Tuesday, 6 May 2014

Percayalah, Sekali Lagi Hudud Akan Ditangguhkan!!


Isu hudud yang telah bergema sejak beberapa minggu lalu masih tidak menunjukkan titik penyudah yang meyakinkan. Walaupun Pas tetap berkeras mahu membentangkan usul persendirian mengenainya di Parlimen, tetapi sebagaimana yang diakui oleh salah seorang pemimpinnya, Mohd Hanipa Maidin bahawa terdapat juga sekumpulan pemimpinnya yang mahukan ia ditangguhkan sehingga rakyat bersedia menerimanya.

Di dalam PR sendiri, isu ini kelihatan semakin dikeliru dan mengelirukan dengan pelbagai pandangan pro dan kontra mengenainya.

Di dalam PR, DAP jelas menentang pembentangan usul serta perlaksanaan hukum hudud manakala PKR juga tidak menunjukkan sokongan yang jitu dengan Anwar Ibrahim sendiri mengatakan perbincangan lanjut perlu diadakan, terutama memandangkan belum ada institusi sesuai untuk melaksanakannya serta aspek kehakiman yang perlu diteliti terlebih dahulu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan PR akan berpecah jika isu hudud ini terus menjadi isu besar. Anthony Loke dalam nada yang lebih keras mencadangkan agar Pas meninggalkan PR jika ingin terus melaksanakan hudud.

Di ketika Perdana Menteri, Najib Razak dalam reaksi terbarunya menyatakan banyak kekangan dan halangan perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hudud dilaksanakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah dan kemudian mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal antara UMNO, Pas dan Kerajaan Kelantan mengenai hudud.

Sebelum itu, Muhyiddin Yassin ketika melawat Kelantan telah mengambil kesempatan menziarahi bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat di rumahnya serta mengumumkan perlunya penubuhan jawatankuasa bersama itu. Meskipun demikian, Timbalan Perdana Menteri itu masih mengelak untuk menjawab sama ada UMNO akan menyokong atau sebaliknya jika usul persendirian itu dibentangkan oleh Pas. Begitu juga dengan Najib, masih tiada pendirian sama ada akan menyokong atau menentang usul itu.

Untuk itu, tidak dipastikan tujuan sebenar penubuhan jawatankuasa itu, walaupun Pas nampaknya gembira dengan sikap UMNO yang ditunjukkan melalui Jamil Khir itu.

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sebagaimana sikapnya sejak dulu, kekal menentang keras perlaksanaan hukum hudud berasaskan keadilan yang dibimbanginya. Dalam jawatankuasa teknikal ini pun, Mahathir mencadangkan agar tokoh agama bebas turut dilantik menganggotainya.

Walaupun UMNO seolah-olah memberi kerjasama kepada hasrat Pas itu, rakan karibnya iaitu MCA dan Gerakan pula menunjukkan penentangan yang keras. Mereka bukan saja akan mengadakan kempen "Say No To Hudud", bahkan Pemuda MCA sudah pun mengadakan demonstrasi bantahan di depan ibu pejabat Pas, baru-baru ini.

Baik kepada PR mahupun kepada BN, isu hudud ini lebih memungkinkan mewujudkan perpecahan berbanding kejayaan perlaksanaannya.

Jika Pas mahu melaksanakannya, DAP pasti tidak memberi sokongan manakala PKR juga mungkin bersikap sama. Sebagai parti berbilang kaum, keutamaan menjaga hati bukan Melayu tentulah turut menjadi pertimbangan mereka.

Begitu juga dengan UMNO, mustahil mereka akan memberi sokongan kepadanya. Menyokong hudud secara terbuka bukan saja menyebabkan UMNO berbalah dengan MCA dan Gerakan, malah mungkin tidak cukup perisai menahan serangan daripada Mahathir.

Cadangan penubuhan jawatankuasa teknikal oleh Jamil Khir hanyalah untuk menunjukkan kepada orang Islam bahawa parti itu tidak pernah menentang hukum dari Allah. Setelah beria-ia mempertahahkan kalimah Allah, menunjukkan turut mahu kepada hukum Allah adalah pertimbangan politik yang mampu menghasilkan sokongan lumayan daripada pengundi Melayu.

Dalam masa yang sama, dengan adanya jawatankuasa teknikal bersama yang ditubuhkan itu, ia boleh menjadi medan untuk melengah-lengahkan masa dan menangguhkan usul persendirian yang mahu dibentangkan Pas itu.

