Thursday, 28 November 2013
Kalau Ada Rizab RM2.7 Bilion, Apa Salahnya Naik Gaji!!
Isu kenaikan gaji anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kini hangat diperkatakan. Ramai yang menyifatkan kenaikan yang diusulkan oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim dan diluluskan oleh DUN Selangor itu terlalu tinggi terutama bagi jawatan Speaker dan Timbalan Speaker yang hanya bertugas mempengerusikan sidang Dewan Undangan Negeri beberapa kali saja dalam setahun.
Struktur gaji baru itu ialah Menteri Besar daripada RM14,175 kepada RM29,250, anggota Exco daripada RM6,109 kepada RM20,250, Speaker daripada RM6,109 kepada RM22,500, Timbalan Speaker daripada RM3,327 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.
Selain Anwar Ibrahim selaku Penasihat kerajaan negeri Selangor yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi manakala Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor turut membantah dan meminta ia ditangguhkan, beberapa pihak lain turut juga membantah.
Presiden Perkasa, Ibrahim Ali menyindir bahawa kenaikan dengan mengatakan, gaji sebanyak itu, orang pekak, orang bisu dan golongan orang kelainan upaya (OKU) pun mampu menjadi wakil rakyat di negeri Selangor.
Beberapa pihak lain seperti pemimpin UMNO, NGO pro UMNO, Cuepacs dan lain-lain turut membantah kenaikan itu dan rata-rata menyatakan kerajaan negeri Selangor sepatutnya mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya diri sendiri.
Bekas MB Selangor, Abu Hassan Omar juga turut mengulas dengan menyatakan kenaikan itu tidak rasional dan tanpa memikirkan kepentingan rakyat. Bahkan, katanya, ketika beliau menjadi Menteri Besar, kenaikan gaji dan elaun anggota pentadbiran kerajaan Selangor dan Adun tidak pernah dibincangkan kerana kerajaan pimpinannya ketika itu sentiasa memikirkan kebajikan rakyat. Ewah, ewah...begitu menyentuh kalbu kenyataan bekas MB Selangor ini yang kariernya berakhir kerana dinasihatkan berundur berikutan terdedahnya suatu skandal berkaitan dirinya.
Adun-Adun BN di Selangor pula bersikap double-standard di mana mereka hanya mempertikaikan peratusan kenaikan gaji MB, Exco, Speaker dan Timbakan Speaker tetapi mengalu-alukan kenaikan gaji bagi Adun dengan alasan beban tugas wakil wakil tidak kenal cuti dan tiada istirehat di hujung minggu. Walaupun membantah tetapi bersetuju untuk kepentingan sendiri.
MB Selangor, Khalid Ibrahim bagaimanapun mempertahankan kenaikan itu dan bertegas ia tetap akan dilaksanakan sebagaimana yang dijadualkan. Katanya, kenaikan itu bukan saja mengambil kira beban tugas wakil wakil rakyat dan anggota pentadbirann kerajaan yang kian bertambah tetapi juga kerana dipersetujui oleh semua Adun dan BN dan PR sebelum ini.
Sambil mempertahankan kewajaran kenaikan itu, beliau juga berkata, ia dilaksanakan dengan menjadikan kenaikan gaji dan elaun anggota pentadbiran kerajaan negeri Sarawak pada Mei lalu sebagai rujukan dan perbandingan.
Kenaikan gaji yang diluluskan di Sarawak ialah Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000, Timbalan Ketua Menteri daripada RM11,500 kepada RM35,000, menteri kanan dan Speaker daripada RM9,000 kepada RM30,000, menteri daripada RM9,000 kepada RM27,000, pembantu menteri dan Timbalan Speaker daripada RM7,000 kepada RM21,000 dan Adun daripada RM4,500 kepada RM15,000.
Mukhriz Mahathir pula baru-baru turut menaikkan elaun Adun negeri Kedah sebanyak RM1,300.
