Wednesday, 26 June 2013
Syed Hamid Nak Tembak Ghani Atau Najib?
Dengan tidak semena-mena, malah dari celahan kabus jerebu, tiba-tiba Syed Hamid Albar bersuara mengenai tindakan bekas MB Johor, Ghani Othman yang bertanding dan kalah di Gelang Patah melawan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang yang disifatkannya telah memalukan UMNO Johor.
Menurut bekas menteri itu, sepatutnya biar orang lain saja yang bertanding di Gelang Patah itu kerana kekalahan Ghani itu telah menyebabkan UMNO Johor ditimpa malunya.
Tindakan Syed Hamid menyerang Ghani secara tiba-tiba ini menimbulkan banyak persoalan sebenarnya. Kenapa setelah Ghani kalah baru beliau bersuara sedangkan sebelum pilihanraya dulu, suaranya hilang entah ke mana? Sebagai salah seorang pemimpin UMNO Johor, sepatutnya beliau bersuara mengenai perkara ini sebelum pemilihan calon dulu lagi dan bukannya sekarang?
Selain itu, sebagai seorang bekas menteri dan Ahli MT UMNO, Syed Hamid juga sepatutnya tahu bahawa pemilihan calon di peringkat Parlimen bukannya diputuskan oleh Ghani secara individu tetapi kata akhirnya ditangan Najib selaku Pengerusi BN.
Walaupun Syed Hamid adalah anak singa UMNO iaitu Syed Jaafar Albar yang terkenal kerana garang dan tegasnya sebagai pemimpin tetapi dalam UMNO sepanjang menjadi pemimpin dan menteri, Syed Hamid hampir tidak mewarisi semangat bapanya. Beliau, malah lebih dikenali sebagai singa jinak dalam UMNO kerana sifatnya yang mudah akur dan mengalah.
Tetapi bila tiba-tiba suaranya kedengaran nyaring setelah pencen ini, pelbagai persoalan dan tanda-tanya timbul.
Dalam soal Ghani bertanding di Gelang Patah, sebelum pilihanraya lagi sudah kedengaran suara-suara simpati terhadap bekas MB Johor itu berikutan pemilihannya oleh pucuk pimpinan sebagai calon BN untuk menentang Lim Kit Siang di Gelang Patah. Ini kerana walaupun kerusi itu dimenangi oleh calon BN dari MCA pada pilihanraya 2008 tetapi memandangkan arus penolakan pengundi Cina yang begitu kuat terhadap BN, ramai yang menjangkakan Ghani akan kecundang.
Namun dikhabarkan pucuk pimpinan berfikiran lain. Mereka merasakan dengan kedudukan Ghani sebagai MB Johor ketika itu, beliau dilihat mampu mengalahkan Lim Kit Siang dan seterusnya menjatuhkan moral politik DAP serta PR yang ketika itu begitu bersemangat mahu menawan Putrajaya.
Ghani pula, jika beliau boleh memilih, sudah tentu beliau mahu terus kekal bertanding di peringkat DUN dan kekal sebagai MB Johor. Atau kalau mahu dipindahkan juga bertanding di Parlimen, tentulah pilihannya adalah di Ledang di mana beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian di situ sejak dulu lagi. Lagi pula beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Ledang sebelum ini.
Mustahil sebenarnya Ghani secara sukarela menawarkan diri bertanding bukan di kawasan di mana politiknya bertapak kerana tindakan itu hanya umpama menempah maut saja, lebih-lebih lagi jika lawannya ialah tokoh seperti Lim Kit Siang.
Jika beliau bertanding di Ledang di mana beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian dan mengenali semua pengundinya, daripada pengemis sehinggalah kaki pukul, sudah tentu memperolehi kemenangan menjadi lebih mudah jadinya.
Dalam hal ini, tidak diragukan lagi sebenarnya tindakan Ghani bertanding di Gelang Patah adalah pengorbanannyan untuk memastikan kelestarian UMNO dan BN di Johor, selain memperlihatkan sifat akurnya terhadap kehendak pucuk pimpinan, terutamanya Najib.
Walaupun pengorbanan Ghani itu sudah dibalas dengan perlantikannya sebagai Pengerusi Sime Darby, tetapi menyalahkan beliau seorang diri atas keputusan bertanding di Gelang Patah dan kemudiannya kalah, adalah suatu tindakan yang tidak masuk akal.
Kesalahan sepatutnya ditujukan kepada Najib selaku Pengerusi BN yang memutuskan Ghani sebagai calon di situ. Jika keputusan meletakkan Ghani di Gelang Patah itu sebagai suatu kesilapan yang akhirnya memalukan UMNO Johor, kesilapan itu seharusnya dipikul oleh Najib yang tidak bijaksana dalam menilai percaturan berdasarkan suasana politik semasa ketika itu.
Jadi, tembakan Syed Hamid terhadap orang yang memalukan UMNO Johor ini sebenarnya ditujukan kepapada siapa? Ghani Othman atau Najib Razak? Apakah tembakan itu ada kena-mengena dengan pemilihan UMNO hujung tahun ini? (SH 26/06/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenapa syed Hamid yang melenting, bukan ke ahli parti UMNO mesti taat arahan Ketua (Presiden)UMNO (DSN) boleh bantah dan tolak ke? Ghani hulur leher kerana dia memang dah panas di Joho, mengikut kabo angin, krisis juga dengan Tuanku!
ReplyDeletePut it down to overconfidence, tahan juga! Takde siape yang berani menentang Kit! MCA walkover, bagi seat ke UMNO sampai marah orang MCA!
Ni makan pil kuda kot, marah2 nasi dah jadi bubur!
Salahkan Ghani Joho kalah 18 kerusi ADUN? Macam mana nak defen striker, bek dah kena pasong oleh pertahanan rapoh!
Kubu UMNO Joho masih utuh yang runtuh MCA dan lain-lain je wak!
Syed Hamid Albar bersuara mengenai kekalahan Ghani Othman yang bertanding di Gelang Patah melawan Lim Kit Siang... hanyalah pukul anak sindir menantu.
ReplyDeleteBukan pasal kalah dan memalukan UMNO Johor, tapi mempersoalkan jawatan yang akan disandang oleh Ghani dalam syarikat Sime Darby Group sedangkan beliau hanya jaga bas express yang bakal naikkan harga tambang dalam perayaan yang akan datang.
Inilah jenis pemimpin dalam parti UMNO Baru....