Friday, 16 December 2016

TERIMA KASIH KEPADA 20 JUTA PENGUNJUNG, JANGAN KITA BERGANJAK MENUJU PERUBAHAN


Pada 19 Mac lalu, buat pertama kali saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengunjung dan penjenguk blog ini kerana capaian pembacanya telah mencecah angka 10 juta sejak ia dimulakan pada awal 2012 yang lalu.

Di pagi Jumaat yang mulia dan penuh barakah ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima terima kepada pengunjung dan penjengok blog ini yang tetap setia dan istiqamah kerana kini capaian pembacanya sudah melebihi angka 20 juta pula.

Belum genap berusia 5 tahun, tetapi sudah mengumpul pembaca melebihi 20 juta adalah pencapaian yang tidak pernah saya jangkakan. Tetapi, tentulah semuanya itu kerana kesetiaan pembaca, pengunjung, penjenguk serta anda semua yang sentiasa memberikan sokongan.
Terima kasih intan permata, jenguklah lagi blog ini setiap masa.

Saya tahu blog ini bukan saja dibaca oleh mereka yang dahagakan perubahan, pembenci UMNO, BN dan Najib Razak serta pengundi yang inginkan sesuatu yang lebih baik untuk negara ini, bahkan juga oleh penyokong setia kerajaan serta  mereka yang nampaknya lebih kasih kepada Perdana Menteri melebihi sayang kepada diri sendiri.

Kepada golongan yang pertama, semoga kita terus berusaha, berdoa dan melakukan apa-apa yang termampu bagi mencapai tujuan itu. Percayalah bahawa hanya dengan perubahan saja dapat menyelamatkan negara ini menjadi lebih baik keadaannya.

Kepada golongan kedua pula, moga-moga mereka juga akhirnya akan dibukakan pintu hati untuk melihat kebenaran yang sebenar-benarnya tentang apa yang sedang dan telah berlaku dalam negara ini sejak Najib mengetuainya.

Menjelang pilihanraya akan datang dan fasa-fasa seterusnya, sedarilah bahawa Najib tidak mampu lagi berbuat apa-apa untuk kita. 

Beliau kini hanya mahu mempergunakan UMNO dan BN serta kemenangan dalam pilihanraya untuk menyelamatkan dirinya semata-mata dan bukan lagi berjuang untuk kita dan rakyat jelata.

Bagaimanakah  orang yang sedang bergelut untuk menyelamatkan dirinya atas skandal yang diperkatakan di seluruh dunia dan kerana Peguam Negara ditukar serta-merta, boleh diharapkan untuk membawa kebaikan kepada kita?

Akhirnya, sekali lagi jutaan, jutaan dan jutaan terima kasih kepada pengunjung dan penjenguk setia blog ini dan kiranya setiap kita dapat mempengaruhi empat atau lima ahli keluarga serta rakan-rakan di sekeliling mulai hari ini dan hari-hari seterusnya, percayalah perubahan dan kebaikan akan menjadi milik kita akhirnya.

Blog ini akan lebih bererti jika ia dapat sama-sama menyumbang dan menjadi sebahagian daripada perubahan itu nanti. (SH 16/12/2016).

82 comments:

  1. Rakyat Diperbodoh16 December 2016 at 11:28

    Tahniah Tn Shahbudin...!

    Rakyat yg memilih pentadbir negara,bukannya utk dikuda2 diperbodoh. Ayuh rakyat...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah, lipat gandakn usaha.. bersatu tombangkan peeM2 pelik di malaysia..

      Delete
    2. Terima kasih saudara shahbudin kerana berkongsi maklumat dan memberi peluang kpd kami untuk sama2 menentang pemimpin2 yg lupa kpd amanah rakyat.

      Rakyat tidak pernah meminta gula kopi kpd kerajaan jauh sekali untuk meminta duit.

      Tetapi apa yg berlaku pada hari ini adalah satu penghinaan kpd rakyat.

      Inilah pertama kali dlm sejarah hidup orang2 melayu apabila kerajaan meminta subsidi drp rakyat.

      Kerajaan menjadikan rakyat sebagai penjamin kpd hutang yg mereka buat.