Kebimbangan UMNO ialah kiranya Pas membentangkan usul persendirian itu. Jika mereka tidak mengundinya, ia akan dilihat UMNO sebagai parti yang tidak Islamik manakala jika mengundi dan memberi sokongan pula, risiko yang menunggu ialah berbalah dengan MCA dan Gerakan yang akhirnya menipiskan lagi sokongan pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.

Jalan paling selamat bagi UMNO dan Najib ialah melengah-lengahkan masa dan berbuat sesuatu agar Pas menangguhkannya. Disinilah pentingnya UMNO ada dalam jawatankuasa teknikal itu.

Di pihak PR pula, walaupun Pas begitu ingin melaksanakan hukum itu di Kelantan tetapi mereka juga sebenarnya turut mengambil kira jika ianya mengakibatkan perpecahan sesama sendiri, lebih-lebih lagi PRU 14 adalah peluang terbaik untuk PR menumbangkan BN. Sudah tentu peluang itu tidak mahu disia-siakan.

Jika Pas membentangkan juga, Ahli-Ahli Parlimen DAP pasti tidak memberi sokongan dan menimbulkan serba-salah kepada Ahli-Ahli Parlimen PKR, terutama yang beragama Islam. Anwar pastilah lebih serba-salahnya, sama ada mahu memihak kepada DAP atau Pas.

Juga, jalan paling selamat bagi Anwar dan PKR ialah meyakinkan Pas agar menangguhkannya.

Bagi Pas, mereka sedar usul persendirian ini tidak akan menang jika tanpa sokongan Ahli Parlimen UMNO dan sebahagian lagi daripada Ahli Parlimen PKR. Daripada 222 kerusi Parlimen, UMNO mempunyai 88 manakala Pas 21, PKR 30, DAP 38 dan selebihnya oleh parti-parti kompenan BN.

Tentulah tidak bermakna jika Pas berkeras mahu membentangkan usul persendirian itu jika akhirnya mengetahui ia tidak mendapat sokongan dan penyudahnya hukum hudud tidak juga dapat dilaksanakan.

Dalam situasi ini, jika perbincangan diadakan dalam PR, sudah pastilah Pas akan dinasihatkan untuk menangguhkan dahulu pembentangan usul persendirian itu dan memberi keutamaan menghadapi PRU 14 serta isu-isu rakyat yang lain demi menjaga kesatuan gabungan itu dan untuk mengelakkan kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu.

Baik kepada Najib, Anwar, BN, PR mahu pun Pas sendiri, jalan paling selamat ialah menangguhkan sementara isu hudud ini. Dengan berjaya menangguhkan hudud, UMNO tidak akan kehilangan sokongan pengundi Melayu dan boleh terus bersama MCA dan Gerakan untuk menarik sokongan bukan Melayu. Dengan membentangkan halangan, kesusahan dan usul itu tidak mungkin menang jika dibentangkan, menangguhkannya dapat membuatkan Pas kekal dengan perjuangan sedia ada dan meneruskan kerjasama bersama PKR dan DAP dalam mengekalkan sokongan pengundi bukan Melayu.

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jika Pas sekali lagi menangguhkan perlaksanan hukum hudud di Kelantan ini berikutan Nik Aziz sendiri pernah berbuat demikian para 1994 dahulu kerana bimbangkan berlakunya Mageran setelah Mahathir memberi amaran keras menentangnya melalui sepucuk surat yang dihantar kepadanya. (SH 06/05/2014)

10 comments:

  1. Hudud Dalam Demokrasi

    Hudud adalah salah satu daripada undang-undang di dalam Islam, undang-undang lain seperti takzir dan qisas juga wajib diperjuangkan sama seperti hudud. Apa yang perlu difikirkan ialah jika diandaikan seperti sebuah tiang, sistem perundangan Islam (hudud, qisas, takzir) adalah salah satu tiang-tiang yang mesti ditegakkan bersama-sama dengan tiang-tiang yang lain seperti sistem ekonomi, sistem pendidikan, sistem pergaulan dan lain-lain lagi.

    Mengabaikan salah satu daripadanya akan mencacatkan atau merosakkan keseluruhan sistem Islam. Maka, sistem Islam itu harus ditegakkan secara keseluruhan tanpa memilih-milihnya mengikut kehendak hawa nafsu dengan alasan sistem Islam harus ditegakkan secara bertahap-tahap (taddaruj).

    Artikel Penuh

    http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2014/04/isu-hudud-dalam-demokrasi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukum Allah lbh tinggi dr yg lain-lain, jadi kenapa knp perlu pelaksaan hudud di bawah perlembagaan demokrasi yg jelas sistem buatan manusia, sbb itu xreleven langsung hudud dijalankan di dalam demokrasi ciptaan yahudi keparat....

