Monday, 26 May 2014
Pemuda UMNO Bising Bila 'Dicelakakan' Tapi Bisu Ketika Umat Islam 'Dibabikan'
Ketika umat Islam sekarang ini begitu terpukul dengan kelalaian syarikat coklat, Cadburry sehingga dua jenis keluarannya didapati mengandungi DNA babi, sambil memikirkan sudah berapa banyak najis itu telah memasuki tubuh badan dan menjadi darah kebanyakan umat Islam negara ini, terutamanya kanak-kanak, ramai yang tertanya-tanya kenapa Pemuda UMNO hanya berdiam diri saja?
Tindakan Cadburry itu bukan saja biadap, tidak sensitif terhadap Islam yang menjadi agama rasmi dan orang Melayu yang menjadi majoriti, tetapi seolah-olah syarikat itu sedang "membabikan" umat Islam negara ini.
Sehingga ini belum tedrngar suara Pemuda UMNO dalam isu coklat Cadburry dan kelemahan Jakim yang mengawal sijil halal di negara ini.
Ini nyata berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh Pemuda UMNO ketika seorang wakil rakyat DAP, R.S.N. Rayer yang mengungkapkan perkataan "UMNO celaka" di dalam DUN Pulau Pinang. Pemuda UMNO bukan saja bising di merata-rata serta merosakkan papan tanda, bahkan menyerang beberapa pejabat DAP sambil melontarkan ugutan mahu membakar bangunan itu.
Sehingga ini pun, masih ada Pemuda UMNO yang seperti "ketinggalan bas" dengan masih mahu meminta Rayer meminta maaf dan menarik balik ucapannya sedangkan ADUN Seri Delima itu jelas tidak mahu menarik balik perkataan "UMNO celaka" yang pernah diucapkannya, malahan ketika kempen di Bukit Gelugor tiga hari lalu turut mengulangi perkataan "UMNO celaka" itu dalam ceramahnya dan di luar sidang DUN Pulau Pinang.
Jika dulu ada yang mendesak agar Rayer mengulangi apa yang dikatakannya di luar DUN supaya tindakan saman kononnya boleh diambil, setelah beliau mengulanginya di luar Dewan, mana tindakan itu sekarang?
Pemuda UMNO nampaknya hanya berani menjerit-jerit, menjulang sepanduk, mengugut mahu membakar bangunan dan mengoyak memorandum yang dibuat sendiri, tetapi tidak lebih daripada itu.
Bukan tidak boleh Pemuda UMNO bersuara dalam isu "UMNO celaka" tetapi mereka juga seperti "celaka" apabila tidak berani bersuara dan diam membisu ketika umat Islam "dibabikan" oleh Cadburry.
Jika dibandingkan dengan isu "UMNO celaka", isu pencemaran DNA babi dalam coklat sepatutnya lebih membuatkan Pemuda UMNO sensitif dan berindak lebih berani lagi. Ini kerana Cadburry jelas ingin "membabikan" umat Islam negara ini kerana mereka bukannya tidak tahu babi itu haram kepada umat Islam. Mereka juga sudah lama beroperasi di negara ini dan tiada alasan untuk berhelah mengenai babi kepada orang Islam.
Secara logiknya, mereka seolah-olah sengaja berbuat demikian. Lebih malang lagi, ujian Kementerian Kesihatan yang dilakukan pada Februari lalu itu hanya diambil tindakan oleh syarikat terbabit dan juga Jakim sejak semalam, itu pun setelah hasil ujian dua jenis coklat itu terdedah di laman-laman sosial.
Agaknya kalau tidak terdedah di laman sosial hasil ujian itu, sampai sekarang Jakim masih tidur dengan kopiah putih atau songkok berkilat sambil berbangga dengan keislaman mereka yang kononnya lebih tinggi daripada orang lain, manakala Cadburry pula masih bebas menjual coklat tersebut.
Baru sekaranglah juga Jakim mahu mengadakan mesyuarat tergempar dan memanggil wakil syarikat tersebut untuk meminta penjelasan. Baru sekaranglah juga logo halalnya ditarik balik. Apa yang mereka buat daripada Februari ketika ujian sudah mengesahkan ada DNA babi dalam coklat itu pada 27 Februari lalu hingga semalam itu? Dalam tempoh itu, sudah berapa banyak coklat yang ada DNA babi itu telah ditelan oleh anak-anak kita dan juga umat Islam seluruhnya?
Dalam hal ini, bukan saja Cadburry yang salah dan cuai, Jakim pun seperti turut sama merelakan umat Islam negara ini "dibabikan" sama. Apa pula kerja menteri yang bertanggungjawab terhadap Jakim selama ini dan apakah Jamil Khir Baharom tidak patut dipertanggungjawabkan sama?
Sebagai sayap politik yang dikenali sebagai badan pendesak, kalau Pemuda UMNO begitu sentisif apabila "dicelakakan", apakah mereka tidak sentisif apabila "dibabikan" dan dalam masa yang sama juga mengetahui sudah banyak najis itu telah memasuki tubuh badan umat Islam. Mungkin juga DNA babi itu turut telah memasuki anak dan kaum keluarga pejuang Pemuda UMNO sendiri.
Kenapa tiada demonstrasi dan sepanduk? Kenapa tiada memorandum? Kenapa tidak diugut mahu dibakar kilang Cadburry jika sekali lagi mengulangi tindakan mencemarkan coklat dengan DNA babi? Kenapa tiada tunjuk perasaan di depan pejabat Jakim? Apakah Pemuda UMNO merelakan begitu saja kelalaian Jakim yang bertanggungjawab menjaga halal dan haram makanan umat Islam?
