Saturday, 3 December 2016

MASIH ADA MASA DEPANKAH MEREKA INI DALAM UMNO?


Walaupun Perhimpunan Agung UMNO lebih merupakan pesta tahunan untuk membodek, mengipas, mengampu dan perlakuan lain yang sedarjatnya dengannya, rupa-rupanya masih ada jurucakap yang lebih jujur, ikhlas dan tidak rela terus diperbodohkan.

Jurucakap Puteri UMNO, Norsafinaz Mohd Azman dari Terengganu mendesak pimpinan kerajaan agar berhenti menutup kebenaran berkaitan ekonomi negara.
Jangan tipu kami. Kalau ekonomi tak bagus, cakap tak bagus. Jangan cakap ekonomi masih okay, tetapi kami nampak kawan-kawan diberhentikan kerja dan harga barang rumah naik, katanya.

Ketika beliau menyampaikan kritikannya, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hadir mendengar ucapannya.
Jurucakap Pemuda UMNO, Rizuan Ahmad meluahkan mengenai kenaikan kos sara hidup yang menjadi beban kepada rakyat, terutama golongan marhaen dan orang-orang kampung.

Di satu ketika beliau meminta Najib beratur naik bas dan pergi ke pasar membeli minyak masak untuk merasai sendiri keluh kesah dan derita rakyat yang terus terbeban itu.

Ketika beliau berucap yang mendapat tepukan para perwakilan, Najib dan Rosmah turut hadir mendengarnya.
Wakil Pahang, Shahaniza Shamsuddin banyak membangkitkan kelemahan pengurusan Felda terhadap peneroka, meskipun mereka merupakan penyokong UMNO dan BN selama ini.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang, turut melahirkan kehairanan tentang kenaikan harga minyak masak di negara kita ini, di sebalik ladang kelapa sawit yang luas terbentang di depan mata.

Wakil Johor, Ayub Rahmat menyeru UMNO agar berhenti meminta orang Melayu memberi sumpah setia kepada parti itu serta mengenang-ngenang apa yang telah disumbangkannya.
Beliau yang juga Adun Kemelah berkata, orang Melayu tidak terhutang budi kepada UMNO, sebaliknya  parti itulah yang terhutang budi dan patut berterima kasih kepada orang Melayu.

Mereka ini adalah sebilangan kecil pemimpin yang tidak seperti Nazri Aziz, Salleh Said Keruak, Fuad Zarkashi, Ahmad Maslan, Abdul Rahman Dahlan dan ramai yang lain yang hanya tahu mengipas, membodek dan mengampu serta tidak tidak mahu kebenaran sebagai suatu kenyataan.

Tetapi, berada di dalam kelompok yang majoritinya adalah pengipas, pembodek dan pengampu, masih ada masa depankah mereka ini?

Mampukah mereka terus menjadi pemimpin yang bersuara atas kebenaran atau akan menerima tekanan supaya diam dan seterusnya perlahan-lahan akan tenggelam? (SH 03/12/2016).

44 comments:

  1. Akan membawa apa-apa makna atau perubahan ke semua hujah serta pendapat yang 'menentang' ini? Tunggu sampai kucing bertanduk lah gamaknya!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.selagi penyamun penyangak perasuah dan penerima rasuah majoriti kat umno mmg dibakulsampahkan Segala yg dibangkitkan minoriti tu...jgn harapla ada perubahan..aku tak Sabar nak undi walaupun DAP sekalipun aku sanggup pangkah

      Delete
    2. Itu budak budak anak penyamun 'berlakun saja atas arahan ibu penyamun'. Jangan teroedaya dgn lakunan ini.
      Konon berlakun nak tunjuk pada rakyat, anak penyamun sudah menengur bapak untuk kembali kejalan yg lurus. Jadi pak cik mak cik dikampung pun cair hati bapak penyamun sudah baik.
      Kenaltak anak perempuan penyamun itu orang pahang...
      Sudah kenyang dengan dedak tegar.

