Thursday, 21 November 2013
Isu Jet Rosmah: Muhyiddin Sedang Diperangkap?
Dalam perkembangan yang semakin membingungkan orangamai berhubung isu penggunaan jet eksekutif yang membawa isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dalam lawatan ke Qatar baru-baru ini, Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said mendedahkan bahawa lawatan ke Qatar itu adalah atas jemputan peribadi dan bukannya urusan rasmi yang melibatkan kerajaan.
Pendedahan ini, jika benar, secara automatik menolak hujah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim sebelum ini yang mengatakan lawatan Rosmah ke Qatar itu adalah atas jemputan kerajaan negara Arab itu dan membawa banyak faedah kepada negara.
Sehubungan itu, Shahidan meminta rakyat berterima kasih atas susah payah dan sumbangan isteri Perdana Menteri itu.
Kalaulah benar juga, lawatan Rosmah ke Qatar itu atas jemputan peribadi, persoalan paling besar ialah mengapakah beliau memohon untuk menggunakan jet eksekutif dan tidak mengeluarkan perbelanjaan sendiri.
Dalam masa yang saja, Azalina yang merupakan bekas Menteri Pelancongan dan telah dilantik sebagai Pengerusi CCM Berhad baru-baru ini, dipercayai atas pengorbanannya menarik diri daripada bertanding menentang Shahrizat Jalil bagi jawatan Ketua Wanita UMNO turut mendedahkan pemergian Rosmah dengan menggunakan jet eksekutif itu telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang ketika itu mempengerusikan mesyuarat kabinet.
Dalam Parlimen sebelum ini, Shahidan hanya menjelaskan pemergian Rosmah dengan menggunakan jet eksekutif dan perbelanjaan kerajaan telah diluluskan oleh kabinet, tetapi beliau mengelak untuk menjelaskan sama ada Najib yang mempengerusikan mesyuarat ketika itu ataupun Najib telah keluar daripada bilik mesyuarat ketika perkara mengenai mengenai lawatan isterinya itu dibincangkan.
Sekali lagi, jika benarlah Muhyiddin yang memberi kelulusan ini, ternampak bahawa beliau telah cuai dan tidak berhati-hati dalam memberi kelulusan kerana adalah jelas suatu kesalahan meluluskan pemergian atas urusan peribadi tetapi menggunakan perbelanjaan kerajaan.
Agak kurang jelas bagaimana Azalina yang bukan anggota kabinet, boleh mengetahui bahawa kelulusan itu diberikan oleh Muhyiddin dan bukannya Najib. Mungkin beliau mengetahuinya kerana ada menteri yang memberitahuinya, atau mungkin juga Rosmah sendiri yang memberitahunya ketika mereka sama-sama berada di awan biru dalam jet eksekutif ketika penerbangan ke Qatar itu.
Bagaimanapun, perkembangan ini nampaknya bakal menjerat Muhyiddin. Apakah tujuan Azalina mendedahkan perkara ini kalau bukan untuk meletakkan semua kesalahan ke atas bahu Muhyiddin pula?
Sejak beberapa hari lalu, semua kecaman mengenai isu jet ini lebih tertumpu kepada Rosmah semata-mata. Selain kewajaran dan kelayakan beliau menggunakan jet eksekutif itu yang dipertikaikan, tindakan beliau mewakili kerajaan dalam kawatan ke luar negara sebagaimana yang dimaklumkan oleh Shahidan juga turut menjadi pertikaian.
Ramai yang mempersoalkan bagaimana isteri seorang Perdana Menteri boleh mewakili kerajaan sedangkan tanggungjawab mewakili kerajaan sepatutnya hanya terhad kepada anggota kabinet dan pegawai kerajaan sahaja.
Nampaknya, dalam isu jet eksekutif ini, semakin lama diperdebatkan, semakin banyak kepincangan yang terdedah. Rosmah yang sedap-sedap dan enjoy terbang dengannya, orang lain pula sedang cuba dikambinghitamkan untuk diletakkan beban kesalahan.
Apakah isu jet itu bakal memasuki episod baru berkaitan politik dan perebutan kuasa di peringkat tertinggi UMNO pula? Azalina nampaknya sudah menebas lalang untuk membuka laluan ke arah itu.
