Wednesday, 14 December 2016

TAK MAKSUM PULAK!!


Dalam nada yang lebih lunak dan berhemah, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mengakui parti itu dan ahlinya tidak maksum dan tetap boleh dikritik sekiranya mereka melakukan sebarang kesilapan.

Beliau juga bersikap terbuka jika ada mana-mana pihak yang membenci parti berkenaan.

Bagaimanapun Idris mengingatkan, ia bukan bermakna parti serta anggotanya boleh difitnah dengan maklumat yang salah.
Ohhhh....sedar pulak tidak maksum!

Tetapi, kenapa meletakkan syarat kepada pihak mesti menjauhi DAP dan Amanah sebelum pun perundingan ke arah kerjasama diadakan?

Tidakkah ia seolah-olah Pas dan pemimpinya maksum sehingga hanya mereka syarat mereka yang mesti dipatuhi?

Kenapa juga meletakkan syarat wajib "jangan kacau 70 kerusi kami" kepada parti-parti lain yang mahu bekerjasama?

Apakah Pas begitu maksum sehingga 70 kerusi yang ditandinginya pada 2013 lalu tidak boleh diusik sama-sekali, walaupun hakikatnya hanya menang 21 saja daripadanya?

Apakah kenyataan pemimpin-pemimpin Pas agar menjauhi DAP dan Amanah serta mahu 70 kerusi yang didakwa miliknya tidak diganggu, merupakan fitnah dan berupa maklumat yang salah?

Kata tak maksum, tapi kenapa lagak dan gaya selama ini seolah-olah sangat maksum dan semua orang lain tidak maksum? (SH 14/12/2016).

61 comments:

  1. Lebai ni cakap lain lebai tu cakap lain. Lebai oh lebai......

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1000 lebai bermakna 1000 pendapat da.. lagi banyak lebai, beribu2 lemon la pondapatnyo.

      Jenih gila cakap microphone, pantang dapat mic je.. kambing ngan ayam pun diceramahnya..

      Professionalism hancur. Blom jadi pemerintah pun dah bercelaru. Inilah lebai2 kampung dan pondok. Cuba gi lihat masjid2 kampong dan pondok yg diuruskan lebai2 kampong.. gitulah juga nak urus negara..

      Tuan Armal kene ready pakai Jubah Taliban la. Bini pakai Burqa. Cewah.

      Delete
    2. Hahaha, spot on bro. Semua anggap diorang lah aje yg sentiasa betul ngalahkan profesor serba tau. Bila plan tak menjadi kompom salah takdir

      Delete
    3. ini lah kesan kertas chai yang diamalkan dalam pemilihan umno&pas... mmg la time tu ko rase best, tp rupanya pilihan semuany bangang2.. mmg dumacai-sohai la...

      Delete
    4. tok lebai pas yang makan dedak cakap lain. yang tak dapat dedak cakap lain. apapun ahli pas boleh kenal muka pemimpin pas yang dah makan dedak umno.

      Delete
    5. Kalau dah terkena "mendrem" nasi kangkang+dedak nemang jadi bengong sampai tahap gaban...

      Delete
    6. Sejak Pakatan Harapan ditubuhkan pada september 2015, tanda tanya mengenai kedudukan Pas dalam gabungan ini sentiasa menjadi persoalan, Pas dari awal sememangnya sudah menolak sebarang kerjasama politik dengan AMANAH dan DAP namun masih mengekalkan kerjasama mereka dengan PKR.





      Seruan dan ajakan dari parti kompenan Pakatan Harapan kepada Pas untuk menjalin kerjasama politik sentiasa berterusan, walaupun banyak perkara yang tidak mampu dipersetujui secara bersama namun kesediaan parti parti dalam Pakatan Harapan untuk menerima Pas itu ada. Mereka percaya bahawa kerjasama politik semua parti pembangkang diperlukan untuk menewaskan Umno Bn pada pru 14 akan datang.

      Namun pada masa yang sama, Pas mengulangi ketegasannya untuk tidak menerima AMANAH dan DAP sebagai sekutu politik, Pas mendakwa DAP adalah parti yang menentang perjuangan islam yang kononnya dibawa oleh Pas manakala AMANAH pula sehingga sekarang dianggap sebagai pengkhianat Pas.

      Satu satunya yang menjadi orang tengah diantara parti pembangkang lain dengan Pas adalah PKR yang walaupun secara tidak rasminya Pakatan Rakyat sudah terkubur, namun kerjasama lama antara Pas dan PKR masih lagi dikekalkan, kerajaan negeri Selangor masih tidak secara rasmi mengumumkan mereka adalah kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya disebut hanya sebagai "Kerajaan Pakatan".

      Namun, apabila Pas baru baru ini mengumumkan akan bertanding di kerusi Permatang Pauh, kerusi tradisi Anwar Ibrahim yang dimenanginya sejak kali pertama menyertai pilihan raya, dan menjadi simbol kegagahan dan keutuhan PKR, secara tidak langsung ia merupakan satu isyarat, atau mesej yang jelas kepada PKR dan Pakatan Harapan umumnya, bahawa Pas tidak lagi akan mempunyai sebarang kerjasama politik dengan PKR pada pilihan raya yang akan datang.

      Tidak lama selepas pengistiharan ini, Pas Kuantan juga telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PKR Kuantan dalam pilihan raya yang akan datang kerana mendakwa komen komen di media Facebook wakil rakyat parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang dakwa mereka telah mengkritik pemimpin mereka. Disemak kembali sememangnya jelas bahawa Fuziah terlalu kerap mengkritik Presiden UMNO, Dato Seri Najib Razak terutamanya selepas perhimpunan solidiriti Rohingya baru baru ini yang dikatakan tidak kena pada kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri.

