Saturday, 9 February 2013

BN Bakal Letak Calon Payung Terjun Di Wangsa Maju


Di antara 222 kerusi Parlimen yang menjadi rebutan antara BN dan PR dalam pilihanraya umum akan datang, Wangsa Maju dikira paling unik kerana ia bukan saja bakal menyaksikan persaingan sengit antara kedua gabungan itu tetapi juga disebabkan perebutan yang tidak sudah-sudah antara UMNO dan MCA di mana masing-masing merasakan layak bertanding di kerusi tersebut.

Oleh kerana MCA telah tewas pada pilihanraya 2008 lalu dengan kekurangan 150 undi, UMNO lantas merasakan kini giliran mereka pula untuk menebus kekalahan itu. Shafie Abdullah yang merupakan Ketua UMNO dan Pengerusi BN Wangsa Maju sedang dinobatkan sebagai calon paling layak untuk mengibarkan panji-panji kemnenangan BN di situ. Kedudukannya sebagai Setpol Najib dijadikan lagi sebagai markah tambahan yang didakwa mampu menambahkan lagi sokongan pengundi kepada BN.

MCA pula tidak mahu mengalah dan merasakan mereka wajar diberi peluang kedua. Yew Teong Look yang kalah 150 undi kepada Wee Choo Keong daripada PKR dalam pilihanraya lalu, ternyata masih bernafsu dan berkeyakinan untuk menebus semula kekalahan itu.

Dalam persaingan itu dan keghairahan masing-masing mahu menunjuk pengaruh serta kekuatan, berlakulah pemulauan, pemboikotan dan monopoli. MCA Wangsa Maju yang diketuai oleh Yew Teong Look tidak pernah menghadiri mesyuarat BN Wangsa Maju yang dipengerusikan oleh Shafie Abdullah serta memulau banyak program anjuran UMNO dan BN.

MCA dan Yew Teong Look seperti memberi isyarat bahawa jika BN memilih Shafie sebagai calon, beliau tidak mungkin menang kerana tidak mendapat sokongan daripada pengundi Cina.

Shafie pula yang ghairah mahu menonjolkan diri sebagai bakal calon di Wangsa Maju, langsung tidak mempedulikan adanya pemulauan dan pemboikotan daripada MCA itu dan cuba mengatur sebanyak mungkin program sampai terbabas sehingga memonopoli semua program penyampaian sumbangan RM100 kepada murid-murid sekolah baru-baru ini, sehinggakan tidak memberi peluang langsung kepada MCA atau Gerakan berbuat demikian. Oleh kerana terdapat agak ramai pengundi Cina di Wangsa Maju dan beberapa sekolah Cina juga terdapat di situ, monopoli Shafie itu telah menyinggung hati MCA.

MCA secara terus terang mengkritik monopoli yang dilakukan oleh Shafie dan dianggap tidak menghormati semangat setiakawan BN.

Sehingga ini, di mana tarikh pilihanraya hanya menunggu detik dan masanya saja, masih tidak terdapat tanda-tanda sengketa antara UMNO dan MCA akan menemui titik perdamaian di Wangsa Maju. BN Pusat juga masih tidak memberi kata putus siapa antara UMNO dan MCA yang bakal bertanding di situ. Maka, selagi itu drama ini bakal menjadi telenovela yang tidak berpenghujung.

Dalam kedudukan BN yang masih bergelut untuk mencapai kemenangan, masalah yang masih berlarutan antara UMNO dan MCA di Wangsa Maju ini sebenarnya cukup memalukan sekali. Lebih-lebih lagi ia juga melibatkan pegawai yang bekerja dengan Najib sendiri.

