Saturday, 14 December 2013

Dunia Sudah Terbalik, Mat Sabu Pula Diminta Kemuka Bukti!!


Dalam perkembangan terbaru mengenai dakwaan menganut fahaman Syiah yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, pegawai agama KDN, Dr Zamihan Mat Zain Al-Ghari meminta pemimpin Pas itu tampil mengemukakan bukti menafikan dirinya terlibat dengan fahaman itu.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, melalui youtube atau akhbar," kata Dr Zamihan yang namanya turut disebut dalam pendedahan bukti oleh KSU KDN dua hari lalu.

Dalam masa yang sana, beliau juga mengakui 10 bukti (sebenarnya hanya maklumat) yang didedahkan oleh KDN mengenai Mat Sabu hanya boleh dikategorikan sebagai gred B tetapi dalam masa yang sama masih mempunyai bukti gred A yang disimpan dan hanya akan didedahkan jika keadaan memerlukan.

Terlihat ada yang pelik dalam hal ini. Sepatutnya yang perlu mengemukakan bukti adalah pihak yang menuduh, bukannya pihak yang kena tuduh. Jika Zahid Hamidi dan KDN begitu yakin dengan bukti yang mereka ada, mereka seharusnya tidak perlu berlengah lagi untuk menyerahkan bukti yang ada kepada Jakim supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Hanya setelah Mat Sabu ditahan dan didakwa secara rasmi, barulah beliau boleh mengemukakan pembelaan secara rasmi untuk menafikan penglibatannya dalam menganut fahaman Syiah.

Lagi pun, bukankah dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, yang digegak-genpitakan oleh Zahid Hamidi ialah untuk menahan Mat Sabu dengan memberi arahan kepada Jamil Khir supaya segera berbuat demikian?

Jadi apa tunggu lagi?

Kenapa pula sekarang, KDN melalui Dr Zamihan meminta Mat Sabu mengemukakan buktinya? Tanggungjawab mengemukakan bukti adalah pada KDN, bukannya pada Mat Sabu.

Lebih pelik lagi ialah kenyataan Dr Zamihan bahawa Mat Sabu boleh mengemukakan bukti-bukti penafiannya itu sama ada melalui bersemuka dengan KDN, melalui youtube atau akhbar. Setelah 10 maklumat yang didedahkan sebelum ini disifatkan longgar dan tidak kukuh, kenyataan Dr Zamihan ini seakan-akan mengesahkan bahawa KDN tidak berniat sama sekali untuk menahan Mat Sabu, sama ada dengan kerjasama Jakim atau sebaliknya.

Apa yang sebenarnya dimahukan Zahid Hamidi, tetapi menggunakan KDN untuk tujuan tersebut ialah mahu menjadikan Syiah ini sebagai isu politik semata-mata. Jika tidak, masakan Mat Sabu dibenarkan mengemukakan bukti walau melalui akhbar atau youtube sekali pun!

Sudah tentulah jika Mat Sabu melayan permintaan Dr Zamihan ini dengan mengemukakan bukti melalui akhbar atau youtube, Zahid dan KDN akan membalasnya dengan kaedah yang sama juga. Akhirnya meriahlah aktiviti berbalas-balas ini melalui media saja, tidak lebih dari itu.

Dalam masa yang sama, KDN, Ketua Setiausahanya dan Dr Zamihan terlihat sedang dipapan-caturkan untuk mencapai tujuan itu sedangkan isu keselamatan dan akidah yang kononnya menjadi pokoknya sebelum ini, semakin diketepikan. Dalam masa yang sama, jika isu Syiah ini berjaya dimainkan dan digembar-gemburkan melalui media, ia juga diharapkan menjadi pemangkin untuk melonjakkan lagi karier politik Zahid Hamidi yang kebelakangan ini dilihat seperti tidak sabar-sabar ke arah itu.

Ternampak juga bahawa dengan memberi keistimewaan kepada Mat Sabu berhujah mengenai Syiah ini melalui akhbar atau youtube, apa yang diinginkan sebenarnya hanyalah menjadikan ianya ssbagai mainan di media dan perbualan umum sahaja supaya akhirnya Pas diharap dapat dilumpuhkan dan kerjasama dalam PR dapat dikuburkan.