      Delete
    3. Nak suruh kami orang2 melayu ni berterima kasih kpd pencuri? Penyagak? Perompak? Perogol tanah air sendiri?
      Tak ada umno pun kami boleh hidup!!!
      Tuhan ker umno ni?
      Kami tidak akan sama sekali bertuhankan umno.
      Kami juga tidak akan minta sedekah kpd umno.
      Dulu datuk nenek ibu bapa kami orang2 melayu bergolak bergadai untuk menghidupkan umno.
      Sanggup ikat perut dan mati kerana umno.
      Skrng inikah balasan umno kpd kami.?????
      Umno bila nak undi saja baru dtg merayu rayu kpd kami bawa kain batik bawa beras sebagai hadiah.
      Kami tak makan rasuahlah.
      Cukuplah umno memperbodoh bodohkan kami orang2 melayu.
      Lahanat punya umno yg ada pada hari ini.

      Delete
  2. Berdentam dentum sekalipun teguran dibuat tak menjadi apa apa pun.....teringat buku SHIT shahnon ahmad....itulah keadaan sebenar parti ketuanan melayu ni, perhimpunan sekadar syok sendiri dan membuat pelbagai tuduhan karut terutama kepada DAP dengan tujuan untuk meraih undi melayu pada PRU nanti.....Kamu semua merupakan pelakon sinetron yang hebat untuk cuba mendungukan semua rakyat Malaysia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanlah duit haram. Lepas ni balik kampong masing2 buat kenduri doa selamat. Buat tahlil kpd arwah.
      Panggil tok imam/tok guru baca doa.

      Delete
    2. Duit haram xdak masalah. Apa masalah dgn duit haram pada menteri dan ahli UMNO?

      Xder la pulak perut pecah laksana jadi busung setelah makan duit haram. Beratus ribu penjawat awam hidup mewah dgn duit2 projek sambilan sewaktu berkhidmat mahupun selepas bersara. Ada derang kesah?

      Tuhan pun x amik pedulik.. kahkahkah..

      Delete
    3. Tuhan pun xambik peduli?

      Kau dah jadi atheist ke skg?

      Delete
    4. Tiada berguna mengaku Islam jika hidup makan rasuah dan menyamun harta Negara dan syarikat.

      Suruh mereka yang rasuah dan menyamun harta Negara dan syarikat keluar dari Islam.

      ISLAM ITU BERSIH DAN SUCI, ISLAM TIADA KOMPROMI DENGAN PENYAMUN DAN PEMAKAN RASUAH !

      Delete
    5. anon 15:16 right on brader, orang giler je percaya tuhan arab akan amik peduli. Melayu oh Melayu, tlg kasi doa perut pecah sikit, perut saya kempis lah! Hahahahahaha

      Delete
    6. Anon 20:13,
      Kamu kafir harbi jangan mengacau disini.
      Sedikit masa lagi badan kamu gemok saperti babi sebab banyak makan babi.
      Cubalah kamu tengok taukeh jual babi, muka macam babi.
      Semoga kamu mampus cepat.

      Delete
  3. Sebelum makan dedak memang le cakap berapi-api. Bila dh kena penangan dedak nanti.... senyap le mulut yg berapi-api tu.... Kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Bangsat punya indon patutlah kamu makan ikan keli saya tiap2 hari

      Delete
  4. Teringat satu persoalan yg diajukan oleh anina saaduddin,"adakah pucuk pimpinan umno begitu yakin ttg spiritual ahli umno samaada masih menyokong umno atau sebaliknya nya..??" Ini adalah satu signal peringatan dan xkurang juga berbentuk amaran dari akar umbi..pemimpin rata2 nya sudah la tidak peka,pekak pula..membatu apabila ditegur atau dibangkitkan isu panas dan penting..semua nya kerana apa??

