Monday, 25 February 2013

Najib Hanya Berintergriti Jika Berani Menjawab Dakwaan Deepak Dan Bala


Minggu lalu Najib telah menandatangai ikrar intergriti pilihanraya bagi menunjukkan beliau seorang yang berintergriti dan pernyataan komitmennya membanteras rasuah khususnya menjelang pilihanraya umum akan datang. Beliau menandatangai ikrar anjuran Tranperancy International itu bersama beberapa pemimpin UMNO dan BN yang lain.

Secara umumnya ikrar intergriti pilihanraya adalah kontrak sosial sukarela kepada calon-calon PRU 13 sebagai ikrar mereka untuk mempromosi intergriti, urustadbir kerajaan yang baik, ketelusan dan akauntabiliti serta mempertahan keluhuran undang-undang.

Empat ikrar intergriti yang ditandatangani itu ialah:
1) Calon mestilah melihat prinsip kebenaran, etika dan telus termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dalam apa cara perlakuan rasuah,
2) Calon mesti mempertahan dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat seluruhnya,
3) Calon mesti mempraktik urustadbir kerajaan yang baik dan telus,
4)Calon mesti terikat dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia.

Dengan menandatangani ikrar itu, Najib cuba menunjukkan beliau seorang yang berintergriti dan bebas daripada sebarang perlakuan yang bertentangan dari segi moral serta undang-undang sebagai seorang pemimpin. Sebab itu, selepas menandatangai ikrar itu, beliau sempat menyindir pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwanya takut menandatangani ikrar yang sama kerana cuba menyembunyikan sesuatu daripada rakyat.

Tetapi lama sebelum itu, Najib telah turut dikaitkan dengan pelbagai perkara yang menjejaskan intergritinya sebagai pemimpin. Ia meliputi dakwaan beliau campurtangan dalam pemberian kontrak tambahan LTR Ampang kepada seorang rakannya, pemberian banyak kontrak kepada tauke muda bangsa Cina, Jho Low, komisyen kapal selam yang diterima Razak Baginda, perbelanjaan mewah isteri dan keluarganya serta pelbagai lagi. Jika dibariskan satu demi dakwaan mengenainya yang pernah tersiar di pelbagai media, mungkin memakan tiga hari untuk menulisnya.

Tidak lama sebelum ini pula, muncul seorang lelaki bernama Deepak mendedahkan pelbagai perkara mengenai salahlaku Najib dan isterinya, termasuk dakwaan keluarga Najib menerima rasuah daripadanya sebanyak RM8 juta, perbelanjaan membeli barang kemas mewah untuk Rosmah serta campurtangan dalam memberi arahan kepada Bousted Holding untuk mengambil alih projek Puspahanas yang turut dikaitkan dengan Ketua Wanita UMNO Selangor, Raja Ropeeah Raja Abdullah.

Semalam pula, P Bala, penyiasat persendirian yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya telah kembali ke Malaysia dengan hasrat untuk mendedahkan kebenaran mengenai misteri di sebalik pembunuhan model Mongolia yang turut dikaitkan dengan Najib itu. P Bala yang disambut meriah setibanya di KLIA juga bersumpah bahawa akuan bersumpah pertamanya yang mengaitkan Najib dengan Altantuya adalah benar manakala akuan bersumpah kedua yang dipaksakan keatasnya adalah palsu.

Dalam semua dakwaan yang dihadapkan kepadanya, Najib jarang memilih untuk menjawab dan bersikap telus. Dalam kes Deepak, beliau hanya berkata ringkas, lelaki itu tidak boleh dipercayai.

Dengan kepulangan P Bala ini, tak pula apa jawapan Najib mengenainya. Mungkin beliau akan mengaitkannya dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan menyifatkannya sebagai agenda pilihanraya semata-mata.

Sebagai seorang yang telah menandatangai ikrar intergriti, itu bukanlah jawapan yang dikehendaki oleh rakyat dan pengundi. Jika benar telus dan berintergriti, Najib seharusnya tampil dengan berani menjawab segala tuduhan itu berserta dengan hujah dan bukti-buktinya. Jika dirasakan beliau dianiaya melalui dakwaan tidak benar pula, beliau sepatutnya mengheret mereka yang berkenaan ke mahkamah untuk menentukan kebenaran.

Malangnya, semua tindakan itu tidak berani diambil oleh Najib. Beliau banyak menyebut perkataan telus tetapi sikapnya tidak menunjukkan ketelusan. Beliau cuba menjadi seorang yang berintergriti sehingga sanggup menandatangani ikrar mengenainya tetapi perlakuan serta perbuataan sama sekali jauh tersasar daripadanya.

Najib seolah-olah mempunyai dua wajah yang berbeza dan tidak mempunyai perasaan malu mempamerkan dua wajahnya itu. Sementara banyak persoalan bermain di fikiran rakyat mengenai sikap dan kepimpinannya, beliau cuba menutupnya dengan menunjukkan watak lain yang seolah-olah beliau bersih daripada segala noda dan perlakuan yang tidak sewajarnya sebagai seorang pemimpin.