      Kenyataan untuk bertanding di Permatang Pauh adalah kemuncak mesej Pas bahawa mereka tidak lagi akan bekerjasama dengan PKR
      ada pilihan raya akan datang, sebelum itu pun telah wujud kenyataan sama yang membelakangkan PKR umpamanya pengumuman untuk bertanding di semua kerusi Dun di Negeri Terengganu walaupun sebelum ini PKR turut bertanding sebanyak 6 kerusi.

      Sehubungan itu, kenyataan atau sebarang niat untuk menunggu sehingga akhir tahun ini keputusan sebenar Pas adalah tidak baik untuk perancangan strategik Pakatan Harapan, segala perbincangan yang mungkin tertangguh kerana Pas harus diteruskan segera termasuklah bab pembahagian kerusi baru antara AMANAH,PKR,DAP, dan BERSATU kerana Pas telah jelas menyampaikan isyarat mereka bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan parti pembangkang dalam Pakatan Harapan pada Pru14 termasuklah PKR.

      Tanpa Pas bermakna Pakatan Harapan mempunyai kekosongan pada 73 kerusi parlimen dan 236 kerusi dun yang dahulunya ditandingi Pas. Kekosongan ini harus diisi segera memandangkan pilihan raya umum ke 14 mungkin boleh berlangsung seawal tahun depan (2017).

      Delete
    7. SUDAH ada parti pembangkang menyatakan hasrat akan bertanding di semua kawasan yang diwakili PAS sekarang atau mengambil kawasan yang diberi kepada PAS dalam PRU13 dulu.

      Atau akan meletak calon di mana saja PAS bertanding.

      Kalau formula satu tidak dicapai, maka siapa saja boleh menentang PAS. Setakat ini formula satu hampir mustahil.

      Tiada parti pembangkang selain PAS dapat menentukan di mana ia hendak bertanding kerana ia mesti dirunding dan disetujui dulu oleh kerabat-kerabatnya.

      Hanya PAS sebagai grup ketiga bebas menentukan di mana saja ia hendak bertanding kerana parti itu tiada banyak sekutu. Jikapun ia ada sekutu dalam Gagasan Sejahtera sebagai gabungan kumpulannya, maka sekutunya boleh menerima ketetapan yang PAS anjurkan.

      Setakat ini PAS dipercayai akan bertanding di semua kerusi yang ditanding oleh Umno manakala baki bagi lain-lain parti Barisan Nasional mungkin ditandingi oleh kerabat bukan Islamnya dari DHPP – Dewan Himpunan Penyokong PAS.

      Calon bukan Umno BN diyakini diisi oleh DAP, tetapi boleh tentukan jika ia hendak menjadi calon ketiga. Soal bijak baginya menyertai kawasan sedemikian tidak timbul, tetapi ia tidak perlu mendapatkan persetujuan sesiapa jika hendak bertanding di situ.

      BN akan meletak calon di semua tempat. PAS mungkin tidak bertanding di semuanya, tetapi yang pasti akan bertanding di semua kawasan yang Umno tanding.

      Ada parti pembangkang yang bercadang menentang semua kawasan yang diberi kepada PAS dulu, tidaklah bebas menentukan itu dia punya. Mungkin kalau habis idah tahaluf siyasinya dengan PKR, PKR juga mahu setengah kawasan itu. Dan tidak mustahil Bersatu juga menuntut.

      Sekarang PAS tidak terikat dengan kawasan tahun 2013 lagi. Ia akan lawan Umno di semua kawasan. Apakah parti itu akan buru PAS di semua kawasan yang ditandinginya? Kalau dia buru PAS di mana-mana, apa tinggal untuk PKR dan Bersatu?

      Bersatu tentulah bercadang bagi menggantikan Umno dan ia akan bertanding sebanyak-banyak kerusi Umno. Sesudah PAS tidak dalam Pakatan tentulah PKR juga ingin unuk mendapat kawasan lebih.

      Oleh sebab PAS akan jadi calon kedua selepas Umno, parti lain tidak akan dapat mana-mana kerusi kalau parti yang memburu PAS hendak ambil semua yang ditandingi PAS itu.

      PAS tidak kecil hati jika ia diburu oleh orang yang meninggalkannya. Sebagaimana PAS tidak dapat menghalang mereka meninggalkan PAS, PAS tidak dapat halang mereka memburu PAS. Bahkan PAS tidak dapat halang mereka menyokong NGO yang hendak menggantikan PAS dalam Pakatan semasa mereka masih pemimpin dan ahli PAS.

      Akan tetapi berupayakah mereka memburu PAS di mana saja ada PAS tanpa mengira disetujui atau tidak oleh sekutunya yang lain.

      Jika mereka tidak dapat didisiplin oleh Dr. Mahatahir dan Anwar Ibrahim, nescaya mereka akan jadi calon ketiga atau calon keempat jika mereka letak calon juga di tempat yang diuntukkan kepada Bersatu dan PKR kerana di situ ada calon PAS.

      Apapun mereka tidak boleh tentukan di mana hendak bertanding melainkan apa yang diberi oleh PKR dan Bersatu dan DAP. Kalau Pakatan tidak terima Bersatu, Bersatu akan jadi macam PAS juga bertanding di mana Umno bertanding


      Delete
    8. DARIPADA mana awak dapat maklumat mengatakan PAS hendak bergabung dengan Umno? Daripada mana awak dapat maklumat PAS dapat RM90 juta? Daripada mana awak dapat maklumat PAS tidak bersuara mengenai 1MDB, RM2.6 bilion, DOJ?

      Jawapannya daripada FB, WhatsApp, ceramah orang yang benci kepada PAS, portal, laman web.

      Saya tanya lagi, awak ada bertanya dengan pemimpin PAS? Awak baca Harakahdaily? Awak baca Harakah? Awak hadir usrah? Awak dengar kuliah di markaz PAS? Awak dengar ceramah PAS? Jawapannya semuanya tidak.

