Tuesday, 16 September 2014

Dua Presiden Bernasib Sama


Presiden UMNO, Najib Razak dan Presiden Pas, Haji Hadi Awang sedang meniti detik-detik yang mencemaskan ketika ini. Kedua-duanya ingin diundurkan kerana dianggap tidak relevan lagi meneruskan perjuangan masa depan. Jika sikap liberal dan toleransi Najib seperti dalam isu ISA, Ordinan Darurat dan Akta Hasutan menjadi antara punca penolakannya, sikap tiada pendirian Haji Hadi pula menjadi asas kepimpinannya tidak lagi diperlukan.

Najib Razak yang kini kian terbelenggu dengan isu Akta Hasutan yang membuatnya terperangkap antara menunaikan janji dengan rakyat dengan kehendak majoriti dalam UMNO yang mahu akta itu dikekalkan, sedang diasak oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Sejak mengumumkan penarikan balik sokongannya terhadap Najib dan berjanji akan terus memberikan teguran biar pun akhirnya tinggal keseorangan, Mahathir terlihat benar-benar mengotakan kata-katanya.

Beliau kini semakin agresif menyuarakan pandangan, lebih kerap muncul di tempat awam dan mulai rajin menemui pihak-pihak tertentu seperti NGO dan seumpamanya.

Biarpun dalam setiap tegurannya, Mahathir menafikan ianya berupa tindakan untuk memaksa Najib meletakkan jawatan, tetapi sasaran ke arah itu nampaknya semakin jelas kelihatan. Selain semakin kerap menyebut perkataan perletakan jawatan Najib, Mahathir sudah mulai terbuka menyatakan kebimbangannya mengenai kemungkinan BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang jika Najib terus kekal di singgahsana Seri Perdana.

Dalam pertemuan dengan sekumpulan NGO semalam, Mahathir dikhabarkan memberitahu secara terus-terang mengenai kemungkinan BN akan kalah jika parti dan kerajaan terus dipimpin oleh Najib yang dililiti dengan pelbagai kelemahan, kesilapan, isu serta masalah yang kian berlarutan.

Di ketika Mahathir mengatakan penarikan balik sokongannya bukan bertujuan memaksa Najib meletakkan jawatan dan kemudian menyatakan pula kebimbangannya mengenai kekalahan BN kepada sekumpulan NGO, sudah tentu matlamatnya ialah penggantian Najib. Mahathir kini bukan lagi mahukan Najib berubah dan hanya menunggu masa saja berterus-terang untuk menyingkir dan mengganti Najib.

Bagaimana beliau bercakap mengenai kekalahan BN dan kekerapan menemui NGO ini, ia tidak ubah seperti apa yang dilakukannya terhadap Abdullah Badawi selepas pilihanraya 2008 dulu. Mahathir kini dipercayai bukan saja akan terus bercakap mengenai kelemahan Najib dan kekalahan BN secara terbuka, tetapi dengan cara menemui sebanyak mungkin NGO, kumpulan atau individu yang berpengaruh dalam masyarakat.

Dengan cara demikian, suara hatinya akan lebih tersebar luas dan mudah dipercayai. Langkah Mahathir kini sudah bermula, ia akan terus memuncak dan hanya akan berakhir setelah Najib benar-benar disingkirkan. Percayalah...

Presiden Pas, Haji Hadi Awang juga menerima nasib yang hampir sama berikutan kemelut Menteri Besar Selangor yang sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu. Kemelut itu yang pada mulanya hanya berkisar tentang pendirian Pas yang sering berubah-ubah, kini sudah semakin jelas berubah kepada perlunya Haji Hadi diganti pula.

Pendedahan terbuka beberapa AJK Pas mengenai pendirian parti dan apa yang berlaku dalam mesyuarat, penubuhan PasMa, serangan terhadap ulama, saranan Timbalan Presiden Pas sendiri, Mohamad Sabu agar golongan itu menaik taraf diri bagi dilihat relevan dengan perjuangan semasa Pas, tidak lain adalah tanda-tanda awal perlunya teraju parti diganti baru.

Serentak dengan pendedahan AJK Pas, Nasharuddin Tantawi mengenai suara-suara dalam PasMa yang mahu menyingkirkan Haji Hadi, Pas di dua negeri pula sudah pun menghalang ahlinya terlibat dalam apa juga perkara berkaitan PasMa yang jelas memperlihatkan kebimbangan ke arah itu.