    Dedak!

    sepatut nya para perwakilan kasi advance sikit,bancuh diorang ni kaw2,terus direct ckp.."kami semua dah naik menyampah dengan putar alam majlis tertinggi terutamanya presiden yg nampak gah bila atas pentas,tp menikus bila isu panas negara dibangkit..,tak layak memegang keris sang saka Malaya..xmcm pendekar mahu pun panglima..!buat malu Melayu je..chiittt!!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf,ada sedikit pembetulan..keris umno diberi nama 'PANCA WARISAN'..manakala bendera umno diberi nama 'sang saka malaya'.. sekian terima kasih..

      Delete
  5. Najib adalah PM Malaysia,yg paling senang sekali mendaki puncak jawatan tertinggi negara.TAK Payah bersusah payah,CRACK kepala memikirkan bagaimana nak menaikkan imej,ekonomi negara,dan boleh bersaing dgn negara2 luar.

    Cara Mudah Najib mengemudi negara kita;

    Insrastructur negara seperti jalanraya,jabatan2 kerajaan;Orang lain dah buat.
    Pendidikan;Hapuskan biasiswa,create PTPTN buat bisnes dgn PTPTN.
    Felda;Bapa buat felda,anak hancurkannya.
    PEMBOROSAN yg tak henti-henti;seperti hari-jadi family,anak kawin,guna jet peribadi,shopping yg berterusan.
    Institiusi polis;Dah jadi body guard najib/rosmah.
    Institiusi KEHAKIMAN dan AG Negara;Dah jadi peguambela najib.
    PEMBUNUHAN/SAMSENG;Di zaman najib,seperti di negara columbia.boleh tembak2 orang didepan orng ramai.
    pendidikan;universiti2 temmpatan di zaman najib,sudah takada ranking dunia.
    Isteri PM;Jadi boss.isteri PM boleh berada dalam meeting cabinet.tak pernah dlm sejarah malaysia,isteri pm jadi FLOM/hanya laya pada permaisuri agung.suka campur tangan tentang urusan PM.PERNAH CALL PENERBIT NTV7,call sultan selangor pasal case altantuya,pernah call pengarah kastam pasal delete pasport altantuya/cincin;pegawai tertinggi kastam ditambak mati dikalayak ramai.Dan terbaru cuba nak contact donald trump.
    CARA NAJIB URUS EKONOMI....Paling senang dlm sejarah KERJAYA PM...CUKAI..CUKAI..DAN SETERUSNYA kenakan cukai GST..PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.Tak kira yg cacat,bayi ka semua rakyat menangungnya.Nak coverup..gunakan duit itu bagi BR1M.Nak coverup pada orang2 agama...sumbatkan mereka dgn DEDAK.

    SENANG BETUL,KERJA NAJIB SEBAGAI PM,SEMASA PAU2016 GUNAKAN MEDIA ELECTRONIC/MASSSA,..ANGKAT DIRI SENDIRI..UNTUK BANGSA,AGAMA DAN NEGARA...Orang lain adalah penghianat negara.Inilah yg diwiripkan oleh Najib,dan esok najib akan bersama Hadi ditasik titiwanga nak selamatkan Rohingya...KELAKARKAN////OWN BACKYARD Orang2 ASAL dianaktirikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib pemimpin paling haprak kat.dunia..tapi.salah siapa yang.mengangkatnya klu tak.bukan mahathir..tapi takpe lets undi selain BN

      Delete
    2. Brader anon 0937,Tun pun sendiri tak menyangka si najib ni tergamak tikam beliau dari belakang..tun igtkan visi si najib ni sama mcm ayandanya Tun Razak,dah bertaubat,ikhlas memperjuangkan agama bangsa dan negara..rupanya memperjuangkan nasib poket dia dan bininya..pelingkup..orang kalau dah gila jawatan ni brader,ms nk dpt jawatan mulut mestilah manis,yakin kan bos..phm2 sendiri sudah..
      Jgn nak cpt salahkan orang brader..ckp siang pandang2,ckp mlm dengar2..