      Saya cukup tidak menduga kerajaan hari ini sanggup mengaibkan kami dan mencagar kami sebagai penebus hutang negara.

      Kerajaan hari ini adalah sebesar besar penipu dan pengkhianat kpd agama bangsa dan negara.

      Bagi yg ada pelajaran mereka cukuo mengetahui apa yg kerajaan telah sekewengkan.

      Bagi yg tidak berpelajaran mereka hanya ikut secara membabi buta.

      Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

      Saya adalah bekas ahli umno seumur hidup.

      Delete
    3. Saudara shah.

      Saya ini hanya seorang kontraktor kecil (tukang rumah) yg hidup di pinggir bandar.

      Dulu umno ni memang hak dan kepunyaan orang2 melayu. Umno cukup ambil berat segala masalah orang2 melayu. Tutur kata pun cukup bersopan. Sejuk hati kita mendengarnya.

      Hari ini umno adalah hak mutlak najib rosmah dan perlampau seperti datuk sri jamal dan lain2.

      Di pejabat umno pun mereka bahasa diri kau aku, ada apa, dan kata ok ok lah saja dgn saya.

      Tetapi masuk saja kontraktor cina terus mereka sapa hai boss how are you. "Duduk duduk, mana pergi lama tak jumpa." Mereka bukan saja ramah tapi cukup mesra. Panggil nama cina tu pun boss. Bahasa diri pun l you l you.

      Dalam umno hari ini dah hilang budaya timur. Budaya orang2 melayu yg sebenarnya. Dah ujud budaya heloooo boss. How are you boss. Dont worry boss.

      Hina sungguh jadi melayu di dalam umno hari ini. Lebih lebih lagi bila pandang kita saja terus sapa dgn pertanyaan " ha ada apa?". Suruh duduk pun tidak.

      Delete
    4. orang2 bodoh boleh bolayan lah..

      Delete
    5. Alhamdulillah syukur
      tahniah tuan shah
      terima kasih kpd pengunjung blog ini juga

      saya inginkan perubahan
      supaya anak cucu saya dpt rasakan apa yg saya telah nikmati spt tahun 90an dulu
      hidup makmur dan senang
      tidak risau keselamatan bila keluar rumah
      org yg bpendidikan gerenti dpt kerja siap boleh tukar2 kerja lagi
      yg tidak berijazah kerja juga sedia terbentang menanti dgn syarat kita rajin
      bangga bergelar malaysian di mata dunia
      tidak rasa ditipu dan diperbodohkan oleh perdana menteri dan menteri2 dia
      saya nak anak cucu saya bangga dan berkeyakinan tinggi sbg rakyat malaysia
      kini kita dpt lihat sekeliling byk pendatang asing
      kdr jenayah yg tinggi
      nilai moral yg jatuh dll

      Delete
    6. Tuan Shah....
      Tahniah atas istiqamah memberi pengetahuan, pendapat, komentar dalam blog.

      Harap Blog Shahbudin ini tak diganggu atau diblock macam yg jadi pada segelintir blog lain sebelum ni.

      Moga blog ini terus memberi pengetahuan, informasi dan pandangan yg dapat menjawab persoalan yg bermain dalam minda rakyat Malaysia.

      Harap Tuan Shah istiqamah dan berani dalam menyatakan fakta2 yg benar dan jujur kerana yg benar dan jujur itu adalah sesuatu yg amat pahit tapi amat manis sekali hasilnya.

      Terima kasih dan wassalam.

      Delete
  2. Tahniah Din, 20 juta tu. Kalah media arus perdana. Dengan pencapaian seperti itu, boleh buat surat khabar sendiri tu. Saya cadangkan namanya 'Berita Budin'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20juta ke 40juta tak ada makna kalau fitnah bohong talibarut yahudi kafir dah jadi ikutan..yang penting pru boleh menang ke..2012 pru 13 kecundang..pru14 kecundang insyaAllah..angka pelawat tak penting..inikah sumbangan untuk RAKYAT?? fikir2kanlah..

      Delete
    2. Berita budin......hmmmmmm bagus jugak idea tu tapi kat Malaysia ni boleh ke nak buat macam tu???