Dengan pengakuan Dr Zamihan bahawa ada bukti gred A dan gred B dalam simpanan KDN, mengukuhkan lagi bahawa isu Syiah ini bukan saja untuk mainan politik, tetapi boleh dilanjutkan lebih masa permainannya dengan mengeluarkan satu demi satu bukti untuk dijawab.

Percubaan menyerang Pas dengan mengaitkan isu Syiah ini juga dilihat untuk mewajarkan lagi tindakan UMNO meminda perlembagaan dengan memasukkan perkaraan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta untuk mengekalkan penguasaan politiknya terhadap kelompok Melayu luar bandar yang telah memberi talian hayat kepada pengekalan kuasanya dalam PRU 13 lalu.

Hanya itu tujuan Zahid membangkitkan isu Syiah ini sebenarnya sedangkan Syiah-Syiah lain hanya dibiarkannya saja sebebas-bebasnya. Jika benar Syiah itu bahawa dari segi akidah dan keselamatan, tindakan seharusnya lebih menyeluruh. Penyebaran fahaman Syiah di pusat-pusat pengajian tinggi tidak pernah diambil tindakan. Jika Zahid sebelum ini membanggakan dirinya di Perhimpunan Agung UMNO bahawa KDN telah menolak permohonan untuk menubuhkan Majlis Syiah Malaysia, tetapi apa tindakannya kepada penganjurnya? Kenapa mereka dibiarkan bebas?

Begitu juga kepada surau dan madrasah yang dipercayai menyebarkan fahaman Syiah, kenapa tiada tindakan selama ini jika benar sudah ada bukti mengenainya.

Sebaliknya Mat Sabu dan Pas juga disasarkan dalam isu Syiah ini. Tentulah sebabnya kerana ada untung lumayan di sebaliknya, bukan saja kepada UMNO tetapi juga kepada masa depan politik Zahid Hamidi sendiri. (SH 14/12/2013)

12 comments:

  1. Tuan,

    Sebelum kita semua terperangkap dengan jerat-jerat bodoh yang cuba dipasang UMNO, eloklah kita kenal dulu siapa Dr Zamihan ni. Nak kenal siapa dia pi kat utube,taip nama dia. Tengok lah kuliah-kuliahnya di utube. Cari video yang dia bantai Ustaz Yussuf Qardhawi.

    Dr Zamihan ni lahir kat Gua Musang....ulu kelantan. Hehehehe.

    Orang kena tuduh kena bagi bukti dia xbersalah. Kalau tuduhah itu gred "F" sekalipun, depa minta kita bagi bukti macam-macam yang bergred "A+".

    Itu le stail UMNO. Dia tuduh butaa je. Kita yang kena bagi bukti. Bila kita tuduh dia,mulalah kita ni pengkhianat la dll sedangkan bukti kukuh depan mata. Boleh lagi buat auta bodoh.

    Dr Zamihan pulak minta bukti ilmiah walaupun mengakui bukti yang ada hanya gred "B". Nampak tak perangai UMNO dalam diri si Ustaz ni. Maklum le dia sorang je ade Phd bidang ugama di Malaysia ni...hehe

    ReplyDelete
  2. Tuan Shah,

    Inilah jadinya bila puak puak bangang lagi bengong mentadbir negara. Hukum dan undang undang apa yang mereka pakai?. Undang undang rimba agaknya atau undang undang yang lebih advance dari undang undang dan sistem komunis?

    Lebih bangang dan super bengong ialah kerana kononnya ada bukti Gred A tapi didedahkan pula bukti gred B. Kalau dah bukti gred A itu lebih kukuh dan mampu menutup mulut Mat Sabu, jadah apa mereka simpan dan pendamkan bukti itu?. Bukankah bukti gred A itu akan lebih afdal untuk mereka menangkap dan mendakwa Mat Sabu.

    Pada saya baik Zahid, orang kuat KDN mau pun siapa yang mencanang isu ini, mereka bukan sekadar otak gred B tapi otak gred paling koman kerana gagal bertindak rasional. Malah orang orang begini termasuk Zahid Hamidi tak ubah macam orang gila atau begok atau edan.