      Delete
    3. Najib nak cipta legasi..nak hapuskan legasi Tun..dengki kan Tun yg disanjung seluruh rakyat malaysia..putra jaya Tun bina tp orang ini cuci kaki masok pejabat lps tu kasi perabih harta nnegara..mana ada muka??
      Kerana mahukan nama,bg pulak br1m..wujudkan satu malaysia atas tujuan menyatupadukan semua kaum..last2 nak pakat dn pas atas tiket ketuanan Melayu dan islam..tp sebenarnya takut hilang undi Melayu..dulu ms wujudkan satu malaysia tak nak pulak terfikir..elok2 ISA ada,atas desakan kaum lain,xde telor nak hadap para racist yg ekstrimis,ISA dihapuskan..bila ISA dah dihapuskan,kaum2 lain dah byk keluarkan bunyi sumbang,baru nak goyang..adakan pulak sosma,MKN yg lebih terok dari ISA..
      JADI dimanakah relevan nya lagi najib ni dimata rakyat khususnya bg org Melayu..perhimpunan Agung umno tiap2 tahun hambar..suram..bg org2 yg mahu berfikir,najib adalah satu2 nya perdana menteri yg cukup bertuah..semuanya dah disediakan,cuma perlu menambaikan sistem negara yg tak lagi sesuai mengikut peredaran zaman..apalagi najib mahu..?skandal 1mdb,derma 2.6 billion,KWAP belom lagi terjawab..belom lagi skandal2 lain..

      Tepok dada tanya selera..sampai bila kita mahu org yg tak punya integriti ini terus memegang tampuk kuasa pemerintahan..beban tidak ada,batu digalas..nak buat hapa??!!!

      Delete
  6. Kita berjuang kerana Allah yang fitnah tunggu balasan kata Shahrizat,haahaahaa hang mai sini tlg geletek kat perut aku woiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuekkkk....sori dah termuntah, jadi tak dapat nak teruskan menulis komen...lain kali je ye!

      Delete
    2. Hanya perwakilan yg muda2 yg bercakap benar.

      Berani bersuara berani menegur berani bercakap berani mencadang.

      Yg tua tua mcm sharizat tu dah kenyang makan dedak.
      Dah buncit dan landur dah perut mereka.
      Duduk pun tersandar.
      Muka pun mcm mala'un
      Dtg pun hanya untuk membodek memuji dan mendewa dewakan najib.

      Sepatutnya hujung tahun mcm ni datang nak tunjuk report kad sebagai bukti buat kerja kpd rakyat.

      Lepas tu tuduh pula orang fitnah najib. Mana dalilnya shahrizat???
      Sedangkan kerajaan singapura pun dah tangkap balaci2 najib.
      Kerajan Malaysia tak buat apa apa sebab kerajaan Msia kata ini semua fitnah.

      Kalau ini semua fitnah kenapa kerajaan singapura boleh buktikan disebaliknya pula? Oiiiii...shahrizat cow cakap apa ni.

      Negara luar ada cukup bukti. Hanya kerajaan Malaysia saja yg menafikan
      Cow cakap apa ni sharizat? Oiiii...shahrizat cow ni siuman ke tidak? Cow nak melantak benda haram mampuih pi lah kat cow. Jgn dok ajak orang lain ikut sama dan jadi mcm cow.

      Oiii shahrizat. Mak cik cow tu pun sama naik mcm cow jugak. Anak dara tua. Tergedik gedik. Awat? Dah gatai meghela sgt ker. Hangpa berdua nak kena cabai ker?

      Delete
    3. shahrizat tetek power, jin suka, jangan jeolous!

      Delete
    4. Tetek lembu betina mmg mcm tu.


      Delete
  7. Mereka ada tempat dalam Pakatan Harapan khususnya BERSATU dan mereka mampu pergi jauh dalam politik jika BUKAN cita-cita politik dan imbuhan uwang projek jadi asas perjuangan mereka.

