Tuesday, 23 September 2014

Paslah Yang Sebenarnya Pecat Anwar!!


Sebelum mengakhiri tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor semalam, Khalid Ibrahim masih sempat lagi membuat keputusan yang menggambarkan dendam di penghujung kariernya sebagai ketua kerajaan negeri iaitu menamatkan tugas Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi.

Menurut pengumuman yang dibuat oleh Faekah Husin, CEO MBI, mesyuarat Exco terakhir yang dipengerusikan Khalid juga membuat keputusan menutup pejabat berkenaan dengan serta-merta bagi menjimatkan kos.

Sambil mengucapkan terima kasih atas sumbangan Anwar selama ini, Faekah juga mengatakan adalah wajar pejabat berkenaan ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan menjaga ekonomi dan pelaburan kerajaan negeri.

Dengan keputusan itu, tidak syak lagi ramai yang beranggapan bahawa Khalid memang berdendam dan marah kepada Anwar. Beliau bukan setakat menamatkan khidmat, malah menutup terus pejabat bekas bossnya itu.

Jika Khalid hanya terpaksa menamatkan tugasnya sebagai Menteri Besar, seiring dengannya Anwar pula ditamatkan tugas dan ditutup terus pejabatnya. Dengan tindakan ini, Khalid nampaknya berjaya menjimatkan wang kerajaan negeri sebanyak RM1 sebulan untuk bayaran gaji Anwar itu.

Ada juga yang beranggapan Khalid seperti budak-budak kerana tindakannya menamatkan khidmat Anwar itu. Hanya kerana marah, terus dipecatnya Anwar. Walaupun jika mahu, Menteri Besar baru, Azmin Ali boleh melantik Anwar semula ke jawatan itu tetapi tentulah ia juga memerlukan proses tertentu, termasuk dibawa ke mesyuarat Exco semula.

Memang diakui Khalid ada sedikit dendam dan marah kepada Anwar tetapi yang sebenarnya menjayakan dendam dan marah itu dilangsaikan ialah empat orang Exco Pas yang ada bersama Khalid sekarang. Persetujuan empat Exco Pas inilah yang menyebabkan Anwar dipecat dan pejabatnya ditutup.

Oleh kerana hanya empat Exco Pas saja lagi yang tinggal bersama Khalid, jika mereka tidak bersetuju dengan penamatan itu, pastilah ia tidak akan berlaku. Kenapakah empat Exco Pas juga setuju Anwar dipecat?

Ini menunjukkan selain Khalid yang marah dan berdendam dengan Anwar, empat Exco Pas juga seperti turut "sakit hati" dengan Ketua Umum PKR itu.

Nampaknya, kemarahan Pas, terutamanya golongan yang setia dan wala' kepada Haji Hadi Awang terhadap Anwar Ibrahim yang dianggap mencetuskan kemelut ini sepertimana yang ditunjukkan dalam muktamar baru-baru ini, masih lagi berterusan.

Walaupun Pas pernah mencalonkan Azmin bersama-sama Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid pada mesyuaratnya 17 Ogos lalu, pencalonan itu sebenarnya sudah pun terbatal apabila pada 3 September, Haji Hadi mengemukakan tiga nama lain iaitu Dr Idris Ahmad, Yaakob Sapari dan Iskandar Abdul Samad kepada Sultan Selangor.

Dengan Azmin yang turut dianggap rapat dan paling setia kepada Anwar menggantikan Khalid, Pas jelas tidak mahu kelibat beliau terus membayangi dan memainkan peranannya lagi selepas ini.

Walaupun Khalid yang mencadangkan penamatan khidmat Anwar ini, ia tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa persetujuan empat Exco Pas itu. Malah jika tiga orang tidak setuju pun, keputusan majoriti tidak dapat dicapai.

Maka, Pas juga turut memecat Anwar sebenarnya. - SH 23/09/2014.