Pendedahan dan larangan itu menunjukkan sudah adanya perpecahan dan kebimbangan terhadap usaha-usaha menyingkirkan Haji Hadi. Di sebalik kelemahan Haji Hadi kian didedahkan dan kepimpinan ulama dipertikaikan, Pas sekarang seolah-olah sudah terbelah dua antara puak Taliban dan Erdogan. Sementara golongan yang mahu mempertahankan Haji Hadi mula bersuara, kebimbangan mengenai tingkah laku Haji yang seolah-olah tidak sukakan kemenangan PR dalam pilihanraya akan datang sebenarnya sudah pun lama berkembang dalam Pas.

Sikap dan pendirian Haji Hadi dalam isu Menteri Besar Selangor dan membiarkan masalah calon bertindih di beberapa kawasan dan disusuli dengan kenyataan mengenai pil kuda sebelum pilihanraya lalu, adalah antara perkara-perkara yang dibimbangi akan diulanginya semula menjelang pilihanraya akan datang.

Jika itu berlaku lagi, sebagaimana tindak-tanduk Haji Hadi dalam isu Menteri Besar Selangor, bukan saja Pas bergelora tetapi juga menyebabkan PR retak dan seterusnya membantutnya harapan untuk menjejakkan kaki ke Putrajaya. Bagi memastikan Pas bersatu hati dan kekal dengan PR, satu-satunya jalan yang dianggap munasabah ialah menyingkirkan Haji Hadi.

Jika Najib ingin disingkirkan kerana bimbang BN kepimpinannya akan membawa kekalahan, Haji Haji pula ingin dikeluarkan kerana beliau dianggap penghalang kepada kemenangan. Dalam kedua-dua parti, walaupun UMNO dan Pas saling berebut kuasa, namun kedua-dua penerajunya menjadi semakin tidak diperlukan lagi. (SH 16/09/2014)

17 comments:

  1. Kalau UMNO kalah , Wa pon atak sukak ma aa , tapi !, mahu halap sama itu PR manayak sasah loo oo , sana lain cakap sini lain cakap .

    Hali-hali cakap lain olang salah , sendili buat ,lagi lain olang salah ,apa macam mau kasi betut ?.

    ReplyDelete
  2. Hj Hadi, walaupun mengaji islam dengan mendalam dan tinggi, tidak menampakkan ciri2 seorang muslimin dlm isu MB Sgor kerana cakapnya yang berbelit2, U-turn dan corner-baring. Hal2 duniawi mempengarohi sikapnya. Sekarang, dia seorang pemimpin yg tak bolih dipercayai...tahap lebeh rendah dari pemimpin secular.

    Yg malangnya parti PAS terpaksan menanggung risiko dengan sikap keduniaan Hadi. Hadi lebeh takut dengan Sultan dan kemurkaannya dari Allah SWT dan kemurkaannya. Betul2 Ular..mak dunia. Ini persepsi yg ditunjukkan olih Hadi.

    ReplyDelete
  3. Mng byk kerusi tp apa yg pas boleh sumbang bg membezakannya dari umno? Apa sumbangan pakatan dlm menaik taraf org melayu di pulau pinang dan selangor? Setakat bg bantuan zakat tak der bezanya ngan umno..sama ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro

      PR baru memerintah 6 tahun. UMNO dah 57 tahun. Gila ke nak buat perbandingan.

      Kalau nak tengok kemampuan PR biar PR menang PRU 14 nanti. Kita tengok apa mereka boleh buat. Lu yang tergila2 nak banding, lu kempen semua geng UMNO lu undi PR dalam PRU 14 nanti. Amacam....mmg xberani

      Delete
    2. Nak mng putrajaya x kan pakatan perlukan berpuluh tahun untuk yakinkan org melayu untuk undi anda..just buktikan di selangor dan di penang terutamanya pakatan mmg alternatif utk org melayu..kalo berpuluh tahun ambil masa meroyan la ketum nak jd pm.mati terbeliak biji mata kat sg buluh..pakatan kena ingat org melayu dan raja2 adalah asas utama negara ini..nak amik putrajaya mesti pikat golongan ni..

      Delete
    3. lawak la pakcik bat8...

      6 tahun perintah tak buleh buktikan pr berbeza dengan bn ker?

      kat t'ganu dulu hj hadi selamba je hapus tol jambatan tak de pong-pang pong-pang cari alasan tak mau tunai janji...

      selamba jek hapus cukai pintu...

      saya cabar semua km dan mb pr termasuk dari pas sendiri to beat that?

      ada beran?

