Monday, 8 September 2014
Jika Iskandar Jadi MB, Mahukah PKR Dan DAP Akur?
Telah tersebar secara meluas di beberapa portal berita, blog dan media sosial sejak petang tadi mengenai desas-desus bahawa Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim.
Melalui berita yang turut menjadi bualan ramai di pejabat SUK Selangor itu, Iskandar yang juga Exco Kerajaan Negeri dan Pesuruhjaya Pas Selangor dikatakan akan diumumkan bagi jawatan itu oleh pihak Istana Rabu ini, manakala majlis mengangkat sumpat pula akan diadakan pada hari Jumaat.
Berita perlantikan Iskandar ini menyusul selepas pihak istana mengeluarkan kenyataan dukacita Sultan Selangor terhadap PKR dan DAP yang tidak mematuhi titah baginda yang mahukan kedua-dua parti itu menghantar lebih daripada dua nama, sebaliknya tetap berkeras dengan hanya mencalonkan satu nama saja iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail. Seterusnya tindakan PKR dan DAP itu juga dianggap sebagai perbuatan derhaka kepada baginda.
Kenyataan dukacita dan derhaka yang dikeluarkan oleh pihak istana ini lantas menimbulkan tafsiran bahawa baginda tidak berkenan dengan mana-mana calon yang dikemukakan oleh kedua-dua parti itu. Didorong oleh rasa dukacita itu juga, Sultan Selangor turut dikatakan akan mengenepikan calon daripada PKR untuk menjadi Menteri Besar, meskipun menyedari ada kesepkatakan dalam PR bahawa kerusi itu milik PKR.
Dalam masa yang sama, difahamkan juga ketiga-tiga Adun Pas yang dicalonkan oleh Haji Hadi untuk menggantikan Khalid turut dipanggil mengadap Sultan mulai hari ini dengan didahului oleh Iskandar serta diikuti Salehan Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi pada esok dan lusa. Ia dikatakan sebagai proses temubual dengan pihak istana.
Meskipun Iskandar menafikan beliau dipanggil oleh pihak istana tetapi adalah perkara biasa penafian seperti ini dibuat, bahkan dalam banyak kejadian dalam dunia politik negara ini, sebahagian besarnya memang bermula dengan nafi-menafi.
Ketika ditanya mengenainya, Iskandar hanya berkata, "besok tak ada (mengadap), lusa pun tak ada dan minggu depan pun tak ada." Jawapan umum seperti ini seolah-olah mempunyai banyak maksud dan rahsianya.
Melihat kemelut politik yang sedang berlaku di Selangor ketika ini, memang tidak mustahil jika Sultan Selangor melantik Iskandar sebagai Menteri Besar yang baru serta mengenepikan calon-calon lain, termasuk Dr Wan Azizah yang sudah menyertakan bukti sokongan majoriti melalui 30 Adun yang membuat akaun bersumpah terhadapnya.
Tetapi perlantikan Iskandar itu sudah tentu ada pro dan kontra serta risikonya yang tersendiri kerana beliau bukanlah pilihan utama serta sokongan yang ada padanya juga tidak pasti. Yang jelasnya, Pas hanyalah tinggal 13 Adun saja ketika ini.
Langkah pertama yang harus diambilnya jika dilantik ialah memastikan sokongan majoriti memihak kepadanya. Ia boleh dilakukan dengan segera memujuk PKR dan DAP agar akur dengan perlantikan itu sebagai yang tanda taat setia kepada Sultan Selangor yang membuat perlantikan itu.
Soalnya bolehkah Pas meyakinkan 15 Adun DAP dan 13 Adun PKR serta dua Adunnya sendiri iaitu Shaari Sungib dan Hasnul Badaruddin untuk membuat U turn memandangkan 30 Adun berkenaan sebelum ini amat keras mahukan hanya Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar serta sudah pun membuat akuan bersumpah mengenainya?
Jika Iskandar gagal memecahkan blok 30 Adun ini, risiko yang bakal beliau hadapi ialah kemungkinan berlakunya undi tidak percaya dalam sidang DUN pada November nanti.
Kiranya ini berlaku, pertukaran Menteri Besar mesti dibuat sekali lagi.
