Saturday, 17 May 2014

Keberanian DAP Yang Tiada Pada BN


Siapa calon daripada BN dan PR yang bakal bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan, 31 Mei depan sudah pun diketahui. DAP yang mewakili PR telah pun memutuskan untuk meletakkan seorang yang masih muda, Dyana Sofya yang baru berusia 27 sebagai calonnya manakala BN yang diwakili Gerakan pula mengekalkan calonnya yang kecundang dalam pilihanraya umum lalu, Mah Siew Keong sebagai pilihannya.

Dalam pilihanraya umum lalu, calon DAP Seah Leong Peng telah menewaskan Mah Siew Keong dan seorang lagi calon Bebas dengan majoriti 7,313 undi. Dengan masing-masing sudah mengumumkan calonnya, pilihanraya kecil ini bukan saja menjanjikan persaingan sengit, lebih penting daripada itu beberapa elemen menarik juga terserlah dalam pilihanraya ini.

Keputusan DAP menukar calonnnya daripada bangsa Cina kepada Melayu dalam pilihanraya kecil ini jelas suatu keberanian yang mengkagumkan. Apa pun hujah yang cuba digunakan untuk memperlekehkan keputusan DAP itu, ia bukan saja untuk membuktikan kepelbagaian kaum dalam parti itu, tetapi juga merupakah suatu transformasi yang jauh lebih bererti daripada kata-kata.

Berbanding BN yang sudah banyak kali mengeluarkan cadangan mahu menukar kebiasaan meletakkan calon daripada parti yang sama berdasarkan keperluan sesuatu kawasan itu, malangnya ia tidak pernah dipraktikkan. Jika calon MCA meninggal, orang daripada parti yang sama juga akan dikekalkan. Begitu juga jika terjadi kepada UMNO, Gerakan atau MIC.

Malah jika yang meninggal atau meletakkan jawatan itu Melayu, maka Melayu juga gantilah. Jika Cina atau India pula yang pergi, yang mengganti juga kaum yang sama.

Laungan dan cadangan untuk melakukan perubahan tidak pernah menjadi kenyataan kerana BN tidak punya keberanian untuk berbuat demikian. Walaupun banyak desakan akar umbi menuntut perubahan itu, BN lebih selesa terkongkong dalam kepompong yang memenjarakan mereka dengan tradisi lama.

Ini jelas berbeza dengan PR. Dalam waktu terdekat ini, sudah dua kali mereka melakukan perubahan dan menunjukkan batasan kaum bukanlah persoalan dalam memupuk keharmonian dan kesatuan serta mencipta kemenangan. Dalam pilihanraya kecil DUN Kajang bulan lalu, apabila Lee Chin Cheh meletakkan jawatan, calon yang menggantikan tempatnya ialah Melayu iaitu Dr Wan Azizah yang mengambil alih tempat Anwar Ibrahim kerana adanya halangan undang-undang untuk bertanding.

Namun, PR masih mampu mengekalkan kemenangan cemerlangnya.

Dalam pilihanraya kecil Teluk Intan, giliran DAP pula melakukan pembaharuan dan transformasi. Walaupun sejak dua penggal lalu, DAP meletakkan bangsa Cina di kawasan itu, namun kali ini parti itu menunjukkan keberaniannya dengan meletakkan calon Melayu pula.

Dengan komposisi pengundi Cina 42 peratus, Cina 38 peratus dan India 19 peratus serta kemenangan dalam pilihanraya lalu hanya dengan majoriti 7,313 undi serta cabaran yang bakal dihadapi pula ialah calon daripada parti kerajaan yang tentunya banyak jentera dan peruntukan kewangan bakal diturunkan, keberanian DAP ini seharusnya diberikan pujian dalam konteks memupuk perpaduan dan keharmonian.

Bilakah BN ada keberanian seperti ini?

Selain itu, keberanian DAP juga terserlah apabila memlilih Dyana Sofya yang hanya berusia 27 tahun sebagai calonnya. Berbanding calon Gerakan yang sudah berusia 53 tahun, pemilihan seorang anak muda ini sekali lagi mempamerkan keberanian DAP yang menunjukkan mereka sebuah parti yang memandang ke hadapan.

Di manakah tempatnya seorang anak muda berusia 27 jika di dalam UMNO atau parti-parti komponen BN yang lain? Mungkin hanya menampal poster dan menjalankan kerja-kerja tidak penting saja.

Sementara para pemimppin UMNO, BN dan kerajaan menyedari nipisnya sokongan pengundi muda kepada mereka serta menyedari hampir separuh daripada pengundi dalam pilihanraya akan datang adalah golongan muda serta 3.5 juta adalah pengundi yang pertama kali menunaikan tanggungjawab, malangnya majoriti calon BN yang ada sudah menginjak senja.

Kecuali Khairy Jamaluddin, Razali Ibrahim dan beberapa kerat yang lain, majoriti wakil rakyat dalam BN adalah golongan berusia dan sudah senja tetapi masih mahu mendakap kuasa.

Berbanding dengan PR pula, kecuali beberapa kerat seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Haji Hadi Awang, majoriti yang selebihnya adalah golongan muda dan masih belia.