Apa yang berlaku selanjutnya banyak bergantung kepada sama ada Najib atau Muhyiddin sedia berterus-terang mengenai perkara ini. Jika Najib yang meluluskannya, beliau haruslah berterus-terang dan memberikan hujah-hujahnya. Begitu juga jika Muhyiddin yang meluluskannya, beliau juga hendaklah tidak cuba menyembunyikan apa-apa, termasuk sama ada beliau mengetahui lawatan Rosmah itu hanyalah atas jemputan peribadi.
Selain Najib dan Muhyiddin yang belum bersuara dan menjelaskan perkara sebenar kontroversi ini, menteri-menteri kabinet lain juga nampaknya mengambil sikap berdiam diri. Selain Shahidan, belum kedengaran lagi menteri kabinet lain yang bersuara sedangkan mereka inilah yang lebih mengetahui butir-butir perbincangan dalam mesyuarat kabinet.
Dalam mempertahankan pemergian Rosmah itu pula, yang mempertahankannya setakat ini hanyalah bekas-bekas menteri saja iaitu Jamaluddin Jarjis, Noh Omar dan Azalina. Ketiga-tiga mereka ini pula, walaupun tidak dilantik sebagai menteri tetapi diberikan habuan lain seperti Azalina sebagai Pengerusi CCM Berhad, Noh Omar sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Selangor dan Jamaluddin sebagai duta khas ke Amerika Syarikat dengan gaji bulanan sebanyak RM27 ribu.
Sebagaimana kapal terbang telah digunakan untuk memusnahkan Bangunan World Trade Centre di New York dan kemudian membuka jalan untuk Amerika Syarikat menyerang beberapa negara Arab, jet eksekutif yang dinaiki Rosmah yang kini sedang menjadi isu juga sebenarnya sedang mencari mangsanya yang tertentu.
Mungkin Muhyiddin yang sedang disasarkan tetapi mungkin juga Najib yang terkorban akhirnya. (SH 21/11/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebenarnya ahli2 MP UMNO ni nak tunjuk taring yang mereka dengan mengambil bahagian mengampu sakom PM dan isteri tanpa mereka sedari, makin ramai bersuara tanpa disedari banyak perkara tersembunyi terbongkar...
ReplyDeleteFakta yg menghiburkan:
ReplyDelete1. Shahidan Kassim: Lawatan Rosmah ke Qatar atas jemputan kerajaan negara Arab.
2. Azalina Othman Said: Lawatan ke Qatar atas jemputan peribadi dan bukannya urusan rasmi melibatkan kerajaan.
Semua kenyataan itu adalah temberang belaka dan ini yg sebenarnya:
Alif Mim Nun Wau ...... alif tendang wau bunyinya sarkes (dlm parlimen)
Rosmah nie pon satu laa...jgn la asyik jadi penyumbang modal2 org nak tembak BN...pandai2 la pikir...nampak sgt nak menunjuk gaya 1st Lady of Malaysia dgn private jet...mangkuk2 menteri UMNO pon satu bangsat...kalau salah tu dok diam2 laa...takpon konar la isu tu dgn yg seangkatan dgn isu Rosmah nie mcm Anwar pon travel pakai private jet...takpun Guan Eng dgn rainbow dia...alaa...BE SMART PLEASE...
ReplyDeleteBE SMART ....kalau nak kedarah rasuah, sapu komisen, salah guna kedudukan, membazir dana rakyat dll janganlah bising sangat.Pandai sikit kelentong..kan rakyat dah tau sekarang! Tapi kita UMNO peduli apa..muka kan tebal macam kulit babi.
Deletewalau apa pun penjelasan yang di berikan olih Najib, mdin atau mana mana MP BN tidak akan dapat menjawab bahawa adalah menjadi kesalahan peraturan kerana mana mana isteri penjawat awam dari PM ke atau sesiapa tidak layak untuk menggunakan jet kerajaan kecuali bersama suami yang layak seperti terdapat didalam arahan kelayakan contoh nya dalam TUDM terdapapat manual yang menggariskan siapa yang layak menggunakan jet eksekutif tersebut sebarang percanggahan adalah salah guna kuasa kerana implikasi kos melibatkan kegunaan wang negara. This is a clear cut abused of power ....so cakap tak serupa bikin pemimpin Malaysia kelentong lebih...mereka semua perlu di dakwa kalau tidak bayar kos yang terlibat termasuk Azalina and dont bullshit....
ReplyDeleteYB Melayu or MeLAYU ni tak ada kerja lain, siang malam membodek orang2 atas saja. Tak ada malu langsung.
ReplyDeleteTak boleh cari makan dengan kekuatan diri sendirikah?
Kita tunggu apa reaksi KSN pula ?
ReplyDelete