      Bukankah pepatah mengatakan hendak tahu kebaikan seorang tanyalah sahabatnya. Hendak tahu keburukan seorang tanyalah musuhnya.

      Nasihat saya tanyalah kepada ahlinya, bukan maklumat yang tidak tahu siapa membawa dan menulisnya. Mungkin ditulis oleh orang muslim, kafir, munafik, penulis upahan, pendendam, batu api, saraf musuh.

      Kalau kita ragu atau tidak pasti maklumat, tidak perlu viral kepada orang lain. Kalau pun benci dengan PAS jangan pula fitnah PAS. Kritiklah PAS dan pimpinan kalau kami salah, kerana kami bukan maksum.

      USTAZ IDRIS AHMAD

      Delete
    9. "Allah tidak menyuruh semua orang menjadi Islam. Kalau Dia berkehendak, semua jadi Islam, hanya Kun Fayakun. Tapi Allah tidak berkehendak demikian..."


      Demikianlah mafhum kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, dalam konvensyen parti PAN, di SACC, Shah Alam baru-baru lalu. Kata-kata beliau boleh didengar dalam link di bawah.

      Dr Mahathir memang mahu menjadi orang serba tahu. Untuk tujuan itu, semua dilanggarnya. Pernah dahulu dia berkata ulama tidak semestinya ahli agama sahaja kerana ulama ertinya orang yang tahu. Tahu kedoktoran juga layak digelar ulama. Kalau fiqh disebut ulama fiqh maka dia mahu juga digelar ulama iaitu ulama kesihatan, ulama doktor. Dia bertanya kepada Wan Mokhtar, seorang lulusan agama UMNO apakah dia layak disebut ulama. Masakan Wan Mokhtar mahu membantah, nak terpelanting, maka Wan Mokhtarpun berkata layak. Dan kemuncak kelayakannya Dr Maahthir telah menjadi salah seorang panel forum perdana bersama dua ilmuan agama.

      Oleh kerana dia telah layak digelar ulama, maka mestilah dia bersuara dalam agama. Quran mesti ditafsir semula sesuai dengan peredaran masa, katanya. Maka mungkin sebab itulah dia berkata pula ALLah tak suruh semua manusia menjadi Islam. Ertinya Allah suruh dia menjadi Islam dan tak suruh Lim Kiat Siang menjadi Islam,Allah suruh Kit Siang menjadi kafir.

      Ulama PAN tak ada komenpun. Penasihat agama Pakatan Harapan, Ustadz Ahmad Awang kemana tak bersuara?

      Jelas Dr kita ni tak abca quran rupanya. Mungkin juga baca tetapi membaca ayat-ayat secara songsang. Allah menyeru manusia kepada Islam dinafikannya. Tak faham dia apa yang Allah tetapkan dan disuruhNya dan apa yang ditetapkanNya tapi tidak disuruh. Allah menetapkan Islam dan disuruh jadi Islam, Allah jadikan kafir tetapi tak disuruh jadi jafir. Ertinya tak salahlah jadi kafir menurut analogi Dr Mahathir sebab itu juga ketetapan Allah.

      Sanggupkah Dr Mahathir keluar Islam jadi kafir? Rasanya 100% beliau tak akan sanggup dan akan berkata pula "Tak nak laaa, nanti masuk neraka"

      Allah tak suruh semua manusia jadi Islam dah lebih 1400 tahun dijawab Allah. Allah Maha Tahu depan belakang kiri kanan atas bawah, masa lalu dan masa akan datang. Hari ini Dr Mahathir kata Allah tak suruh semua manusia jadi Islam, sudah dijawab Allah lebih 1400 tahun yang lalu melalui FirmanNya bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam" (Ali-Imran: 64)

      Berapa ramai pemimpin dan ahli DAP yang beragama Kristen? Berapa ramai orang Cina beragama Kristen? Ramai, bukan sedikit. Dan Allah telah menyeru mereka bahkan umat ahli kitab seluruh dunia. Dr Mahathir tidak tahukah Allah telah menyeru seluruh ahli kitab kepada Islam.

      Maaf ya Dato Seri, penulis sarankan buka-bukalah quran dan baca terjemahannya.Ia langkah terbaik supaya Datok tidak terus berada dalam kesilapan. Banyak silap banyak dosa. Dan kalau banyak dosa, Datokpun tahu dimana Datok akan berada di akhirat.

      Inilah padahnya mahukan gelaran yang bukan selayaknya milik kita.

      Wassalam.

      Delete
  2. din,
    cam nie lah parti bahalol and guna lebai utk dapat simpati.
    dia nie jugak kata pas dah kena kencing 13 kali dah dng umno, ha ha ha
    tu pun bangang dok pie hemoi kat umnobn lagi ?
    awatlah ahli pas nie bodoh biol sangat hah , tak malu kah ?
    atau sama dng najib kulit tebai and tak ada urat malu langsong sebagai pencuri ...
    pas parti yg bahalol and bangang sekali !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pas ni parti yg simpati dgn nasib rakyat yg menanggung berbilion2 hutang....dah lama meka ketepikan perasaan DENDAM dgn amanah, dap dan utamakan rakyat dulu.

      Apa yg lebih utama dalam pas ialah parti dulu.....kemudian baru yg lain. Sikap taksub berparti nilah yg kita tak mau.

      Kita rakyat nak parti yg meletakkan RAKYAT sebagai AGENDA UTAMA....kemudian baru yg lain.

      Kena ingat.....tak ada rakyat tak adalah parti. Tak ada rakyat....tak adalah kerajaan dalam satu2 negara. Jadi RAKYAT tulah yg jadi TIANG UTAMA.....bukan parti !!

