Friday, 19 September 2014
Muhyiddin Sudah Mula Senada Dengan Mahathir
Gerakan menekan kepimpinan Najib Razak nampaknya makin hari makin ketara. Setelah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menarik balik sokongannya dan diikuti dengan luahan kebimbangannya bahawa BN akan tewas dalam pilihanraya umum akan datang, kini Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pula meluahkan kebimbangan yang hampir sama.
Dalam pertemuan dengan sekumpulan NGO di pejabatnya beberapa hari lalu, Mahathir secara berterus-terang menyatakan kebimbangan UMNO dan BN akan tewas dalam pilihanraya akan datang jika terus dipimpin oleh Najib. Ini berikutan menurut beliau, tiada perubahan dalam kepimpinan negara sekarang ini meskipun menerima keputusan paling buruk dalam pilihanraya umum lalu.
Jika sebelum ini, beberapa teguran Mahathir ada yang cuba disanggah dan ada pula yang dibiarkan berlalu begitu saja, tetapi kini kebimbangan bekas Perdana Menteri selama 22 itu mulai mendapat sambutan daripada Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri.
Kalau Mahathir bimbang dengan kekalahan UMNO dan BN jika ia terus dipimpin oleh Najib, Muhyiddin pula ketika merasmikan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Putrajaya semalam, melahirkan kegusarannya mengenai kemungkinan undi popular yang diterima BN akan terus merosot dah sekaligus membuatkan BN gagal terus memerintah negara ini.
Sambil mengambil contoh kekalahan BN di Selangor yang tidak diduga serta penambahan jumlah kerusi pembangkang di Johor, Muhyiddin juga membangkitkan mengenai undi popular BN yang hanya 48 peratus walaupun memenangi 133 kerusi berbanding pembangkang yang memperolehi 52 peratus melalui 89 kerusi.
Apa yang menarik, hujah undi popular ini adalah hujah PR untuk meyakinkan sokongan yang mereka terima, manakala UMNO tidak mengiktirafnya berikutan sistem pilihanraya kita adalah berdasarkan undi majoriti melalui kerusi-kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Mengapakah tiba-tiba saja Muhyiddin menggunakan hujah undi popular itu? Adakah ia semata-mata untuk menunjukkan kepimpinan Najib yang semakin merosot dari segi sokongan rakyat?
Tidak dinafikan bahawa jika diperhalusi kedua-kedua kenyataan Mahathir dan Muhyiddin itu menjurus kepada sasaran yang sama iaitu kepimpinan Najib yang dianggap lemah, tiada perubahan serta memungkinkan UMNO dan BN tewas dalam PRU 14 nanti.
Apakah ini merupakan petanda awal bermulanya gerakan untuk menjatuhkan Najib sebagaimana yang pernah berlaku kepada Abdullah Badawi sebelum ini? Dan kebimbangan mengenai kalahnya UMNO dan BN dalam PRU 14 nampaknya telah dijadikan umpan untuk menarik lebih perhatian dalam UMNO sendiri terhadap usaha itu.
Mahathir pula hari ini meneruskan lagi tekadnya untuk kekal memberi teguran dengan alasan bahawa kerajaan wajar dkritik sekiranya dasar yang diamalkannya tidak memberi manfaat kepada negara.
Mahathir juga mengakui bahawa beliau adakalanya boleh bertindak "jahat" tetapi kerapkali tindakan itu akan menghasilkan sesuatu yang baik akhirnya.
Tidak lain ini menunjukkan satu signal bahawa teguran dan kritikannya yang dianggap sebagai perbuatan tidak baik atau jahat oleh sesetengah pihak daripada seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri sebelum ini adalah semata-mata untuk membawa kebaikan kepada negara?
Melihat kepada usaha berterusan Mahathir mengkritik dan menegur kerajaan serta sudah mula pula mendapat sambutan daripada Muhyiddin, adalah dipercayai gerakan ini akan berterusan dan meningkat daripada semasa ke semasa. Beberapa pemimpin dan kelompok yang ada kaitan ddngan UMNO dan kerajaan juga diyakini akan turut serta tidak lama lagi.
Percayalah, sekarang ini kedudukan Najib tidak lagi seselesa dulu. Jika dulu hanya pembangkang dan NGO pro PR saja mengasaknya tetapi mulai sekarang asakan daripada dalam UMNO dan kerajaan juga akan turut meningkat seiring dengan perjalanan masa.
Selepas ini satu demi satu pemimpin, bekas pemimpin atau kumpulan tertentu yang ada kaitan dengan UMNO dan kerajaan akan muncul bukan saja untuk menyokong Mahathir tetapi juga mengkritik Najib.