48 comments:

  1. Kekalutan ini bermula dari PKR,tapi nampaknya PAS terpaksa yang menanggung segala makian,cercaan dan fitnah.teruskankan fitnah ini,kerana kebenaran hanya akan terserlah ketika kita bertemu ALLAH Jalla wa A'la.saya bukan ahli PAS,tetapi hanya penyokong PAS.Saya mohon pada ALLAH,sekiranya PAS berada dilandasan yang benar,peliharalah jamaah ini Ya ALLAH,tetapi jika sebaliknya..Engkau Hancur leburkanlah Parti PAS ini YA ALLAH YA MUNTAQIM YA ZAL JALAALI wal IKROM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebai2 Pas hanya berkebolihan dan patut baca doa pembukaan majlis/keramaian, bagi kuliah dan tazkirah kat masjid shj. Bab politik dan pengurusan mereka...tak de kebolihan langsong. Trengganu dan Kedah- one penggal sudal kena penggal kat Umno.

      Selepas GE 2013, walaupun PR menang 43 kerusi perlantikan MB tertanggoh selama 4/5 hari. Ini kerana PAS/DAP mahukan Khalid tetapi PKR tak mahu kan dia. Anwar pula mahu kan Azmin. Kalaulah PAS sokong shj pilihan PKR ketika itu, perkara ni tak terjadi. Image Lebai2 Pas tidak terjejas.

      Sekarang...'who has the last laugh'. Khalid dengan perangai ego dan sombongnya tentang ilmu korporat nya, hilang jawatan MB, Azmin yang tidak dilantik selepas GE 2013 ambil aleh dan image Hadi dan lebai2 PAS jatuh merudum.

      Dah janjikan...MB Selangor adalah quota PKR. Biarlah mereka uruskan. Support shj lah.

      Delete
    2. PKR dan DAP mencapai suara majoriti untuk mencalunkan DSWA cuma PAS.yang berdolak dalik untuk memilih calun yang sesuai pada awalnya calun dr PKR setelah itu PAS sendiri memilih ahli mereka yang sebelum ini berkeras MB selangor utk PKR. DSAI sendiri tidak pernah menyerang TGHH dalam kenyataannya sepanjang krisis... makian dan cercaan itu dicipta sendiri oleh tingkahlaku PAS yang tak konsisten terutama dalam sepakatan melantikk calun MB.. PKR dan DAP telahpun sepakat.. so bagaimana?

      Delete
  2. PAS diguna umno utk curang pada PR sekali gus alat menghapuskan pengaruh anwar yg sgt ditakuti umno.

    siapa barua sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. engkau la barua..

      Delete
    2. itu sahaja hujah?

      Delete
    3. tak usah marah dia ,dia secara sendirinya mengaku barua pas

      Delete
    4. HADI BARUA UMNO PARTI KAPIAQ

      Delete
  3. Kalau EXCO Pas khianat, elok EXCO baru terdiri dari 4PKR, 4DAP dan Shaari + Hasnul.

    Adakah pemecatan tu sah kerana mengikut Perlembagaan Sgor, apabila MB hilang sokongan majority, dia hendaklah meletakkan jawatan. Ini telah dibuat olih Khalid.

    Tiada kuasa Sultan dlm Perlembagaan Sgor untuk tidak menerima perletakan jawatan itu. Yang dia ada kuasa ialah menolak permintaan MB yang hilang sokongan majority untuk membubarkan Parlimen.

    Sultan Sgor tak ikut Perlembagaan dalam perletakan jawatan MB dan juga perlantikan MB. Ini mesti diperbetulkan dan diperjelaskan melalui pembentangan satu enakment pindaan Perlembagaan Sgor.

    ReplyDelete
  4. Sendili bikin hat ,kasi lain olang salah , aii yaa ! ,ini macam punya celita sutak manyak biasa lea aa .

