Hakikat bahawa Pas sebuah parti yang keliru di bawah kepimpinan Hadi Awang sebenarnya tidak dapat disangkal lagi. Ia semakin nyata dan terang-terang di depan mata.
Pas bukan saja keliru mengenai siapa kawan dan siapa lawan, bahkan juga keliru tentang apa yang sebenar dimahukan dalam perjuangannya.
Ketika meletakkan syarat kepada PPBM agar meninggalkan DAP dan Amanah jika ingin bekerjasama dengannya, Pas terlupa bahawa di Selangor sekarang ini ia sedang duduk semeja dengan kedua-dua parti yang dimusuhinya itu.
Malah, ketika meletakkan syarat itu kepada PPBM, Pas tidak pula pernah bersuara dengan nada yang sama kepada PKR dalam kerajaan negeri Selangor yang sedia diketahui memang menjalin kerjasama dengan DAP dan Amanah.
Lebih dari itu, dalam menyatakan kesediaan menjalin kerjasama dengan PKR secara keseluruhannya pun, tidak pernah Pas meletakkan syarat agar ditinggalkan DAP dan Amanah.
Kenapa hanya dengan PPBM saja diletakkan syarat agar meninggalkan DAP dan Amanah, tetapi tidak kepada PKR?
Jika benar istiqamah dalam menentang DAP yang kononnya anti Islam serta menolak Amanah yang dianggap sebagai parti yang khianat, mengapa tidak dimulakan dengan meninggalkan segala jawatan dan kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor untuk berdiri sebagai blok ketiga yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera?
Tidakkah ini menunjukkan Pas benar-benar sedang keliru?
Dua hari lalu pula, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan satu lagi syarat baru, khususnya kepada PPBM, jika ingin menjalin kerjasama dengan parti itu.
Syaratnya ialah tidak bertanding di 70 kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam PRU 13 yang lalu.
Pas meletakkan syarat demikian kerana beranggapan 70 kerusi itu adalah milik mereka, meskipun dalam PRU 13 lalu ia hanya menang 21 kerusi Parlimen saja.
Syarat ini juga menunjukkan Pas sekali lagi keliru.
Bagaimana Pas boleh menganganggap 70 kerusi yang pernah ditandinginya itu sebagai miliknya sedangkan ia hanya menang 21 kerusi saja?
Jika 21 kerusi yang menang itu diminta jangan dikacau, mungkin juga boleh diterima dan difahami, tetapi dengan merasakan kerusi yang kalah juga sebagai hak miliknya, Pas ternyata benar-benar keliru.
Dengan meletakkan syarat syarat kepada PPBM agar 70 kerusi itu jangan dikacau, bermakna Muhyiddin Yassin dengan sendirinya tidak boleh lagi bertanding di Pagoh dan Mukhriz Mahathir yang pernah menjadi Ahli Parlimen Jerlun pada PRU 12 sebelum bertanding di DUN Air Hitam pada PRU 13, turut terpaksa mencari kerusi yang lain jika ingin bertanding lagi kerana semua kerusi itu ditandingi oleh Pas dalam PRU 13 yang lalu?
Maka, ke kerusi mana Muhyiddin dan Mukhriz mahu lari jika ingin memenuhi syarat Pas itu?
Tidakkah ternampak mengarut dan menunjukkan Pas benar-benar keliru dengan tindakannya meletakkan syarat agar 70 kerusi itu jangan diganggu?
Apa sebenarnya yang dimahukan oleh Pas, kekal bertanding di 70 kerusi atau mahu memang lebih daripada 21 kerusi Parlimen?
Apakah Pas tidak sedar bahawa PPBM akan memberi keuntungan kepadanya dari segi kemungkinan memenangi lebih banyak kerusi kerana PPBM akan mencuri undi daripada kalangan ahli-ahli UMNO, meskipun jika bertanding kurang daripada 70 kerusi?
Apa seterusnya?
Jika Pas kekal dengan kekeliruan mengenai apa yang dimahukannya, bukan saja PPBM harus menghentikan rundingan dengan parti itu, malah Pas juga boleh mulai sekarang mengumumkan untuk bertanding di semua 222 kerusi Parlimen.
Alang-alang ingin menjadi "parti kerusi", lebih baiklah bertanding di semua 222 kerusi. Buat apa sekadar 70 saja! (SH 14/12/2016).
Kepada tuan empunya blog, Tuan Shahbudin:-
ReplyDeleteSebagai bekas ahli Umno, adakah tuan percaya yg pilihanraya di Malaysia ini TELUS & ADIL sejak zaman tun M hingga sekarang?
Tolong jawab dgn jujur, terima kasih.
Wahai Mamat,
DeleteKamu sepatut nya memberi pendapat kamu dahulu, lepas itu bahru menanya.
Kamu takut memberi pendapat ye, takut kena balun hingga tak boleh bangun.
Memberi implikasi tak telus dan tak adil tanpa penerangan dan justifikasi, memang nak kena balun kamu, Mamat.
Hampir kesemua kawasan UMNO 'menang tipu' makna nya pilihanraya memang tak adil. Kalau adil lah bukan Najib yang jadi PM tapi Anwar Ibrahim.
DeleteDalam pada itu ada juga pembangkang menang dan dapat menawan negeri.
Kalau semua rakyat mahukan perubahan dan sedar selama ini hidup semakin teruk di sebabkan oleh ketidak mampuan Najib sebagai Perdana Menteri, tipu macamana lah, BN akan tumbang.
Kuasa perubahan dan penentuan bukan di tangan SPR tetapi di tangan rakyat. Keupayaan SPR untuk menipu terhad apalagi dengan masalah 1MDB dan adanya PPBM.
Itu sebabnya perlu kebijaksanaan dan kesepakatan untuk mengatasi penipuan.
DeleteMamat,
DeleteSejak bila sebelum soalan diajukan, wajib dinyatakan pendapat terlebih dahulu??? Kahkahkah...lawak2. Dik, gi sekolah. Ni tempat orang2 berakal & mumayiz.
Bro mamat,
DeleteJgnla sensitif sgt. Org tu tanya soalan biasa je kot. Apehal pulak lu nak melenting tak memasal bro?
Nampaknya, PAS tidak percaya pada poligami politik. Ini kerana dalam menegakkan prinsip politik matang dan sejahtera, PAS melayan wawasan yang jelas – ia tidak boleh rambang mata dalam memilih pasangan politiknya.
DeletePAS sudah berpengalaman luas dalam usaha menyulam kerjasama dengan parti politik lain. Ia pernah menganggotai Barisan Nasional, gabungan Parti Alternatif, Gagasan Rakyat dan juga Pakatan Rakyat.
Pengalaman ini melentur PAS supaya lebih teliti dalam memilih gandingan politik kerana ia insaf apakah kesannya jika jalinan politik tidak menjadi. Bukan sahaja ia akan mengecewakan rakyat tetapi melunturkan nama baiknya sendiri.
Justeru soal pegangan atay prinsip calon gandingannya amatlah penting bagi PAS. Dek usaha Ketua Umum PKR . Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dan selepas pilihanraya umum 2008, PAS memilih menyertai Pakatan Rakyat.
PAS terkesima dengan tawaran Anwar Ibrahim bahawa konsep “setuju untuk bersetuju” akan tetap menjadi hak setiap kerabat pakatan itu. Ini termasuk menentukan ideologi perjuangan masing-masing.
Meskipun sudah menandatangani persetujuan dengan DAP di ambang pilihanraya ke-13 pada 2013, PAS amat kecewa apabila parti dominasi Cina itu tidak menghormati cita-citanya mahu melaksanakan perundangan Islam.
Malah kegelisahan DAP terhadap PAS yang mahu melunaskan tanggungjawab agamanya itu mencapai kemuncaknya apabila DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berkubur kerana perbedaan ideologi ini.
Malangnya, pengatur jodoh PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat berbuat banyak untuk mengekalkan solidariti Pakatan itu kerana beliau sudahpun dipenjara di Sungai Buloh.
Maka tinggallah PAS sendirian mengemudi haluan politiknya dan dikhianati pula oleh beberapa pemimpin ‘profesionalnya’ yang memilih meninggalkan PAS dan membentuk Parti Amanah Negara (PAN).
Lantas dalam uzlah politiknya itu, PAS berusaha secara tabayyun meneliti gerak dan prinsip parti-parti politik pilihan untuk diajak berganding menempuh pilihanraya umum ke-14. Namun kebanyakannya masih meragukan.
Maka tidak hairanlah jika PAS tidak akan menjalin hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti pimpinan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu menyertai Pakatan Harapan (PH).
Ini kerana, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, PAS menetapkan pra-syarat tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan PAN dan DAP.
“Jika Bersatu (PPBM) berhasrat bersama PAS dalam satu gagasan politik, mereka seharusnya tiada hubungan dengan pihak lain. Itu jelas,” kata Takiyuddin.
Namun PAS, katanya, akur bahawa ia tidak berhak untuk menghalang PPBM untuk menyertai PH. Majlis presiden PH dijadualkan akan membincangkan penyertaan PPBM esok, Rabu 13 Disember.
“Bersatu (PPBM) dan PAS, masing-masing adalah parti politik. Jika PPBM memilih bersama Pakatan Harapan, itu hak mereka.
“Kita tidak boleh mempertikaikan tetapi ini bermakna persefahaman politik antara PAS dan PPBM sudah tidak wujud,” kata Takiyuddin.
Tambahan pula, lagak PPBM aristokratik. PPBM dipimpin oleh personaliti seperti Mahathir yang 22 tahun menjadi perdana menteri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah mendapat tempat istimewa dalam kerajaan dan Umno.