Semuanya kerana Najib didapati tidak berubah dan terus degil tidak mahu berubah. - SH 19/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sejarah akan berulang..
ReplyDelete
ReplyDeleteKalau baik untok negara ,tiada salahnya mengorbankan seorang pemimpin ,yang penting negara bukan pemimpin . Pemimpin bolih berubah ,negara tidak mampu berubah ,berubahnya negara maka hanchurlah segala-galanya.
Pimpinan yang elok ,kita sokong kepimpinanya ,jangan pula kata jatohkanya, hanya untok memenohi selera kita dan ajenda kita ,itu hanya akan merosakan negeri dan negara ,seperti apa yang belaku di Selangor ,dan sebagai pemimpin kita jangan lupa rakyat yang memilih kita menghendakan kesempurnan bukan kecelakaan .
Kesimpualanya pemimpin yang mendorong kapada kerosakan dan kecelakaan harus diketepikan.
tebing tinggi 22:03
DeletePada pandangan aku, sindiran kau mengaitkan negeri Selangor untuk dilihat lebih teruk dari apa yang sedang berlaku dalam Malaysia yang dipimpin oleh Najib sebenarnya jauh panggang dari api.
Dalam negeri Selangor isunya hanyalah pertukaran menteri besar saja. Menukar menteri besar yang tidak boleh dipercayai adalah pekara biasa sama seperti yang berlaku diTerengganu.
Krisis dalam negeri Selangor tidak melibatkan rakyat terpaksa membayar cukai GST tahun hadapan atau menambah hutang negara seperti apa yang dilakukan oleh Najib yang amat dibenci oleh Mahathir.
Kau sebagai penyokong tegar UMNO Baru, perlu tahu apa yang dilakukan oleh Najib ketika ini akan membuatkan UMNO Baru pupus dalam negeri Selangor.
Dan sepatutnya kau dan ahli keluarga kau menyokong tindakan Mahathir mengejek Najib supaya berundur seperti yang kamu katakan pemimpin yang mendorong kapada kerosakan dan kecelakaan harus diketepikan.
kau jangan nak menuduh kerajaan Selangor semuanya buruk.Orang macam kau memang tak nampak yang umno itu sendiri parti yang biasa diharamkan.umno baru tak boleh kekal lama.Persepsi rakyat parti umno baru parti penyamun.sekian.
DeleteThamby, diSgor...apa yang merosakkan? Tukar pemimpin kerana MB bertindak mengenepikan manifesto PR. kau tahu apa tu manifesto? Ia adalah satu contract atau perjanjian diantara parti dengan rakyat yg memilih PR untuk menerajui Negara.
DeleteNak samakan pemerintahan Sgor dan Msia. Jauh panggang dari api. Msia dengan isu rasuah yg leluasa dan penyalahgunaan kuasa utk kepentingan peribadi pemimpin Umno. Msia menuju kehancuran dan kebangrapan dgn Umno memerintah. Hanya duit PETRONAS shj yg menyelamatkan keadaan.
Menukar najib dengan muhyiddin, zahed, hishamuddin, atau sesiapa sahaja tidak banyak membantu umno kerana sudah terlewat...tetapi masih dalam usaha yg baik dan cubaan terbaik...tetapi jika najib memilih jalan untuk berperang..umno akan lebih hancur
ReplyDeleteaku x kisah pun jika umno baru berkubur, hancur dan di telan zaman..baiq pila...dulu umno lama dah d haramkan..umno baru nie bila laih nak kojol...jange mare...
DeleteApa atak beza itu UMNO balu sama itu UMNO lama ?, nama atak sama ,olang atak selupa maa aa !.
DeleteLulu itu Aluar kasi tuboh PKN (parti keadilan national) , sikalang kasi tukak PKR (parti keadilan rakyat) nama tatak selupa , olang selupa ,atak beza loo oo.
Tahniah tuanku..anwar ingat dia boleh bg semua org dgr cakap dia.. Ada 3 org ja yg berani lwn anwar..sultan selangor, mahathir, hj hadi...terbaikkkkkk
ReplyDeleteTerror betul siAnwar ni. Hanya 3 orang shj dlm Msia ni yang berani lawan dia. Tapi apa tak sebut siAnwar ni pun berani lawan Mahathir.
DeleteDengan Sultan dan Hadi? Dia diplomasi sikiti...asyik ampunnnnn...ampunnnnnn shj. Sultan suruh hantar 3 nama...dia asyik hantar 1 nama...ampunnnnnn...ampunnnnn...