Monday, 9 December 2013
Kalau Berpura-Pura Tanda Syiah, Dalam UMNO Pun Ramai Penganutnya
Dalam reaksi awalnya mengenai dakwaan yang dibuatnya di penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, Sabtu lalu bahawa orang nombor dua dalam Pas iaitu Mohamad Sabu mengamalkan ajaran Syiah, Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, bukti terperinci mengenainya akan dibuat dalam sidang akhbar khas yang akan diadakan tidak lama lagi.
Katanya, Ketua Setiausaha KDN, Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya akan mendedahkan bukti-bukti mengenai dakwaan yang dibuatnya itu dan pemimpin yang didakwa itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam amalan Syiah itu.
"Kenapa dia perlu takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti, dia nak cakap apa? Salah satu elemen orang Syiah ialah berpura-pura," tegas Naib Presiden UMNO itu lagi.
Adoyai, takkan sikap berpura-pura boleh dikaitkan dengan Syiah!
Sementara menunggu sidang akhbar khas itu diadakan dan bukti-bukti lain didedahkan, sehingga ini pemahaman Zahid ialah orang-orang yang berpura-pura sudah boleh dikategorikan sebagai pengamal ajaran Syiah. Tidakkah ini lawak jenaka jadinya?
Mengaitkan sikap dan perangai berpura-pura sebagai elemen Syiah adalah terlalu dangkal dan lemah. Pura-pura ialah salah satu sikap dan perangai manusia. Ia tidak ada kena-mengena dengan agama atau amalan Syiah. Berpura-pura juga tidak mengenal agama, bangsa dan warna kulit.
Dalam Islam ada orang yang berpura-pura, di kalangan bukan Islam pun ada. Di kalangan orang putih atau di kalangan orang Negro pun ada sikap itu. Begitu juga di kalangan bangsa dan agama lain. Pendeknya, sikap dan perangai berpura-pura ini boleh didapati di mana-mana saja. Ia ada di Amerika, di negara-negara Arab, di zaman dahulu, zaman sekarang dan zaman akan datang. Di negara kita pun ramai yang berpura-pura.
Ia juga tidak mengenal Islam atau bukan Islam, Syiah atau bukan Syiah.
Di dalam Pas ada yang berpura-pura, malah di dalam UMNO juga mungkin lebih ramai jumlahnya. Bagi yang pernah bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO, sama ada di peringkat bahagian atau Majlis Tertinggi, tentu amat faham tentang perangai berpura-pura ini.
Adakah ini bermakna dalam UMNO juga ramai penganut Syiah?
Suatu ketika, pernah seorang pemimpin UMNO yang bertanding jawatan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia melahirkan rasa kecewanya dengan sikap perwakilan UMNO yang bersikap berpura-pura didepannya dengan mengatakan telah memberikan undi kepadanya sedangkan beliau akhirnya kalah juga.
Kata pemimpin tersebut, kalau ikutkan yang bersalam dan mengaku memberi undi kepadanya, jumlahnya hampir 1500 orang tetapi akhirnya undi yang diperolehinya tidak sampai pun 300 jumlahnya. Apakah mereka itu penganut Syiah belaka?
Sudah tentulah tidak masuk akal untuk mengatakan berpura-pura itu salah satu elemen Syiah kerana sikap itu bersifat umum dan ada pada semua kelompok manusia, dan bukannya ciri mutlak orang Syiah.
Sebagai Menteri Dalam Negeri yang berani membuat dakwaan secara terbuka kepada Mat Sabu sebagai pengamal Syiah, Zahid Hamidi tidak seharusnya cuba berselindung dengan memberi hujah atau bukti yang longgar dan umum mengenai dakwaan yang dibuatnya sehingga akhirnya tafsiran umum ialah beliau sengaja membangkitkan isu itu sekadar untuk meraih publisiti semata-mata.
Ini kerana dengan hujah atau bukti yang longgar, sudah tentu orang yang dituduh dengan mudah saja menangkis dakwaan itu dan penyudahnya dakwaan mengenai Syiah yang dibangkitkannya itu hanya menjadi mainan dan berlegar-legar di media sahaja.
Dalam kes Mat Sabu ini, kalau sekadar satu atau dua kejadian Timbalan Presiden Pas itu pernah bersikap berpura-pura saja sebagai bukti yang ada untuk menuduhnya mengamalkan ajaran Syiah, lebih baiklah ianya tidak didedah atau digembar-gemburkan kepada umum. Bukti-bukti yang lebih kukuh, konkrit dan jelas haruslah dikemukakan.
Jika setakat itu saja asasnya yang menjadi pegangan Zahid Hamidi, bermakna ramailah pengamal Syiah ini, termasuk sebahagian besar ada di dalam UMNO sendiri. (SH 09/12/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hadoiii !
ReplyDeleteZahid Hamidi dah mula jadi Pak Lawak. Boleh tanding rebut title Maharaja Lawak. Kalau ada sesiapa yang selama ini pernah berpura pura..AWAS...Zahid Hamidi dan JAKIM mungkin akan tangkap anda kerana anda adalah Shiah.
Adakah Najib yang berpura pura tak pernah kenal nama Altantuya itu juga Shiah?. Adakah Tengku Adnan yang menyamar dan berpura pura sebagai keturunan Tengku juga Shiah?. Rakyat harap kalau Mat Sabu yang dikatakan berpura pura itu dianggap Shiah dan ditangkap, maka rakyat juga nak tengok Zahid Hamidi juga tangkap Najib dan Tengku Adnan atas alasan yang sama.
Ada berani ka jawa oiii????
Macam mana dengan aku ni berpura-pura tepuk tangan kuat2 semasa najib duk puji bini dia, aku pura2 tepuk pasai orang kanan najib duk sebelah aku.adakah aku syiah
ReplyDeletemakin hari, makin sasau Jawa ni
ReplyDeleteWoii Zahid aku pun jawa hang ni buat malu jawa saja, cari lah bukti kukuh sikit. hang ni jawa apa. jangan jadi asam jawa sudahlah.
ReplyDeleteTanda syish ialah kawin mutaah.......berapa ramai org2 melayu yg melanggan pelacur....mereka ni lebih teruk drp syiah........
ReplyDelete