    Kita sedar dalam UMNO semuanya berjuang untuk kantung sendiri, BUKAN untuk agama, bangsa dan negara. Mereka mengunakan budaya jilat atau ugut. Jika kaedah ampu mengampu tidak berjaya mendapat perhatian, mereka akan cakap deras dalam PAU. Jikapon tidak semua, majoriti yang berada di jawatan dan mendapat projek besar dalam UMNO, korporat dan kerajaan sekarang ini bukan kerana usaha keras mereka. Mereka terlalu banyak bermain politik.

    Itulah UMNO Najib. Parti yang dikepalai ketua dan pembantu-pembantu yang korup dan munafiq dan hasilnya seluruh koloni menjadi seperti Jeneralnya. Dan mangsa kepada kerosakan ini adalah bangsa Melayu keseluruhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ya nak memperjuangkan bangsa dan agama, maka amno bukan lagi platformnya

      Mahu baiki amno lg? Macamana nak baiki sesuatu yg statusnya dah 'total loss'?

      Jual timbang pun belum tentu laku

      Kalau masih dok dalam amno alamat nak karam sekali dengan najip la jawabnya

      Delete
  8. Allah dah tentukan tiba masanya najib rosmah umno bn..hancurlah..segalanya..merempat dan matilah hancur..
    KERIS

    ReplyDelete
  9. Mereka itu membangkitkan kritikan2 terhadap umno yg mana telah membuatksn rakyat menderita mengemis tak makan menekala binatang dan anjing2 umno yg hidup mewah akibat rasuah dan anjig2 ini akan terus mengampu peduli apa dia pd ahli umno dan org melayu yg hina ini pergi jahanam pd org melayu itulah umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg hadir PAU tu berapa tail?

      Delete
  10. Mungkin ada benar nya teori RAHMAN tu..agak nya la.

    ReplyDelete
  11. Aku nampak suasana perhimpunan agung umno tahun ni mcm suasana kat kelab private org kaya jer..pergaulan bebas, sembang bedegar degar, ketawa berdekah dekah...mcm negara dan rakyatnya dlm keadaan okay aje...takde terpikir ke kat otak pemimpin umno yg rakyat sengsara dengan segala macam kenaikan kos sara hidup akibat kelemahan pemimpin...apakah dengan memberi mandat pemerintahan kepada org begini dapat meringankan beban rakyat..mereka wajib diberi pengajaran dan diturunkan pada PRU akan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. INI PERHIMPUNAN TAHUNAN KETUA KETUA PENYAMUN BERSAMA KELUARGA MERAIKAN KEJAYAAN MENYAMUN DI MALAYSIA.

      Delete
    2. Hoy hoyah Hoy! Hoy hoyah hoi!

      Delete
    3. Ada makan busat maa..

      Delete
    4. Kita semua gembiraaaa.......

      Delete
  12. Wahai Melayu Malaya

    Sadarlah...
    Melayu bukan lagi perjuangan UMNO
    MO1 perjuangan UMNO
    Samseng budaya UMNO
    Mencuri disucikan oleh UMNO
    Bangsat dan Haramjadah Melayu kerana UMNO

    RASUAH! RASUAH! RASUAH!
    Laungan semarak UMNO

    UMNO
    Untuk Mohd Najib Only

    Damned UMNO!

    Damned MO1!

    A THIEF he is MO1!

    ReplyDelete
  13. Satey kalau tak kipas mana sedap.
    Mestu di balik2...baru garing
    Dan sedap di makan.
    So...kipas...jangan tak kipas

    ReplyDelete
  14. Nak ketawa aku
    Gerombolan melayu nak cadangkan hanya pemberi rasuah yg ditangkap manakala yg menerima rasuah terlepas.

    Kuh...kah...kuh...kah...kuh...kah...

    Kalau bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi bro...