Dengan Pas hanya mempunyai 13 Adun sekarang ini serta Khalid yang pasti menyokongnya, Iskandar tidak mampu sendirian menubuhkan kerajaan di Selangor. Ia memerlukan sokongan parti lain. Jika gagal memujuk PKR dan DAP untuk menyokongnya, Iskandar juga boleh mencuba cara lain iaitu mengenyit mata untuk mendapatkan sokongan daripada 12 Adun UMNO. Tetapi itu juga bergantung sama ada UMNO mahu bersama dengan Pas atau tidak.
Namun, jika terjadi pun kerjasama itu, ia juga masih belum memadai kerana hanya menjadikan jumlahnya 26 daripada keseluruhan 56 Adun di Selangor. Pas seterusnya mungkin boleh memujuk kembali dua Adunnya yang sebelum ini menyokong Dr Wan Azizah iaitu Shaari dan Hasnul untuk berpatah balik.
Bagaimanpun, jika usaha itu berjaya ia hanya menjadikan jumlahnya 28-28. Untuk mendapatkan majoriti, Pas masih perlu menarik sekurang-kurangnya seorang lagi Adun daripada PKR dan DAP untuk menyokongnya. Kalau dapat menarik dua atau tiga Adun, lagilah baik.
Tetapi, apabila Pas sudah membentuk bekerjasama dengan UMNO di Selangor, sudah pastilah Pas terpaksa keluar daripada PR atau ia akan ditendang daripada gabungan itu. Tentulah mustahil untuk Pas kekal dalam PR di peringkat pusat tetapi bekerjasama dengan UMNO di Selangor.
Sebelum memutuskan bekerjasama dengan UMNO, ia juga mungkin menyebabkan berlakunya perang besar dalam Pas serta tidak mustahil akan terbelah dua kerana golongan yang mahukan bercantum dengan UMNO hanyalah puak pro ulama manakala kumpulan profesional lebih mahukan Pas kekal bersama PR dan menjadi alternatif kepada BN dalam politik negara ini.
Risiko Pas bergabung dengan UMNO tentunya mengundang pelbagai risiko lain juga, terutama berkaitan masa depannya sendiri serta perjuangan Islam yang dibawanya selama ini. Setelah bertahun-tahun mengutuk dan berbakul makian dilemparkan kepada UMNO selama ini, termasuk tuduhan kafir, taghut dan assabiyah, tindakan Pas bercantum dengan UMNO tentunya akan menghakis kepercayaan sebahagian besar penyokongnya terutama di kampung-kampung kepadanya.
Walaupun Pas sudah banyak kali bertegas mengatakan kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR dan Mat Sabu pula mengatakan Pas akan menolaknya jika dilantik, tetapi kemungkinan untuk Pas mengarahkan Iskandar menerimanya juga tidak mustahil berdasarkan beberapa pertimbangan, termasuk tidak mahu dilihat sebagai derhaka dengan Sultan.
Meski bukan amalan sebelum ini untuk melantik pihak yang bukan mempunyai sokongan majoriti sebagai Menteri Besar di mana-mana negeri, tetapi memandangkan kuasa akhir di tangan Sultan, sejarah baru mungkin tercipta kali ini. Apatah lagi Sultan sudah menganggap PKR dan DAP sebagai derhaka kepada baginda.
Kecuali jika PKR dan DAP sedia membuat U turn dan menyatakan sokongan kepada Iskandar, perlantikan beliau lebih mungkin menjerumuskan PR ke kancah perpecahan yang memang diidam-idamkan oleh UMNO dan BN selama ini. (SH 08/09/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ai yaa !, itu apa ada hat punya , olang pakatan mesti sokong sama pakatan lea aa , mana lagi olang mau sokong loo oo .
ReplyDeleteSemua tatak sokong , wa ingat it Khalid ,lagi baik kasi telus maa aa .
Sesuatu yang menarik untuk disaksikan.
ReplyDeleteSetelah berperang secara terbuka dan dihina saya tidak pikir PKR dan DAP akan menyokong Pas menduduki kerusi MB.
ReplyDeletePelbagai pengkhianatan Pas kepada PKR dan klimaknya dengan menghina presiden PKR, dimana muka PKR hendak menyokong Pas?
Saya lebih yakin akan berlaku pembubaran dewan, melainkan ada seorang atau lebih adun PKR/DAP yang berpaling tadah.
Sekarang ini semuanya berada dalam tangan sultan untuk menggunakan kebijaksanaanya tetapi pilihan amat terhad.
Saya sendiri berharap pilihanraya baru dapat menjadi kenyataan bagi memberi peluang kepada rakyat selangor membuat pengadilan.