      Delete
  2. tebing tinggi6 May 2014 at 17:08

    Percayalah, Sekali Lagi Hudud Akan Ditangohkan ! !.

    Perjuangan yang "iklas" kerana untok menengakan hukum Allah seperti diwar-warkan tidak harus dan sewajarnya diragukan. Adakah wajar kita memohon kapada Allah sedangkan kita meraguai permohonan kita itu akan diperkenankan Olihnya ,kalau permohonan dan usha itu sepenoh hati Keranaya ?.

    Persoalan sebagini mencerminkan tiada keiklasan sebenar wujud ,dan hanya menampakan usha ini satu permainan politik bagi mengkambinghitamkan UMNO sebagai parti Melayu / Islam yang memimpin kerajaan pada hari ini.

    Adakah kegagalan yang dijangka itu disebabkan olih UMNO atau kegagalan diri sendiri olihkerana tiada keiklasan sebenar olih pehak penuntut . Allah akan bersama-sama dengan orang iklas, kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat teknikal, umno hanya berdrama..

      Delete
    2. Sdra Tebing Tinggi,

      Perkara pertama yang kita perlu faham dahulu dalam isu hudud ini ialah - terdapat 2 enekmen hudud yang telah diluluskan oleh DUN di dua buah negeri. Satu diluluskan oleh DUN Kelantan dan satu lagi oleh DUN Terengganu. Kedua-dua enekmen itu dibawa oleh kerajaan Pas yang memerintah Kelantan sehingga hari ini dan Terengganu selama sepenggal.

      Kedua - status enekmen Hudud Terengganu adalah sam dengan status enekmen hudud Kelantan sekarang, sedia untuk dilaksanakan.

      Ketiga - keadaan sosioekonomi dan sosio-politik diantara kedua negeri tersebut adalah sama. Jika hudud boleh dilaksanakan di Kelantan maka hudud juga boleh dilaksanakan di Terengganu.

      keempat - PERBEZAANYA - Kerajaan negeri Kelantan dipimpin oleh PAS dan Kerajaan negeri Terengganu dibawah UMNO. Kedua-dua parti tersebut mengaku mempe4juangkan kepentingqn orang melayu dan menjaga kedaulatan Islam.

      1. Mengapa kedua-dua parti ters3but tidak bekerjasama untuk membawa RUU Hudud Kelantan dan Terengganu bersama-sama untuk mendapat kelulusan parlimen.

      2. Peluang untuk kedua-dua RUU Hudud ini untuk diluluskan adalah lebih cerah jika UMNO juga menaja RUU Hudud Terengganu kerana adalah parti yang dominan di peringkat persekutuan.

      4. Inilah satu keadaan dimana politik baru yang lebih ekslusif yang saya sebutkan boleh direalisasikan. Cukuplah dengan sikap nak berbunuhan dan memusuhi sesama melayu dan Islam atas isu remeh temeh dan bodoh. Ini adalah langkah t3rbaik kerana kerjasama ini akan dijalin diatas paltform perjuangan yang sama: orang melayu dan Islam.

      Delete
  3. Tuan Shahbudin,

    Hudud lebih sesuai djalankan bila BN dapat di tumpaskan dalam PRU14.Kalau Umno ikhlas,dari dulu mereka boleh laksanakan kerana mereka mempunyai majoriti 2/3.Yang nyata Umno tak mau hudud dulu, kini dan selamanya.Fullstop.

    ReplyDelete
  4. Ditangguhkan sebab PAS khuatir dengan ugutan DAP & PKR. Dari dulu pandai cakap tapi deraf , cara perlaksanaan habuk pun x da, sekarang time Najib belum lagi bincang cara perlaksanaan dah nak cari alasan bagi menunjukkan alasan penangguhan disebabkan UMNO. Be confident lah sikit & jgn buruk sangka. Islam PAS diajar utk berburuk sangka ke?

    ReplyDelete
  5. Samada ditangguh atau siapa yg tangguhkan, teknikal atau klinikal itu datang dari manusia. Tidak perlu menuduh kerana 'manusia' itu sendiri lebih tahu. Bolehkah Allah ditipu daya?

    Kita, yg bijak pandai di luar sini, kenapa buruk sangka? Kenapa sinis? Kenapa ragu?

    ReplyDelete
  6. anti demokrasi11 May 2014 at 06:59

    Hukum Allah lbh tinggi dr yg lain-lain, jadi kenapa knp perlu pelaksaan hudud di bawah demokrasi yg jelas sistem buatan manusia, sbb itu xpraktikal langsung hudud di jalankan di dalam demokrasi. Wa Allahu a'lam....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...