      Dulu The Edge kena gam.......Malaysian Insider dah pon bungkus.....Blog Din Turtle, Outsyed the Box dan lain-lain diblok.......semua gara2 mengkritik. Kalo puji-memuji, mengipas-bodek tentu tak jadi macam tu.....tentu sampai sekarang pon selamat.

      Jadi cadangan "Berita Budin" tu tak sesuai di Malaysia ni. Baru nak bukak mulut pon dah kena tangkap. Tak pasal kena akta sosma pulak sebab kononnya pecah rahsia. Walaupun rahsia tu ialah satu penyelewengan dan penipuan yg patut kita semua tau pun tak boleh jugak. Kena sorok jangan sampai sesape tau.

      Tanya tak boleh, soal tak boleh, bincang tak boleh, debat dalam parlimen pon laaagiiilah tak boleh......jadi simpan ajerlah angan2 nak buat suratkhabar "Berita Budin" tu ye. Kalo buat pun takat cetakan ke 3 dah kena bungkus buat apa. Tak pasal Tuan Budin kena masuk lokap duduk berjiran dengan Rafizi pulak, tak gitu???

      Delete
    3. Ada cara nak buka outsyedthebox tu..tuan boleh google caranya..kalo citer kat sini, skmm cari saya nanti hahaha..pada saya ostb lagi best dari shahbuddindotcom sebab lebih meluaskan pemikiran dan tidak tertumpu pada isu dalaman negara sahaja. Walaupun begitu, kena rajin la buka ostb setiap hari kerana postingnya akan dipadamkan dengan cepat

      Delete
  3. Tahniah Budin,

    Dikala surat-surat khabar dan berita TV menunjukkan trend penurunan yang ketara, blog Tuan Budin boleh mencapai trafik sehingga 20 juta. Satu pencapaian yang amat membanggakan. Tahniah..

    ReplyDelete
  4. tahniah si empunya blog kerana masih terus bertahan sebagai penyampai khabar adu domba, fitnah dan prasangka buruk.

    Telunjuk mu lurus menongkah arus, kelingking mu berkait mengheret beban.

    πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‡πŸ˜˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemaakan dedak dh masuk

      Delete
    2. Anon 11.36,
      Lebih baik kamu pergi tanya najib dan penyembah penyamun najib...dah berapa banyak hari selasa da..aaa tak saman saman WSJ ini dah bukti siapa penipu dan bikin fitnah...sembah la najib tu hi hi hi.

      Delete
    3. ooo pemakan dedak....pemakan dedak dacing senget ke walaunta parti agama yang sewel??

      Delete
    4. Makcik Unknown.....Budin tak jemput ko masuk sini pon. Ada ko dapat kad jemputan Budin??

      Ko sendiri yg terhegeh nak masuk sini pastu nak kutuk admin. Berambuslah ke sinuuuuun blog yg mengipas tuan ko tu.....apa yg menyebok kat sini?? Ada Budin kesah ke kalo ko tak masuk sini??

      Pigi sanalah.......moga ko berbahagia di sinuuuuuunn.

      Delete
    5. Yang makan dedak jenama Unknown ni binatang jenis apa agak nya. Boleh sesiapa tolong bagi tau.

      Delete
    6. Terbaru ...
      Satu lagi bekas kakitangan BSI SA berpejabat di Singapura di dapati bersalah kerana bersekongkol dalam penggelapan wang 1MDB .
      Tolong tanyakan kat 'Unknown' tu .. apa perkembangan siasatan di Malaysia ?

      Ketua Penjilat Najib (KPN) bilang polis masih menjalankan penyiasatan ... berapa lama daaaa???
      Mungkin kertas penyiasatan terduduk kot olih RM ?? berat nak angkat tu .

      Delete
  5. Tahniah Shahbudin. Blog ini terbuka utk pelbagai pandangan.

    Jgn sampai tiba2 tukar pendirian sudahlah. Ini kerana kuasa dedak boleh membuatkan seseorang insan menjadi gelap mata.

    Walaupun tiada bukti kukuh utk menuduh RPK, namun ianya amat kelihatan spt itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn jadi macam RPK. Difahamkan blog Malaysia Today jumlah pengunjung jatuh menjunam spt kayuh basikal turun bukit.