      Kepada PAKATAN HARAPAN tolong tetap dan yakinkan pendirian anda semua. JAGA MARUAH. Jangan khianat antara satu sama lain. Bersepakat, berganding bahu dan bermuafakatlah. You rely on each other.

      Ayuh.....Pakatan Harapan BERSATU HATI berjyang, berkerja ikhlas untuk RAKYAT !!!

      Delete
    2. Deris ingat rakyat tak berapa cerdik. Rakyat tak membaca. Rakyat mudah lupa. Kes 90 juta, kata nak saman tapi sepi sampai sekarang. Tak nak bersatu dgn umno tapi kenyataan nik abduh, nasarudin hasan, nasharudin md isa, hassan ali dan amaran2 dr TGNA mana nak disorokkan. Konon nak politik matang. Apakah dulu sejak zaman ustaz fadhil noor, zaman TGNA pemimpin2 ini semua belum matang. Apakah rakyat tak lihat apa yg dilakukan oleh MP pas dlm parlimen dlm isu 1mdb dan belanjawan yg dibentang. Mereka diarah utk diam dan bisu. Pengundi dapat lihat semua tu.apakah itu politik matang? Membaca sekarang tak perlu semata mata harakah. Kadang kita dptlihat video life dan online news. Kalau dah tau tidak maksum kenapa menuduh kafir dan munafik pada orang lain.

      Delete
  3. Replies
    1. Sudah biasa dia janji kepada manusia ia akan masuk syurga kalau pangkah PAS! PAS adalah pendusta, pembohong, pengkhianat pada risalatul Muhammadiyyah... Siapa berani sumpah dirinya sendiri akan masuk ke syurga?

      Delete
  4. Cepat sungguh budin bidas derih. Tak sampai esok, derih dah kena dengan budin. Kalau lah puak derih cepat bertindak macam budin bingkas bangun, dah lama parti derih selamat. Dulu TGNA yang paling cerdas menangkis apa2 kemusykilan. Sekarang PAS dah PIS. Saya dan keluarga tak kan undi PIS. Takut kne pis!

    ReplyDelete
  5. Saya cadangkan kepimpinan tertinggi PAS pakat-pakat buat medical checl up. Takut ada kabel putus ke rosak ke kat mana-mana.

    ReplyDelete
  6. Jgn perduli sgt puak liberal yg suka tabur fitnah sbb depa tak puas hati PAS tak ikut telunjuk depa. Depa ni kalau dah menang pru tak akan hormat PAS.tak akan sokong perjuangan PAS pun.

    Kena ingat PAS ada kekuatan tersendiri, ada penyokong yg ramai. Depa ni nak pergunakan PAS je.
    PAS kena percaya kpd diri sendiri dan hormati perjuangan sebenar.
    UMNO tetap lawan PAS dan parti parti yg anti islam dan anti hak melayu. Kalau PAS nak dihormati PAS mesti iatiqamah dgn prinsip perjuangan sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa prinsip perjuangan sebenar PAS ? Dan apa yang PAS (pemimpin) buat ?

      RUU yang setakat tambah denda dan rotan pun minta ditangguhkan.

      Membela nasib Rohingya tapi bila speaker tolak mengapa MP PAS tak buat bantahan.

      Nak lawan bukan masa pilihanraya saja tapi bila keadaan rakyat semakin terhimpit dengan GST dan hutang 1MDB. Lawan bila Najib jual negara pada China. Lawan bila Najib guna sosma yang dijanjikan untuk membenteras pengganas. Lawan bila bajet pendidikan dan perubatan di kurangkan.

      Pemimpin PAS sudah tidak ada prinsip. Kenyataan yang di buat tak konsisten. Dulu gerenti dapat syurga tapi sekarang dah tak maksum. Mula-mula hudud tapi sudahnya RUU.

      Delete
    2. masih perasan ada penyokong ramai
      baru sedar ke anda tak maksum tapi gelagat buruk selama ni macam maksum sangat

      Delete
  7. istiqamah kalau tak berusaha dan tak cerdik tak berguna

    ReplyDelete
  8. Maha Suci Allahswt - seburuk-buruk pemimpin adalah apabila mereka mendakwa sedang bertahaluf siasyi (bersatu,bekerjasama) namun tidak melantik kuasa pemutus dari kalangan mereka.

    Adapun para pengikutnya adalah dari kalangan mereka-mereka yang jahil, sombong dan mereka begitu angkuh dengan kejahilan dan kesombongannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maha Suci Allah Tuan punya sekelian alam semesta. Sejahat-jahat para ulamak dan ahli agama ialah mereka-mereka yang condong dan menuruti pemimpin yang zalim dan membuat kemungkaran. Namun mereka tetap yakin mereka adalah ahli syurga.

      Pengikut nya pula yang wala dan taksub sekalipun berkali-kali pemimpin cai nya berbalik-balik tipu-daya nya. Mereka ini lah yang tidak berpandu pada ajaran Islam yang syumul tetapi sekadar mengikut pada manusia yang tidak maksum.

      Delete
    2. sila berikan cermin kepada tuan2 politik kalian, nescaya setiap dari tuduhan yg dilemparkan pada pemerintah sesungguhnya berbalik kepada tuan2 kalian.

      Kezaliman bagaimana yang telah ditimpakan kepada kamu ?

      Beza diantara pemerintah kepada tuan2 politik kamu adalah berkait tunjangnya kuasa pemutus.

      bukankah tuan2 kamu berulangkali mendakwa telah menjalin sebuah tahalluf siasyi.

      1. Barisan Alternatif - ia hancur luluh.

      2. Pakatan Rakyat - ia karam (PAS yg menerima bahananya).

      3. Pakatan Harapan plus PPBM - apa nasibnya kelak ??

      adapun apabila tidak dilantiknya kuasa pemutus, sifat "tahalluf siasyi" tuan2 kamu adalah bertunjangkan sifat khianat (pakatan disebalik tabir,ugutan,tipu daya).