Secara logik dan idealnya, kenaikan gaji di Selangor ini tidak ada salah dan cacat-celanya, bahkan bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab mereka. MB, Exco dan Adun bukan saja bekerja selama antara 16 hingga 18 jam setiap hari, bahkan meteka juga banyak memberi sumbangan dan bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Orang sakit, isteri bersalin, bayar bil letrik, anak mahu sekolah, anak kahwin dan pelbagai lagi, semuanya selalu diadukan kepada wakil rakyat untuk meminta bantuan.
Semua sumbangan dan bantuan itu adalah menggunakan wang poket sendiri. Dengan adanya kenaikan itu, ia pasti meringankan sedikit bebanan mereka.
Kenaikan itu sebenarnya bukanlah untuk kepentingan peribadi, keluarga dan anak isteri untuk membeli-belah dan membeli beg tangan yang mahal-mahal tetapi akan menjadikan mereka lebih selesa menabur khidmat bakti kepada rakyat.
Lagi pula, kerajaan negeri Selangor telah membuktikan kecekapan, kebersihan dan kurangnya ketirisan dalam pentadbiran sehingga mempunyai simpanannya kini mencecah sebanyak lebih RM2.7 billion. Ini merupakan suatu sejarah bagi Selangor dan tidak pernah dicapai oleh mana-mana era kepimpinan MB sebelum ini.
Memang betul ketika zaman Abu Hassan, beliau tidak pernah membincangkan soal kenaikan gaji tetapi tanyalah juga beliau, berapakah rizab kerajaan negeri ketika beliau menjadi MB Selangor?
Dengan rizab yang tinggi sekarang ini dan pentadbiran yang cekap yang telah terbukti, apalah salahnya kenaikan gaji itu. Tetapi kenaikan gaji selalunya akan diiiringi dengan peningkatan prestasi dan khidmat bakti. Anggota pentadbiran dan wakil rakyat Selangor juga pasti tidak banyak mengeluh lagi dengan adanya kenaikan ini. Inilah sebenarnya falsafah kenaikan itu.
Bagi Speaker dan Timbalan Speaker, walaupun kenaikannya agak tinggi berbanding gaji sebelum ini tetapi ia sebenarnya sesuai dengan status dan kedudukan mereka dalam sistem pentadbiran kerajaan. Dengan kedudukan gaji yang lebih baik, rakyat juga akan lebih menghormati kedudukan mereka.
Selain itu, kenaikan gaji ini juga mengurangkan berlakunya amalan rasuah dan tidak amanah dalam menjalankan tugas di kalangan anggota pentadbiran kerajaan. Lihatlah kedudukan MB, Exco dan wakil rakyat Selangor ketika era BN, walaupun gaji mereka tidak tinggi tetapi hampir kesemuanya diketahui mempunyai kehidupan yang mewah, rumah besar, kereta besar yang jika diukur secara logik, langsung tidak sepadan dengan gaji dan pendapatan mereka.
Di Singapura memang diketahui, Perdana Menteri dan menteri-menterinya mempunyai gaji yang paling tinggi dalam dunia tetapi lihatlah kecekapan dan kegigihan mereka dalam membangunkan negara itu. Bahkan kejadian rasuah yang melibatkan pemimpin kerajaannya hampir tidak pernah kedengaran.
Dalam kes Selangor ini, sewajarnya Khalid Ibrahim mempertahankan kenaikan itu. Tetapi apa yang perlu beliau lakukan selepas ini ialah mempastikan perbelanjaan untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat turut dipertingkatkan. Berilah kemudahan dan keselesaan yang sewajarnya kepada rakyat negeri Selangor.
Buktikanlah kepada rakyat kenaikan gaji ini benar-benar berbaloi dengan perkhidmatan yang bakal diberikan. Di samping memastikan rizab atau tabungan kerajaan negeri terus kukuh, seimbangkanlah dengan kemudahan dan faedah untuk rakyat. Program kebajikan, perumahan, bantuan untuk golongan berpendapatan rendah harus sentiasa dipertingkatkan.