    PAS salah , UMNO salah ,semua atak salah , DAP mananyak babut ,tatak buat salah, lain kali undi pasti sokong punya loo oo .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hei lufang....guna bahasa malaysia supaya orang boleh faham. Kau tulis komen ikut bahasa macam apek tua yang masuk malaysia secara haram.

      Delete
  5. Bukan salah Khalid pun.... Jatuhnya Khalid kerana dua org perempuan di belakang dia yg mempengaruhinya... Faekah & sorang lagi....
    cuba tengok exco yg dia lantik tu... Kak Ji ke namanya.... baut macam2 NGO yg perabih duit rakyat hasilnya tiada... apajadi dgn MIMBAR apajadi dgn WALA.... cuba pi siasat la

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bukan salah Khalid tapi itulah kelemahanya

      Delete
  6. Sudah...sudah..sudah... cukup..cukup...apa nak bising-bising lagi. MB yang baru telah dilantik. Lepas ini buat kerja untuk kesejahteraan rakyat Selangor khususnya dan Pakatan Rakyat ( PR ) amnya.

    Kalau tak ada Langkah Kajang, PKR tak pecat orang PKR sendiri masalah ini tidak akan berlaku. Jangan salahkan sesiapa. Muhasabah diri masing-masing dan katakan " APAKAH SUMBANGAN AKU TERHADAP TERAJIDI INI".

    Jangan hendaknya ada orang yang mendakwa akulah manusia yang paling "perfect" di dunia ini.

    ReplyDelete
  7. Sepatutnya dah SUDAH tapi mengapa Khalid masih lagi seolah2 dendam pada Anwar.Tak payah tutplah pebat tu.tak miskinya Anwar Insyallah dengan gajinya RM 1 sebulan,Tapi sebab busuk hati bersama 4 exco Pas hanya membara pada orng kena

    ReplyDelete
  8. Dendam apa shabudin ni dengan pas..dulu jd umno..pastu tulis dlm harakah..la ni sembah pkr pulak..tak ubah macam ibrahim ali..hatimu busuk budin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah sudah la..rapatkan saf...salah bukan satu pihak..semua pihak ada saham dlm langkah kajang..jangan dinafi itu..cuma blogger ini kebetulan hatinya cenderung pkr, pihak yg satu lagi diganyangnya cukup-cukup..

      Delete
    2. shahbudin x abih2 x puas hati dngan Pas.. lagi nk jadik batu api melaga lagakn Pas dngan yg lain.. dia ni memang UMNO lagi kot.. dasar musang bebrbulu Umno..

      Delete
    3. Dulu dipuja@puji pas skrg dikutuk2 pas seolah-olah pkr sgt mulia utk diagung-agungkan. Apa cetek sgt penulisan en shahbudin ni..subhanallah kembalilah ke jalan Allah..mudahan mendapat keampunan drpNya.

      Delete
  9. hati dia busuk mcm busuknya ketum tibai depan belakang,memang WAWI lah wanita yang dizalimi oleh suami yg pembohong,hamba seks shamsidar,hamba seks jantan2. akhirnya jelas KETUM dan Azmin berjaya utk sementara ,lepas ni kita lihat siapa perancang yg hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebai2 Pas akan berkata dan berdoa...." nantilah bala dari Allah SWT menimpa kau kerana memfitnah orang berzina" . Fitnah orang berzina yang mana untuk membuktinya mesti ada 4 orang saksi.

      Aku dok Aminnnnn...aMINNNN Ya Rabbul Allamin shj akan doa diatas.

      Ada sesiapa nak meng Aminnn kan doa Lebai Pas ni?

      Delete
  10. pendapat dari sahbudin ni..bukan boleh pakai...dia pemerhati je...tau pun dia ni barua umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiikkkk Kau masuk juga dan baca artikel dia. Kau beri lah hujah dan fakta pula apa pendapat nya yg tak bolih dipakai.

      Komen yg kau beri ni macam lebai Pas shj...tak bolih berhujah hanya bolih cakap nantilah hukoman Allah.