      Usah malu untuk belajar dari sejarah bagaimana kisah disebalik tabir terlerainya Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

      Aku tidak membantah tuan2 kamu atas sifat taasub kerana aku menyedari sipemerintah yg sedang berkuasa pada waktu ini juga ada cacat celanya.

      Namun apalah daya ku apabila melihat kepada keadaan dan sifat tuan2 kamu tak ubah bagai kawanan binatang buas yg dikurung di dalam kurungan yg sama.

      Nasihatku - sampaikan kepada tuan2 kamu, lantiklah kuasa pemutus dari kalangan mereka terlebih dahulu kerana inilah jihad yg paling utama.

      Delete
    3. Lupakah tuan semua pemimpin PR telah bersetuju berketuakan Anwar Ibrahim dan di angkat sebagai PM. Namun apabila PR di ambang kemenangan, ketua politik tuan telah mengusulkan nama seorang anak raja yang setitik peluh pun tidak menitik di medan perjuangan ?

      Ketua-ketua politik tuan tidak wala kepada ketua yang direstui oleh semua pemimpin PR malah oleh Tuan Guru tuan iaitu Nik Aziz. Tidak kah itu khianat nama nya?l

      Tuduhan zalim itu berbalik kepada ketua politik tuan yang memecat lawannya yang mencabar mengemukakan bukti dan bersumpah. Tuduhan penganiayaan kepada rakyat berbalik kepada penganiayaan hak orang asli. Tuduhan UMNO makan dedak juga berbalik kepada ketua politik tuan dengan dakwaan RM90 juta. Mengimamkan orang lain dengan babi dan anjing, berbalik dengan nama PIGS.

      Apakah kata pemutus ketua politik tuan nombor satu samada bersendirian atau bersama UMNO ? Jika bersama UMNO jangan lah teruskan rundingan dengan PPBM dan kalau bersendirian jangan lah menempek kan muka di sebelah Najib.

      Apa perlu nya kuasa pemutus selagi tidak ada kuasa memerintah negara? Kerana tidak ada kuasa lah ketua politik tuan tidak dapat menerima Anwar Ibrahim sebagai bakal PM.

      Delete
    4. saudaraku, apakah kamu mengerti perbezaan diantara melantik kuasa pemutus berbanding persetujuan didalam sesuatu urusan (MOU)??

      nauzubillah apakah yang mengisi dadamu wahai saudaraku ?

      Berkumpulnya tuan2 kamu adalah diatas persetujuan merebut kuasa melalui PRU untuk menumbangkan UMNO - dan kemudian mereka akan saling berkhianat sesama mereka.

      Sila rujuk bagaimana aibnya keadaan tuan2 kamu di negeri-negeri yg mereka tadbir.

      DAP dan PKR menjadi penguasa di P.Pinang dan musuhnya adalah UMNO dan PAS.

      PKR,DAP dan PAS menjadi penguasa di Selangor dan musuhnya adalah UMNO.

      PAS dan PKR menjadi penguasa di Kelantan dan musuhnya adalah UMNO

      Allahu - lalu atas sifat apa yg mengikat DAP,PKR dan PAS tatkala mereka kekal menjadi penguasa di Selangor jika bukan kerana menjaga habuan puak masing-masing - wajib untuk PKR dan DAP memisahkan atau memaksa PAS agar keluar dari kerajaan negeri Selangor diatas konsesus 2 berbanding 1 sebaik sahaja mati tahalufnya (Pakatan Rakyat) pada waktu itu.

      Sila rujuk bagaimana buasnya tuan2 kamu apabila tiba saatnya pembahagian kuasa dimulai dengan kerusi yg bakal ditandingi (PRN Sarawak,PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar memperlihatkan episod yg paling tidak masuk akal yg waras).

      Kamu benar apabila mengatakan PAS berbuat khianat kerana seringkali DAP dan PKR akan berpakat terlebih dahulu dengan konsesus 2 berbanding 1.

      Marilah aku ajarkan sesuatu

      1.perjanjian kerjasama pada sesuatu urusan (MOU) adalah bersifat menjaga kepentingan dan perlindungan antara puak2 yg bertemu diatas sesuatu urusan yg dipersetujui - ia tidak memerlukan kuasa pemutus dan terikat hanya pada urusan yg dimetrai.

      2. Tahalluf siasyi tunjang dan sifatnya wajib dilantik kuasa pemutusnya dan terikat seluruhnya diantara puak2 berbeza didalam nya.










      Delete
    5. Unknown bercakap tanpa dalil main pakai tembak ja.

      Kuasa pemutus konon. MCA dll baru berdehem ja terus sorokkan cadangan dan main sandiwara.

      Setakat jadi pengerusi BN apa yang kuasa pemutusnya.

      Delete
    6. saudaraku John Doe, siapa yang hendak awk perbodohkan ? selain dari golongan yang jahil lagi menyombong diri seperti dirimu sendiri.

      Dalilnya - rujuk pada perlembagaan tertubuhnya Barisan Nasional yg terikat setiap parti-parti yg menganggotainya.

      Selaku Pengerusi Barisan Nasional, UMNO memegang kuasa pemutusnya.

      Maha Suci Allahswt - inilah ibu segala anak kunci, inilah jihad yang paling utama, inilah tiang serinya - inilah apa yang disyariatkan.

      Sabda Nabi saw - sekiranya kamu didalam perjalanan maka lantiklah dari kalangan kamu ketua sebagai pemegang kuasa pemutus dan taatlah kepadanya.

      Nabi Muhammad saw memegang Kuasa Pemutus terhadap seluruh Umat Manusia.- sempurna (maasum).

