PERJANJIAN KERJASAMA
PAKATAN HARAPAN
DAN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
13 Disember 2016
Dengan ini memeterai satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan – PPBM mengenai persetujuan-persetujuan bersama oleh keempat-empat parti di dalam perkara-perkara seperti yang terkandung dalam dokumen ini.
Mewakili PAKATAN HARAPAN dan PPBM kami berjanji bahawa persetujuan-persetujuan ini akan dihormati, didokong dan dilaksanakan bersama oleh parti-parti kami selagi perjanjian ini berkuatkuasa dan persetujuan-persetujuan di dalamnya adalah mengikat keempat-empat parti.
DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP
HAJI MOHAMAD SABU
Presiden AMANAH TAN SRI
DATO' HJ MUHYIDDIN
HJ MOHD YASSIN
Presiden PPBM
Ditandatangani pada hari ini 13 Disember 2016 Masehi bersamaan 13 Rabi'ul Awwal 1438 Hijrah di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
*PERJANJIAN*
BAHAWASANYA Pakatan Harapan (yang terdiri daripada KEADILAN, DAP dan AMANAH); dan PPBM dengan ini bersetuju dan komited akan perkara-perkara berikut:
1. Berjuang dengan berlandaskan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/63 terutamanya:
i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di di negara ini sejajar dengan Perkara 3; serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153;
ii. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan; dan
iii. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
2. Memperjuangkan Agenda Reformasi dalam kebangunan-semula negara demi rakyat dengan berpaksikan nilai-nilai yang dikongsi bersama, termasuk kebenaran, keadilan dan tatakelola yang baik.
3. Meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan - PPBM di dalam sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan di antara kedua pihak berdasarkan prinsip kebolehmenangan (winnability).
4. Berunding dengan parti yang belum berada di dalam perjanjian ini untuk memastikan seboleh mungkin satu calon sahaja yang akan mewakili pembangkang bagi melawan Barisan Nasional.
5. Mewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang sebelum Pilihanraya Umum ke 14 dengan tujuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihanraya.
6. Menggunakan manifesto bersama dalam Pilihanraya Umum ke 14.
7. Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa, menggunakan logo bersama dalam Pilihanraya Umum ke 14.
8. Mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi pilihanraya, manifesto bersama dan merangka gerakerja pilihanraya secara bersama.
9. Atas semangat setiakawan dan kerjasama, parti-parti dalam rangka perjanjian ini hendaklah mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan sebarang pertikaian menerusi perundingan bersama.
Dengan termetrainya perjanjian ini bermakna Pakatan Harapan menjadi gabungan yang lebih besar dan boleh diyakini untuk mengambil alih pentadbiran negara ini daripada BN.
Rakyat kini boleh menaruh harapan dan pergantungan kepada sebuah gabungan yang benar-benar serius untuk menyelamatkan negara ini dengan persetujuan antaranya, pertandingan satu lawan satu serta penggunaan manifesto dan logo yang satu juga.
Sekiranya perkara No 4 dapat dijayakan dengan berkesan kepada parti-parti yang di luar Pakatan Harapan, bermakna peluang untuk menumbangkan BN dan menyingkirkan Najib Razak secara automatik menjadi lebih cerah lagi.
Oleh itu, terserah kepada parti-parti di luar Pakatan Harapan yang masih menggelarkan diri mereka sebagai pembangkang untuk membuat pilihan yang seterusnya sama ada sedia berunding dengan kepala yang dingin dan hati yang terbuka atau kekal dengan keras kepala sebagai blok ketiga.
Harus diingat, dalam keadaan sekarang, enggan menyertai gabungan ini hanya menjadikan mereka dengan sendirinya semakin mengecil dan terpencil.
Harus diingat juga, dalam arus penolakan rakyat yang makin membuak-buak, menjadi blok ketiga belum tentu menjanjikan peluang menjadi "king maker", bahkan mungkin terhumban sama ke lembah yang hina.
Oleh, buatlah pilihan yang mulia, jangan tunggu lama-lama dan jangan juga terlalu banyak berdrama. (SH 13/12/2016).