Eloklah Sultan lantik Iskander jadi MB baru.
ReplyDeleteDulu diPerak, kita ada kes Nizar lwn Zambery. Keputusan kes mahkamah berkisar kepada isu- siapa yang mempunyai sokongan majority. Kemenangan kepada Zambery yang berjaya menunjukkan ia mempunyai sokongan majority.
Jadi diSelangor kelak, kita akan dapati kes Wan Azizah lwn Iskander. Sudah tentu, isunya seperti diPerak juga; iaitu siapa yang mempunyai sokongan majority.
Kes ini kelak akan 'settle once and for all'; bidangkuasa dan budibicara semua Sultan dlm Malaysia dlm perlantikan MB.
Itu sebab aku suka Iskander dilantik jadi MB. Takkan PKR dan DAP nak diam shj sedangkan sekiranya betul, perlantikan itu menyalahi Fasal 53(2) (a) Undang2 Tubuh Kerjaan Negeri.
Isu yang mudah dlam perlantikan MB; iaitu Sultan dikehendaki melantik seorang yang mempunyai sokongan majority sudah menjadi susah dan haru biru.
Dah jelas, ada hidden hands di belakang Sultan Selangor. Rakyat tak bodoh kecuali macai2 Umno. Di Perak selang sehari 3 adun lompat parti terus isytihar tukar kerajaan. Di Selangor dah hampir sebulan Sultan dan org Istana berdrama spt sengaja dilengah-lengahkan.
ReplyDeleteLainkali tk payah buat pilihanraya lagi baik. Agung/Sultan boleh terus pilih calon PM atau MBs idaman dorang. Duit rakyat tak membazir dan Sultan boleh terus goyang kaki...makan minum rakyat tanggung.aptb
Anon 11:49
DeleteLu punya jawapan manyak standard lea aa , Wa biasa dengak punya itu macam punya celita .
Pusing kili , pusing kanan , itu UMNO juga punya hat maa aa !.
mmg butut maaa..madet kata itu umno syaitan yg dikenali maaa..antu pun manyak takut woo
DeleteKalau ada kutu tanya saya, angkara siapa kemelut MB Selangor menjadi celaru sebegini rupa?. Saya akan jawab PKR..PKR..PKR sebab:-
ReplyDelete1) TSKI orang PKR, menjawat MB dengan baik dijatuhkan tanpa sebab-sebab yang jelas dan munasabah ( Rujuk youtube 3 rakaman ucapan TGHHA dalam Majlis Dialog dan Penjelasan ..). Dibela oleh PAS supaya dikekalkan, lantas dipecat daripada ahli PKR.
2) Bila mana Sultan perintah hantar >2 NAMA CALON MB, PAS patuh hantar 3 nama, PKR dok ketegak camtulah hantar 1 nama begitu juga DAP.
Sekarang Sultan dah murka kepada PKR dan DAP. Dalam keadaan ini adakah munasabah mood Sultan melantik orang PKR jadi MB Selangor. Memang ada kewajaran telahan Sdr. Shabuddin.
Kalau hal ini terjadi, entah apa lagi kemelut yang akan berlaku selepas ini. Adakah rakyat jelata akan menyalahkan PAS juga???.
Saya percaya akhlak yang dipamirkan oleh PAS akan mendapat sokongan rakyat jika terpaksa PRN di adakan.
Dari apa yang kau tulis aku percaya kau memang penyokong tegar UMNO Baru. He...he..he.
DeleteFasal 73 Undang2 Tubuh Kerajaan negeri Selangor cakap Sultan hanya bolih bertitah dalam DUN atau menghantar titah untuk dibacakan dlm DUN.
DeleteDiluar DUN, Sultan dilarang bertitah. Ikut Fasal 53(2)(a). Sultan kena lantik seorang yang mempunyai majority. Jadi parti yang menang cuma kena beri 1 nama dan bukan 2 atau 3 nama.
Lebai2 Pas kelulusan pengajian Islam macam hadi, depa tak baca Undang2 Tubuh Kerajaan. Itu kalut tuuuuu.
Nanti sat......Lebai-Lebai Malang dalam PAS dok belek kitab mana yang perlu dipakai untuk menghalalkan Titah Raja Berpelembagaan itu. Dah jumpa dah kata Majlis Bubur Sura Ulam Mamak.....Kita pakai kitab Biru (Kitab BN), kerana dalam kitab tersebut ada mengatakan semuanya halal kalau boleh menguntungkan kita.
