Thursday, 5 December 2013
Mula-Mula Video, Lepas Ini Anwar Pula Dibawa Masuk Ke Dewan Merdeka
Secara umumnya, ucapan Najib selaku Presiden UMNO di perasmian Perhimpunan Agung UMNO tahun ini tiada apa-apa yang menarik dan baharu. Intipati ucapannya adalah ulangan kepada perkara yang telah dilakukannya dan sudah banyak kali diucapkannya sebelum ini.
Stail dan gayanya berucap juga masih seperti yang lama, bermadah dan banyak berperibahasa serta terlihat sedikit menjerit-jerit sehingga kadangkala nadanya seperti mengada-ngada. Sudah banyak kali rungutan kedengaran bahawa sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, beliau tidak perlu menjerit dalam ucapannya tetapi nampaknya Najib mengulanginya lagi.
Sepertimana perhimpunan tahun-tahun sebelumnya di mana nama Anwar Ibrahim sentiasa menjadi sebutan dan tidak lekang dari bibirnya, kali ini sekali lagi nama Ketua Pembangkang itu menjadi sebutan dan sasarannya.
Dan oleh kerana nama Anwar telah disebut oleh Najib, maka sudah tentunya perwakilan yang mula berucap petang ini turut juga menyebut dan mengulang-ulangnya sehingga hari terakhir perhimpunan nanti. Sekali lagi, dalam sebuah perhimpunan UMNO, nama Anwar yang menjadi Ketua Umum PKR disebut dan menjadi popular.
Bahkan tahun ini, nama Anwar bukan saja disebut oleh Najib yang dikaitkan dengan pembohongan berkenaan 40 ribu pengundi daripada Bangladesh, malahan sebuah tayangan video mengenai Anwar turut dipertontonkan kepada perwakilan UMNO.
Walaupun tayangan video itu adalah bertujuan untuk menyerang dan mengkritik sikap dan tingkah laku Ketua Pembangkang itu serta ingin menunjukkan sikap tidak bertanggungjawabnya terhadap apa yang pernah dikatakannya, hakikatnya Najib telah melakukan suatu pembaharuan dalam perhimpunan kali ini iaitu dengan membawa wajah dan suara Anwar ke dalam Dewan Merdeka.
Jika sepanjang lima tahun lalu, hanya nama Anwar saja yang disebut, kali ini suara dan gambarnya dalam bentuk video pula yang dibawa oleh Najib untuk ditonton oleh perwakilan UMNO.
Semua ini boleh membawa pelbagai tafsiran. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Najib tidak boleh hidup dan bernafas tanpa menyebut nama Anwar. Walaupun mereka bermusuh dalam politik, tetapi Anwar nampaknya sentiasa dekat dihati Najib.
Dengan membawa video Anwar ke dalam Dewan Merdeka, Najib juga seperti sedang memberi signal kepada perwakilan UMNO bahawa jika keadaan terdesak, tidak mustahil selepas ini Anwar juga akan dibawa masuk ke dewan itu.
Bukankah politik itu seni yang serba mungkin?
Walaupun Najib menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO dan mungkin kekal lagi sebagai Perdana Menteri untuk tempoh sehingga pilihanraya umum akan datang, tetapi kelemahannya juga semakin kerap diperkatakan sehingga dikatakan mempunyai hubungan yang tidak semesra dulu dengan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
Kekalahan Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO yang dikaitkan kerana beliau bukan calon pilihan Perdana Menteri dan kecenderungan Najib untuk melihat penyandang jawatan itu terus kekal dan kemudian diikuti dengan keengganan Najib melantik Menteri Besar Kedah itu sebagai ahli MT tambahan, dikatakan mengguris hati Mahathir.
Dan apabila Mahathir menulis surat mahu meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas atas alasan kesihatan dan mahu berehat, ramai yang melihat ianya mungkin ada kaitan untuk memberi tekanan kepada Najib kerana dalam masa yang sama Mahathir bersedia pula terus kekal sebagai Penasihat Proton.