Apabila menubuhkan PPBM, Mahathir terutamanya berasa ia sudahpun berjaya mengumpulkan kudrat baru di kalangan parti-parti pembangkang. Justeru secara naluri beliau bertindak seolah-olah seorang Demang Politik.
DeleteTanpa segan silu dan mungkin didorong naluri untuk “menunjuk-nunjuk” di hadapan pemimpin DAP minggu lalu, Mahathir menyatakan PAS patut diberi tempoh tertentu untuk menyertai PH.
Anehnya, parti pimpinannya sendiri belum tentu diterima menjadi kerabat PH. Minggu beerikutnya, mungkin sekali lagi “dirasuk keinginan untuk menunjuk-nunjuk kuasa dan pengaruh”, Mahathir menyifatkan PAS keliru pula.
Tidak salah jika dikatakan bahawa maksud Mahathir sebenarnya untuk menyatakan bahawa PAS masih bingung untuk membuat pilihan bergabung menghadapi pilihanraya umum bersama PH atau BN.
Dalam percubaan mengemudi DAP, PKR, Amanah dan PAS, Mahathir mahu keputusan politik dibuat ikut gayanya seraya memberi kata-dua sama ada PAS ikut atau ditinggalkan PH. Beliau tidak mahu PH menunggu lagi.
Respon PAS agak menarik. PAS tidak pernah meminta PPBM menunggu sehingga ia membuat keputusan muktamad berhubung isu itu, kata Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, PAS kini giat memperkasakan jentera bagi menghadapi PRU14 berbanding kerjasama dengan parti Mahathir.
"Kita tidak tunggu PPBM pun,” kata Tuan Ibrahim sambil menegaskan bahawa pilihan raya ialah pengalaman yang PAS lazim lalui sebagai pembangkang.
"Kerjasama politik dengan mana pembangkang sekalipun mestilah mempunyai asas dan kekuatan," katanya.
Beliau menerangkan perbincangan dengan PPBM bukan untuk bersama PH cuma untuk melihat apa yang boleh diperjuangkan bersama dalam blok pembangkang.
"Bagi PAS kita sudah ada Blok Ketiga Gagasan Sejahtera. PAS akan tengok siapa bersama PAS," katanya merujuk pada pertemuan di antara kepimpinan PAS dan presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin September lalu.
Malah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, PPBM boleh menjalin kerjasama dengan PH tanpa perlu menunggu PAS.
"PAS tidak perlukan PPBM. Mereka boleh sahaja bersama PH. PAS menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang. Menerusi Gagasan Sejahtera, PAS membawa politik matang dan sejahtera yang mengkritik dasar-dasar kerajaan dan memberikan cadangan penyelesaian.
"Dr Mahathir baru sahaja belajar menjadi pembangkang. Beliau boleh belajar menjadi pembangkang tegar seperti PH yang membangkang apa sahaja dan bermain politik kepartian sepanjang masa," kata beliau.
Pendirian PAS jelas. Politik bukan ikut nafsu. Gertak menggertak bukanlah jalan atau tabiatnya. PAS lebih matang daripada politik terjah Mahathir. Sudah pasti ia tidak keliru jalan mana mahu ditempuhi.
Hanya mungkin Mahathir dan PPBM sebenarnya yang sesat dalam menelurusi jalan menjadi pembangkang yang dikiranya akan bungkam dan terkesima dengan sifat aristokratiknya.
kalau adil, najib tentu dah kalah kerusi meja dia dipekan.
DeletePakatan Harapan perlu membentuk gabungan pilihan raya dengan PAS demi mendapatkan sokongan golongan atas pagar, kata Rafizi Ramli semasa beliau menjadi Setiausaha Agung PKR .
DeleteIni akan menjadi satu-satunya cara untuk pembangkang menawan Putrajaya, tegasnya.
Memetik tinjauan bebas pada 4 Disember, Rafizi berkata, sekurang-kurangnya 30 peratus orang Melayu sudah membuat keputusan untuk menolak Datuk Seri Najib Razak dan Umno.
Bagaimanapun, mereka dikatakan belum memutuskan pembangkang mana yang akan disokong.
Rafizi berkata, golongan itu dipengaruhi isu yang mempunyai kesan langsung terhadap mereka, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), melebihi perkembangan politik.
Sebahagian mereka tidak mengetahui kewujudan kumpulan serpihan PAS, Parti Amanah Nasional (PAN), beliau memberitahu Malaysiakini dan KiniTV.
Menurut beliau, BN memperoleh 53 peratus undi Melayu manakala pembangkang pula 46 peratus.
Umno, PAS dan PKR pula masing-masing mempunyai 20 peratus penyokong tegar daripada orang Melayu, sementara bakinya akan membuat keputusan berdasarkan isu dan sentimen.
“Jika mereka tolak Umno, mereka akan berpatah balik kepada PAS,” katanya.
Manakala Tian Chua pula berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak dapat bekerjasama dengan Pas.
Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua seperti dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily pada 5 Oktober lalu.
Tian Chua dilaporkan berkata, PKR tidak perlu meletak calon pada PRU14 jika parti itu gagal mengadakan kerjasama dengan Pas kerana pertukaran kerajaan memerintah bergantung kepada pengundi Melayu.
Katanya, PKR bergantung kepada undi kaum itu kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi parti berkenaan majoritinya merupakan pengundi Melayu.
Dia berkata, PKR bakal mengalami kekalahan teruk jika tidak mendapat sokongan Pas atau berlaku pentandingan tiga penjuru.
“Oleh sebab PRU akan datang yang menentukan samada ada pembangkang boleh menjadi kerajaan, undi Melayu adalah faktor utama, terutamanya pada masa ini kedudukan kerusi PKR kebanyakannya di kawasan yang ada banyak pengundi Melayu.
“Tanpa sokongan Pas atau berlaku tiga penjuru, PKR akan berdepan dengan musibah yang teruk,” katanya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PAS adalah kunci penyatuan dan kekuatan pembangkang dan beliau percaya PAS menerima beliau sebagai orang tengah untuk menyatukan pembangkang bagi menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
Presiden Parti Bumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dipetik Straits Times Singapura berkata, PAS yang tidak sehaluan dengan DAP “mengiktiraf saya boleh memainkan peranan dalam kerjasama itu”.
“Gambaran lebih besar ialah keperluan kita bekerjasama untuk mendapatkan kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan,” katanya.
Saya hanya kemuka 3 tokoh sahaja. Rasanya sudah cukup. Siapa tak kenal Rafizi Ramli yang banyak menghentam PAS sepanjang dia menjadi SUA PKR. Tapi dia jenis manusia yang melihat dan 'beriman' dengan data dan angka. Sudah pasti kenyataannya berdasar angka dan data yang betul.
PKR dan BERSATU perlu bersama PAS dalam satu Pakatan Pembangkang dan memastikan DAP mengikut Agenda Melayu dan Islam. Manakala parti PAN perlu dibubarkan ahlinya boleh masuk PKR atau DAP.
Hari ini Aung San Suu Kyi tercalit pekat hitam pada kredibilitinya. Manusia yang pernah dipengaruhi oleh falsafah tanpa kekerasan dan idealisme Mahatma Gandhi, kini membenarkan penghapusan etnik Islam Rohingya di Myanmar secara ekstrim. Namun tiada suatu suara dari bawah hingga ke peringkat PBB yang melabelkannya sebagai ekstrimis agama.
DeleteSejarahnya penuh palitan penderitaan. Beliau adalah mangsa tahanan dalam rumah pada 1989. Pada 1991 beliau telah memenangi Hadiah Keamanan Nobel kerana perjuangan membela hak asasi manusia. Beliau tidak dapat menjadi Presiden Myanmar walaupun partinya NLD menang besar kerana undang-undang negara tersebut tidak membenarkan seseorang yang berkahwin dengan warganegara asing memimpin Myanmar.
Namun begitu, Suu Kyi adalah pemimpin sebenar Myamnar. Situasi ini samalah seperti kedudukan Anwar Ibrahim bagi PKR. Beliau sangat berkuasa untuk mencaturkan hala tuju dan dasar-dasar kerajaan Myanmar.
Di negara kita ada Lim Guan Eng. Lim pernah meninggalkan bidang politik selama lima tahun dari 1999 sehingga 2004 kerana tidak dibenarkan oleh mahkamah untuk menjadi Ahli Parlimen. Penggantungan ini disebabkan sabitannya di bawah Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Mulianya hati LGE iniketika itu apabila mengambil risiko untuk membela seorang gadis Melayu. Hatinya bertambah-tambah mulia apabila menandatangani persetujuan untuk membenarkan PAS melaksanakan cita-cita negara Islam.
Kini siapa yang tak kenal Lim Guan Eng. Dari permusuhannya terhadap TGHH hingga kepada isu rasuah yang terpalit pada batang tubuhnya .
Sebelum berkuasa mereka berdua pernah menderita meringkuk di dalam penjara. Merekalah pejuang hak rakyat dan hak asasi manusia. Mereka kenal jahatnya musuh dan pentingnya sahabat. Kini apa yang terjadi kepada mereka? Aung San Suu Kyi kini adalah penzalim yang menyebabkan umat Islam Rohingya dihalau, dirogol, diseksa dan dibunuh. Lim Guan Eng kini adalah manusia yang tuli daripada mendengar masalah rakyat marhaen yang terkesan dengan penambakan laut di Pulau Pinang. Beliau tidak lagi mahu mendengar nasib para penjaja yang diroboh gerai-gerai mereka. Beliau yang pernah sepakat dengan PAS dalam menentang BN kini bangkit bangun menikam lumat rakan tahaluf siyasinya. RUU355 ditentang separuh mati.