Lantaran itu, tidak hairanlah jika pengundi muda lebih tertarik kepada PR berbanding BN.

Jika sebelum ini PR sudah ada Rafizi Ramli, Nurul Izzah serta beberapa yang lain sebagai ikon golongan muda, penampilan Dyana Sofya menambahkan bilangan dan cengkaman mereka kepada golongan tersebut. Tetapi siapa ikon golongan muda yang ada dalam BN?

Pilihanraya kecil Teluk Intan dan keberanian DAP menonjolkan Dyana Sofya, semoganya memberi banyak kesedaran kepada UMNO dan BN jika ingin terus berkuasa lagi. (SH 17/05/2014)

15 comments:

  1. Salam, I would rather mereka hanyut dn tenggelam dgn mimpi iaitu BN akan kekal berkuasa, saoerti kata MB baru Tnganu - duku, sekarang & selama2nya. Jgn bangunkan biar mereka leka & lalai..
    Anak saya bimbnag jg dgn Cina Teluk Intan. Dulu Zul P,Pinang ka;ah jg dlm kawasan Cina. Mudah2an nasib dan merit menyebelahi Dyana. Its not going to be easy sailing. Yang mustahak Pakatan mendapat forum utk membantai kow0kow GST, Kenaikan tarif TNB (yg untung RM 4.61billion 2013) juga sifat `selfish' yg ditonjolkan UMNO dalam kemelut MB di Tnganu.
    Tidak lupa juga kemungkinan MAS umum bankrap dgn saman2 pampasan kehilangan MH370 08March2014 lalu..
    Biarkan siLUncai terjun dgn labu2nya!
    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Politikus veteran dan tua kian berkarat minda. Tidak sensitif suasana dan kurang peka. Ramai yg terpinggir oleh kemjuan teknologi terkini dan buta IT. Kebanyakan mereka khayal dgn memori silam dan syok sendiri.

    Politikus veteran tak ubah bagai priton gen pertama yang sebahagian besarnya mencacatkan pandangan dijalanraya. Bagaimana kerajaan mahu lupuskan kenderaan uzur dan tua dijalanraya, begitu jugalah perlu dilakukan kepada politikus tua.

    Ramai politikus tua bagaikan tikus tua bergigi tiada. Adanya nereka bagaikan tiada. Perginya mereka tiada dirasa.

    Barisan kabinet tua tidak lagi relevan di Malaysia. Giliran anak muda kemudi bahtera. Sedar sedarlah diri sebelum ditolak pergi Gen Y masa kini.

    ReplyDelete
  3. kekadang orang bodoh memang berani Brother...what a 27 old can do with no experience and yet DAP trying to put her in Parliament...hidup pun dia tak kenal lagi mungkin sekadar memekak dan menjerit...ish what a hypocrite....kalau ia pun dah la BN nak bodohkan rakyat sekarang DAP pun sama....is she selected base on merit or political connection or DAP manuevre to hoodwink the Malays....oh common man....berani doesn't make sense and in this case BN leadership is better....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan pandang rendah satu anjakan paradigma yang segar ini. Dunia sentiasa berubah dan sampai bila golongan tua hendak menongkat langit. Kita lihat apa yang terjadi kepada Umno. Kerana golongan tua disemua peringkat be4fikiran seperti sdra disamping nak menjaga habuan, UMNO m3nghadapi krisis kepimpinan yang kronik dimana UMNO tidak mempunyai sekumpulan barisan pelapis yang berwibawa.

      Apa jadi sekarang kepada UMNO? Golongan tua hari ini sudah tak larat lagi, dah bangkut. Lihat apa jadi dengan negara. Semakin ditimpa p3lbagai masaalah disebabkan kepimpinan yang dah hampir ko. Yang larat dibuat hanya main silap mata dan menipu persepsi rakyat je.

      Sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat menyedari perkara ini. Mereka berjaya menarik bakat-bakat yang berkualiti kedalam barisan pelapis mereka. Antara ketiga-tiga kompon3n Pakatan, DAP dan PKR amat berjaya mencungkil dan mengetengahkan p3mimpin muda.

      Walaupun Dyana Sofya baru berusia 27 tahun tetapi beliau mempunyai pendidikan tinggi yang baik, maknanya dia mempunyai daya berfikir yang tinggi.Beliau juga mempunyai ciri-ciri untuk menjadi seorang ahli politik yang baik. Jika dia menang bukan bermakna dia keseorangan. Pemimpin2 lama dalam partinya akan membimbing dan mempertajamkan lagi keupayaan beliau sebagai seorang ahli parlimen jika terpilih.

      Dunia sudah berubah. Takkan kita nak dok pada tahap pemikiran 50 tahun dulu. Tu pasailah melayu semakin tenat walaupun sejak merdeka 6 PM adalah orang melayu. Majoriti menteri-menteri kabinet adalah melayu. Dah 57 tahun mandat diberi kepada UMNO yang dok kata depa berjuang atas dasar membela orang melayu dan Islam......

      Delete
    2. Cuba tengok pelopor teknologi, Google ke, Facebook ke,Occulus ke, Whatsapp ke, ada tak yang tua-tua?