    Saya pernah bertanya sendiri Mat Sabu di sebuah masjid sewaktu kami sama sama berjemaah berimamkan seorang imam lantikan Jabatan Agama Islam Negeri. Beliau menarik tangan saya dan menjelaskan memang beliau sakit hati dengan dakwaan sedemikian yang tak sudah sudah. Kata Mat Sabu..perkara ini bukan baru. Kalau lah Mat Sabu ni benar benar berfahaman shiah dan KDN mempunyai bukti yang cukup dan jelas sejak lama dulu, kenapa tidak di dakwa Mat Sabu ke muka pengadilan?. Tidak ini suatu yang pelik dan anih?.

    Abdullah Hassan di Pendang, Kedah merupakan ketua shiah Kedah. Beliau mengaku menganut fahaman shiah. Soalnya kenapa tidak ada tindakan terhadap beliau serta pengikutnya malah sebaliknya beliau pula lebih be4rani menyaman pihak dan individu yang membuat tuduhan terhadapnya?. Apakah Zahid, KDN, JAKIM mau pun JAIK terlepas pandang perkara ini atau mata orang orang seperti Zahid dan sekutunya buta belaka dan tidak bertindak.

    Pada saya Abdullah Hassan serta pengikutnya bebas mengamalkan ajaran berkenaan tanpa gangguan disebabkan mereka tidak mengambil tahu hal politik dan tidak menjadi penentang tegar UMNO BN seperti Mat Sabu. Dan lagi pada hemat saya, orang orang seperti Mat Sabu dan Anwar ini sedang menjadi buruan sebenarnya disebabkan dua tokoh ini berkemampuan besar menyebabkaqn UMNO BN tersungkur. Malah realitinyaq kdua dua tokoh ini menjadi faktur penyatu rakyat Malaysia yang berbilang kaum di Malaysia. Ini sebenarnya yang menggerunkan UMNO BN lebih lebih lagi tanda aras sekarang ini menunjukkan UMNO BN berkemungkinan besar akan tersungkur daqlam GE14 nanti. Maka peranan dua tokoh ini harus dihentikan serta merta dan alasan serta bukti harus dikumpul malah kalau perlu direka bagi menghalalkan pemerintah menangkap dan memenjarakan baik Mat Sabu mahu pun Anwar Ibrahim.

    Selagi undang undang celaka dan sistem kehakiman yang caca marba ini tidak diakhiri, bukan sekadsr Mat Sabu atau Anwar Ibrahim, malah banyak pimpinan pembangkan yang lain akan turut diheret sama. Lihatlah saja nanti.

    Bika kerajaan thaghut dibiarkan terus berkuasa, yang putih pun akan mereka cuba ubah agar menjadi hitam. Maka rakyat Malaysia harus berwaspada dan perlu lakukan sesuatu sebelum terlambat. Apa cara sekali pun....kerajaan thaghut hari ini perlu ditumbangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan mimpi disiang hari...Kalau rakyat dengar ceramah dari Abdullah Hasan ...apa impact yang dia boleh buat? Tapi kalau Mat Sabu yang berceramah , cerita dongeng pun orang kata betul...kalau betul Mat Sabu itu syiah dan dalam ceramah dia masukkan unsur syiah, hancur MALAYSIA ni nanti..Biar lah Malaysia ni diperintah oleh "Kerajaan Puak Bangang" tetapi makmur...daripada diperintah oleh 'Kerajaan Mengarut' yang hanya pandai bercakap tapi habuk pu tarak......

      Delete
  3. Dari Zahid Hamidi yang memulakan isu syiah lalu diserahkan kepada Jamil Khir tunjuk kuasa siasat dan tangkap Mat Sabu tapi Jamil tidak ada bukti terpaksa serahkan semula isu kepada KDN supaya sediakan bukti.

    Maka Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang makan gaji dengan bangganya mengatakan bahawa Mohamad cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia berdasarkan 10 maklumat diterima oleh kementeriannya.

    Maklumat kabur itu adalah hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.

