Dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Najib Razak tahun ini, nama yang paling kerap disebutnya ialah Tun Mahathir Mohamad.
Walaupun bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu bukan lagi ahli UMNO, namun Najib tetap memberi keutamaan dengan menyebut nama Tun Mahathir berulang-ulang kali.
Berbanding seorang lagi bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi, walaupun turut berada di Dewan Merdeka, beliau sebaliknya seolah-olah dilupakan begitu saja oleh Najib.
Ketika di media-media sosial mula terdengar kata-kata agar mereka yang bukan lagi ahli UMNO tidak perlu sibuk-sibuk memperkatakan tentang Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, Najib malah seolah-olah menampakkan beliau "tidak boleh hidup" tanpa menyebut nama Tun Mahathir.
Tetapi dalam sidang media selepas Presiden UMNO itu menyampaikan ucapan perasmiannya, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya berbeza perkiraan dengan Najib.
Kata Zahid, perwakilan dan ahli UMNO tidak perlu mengagung-agungkan tokoh yang bukan lagi bersama dengan perjuangan parti itu kerana ia juga boleh membawa kesan sampingan yang lain.
"Jika nama seseorang itu diulang-ulang, walaupun dalam bentuk yang negatif, akhirnya nama yang sudah tenggelam itu akan muncul semula.
"Lagi diasak lagi akan muncul, maka adalah lebih baik untuk dilupakan saja," pesan Zahid lagi.
Kenapa Zahid memberi pesanan itu sedangkan beliau tahu Najib sendiri dalam ucapan peramiannya menyebut nama Tun Mahathir dengan banyak kali?
Apakah perwakilan dan ahli UMNO boleh mengabaikan daripada menyebut nama Tun Mahathir, walhal Najib sudah menyebutnya berulang-ulang kali dan seperti mahukan perwakilan serta ahli UMNO juga terus "membelasah" Pengerusi PPBM itu?
Adakah Zahid sedang cuba menguji pengaruhnya sama ada pesannya yang akan didengari oleh perwakilan dan ahli UMNO atau "signal" daripada Najib yang mereka ikuti? (SH 01/12/2016).
Tinggal sisa sisa nyawa umno bn ni..nak lenyap hancur binasa dari sejarah malaysia..tak releven dah.umno bn...celaka bangsat..ahli..
ReplyDeleteKERIS
Hai dulu siapa yg dok kata Tun Mahathir baling gelas pun tak pecah?
DeleteAda pula yg kata tindakan Tun Mahathir keluar daripada umno tidak akan meninggalkan sebarang impak? Malah akan membuat umno lebih kuat.
Tiba tiba baru hari ini baru nak cakap yg dia cukup hormat kepada Tun Mahathir? Dan tak pernah ambil hati kepada beliau?
Kenapa pula baru hari ini tiba tiba teringat pula dia kepada Allah Taala. Baru nak baca doa nak minta tolong?
Tolong selamatkan umno atau tolong selamatkan diri sendiri?
Rakyat Msia tak mudah kau nak tipu najib oiii... kami ni bukan Pak lah!!!
Guna 1 logo dlm pru 14..tak kira calon melayu, cina, india..kita pakat sokong.
ReplyDeletePas dan Ikatan(PASIK) akan pastikan pertandingan 3 penjuru antara BN lwn PH lwn PASIK diseluruh negara dlm PRU14 nanti...
DeleteDemi politik cari makang dan senggora!!!
Kata madey baling gelas pun tak pecah, tapi dok serang dia talu talu. Secara langsung iktiraf pengaruh madey kuat. Anak2 muda dah kalih pi pakatan. Lagi banyak madey kena serang, lagi bagus, kerana golongan senior akan tambah meluat dgn cara KJ dan anak2 muda umno.
ReplyDeleteWak Jahid dah start gabra tahap gaban.. ucapan dia pun suam-suam jer sambutan..dah terbayang tahun depan takdak jawatan..silap hari bulan mau kira batu tepi jalan..mana tak rase ndak meroyan. Wak..wak..harap ngaji ugama jer tinggi.