Alasan Mahathir bahawa beliau kekal sebagai Penasihat Proton kerana syarikat itu bukan dimiliki oleh kerajaan, sebaliknya dipunyai oleh DRB-Hicom, nyata menimbulkan lebih banyak tanda-tanya dan seolah-olah beliau tidak mahu lagi dikaitkan dengan kerajaan yang sedang dipimpin oleh Najib.
Spekulasi hubungan Najib dengan Mahathir terus menjadi perbualan ramai kerana Mahathir dikatakan tidak mungkin membiarkan Najib yang semakin lemah dan dikaitkan dengan banyak isu terus menerajui UMNO kerana ia hanya berpotensi membawa kekalahan kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Najib pula dilihat mahu terus berkuasa selama yang mungkin dan disebalik kelemahannya yang semakin diperkatakan serta kebencian rakyat yang makin meninggi berikutan satu demi satu kos hidup rakyat dinaikkan, dilihat seperti tidak peduli sama ada BN berkuasa lagi atau tidak selepas PRU 14 nanti.
Meskipun beliau berulangkali menyatakan pilihanraya akan datang adalah kritikal dan lebih sengit daripada PRU 13 tetapi banyak tindakannya kebelakangan ini menunjukkan beliau seolah-oleh hanya mahu BN berkuasa sehingga PRU 14 sahaja. Satu demi satu kelemahan dan kecurangan kerajaan serta kepimpinannya yang terdedah sejak akhir-akhir ini seperti Najib ingin menjadi Perdana Menteri yang terakhir bagi UMNO sebelum ia tumbang ke tangan PR.
Namun menjelang pilihanraya umum akan datang, cabaran yang boleh memendekkan tempoh hayat Najib sebagai Perdana Menteri hanyalah Mahathir.
Apakah dengan menayangkan video dan membawakan wajah dan suara Anwar ke dalam Dewan Merdeka, Najib sebenarnya sedang memberi isyarat bahawa beliau juga boleh membawa masuk Anwar secara nyata dan rasmi ke dalam UMNO jika keadaan memerlukannya berbuat demikian.
Sebagaimana Mahathir boleh menjemput Tengku Razaleigh masuk semula ke dalam UMNO suatu ketika dahulu, tenulah tidak mustahil jika Najib juga boleh menjemput Anwar kembali ke pangkuan UMNO.
Bukankah politik itu seni yang serba mungkin, lebih-lebih jika sudah berkongsi musuh nanti. (SH 05/12/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuan,
ReplyDeleteSedih dan hiba hati saya melihat dan m3ndengar ucapan presiden UMNO di pe4himpunan parti melayu terbesar yang wujudnya hanya untuk memp34juangkan nasib orang melayu ri bumi tanah tumpah dan tanah dimana orang m3layu akan disemadikan jasadnya.
Didalam k3adaan orang melayu b3gitu tersepit di zaman global ini, dizaman majoriti orang melayu bertarung untuk meneruskan kehidupan dimasa semua benda mahal - Najib memilih dengan sengaja mengemukakan apakah halatuju perjuangan UMNO untuk membela nasib orang melayu yang sedang terhimpit dengan teruk. Apakah halatuju kerajaan untuk memperbaiki ekonomi negara yang sedang mengelunsur tanpa halangan ciptaan dia sendiri.
Disaat-saat genting begini dia sengaja memilih untuk membangkitkan isu remeh yang bernilai sifar. Sedih yang amat. Bertambah pedih bila dia melakukan ini dengan sengaja dan dengan niat yang jelas.
Didalam masa dia dengan sengaja menaikkan harga pelbagai benda untuk menjana pendapatan segera untuk memenuhkan kantung kewangan negara yang sudah kering dengan menekan kewangan rakyat terbanyak - dia memilih untuk menjadi badut disaat-saat kritikal ini.
Adakah ini satu kebodohan?TIDAK...TIDAK! Ini adalah satu p3ngkhianatan yang jelas lagi terang.