      Delete
    2. RPK (Raja Putar Kenyataan) peduli apa turun bukit ke , naik bukit ke >

      Posting dia kerap di hebahkan olih TV 3/4 . di masa sama dedak ada masuk beb .

      Delete
  6. 11:36,,
    Ini mesti komen dr tv3suku
    Ha..3x

    ReplyDelete
  7. Tahniah!...semoga usaha dan perkerjaanmu ini memdapat ganjarannya di akhirat nanti...baik dan buruk akan mendapat rewardsnya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah komen2 maki hamun fitnah bohong hasad dengki dal ni dapat ke ganjaran baik..ini ajaran agama apa?..

      Delete
    2. Anon 18:47 Tidak tau lah tapi yg kami tau tidak sama dengan ajaran agama kami. Sama saja dengan ajaran agama tuan kamu dan pencacai yg makan dedak mcm kamu,unknown,kellie castle dan sewaktu dengan nya. Munkin ajaran agama baru (pompak)- perasuah dan perompak negara. Memang padan untuk kamu semua agama POMPAK ni.

      Delete
  8. sejujurnya aku merasa simpati tatkala melihatkan keadaan para pentaasub yang sering diperbodoh tanpa henti.

    Apakah si empunya blog sudah hilang belas ehsan nya ?? sewajibnya awk menyeru kepada para pengikut supaya mendesak tuan2 politiknya agar mereka melantik kuasa pemutus dari kalangan mereka. Sebelum menganyam mimpi menjadi sebuah kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11.58(penyembah lanun najib),
      Sewajib nya kamu tanya la Najib si penyamun bugis tu kena lari bila berdepan dgn Tun, tanya lagi kalau dah tok arab bagi derma tunjuk la bukti catitan akaun tok arab tu, tanya lagi kenapa kenapa laporan Audit nagara yg setiap tahun jadi dokumen awam bila bersabit laporan Audit 1MDB dah jadi dokumen OSA...ini la dia sifat penyelewengan dan pecah amanah ditunjuk oleh tuhan kamu iaitu najib penyamun.

      Delete
    2. Nakhoda 11.58 sudah berulang kali dinyatakan bahawasanya ilmu kau cetek. Tulis panjang2, isi kosong.

      Delete
    3. Saya lagi simpati dengan.kamu.wahai UNKNOWN 11.58 sebab dah terang terang najib dan kroni kroninya merompak menyamun Menipu mencuri harta anak bangsa di siang hari kamu masih Bermimpi dan minda belum terbuka lagi...cuba cuba la kamu berjalan ke luar negara lebih2 lagi ke negara maju lepas tu balik Ke sini dan bandingkan keadaan di luar sana dengan malaysia hari ini..mana tau minda kamu akan jadi lebih terbuka selepas ini...insyaallah

      Delete
    4. perompak penyamun penyangak lanun..bahasa yang sungguh sinonim dengan puak2 haram tapi mulut bangkai hanya boleh kata apa2 tanpa diserta bukti pun..teruskan lah dengan kata2 kamu itu semoga kamu dan parti2 kamu di hancur lunakkan di pru14..sekian.

      Delete
    5. Bukti sudah didepan mata masih hendak dipertikaikan..tak mengapalah..says juga doakan Puak puak selanun dengan kamu dihancurkan...insyaallah

      Delete
    6. Mak Long Unknown.......kami tak perlukan simpati ko. Simpan ajerlah simpati ko dalam laci. Ada kami kesah??

      Delete
  9. Saudara Shahbuddin,

    Teruskan dengan penulisan awak ini. Ini saja cara rakyat dapat mengetahui perihal sebenar yang berlaku pada negara yang si perintah oleh penyaggak dan penyamun.

    ReplyDelete
  10. Tahniah kipidap dongibab.

    ReplyDelete
  11. Din,
    Tahniah !!!
    Aku dah lama Tak beli utusan , Benita Harian and paper lain yg dok sokong buta tuli Najib pencuri, TV3 suku jugak dah Tak tengok dah.
    Aku hanya baca blog blog yg menyatakan sebenarnya dan Tak buat cita pembohong spt blog mykammu dan blog pro Najib pencuri and umno bahalol.
    Blog hang,KD and Syedoutbox adalah Diantara blog yg terbaik !!!
    Hidup TUN M and hidup bersatu !!!