ReplyDeleteZahid hamidi? Dia ni baru betul seorang ular..mak.
DeleteDin,
ReplyDeleteAku tak setuju dgn tulisan tuan kali ni. Sebenarnya skrip Zahid dah salah. Bodek tahap gila babi dah. Takut Hisham potong jalan pasai tu la. Ucapan dah tak ikut skrip
Nak hairan apa dgn zahid hamidi ni. Sejak dari dulu lagi dia hanya menjadi budak suruhan dsai.
DeleteBudak ni langsung tidak ada idea. 100% pak turut.
Aku dah naik pening dah dengan dua ekor makhluk ni...nampak sanggat dua2nya dah kecut telor.
ReplyDeleteDah 70 tahun dah umur umno ni. Hanya Tun Mahathir saja yg banyak membawa perubahan permodenan dan kejayaan.
DeleteZaman najib megah bercakap saja tentang transfomasi. Mana ada transfomasi. Transfomasi terbesar hanyalah skandal 1MDB.
Mana ada cerdik pandai dlm pewakilan umno yg berani bercakap dan menyoal tentang 1MDB ni? Kecuali Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato sri Shafie Apdal.
Nak harap kpd Jamil khir baharom? Dia tu tokong saja. Nak harap kpd kj? Dia tu penjaga kilang saja.
Ini lah tanda tanda yang menunjukan ,,,,,terkebiasaan kpd sasaorang itu akan melepaskan api kemuncak kemarahan semahu mahu nya ,,,setalah menyedari hakikat bahawa parti yg telah dikotorinya akan tewas, kecundang dan menerima padah yg sedang menanti....
ReplyDeleteSepatutnya Najib dan Zahid bersyukur kerana Mahathir lah perwakilan UMNO berupa berjenis macam sekarang.
ReplyDeleteNajib dan Zahid tak perlu bersusah payah memastikan mereka berdua selamat kerana ketaatan perwakilan kepada mereka adalah hasil kepimpinan Mahathir.
Malangnya apabila Mahathir sedang mengubah mereka seperti mana Mahathir membentuk mereka dulu, mereka sudah tidak menurut dan tidak dapat membuat pertimbangan yang waras kerana kesan dedak yang mereka terima.
Hanya ada dua pemimpin yang mampu membentuk seseorang iaitu Mahathir dan Anwar. Walaupun ramai yang membodek Najin, namun tidak ramai yang mahu menjadi seperti Najib. Ramai dalam diam tersemat di hati mereka mahu jadi seperti Mahathir atau Anwar Ibrahim.
Dedak .., dedak juga tapi memilih Abdullah Badawi atau Najib sebagai pemimpin yang menjadi ikutan rasa tidak sama sekali.
Perhimpunan kali ni di penuhi dgn ucapan2 oleh perwakilan yg cukup bermuka muka memuji muji dan mendewa dewakan najib
DeleteMereka ini jugalah termasuk najib pada satu waktu dulu tertunduk tunduk mencium tangan Tun Dr.Mahathir.
Hari ini mereka ini jugalah yg tertunduk tunduk, memuji muji serta mencium tangan najib dan rosmah.
Esok atau lusa mereka ini jugalah yg akan tertunduk tunduk memeluk dan mencium tangan hadi awang.
Lembu tetap lembu. Kitol tetap kitol. Makin hari akan makin bertambah ramai lagi lembu2 dan kitol2 di dalam umno. Kesemuanya akan mengambil kesempatan untuk mencari dan mencuri makan.
tunduk2 cium tangan pun najib dan kak mah tak heran la kat depa
Deletedia dok hadap kat trump dan milenia
maklumlah dah lama kenal golf buddies la katakan
Perangai jenis kalau ber bomoh, mana ada bomoh yang orang cakap hebat, dia orang akan pergi. Belum selesai dengan yang ini pergi ke yang baru. Dengar ada bomoh di Pekan yang bagus, bomoh Teluk Intan di tinggalkan.