Sementara Najib sering melaungkan semangat 1Malaysia, mengeratkan perpaduan, memahami semangat setiakawan dan merapatkan jentera untuk menghadapi pilihanraya yang mungkin paling sengit dalam sejarah negara manakala kedudukan Najib juga tidak pasti sama ada kekal lagi sebagai Perdana Menteri atau beralih ke kerusi Ketua Pembangkang, semangat itu rupa-rupanya gagal difahami oleh mereka yang dekat dan bekerja dengannya sendiri. Keghairahan menjadi calon dan bergelar YB mengatasi segala kepentingan yang lain.

Di atas kertas, selagi sengketa antara UMNO dan MCA ini gagal diselesaikan, harapan BN untuk menang di Wangsa Maju hanyalah fatamorgana saja.

Di kala persaingan antara UMNO dan MCA kekal membahang, kalangan mereka yang dekat dengan UMNO dan Najib sendiri membayangkan bahawa kerusi Wangsa Maju akan terus kekal ditandingi oleh MCA tetapi bukan Yew Teong Look calonnya. Difahamkan seorang pemimpin MCA Pusat akan diletakkan bertanding mewakili BN nanti.

Mereka berhujah bahawa jika kerusi Wangsa Maju yang selama ini milik MCA mahu diberi kepada UMNO, kerusi milik UMNO mana pula yang mahu diserahkan kepada MCA?

Lebih dari itu, dalam pilihanraya kali ini di mana sokongan pengundi Cina begitu penting untuk menjana kemenangan, Najib dikatakan tidak mungkin berani menyinggung hati MCA semata-mata untuk menyediakan laluan kepada Shafie, pegawainya sendiri. Terguris hati MCA dan pengundi Cina di Wangsa Maju, impaknya mungkin merebak ke seluruh negara dan membahayakan kedudukan BN keseluruhannya.

Tetapi terluka hati UMNO Wangsa Maju dan Shafie kerana tidak kesampaian hasrat menjadi calon, demamnya mungkin cuma sehari dua. Diberi panadol pulihlah ia.

Sebagai Pengerusi BN dan Ketua UMNO Wangsa Maju, walaupun tidak terpilih sebagai calon, Shafie tetap akan bekerja kuat memenangkan calon BN demi kelangsungan masa depan Najib dan BN sendiri.

Atas perkiraan ini, mereka yang mengenali stail politik Najib hampir mempercayai bahawa MCA akan kekal lagi bertanding di Wangsa Maju. Cuma calonnya saja yang akan ditukar. Meletakkan calon payung terjun daripada MCA bagi mewakili BN dianggap sebagai jalan tengah paling munasabah bagi meredakan sengketa daripada terus berlarutan.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan MCA Wangsa Maju dan Yew Teong Look juga tidak menolak kemungkinan itu dan berkata, perjuangan beliau di Wangsa Maju selama ini bukanlah kerana kepentingan peribadi tetapi kerana mempertahankan maruah MCA sebagai anggota komponen BN.

Beberapa tokoh MCA Pusat dikatakan menunjukkan minat untuk bertanding di Wangsa Maju kerana dianggap kerusi yang berpotensi untuk dimenangi walaupun menyedari bahawa PR bakal meletakkan Tan Kee Kwong, bekas timbalan menteri dan Naib Presiden Gerakan yang telah menyertai PKR, sebagai calonnya. Bagi MCA kekalahan 150 undi dalam pilihanraya lalu mampu ditebus kali ini melalui gerak kerja yang betul dan bersungguh-sungguh. (SH 09/02/2012)

3 comments:

  1. salam.
    Analisa tuan agak sumbang dan tidak berfakta.Barangkali kebencian tuan kepada Dato Shafei membuatkan tuan hilang pedoman politik khususnya Wangsa Maju dimana tuan pernah memadu kasih.

    Gerak kerja yang mana satu MCA perlu lakukan sekarang?. Barangkali informer tuan tidak terlibat atau sengaja menjauhkan diri dari jentera PDM Wangsa Maju.Hanya UMNO yang berterusan sehingga hari ini yang update bancian sikap pengundi Wangsa Maju sedangkan Datuk Yew hanya sibok mengambil kesempatan NGO2 JELMAAN beliau untuk memporakperandakan persiapan jentera pilihnaraya khususnya jentera UMNO/BN.

    Mungkin semasa tuan menjadi Naib Pemuda dulu barangkali dengan makan panadol boleh selesai semuanya atau tuan sendiri jenis parasit yang mudah dijual beli..kami di peringkat jentera PDM sudah melakukan kerja luar biasa hingga ke hari ini , maka adalah wajarnya usaha kami ini yang menjulang UMNO mahukan UMNO mengambil alih kerusi Parlimen Wangsa Maju.

    Sikap Datuk Yew yang memperlekehkan dan mempersendakan pilihan perdana menteri / pengerusi BN Peringkat Nasional memilih Dato Shafei sebagai Pengerusi BN Wangsa Maju , dengan jelas menunjukkan kebiadapan beliau. Peranan beliau melaga-lagakan pemimpin2 umno peringkat cawangan mahu pun peringkat negeri amat keterlaluan serta yang paling malang memerangkap pemimpin DBKL dan Datuk Bandar untuk mengisi agenda perjuangan dendamnya itu terhadap UMNO.

    Terlalu banyak taktik dan strategi yang beliau gunakan untuk menghalang calon UMNO dan beliau akan terus menghalang kemenangan calon UMNO sekiranya di calonkan. Tetapi hakikatnya bukan semua kaum cina sukakan beliau. Pendekatan UMNO/BN dibawah Dato Shafei telah menunjukkan reaksi yang amat positif walaupun tidak kolektif.

    Calon Payung Terjun tidak relevan di Wangsa Maju kerana kami yang bekerja keras selama ini tidak akan menerima sebutir panadol pun untuk sedar dan pulih tetapi kami tetap mahukan calon UMNO menerajui kelansungan parlimen Wangsa Maju.

    ReplyDelete
  2. As far as local issues are concerned, BN Wangsa Manu was absolutely supreme as well as champions in every angles, The performance by Dato Shafei and Dato Yew in providing enormous strength and serving the rakyat should be given recognition and praise by the rakyat but most importantly the BN Chairman.
    At present scenario no one can defeat BN Wangsa Maju , even if anwar Ibrahim would like to test his luck , he will be outclass by the BN DOMINANT in Wangsa Maju. But very sadly these two guys are not in the same boat in uplifting BN supremacy.
    Dato Shafei was engaged with the demands from UMNO grassroots to claim Wangsa Maju as they believed UMNO deserved it as they have been working so hard in multiplying the malay votes to surpassed Chinese votes. UMNO demands were based on NUMBERS not sentiments.
    Dato Yew Teong Look supporters claims , he deserved a second change as the tsunamis has drowned almost all surface not only Wangsa Maju and also Dato Yew did not retreat as he is going stronger each day to ensure MCA is still relevant and to ensure his survival in MCA continues.
    Dato Shafei has determined as well as gaining increasingly Chinese supports even though the numbers are not overwhelming but to clinch at least minimum 5000 votes out of 25,000 electoral votes are not impossible and also his commitment towards serving the rakyat in making a robust approached especially in Walkabout approached has given a new dimension in praising the need of the rakyat. As for Dato Yew , he is also very positive in gaining Malays supports as his unique public relations with the voters during his tenure as YB in 2004 to 2008 and furthermore his latest political strategist in engaging with NGO’S and exercising a political phi-war using the NGO’S is very much successful.
    This facts will continues to burden the voters especially BN supporters. So the Prime Minister must step in and call this two prominent figures in Wangsa Maju to make a final call and stand on stage together simply because WANGSA MAJU IS WINNABLE PARLIAMENT SEAT.

    ReplyDelete
  3. Dato Yew calun yang lebeh sesuai untuk Parlimen Wangsa Maju...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...