      Si bapa pemegang kuasa pemutus terhadap isteri2 dan seluruh zuriatnya.- tidak sempurna

      Sang Guru memegang kuasa pemutus terhadap anak-anak muridnya.- tidak sempurna.

      Si bijak memegang kuasa pemutus terhadap si jahil.-tidak sempurna.

      Si kuat memegang kuasa pemutus terhadap si lemah.- tidak sempurna.


      Kecuali Baginda saw sebagai pemegang kuasa pemutus yg sempurna tanpa kecacatan'. pemegang kuasa pemutus selepasnya tetap wajib ditaati selagimana tidak dipaksakan kepada perkara2 maksiat,syirik dsb.

      Di akhir zaman ini telah muncul puak2 yg berlainan roh dan jasadnya mendakwa kami ini sedang bertahaluf siasyi (bekerjasama, bersatu) tetapi tiada kuasa pemutus dari kalangan kami bahkan kamilah pemegang kuasa pemutusnya secara samarata.

      Nauzubillahiminzalik .. sesungguhnya aku berlindung dari tipu daya mereka.

      Delete
    7. Nakhoda sewel, gi blk rumah. Mak ko tgh memantat dgn bangla jual carpet tu.

      Delete
    8. Nakhoda sewel tu tengah cari bajet nak tampal jongnya yg dh bocor sana sini

      Maka merapu meraban je la dia dgn harapan tpelanting la dua tiga Posen dedak kat dia

      Delete
  9. Dari mana dapat maklumat?

    “Jawapannya, daripada FB, WhatsApp, ceramah orang yang benci kepada PAS, portal, laman web."

    Tapi suruh baca HARAKAHDAILY... ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suruh baca HARAKAH yang dah tak laku.. bayar gaji pekerja pun lambat..

      Delete
    2. Awak baca Harakah? Awak hadir usrah? Awak dengar kuliah di markas PAS? Awak dengar ceramah PAS? Jawapannya semuanya tidak,” katanya.

      Ya .. semua nya tidak. Sebab PAS berkecuali dalam dewan parlimen.

      Delete
    3. Dalam usrah, dlm ceramah lawan kezaliman umno/bn....
      Disebalik tabir dlm gelap bercumbu dgn umno sejak pru2008...munafik!!!

      Delete
  10. Unknown. Faham kah apa yang kamu sebut.
    Mendakwa sedang bertahaluf siasyi.
    Mendakwa mendakwa mendakwa.
    Kaldai macam kamu pun boleh mendakwa kan ? Tapi tidak buat cuma mendakwa.
    Kau mau tau apa yang mendakwa, DOJ,Singapura,switzerland dan beberapa negara lagi.
    Phuuuiiii. Cakap tak serupa bikin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila ikuti perbicaraan yang diusahakan sekutu pada tuan2 politik kalian di luar sana - dan apabila mereka mulai punya upaya untuk mengheret Najib dan kroninya ke makamah, maka disaat itulah aku akan mula mengambil kisah.

      Benarlah firman Allahswt - akan ada sebahagian dari kalangan kamu yg berpaut dan meminta pertolongan dari kaum kafir ..

      Delete
    2. Unknown,
      Sekarang siapa yg berpaut dan meminta pertolongan kaum kafir negara cina. Tuan kamu lah. Kalau mau dedak pun guna lah otak. Jangan tembak Tuan sendiri. Hilang lah dedak nanti bahlol.
      Kafir saja kah yg kena mengena dengan rasuah. Perasuah tidak kenal agama dan bangsa. Dimana kah otak kamu. Dilutut kah?
      Kamu tidak payah ambil kisah walau sesiapa saja diheret kemakamah, dengan pemikiran yg begitu cetek tidak penting langsung kamu kisah atau tidak.
      What a shallow minded person u really are. Dont try to be smart here when u are obviously not. You should use IQ zero instead of Unknown. Bacalah Utusan dan TV3 suku banyak banyak. Inilah jadi nya.

      Delete
    3. Setuju dengan tatang ka.

      Yang pi menyembah orang kafir untuk selamatkan diri sendiri dan keluarga (bukan selamatkan negara) adalah si Najib. Menyembah China untuk wang dan menyembah US untuk selamatkan diri dari saman sivil dan saman jenayah yang bakal dikenakan.

      Dan sangat setuju juga dengan komen tatang ka pada para terakhir. Unknown bukan tahu khabar dunia, dia hanya dengar apa pemberi dedak dan konco2nya ceritakan.

      Delete
    4. tiada aku hairan pada hujah golongan yg jahil dan taasub kepada tuan2nya (bahkan ada si polan yang melafaz sumpah laknat terhadap diri sendiri akibat "beriman" pada khabar yg dibawa si tuan).

      Urusan Najib ke China, US dan serata dunia adalah diatas sifat perniagaan,diplomatik antara negara berdaulat diatas kuasanya sebagai Pemerintah Malaysia.

      Tak mengapa sekiranya golongan yang jahil dan sombong seperti kamu lebih "mengetahui" - sememangnya demikian sifatnya.

      Kisah 1MDB begitu hebat seantero dunia - diolah dan diceritakan dengan terlalu sempurna (pendedahan,bukti,fakta) oleh tuan2 kamu yg dibantu oleh sekutunya di luar sana dengan pelbagai plot yg kini menjangkau hampir 7 tahun.

      Aneh sekali - kamu bersorak gembira bagaikan si mabuk yg dibekalkan tuak sebagai cenderahati, apabila dikhabarkan telah berjalan pendakwaan terhadap perompak 1MDB.

      Namun si jahil itu benar-benar telah diperbodohkan - pendakwaan yg dijalankan tidak sedikitpun melibatkan "si perompak", bahkan prosiding yg dijalankan bukan dibawah akta jenayah kolar putih

      1. Saman Sivil - ia bermula dan berakhir sama ada berjaya atau tidak dan dilindungi dari disaman kembali, tidak melibatkan prosiding jenayah - tidak juga melibatkan "siperompak 1MDB".