    ReplyDelete
  12. Sebagai seorang yang ibaratnya atas pagar(non partisan) blog shahbudin ni salah satu sering saya kunjungi untuk mengimbangi media arus perdana yang lain.

    ReplyDelete
  13. Tahniah tuan din...teruskan usaha anda...sehari tak masuk sini tak senang duduk....kipidap

    ReplyDelete
  14. Beribu-ribu TAHNIAH.
    Teruskan usaha, saya sentiasa menyokong.

    ReplyDelete
  15. Kejayaan blog ini ialah kerana tuan shah beri ruang seluasnya pada semua pihak berbahas. Kita dapat bertukar pendapat secara ilmiah dgn semua pihak...kecuali dgn si nakhoda merapu. Tahniah tuan shah.

    ReplyDelete
  16. Tahniah tuan, kita harap dengan cara ini rakyat dapat berfikiran lebih baik dan tidak diperbodohkan oleh arus media perdana yg sehala tu...saya tak fikir blog ni menghasut dan memutar belit fakta..blog ini merupakan satu wadah alternatif untuk rakyat yang sayangkan negara ini...syabas sekali lagi tuan budin..

    ReplyDelete
  17. Tahniah Shah dan saya adalah seorg penjengok yg konsisten dan apa yg shah lakukan ini adalah merupakan jihad dan semoga allah memberkati usha2 tuan tk

    ReplyDelete
  18. Tahniah kpd pemilik blog ini.in sha Allah setiap hari sy akan log in blog ini membaca dan befikir secara waras dan buat keputusan..dah lama stop langgan utusan dan bh..

    ReplyDelete
  19. Dalam kiraan saya, lebih-kurang 10K pengunjung unik (dengan andaian mereka kunjung sekali tiap-tiap hari) kunjung ke blog anda, Budin.

    Dengan itu tanpa kemusyskilan lagi, blog hang mempunyai di antara yang tertinggi jumlah pengunjung unik bagi blog Melayu.

    Dengan itu juga sumbangan Budin kepada perjuangan dalam ertikata amal makruf, nahi mungkar bukan lah main sikit.

    Tahniah Budin.

    ReplyDelete
  20. Pemberitaan yang kemas, penulisan iklas semasa terkini, syabas dan tahniah saudara.

    ReplyDelete
  21. Yvonne seah , bekas pagawai BSI bank do spore, mengaku bersalah kes berkaitan 1mdb di spore. Dah 2 orang ngaku salah, hukuman penjara pun singkat. Saya pasti ke dua dia nya akan menjadi saksi kes jho low nanti. Dan lepas itu ada lagi kes ada lagi ada lagi kes ada lagi kes, sampai lah ke penghujungnya.

    ReplyDelete
  22. Tahniah din.
    Tulisan2 yang mudah difaham dihadam dan diterima.
    Ringkas dan padat.
    Teruskan..

    ReplyDelete
  23. Tahniah Tuan !! Memang dulu saya tak berapa nak jenguk blog Tuan ,tapi sejak negara kita mencapai rekod terbaik penerima derma terhebat di dunia saya mula minat menjenguk blog Tua nak tahu petkembangan,sebab banyak blog yg pro UMNO BN yg dulu saya sanjungi telah mula "rosak" akibat penangan dedak

    ReplyDelete
  24. Berjuta2 tahniah tuan...kekalkan momentum menyampaikan berita 2 terkini.. Syabas dan terima kasih diatas usaha murni tuan dalam menyampaikan maklumat yg terbaik panas dan pedas..Kipidap..

    ReplyDelete
  25. tahniah sdr shah mencecah 20juta pengunjung.saya tumpang bangga.harapan saya semoga sdr shah terus istiqamah demi kebaikan agama dan bangsa yg tgercinta.berani kerana benar.semoga balasan allah jua yg kita bergantung dan mengharap.

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah tuan Shah.

    Saya hanya berdoa tuan kekal bermaruah dalam perjuangan dan diberikan kekuatan oleh Allah untuk kekalkannya.

    Aamiin.