Alhamdulillah
ReplyDeleteSemoga perjuangan ni berjaya
PAS?
Pergi mamposlah kau dengan amno
Alhamdulillah....termeteri satu perjanjian yg menjadi harapan kepada rakyat yg selama ini disamun dan diperbodohkan.
DeleteDi antara 4 nama yg disebutkan di atas,
DeleteMat Sabu adalah individu yg langsung tiada kaliber untuk menjadi pemimpin.
Hanya pandai cakap seperti tin kosong.
Tiada individu yg lebih berkaliber kah di dalam parti AMANAH?
mat sabu layak cerita lawak je di pentas.... hehehehe .... siapa punya ... ummmno .. lawak gila.
DeleteKalau ada parti gabungan yang bermain kayu tiga dan bercumbu dlm gelap dengan UMNO/BN maka parti tersebut perlu disingkirkan oleh rakyat dalam PRU14 nanti.....
ReplyDeleteConfirm, setuju!!! Biaq pi mampoih kat depa tu
DeleteHai..mcm perli lobai2 ja
ReplyDeleteKesian la kat dia...
Nnt terjaga plk dia dr tdur
Alhamdullilah.. brula nmpk sdikit cahaya dihujung terowong yg slama ini gelap & suram. Undi saya & keluarga sudah pasti untuk Pakatan & PPBM. Kami akan secara sukarela mngajak org ramai mengundi anda. Andalah harapan terakhir kami selamatkn negara. Jgn kita pandang rendah akibat dri 1mdb serta perjanjian hutang dgn china. Sama2la kita semua rakyat malaysia bersatu mengundi parti Pakatan & PPBM SAHAJA!!! Sila buang PAS & BARISAN NASIONAL.
ReplyDeleteSaya dan keluarga pun sokong PPBM tapi Pakatan dah berjanji akan letak satu calon saja pada satu kawasan mengundi ...... jadi tak kiralah simbol parti apa saja yg mewakili Pakatan dan siapa calon Pakatan letak.......asal Pakatan je kita pangkah.
DeleteNiat saudara2 di atas memang bagus.
DeletePersoalannya, adakah pilihanraya di Malaysia ini boleh dipercayai?
Belum pernah dalam sejarah, negara ke-3 ditumbangkan kerajaannya melalui pilihanraya.
Saya melihat masa depan rakyat yg semakin gelap.
14/12 (Rabu) ialah tarikh yg penting dimana Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan mengenai permohonan semakan yang dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitan Liwat II.
ReplyDeleteMarilah rakyat Malaysia berdoa semoga DSAI dibebaskan. Jika DSAI dibebaskan, alhamdulillah. Kehadiran DSAI menjadikan PH dan Bersatu bertambah kuat. Jika gagal, perjuangan tetap diteruskan melalui kerjasama PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Mujurlah tak ada nama Lobai Hadi.
ReplyDeleteSebaik-baik nya PAS pun buat perjanjian kerjasama dengan UMNO.. Jangan nak main wayang lagi.
Sekolahkan lebai2 PAS bahawa jika ada 1 lawan 1, maka umno gerenti akan tewas. Bila umno tewas, tiada lagi $$$ masuk kantung umno. Umno akan tersungkur selama lamanya. Perkara simple macam ni pun lebai2 tak kan tak paham.
ReplyDeleteLebai2 tu paham.
DeleteCuma bila amno tumbang nanti xada la $$$ masuk tembolok depa nanti
Tu yg lebai2 tu xnak
Mesti nik ajis tersenyum bangga dgn anak lelakinya. "Good job my son".
DeleteCukup cukuplah dengan bala petaka hari ini. Rakyat sangat menderita hidup di tanah air sendiri.
ReplyDeleteBagi yg masih bekerja bersyukurlah (Alhamdullilah) kepada Allah Taala.
Bagi yg dah kehilangan kerja macam aku dan isteri ni cukup sengsara.
Dulu aku dan isteri bekerja dgn sebuah syarikat Oil and Gas yg ternama di Malaysia ini. Kalau dicampur gaji kami suami isteri alhamdullilah selesa untuk sebuah rumah tangga yg mempunyai 5 orang anak dan seorang bibik.