      Pendakwaan yg berjalan di Singapura terhadap kakitangan BSI dibawah akta money laundring yg mengikat institusi perbankan -. bahkan ada kakitangan yg dituduh telah dijatuhi hukum - sama sekali tidak melibatkan "si perompak 1MDB".

      Kemudian si jahil itu terus diperbodoh semahu-mahunya apabila di khabarkan oleh tuan2 itu -"ini adalah permulaan".

      Nauzubillah - lalu selama 7 tahun si tuan2 itu menanam ke dalam dada si jahil bahawa Najib merompak berbillion ringgit melalui 1MDB - dimana hujahnya pembuktiannya ?

      Kerana itu aku sarankan kepada kamu agar "mengikuti" plot kisah 1MDB yg kini telah memasuki fasa terakhir.

      Apakah tuan2 kamu yg dibantu sekutu-sekutunya diluar sana mampu mengheret Najib kemuka pengadilan atau kisah 1MDB bakal berakhir dan berlalu seperti mana kisah - SEPINA from FRANCE.



      Delete
    5. Kalau aku....aku biarkan unknown nakhoda sewel ni menyalak sorang jer. Jangan dilayan. Jangan reply.

      Delete
    6. Unknown tu ada penyakit hati...asyik rasa pendapat dia aje yg betul..toksah lah korang layan...penyakitnya tu dah sampai keotak dah skang ni..

      Delete
    7. Nakhoda sewel tu pesakit wad mental sebenarnya

      Delete
  11. Tak cerdik namanya kalu nak menang PRU tp pilih bersahabat dgn DAP dan mengenepikan PAS. Walhal cina tak akn sokong melayu.
    Tak akn sokong usaha buat apa2 untungkan melayu.
    Nak buat enakmen elak murtad pun depa lawan habis habisan. Depa masuk campur hal khutbah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kah PAS menang kerana undi cina? Bukan kah DAP yang minta orang asli diberi pengiktirafan sebagai bumiputra? Bukan kah rundingan dengan PAS masih di teruskan? Bukan kah DAP yang mengesa siasatan terhadap 1MDB dan GST yang menyusah kan rakyat termasuk melayu?

      Bukankah orang PAS yang halang AMANAH guna mesjid dan berceramah?

      Delete
  12. Pas...Pis...Pus

    ReplyDelete
  13. Kalau PAS tu hina benar dipandgn parti pembangkang kenapa tangguh menyertai PH?
    Jgn layan puak liberal ni yg tak matang dan tak cerdik berpolitik. AMANAH nak menang dan disokong tp bermusuh dgn PAS. Parti mcmni yg menyusahkan lg usaha nak kalahkan UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang letak syarat supaya kerjasama tersebut ialah hanya antara PKR dan PPBM ialah PAS. AMANAH tidak letak apa-apa syarat pun..

      Jika tuan cerdik politik tuan tahu mengapa PPBM tangguh untuk menyertai PH. Atau tuan memang tak cerdik lansung ?

      Lagi lama PAS buat keputusan semakin bertambah hina PAS. Dengan UMNO, PAS berunding dengan PPBM pun PAS berunding. Berunding sampai berbulan-bulan pulak tu. PAS parti keliru ke ?

      Delete
  14. berunding sampe mampuih .mlayu marhaen tetap jadi kulibatak cina.
    suma sbb gila jawatan dan pangkat dan darojat mulia dsisi agama islam dan dsisi manosia.
    bila ada pangkat dan darojat senang mentekedarah melantak-lantak.
    kulibatak nak mentekedarah pun payah walau kerja mencanak-canak.
    kawan aku non maksom tingai dkt kg som.
    ooo som..

    ReplyDelete
  15. bukan semua pemimpin pas dapat dedak. mungkin sebab itu pas semakin keliru dan bercelaru sekarang.

    ReplyDelete
  16. Saya cukup suka bila scroll dan terjumpa komen Unknown tu, sebabnya saya boleh scroll terus baca komen yang lain tanpa membuang masa membaca komen bodoh dia tu. Kah kah kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe aku pun sama
      scroll down laju2

      Delete
  17. Tum Mahathir memang betul.

    PAS keliru.

    That party has lost its plot.

    ReplyDelete
  18. Apakah budget sudah ada untuk 70 kerusi dimana dengan 90 juta, setiap kerusi diagih 1.2 juta?

    Tanya jer, kalau tak puas hati.....pi lah saman SR macam hang kasi warning tempohari....jangan lah jadi lanun-bugis bersembur ayer liur tak saman saman WSJ sampai dah setahun setengah....dah berapa kali musim durian berlalu!

    PASampah pulak nak pakai musim buah rambai?

    ReplyDelete
  19. Ok la hang kata hang tak maksum, PAS manusia biasa seperti orang lain.

    Tapi lepas tu hang dok cakap pasal 90j tu apa hal, kalau bukan hang nak kata, ya PAS memang terima dedak tu jadi untuk menghalalkannya maka aku bubuh lah lapikan tak maksum tu, kan gitu?

    Buat apa cakap berlapik-lapik, cakap je langsung-langsung macam seorang yb, ya memang aku makan dedak. Habis cerita, dengan itu semua orang di kawasan yb itu dah sedia maklum bahawa mereka diwakili oleh seorang malaun.

    Ada satu lagi. Yang PAS dok bersandiwara x berkerjasama dengan UMNO tu untuk telinga mana nak dengar kalau tidak untuk telinga UMNO ah?

    Telinga bukan UMNO dah tahu "x berkerjasama" ini ada lah muslihat UMNO yang PAS dipaksa buat heboh macam burung parrot sebelum pru, dan UMNO dah tahu apa kah perancangan selepasnya nanti.