DeletePelik jugak umno ni. Kalau takde impak sangat ..pasal apa sebut banyak kali nama tun mahathir. Org yg takde impak tak payahlah balun patutnya. Najib paling banyak sebut maknanya najiblah yg paling takut. Overboard sangat nak ingatkan ahli supaya terus balun tun. Najib ni pondan betul. Kerja hina org suruh ahli buat ..kerja yg membebankan ahli dia buat dgn suku sakat dia je. Konon baca doa tapi semua utk doakan dia. Ahli pun ameenkan pasal rela berterusan dibodohkan oleh presiden parti. Insyaallah melingkup umno ni.
ReplyDeleteSenang cerita "Say No To Umno"
ReplyDeleteSalam. Nak menyimpang sekejap. Sila layari:
ReplyDeletehttp://www3.forbes.com/business/the-worlds-highest-paid-actors-2016/7/
Ni Forbes pun sudah hantam sama Malaysia. Bila amno nak saman Forbes pulak? Rabu (Selasa xleh dh book utk saman WSJ)?
Kisah Tun dan Perhimpunan Agung UMNO-.
ReplyDeletesuatu waktu dahulu nama Tun Mahathir disebut-sebut dengan penuh rasa hormat (mungkin kerana kuasa masih didalam genggaman)
Suatu waktu dahulu nama Tun Mahathir disebut-sebut dengan penuh rasa kasih dan sayang dan pastinya diatas segala jasa baktinya selepas waktu persaraan.
Kini nama Tun Mahathir masih disebut-sebut kerana Tun sedang menghinakan dirinya sendiri - bagaimana Tun bergelumang dengan segala apa yang dilarang suatu waktu dahulu.
Apalah daya manusia apabila datangnya kehendak Allahswt terhadap hambaNya.
Mengapa Tun Mahathir menelan semua "pantang larang" dan "wasiat" yg ditinggalkan untuk menjadi panduan pewaris kepimpinan UMNO - tiada jawapan yang pasti.
Dan benar sekali, Tun Mahathir "bersatu" didalam UMNO walau atas sebab apapun.
Maha Suci Allahswt yang mengatur manusia mengikut apa yg dikerjakan oleh hamba-hambaNya.
semua pantang larang mahathir dan wasiat yang ditinggalkan untuk umno kuat selamanya.
DeleteNamun kini umno dah jadi parti membodohkan rakyat sebab itu mahathir langgar pantang dan wasiatnya supaya umno itu hancur dan wajib diganti dengan wadah perjuangan yang baru..
Sekurang kurangnya ahli umno yg meninggalkan umno mempunyai hati yang mulia. Mereka tak sanggup lagi bernaung dibawah parti pengkhianat negara(PPN).
DeleteParti yang ahlinya kumpulan penyamun harta negara.
Bila disumpah oleh segenap lapisan masyarakat, tiada lagi kemuliaan diri seseorang itu, mereka menjadi orang yg hina disisi Allah.
Najib jadi tak keruan saban hari , mana tidak nya ???
ReplyDeleteTerkejut dari tidur , tengok tengok , lihat lihat , rupanya dalam Seri Perdana yang di bina masa Mahathir .
Terus kepimpunan UMNO ... terpekik terlolong di dalam dewan PWTC . Caitttt (dlm hatinya) , bangunan ni pun di bina zaman Mahathir .
beza nya d antara pemuda/penyokong UMNO dgn pemimpin pemuda pihak lawan amat ketara sekali.
ReplyDeleted sebelah pihak d banjiri dgn ahli2 yg suka menggunakan OTOT, dan d sebelah pihak lebih cerdik dgn menggunakan OTAK.
yg mempunyai otak tlh d bekukan dgn perhitungan wang n jawatan (dedak). otak mereka akan kekal dlm keadaan beku kerana menggunakan OTOT lebih menguntungkan.
pd pendapat saya,itu lah sebab nya pemuda/pemudi bumiputera yg menjadi kelompok terpenting dlm pru 14 mendatang akan lebih cenderung utk bersama2 kumpulan yg menggunakan OTAK.
tugas semua yg masih sayang kan Negara ini adalah utk terus berusaha menyedar kan kumpulan ini dgn selalu menyuntikkan isu2 benar yg bolih menyegarkan minda mereka.