Inilah citra dan perwatakan manusia yang berbeza sebelum dan selepas mendapat kuasa. Namun mereka berdua hari ini masih dipuja oleh rakyat sendiri kerana mereka menguasai parti masing-masing. Di Myanmar ada NLD. Di Malaysia ada DAP. Cuma di Malaysia lebih satu lagi. Ada PAN yang sudah menegaskan untuk bersedia membela DAP.
Aku rasa xde la besar sgt pengaruh PAS ni kecuali di negeri Kelantan & Terengganu je yg rakyatnya bersifat taksub & ortodoks.
DeleteTulis blog sendiri lah bro
DeleteAnon 12:24-12:42, tulis blog sendiri lah
DeleteIzinkan saya merapu lagi! kali ini pasal kelesuan seorang pemimpin PAN yang pening lalat dengan abang besarnya.Ketika mengingatkan perwakilannya Khalid mengingatkan mereka agar tidak mengelar pemimpin parti lain dalam PH sebagai duri dalam daging sebab Khalid bebenor mahu melihat PH berjaya dengan mengambil sikap mengalah.Untuk itu Khalid kata jangan bawa DNA parti lama ke dalam PAN.
DeleteCantik Khalid mengingatkan perwakilannya dengan katanya parti PAN sudah cemerlang jadi jangan jadikan seperti parti lama yang sudah terperuk jatuh.Khalid bercakap pasal DNA PAS yang mahu dibuangnya, apakah DNA PAS?, ianya termasuk sikap, amalan dan apa apa pencapaian masa lampau PAS termasuk kerusi Parlimen yang dimenangi PAS.Itu yang saya faham mengenai DAN PAS, sebab PAS bukanlah manusia yang ada DNA jadi apa jua perkara yang berkaitan kehidupan PAS secara perlambangan(nanti ada pula kata saya kat PAS hidup betul betul)adalah DNA PAS.Oleh itu kerusi yang dibawa Khalid ke dalam PAN itu ialah DNA PAS, mana nak letak?
Bercakap dengan mulut lembik begitulah jadinya, tak kaji dulu kesan dan susulan yang akan datang.Tak tengok dulu kalau ada apa apa yang dibawa lari dari PAS.Gunakan perlambangan DNA pula menyebabkan Khalid terkata dirinya sendiri, ketika mengingatkan perwakilan PAN tiba tiba tanpa sedar dia sendiri yang bawa masuk DNA PAS ke dalam PAN. Kelakar gila..
Tak apalah kalau dia kata PAN sekarang cemerlang sebab presidennya sendiri kata PAN boleh menang di Kelantan dan Terengganu sebab rakyat telah menolak PAS kerana berbaik dengan Umno.Rakyat yang menolak PAS akan mengundi PAN termasuk rakyat yang selama ini memberi undi kepada Umno yang komposisinya ada undi hantu juga, semuanya akan mengundi PAN.
Tak apalah pasal tu, nak cemerlang ambillah tapi barangkali PAN perlu diingatkan kerana cemerlang itu, usah pakai lagi taktik yang telah dibuang oleh Umno serta bahan bahan buangan Umno jangan dikutip lagi kerana PAN sudah cermelang.Kalau boleh lepas ini pencacai PAN hilang seperti pencacai Umno dan ayuh PAN berlawanlah secara anak jantan.Usah bimbang kalau PAS nak bersatu dengan Umno sebab rakyat dah tolak PAS, apa takut? Harap harap tak ada lagi pencacai hit & run PAN terus menerus spin ayat PAS nak UG dengan Umno!
Begitu juga Khalid dan beberapa MP dan ADUN PAN peru kikiskan DNA PAS dengan kadar segera, lepaskan jawatan MP dan ADUN itu sebab disitu ada DNA PAS yang kuat.
Sebelum ini sudah menjadi viral kononnya BERSATU akan menyertai PAKATAN HARAPAN pada Konvensyen HARAPAN di Shah Alam tetapi bila tiba saat aklhir TS Muhyiddin meminta maaf untuk menangguhkannya.
DeleteTan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan mempunyai agenda yang berbeza dengan Tun Mahathir. Malah strateginya yang tersendiri khususnya dalam daya-usaha untuk memenangi hati PAS mengadakan satu perikatan dengan Parti Bersatu (PPBM) terlebih dahulu sangat menepati keadaan politik sekarang dimana sokongan PAS makin meningkat dibeberapa negeri yang dominan Melayu.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan lebih cenderung kepada mengadakan pakatan dengan PAS.
Semalam anak Mahathir Mukhriz menyebut BERSATU mempunyai 4 pilihan dalam usaha bergading dengan HARAPAN iaitu;
1. "Harapan plus BERSATU" dalam kerjasamanya.
2. BERSATU menyertai HARAPAN
3. Membentuk sebuah gabungan baru bersama
4. Satu lagi bentuk kerjasama lain
Hari ini kalau orang yang mahir tentang pencaturan politik sudah pasti mengetahui bahawa BERSATU memilih pilihan yang keempat iaitu membentuk kerjasama lain dengan HARAPAN.
HARAPAN dan BERSATU bersetuju mewujudkan gabungan parti-parti pembangkang sebelum pilihan raya umum akan datang dengan tujuan membentuk kerajaan selepas pilihan raya.
HARAPAN - BERSATU telah bersetuju mengenai tujuh perkara dalam perjanjian bersama berkenaan yang telah ditandatangani hari ini.
Mereka juga setuju berbincang dengan parti-parti yang masih belum menandatangani perjanjian tersebut (sasaran mereka ialah PAS) bagi memastikan hanya satu calon mewakili pembangkang bagi menghadapi BN.
Dikatakan PAKATAN HARAPAN tiada ruang untuk berhubung dengan PAS, maka tugas berkenaan diberikan kepada BERSATU.
Kenapa BERSATU tak menyertai HARAPAN?
Ini pokok perbincangan yang menarik untuk dibahaskan bersama.
Kenapa BERSATU memilih cadangan PAS untuk bergabung dengannya iaitu seperti PAS pernah bergabung dengan SEMAGAT 46. Pada masa itu PAS tiada hubungan dengan DAP dan SEMANGAT 46 membuat hubungan dengan PAS dan juga DAP dalam usaha menjatuhkan BN dan memastikan satu lawan satu dalam PRU.
Pendirian PAS kini yang tegas dalam memastikan tiada hubungan dengan parti PENGKHIANAT seperti PAN dan DAP telah menjadikan PAS makin disegani. Syabas saya ucapkan kepada PAS.
TOLONG BUKA BLOG SENDIRI.
DeleteBOLEH TAK BERHENTI MERAPU PANJANG LEBAR
PAS keliru atau PH keliru? Mengikut maklumat yang diberi Ramasamy yang dah menarafkan dirinya sebagai pencacai PAN Mahathir kata PAS keliru sebabnya makan dedak Umno.Bodoh seperti pencacai juga rupanya Ramasamy ni............gemar menyebarkan hearsay dari fakta sebenar.Bila kita bercakap dengan fakta ada pulak pencacai gila PAN kata itu andaian, kalau andaian buktikan kat mana dedak Umno yang sudah dimakan PAS? Apakah selama ini PAS bercakap bagi pihak Umno atau kesana kemari nak bela Umno seperti PAN buat nak bela DAP? Hujah kita bahawa PAS dan Umno adalah bersaudara kerana seagama tidak mahu diiktiraf oleh PAN apatah lagi DAP.Ramasamy yang rancak bercakap PAS buat kerja kotor untuk Umno, di mana dia buktikan dengan fakta? Setakat ini hanya hearsay yang lebih.
DeleteNanti ada pencacai kata hilang stim bila masuk keisi setalah intro berjela jela.Mana tak hilangnya stim, apa jua tajuk yang dibacarakan ,dia akan pergi kepada kerjasama PAS Umno.Kalau macam inilah pencacai yang berugama berperangai, macam mana Ramasamy tak berani campur tangan dalam urusan adik beradik seIslam? Pencacai ini pula nampaknya amat suka kepada Mahathir yang jahil 2k, setiap kali Mahathir bercakap pasal ugama mereka bersorak bukan nak menegur!
Lepas tu bila Ramasay kata PAS buat kerja kotor untuk Umno pencacai itu juga bertepuk tangan? Apa kerja kotor yang PAS buat? PAS tolong daftar pengundi hantu ker untuk Umno? Atau PAS tolong agihkan wang ehsan Umno, cuba dedahkan kerja kotor yang PAS dan buat.
Pokoknya Ramasamy tak nak mengaku bahawa BN dan Umno jadi kerajaan sebab mereka menang PRU 13 tak kiralah mereka menang tipu atau tidak.Jadi kalau nak tewaskan mereka kena tunggu PRU juga dan sehingga itu tak patut sesiapapun kata Umno kotor dan tak perlu sesiapa bimbang PAS akan bekerjasgama dengan Umno, sebab negara kita demokrasi bebas untuk bekerjasama dengan sesiapa saja dan bebas untuk menolak mana mana parti sekalipun.
DAP mengganggap mereka bersih dan PAN yang bersama mereka juga bersih tetapi DAP kena akui hakikat mereka bukan Islam dan menolak hukum Islam, bagaimana nak harapkan PAS bersama mereka.PAS kena cari pasangan yang secucuk demi survial politiknya itu biasa dalam sistem demokrasi negara kita.Kita dah jelaskan selama ini terutama ketika PRK kuala Terengganu DAP dan PKR menerusi pemidato mereka mengakui menerima Hudud untuk orang Islam sebab itu ketika itu kita boleh bersama DAP tetapi selepas mereka menolak dengan keras Hudud maka kita kata bye bye tak boleh bersama dah, Cuma ada sebahagian ahli PAS entah makan dedak, entah tidak tiba tiba mufarakah dari PAS untuk bersama DAP.
