Friday, 6 December 2013
Seorang Lagi Pemimpin 'Cap Ayam' Dalam UMNO
Seorang pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan, Shafei Abdullah yang berucap di Perhimpunan Agung UMNO petang semalam mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula pemberian BR1M agar ia hanya diberikan kepada penyokong UMNO serta BN sahaja dan tidak kepada penyokong PR.
Shafei yang juga bekas Setiausaha Politik Najib berkata, walaupun penyokong pembangkang sering mengkritik BR1M tetapi mereka juga tidak segan-silu mengambil bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan itu.
"Oleh itu, saya harap kerajaan dapat mengkaji semula perlaksanaannya agar ada keberkesanan undi dalam pilihanraya umum ke 14 akan datang," jelasnya lagi yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.
Ternampak bahawa dengan melontarkan idea sedemikian, Shafei masih dihantui kekecewaan akibat kekalahannya bertanding sebagai calon BN di Parlimen Wangsa Maju dalam pilihanraya umum lalu. Beliau seolah-olah tidak dapat menerima kekalahannya dengan kekurangan 5511 undi kepada calon PKR, Dr Tan Kee Kwong sehingga tergamak memberi "cadangan gila" dan tidak masuk akal kepada kerajaan.
Sebagai bekas Setiausaha Politik Najib, beliau seharusnya sedar bahawa BR1M diperkenalkan oleh Najib untuk meringankan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira ideologi dan fahaman politik dengan memberikan mereka bantuan setahun sekali sebanyak RM500 dan untuk tahun depan dinaikkan kepada RM650.
Mencadangkan BR1M hanya diberikan kepada penyokong UMNO dan BN adalah langsung tidak masuk akal kerana wang yang digunakan untuk memberikan bantuan itu bukannya datang daripada tabung UMNO atau BN tetapi daripada wang pembayar cukai.
Sekiranya bantuan BR1M hanya ingin diberikan kepada mereka yang menyokong UMNO dan BN saja, maka seharusnya mulai tahin depan wang rakyat atau pembayar cukai tidak lagi digunakan untuk tujuan tersebut, sebaliknya gunakanlah wang UMNO atau wang dari poket Najib. Selagi wang pembayar cukai yang digunakan, adalah cadangan yang tidak masuk akal jika hanya penyokong UMNO dan BN saja yang layak menerima bantuan BR1M itu.
Kalau pun juga BR1M hanya mahu diberikan dengan menggunakan wang pembayar cukai tetapi hanya diberikan kepada penyokong UMNO dan BN saja, seharusnya kerajaan juga mengecualikan penyokong PR daripada membayar cukai kepada kerajaan. Malah cukai GST yang mahu diperkenalkan tahun 2015 nanti hanya dikenakan kepada penyokong UMNO dan BN saja.
Jika itu dapat dilakukan, barulah layak hanya penyokong UMNO dan BN saja yang diberikan BR1M sepertimana cadangan Shafei itu.
Dengan masih ada pemimpin UMNO yang berfikiran sedemikian, ia tidak lain hanya menambahkan gelak ketawa rakyat terhadap mentaliti dan kualiti pemimpin dalam UMNO sekarang ini. Setelah sebelum ini kita dihidangkan dengan kenyataan pemimpin UMNO yang meminta rakyat jangan makan ayam kerana harganya sudah naik, tanam sayur di belakang rumah kerana harga sayur makin mahal, duduk dalam hutan jika tidak setuju dengan sistem pilihanraya dan pelbagai lagi, gesaan terbaru daripada seorang lagi pemimpin UMNO yang meminta BR1M hanya diberi kepada mereka yang menyokong UMNO dan BN saja, tidak lebih sebagai bukti bahawa betapa ramainya pemimpin "cap ayam" di dalam parti itu.
Dengan Najib sendiri mengakui bahawa PRU 14 makin sengit dan mencabar berbanding PRU 13 lalu, terserlahnya satu demi satu pemimpin yang berkualiti "cap ayam" dalam UMNO, mudah-mudahan akan memberi lebih kesedaran kepada rakyat untuk terus membuat perubahan dalam pilihanraya nanti.
Jika tidak, kita akan terus mendengar kenyataan-kenyataan pelik, aneh, tidak masuk akal dan gila selepas ini. (SH 06/12/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fius di dalam kepalanya telah terbakar nampaknya. Tak dapat nak bezakan yang mana satu duit kerajaan Malaysia dan yang mana satu duit UMNO, silap-silap tak dapat nak beza yang mana duit UMNO yang mana duit Barisan Nasional.
ReplyDeleteIngat kan orang kampong dan para penorka FELDA aja yang berfikiran bahawa UMNO/BN itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO/BN. Tak kan bodoh sangat. Kebetulan UMNO/BN menang walau pun cara penipuan. Bukan kah UMNO/BN diamahkan untuk menjalan kan dasar aja.
DeleteNama aja pemimpin UMNO tetapi pemikiran mengalah kan kanak kanak tadika yang hanya pandai menanyi aja.
Selalunya mereka telah tidak dapat membezakan duit rakyat dengan duit mereka sendiri. Semua cekup aje.
DeleteSebab itu umno wilayah persekutuan jadi rosak. Sebab itu najib tumpang biul.saya tidak bersetuju penulis lebelkan shafiee cap ayam shafiee standard kena lebih sikit saya cadang cap kumbang tahi ayam
ReplyDeletekenyataan mantan PM Tun DrM dulu masih relevan....UMNO ni tinggal yang B#### jer..itulah kualiti yang ada pada mereka..kesian sungguh..
ReplyDeleteKalau saya beli sardin , saya pasti pilih cap ayam ,kerana dah selari dari dulu sampai sekarang .
ReplyDeleteKssihan org umno.dlm nya bnyk yg bodoh.
ReplyDeleteSchool high high but stupid no finish..
Mudahan yg bodoh itu mati cepat supaya tdk mnyusahkan rkyt.
Hidup menghabiskan beras aja.
ReplyDelete