      Delete
    2. Penulis, Shahbudin nampaknya bukan seorang yang MATANG. Dia sebenarnya adalah seorang yang KECEWA. NAMPAK DIRINYA SAJA YANG BENAR....Mungkin kecewa kerana tak dapat apa apa dari UMNO. kita kesian pada orang yang begini.

      Delete
    3. setuju sangat sangat dgn en. wan..

      Delete
  11. Sebenarnya objektif DSAI daripada awal ialah menjadikan Azmin sebagai MB Selangor bukannya Wan Azizah. Kajang move dan pencalonan Wan Azizah hanyalah wayang bagi mengaburi musuh dan mengalihkan perhatian mereka daripada menyerang Azmin.Ini kerana TKSI dan PAS diketahui umum tidak menyukai Azmin apatah lagi UMNO.Apa yang tidak disedari oleh semua orang mengenai kekalutan pencalonan MB Selangor ini sebenarnya adalah perancangan DSAI yang merupakan strategi beliau dan membuatkan banyak pihak tertipu...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. 'Who has the last laugh'. Anwar lahhh. Apa2 dia cadang mesti ditolak olih UMNO. Sultan itku shj.

      Kalau Anwar cadng Azmin, guarantee lahhh..tak merasa Azmin kerusi MB. Itu fasal mereka sokong perlantikan Azmin.

      Sultan lantik...Anwar yang perkenankan.

      Delete
    2. Kiranya anwar sanggup la bini diperlekeh org untuk naikkan azmin ali? Hebatnya azizah..sanggup dihina utk org yg bukan darah dagingnya..

      Delete
    3. Mereka masih belum sedar dan terus mentertawakan Anwar sedangkan mereka yang tertipu dan terperangkap dalam game ini. Malangnya PAS turut terperangkap dan menjerat diri...termasuk juga Munir Bani.

      Azmin adalah orang paling setia dan rapat dengan Anwar....his blue eyed boy.

      Delete
    4. Pencalonan Wan Azizah adalah strategi bukan memperlekeh beliau.Mungkin juga Wan Azizah turut membuat lakonan yang terbaik.Ini yang dikatakan 'think outside the box' dimana masih ramai belum sedar semua ini adalah strategi DSAI.Sekurang-kurang banyak aspek perundangan dan perlembagaan yang dapat dipelajari daripada episod ini. Tindakan PKR mempertahankan prinsip Raja berperlembagaan harus disokong semua pihak termasuk UMNO supaya ianya tidak berulang pada masa hadapan.Ianya bukan menentang sultan tetapi menjunjung prinsip demokrasi berpelambagaan

      Delete
    5. Strategi pulak dah..kona baring nampak..budin budin...ye la pkr mmg hebat la...hahahaha..

      p/s : jam omega sampai sekarang tak jumpa..hebat ke

      Delete
    6. Anon 14:51

      "Sultan lantik.......Anwar yang perkenankan".
      Walaupun rasanya usia kamu masih muda, tapi ternyata pemikiran kamu cukup hebat. Ingatkan baginda bijak nak bermain di atas pentas politik, tapi rupanya kena main dengan Anwar (berpolitik sejak dari pendidikan menengah lagi).

      Delete
    7. Sebenarnya objektif komen bahawa "objektif DSAI daripada awal ialah menjadikan Azmin sebagai MB Selangor bukannya Wan Azizah" adalah alas tapak kaki untuk menutup malu PKR atas tidak mnjadinya Langkah Kejang itu.. mengapa smpai nk huru harakan semua untuk naikkan Azmin.. Pakatan bertelagah sesama sendiri sbab krisis ini.. pengundi & rakyat sudah pudar keyakinan kpd Pakatan.. akhirnya Pas mncadangkn 2 nama termasuk Azmin sendiri.. apakah Pas juga terlibat dlm wayang politik Anwar..?