Insya'allah misi utk menumbangkan pasangan 'klepet' ini akan menjadi kenyataan.
Ini bukan perhimpunan UMNO.... Ini perhimpunan para bacul. Berani dlm gelanggang sendiri tapi pengecut bila berdepan. Malu lah sedikit, gah bertempik bagai nak rak tapi apa yg ada. Puteri, Pemuda , Wanita dan pembahas hanya menampakkan kelemahan dan keburukkan diri sendiri. Membodek Najib tinggi menggunung sambil menghina Tun sehina2nya. Rakyat melihat dan menanti waktunya....
ReplyDeleteTiada lagi kemulian diri bagi kumpulan penyamun ini di Malaysia.
Deletekalian tak ubah bagaikan si bodoh yg tidak pernah belajar apa-apa. Terus menerus disuap dengan kisah 1MDB dirompak Najib berbillion ringgit.
ReplyDeleteSetelah hampir 7 tahun berlalu kemana segala bukti dan hujah tuan2 politik kalian halakan nya ?? Tiada mana-mana makamah yang menjalankan proses perundangan terhadap segala tuduhan ini.
Ada apa selepas tumbangnya UMNO dan BN ? tiada sikitpun pengajaran yg dapat kepada kamu tatkala melihat betapa khianat nya tuan2 kamu di negeri yg mereka kuasai.
benarlah kata orang .. golongan yg jahil itu diikat janji yg membuai nafsu dan kehenda.
Maaf, nampaknya Tuan telah terlepas pandang perbicaraan yg sedang berjalan dan hukuman yg telah disabitkan di Mahkamah Singapura.
DeleteDia baca utusan jerrr mana dia tau apa yg berlaku di mahkamah spore. Jahil habis.
DeleteKau ni duduk kampung mana? Baca apa? Ekonomi negara dah nak terlungkup sbb pelabur hilang kepecayaan keypada pimpinan najib kau masih nak cium.bau peluh najib ke..orang2 mcm kaula.buat.najib dan kroni dia ketawa berdekah2 berguling2 dlm masa sama duit berkepul2 membaluti mereka...nauzubillah..masih ada lg yg berfikiran mcm kau ni ya..mmg Malangla negara ni
DeleteUnknown 8.29 jika UMNO/BN tumbang dan DAP naik,
Deletejanganlah takut, SEMUANYA KEHENDAK ALLAH.
Sama macam NAJIB jadi PM di atas KEHENDAK ALLAH. Gula naik, minyak masak naik, petrol naik SEMUANnya KEHENDAK ALLAH.
Kutukan ke atas Najib duit rm2.6 billion
bukan kehendak mereka nak mengutuk, SEMUA INI KEHENDAK ALLAH.
Terimalah kenyataan DAP NAIK pun, semuanya KEHENDAK ALLAH. Jadi, usah gusarlah, kita
TIADA PILIHAN. semuanya KEHENDAK ALLAH.
Cik minah ooii..ko dah kene nasik kangkang ularmak ah Dee Ah Wang ker?
DeleteAku setuju dengan Budin. Cuma Zahid sudah belajar dari silapnya masa 98 dan sekarang lebih pandai mengatur strategi. Ya depan kami sokong. Kami setia. Kami patuh. Ya ..... terbaik sekali fikiran kamu !
ReplyDeleteUsah dilayan MAMAK KUTTY tu, orang tua nyanyuk dan tak sedor diri....He not relevant anymore!
ReplyDeleteDapigs tak boleh naik......habis keistimewaan org bumiputra dan islam akan dimansuhkan dan diundermindkan.
ReplyDeleteJangan harap keadaan akan menjadi lebih baik kalau Dapigs memerintah...bangsa dan ugama lain takkan redho kalau org bumiputera dan islam maju.....trust me!
Kalau zaman tun m..aku pelajar2 amat mengenali pemimpin dikalangan umno,mic,n MCA..la ni ko Tanya la bebudak skolah menengah..silap2 menteri pelajaran pun depa x tau..mentelah lagi la dr parti komponen BN
ReplyDeleteAsa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.