    ReplyDelete
  27. blog penuh fitnah dari dari dajal2 akhir zaman pun nak di tahniah kan?..teruskanlah agar selepas setiap pru akan akan ujud lagi blog ini..dan bertambah lagi laknatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tau najib penipu atau tak, cuba ingat balik apa dia cakap. Perhimpunan agung umno tahun lepas dia janji menjelang hujung 2015, hutang 1mdb akan berkurangan sehingga 17 billion sahaja. Apa jadi? Sikit pun tak berkurang malah makin bertambah. Lepas tu najib janji tak akan bebankan rakyat dengan hutang tersebut. Apa jadi? Dia suruh Mof ambik alih. Maknanya..kerajaan bayar hutang 1mdb menggunakan duit rakyat melalui gst. Sebab gst la punca pendapatan utama negara skrg. Duit petronas dah tak boleh harap. Itu kau cakap fitnah? Kau memang tak ada otak.

      Delete
    2. Jangan lupa perbicaraan mahkamah Singapura orang yang mengendalikan duit haram yang berkait dengan 1mdb tu mengaku terima upah bermilion2. Baca media online dari Singapura baru tahu. Di sini berita tu tak keluar.

      Delete
  28. Budin..

    Kadang2 bila terbaca komen pengunjung blog ni tentang penderitaan hidup mereka di bawah pemerintahan najib, terutamanya selepas timbulnya isu 1mdb di mana kerajaan mula bertindak gila menekan rakyat, aku turut tumpang kesedihan mereka. Masing2 ada rasa tidak puas hati untuk diluahkan. Kenapalah tergamak najib tindas orang susah? Dosa najib ni harus dikongsi oleh kakitangan awam yang bersubahat..tak kira pembuat dasar sehingga ke pemungut cukai. Moga jangka hayat politik najib tak lama.

    ReplyDelete
  29. Tahniah budin..aku sering promote blog ini untuk santapan minda rakan-rakan pro-bn ku dan Alhamdulillah , seorang dua dah mulai menjauhkan diri dari bn. Teruskan perjuangan mu budin walaupun dlm bentuk penulisan.-anak Sarawak

    ReplyDelete
  30. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjaan.

    selagi sistem amno tidak ditukar minda tak berubah
    jnagan harap lah nak ada perubahan ke arah prinsip mempertahankan kebenaran lebih utama dari pertahankan kesalahan pemimpin yang dzolim demi habuan dunia.
    selagi amno tak tumbang jangan haraplah

    ReplyDelete
  31. Tahniah bro. Teruskan menulis. Sewaktu d Tanah Suci saya x lupa berdoa agar BN dpt d kalahkan PRU kelak.

    ReplyDelete
  32. Budin, yang anda maksudkan ialah 20j kunjungan, bukan 20j pengunjung?

    ReplyDelete
  33. Tahniah Tn..semoga terus istiqomah dalam memperjuangkan masalah ini secara tinta dengan bahasa yang sopan dan mudah difahami. Semoga semangat perjuangan kita menentang penyalahgunaan kuasa ini dirahmati Allah swt.

    ReplyDelete
  34. apa dah jd dgn blog putera merdeka?

    ReplyDelete
  35. Tahniah nak budin....
    Nenek hari-hari mesti baca blog ini..jgn hiraukan mereka yang mengutuk tu...teruskan usaha murni mu nak...semoga Allah SWT memberkati dan melindungi mu... aamiin...

    ReplyDelete
  36. Secara jujur aku ckp le. Aku buka blog ni selang sejam atau dua jam sekali setiap hari...! Tunggu berita² terkini dan ulasan² dpd Sdr Budin.

    Selain dpd blog ni...Blog yg sering dikunjungi ialah GREENBOC dan MSO...!

    Tahniah Tuan...!! Teruskan... Sehingga parti dedak malingkup...haha

    ReplyDelete
  37. Tahniah. Masih ada yang mempertahankan pemikiran waras dikepala bukan disiku dan lutut.

    ReplyDelete
  38. dpt free akses utusan tapi tak baca/tak buka pun....

    ReplyDelete
  39. dpt free akses utusan tapi tak baca/tak buka pun....