    Ini semua cadangan nak melepaskan diri kerana kebanyakkan gerombolan melayu inilah yg banyak meminta dan menerima rasuah.

    Gerombolan melayu2 sial ini adalah beragama islam. Mereka tahu yg memberi dan menerima rasuah sama saja hukumannya...tapi..mencadangkan cadangan yg sial....melawan hukum islam.

    Mmg patut dipanggil sial sbb kamu org islam...kamu tahu hukum..tapi..kamu suggest berlawanan dgn hukum islam.

    ReplyDelete
  15. panda dari china boleh hidup mewah dengan kos juta2 tanpa perlu buat apa2. kerajaan najib dah x pandai bezakan manusia atau hewan dah. rakyat dpaksa berhempas pulas demi sesuap nasi, byr cukai sana sini dan sebagainya. sedih nyaaaa...

    ReplyDelete
  16. dah sekian lama digelar parti yg dianggotai manusia berfikiran najis, sial dan haram jadah, masih percaya lagi kah kita ada yg bersih, suci dan berwibawa dlm parti itu?

    ReplyDelete
  17. mkn duit haram, duit juai agama mlayu, duit juai bangsa mlayu dan duit juai tanah mlayu dan maruah mlayu..
    mahathir ckp dgn fakta sbb dia pun amno jd pm ,dulu pun dia bwat keroje juge.
    depakata sekilas ikan dlm air dah tahu jantan atau betina,bkn calang-calang manusia.
    keroje baik pun dia bwat,keroje jahat pun dia bwat juge..
    masok najib jd pm, orang mlayu teruih mnjd terbangsat walau tingal d bangsar.
    maka jdlah mlayu bangsar yg bangsat.

    pewakilan dari johor sebut.orang mlayu tidak terhutang budi pada amno, sebaliknya amno yg byk behutang dgn mlayu dan patut beterima kasih dgn mlayu.
    bila najib dengar pasai amno nak kena ucap terima kasih pada mlayu ..
    najib sebut hidup amno 3 kali..
    hidup islam 3 kali.hidup malaisa 3 kali

    dulu amno dok sebut hidup mlayu,apa yg mlayu dpt mlayu jd terbangsat.
    bila mlayu terbangsat,amno akn turut jd parti bangsat,umum dah tahu amno mmg parti bangsat sbb mlayu bangsat yg jd pemimpin.
    selagi jawa dan bugis d kandong badan, alang-alang jd pengkianat mlayu.amno akan terus jd pengkianat mlayu sampe mampuih ..


    ReplyDelete
  18. Salaam Tuan
    Seorang lagi pemakan RM har$m membodek Presiden mereka dan merperBODOHkan rakan delegasi PAU yg lain.
    "Najib awed Muslim world, hence Arab donation, says delegate"
    (MK 3 Dec 2016, PM 2:09)
    kah kah kah terkekeh2 rakyat non-umno ketawa.
    Sang pemakan RM har$m ni buat lawak bodoh kerana keBAHALOLan nya
    'Good works' mr delegate from FT.

    ReplyDelete
  19. Aku Widya Okta, saya ingin bersaksi pekerjaan yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada orang-orang saya yang mencari untuk pinjaman di Asia dan bagian lain dari kata, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka orang yang mencari pinjaman di antara kamu? Maka Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih asli sekali di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban dari suatu 6-kredit pemberi pinjaman penipuan, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Aku hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari utang saya sendiri, sebelum aku rilis dari penjara dan teman yang saya saya menjelaskan situasi saya kemudian memperkenalkan saya ke perusahaan pinjaman dapat diandalkan yang SANDRAOVIALOANFIRM. Saya mendapat pinjaman saya Rp900,000,000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam 24 jam yang saya diterapkan, Jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan yang baik dari Allah melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat Anda jika Anda membutuhkan pinjaman Anda lebih baik kontak SANDRAOVIALOANFIRM. menghubungi mereka melalui email:. (Sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (widyaokta750@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...