DeleteBudak ini bodoh sangat kalau dia memberi pendapat macam tak membaca langsung. Lebih baik jangan tulis buat malu kat orang lain sahaja. Macam baru jumpak dan mula nak patuk "keyboard" aje..... Bodoh sungguh bangsa aku ini rupanya walaupun dah lepas tahun 2000....
DeleteTanpa pas pkr tak kemana..pas x der pkr pun x akan menang banyak..itu fakta..tp kalo pas x tolong pkr musibah lebih besar..pas kalau kalah masih tetap kekal dalam politik malaysia..pkr tanpa bantuan akar umbi pas pasti berkubur..cabang banyak tp ranting sikit..daun jgn tanya la..pkr lebih perlukan pas..jangan sombong sangat..pemimpin pkr walaupun nampak hebat berbicara tapi tanpa sokongan akar umbi pas tidak kemana juga..pilihanraya memerlukan sokongan di kertas undi bkn sembang megah di dalam blog..
DeleteAkhlak tipu kwn..ko nk suruh rakyat ikut..gile ape ko ni..
ReplyDeleteBila takutkan manusia melebihi takutkan Allah, ini lah jadinya. Serban besar tapi jiwa kerdil. Sdebab tu la dulu sampai sekarang parti pak lebai asyik dipermainkan. Kononnnya taat manusia itu walhal taat membabi buta. Ajaran Islam kah yang ajar seti8a begitu hinggakan menikam dan memalukan maruah sahabat sendiri?.
ReplyDeletePeliknya kat Perak sanggup pula berguling bergoloeh atas jalan menghalang kenderaan VVIP masuk istana. Tak pula rasa derhaka. Rakyat faham la sebab di Perak tu pertahankan MB dari PAS, bukan dari PKR, jadi tak lah derhaka dan tak lah perlu Deqaan Syura PAS sibuk2 bincang isu derhaka, halal, haram atau tidak.
Tak ker begitu
Betul sekali. papun pas adalah pengkhianat perjuangan. Tiada apa yg paling menyakitkan kerana dikhianati oleh kawan sendiri. Sedarlah Pas, kalau tidak kerana pergabungan dgn pakatan rakyat jangan haraplah awak2 semua tu dapat jadi Yb. berlagaklah.....
DeleteAda satu kisah nelayan. Satu hari dia dapat ikan laur biasa yang tidak pernah dilihat ramai orang. Maka gemparlah sekitar pengkalan perihal nelayan yang dapat ikan tersebut. Lalu nelayan itu bawalah ikan pulang ke rumah untuk di masak.
ReplyDeleteAkan orang ramai yang melihat ikan tersebut pun berjumpa Tok Lebai yang dihormati penduduk di pinggir perkampungan. Lalu berceritalah salah seorang penduduk akan ciri ciri ikan tersebut kepada Tok Lebai dan bertanya samada haram atau tidak dimakan ikan itu. Dengan pantas TokLebai itu menjawab mengatakan ikan tersebut haram dimakan.
Akan hal haram ikan itu dimakan pun disampaikan orang kampung kepada nelayan tadi. Kebetulan ikan tersebut belum pun di masak lagi, masih dalam bekuan ais. Si nelayan pun terkejut mendengar dakwaan Tok Lebai yang ikan pancingan dia itu haram dimakan.
Hari yang sama juga nelayan tadi pun ke rumah Tok Lebai untuk bertanya duduk perkara sebenar. Lalu berceritalah si nelayan akan ikan yang ditangkapnya itu. Kata nelayan itu kepada Tok Lebai, hajat hatinya nak bagi sebahagian ikan tersebut kepada Tok Lebai kalau ikan tersebut halal dimakan.
Tak semena mena jawapan Tok Lebai berbeza pula. Kata Tok Lebai, ikan tersebut memang halal dimakan. Eloklah bersedekah kalau masih ada bahagian.
Jawapan Tok Lebai buat si nelayan terpegun bingung. Dalam hatinya...ada juga si lebai jenis begini yer.
Apa pulak tak deeee!!!! Dalam Pas sekarang melambak. Dulu aku macam nelayan tu jugak...sangat respect ustaz Pas. Sekarang aku macam nelayan tu jagak,,,,tak bolih percaya ustaz2 Pas ni.