Kalau itu pilihan mereka silakan tetapi tidak enak apabila selepas keluar PAS mereka mula menggunakan taktik politik saikologi yang pernah digunakan Umno untuk melemahkan semangat ahli PAS sehinggaah sekarang.Kini ada pula pencacai mereka dah bertukar kepada mencacai ala hit and run dengan auta auta tertentu dan kemudian muncul pula di tempat lain dengan auta auta yang lain pula.Hujah yang mereka bawa tergantung kepada kisah penceritaan seperti yang dibawa Ramasamy PAS buat kerja kotor untuk Umno, PAS sudah keliru dan tidak kurang juga membangkitkan semula kisah kisah yang pernah dipopularkan oleh pencacai Umno seperti Amanat Hadi, Kes Syatain ATGNA dan tak kurang juga video sex Mustafa ali, tapi peliknya mereka tak sentuh langsung video lucah Anwar Ibrahiim.Cerita recycle yang dibawa mereka.
Apa hak Ramasamy untuk menuduh PAS membuat kerja kotor untuk Umno dan di mana dedak yang dimakan oleh PAS,Cuba tunjukkan, jangan kisah ini jadi hearsay sahaja tiada bukti seperti bukti pembelian bungalow oleh LGE atau mahligai Adam Rosly di Selangor.ayuh tunjukkan kalau ada bungalow yang diterima TGHH dari Umno, atau jawatan penasihat bertaraf menteri bergaji 5 angka atau jet peribadi yang dihadiahkan kepada TGHH.
Saya merujuk kepada ucapan Saudara Sany Hamzan, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Konvensyen Amanah Nasional di Shah Alam semalam. Dalam ucapan yang berapi-apiitu, beliau telah menuduh YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dan Ketua Keadilan Cabang Batu, membuat kenyataan bahawa dalam pilihanraya umum akan datang tanpa PAS, pembangkang tidak akan menang. Malah Sany juga menambah, YB Tian Chua perlu berundur daripada bertanding di Parlimen Batu dan menyerahkan kerusi itu kepada Amanah dalam pilihanraya umum akan datang.
DeletePertamanya, saya ingin jelaskan bahawa YB Tian Chua sangat konsisten dalam setiap kenyataan beliau, seluruh parti-parti pembangkang perlu bersatu dalam menghadapi Barisan Nasional dengan memastikan pertembungan satu lawan satu dalam pilihanraya akan datang. Saya fikir ucapan Sany tentang Amanah sanggup berlawan hatta 5 penjuru sekalipun adalah retorik semata-mata. Sepatutnya Sany perlu sedar, keputusan dua pilihanraya kecil yang lalu iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah jelas memberikan signal kepada pembangkang untuk bersatu.
Keduanya, walaupun PAS tidak bersama dalam Pakatan Harapan, PAS masih punya tahaluf siyasi bersama Keadilan. Atas prinsip dan ketetapan itu, hubungan baik antara Keadilan Cabang Batu dan PAS Kawasan Batu terus dipertahankan. Saya jemput Sany untuk datang ke Batu melihat sendiri bagaimana hubungan ini kekal utuh. Bahkan juga, hubungan Keadilan Cabang Batu bersama Amanah Kawasan Batu juga turut baik. Sany boleh bertanya sendiri kepada Cikgu Ishak Surin, Ketua Amanah Kawasan Batu.
Justeru saya berharap pada teman-teman Pemuda Amanah agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan ucapan atau kenyataan. Sebagai rakan dalam Pakatan Harapan seharusnya sebarangperkara yang sensitif dibincangkan bersama di dalam mesyuarat. Rakyat mahukan kesatuan antara semua parti-parti pembangkang bagi menjatuhkan regim UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang bukannya pertelegahan sesama sendiri.
BERSATU menolak tuah kerana keangkuhan Mahathir. PAS melalui mulut Tuan Ibrahim Tuan Man telah bertindak tepat dengan situasi politik mutakhir apabila mempelawa BERSATU dan PKR menyertai GAGASAN SEJAHTERA. Gabungan PAS, BERSATU, PKR dan beberapa parti lain lebih berpotensi untuk memenangi kerusi-kerusi di kawasan majoriti Melayu dan kawasan campuran. Tetapi sayang, Mahathir selalu silap dalam cerdiknya.
DeleteSejak menjadi PM hingga kini Mahathir tidak pernah kendur kebenciannya kepada PAS yang berjuang untuk Islam. Di sudut lain kenyataan-kenyataan beliau terhadap Islam banyak yang kontradik dengan PAS. Agaknya inilah hikmahnya Allah tidak mengizinkan Mahathir berjuang bersama-sama PAS.
Gabungan PAS, PKR, BERSATU andai terbentuk menjadi satu suara dan kuasa Melayu yang berbisa untuk menumbangkan UMNO/BN. Sebelum ini, PAS dan PKR sudah berjaya menguasai 48% sokongan Melayu. Sekiranya BERSATU berjaya menarik 20% sahaja undi dari Melayu UMNO, sudah pasti gabungan ini mampu menumbangkan UMNO di banyak tempat.
Dijangkakan 20% ahli UMNO bersedia untuk bersama dengan parti Muhyidin Yassin itu. Mereka ini bersedia untuk berada dalam blok pembangkang demi menjatuhkan Najib yang dilihat menjahanamkan bangsa, ekonomi dan negara. Namun mereka yang berdarah daging dengan citra Melayu terenjat apabila pemimpin BERSATU sanggup bersekongkol dengan parti cauvanis Cina DAP. Mereka tetap memandang DAP sebagai berpewatakan ala-komunis, peragut keistimewaan Melayu dan anti-Islam.
Tiba-tiba dalam situasi ini, mereka diajak untuk bersama-sama dengan kelompok cauvanis tersebut. Penulis menjangka bahawa ramai di kalangan ahli dan penyokong UMNO yang asalnya bersedia untuk bersama-sama BERSATU akan berpatah balik. Sama-sama kita saksikan sejauh mana BERSATU berjaya mendapat sokongan daripada ahli UMNO. Secara peribadi penulis menjangkakan hanya 10% daripada ahli UMNO akan menyertai BERSATU.
Dengan 10% itu, BERSATU tidak akan menjadi suatu parti yang cukup kuat untuk berhadapan dengan UMNO. Gabungan PKR dan BERSATU hanya mampu menarik sekitar 23% undi Melayu. PAS dengan 35% dan UMNO 42%. Justeru, pembaca boleh menilai sendiri kekuatan kuasa Melayu melalui gabungan BERSATU dengan PH.
Andai PAS, PKR dan BERSATU berada dalam satu blok, sudah pasti kuasa pendesak Melayu akan lebih dominan. Bersama-sama dengan PAS ada bukan Melayu melalui DHPP dan PKR yang berteraskan ‘multiracial’. Ini mampu menarik sokongan pelbagai kaum yang bersifat lebih toleran. Dan apabila parti WARISAN pimpinan Shafie Afdal bersedia bersama dalam blok pembangkang, potensi besar untuk melihat kejatuhan BN.
Inilah sebenarnya bacaan politik PAS. Inilah asas strategi PAS untuk menghadapi PRU14. Tetapi sayangnya suara Mahathir masih berbisa bagi Mahyudin Yassin. Sebarang pertelagahan antara mereka berdua akan menjadikan BERSATU yang bersimbolkan bunga raya itu layu sebelum berkembang. Terpulanglah. Penulis berbangga dengan pendirian PAS yang tegas berprinsip.
Sebelum ini Presiden PAN, Hj Mohamad Sabu kesal, katanya Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun ini langsung tidak membincangkan isu-isu penderitaan rakyat seperti hutang negara, kenaikan harga barangan, kejatuhan ringgit, pengangguran dan lain-lain. (anda boleh rujuk laman parti PAN)
DeleteUmno kini sudah tidak peduli lagi kepayahan rakyat, sebaliknya, kata beliau, PAU kali ini sarat dengan serangan-serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan DAP, dengan ucapan-ucapan yang berapi-api dan penuh semangat.
“Ke manakah perginya golongan cerdik pandai Melayu sehingga bisu dan pekak serta buta dengan ucapan-ucapan Najib yang memperbodoh-bodohkan rakyat sepanjang Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berlangsung?” Soal Mat Sabu.
Pasal itu PAN akan menjadi benteng pertahankan DAP. Engkau orang tahu apa makna benteng? Ingat bagaimana sahabat Nabi s.a.w. menjadi tubuh mereka sebagai benteng mempertahankan Nabi s.a.w. PAN akan jadi tubuhnya untuk pertahankan DAP.
Sepanjang konvensyen PAN saya cuba untuk mencari perbincangan isu-isu penderitaan rakyat seperti hutang negara, kenaikan harga barangan, kejatuhan ringgit, pengangguran dan lain-lain seperti Mohamad Sabu kritik UMNO. Tak ada pun. Memang PAN ni kalau ktirik orang macam dia tu sangat baik, bila tiba masanya dia lebih teruk lagi daripada orang yang dikritik termasuk UMNO.
Apa yang ada sepenjang konvensyen tersebut tidak lain daripada caci maki kepada parti lama mereka iaitu PAS. Walapun ada sekatan menyebut PAS dalam Konvensyen ini seperti timbalan speaker menegur Khalid Samad apabila menyebut PAS dalam pengulungannya tetapi mereka menggunakan istilah 'parti lama'.