Jika ini dapat dilakukan, kewajaran mengapa kenaikan gaji dilakukan akan dapat difahami akhirnya. Mungkin sekarant banyak yang membantah tetapi masa akan menjawabnya nanti. (SH 28/11/2013).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pilih satu diantara dua, gaji ADUN tidak dinaikan tapi mereka mengamalkan rasuah, menipu dan mencuri seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh Khir Toyo suatu ketika dulu atau mereka tunjukkan kewibawaannya sebagai wakil rakyat yang jujur serta berterus terang tentang hasil pendapatan yang mereka miliki sepanjang perkhidmatan ?
ReplyDeleteSaya selaku rakyat biasa negeri Selangor, amat bersetuju gaji ADUN dinaikkan kerana mereka telah membuktikan kecekapan, kebersihan dan kurangnya ketirisan dalam pentadbiran sehingga mempunyai simpanannya kini mencecah sebanyak lebih RM2.7 billion tanpa perlu jadi pengemis dengan kerajaan pusat meminta bantuan seperti yang dilakukan oleh sesetengah kerajaan negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional.
Tuan, saya setuju dengan kenaikan gaji bagi Adun negeri Selangor. Sesiapa yang bekerja kuat layak mendapat habuannya.Tidak seperti Noh udang, Bagi jadi Adun buat kerja lain.Betullah si Noh ni otak udang!
ReplyDeleteia ke mereka bekerja 16 hingga 18 jam satu hari....cerita ke apa....kalau kepandaian MB setakat naik kan gaji dan elaun...buang masa sahaja jadi MB betul lah kata bos PERKASA orang buta pun bolih jadi MB...Khalid you unfit to lead SElangor...lembab...and selfish...
ReplyDeleteTulis macam orang kecewa aje...
DeleteBunyi macam orang Pekak, Buta dan Tuli aja
DeleteKecoh MB Selangor naikkan gaji exco dan adun eh...sampai Perkasa pun ulas.
DeleteNak tanya satu je - apa ulasan Perkasa bila Taib Mahmud naikkan gaji dia, menteri dan adun Sarawak? Aku tak dengar pun Perkasa ulas. Terlupa pulak,Perkasa ingat Sarawak tu dalam Indonesia kan...
kalau reserve dah byk sangat, kenape kakitangan awam di selangor dapat setengah bulan bonus je ? nak harap naik gaji jauh sekali. Yang kutip cukai bukan menteri besar. Pikir la sikit....
ReplyDeleteBro,
DeleteBonus hujung tahun dapat setengah bulan. Bonus raya hari tu dapat 1 bulan. Jumlahnya 1 bulan setengah. Bagus tu bagi sebuah negeri dalam Malaysia.
Kerajaan pusat yang punya pendapatan beratus billion bagi bonus hari raya setengah bulan dan bonus akhir tahun setengah bulan. Jumlah 1 bulan je. Kalau kita dengar kata PM dan menteri-menteri 3konomi kita kukuh dan hebat. Wawasan 2020 pun akan dapat dicapai 2 tahun lebih awal - takkan bonus 1/2 bulan + 1/2 bulan je.....
Ops terlupa......kat kakitangan awam Najib bagi 1/2 + 1/2 bulan bonus je t3tapi kat k3luarga shahrizat bagi bonus sampai RM 250 juta pulak. Lepas bagi kat raja ropeah pun ratus-ratus juta. Ini kita nak kira gimana bro?
Jangan samakan kenaikan gaji di DUN Selangor dengan kenaikan gaji di Dewan Rakyat atau DUN DUN lain. Dua perkara ini sangat berbeza. Kenaikan gaji di DUN Selangor adalah rasional dan selaras dengan peningkatan dan pencapaian ekonomi negeri tersebut sedangkan di Dewan Rakyat mahu pun DUN lain, kenaikan gaji berlaku dalam situasi prestasi dan rezab negara/negeri makin merosot.
ReplyDeletePerkembangan ekonomi negeri Selangor sejak ditadbir PR ternyata berganda lebih baik dari apa yang dapat dilakukan oleh pentadbir di era BN dulu. Malah kadar pertumbuhan ekonomi Selangor berbanding kadar pertumbuhan ekonomi nasional juga jauh berbeza. Maka kenaikan ini merupakan satu kewajaran.