Yang j3las kedudukan kewangan negara amat tenat. Jika tidak tenat masakan dia sanggup menekan rakyat dengan m3naikkan semua benda sedangkan fakta yang ada kearah menurun. Alasan adalah untuk mengurangkan subsidi.
bat8
Rmalan Anwar akan dibawa masuk semula kedalam parti UMNO Baru tidak berapa jelas atau tidak mungkin berlaku...
ReplyDeleteNamun memperlecehkan Anwar dengan 40,000 pengundi Bangla tidak dibuktikan itu sebenarnya memperlihatkan kebodohan orang-orang Najib dalam melakukan kerja membodek boss.
Apa yang rakyat biasa faham tentang 40,000 Bangla yang disebut oleh Anwar itu adalah Bangla yang sudah memiliki ic biru. Mereka telah menjadi warga negara kategori express....
Polis tidak dapat menahan warga Bangla itu kerana mereka ada ic biru. Oleh kerana itu tidak timbul soal Anwar membohongi sesiapa kerana kes ic palsu yang dimiliki oleh pendatang haram memang benar berlaku dan diakui oleh KDN dan JPN.
Dan Ku Nan pula memberitahu bahawa UMNO Baru mempunyai keahlian yang paling ramai dari negeri Sabah. Maksudnya apa?
Apa yang ahli UMNO Baru faham tentang pendatang haram dapat ic biru secara mudah ?
Perhimpunan agung itu hanyalah tempat pemimpin peringkat tertinggi bikin wayang saja bagi menutup kejahatan mereka menzalimi bangsa sendiri.... Kenapa tiada usul menghalang kenaikan harga barang, mempersoalkan GST, menghayati kesusahan dalam bencana banjir....Haramjadah !
Melayu melarat kerana UMNO. Tidak syak lagi. Puluhan tahun UMNO berkokok dan melalak parti itu sentiasa perjuangkan Melayu dan Islam tapi hakikat yang ada hari ini, majoriti yang terpinggir dan miskin melarat adalah kaum Melayu.
ReplyDeleteApakah UMNO perlukan 50 tahun lagi untuk meletak Melayu dikedudukan yang sewajarnya?. Kenyataannya ialah UMNO tidak mungkin dan tidak akan pernah berjaya untuk memperjuangkan Melayu kerana laungan memperjuangkan Melayu itu cuma retorik golongan Melayu elitis untuk terus menjadi Raja tanpa singgahsana..
Maka tidak hairanlah para menteri UMNO, keluarga, anak anak serta kerabat mereka semuanya hidup bagaikan raja walau tanpa istana rasmi. UMNO Sebenarnya adalah parti yang telah membunuh masa depan majoriti bangsa melayu. Jika UMNO terus hidup...Melayu akan makin ramai merempat di negara sendiri kerana jati diri UMNO bukan lagi jati diri melayu. UMNO baru tidak lagi bersemangat UMNO lama. Parti ini harus dinyahkan dari bumi Malaysia demi masa depan Melayu yang lebih terbela.
Sdra
ReplyDeleteUMNO sebenarnya menjadikan massa melayu sebagai hamba yang bergantung untuk hidup kepada tuannya macam zaman dulu. Dengan memperhambakan massa melayu mereka merompak semua p3luang orang melayu untuk mengkayakan golongan mereka.
Bilangan yang betul-betul menikmati kekayaan dalam ertikata sebenar dari mereka ini hanya kecil sahaja berbanding dengan jumlah keseluruhan massa melayu. Ini gologan elitis dan yang berada dipuncak kuasa sahaja. Selebihnya tu hamba-hamba seperti kita juga yang dok membodek siang malam untuk dapat kekupang dua. Puak-puak ni lah yang dok pi masuk kampong dok m3nipu orang melayu bagi pihak tuan-tuan mereka. Puak ni la yang bertanggungjawab untuk merosak orang melayu diperingkat akar umbi.