    Untuk menunjuk kan mereka lebih bijak memperbodohkan orang lain, Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari pula berkata Mat Sabu perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN kelmarin yang mengaitkannya dengan fahaman syiah.

    "...Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar...,"

    Dan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang nak tunjuk lagak hero tapi bodoh, pula berkata beliau akan berbincang dengan ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung cadangan penubuhan pasukan 'polis syariah' bagi membanteras ajaran sesat dan fahaman syiah. Jenayah sedia ada tidak mampu nak benteras sibuk dengan tugas baru.

    Oleh kerana nak menutup kegagalan dan kebodohan mereka merancang konspirasi menjatuhkan kerjaya Mat Sabu, maka Jamil Khir Baharom berkata beliau menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam negeri untuk menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dikaitkan dengan fahaman Syiah susulan pendedahan bukti oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kelmarin.

    Dan paling melucukan melihat kelaku mereka.... ada ratus ribu penganut fahaman syiah dalam Malaysia tidak diusik malah dibenarkan buat laporan polis jika kumpulan mereka diganggu..... cuma Mat Sabu seorang saja dilarang mengamalkan fahaman syiah;.....kenapa ?

    Jika ahli PAS tidak dapat memahami betapa perlunya Mat Sabu diberi sokongan padu dalam menentang kezaliman UMNO Baru dan BN .... anda memang kumpulan lebai malang !

    ReplyDelete
  4. Isu ini sebenarnya menzahirkan betapa barisan pentadbir dan penguasa di bawah kerajaan umno bn hari ini tersangat bodoh dan gelojoh. Rakyat Malaysia yg berpendidikan hatta di kalangan penyokong umno bn pun tahu akur bahawa pucuk pimpinan dan pentadbir yg terlibat dlm hal ini adalah barua barua umno yg haloba habuan. Maka mereka ini sanggup membodohkan diri sehingga hilang kewarasan seketika. Senang senang buat tuduhan tapi minta pula yg dituduh kemuka bukti. Ajaran dan undang undang bapak dajal mana mereka ikut?

    ReplyDelete
  5. Saya masih menunggu dalang pencerobohan yg kononnya dari kalangan pemimpin pembangkang. Bila agaknya Zahid Hamidi nak umumkan ya? Org Lahad Datu tak sabar nak tau ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih dalam gred d..belum capai c so takleh keluar...mungkin keluar mungkin tidak..saya hanya mendengar ..tapi saya tiada bukti

      Delete
  6. kalau mat sabu tak saman zahid..pasti ramai ahli pas atau pakatan akan bertukar arah mengundi umno..pergilah ke kampung...ayah sokong umno...anak sokong pas..tapi sebab isu shiah anak terpaksa akur menyokong umno...kenyataan zahid telah menyebabkan mat sabu hilang pengaruh di luar dunia bloggers...jika mat sabu mengambil tindakan saman pasti menguatkan kembali keyakinan kerana orng kampung tkdak internet..beli utusan baca ramai ramai..berita utusan hari ini telah menyebabkan ramai pengundi luar bandar hilang kepercayaan pada pas dan pakatan kerana mat sabu shiah.
    orang luar bandar tak tahu pon apa shiah dan telah mempercayai sebagai ajaran sesat dan tentu sekali mempengaruhi undi mereka pada pru 14...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL SANGAT KE ...HEBAT SANGAT KE ...PAS TU....

      Delete
    2. Org kpg sblum pru 13 memang trima bulat2 apa umno hidangkan tapi org kpg slpas pru 13 sdh mtang kerana kita tdk jemu mmberi pnerangan dan pencerahan .
      Kenaikkan hrga brgan kperluan hrian mmberi kesan kpd khidupan org dan dr itu org kpg sdh sedar sekarang siapa umno yg mreka puja selama ini.

      Delete
  7. Zamihan ni dr apa, dr perubatan ke dr haiwan, tolong beri pencerahan

    ReplyDelete
  8. Yg kita dok gelak dua tiga hari ni rupanya gred B, itupun senak perut dibuatnya. Kami nak tunggu pula bahan lawak boleh buat gelak gred A pula, pecah perut pun tak apa asal saja dapat gelak gred A.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...