      Delete
  4. Kepada Anon 10:17,

    Pak Najib masuk politik umur berapa?

    Zaman disko, atau zaman Rock Kapak, atau Zaman Hip Hop, atau zaman K-Pop?

    Pak Najib masuk politik zaman rambut panjang atau zaman dah beruban ini?

    Ayah Najib, Tun Abdul Razak masuk politik umur berapa? Jadi Pemangku Ketua Menteri Pahang umur berapa?

    Apa masalah dengan umur? Lagi muda sudah mula berjuang lagi bagus.

    Kalau nak bermain bola sepak, sudah umur kerepot 50 tahun baru nak tendang bola?

    Tidak kira bidang apa, poltik, sukan, berkarya dll, sejarah dunia banyak membuktikan orang berjaya bermula usia muda.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik punya bro!

      Delete
    2. There is a difference between physical age and intellectual age. There are many people who age physically but never grow intellectually.......hopefully you are not one of them.....

      Delete
    3. Wats ur gist Anon 13:46? Its an old wisdom every knows alredi....

      Delete
  5. Harap siapa pun yg akan bertanding lebih memfokuskan masalah rakyat terbanyak. isu kini ialah kos elektrik naik. bayaran bil sudah hampir mencecah bayaran sewa sebuah bilik. rakyat tiada tempat mengadu. tnb monopoly. ikut suka nak charge dan mintak naik deposit. kerajaan yg ada sekarang bukan lagi harapan. saya bebas memilih siapa2 wakil rakyat yg berjuang utk rakyat. please buat bising diparlimen pasal bebanan ini. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra,

      Kenaikan tarif letrik kali ini adalah yang kedua dalam tempoh tak sampai setahun. Alasan yang cuba dijual oleh Najib kali ini ialah jika tidak dinaikkan TNB akan rugi. Tak masuk akal langsung. TNB adalah s3buah entiti perniagaan sama seperti Genting Bhd, MMC, ASTRO,Berjaya Group dll.

      TNB paling tak patut rugi kerana perniagaannya adalah berbentuk monopoli. Mana ada persaingan macam Astro. Kalau rugi itu memang kesilapan CEO dan pasukan pengurusan la. Pengurusan bodoh! Lagi pun mana pergi duit yang diperolehi dari kenaikan dulu yang Najib kata TNB perlu sebanyak RM 6 bilion untuk pelaburan? Tak sampai setahun dah habis ke?

      Rugi cekik rakyat. Nak buat pelaburan syarikat cekik duit rakyat! Tang untung makan sesama k3ngkawan je, rakyat dapat putih mata. Bandingannya b3gini - boleh ke Genting bila rugi cekik duit rakyat. Bila nak besarkan perniagaan judi supaya dapat untung lebih besar, c3kik duit rakyat.

      Dalam satu laporan akhbar, Najib mengatakan kenaikan tarif letrik kali ini adalah kerajaan tak mampu menanggung subsidi TNB. Ini munasabah! Mana pi duit kerajaan sehingga tak sempat nak tunggu duit tambahan yang akan diperolehi dari GST tahun depan? Tak cukup lagi ke pengurangan subsidi keatas pelbagai barangan s3baik sahaja menang PRU 13 dulu?

      Najib jika kita perhati mempunyai satu tabiat buruk ia itu menyorok tujuan sebenar apabila ters3pit dgn memberi alasan-alasan yang tak masuk akal aka bodoh untuk mengabui tujuan sebenar.

      Sampai bila Najib nak buat perangai ini - menekan rakyat setiap kali tersepit kerana kelemahan dan ketidakmampuan beliau mentadbir n3gara!

      Delete
    2. Pak Najib da bayar "pampasan" tiga ahli UMNO T'gganu yg baru letak jawatan, berjuta2 ringgit tau, sbb tu rugi besaq, skrg kenela cari balik duit2 yg dibelanjakan tu, kn?

      Delete
  6. Ini pertarungan antara pembangkang dan kerajaan terutama melibatkan kerusi parlimen, siapapun menang tidak banyak membawa perubahan di kawasan tersebut atau keputusan di parlimen.

    Ia lebih kpd simbol percaturan politik, BN kena menyerang dan DAP mempertahankan.

    Menang atau kalah, DAP tetap untung kerana ini hanya satu ujikaji dan strategi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan ujikaji.Melayu bukan bodoh.Tak mau di buli oleh pemimpin umno.Orang melayu yang sedar tak mau dikaitkan dengan umno.Tengok apa dah jadi dengan kenaikan tarrif elektrik?semua orang mengeluh. Bila ada melayu bertanding, melayu bukan nak sokong.kutuk lagi.Tapi bila bomoh 1M nak sokong cina melayu umno kata ok.mana ketuanan melayu?Semua penipu saja!kami nak kerajaan ini tumbang segera demi untuk selamatkan negara,bukan nak selamat penyamun2 umno.

      Delete
    2. awak ni baca ke tidak komen saya!! faham ke tidak? awak antara melayu bodoh yang malas nak baca dan nak faham ' emosi mendahului, benci berselaput di hati.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...