Untuk membuktikan ketelusan dan intergritinya,sekurang-kurangnya menjelang pilihanraya umum ini, persoalan dan dakwaan yang dibangkitkan oleh Deepak dan P Bala adalah asas untuk menguji dan menilai semula wibawanya sebagai pemimpin. Selagi tidak berani menjawab dan menunjukkan kebenaran dalam perkara itu, menandatangani sejuta ikrar intergriti pun tidak membawa makna, bukan saja saja kepada dirinya tetapi juga kepada rakyat seluruhnya.

Masih belum terlambat untuk Najib membuktikannya. Soalnya, sama ada beliau mahu menjadi seorang yang ikhlas kepada diri dan Tuhannya atau ikrar intergriti itu semata-mata agenda pilihanraya saja. (SH 25/02/2013)

2 comments:

  1. Tuan Shah,

    Warga Malaysia yang cerdik, rasional dan matang telah lama dapat menilai siapa sebenarnya Najib ini. Sikap bacul dan dayus Najib terhadap dakwaan Deepak mahu pun Bala telah menjelaskan segala galanya. Apalah susah dan payahnya Najib untuk menjawab dan mendakwa Deepak dan Bala kalau segala yang dituduh itu tidak benar? Tapi hakikatnya itulah yang telah terjadi...Najib lebih rela mendayus atau membaculkan diri daripada menjawab dakwaan tersebut.

    Najib tahu kesan dakwaan atau tuduhan Bala dan Deepak ini cukup berat dan memberi impak buruk yang tidak sedikit kepada dirinya mahu pun parti UMNO. Malah Mahyuddin, Mahathir dan majoriti pimpinan UMNO juga tahu bahawa tuduhan Deepak dsn Bala ini telah menjejaskan pertubuhan UMNO itu dengan parah. Tapi kenapa tidak seorang pun pimpinan UMNO BN mahu pun Najib sendiri sanggup berhadapan dengan Deepak dan Bala secara " gentleman " sebaliknya sanggup menikus dan menyepi?. Ini yang rakyat pertikaikan sangat!.

    Rakyat yang bijak dan matang telah lama membuat kesimpulan dan percaya bahawa Najib sebenarnya terbabit dengan kes kematian Altantuya. Rakyat telah lama membenarkan dakwaan Bala dan Deepak dan yakin sikap menyepi, bisu, bacul dan dayusnya Najib berpunca kerana beliau tidak ada keberanian untuk bersemuka dengan penuduh tersebut di mahkamah ( ini sebenarnya yang mahu Najib elakkan dan ini juga yang sebenarnya Mahathir bimbang ianya berlaku ). Jika ditakdirkan kes ini berakhir di mahkamah....hayat politik Najib mahu pun UMNO itu akan berakhir dengan lebih cepat lagi dan Najib sendiri mungkin menyambung usia disebalik jerjak besi.

    Sayangnya..seorang pemimpin dan PM kepada rakyat Malaysia yang boleh meroyan dan memekik sana sini didepan banyak perhimpunan rakyat Malaysia kononnya beliau sangat hebat dan gagah perkasa dan layak untuk menjadi pembela Melayu dan Islam...tapi realitinya pemimpin ini terlalu dayus dan bacul malah sanggup membiarkan maruah diri dihina dan diinjak selunyai lunyainya oleh dua orang warga Malaysia bukan Melayu. Pemimpin melayu haprak dan " dajal " apa jenis ini???.

    Kalau maruah diri sendiri Najib tidak mampu pertahankan dari diinjak oleh Bala dan Deepak..dua warga bukan melayu...apakah rasionalnya kaum Melayu di Malaysia keseluruhannya mahu mengharapkan manusia bernama Najib ini untuk membela maruah dan nasib masa depan mereka? Hanya Melayu bodoh, bengap dan fikiran kemetot atau yang berkepentingan diri saja akan mempertahankan pemimpin " bacul " bernama Najib ini.

    Tidak syak lagi...Najiblah PM Malaysia paling bacul dan dayus. Malaysia sangat malang kalau terus ditadbir oleh manusia jenis tidak pandai mempertahankan maruah diri ini. Melayu yang mempertahankan Najib hanya melayu melayu yang telah layu identiti melayu mereka. Manusia bernama Najib bin Razak ini harus ditamatkan karir politiknya segera di negara Malaysia ini dan UMNO itu sendiri harus direhatkan dulu untuk proses " detox " secara menyeluruh. Buka ruang buat Pakatan Rakyat bagi membuktikan keyupayaan dan krdibiliti mereka kerana hanya ini pilihan yang terbaik yang ada ketika ini.

    ReplyDelete
  2. Saat Altantuya dibunuh..beliau sedang hamil. Kenapa sampai perlu letupkan mayatnya dengan C4 sehingga berkecai?. Adakah Altantuya kandungkan anak hasil benih pembesar negara Malaysia?. Jika tidak apa perlu tubuhnya dihancurkan sebegitu rupa oleh Sirul dsn Hazilah?

    Pasti Sirul dan Hazilah ada jawapannya. Pakatan Rakyat harus pastikan Sirul dan Hazilah masih bernafas sehinggalah PR memenangi GE 13 supaya kes ini dapat dibuka dan dibongkar seluas luasnya serta diadili dengan penuh adil. C4 digunakan seolah olah untuk menutup segala bukti bukti. Mereka yang terbabit dalam kes pembunuhan kejam dan zalim ini harus dihukum sewajarnya. Tidak susah untuk membongkarnya selagi Sirul dan Hazilah masih bernyawa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...