DeleteKalau org biasa krg ilmu agama buat perangai macam ni aku boleh terima. Tapi bila Tok Lebai dan Tok Serban berkelulusan agama tinggi yang menjadi sandaran umah buat perangai pelik begini, memang aku tak boleh terima langsung. Ini yang dikatajan betilmu tapi tak beramal. Semua jadi begini sebab hati tak ikhlas dlm ibadah. Klu ikhlas dan khusyuk, takutkan Allah, tak lah jadi pak turut penguasa hingga sanggup menikam belakang dan jatuhkan maruah sahabat baik sendiri. Manusia begini elok mampus jer lagi baik. Hati busuk.
DeleteAgaknya kalau manusia begini disumbat dalam lokap sehari dua dan ditekan, suruh makan najis pun fia sanggup kerana penakut dan jiwa kerdil. Tak layak langsung jadi pemimpin. Ceramah tak serupa bikin.
Apa yang perlu kita ketahui dalam kemelut perlantikan menteri besar Selangor ialah....ia adalah perang saraf yang dilancarkan oleh UMNO Baru terhadap PKR dan DAP melalui raja berperlembagaan.
ReplyDeleteTidakkah kita merasa pelik sultan selangor sanggup membiarkan perlantikan menteri besar tergantung begitu saja sehingga lebih satu bulan atas alasan untuk mendapatkan nama calon lebih dari dua orang.... pernah kita melihat perangai sultan seumpama itu sebelum ini ?
Menggunakan ayat 'budibicara' sebagai senjata seolah-olah sultan selangor itu monarki mutlak. Boleh buat apa saja yang dia suka sedangkan dia tertaklok dalam sistem raja berperlembagaan melaksanakan tugasnya berasaskan akta dan perkara yang telah ditetapkan dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri. Tarafnya dengan Yang di-Pertua Negeri seperti Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang sama saja.
Sebenarnya perlantikan menteri besar Selangor kali ini akan menentukan mulia atau hinanya Sultan Selangor dalam menyelesaikan dalam permainannya meminta lebih tiga nama untuk dibuat tapisan dan pertimbangan.
Jika Sultan Selangor memilih orang yang tidak mendapat sokongan majoriti sebagai menteri besar maka akan timbul masaalah dalam Dewan Undang Negeri seperti undi tidak percaya.
Jika itu berlaku, pembodek dan penasihat istana juga perlu bertanggongjawab diatas kegagalan baginda sultan dalam memahami peraturan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor.
Rakyat dan pengundi Selangor tidak perlu terbabit dalam perang saraf yang dilancarkan oleh UMNO Baru terhadap PKR dan DAP melalui kuasa raja berperlembagaan.
Mereka memang mengharapkan rakyat memberontak diatas sikap tegas PKR dalam menamakan hanya seorang calon dari parti mereka...
Kes liwat mintak tangguh tak pa plak...drebar sakit..peguam masuk hospital..mak demam..ayah sakit perut.. byk alasan da..
DeleteBila anwar nak masuk penjara da..lagi cepat lagi bagus...
ReplyDeleteLain kali jangan komen aaaahhh. Kalau tak komen, orang lain tak tahu tahap pemikiran kita..
DeleteOrg pkr dok sembang perlembagaan pulak..sembang gegar semua..perlembagaan parti pun tak ikut..pemilihan parti berbulan- bulan..kerusi melayang-layang..
ReplyDeleteKesian Hj Hadi....dekat2 nak pencen ni pun ditarok cukup2 olih peguam2 Pas dari Lajnah Undang2. Biro Undang2 Pas cakap Hj Hadi memandai2 buat keputusan sendiri dan menidakkan keputusan Central Comm Pas dimana dia adalah ahli dan Pengerusinya.
ReplyDeleteBiro undang2 Pas juga tarok cukup2 ulamak2 tua Pas dlm Majlis Shura. Memandai2 buat penaksiran mengenai Perlembagaan Pas .tanpa terlebeh dahulu meminta pendapat dan pandangan Biro Undang2.
Perlembagaan Pas itu memperincikan struktur, perjawatan, tanggongjawab, kuasa dan tugas2 penjawat yang dipilih. Tidak ada pun isu mengenai agama atau penaksiran hadith atau ayat Quran. Yang 4/5 orang ahli Majlis Shura memandai2 itu apa hal?
Allah bayar cash bg penjual agama yg menghina..
ReplyDeletesumpah aku tak kan undi pas lagi
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete