Tuesday, 12 February 2013

Antara Realiti Dan Lakonan Politik Di Wangsa Maju


Ekoran tulisan beberapa hari lalu di blog ini mengenai gelora politik di Wangsa Maju antara UMNO dan MCA, rupa-rupaya terdapat perkembangan yang lebih menarik daripada itu. Ada maklumat mengatakan bahawa Shafie Abdullah yang memimpin UMNO Wangsa Maju sudah pun dimaklumkan tiada perubahan kouta pembahagian kerusi di Wilayah Persekutuan dalam pilihanraya umum akan datang ini berbanding pilihanraya 2008 lalu.

Dengan kata lain, UMNO, MCA dan Gerakan akan kekal bertanding lagi di kerusi-kerusi sama seperti yang ditandingi dalam pilihanraya lalu. Dalam pilihanraya umum lalu, MCA bertanding di Wangsa Maju dan berikutan ia tewas 150 undi kepada calon PKR, UMNO berusaha menuntut kembali kerusi itu sehingga menyebabkan pergeseran serius antara UMNO dan MCA di bahagian itu.

Memandangkan bahawa pilihanraya akan datang merupakan plilihanraya paling getir, ia dikatakan bukan masa yang sesuai untuk Najib melakukan apa-apa perubahan dari segi pembahagian kerusi kerana yang lebih utama bagi pimpinan UMNO dan BN ialah memastikan kemenangan BN terlebih dahulu.

Kiranya perubahan pembahagian kerusi turut dilakukan kali ini sedangkan Najib sendiri masih bergelut untuk mencari kemenangan, adalah dibimbangi langkah itu akan lebih memburukkan keadaan dan menambahkan gelora serta perpecahan antara komponen BN sendiri dan seterusnya merencatkan langkah ke arah kejayaan.

Pimpinan tertinggi UMNO sendiri dikhabarkan sudah memberitahu Shafie mengenai perkara itu dan meminta beliau lebih menumpukan usaha untuk memastikan kemenangan berpihak kembali kepada BN di Wangsa Maju.

Selain itu, bagi UMNO WP pula, tumpuan utamanya kali ini lebih kepada menebus kembali kerusi-kerusi di mana mereka tewas dalam pilihanraya umum lalu terutama di kerusi Lembah Pantai di mana calon yang bakal bertanding di situ ialah Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik yang juga merupakan Timbalan Pengerusi UMNO WP. Setelah Shahrizat Jalil tewas kepada Nurul Izzah dalam pilihanraya lalu, UMNO dikatakan tidak rela seorang lagi menteri tewas di Lembah Pantai.

Atas dasar itu, bagi UMNO WP, prioriti Lembah Pantai jauh lebih mustahak daripada Wangsa Maju.

Hakikatnya itulah realiti politik UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang ini. Meskipun Najib dilihat cuba melakukan pelbagai perkara untuk menawan kembali hati pengundi Cina termasuk sanggup berlakon dalam iklan Tahun Baru Cina dan membawa bintang pop Korea, Psy ke negara ini, penolakan daripada kaum itu masih jelas kelihatan. Jawapan 'No" apabila Najib bertanya Are You Ready For BN? di majlis sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang semalam jelas merupakan gambaran yang tidak menggembirakan Najib tentang kedudukan pengundi Cina.

Oleh kerana itu, Najib tidak mungkin berani mengusik apa-apa lagi berkaitan kepentingan komuniti Cina termasuk menyerahkan kerusi MCA di Wangsa Maju kepada UMNO kerana ia tentunya bakal memburukkan lagi kesan penolakan yang akan diterimanya, selain menambahkan pergeseran sesama komponen BN sendiri.

Maklumat lain pula memberitahu, oleh kerana Shafie sudah dimaklumkan bahawa tiada apa-apa perubahan kerusi di Wangsa Maju dan MCA bakal kekal bertanding lagi di situ, apa yang dilakukannya sekarang yang seolah-olah terus berjuang untuk menuntut kembali kerusi Wangsa Maju dikembalikan kepada UMNO sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata.

Beliau dikatakan terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan para penyokongnya dan UMNO bahagian itu menjadi tawar hati jika beliau memberitahu MCA kekal bertanding lagi lebih awal kerana isu itulah merupakan salah satu modal perjuangan yang dijajanya sejak dulu.

Apabila tiba masanya nanti dan pengumuman calon diumumkan oleh pucuk pimpinan BN, Shafie sekurang-kurangnya boleh memberitahu bahawa beliau telah berusaa sehingga ke peringkat akhir untuk menuntut kerusi Wangsa Maju dikembalikan kepada UMNO tetapi terpaksa akur kepada perkiraan pucuk pimpinan diatas. Dan ketika itu, semua pihak dalam UMNO dan para penyokongnya diminta memusatkan perhatian kepada kemenangan BN tanpa mengira siapa pun calonnya.

Sekurang-kurangnya Shafie dapat membendung penolakan awal daripada para penyokongnya sendiri sedangkan sebenarnya beliau sudah tahu realiti sebenarnya. (SH 12/02/2013)

11 comments:

  1. Maklumat yang tuan perolehi sekali lagi tersasar dan kurang fakta. Apa apa pun keperluan Parlimen Lembah Pantai ianya tidak wajar mengorbankan persiapan parlimen Wangsa Maju.

    Apakah persiapan MCA setakat ini..Di mana jentera pilihanrayanya?. dimana Bilik Gerakannya?.Siapa yang melakukan Bancian Sikap daftar pemilih?.Sudah sememanya Dato Shafei sebagai Pengerusi Penyelaras BN , adalah menjadi tanggungjawab beliau mengarahkan UMNO yang menerajui persiapan ini..tetapi hakikatnya Dato Shafei mungkin boleh berpura-pura tahu atau berlakon tetapi akar umbi telah bekerja keras selama ini tidak boleh menerima apa apa pun selain UMNO lebih lebih lagi calon MCA yang selama ini memperkecilkan dan menghina kami terutamanya petugas2 UMNO..dI dalam pilihanraya kali ini tiada parlimen yang istimewa semuanya sama..Apa Faedah dan untung UMNO Wangsa Maju hendak memikirkan kejatuhan Shahrizat atau Raja Nong Chik..mereka kena kerja kuat untuk menang bukannya mengajak UMNO Wangsa Maju bersimpati dengan dia..UMNO Wangsa Maju buat kerja untuk kemenangan UMNO Wangsa Maju..itu lah fokus utama kami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah takkan lembu punya susu sapi pulak yang dapat nama!

      Delete
  2. Dato seri najib terlalu memanjakan kaum cina dan terus memperkasakan budaya cina hingga sanggup berlakon untuk meraikan kaum cina yang beliau anggap amat signifikan pada PRU13 ini.

    Amat keterlaluan dan terlampau sangat!! tumpuan Dato seri Najib terhadap kaum Cina tetapi apa yang berlaku di Penang semasa persembahan Psy amat menghiriskan bukan saja perdana Menteri malah masyarakat melayu sejagat yang pada hari amat menyedari bahawa DAP telah berjaya mempengaruhi dan menyuntik semangat bangsa cina untuk bersatu dan seterusnya bertekad mengekalkan pulau mutiara di bawah dominasi kaum cina tanpa bertuankan UMNO/BN.

    DAP telah berjaya menyuntik kebencian kepada kepimpinan BN/UMNO/MELAYU..dengan bernostalgiakan asal usul mereka yang datang sebagai pelombong bijih mencari sesuap nasi dan berpanas dibumi melayu ini dan akhirnya selepas Singapura milik mereka , kini Pulau Pinang akan terus milik mereka dan seterusnya bertekad memiliki Perak dan Selangor yang mana negeri2 tersebut menguasai pelabuhan2 terpenting sumber ekonomi negara..

    Saya berharap orang melayu seperti tuan shahbudin..cukup2lah memperlekehkan pemimpin melayu walaupun ianya dari UMNO terutamnya Dato Shafei yang kita akui telah melakukan yang termampu untuk menstabilkan politik Wangsa Maju untuk kesejahteraan kita bersama.
    Kita khuatiri semangat memperkasakan bangsa cina menerusi agenda politik DAP akan menular di semua negeri dan Wangsa Maju tidak terkecuali.

    DAP mempunyai Agenda besar..justeru itu kita perlu mempertahankan kelangsungan survival orang melayu untuk anak cucu kita..BN/UMNO telah membuktikan pemeritahan yang dinamik walaupun selama 55 tahun , seperti negara2 lain berlakunya rasuah dan penyelewangan dan sebagainya tetapi adalah menjadi tanggungjawab generasi muda membetulkannya di bawah Panji UMNO itu sendiri.

    Sekiranya DAP boleh mempengaruhi Kaum Cina MCA/Gerakan/PPP bersama-sama di bawah Panji Bangsa mereka mengapa Melayu Umno/Pas/ tidak boeh bersatu di bawah Panji Bangsa Melayu dan insyaallah tidak ada masalah yang tidak boleh selesai..dengan pertolongan ALLAH dan dengan keikhlasan dan bermuhasabah di antara kita , Bumi bertuah ini akan terus aman dan terpelihara..kerosakan boleh berlaku sekelip mata tetapi untuk membina sebuah mahligai bukannya satu hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amat setuju dgn pernyataan saudara di atas. Najib bangga mengaku sbg Presiden umno yg kononnya membela Islam dan Melayu, tapi hakikatnya Melayu dipinggirkan oleh Najib sendiri. najib lebih merayu dan menjilat kaum bukan Melayu. Apa saja yg mereka minta atau tidak minta sekalipun akan di tunaikan...tapi untuk kaum sendiri, apa Najib bagi..?

      Kouta biasiswa JPA utk bukan Bumiputera telah Najib naikkan dari 10% ke 45%, peruntukkan2 utk NGO2 bukan Bumiputera diberi tanpa di minta..itu antara tindakan Najib menjilat kaum bukan Melayu/bumiputera. Semua itu demi mendapatkan undi mereka yg belum tentu mereka berikan. Hujung2...bukan Melayu makan daging...Melayu cuma dpt mkn bulu sahaja.

      Bodohlah Melayu kalau masih beri undi kat BN/ umno dlm PRU nanti. Yg pastinya kalau BN menang PRU nanti bermakna Najib akan terus jadi PM dan Melayu terus jadi layu bawah Najisb

      Delete
  3. Salam.
    Selepas Karpal Singh mempersendakan Majlis Syura PAS..penyokong DAP bersa amat kagum DAP kini boleh memperlekehkan agama islam..kemudian Guan Eng menjolok lagi isu Kalimah Allah..PAS dan Majlis Syuranya terumbang ambil dibuatnya..dan seterusnya rakyat Pulau Pinang mempersendakan Perdana Menteri semasa konsert Psy..DAP sememangnya tidak memerlukan UNDI ORANG MELAYU..sebab undi orang melayu ada ditangan PAS DAN PKR..

    DAP sedar PAS hanya melukut tepi mereka untuk menghancurkan UMNO..Anwar perlukan DAP untuk menjadi perdana Menteri untuk membersihkan nama dan maruah keluarganya..Penurunan Harga minyak , pemansuhan PTPTN dan lain lain hanya propaganda pilihanraya sahaja.

    DAP sedar akan muafakat bersifat sementara ini..sekiranya mereka mampu memperdakan PAS/HUDUD dan mempersendakan PM dan pada satu masa nanti bila anwar sudah tidak relevan..Anwar akan diberambuskan dengan lebih hina kerana DAP tahu kelemahan Anwar..

    Mengapa kita perlu taksub dengan kepimpinan DAP hanya kerana kita marahkan UMNO..Pemimpin2 UMNO yang perlu dipersalahkan diatas ketelanjuran mereka yang melampau serta mengaut harta karun yang semborono tanpa rasa malu dan segan hanya kerana nikmat dunia yang sementara ini..penyelewangan sebegini rupa bukannya hanya pada pemimpin2 umno sahaja malah ianya terpalit kepada semua pemimpin 2 pemerintah..DAP/PAS/PRK tidak terkecuali.

    Maka yang perlu dihukum adalah pemimpin2 yang tersebut bukan lah dengan menghancurkan UMNO yang pada hakikatnya telah berjaya menjadi Kerajaan untuk sekian lamanya.

    Sekiranya berlaku Arab Spring seperti yang digembar gemburkan ianya akan bertukar menjadi MELAYU SPRING yang memperlihatkan MELAYU dengan MELAYU bergaduh..dan Pulau Pinang , Selangor , Perak akan mempunyai Pentadbir baru iaitu DAP ALIAS PAP..mungkin tuan shahbudin orang yang paling gembira bila ianya menjadi realiti dengan melihat bangsa sendiri tersungkur walaupun kita pernah makan minum semeja dan sama-sama memikirkan kelansungan agenda melayu satu ketika dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb ameno (lembu)org melayu semakin layu dan tidak berdaya saing..ameno suka lihat org melayu jadi bangsa yg suka meminta2.. pemberian BRIM bukan penyelesaiannya..sepatutnya kerajaan yg ameno pimpin bg pancing pd rakyat yg hidup berkais2 bukannya ikan.. semua tu utk pancing undi sahaja...

      Delete
    2. madey kutty persenda Rasullullah S.A.W pecacai x bising pulak..CSL (MCA) hina ugama islam pun x dgr sikit pun bantahan dr pecacai tegar...x pyh la nk auta rakyat yg dh celik maklumat...hnya cai2 yg x brpa cerdik sahaja yg masih mengigau di siang hari.. pemimpin dpt isi...cai2 dpt kuah sahaja...hidup melayu...hidup melayu...hidup melayu..ameno menang mampus semua melayu...huhuhu

      Delete
  4. Tapi UMNO penipu no 1.. lihat apa yang terjadi dengan syarat2 Perjanjian penubuhan MALAYSIA 1963.?

    ReplyDelete
  5. sayangkan umno?...ye untuk mendidik umno supaya muhasabah diri tarbiyahkan nya melalui pilihanraya...apabila menjadi parti pembangkang barulah mereka sedar selama ini mereka pilih pemimpin ikut keturunan bukan ikut merit serta keupayaan sebenar...kenapa umno rosak kerana org melayu pilih pemimpin yg bukan melayu ataupun hanya anak bangsawan yg tak merasa dan memaham kesukaran..

    ReplyDelete
  6. Tuan Shahbudin, jgn ingat umno dan mca saja ada masalah d wangsa maju. pas dan pkr juga ada.kita ambil contoh peti undi panas, iaitu di taman melati.oleh kerna pkr tu masih berperangai umno hanya tukar baju je maka kesurau tetap tak datang, dengar kuliah agama jauh sekali, tindan menindan cah keting diantara penyokong pkr masih berlaku, kalau tak dak pitih nak pasang bendera pun tak mahu, tak dak pitih mesyuarat pun tak datang. dah tu ada dua kumpulan pkr pulak, berebut nak jd ketua, nak minta peruntukkan dari bakal calun, apa nak jadi depe ni. pening pas memikirkan.akhirnya yang jd mangsa pas. segala2nya pas yang kena buat.ketua bilik gerakkan, pas, ketua upu, pas, ketua PACA, pas ketua CULA, pas, ketua JPRK, pas, ketua perayu undi, pas. ehh semua pas lah. abih pkr buat apa, mereka menunggu peruntukkan dari bakal calun untuk di farait kan.kalau tak percaya tuan shahbudin pergi ketaman melati interview veteren pas diwarong razali depan surau mitm, tuan akan dapat komen yang real dari ramai para veteren pas disana. hubungan pkr/pas ibarat api dalam sekam. kerana calun ke? tidak. kerana penbantu-pembantu calun pkr begitu angkoh dan sombong, itu belum lg menang. kesana kemari berlagak dengan spek hitam tak memikirkan masalah rakyat. janji sana janji sini tapi tak tertunai. berkumpul dan berborak dgn grup depa je. orang pas ini depa perlekeh je. kesian calun pkr. dia tak menyedari senario ini, dipermainkan pembantu sendiri. ini lah masa nya bn khususnya umno kena ambil peluang. Silap2 haribulan bn boleh menang besar jika meletakkan calun umno diwangsa maju. saya kata umno sebab sudah ada tanda2 penolakan kepada calun payung terjun dan calun bukan islam. potensi utk jadi katak tetap ada kata pap (pengundi atas pagar}. pada satu gerak kerja dipasar tmn melati beberpa minggu yang lepas hampir 50 peratus pap ditemui rata2 mengatakan "tidak kah tuan akan melompat nanti?" calun kata , "janji tak lompat" . walau bagaimana pun umno khususnya dato' shafei kena kerja kuat turun padang dengan kerap jumpa rakyat dan aktivis parti, santuni mereka, mudah2an lorong untuk umno menjuarai wangsa maju akan menjadi kenyataan. tapi ia ke umno dapat wangsa maju. sedangkan mca telah mengadakan mesyuarat gerakerja pru 13 dengan hebat nya, malam ni entah kali keberapa entah lah? buat apa mca buang masa dan peluru jika bukan mereka yang dapat?

    ReplyDelete
  7. apa yg saudara kata adalah berdasarkan pemahaman ahli umno dana apa yg di luahkan adalah atas dasar pemikiran pembangkang kerana kedua-dua mempunyai maslah tersendiri. Jgn syok sendiri sebaliknya berfikir secara org yg waras. Selama 56 tahu apa yg boleh di bangakan oleh org melayu kalau cina boleh berbangga dgn little chian town di jalan petaling india bangga dgn little india di brickfields tetapi org melayu tiada yg boleh di banggakan untuk menjadu mercu bangsa akan datang. Jgn cuma melaung hidup melayu di pwtc tetapi hakikatnya melayu memang hidup tetapi na merempat di negara sendiri, yg kaya bertambah kaya yg miskin semakin papa kedana cuma gula-gula RM 500 tu pun terpaksa datang di pjbt umno / bn mana keikhlasannya untuk membantu rakyat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...