Kita perlu adil dan sentiasa rasional bila buat perbandingan atau analisa. Secara relatif rakyat Selangor juga menikmati kemudahan yang jauh lebih baik berbanding apa yang mereka dapat di zaman BN dulu. Maka atas sebab inilah kerajaan yang ada di Selangor hari ini terus mendapat kepercayaan.
Lebih bengong dan membangangkan apabila Ibrahim Ali mengaitkan kenaikan gaji di DUN Selangor dengan OKU. Rasional apa ?. Tapi masyarakat tahu..itulah saja yang mampu dilakukan oleh seorang " tukang kipas " demi kelangsungan hidup kerana presiden PERKASA ini mewakili melayu melayu yang hidup dari sumber perndapaan sebagai " tukang kipas " dan " penjilat UMNO ".
setuju dengan pendapat dinaikkan, sedikit sebyk menyuntik semangat, membuktikan kejujuran dlm melaksanakan tugas memberi imbuhan yg baik. tp, bla kerajaan pusat byk berlaku ketirisan dan salah guna kuasa tidak pula hebat coverage media. sepatutnya dikutuk secara terang-terangan.
ReplyDeletePada hemat saya, kenaikan yg dicadangkan oleh MB Khalid ini wajar dipertimbangkan. Gaji saya sbgai Manager skrg pun dah hampir sama dgn gaji MB Khalid, RM14K.
ReplyDeleteTahukah semua, purata hampir semua gaji CEO GLC di Malaysia skrg lebih kurang RM50K sebulan ke atas ? Itu baru CEO yg hanya menguruskan 1 company sahaja & mungkin beberapa ribu pekerja, & belum termasuk elaun. Ada juga CEO yg di bayar RM200K sebulan & ada juga yg sampai RM 450K sebulan, belum termasuk Bonus & elaun.
Jarang kita terdengar ada isu rasuah & salah guna kuasa semenjak Selangor di bawah MB Khalid. Ini pun dah satu plus point utk justify kenaikan gaji ini, paling kurang, tak ada ADUN PR yg tak ada duit, tapi ada 3,4 biji istana termasuk kereta Bentley kat garage masing2.
Kuasa MB Selangor agak terbatas. ini tidak boleh di bandingkan dgn gaji PM Malaysia RM23K,yg belum termasuk elaun sana-sini & mempunyai unlimited power termasuk boleh guna Jet Kerajaan sesuka hati.
Sebenarnya ADUN BN pun tersangat gembira dgn kenaikan gaji ini, sampai ada antaar mereka yg melompat keriangan dlm bilik tidur & bilik air, tapi malu utk menzahirkan secara terbuka di luar kerana sebab2 tertentu.
Armin Supardi
MB beli gula lebih berbanding rakyat biasa utk buat2 kueh ke, apa2 ke utk jual kat pasar mlm. Utk bawa jualan ke tapak pasar mlm kena pula pakai kereta. Bila pakai kereta kena beli minyak.... Ok2 setuju kenaikan gaji tu
ReplyDeletekalau nak dibandingkan dengan gaji pemain bolasepak di liga super tempatan tu, rasanya gaji yb tu dikira masih rendah lagi
ReplyDeletePRU 14 AKU AGAK ADA K???? KAN KE SELANGOR..GAJI DAH TINGGI
DeleteTakkan nak tunggu rizab capai 100billion, baru nak naikkan gaji? YB2 dah 6 tahun buat kerje musti merungut giler simpan duit rizab banyak2, akhirnya dibaham UMNO slps PRU14.. lagipun gaji ADUN ngan MB memang terlalu memalukan, sampai manager2 tempat saya bekerja boleh mendabik dada gaji mereka lebih tinggi dr MB Selangor sejak 2003 lagi.. kenaikan sebegini pun, baru setara gaji kompeni gue.. masih rendah berbanding kedudukan-status negeri yg mcm2 hebat dr kompeni gue..
ReplyDelete