      Delete
  4. Imbuhan dari pransang dah cukup mengelabukan pengaku ulamak.
    Su hadi
    Menantu hadi
    Patut petahan perabis

    ReplyDelete
  5. Dengan kemelut yang berlaku sebenar nya puak puak SB sudah berjaya mengkucar kacir kan PR walau pun belum sepenuh nya, terutama PAS. Bukti nyata bahawa ia nya kerja SB bila kita perhatikan puak puak UMNO kurang mengulas berkaitan dengan isu MB Selangor dan dengan tertubuh nya PasMa. Mereka tak perlu susah payah kerana tugasan mereka sudah pun di sempurna kan oleh para SB yang budiman. Percaya lah bahawa SB akan berusaha keras agar DUN Selangor di bubar kan. Bos mereka yang sepatut nya sudah bersara di sambung 6 bulan lagi oleh Najib. Mengapa ia nya terjadi!!! fikirkan lah dan masa 6 bulan itu mesti di jadi kan fokus utama.

    Sebelum suahsana menjadi semakin parah elok lah pehak PR mencari kata sepakat. Kalau perlu PKR "REINSTATE" semula TSKI dan mengaku lah bahawa "KAJANG MOVE" sudah gagal. PAS pula baik dari pehak president sehingga keakar umbi jangan lah dengan mudah mengeluarkan kenyataan. Kerana semakin banyak kenyataan yang di keluarkan kaedaan nya akan lebih bercelaru. Ia nya boleh di buktikan dengan apa yang di perkatakan oleh president sendiri.

    PR hendak lah terus berfungsi untuk membela rakyat yang sudah sekian lama di permainkan oleh UMNO/BN. Fokus kan lah "ROAD TO PUTRAJAYA" yang sudah semakin menampak kan hasil nya.

    Ingat bahawa 31 Ogos bukan hari kemerdekaan untuk Malaysia tetapi Persekutuan Tanah Melayu. Hari Merdeka untuk Malaysia jatuh nya pada 16 Sept. Ramai rakyat yang sudah tidak mengetahui hakikat sebenar kerana pehak UMNO/BN sudah berjaya membongsaikan fikiran mereka. Itu baru hari kemerdekaan. Bagaimana dengan yang lain lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko bio betul bro hari malaysia merdeka pada 16 sept?

      marah nanti orang sabah & sarawak!

      Delete
  6. Hubungan Najib dan Hadi lebih Rapat Dari Hubungan Mereka dengan Akar Umbi Ahli Parti Masing Masing!

    ReplyDelete
  7. Jangan samakan Hj Hadi dengan Najib. Mereka tidak sama. Seorang yang baik dan tidak korupsi....Saudara mungkin ikut hati saja tanpa berfikir dengan waras. Tolong soalkan 1MDB.....Hj Hadi masih waras dan beragama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro menantu duduk dlm pransang kerana kedudukan hadi...klu hadi tak de menantu boleh dapat jawatan ku ke...itu pun x leh pikir. Itu akhlak ulamak ke...

      Delete
    2. anon 12:14
      kalau menantu hadi tu berkelayakan dari segi akedemik x de masaalah lah berkerja di perangsang tu, dan kelayakan akedemik nya pula relevan dengan perjalanan syarikat perangsang.

      Delete
    3. Kelayakkan setahun dua jd ketua jabatan. Ape jasa beb...esos setengah juta utk ape...

      Delete
    4. Dulu menantu tg nik aziz kena berhenti...
      Knpa fia x de kelayakan ke..

      Delete
  8. Pas tak de masalah dengan Azmin jadi MB kerana mereka kata Wan Azizah tak layak.

    DAP pula..' anybody except Khalid as MB'. Mereka meluat dengan fe'el Khalid yang berlagak superhero dan seperti CEO company.

    PKR pulak..50/50.

    Jadi Sultan sepatutnya hantar surat kepada ke3 parti dan bagitahu bahawa beliau ingin melantik Azmin sebagai MB kerana mengikut pertimbangannya, Azmin munkin mempunyai sokongan majority dan tanya samada ke3 parti ada masalah dng lantikan itu.

    Masalahnya Hadi buat taik....JKK Pas sudah setuju untuk hantar nama Wan Azizah dan Azmin, dia pergi hantar namat yang lain pula. Apa? Dia dengan cakap menantu ke?

    ReplyDelete
  9. pas dah boleh berambus dari pr lepas muktamar ini.oh ye jgn letak calon pas kat tempat aku bile pru lps ni.letak calon pkr atau dap di dun sg 2 butterworth.jike ade calon paske,umngokke abaikan pangkah calon pr pkr atau dap.umngok dgn ketuanan melayunya,pas dgn hududnya.pengkianat sebenar agama,bangsa.pascartoon lebih takut murka sultan selangor dari kemurkaan ALLAH SWT.semoga ALLAH balas pengkianatan ini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...