    ReplyDelete
  40. Tahniah dan syabas Shah, tuan empunya blog.
    Ni saja nak khabaq mai, saya cukup minat membaca isi posting dan komen-komen pengunjung.

    Syyy jangan khabaq kat sapa pun na, komen Unknown itu saja yang saya paling meluat sekali nak baca sebab macam sampah, asal jumpa saja komen dia...saya terus skrol laju ke bawah. Tolong rahsiakan na...
    Kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  41. 700 billion hutang negara÷ bayar 50 billion setahun
    =14 tahun kena bayar hutang
    Pendapatan negara cecah 50 billion setahun...?

    Sedak ke pemakan dedak belake...

    Insyallah pribumi dan harapan menang pru14

    ReplyDelete
  42. Berita harian kilang senai johor..tutup dah...alhamdulillah..kurang berita tipu rakyat..

    ReplyDelete
  43. Tahniah budin

    Semoga kekal menulis

    Jaga kesihatan & keselamatan diri

    Sbb orang jahat selalu main Tipu

    Wassalam

    ReplyDelete
  44. Blog ni ada yg bagus tapi ada yg tak bagus. Bagusnya dpt info dr pandgn pmbgkg.Gagal mendidik pengunjungnya menjadi pemikir yg matang intelek, beradab dan tau menghormati org lain.
    Misalnya membuat tuduhan ke atas seseorg tanpa berani membuat temubual sendiri bertanya soalan dgn org yg dituduh. Maka gossip yg dijual dlm blog ini adalah sama stabndard dgn standard Utusan Melayu atau TV3 pd kacamata pembangkang.

    ReplyDelete
  45. Tahniah ...

    Saya sedih bila "ustaz2" di PAU 2016 hanya sibuk menggunakan hadis2 dan ayat Al Quraan untuk membodek sedangkan tujuan utama "Mencegah Kemungkaran pemimpin" langsung tidak disentuh.

    PAU tahun ni sungguh mengecewakan kerana pendebat gagal membincangkan masalah pokok issue integriti dan kepincangan serta kegagalan barisan pemimpin langsung tidak disentuh dengan tepat dan direct. Semuanya gagal menunjukkan kejantanan ... UMNO sudah hilang jantan dan tidak layak memerintah lagi.

    ReplyDelete
  46. Anon org yg sama je dah hampir 9.9 juta cuma 0.1 juta tu je org yg tersesat mcm saya ni la.

    ReplyDelete
  47. salam encik shahbudin....selagi semua media cetak dan elektronik...penguatkuasa...perundangan...pentadbiran...dan kerajaan dalam cengkaman...selagi itulah kita akan jadi melukut ditepi gantang....dan yang paling sedih sekali apabila kerajaan kita hari ini dibawah tunjuk ajar beberapa parti komponen yang secara jelas tidak bertujuan baik...secara perlahan cuba merampas hak dan tanah air kita...menghilang lenyapkan keistimewaan kita sebagai pribumi...menghambakan kita sebagai abdi mereka...semua mereka onarkan..semua nereka gegarkan...tiang tiang penyatuan bangsa melayu islam mereka cabut...mereka hanyutkan ke sungai cemar...tanah tanah kita yang dulunya subur dengan segala macam herba turun temurun nereka racunkan mereka pugar dan semaikan dengan sayuran kailan...mereka ubah selera pemakanan kita dengan bantuan kerajaan yang sedia ada...mereka butakan penglihatan kita dengan kertas yang ada nilai....kabur penglihatan kita kepada bersatu teguh bercerai roboh....mereka nyalakan api dalam sekam agar tanah rezab kita bebas dijual beli...mereka kekalkan sistem pemerintahan dan berpegang kepada oerlembagaan yang hanya orang melayu kekal memerintah negara...tetapi jangan lupa akhirnya mereka berjaya memujuk kita jadikan 1Malaysia...ya....mereka berjaya...membuatkan kita...ADA RUMAH TIDAK BERBUMBUNG,ADA TANAH TIDAK BERUNTUNG, NEGARA MERDEKA JIWA DAN MARUAH DIPASUNG,APA BENAR BUMI YANG KITA PIJAK LANGIT YANG KITA JUNJUNG....

    ReplyDelete
  48. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...