      Delete
  12. Apa2 pun aku cukup respect kepada Majlis Pimpinan Pusat PKR yang mengeluarkan kenyataan medianya.

    Dulut, Sultan secara umum marah Anwar tak ikut perintahnya yang dikatakan convention utk memberi lebeh dari dua nama.

    Semalam, MPP PKR memarahi Sultan pulak kerana tidak ikut Perlembagaan Selangor dlm perlantikan MB Selangor.

    Mana power? ikut convention ke atau ikut Perlembagaan. Mestilah kena ikut Perlembagaan kerana kita mengamalkan Raja ber Pelembagaan, Apa nama ke Sultan kalau tak ikut Perlembagaan.

    Hari ini Munir kena spin dan cover mengapa Sultan lambat lantik Mb dan mengapa lantik Azmin. Tak pernah di buat orang. Itu fasal ' sultan should stay above politics'. Jadi nama tak tercemar.

    ReplyDelete
  13. padan muka pkr..azmin kena hati2 kahkahkah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa mesti padan muka kepada PKR.Padan muka kepada UMNO dan pihak yang melantik Azmin kerana terperangkap dengan tactical move Anwar.Anwar adalah bekas prodigy Tun M....hanya mereka berdua mampu melakukan tindakan tidak dijangka

      Delete
  14. DSAI dan PKR tersilap perhitungan dan inilah kesannya kepada semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin dah jadi MB, mana ada silapnya.Tak silap pun.Itu yang semua orang mahu termasuk sultan.Lagi pun ini adalah satu pengajaran pada parti PAS. kalau bawa bendera islam jangan mungkir janji pada rakan seperjuangan.

      Delete
    2. Mana ada silap. Kan Khalid dah bungkus. Itu lah matlamat pertama...hendakkan Khalid letak jawatan.

      Yang silap Pas. Lepas GE13, PKR tak mahu Khalid, Pas pula mahu sebab 'Din Ayam'.

      Sekarang, semua karenah Lebai Pas terlondeh. Semua orang tahu sikap sebenar mereka.

      Azmin ke Azizah jadi MB tiada masalah asalkan manifesto PR dilaksanakan.

      Delete
  15. Pi mai pi mai ko salahkan PAS ...KETUM main taik orang lain dapat bau...blogger PKR main jilat abihhhh.............

    ReplyDelete
  16. Sudah sudah laa shahbudin oii...isu yg slesai. .Brenti laa jd yahudi. ..Adi domba sana adu domba sini takda kesudahan. .Kau punya tulisan macam laa kau yg paling baik. .Dahi berlekuk hitam kuat solat alhamdulillah tp hati busuk tu perbaiki la shahbudin. ...Muhasabah diri semula. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada ahli PAS macam banggoi petai ini pergi merafak sembah kepada Hadi Awe mintak beliau muhasabah diri kan kah bagusnya? Ini tidak, makin mengikut perangai Hadi Awe yang perenggus, cepat melenting, mencaci dan memaki hamun (orang yang tak sehaluan) dan sebagainya. Spesis apa kamu ni nak minta orang muhasabah diri, tapi mulut busuk kamu mencaci hamun orang lain? Untuk pengetahuan kamu yang tak rajin membaca dan berilmu ini, Hadi Awe hingga ke hari ini tak henti-henti mengutuk dan memperlekehkan PR terutama Anwar. Oleh itu pergi maki dan kutuk Presideng kamu tu.......

      Delete
    2. Anjing anwar dah berbunyiii.........banyak juga anjing anwar disini. .

      Delete
    3. Biasa ler. ..Tak lame lagi tuan anjing nak ke dalam jail. ..Jadi ler anjing tak bertuan. ..Anjing gilerr. Huhuhuuu

      Delete
  17. Semoga Allah merahmati Haji Hadi
    Saya yakin Haji Hadi di pihak yang benar.

    ReplyDelete
  18. Sebenarnya Anwar telah memecat dirinya sendiri menerusu langkah kajang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...