Malah Husam Musa dengan jelas menyerang PAS solah-olah PAS pemimpin PAS hilang agama dalam dirinya. MB Kelantan digambar seorang yang tamak, jahat dan bongkok membelakangi agama Islam. Sangat buruk perangai dan belum pernah saya dengar orang UMNO menghina MB Kelantan seperti Husam Musa menghina MB Kelantan Ustaz Ahmad Yaakob.
Itulah realiti konvensyen PAN 2016.
Apa yang ada dalam perbincangan konvensyen PAN? Semuanya kutuk PAS, maki hamuim. Minta kerusi dan jawatan, tak boleh kutuk Azmin dan PKR.
Nak bertanding semua kerusi PAS, nak bertanding Terengganu dan Kelantan untuk jatuhkan kubu PAS.
Saya masih bersangka baik bila Mujahid berucap, harap ulama liberal PAN ini tak kutuk PAS, tapi pada akhir ucapan sempat juga diperlinya PAS.
Habis masa saya mengikuti konvensyen PAN ni tak ada apa yang boleh dibanggakan MELAINKAN CACI MAKI dan KUTUK PAS. NAK JAWATAN, KUTUK PKR dan AZMIN.
Benarlah kata-kata setengah orang PAN sudah hilang jati diri dan hala tuju. Untuk kekal mereka akan menggunakan taktik jahat buat dan sebar fitnah kononnya PAS dengan UMNO akan bergabung. Setiap ucapan pimpinan PAS diputar belit dan disebar luas di media massa untuk membunuh kreator dengan harapan mereka akan dapat sokongan daripada golongan yang buta maklumat dan mereka yang lemah daya berfikir.
BELAKANGAN ini, semakin lantang suara pemimpin bukan Islam sama ada yang di dalam Kerajaan, Pembangkang mahupun NGO tertentu yang mendesak itu dan ini mengenai undang-undang Islam.
DeleteApa agenda mereka sebenarnya? Adakah mereka ingin mendapatkan keuntungan politik bagi meraih sokongan pengundi bukan Islam?
Dalam hal RUU 355, mereka begitu lantang menghalang usaha memperkasakan Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan orang Islam. Aneh bukan?
Ironinya, apabila Kerajaan Persekutuan membentangkan RUU Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164), merekalah antara yang begitu berbangga menyambutnya dan menyeru semua pihak menyokongnya tanpa berbelah-bahagi.
Kerana apa?
Dengan pindaan terbaru itu nanti, anak-anak (yang berumur bawah 18 tahun) kepada muallaf yang baru memeluk Islam, tidak lagi boleh diislamkan secara sebelah pihak (Unilateral Conversion), pengislaman itu memerlukan persetujuan ibu dan bapa.
Namun, agak pelik pindaan itu kerana ia hanya menyatakan agama Islam sahaja yang memerlukan persetujuan ibu dan bapa si anak, sedangkan agama lain tidak pula disebut.
Timbul juga persoalan adakah pindaan Akta 164 itu berperlembagaan seperti yang telah disuarakan oleh Dato' Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia?
Hal ini kerana Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut "Bagi maksud Fasal (3), agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya."
Maksud "parent" dalam Perkara 12(4) sebagai merujuk kepada sama ada Ibu ATAU Bapa telah ditafsirkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman kes Subashini lawan Saravanan (Muhammad Shafi) pada 2007.
Hakim Abdul Aziz Mohamad dalam penghakiman tersebut menegaskan bahawa maksud 'parent' dalam Perkara 12(4) ditafsir dengan 'by his father or his mother or guardian'.
Pengislaman anak-anak di bawah umur 18 tahun oleh bapa yang Muslim diktiraf Mahkamah Persekutuan sebagai betul dan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.
RUU Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) itu baru sahaja di peringkat Bacaan Kali Pertama, ianya belum pun dibahaskan apatah lagi diluluskan.
Sokongan majoriti 2/3 Dewan juga diperlukan sekiranya Kerajaan Pusat turut berhasrat meminda Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.
Apa yang pasti, PAS semestinya mempunyai pendirian yang tegas dan tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak dalam hal melibatkan akidah ummat Islam.
UMNO, PKR, dan PAN tidaklah saya pasti apa pendirian mereka dalam hal ini.?
Pada Khamis lepas, Sidang DUN Perlis telah meluluskan pindaan Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006 yang menyelaraskan definisi 'parent' iaitu Ibu ATAU Bapa, bukannya 'parents' iaitu Ibu DAN Bapa.
DeleteDengan pindaan terbaru, seksyen tersebut menyatakan seseorang yang bukan beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan sudah mencapai umur 18 tahun; atau jika dia belum mencapai umur 18 tahun, ibu ATAU bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya.
Ketika sesi pengundian kesemua, 12 ADUN UMNO dan 1 ADUN PAS menyokongnya manakala 1 ADUN PKR menentang, 1 ADUN MCA tidak mengundi.
Rentetan daripada itu, Kerajaan Negeri Perlis dikritik keras oleh parti MCA, MIC, Gerakan dan parti bukan Islam yang lain.
Hari ini pula,Ketua PKR Sarawak Baru Bian bersama Persatuan Gereja-gereja di Sarawak (ACS) mendesak Kerajaan Negeri Sarawak meminda Seksyen 69 Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang membolehkan kanak-kanak diislamkan secara sebelah pihak.
Mengapa pula sehingga pemimpin bukan Islam pula hendak mengarah Kerajaan meminda undang-undang Islam.?
Sungguh, ini perbuatan melampau.
Bukan sahaja di Sarawak, undang-undang Islam di Perak, Wilayah Persekutuan, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan juga menggunapakai definisi 'parent' itu ialah Ibu ATAU Bapa.
Mungkin ramai yang tidak tahu, hal ehwal Islam adalah kuasa Negeri sepertimana tertakluk dalam Butiran 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Sebab itulah para Sultan dan Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Agama Islam di setiap negeri masing-masing.
Jadi, sebarang pindaan terhadap enakmen undang-undang Islam adalah kuasa Kerajaan Negeri, bukannya Kerajaan Persekutuan.
Ada yang berhujjah menggunapakai keputusan Kabinet pada 24 April 2009 yang memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.
Keputusan Kabinet itu ditegur oleh JAKIM pada 25 April 2009 dengan menyatakan "Status agama anak: Perlu lihat hukum syarak".
Bahkan, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 - 25 Jun 2009 telah membincangkan Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak dibawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam;
2. Oleh hal yang demikian apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan adalah secara langsung beragama Islam;
3. Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa penjaganya tidak perlu dipinda.
Adalah jelas bahawa keputusan di atas telah disandarkan pada asas hujahan yang kukuh dan bersesuaian dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan sebagaimana termaktub pada Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Kita hidup di sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Sifat saling menghormati dan toleransi sememangnya perlu diamalkan bagi membentuk perpaduan dan menjana keharmonian.
Justeru, adalah amat tidak wajar pemimpin bukan Islam cuba masuk campur hal ehwal undang-undang orang Islam.
Sah sudah PAS tidak menyertai Pakatan Harapan. Tidak ada lagi teka teki, tidak ada la harapan. Ini adalah langkah berani PAS malah langkah yang tepat.
DeleteDalam politik Malaysia, yang ada hanya pehak parti kerajaan dan pehak parti pembangkang. Dari sudut asas itulah realitinya, kalau tak parti kerajaan pembangkanglah, apa lagi.
Kalau dulu Pakatan Rakyat, sekarang Pakatan Harapan. Dan PAS mengambil inisiatif mengujudkan blok ketiga bersama Berjasa dan Ikatan. Pakatan Rakyat berubah menajdi Pakatan Harapan yang dianggotai DAP sebagai big brother, PKR dan parti serpihan PAN, dan parti melayu Bersatu.
PAS tegas menolak meneyrtai Pakatan Harapan selagi ada DAP dan PAN didalamnya. PAS tegas sebab DAP jelas parti racis yang menentang Islam. DAP jelas menentang perlembagaan yang menetapkan Islam agama resmi negara. Ini tidak boleh dinafikan lagi. Jika DAP benar-benar setia kepada negara, DAP mesti menghormati perlembagaan. Namun DAP jelas menolak Islam yang menjadi agama resmi Malaysia. Apakah rakyat Islam beroleh menafaat jika Pakatan Harapan memerintah dari sudut kedaulatan Islam? Tidak ada sama sekali.
PAN jelas hanya ujud untuk menjatuhkan PAS. PAN bagi penulis tidak boleh dipercayai. PAN, maaf kata, parti lidah bercabang. Setiap detik memujuk PAS bergabung dengan Pakatannya tetapi dalam masa yang sama mengatakan akan bertanding di kawasan tradisi PAS. Dan yang terbaru PAN dalam konvensyennya mengatakan kepada Azmin Ali, PAN tidak lapar kerusi, tetapi kemudian mengatakan akan menuntut kerusi parliment Batu yang diwakili PKR.
Jelas tindakan PAS menolak menyertai pakatan pembangkang adalah tepat. Adalah tepat menolak parti racis dan parti lidah bercabang.
Selepas ini Pakatan Harapan tidak perlu lagi mengemis kepada PAS. DAP, PAN dan PKR boleh bersama parti melayu Bersatu, dan bolehlah mempergunakan Dr Mahathir untuk "skrew" melayu. Dan orang melayu yang kurang daya fikir sahaja boleh diskrew.