Sebenarnya begitu banyak yang boleh dipersoalkan mengenai sikap dan pendirian Pemuda UMNO dalam isu coklat dan DNA babi ini. Sementara semakin banyak seruan agar diboikot semua keluaran Cadburry atas sikap biadap mereka itu dan semakin ramai juga pengguna yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pengeluar coklat itu, sikap senyap dan bisu Pemuda UMNO lebih menyerlahkan wajah sebenar mereka.
Jika sekarang dan setelah bertahun-tahun memiliki sijil halal tapi masih juga boleh mencemarkan coklat dengan DNA babi, tiada jaminan ia tidak berulang di masa depan. Dalam masa yang sama, tempat memasak coklat juga mungkin sudah tidak suci lagi dan ini amat mewajarkan Pemuda UMNO untuk bertindak lebih keras lagi.
Kalau kali ini mereka merosakkan papan tanda di kilang Cadburry dan mengugut mahu membakar kilangnya, pasti tiada yang bersikap sinis lagi. Malah pujian dan jambangan bunga wajar diberikan sebagai hadiah.
Amat jelas bahawa sikap ini membuatkan Pemuda UMNO mengecilkan skop perjuangan mereka sendiri kerana isu DNA babi dalam coklat sebenarnya meresahkan kira-kira 17 juta umat Islam negara ini berbanding ungkapan "UMNO celaka" hanyalah untuk menjaga kepentingan 3.2 juta ahli UMNO saja.
Atau dalam erti kata lain, Pemuda UMNO hanyalah tersentuh apabila "dicelakakan" tapi tidak kisah pun apabila "dibabikan" sedangkan semua orang yang belum gila sedar bahawa penghinaan memasukkan najis babi ke dalam tubuh umat Islam jauh lebih mengaibkan daripada hanya diserang dengan ungkapan celaka itu. (SH 26/05/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
macamana mereka mahu bersuara sebab Coklat Cadburry 2 memang kegamaran meraka, sebab 2 lah mereka asyik menyodol sanja di majlis ceramah yg dianjurkan Pakatan Rakyat
ReplyDeleteInilah dasar perjuangan Islam umno, biar agama dibabikan asalkan jangan pemimpin mereka dicelakan.
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteGolongan orang melayu yang amat memerlukan pembelaan sekarang ialah para penoreh-p3noreh getah. Macamana depa nak hidup sekarang jika harga getah hanya RM 1.80/ Kg. Berapa batang pokok g3tah yang perlu ditoreh untuk menghasilkan l Kg getah saya tak tahu.
S3cara tradisinya penoreh-p3noreh getah ini adalah p3ngundi-pengundi UMNO. Pihak pembangkang sudahpun melakukan bahagian mereka. Mereka t3lah mengadakan beberapa siri demo untuk menarik perhatian dan keperihatinan kerajaan. Demo sudah dibuat namum yang mereka perlukan ialah pembelaan dari segi kewangan. Kita tahu harga getah tertaklok kepada pasaran dunia, namun hanya kerajaan yang mampu memberi bantuan kewangan.
Salah satu akt8viti yang bol3h dibuat oleh UMNO terutama pemuda UMNO adalah membantu membela nasib penoreh-p3noreh getah melayu ini. Bekerjasamalah dengan pemuda2 pembangkang untuk membantu satu golongan daif melayu ini. Memang RISDA ada memberi bantuan kewangan RM 500 s3bulan. T3tapi saya rasa ia tidak mencukupi dalam keadaan sekarang. Marilah kita sama-sama membantu.
Why are you barking at the wrong tree? You should take JAKIM to task for issuing the HALAL Certification and allowing Cadbury to release the contaminated product into the market. For all we know, it is possible that bribery was at play. The Government of the day must answer to all Muslims in this country as JAKIM is under its wing. Why didn't JAKIM check the production areas for HARAM contents of the chocolates? Most of us smell a rat.
ReplyDeleteMemang benar. Pemuda Umno seolah tidak relevan pimpinan KJ. Itu lah masaalah nya menjadi liberal dan sekular. Tiada platfom hendak berdiri dan berpendirian. Terutama menjaga maruah parti dan melindungi sesiapa yang menyokong.
ReplyDeleteItu kenapa kita di galakkan bersederhana, tuntutan Islam. Kita di tuntut menjaga sepenuh nya Islam dan ajaran nya, penganut nya dan meluaskan dakwah Islamiyyah kerana itu lah sebaik-baik perniagaan yang di redhoi.
Bila berkuasa, gagal pula membela, manusia jenis apa kita ini ? Kata Islam, Melayu dan bumi nya Malaysia. Malang nya Melayu itu bermusuh dan berpecah sesama sendiri.
Berbanding cina, ribuan tahun masih kuat mempertahankan bangsa dan warisan nya. Cuma sifat sombong,angkuh,tamak dan suka memonopoli menjadikan mereka sinonim mementingkan diri dan tidak bergaul dengan bangsa-bangsa lain jika tidak terpaksa.
Melayu sudah hilang ketokohan mengemudi politik. Sifat dengki, irihati dan suka memfitnah ada lah musuh sebenar yang tidak di bunuh !
Shahbudin. Well said. I was wondering why no one brought this issue until I read your article. Kudos.
ReplyDeleteDavid Ng.
A Proud but Sad Malaysian