe. Berputar2. Mengarut. Straight to the point lah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...