Yang paling kecewa apabila PAS tidak menyertai Pakatan Harapan ialah PAN dan Bersatu. Harapan untuk menekan PAS memberikan kerusi kawasan melayu terutama di Kelantan berkecai. Semasa dalam Pakatan Rakyat, PASlah yang paling bertolak ansur, memberikan beberapa kerusi kepada PKR, maka Parti melayu Bersatu dan PAN melihat betapa perlunya PAS menyertai Pakatan kerana PAS mempunyai semangat setia kawan yang kuat, maka PAS boleh ditekan memberikan kawasan kepada PAN dan Bersatu. Sekarang apakah PKR dan DAP bersedia memberikan kawasan PRU kepada PAN dan Bersatu? Rakyat mahu melihat parliment Bukit Bintang diwakili Mat Sabu, DUN Triang diwakili Salahudin Ayub. Apa macam DAP? Ada berani? Dan TS Muhyidin diberikan kawasan parliment Kota Melaka.
PKR juga dalam delima. Menolak PAS mati emak, menerima PAS mati bapak. Menerima PAS hilang sokongan kaum cina, menolak PAS hilang sokongan kaum melayu. Tiga unit UPU PAS Kuantan telah menyatakan untuk memboikot Zuraidah, PM PKR, menyebabkan PKR Kuantan dalam keadaan tidak selamat. Selama ini penyokong PASlah yang bertungkus lumus berkempen untuk Zuraidah, namun Zuraidah macam kacang lupakan kulit, menyindir-nyindir President PAS dalam Facebooknya. Jelaslah PKR juga tidak boleh dipercayai 100%.
Selamat berjuang PAS bersama Berjasa dan Ikatan. Selamat berpakatan PAN, PKR dan parti melayu Bersatu dengan big brother DAP.
Pemuda PKR Selangor hari ini menggesa AMANAH tidak mengheret kerajaan negeri dalam sengketa melibatkan parti itu dan PAS.Ini berikutan gesaan perwakilan AMANAH Selangor Jamzuri Ardani supaya Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuang unsur "duri dalam daging" dalam kerajaan negeri itu.
DeleteJamzuri pada konvensyen AMANAH semalam berkata, anggota PAS yang dilantik sebagai ketua kampung, ahli-ahli majlis tempatan dan ADUN menyekat program AMANAH di Selangor, termasuk tidak membenarkan penggunaan surau dan dewan.
"Justeru itu saya ingatkan kepada semua rakan komponen jangan sesekali mengheret kerajaan negeri terhadap sengketa sesama parti kerana ia akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri," kata Penolong Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Syed Shah Syed Osman.
Beliau menambah, ucapan Jamzuri juga seolah-olah menunjukkan kerajaan Selangor gagal meraikan AMANAH sebagai parti komponen dan menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas.
Katanya, selepas pembentukan Pakatan Harapan, seramai lapan wakil daripada AMANAH dilantik oleh kerajaan Selangor sebagai ahli majlis daripada jumlah keseluruhan 34 wakil.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Selangor telah membuka ruang kepada pendatang baru dunia politik seperti AMANAH untuk bergerak aktif di Selangor sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Harapan," katanya.
Minta kerusi Batu dangkal
Sementara itu, Syed Shah turut menyifatkan gesaan Ketua Pemuda AMANAH Sany Hamzan supaya kerusi parlimen Batu diserahkan kepada parti itu sebagai 'dangkal' dan boleh meretakkan hubungan dalam Pakatan Harapan.
"Umum mengetahui bahawa kerusi tersebut disandang oleh YB Tian Chua, naib presiden daripada PKR dan kerusi ini dimenangi PKR sejak 2008 dengan majoriti yang baik.
"Sindiran tersebut tidak seharusnya datang daripada seorang ketua pemuda sebuah sayap parti yang memeterai persefahaman di bawah panji Pakatan Harapan.
Katanya, sebagai parti komponen, Pemuda AMANAH seharusnya lebih peka mengenai keutamaan terhadap kerusi yang disandang parti rakan.
"Saya memahami keperluan AMANAH dalam strategi untuk memperolehi kerusi-kerusi tertentu pada PRU14.
"Namun keperluan itu tidak menghalalkan cara untuk menyindir dan mengkritik secara terbuka terlebih lagi kerusi yang disandang oleh pimpinan kanan Parti Keadilan Rakyat yang merupakan parti komponen dalam Pakatan Harapan," katanya.
RAMAI juga yang semakin keliru dengan kenyataan beberapa NGO Orang Asli dan parti politik pembangkang di Kelantan. Izinkan saya jelaskan sedikit sisi pemahaman saya berkenaan isu ini.
DeleteRamai NGO yang mengaku mewakili Orang Asli
Untuk makluman semua, Hanya Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sahaja yang secara sah mewakili Orang Asli di seluruh negara. Sah pada maksud saya adalah sah di sisi Undang-undang seperti yang tertera dalam Akta 134 @ Akta Orang Asli 1954. JAKOA adalah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, bermakna JAKOA adalah agensi persekutuan dan bukanlah agensi negeri seperti yang didakwa. Malah peruntukan belanjawan dari Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan Orang Asli juga disalurkan melalui JAKOA.
Secara umumnya, yang jaga Orang Asli ini adalah JAKOA. Jadi yang lantik Tok Batin dan Penghulu adalah JAKOA juga melalui kuasa Menteri yang sedia ada. Oleh sebab itu Kerajaan Negeri Kelantan hanya berurusan secara rasmi dengan JAKOA sahaja kerana Tok Batin dan Penghulu yang dilantik itulah yang mewakili majoriti Orang Asli di seluruh negara.
Jadi banyak juga program pembangunan Orang Asli yang sudah dilaksanakan Kerajaan Pusat dengan kerjasama Kerajaan Negeri di sepanjang Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) dan RMK Ke-10 (2011-2015). Malah program pembangunan Orang Asli sedang dirancang dan akan diteruskan juga dalam RMK Ke-11 (2016-2020).
Yang saya boleh petik sebahagiannya adalah dari Rancangan Malaysia Ke-9 (2008) khususnya di Kelantan, antaranya ialah:
1. 3 Projek Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) dari peruntukan kepada JAKOA sebanyak RM14.4 Juta.
2. Rancangan Kampung Baru (RKB) di Sungai Rual Kelantan.
3. Pembangunan Tanah Fasa II dengan kerjasama RISDA dan FELCRA dari peruntukan RM5.75 Juta.
4. Pembinaan Ruang Niaga dari peruntukan sebanyak RM320 ribu.
5. Perkhidmatan Doktor Udara sebanyak 2-4 kali sebulan di kawasan pendalaman Orang Asli di Gua Musang.
6. Klinik Desa dan Pusat Transit di Gua Musang dari peruntukan RM4.7 Juta.
JAKOA juga diberi peruntukan RM58.54 Juta untuk program pembangunan sosial Orang Asli di seluruh Negara, antaranya ialah:
1. Program Perumahan Rakyat Termiskin.
2. Perumahan Ketua Masyarakat.
3. Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
4. Kesihatan dan Perubatan.
5. Pembangunan Keluarga dan Masyarakat.
6. Kemudahan Pentadbiran JAKOA.
7. Program Pembangunan Minda.
Panjang pulak artikel ini jika saya senaraikan program yang telah dibuat dalam RMK-10 (2011-2015) dan senarai program yang sedang dirancang dan bakal dilaksanakan dalam RMK-11(2016-2020). Cukuplah di atas sebagai contoh, insya-Allah kita akan kongsikan lagi program yang telah dilaksanakan untuk Orang Asli oleh Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) juga semenjak zaman Almarhum Tok Guru lagi.
Malah Kerajaan Negeri Kelantan pun telah memberi geran hak milik Tanah pada sebahagian masyarakat Orang Asli di Kuala Betis dan Pos Sendrop di Gua Musang. Termasuk mewartakan 606.6 ekar atau 245 hektar tanah di Pos Jedip. Insya-Allah 2,403 ekar atau 973 hektar lagi akan diwartakan sebagai tanah rizab Orang Asli selepas ini.
Apabila ada orang kata PAS nafikan hak Orang Asli untuk memiliki tanah di Negara ini, itu tidak betullah. Malah tidak adil juga apabila tuduhan itu dikaitkan pula dengan RUU355.
Isu tanah dan wilayah adat Orang Asli adalah isu nasional, bukan di Kelantan sahaja. Isu yang pernah berlaku juga di Sarawak, Pahang, malah di Selangor juga.
Yang peliknya, kenapa Kelantan sahaja yang dimangsakan? faham-faham sahajalah. –
Lupakanlah Pas ni. Pas yg sekarang ini sudah tak layak dibuat kawan. Kencing kuat. Cakap agama bagai nak rak. Tapi tak ada prinsip dalam politik.
ReplyDeleteBersatu patut ada kekuatan sendiri. Jangan takut. Malulah kalau Muhyiddin dan Mukhriz tewas di Pagoh dan Jerlun. Tanpa Pas pun patut boleh menang.
Kecuali lah muhyiddin dan mukhriz tak pandai jaga orang/pengundi. Waktu ada jawatan berlagak sangat. Sekrg baru tau langit tinggi rendah.
Apa yg nak kejar sangat Pas? Lawanlah ajer. Kecoh psl Pas.
Betul tu. Banyak kali dah isu PAS ni dibahaskan. Apa yg perlu dirisaukan? Negara Malaysia ni ada banyak negeri. Cuma 2 negeri sahaja yg rakyat dia taksub seperti pengikut ayah Pin iaitu Kelantan & Terengganu. Biarkanlah mereka ini dgn SORGA & BIDADARI mereka. Memang susah hendak fahamkan rakyat yg benak & bangang. Negeri2 lain ayuh, teruskan menjadi bijak!