    Besar kemungkinan PAS akan kencing/khianati undian dan mandat yang mereka dapat untuk berkerjasama dengan UMNO selepas pru nanti. Masyallah kepada PAS kalau muslihat ini lah yang PAS maksudkan sebagai tak maksum.

    Jangan tipu pengundi. Jika hang nak berkerjasama dengan UMNO maka nyatakan jelas-jelas dalam manifesto PAS supaya tiada pengundi-pengundi yang berasa telah ditipu,lalu melakukan sembahyang hajat di kemudian hari.

    ReplyDelete
  20. unknown 15/12/2016 10:43,

    Dok ulang ayat yang sama dalam semua posting. Kesian.
    Nak buat macam mana.. dedak (upah) dah dapat, kena la buat kerja jugak..

    ReplyDelete
  21. Menang 21 kerusi tu pun atas sokongan pengundi Cina,PRU 14 nanti boleh kah pas harapkan undi Cina lagi ?? Atau undi orang umno??

    ReplyDelete
    Replies
    1. pru12 dulu pas ada berapa kusi
      itulah jumlah sebenar kusi pas snlm dpt undi cina di pru13

      Delete
    2. Takut lepas pru14 ni haram tak bkerusi

      Dok bsila atas lantai je la nanti macam said segaraga dgn Tuan punahsihat 25 persen

      Delete
  22. PAS lebih bijak dr yg lampau bila berbaik dgn semua parti melayu.
    PAS lebih matang sekarang berbanding dulu yg amal politik pecah belah.
    Memang puak yg rakus kuasa samada akan benci atau akan menggemis sokongan utk keuntungan kuasa mrk.walhal bila dpt kuasa nanti mrk akan layan PAS mcm sampah.
    Politik sekular dan jahiljyah amat suka umat islam berpecah kerana kuasa dan rebut kekayaan.
    Bila mrk berkuasa nanti rakyat tetap sama. Susah susah kembali sempit. Wahai penyokong PAS, percayalah..
    Hanya politik islam shj kita kena beriman.

    ReplyDelete
  23. salam buat rakyat kelantan...aku dah lama nak bersuara tentang perkara ini...kelantan dan pas...sinonim....pas ni sekarang asyik kalut berjuang nak menang kerusi....nak berkuasa...dah tak peduli dah samada gabungan betul atau salah...janji dapat kerusi dan menang....itu yang diperjuangkan sekarang oleh parti pas....dah tak ada lagi dengar pas memperjuangkan islam...ditambah pulak dengan perlantikkan mursyidul baru menggantikan Arwah Datok Harun Din..mursyidul baru ni dan hj hadi serta pemimpin pas baru sekarang ni...umpama sepinggan rojak...bercampur segala macam...baik dari segi perjuangan...pendapat...idea dan berbagai lagi...jelas tersasar dari landasan...nik abduh pun sama...dia naik bukan kerana kewibawaan...tetapi kerana dia anak Arwah Nik Aziz...pas hari ini cakap merapu berbelit belit...aku tak yakin pemimpin pas sekarang ini mampu mentadbir secara islam negara kita kalau pas dapat tempat atau menang pilihanraya...nak jaga negeri kelantan dan terengganu secara islam pun tak mampu..apatah nak jaga negara....aku tidak mengatakan semua rakyat kelantan...tetapi majoriti....cuba kita imbas dan perhatikan beberapa isu disini...sebelum itu aku hairan kenapa kelantan mendapat jolokkan serambi Mekah...tak layak. bukan kerana sbb pendedahan musuh politik pas mencari salah dan kelemahan pas ...tetapi yang menjadi perkara pokok ada lah sebahagian dari rakyat kelantan...lihat saja kes jenayah...dadah...bunuh...seludup..penipuan...hampir setiap hari berlaku...orang islam kah bersikap begini....itu dalam negeri kelantan...rakyat kelantan diluar kelantan pulak...lagi teruk....ini kajian yang pernah dibuat....kebanyakkan pelacur...tukang urut...gro..di bandar besar...majoriti wanita kelantan...kalau kau orang tak percaya...pergilah tengok sendiri...ada yang datang mingguan...dari kelantan....datang hari khamis..balik hari sabtu...aku pernah tanya pada beberapa peminta sedekah didepan masjid jamek KL...setiap minggu mereka berulang alik untuk tujuan meminta sedekah...dapat lima atau enam ratus...balik kelantan ...minggu depan datang lagi...pergi chow kit atau bukit bintang...dan sekitarnya...pelacur...tukang urut...gro...juga banyak dari sana...modus operandi sama mcm peminta sedekah...pada mereka ini...duit dan kesenangan motif utama....makan di kelantan berak diluar....mungkin pas terlepas pandang isu dan masalah ini....lihat juga statistik perceraian...kelantan mengatasi negeri negeri lain....punca perceraian...keewangan....turun pulak ke golok thailand...mudah kita dapat pelacur melayu kelantan...petang turun melacur...dapat dua tiga orang pelanggan lepas belanja...malam balik....hukum hakam letak ketepi...yang penting duit...renungkan wahai pemimpin pas....renungkanlah wahai rakyat kelantan....mana perginya nama baik rakyat kelantan...yang terkenal sebagai bangsa yang rajin...pandai berniaga...warak...berdikari...? jangan pulak nanti cakap cakap dahulu yang terkenal dengan sikap kenegerian...org kelantan ni tak guna buat kawan...bila berjumpa geng dia...kita ditinggalkan...ditambah pulak dengan cakap cakap baru...sebut saja semua jenis salah laku dan kejahatan ...kelantan adalah negeri rujukan...pas dan perjuangan islam hanya satu omongan kosong.....ku putih...ku putih barulah putih...

    ReplyDelete
  24. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...