DeleteKelantan je... Terengganu BN
DeleteMaaf cakaplah. Bagi aku pas ni sebenar benarnya parti anti lslam.
DeleteApa yg kuatnya pas ni?? Dapat 2 negeri saja.
DeleteKuat merapu dan membabi buta
DeletePas dapat satu negeri saja iaitu Kelantan.
Deleteselagi melibatkan umnobn, memamg tak telus !
ReplyDeletebukan din yg jawap tapi bekas ahli umno yg dah joint bersatu !
Aku setuju pada umum nya UMNO/BN tak telus. Tapi bagus bagi penerangan le, atau sekurang2 nya contoh.
DeleteContoh yang paling baik, macam gajah di dalam bilik, is lah penyelewengan 1MDB dan pengsonglapan berbilion Ringgit masuk akaun bank sendiri.
"Mis-appropriation of 1MDB funds and money laundering," kata DoJ dalam kes berkaitan 1MDB di mahkamah US.
Penasihat 1MDB tulis surat kpd menteri kewanganan malaysia minta duit.
DeleteTak gila punya kerja ker tu.
Orang yg sama memohon dan orang yg sama juga yg meluluskannya...
Kan kerja bangang tu.
Deletepas memang parti yg bahalol and teramat bodoh sekali
ReplyDeletemalu aku pas dok guna islam, tapi pas nie standard org kampong yg tak sekolah aja.
bagi syarat pun org gelak aja...
pakai lebai tapi akai tak ada.
bila nak saman sr ?
tunggu selasa jugak ka ?
Hanya orang yg bahalol saja yg akan ikut si bahalol.
DeleteSama2 bahalol mmg ngam sgt lah tu.
Setuju !!
DeletePAS tak keliru... hala tuju depa jelas.... PAS TAMAK
ReplyDeletesemua dia nak jaga.. tp bagi kedah... kedah bungkus..
bagi terengganu.. presiden dok dlm tu pon hancus...
dah tu nak jd MB selangor plak...
Jangan lupa tuan Shah, PAS bertanding bukan untung menang tapi untuk dapatkan keredhaan Allah. Itulah ratib dan surah yang selalu pemimpin PAS sebutkan. Tak tau lah saya samada pemimpin PAS ni baghal atau apa, sanggup abiskan duit untuk kalah dan tak perlu menang. Kesian pengikut PAS orang orang kampung yang bergolok bergadai sumbang derma untuk jayakan misi PAS yang bertanding bukan untuk menang.
ReplyDeleteInilah kebodohan dan ketamakan sebenarnya. Semuanya PAS nak bertanding tanpa ambil kira realiti. Pemimpin PAS tak berpijak di bumi nyata. Depa ni cuma fikir kunantiti dan bukan kualiti. Dan disinilah kebijakan pemimpin DAP yang peluru mereka tak dibazirkan dan banyak mengenai sasaran berbanding PAS yangt menembak membabi buta. Yang sedihnya, orang kampung dan mak cik felda abis duit kepada PAS yang buat kerja banyak yang sia sia, cuma syok sendiri saja. Sayang...tak sedar diri pemimpin PAS bahawa kerana gabungan dengan Pakatan Rakyat sebelum inilah yang sebenarnya melonjakkan jumlah kerusi yang dimenangi PAS. Apa nak buat, jenis perasan kuat, nafsu lebih tapi tenaga tak ada, harapkan ubat kuat pakatan saja selama ini untuk tunjuk kuat.
Ya...teramat setuju. Lepas tu selesai ceramah2 PAS, akan diedarkan tin2 Milo. Ostad2 atas pentas pun guna lah ayat al-Quran, "hari ini tuan2 sumbang rm1 @ rm10 insya-Allah ganjaran yg besar menanti di akhirat"...kah kah kah. Ayat ni dari awal taun 90an sampai lah sekarang aku dengar kat kampung2. Teringin juga nak bertanya, ostad2 yg cakap berapi2 tu setiap kali ceramah..berapa banyak dia sumbangkan dalam tin Milo tu?
Deleteweiii...korang igt lebai2 ni ceramah kosong ka...masyuk wehh...lgi tinggi ranking lgi byk masyuk. dah masyuk, tarik selai 2 duit masuk tin milo. pas tu pegi bedai kambing sekor..seme tanggung. hahaha...hok bawah2 dok kat tingkap tersengeh - sengeh.
DeleteItulah nasib orang2 melayu di kampung2 yang kekal diperbodohkan & dipergunakan selamanya oleh ostad2 & lebai2 yg kuat nafsu dunia & nafsu bersenggama.
DeletePKR pun buat yg sama kutip derma. W
DeleteSemua parti buat cuma caranya berbwza
Mana masuk akal PAS meletakkan syarat kepada PPBM agar meninggalkan DAP dan Amanah jika ingin bekerjasama dengannya. PAS dapat kerusi yg banyak kurang nya dari jumlah yang DAP dapat di PRU13.
ReplyDeleteDan mungkin dapat kurang lagi kerusi di PRU14 akibat RUU Hudud di Parlimen yg lalu.
kah kah kah parti kerusi.....parti konfius....lepas tu berbaik dengan conman....elok lah tu....
ReplyDeletePas makan dedak BIJAN..insyallah pribumi dan harapan menang pru14
ReplyDeleteSelagi HUDUD tak dapat dilaksana, PAS lebih rela kerajaan ini dipimpin perasuah dan perompak. Begitulah apa yang saya nampak. Bengong nya pemimpin PAS walhal hudud tu cuma secebis saja dari banyak lagi kebaikan yang dituntut Islam yang boleh dilaksanakan. Memang ketara sikap pemimpin PAS yang lebih rela Malaysia dipimpin para perompak dan penyamun kalau mereka tak dapat laksana hudud dan tak dapat paksa pihak lain terima hudud. Bangang tahap gaban.
ReplyDeleteInsyallah.. pribumi dan harapan tawan johor...kedah...sabah..terengganu..pahang...insyallah..menang pru14
ReplyDeleteTerengganu tu agak sangsi sikit. Maklum sahajalah, ore2 pantai timur ni taksub lain macam.
Deleteanon 11.54....saya ore kelate...tapi tak sapa taksub ko PIS....mana yg betul...kita sokong...mana tak betul....kita kata tak betul...
DeletePIS sekarang dah tak betul...maka selamat tinggal laaa diucapkan kpd PIS...bukan saya sorang jer...semua seisi keluarga tak akan undi PIS lagi next PRU...
PIS akan kehilangan 15 undi di parlimen kota bharu....15 undi di parlimen kubang kerian...kami akan pangkah oren atau merah bunga raya....
Anon 12.30.
DeleteOre2 pantai timur yg taksub & jumud ni majoritinya org2 tua yg byk membuang undi di kampung2. Mereka ini mentalitinya sukar menerima perubahan. Buktinya, kita saksikan sama2 adakah PRU14 rakyat kelantan kekal taksub @ sudah menjadi bijak.
Apabila anda dah makan dari makanan yang haram, mulalah pemikiran anda keliru dan bercelaru. Lihat ahli umno yang makan dedak....keliru, keliru dan terus keliru. Ahmad maslan 3.85 terima 2 juta....tengok macam mana beliau merapu apabila ditanya pasal gst, buat nasi goreng sebelah tin shieldtox dsbnya. Sama dengan sharir 1 juta.....no one respect him anymore. The same goes for salleh, rahman dahlan, syed cheras, ismail telur penyu......
ReplyDeleteSo apabila 90 juta sudah diterima, makanlah sekenyang2nya dan yang mereka dapa terus keliru, cepat mengkafir muslim lain. Saman tak juga keluar kat london. Inilah penangan dahsyat wang dedak haram
Percaya la budin PAS sampai bila bila hanya menjadi parti politik kelas tiga dimalaysia. Elok la tu tuboh gagasan ketiga hanya untuk parti ulam dan kangkong tiada wawasan ada perjuangan pun cuma label untuk di sundal. Mereka tak pernah sedar diri.
ReplyDeleteBoleh percaya ke ulamak2 pelesu ni semua. Dalam kelambu bekerjasama dengan Umno. Luar kelambu masuk geng PPBM. Menang nanti terus umum nak masuk geng lintah darat balik.
ReplyDeleteKalau hangpa ramai yg tak suka dan dok kutuk PAS, biaq pi la depa nanti fedap kat hangpa, masuk puak PPBM dan Harapan, aku suka.
ReplyDeleteKalau depa nak kerja sama dengan Umno/BN tapi dok kata nak tanding dalam 70 kerusi saja, takpa lah jugak. Ada 150 kerusi lagi yang kot jadi straight fight, baguih peluang Pembangkang menang.
Pada aku, apa saja, asaikan Najib & Umno lingkup di Pru14.
lalu tuan2 politik itu tidak lagi sanggup berlakon dan mengikat puaknya didalam MOU (13hb Dis 2016) yg telah ditandatangani apabila dihidang kemungkinan kuasa yg bakal diperoleh melalui PRU (bertanding lebih banyak kerusi menunjukkan dominasi).
ReplyDeleteNantikan sahaja bagaimana tuan2 politik ini akan saling menyeringai menampakkan taring dengan wajah yang bengis, apabila tiba saatnya mereka kembali ke meja "rundingan" untuk pembahagian kerusi DUN n PARLIMEN.
Kini mereka mencerca dan memfitnah PAS setelah puak ini tidak lagi mahu menjadi alas kaki pada pakatan DAP dan PKR sewaktu didalam tahaluf songsang yg diberi nama Pakatan Rakyat.
Aku juga berminat untuk mengetahui siapa diantara puak2 politikus ini yg bakal mengorbankan kerusinya untuk PAN dan PPBM - berapa jumlahnya ??
Jika mengikut amalan samarata total- tuan2 politik kamu harus diberi kerusi dalam jumlah yg sama sekiranya mahu mengikut konsep satu lawan satu.
Atau apakah mereka akan saling bertindihan bagai perlakuan kaum Nabi Luth a.s, seperti yg mereka perbuat pada PRN Negeri Sarawak ??
Amat malang nasib si jahil yang sombong itu terus diperbodoh dan ditunggang oleh tuan2 politiknya.
Perjanjian Kerjasama yg dimetrai bukanlah tahaluf siasyi diantara tuan2 politik kamu - ia adalah "perjanjian" untuk melindungi kepentingan dan kuasa tuan2 politik itu.
Maha Suci Allahswt - inilah seburuk-buruk pemerintahan seandainya kuasa jatuh ke dalam genggaman mereka.
Selangor adalah contoh aib bilamana ketiga-tiga puak yg saling bermusuhan tetapi tidak sanggup melepaskan habuannya -
campakkan sekeping daging pada kawanan binatang buas lalu kamu akan melihat taring2nya menggigit kuat tanpa mahu melepaskan kepingan daging itu selagimana daging itu tidak terlerai menjadi kepingan yg lebih kecil - demikianlah buruknya keadaan tuan2 kamu di Selangor.
Nakhoda sewel, gi balik rumah..mak kau tengah memantat dengan bangla jual karpet tu.
DeleteKih3...
DeleteMulai hari ni kita semua pakat berenti reply atau balas komen Unknown ni. Lagi kita balas lagi banyak komen yg dia hantar dan lagi panjang komennya.
DeleteBiar lantak dia menyalak sorang2. Jangan dilayan.
kalau pas joint pembangkang, BN 100% tumbang
ReplyDeleteTak payah!
DeleteParti jual agama elok bergabung dengan parti jual bangsa.
Sama cantik..sama padan.
tepat sekali
DeletePercayalah....pemimpin PAS akan terus didedak najib demi pertahankan kuasanya.
ReplyDeleteKerana ahli umno dan pas melayu yang kononnya beragama islam, maka istilah rasuah, dedak dan salahguna kuasa adalah ALIEN. Mereka ini hanya akan tumpas oleh negara luar, walaupun kafir lebih hormat pada undang2. Contoh singapura...dah ambik tindakan. USA dah ambil tindakan. InsyaAllah Switzerland will follow suit.
Sebab itu rating sinar islam menurun kerana tiada keikhlasan, hanya window dressing. Nobody listens to harussaini apatah lagi fathul bahri, hadi awang, jamil bahrom...
Muslims....ingatlah Allah tak akan beri kamu kemenangan jika kamu lalai kewajipan kamu dengan berfantasi, berauta dan betkepalsuan.
Wallahuaklam
HadiUlarmak@Pas pergi mampuslah.
DeleteLepas Pru14, Pas satu kerusi pun tarak.
Kelantan Bn/Umno atau Ph/Amanah perintah.
betul tu tuan shah... nak tegak hukum Allah tapi tanding ciput.. bila masa nak jadi pemerintah supaya boleh tegakkan hukum..
ReplyDeletetandinglah semua kerusi.. barulah nampak cita2 dan praktiknya selari. Ini tidak.. Tanding bukan nak menang tapi redho Allah semata.. Weiii Pas kalau tak menang dan takleh tubuh kerajaan korang boleh buat apa.. hanya boleh melalak jer kan..
Bagi kami rakyat biasa ni yang kami perlukan sekarang cuma sebuah kerajaan yg mampu jaga hak dan kebajikan rakyat.. yg bersih, telus dan urus kerajaan dengan baik, yg boleh pelihara institusi2 negara supaya bebas yang boleh jamin negara ditadbir dgn baik dan adil dan bukan disalahguna atau dikorup oleh pemimpin kleptokrat umno/bn.. itu kehendak terdesak rakyat kini.. jadi tolonglah cari jalan macam mana nak penuhi kehendak rakyat tu..
buat masa ini cukuplah retorik2 politik tu semua... kami perlukan satu tindakan yg real dan praktikal yang kami sebagai pengundi secara berseorang atau ramai boleh mencapai hasrat tu melalui peti undi..
hidup rakyat semakin susah dan terdesak.. parti politik pulak asyik bercakaran keliru kluk klak tak sudah2.. bengong!
Pas tanding 222 kerusi?
DeleteDeposit hilang oooiii...
Memang P arti A jaran S ewel ni dari dulu tetap dgn sifat angkuh nya. mereka lupa menang di 21 Kerusi tu pun sbghn nya dgn bantuan pengundi Cina.
ReplyDeleteBetul tu, atas bantuan pengundi Cina.
DeleteDi jangka byk kerusi yg dimenangi mereka akan lesap ketika pengundi Cina tidakn lagi menyokong mereka.Maka akan jadi lebai malang lah PAS pasca RU 14 nanti
DeleteLupakan sahaja PAS.
ReplyDeleteMereka ada ketetapan sendiri sama seperti UMNO.
Teruskan sahaja dengan sesiapa yang sedia berkongsi perjuangan menjatuhkan pemimpin keleptokrasi.
PAS tidak sedar ke? Banyak kerusi Parl & DUN yg dimenangi mereka pada PRU 13 & 14 dulu itu adalah hasil dpd sokongan para pemilih kaum Cina (DAP & PKR) dan Melayu (PKR).
ReplyDeletePada PRU 14 nanti jika PAS bersendirian, jangankan nak menang lebih banyak kerusi, nak pertahankan yang dalam tangan sekarang pun amat perit. Tidak memeranjatkan kalau Presiden dan Timbalan Presiden PAS pun akan kalah di tempat masing-masing.
Pemimpin PAS bukan tak sedar sokongan kaum cina telah bantu calon PAS menang di banyak kerusi pada PRU 13, tapi sekarang pemimpin PAS tak peduli walaupun PAS kalah tanpa sokongan undi kaum cina, kerana matlamat pemimpim PAS sekarang ialah membantu UMNO menang, itu saja. Jika PAS hancur pun tak kisah. Yang saya hairan ia lah ada ke ahli akar umbi PAS sedar atau tidak akan perkara ini.
Deletehukkkaloohhh...
ReplyDeletetimbalan presiden pas tu dah lama dah kalal bang...
sekali dia menang PRU 11 kalau x silap pasca pemecatan Anuar Ibrahim ,lepah tu terus tertiarap x bangun bangun
DeleteTanya lebai2 PAS, paham ke masalah Felda GV? Analisa oleh wong chun wai @thestar hari sabtu lepas cukup menyayat hati;pengurusan felda tak cekap, kena tipu di turki, duit habih tak boleh tanam semula, payment lambat.
ReplyDeleteHahaha....
ReplyDeleteMAMOT JARUM..
Selagi kami ada pas bersama yang telah lunak dan aman bersama kami umno....korang PH dan rakyat pembangkang jgn mimpilah nak menang piraum 14 ni....bendera 1 parti pun xda lg ada hati nak bersaing dgn BN...hahaha....jadi mat jenin lah ko shah dan pengikut ko.....
Hj Hadi tunggu arahan Najib. Kalau bertanding 5 parlimen pun dia akan ikut. PAS zaman hadi ni tak sama dgn Tok Guru Nik Aziz. PAS sekarang dah komersial. Tak payah nak speculate. Kita tunggu je arahan Najib nanti. PAS akan akur
ReplyDeleteoooiii... hadi pundek@mundek.
Deleterm90 juta apa cerita.
sarawak report bila mau saman?
Pandai nik ajis didik anaknya nik abduh jadi pemimpin yg berkaliber xD
Deletesetuju dengan mahathir.
ReplyDeleteallah buat dunia ini bukan untuk
islam, tapi agama-agama lain juga.
pas tu perasaanlah...
Mahathir salah:
DeleteSeluruh bumi ini kepunyaan ALLAH. Di warisiNYA kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.
mari kita ketawa beramai-ramai.
ReplyDeletedi suatu petang di bulan ramadan.
pembeli: semalam pakcik beli karipap sardin dan
cucur undang. tak nampak sardin dan udangnya.
penjual: cuba pakcik beli badak berendam. ada ke badak didalamnya.
pembeli: (dalam hati) sabarnya aku.
Senang saja kalau parti hendak 70kerusi maka ajak mereka pergi kekilang perabot dan pilih mana kerusi yg dia hendak tiggi rendah semua ada itulah dia kita ini manusia kalau tak tahu cerminlah diri tu dahulu ukur baju dibadan sendiri saya takut kerusi yg ada itu akan hilang kelantan pun akan hilang kerana sejarah dah membuktikan lihat kedah dan terengganu cuma satu penggal saja partiini jangan mengharap guruh dilangit air ditempayan dicurahkan kesian parti angau ni
ReplyDeleteSaya tidak dapat cukup berterima kasih kepada Dr EKPEN TEMPLE kerana telah membantu saya mengembalikan kegembiraan dan ketenangan dalam perkahwinan saya setelah banyak masalah yang hampir menyebabkan perceraian, alhamdulillah saya bermaksud Dr EKPEN TEMPLE pada waktu yang tepat. Hari ini saya dapat mengatakan kepada anda bahawa Dr EKPEN TEMPLE adalah jalan keluar untuk masalah itu dalam perkahwinan dan hubungan anda. Hubungi dia di (ekpentemple@gmail.com)
ReplyDelete