Sama sekali tidak pernah aku menduga syarikat ini akan tutup. Hampir kesemua pekerja diberhentikan secara tiba2. Melopong kami semua. Pinjaman rumah aku belum habis bayar lagi. Begitu juga dgn pinjaman kereta dan kad kredit serta gaji bibik. Dunia tiba2 menjadi begitu gelap untuk aku sekeluarga.
Hari ini aku tak dapat lagi menyara kehidupan ibu bapa di kampong macam biasa. Aku cukup terkilan sebab aku merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik.
Aku terus berusaha mencari kerja. Pada waktu yg sama bank juga terus mencari aku untuk menuntut hutang. Pendapatan aku sekarang sebagai pemandu grabcar tidak menentu tetapi alhamdullilah cukuplah untuk beli beras dan sedikit keperluan dapur tetapi aku selalu diganggu oleh pemandu teksi pula. Maki hamun tu dah jadi perkara biasa. Aku pekakkan telinga dan tebalkan muka di depan pelanggan kerana memikirkan hutang dan anak isteri di rumah.
Hari ini selain daripada Allah Taala harapan aku hanya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memulihkan semula dan memimpin negara ini dan mencari pelapis kepada pemimpin masa depan.
Insya Allah, saudara akan diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi dugaan hidup. Bukan saudara saja yg menjadi mangsa. Ada yg sampai bunuh diri terjun sungai kerana kesempitan hidup. Tekanan hidup rakyat bawahan ini ialah ekoran dari salah tadbir dan rasuah yg menular.
DeleteKita yg di bawah ni tertekan dgn kos hidup yg tinggi......tapi org kaya dan mewah, billionaire negara tak rasa apa yg kita tempuh.
Halal dan haram dah tak ada dalam garis panduan. Yg ada hanya tamak haloba dan kuasa je.
Lihat saja berita pegawai kanan kerajaan yg terlibat dgn rasuah baru2 ni. 10 juta duit tunai dijumpai disorok di rumahnya. Inilah tanda rasuah yg serius sedang berlaku di negara kita......namun ikan bilis ditangkap tapi jaws besar tetap terlepas.
Bersabar dulu jangan ambik jalan pintas.......Insya Allah dugaan ni akan berlalu selepas kita ubah dan tukar haluan kita......amin.
PRU 14 nanti bukakan minda dan undilah dgn bijak. Jangan sampai merana hidup tertekan sepenggal lagi.
Sekian.
Anon 23:41 nasib kita sama. Dulu saya bekerja dgn MAS. Selepas kena retrenched saya tidak ada lain pilihan selain mencuba grabcar untuk meneruskan kehidupan ini.
DeleteNak berniaga saya tak pandai.
Kpd pemandu2 teksi di luar sana tolonglah bersimpati dgn nasib kami. Kami juga ada keluarga, ada anak2 yg masih bersekolah dan hutang yg perlu kena bayar.
Berilah kami sedikit ruang untuk meneruskan kehidupan kami. Bukanlah niat kami untuk merampas rezeki tuan2. Saya sendiri tidak terkecuali drp kena maki dan sumpah seranah. Rasa malu yg amat sgt di depan penumpang.
Malah kena keroyok dan kena pukul pun pernah. Nasib baik cermin kereta tidak dipecahkan.
Saya bersimpati dengan nasib kalian. Begitulah realiti kehidupan di bumi Malaysia hari ini. Pemimpinnya korup dan rakus mencuri berbilion hasil negara demi untuk memenangi pilihan raya dan membeli kesetiaan ketua-ketua peringkat bawahan.
DeleteKuasa membeli rakyat juga semakin berkurangan dengan penghapusan subsidi barangan keperluan dan pengenalan cukai GST. Dengan jurang di antara kaya dan miskin semakin melebar akibat kos sara hidup yang kini meningkat, golongan elit peringkat atasan pula yang menjadi bertambah kaya dengan pengisytiharan projek-projek bernilai puluhan biliyon bagi memenuhkan kantung mereka yang sudah sedia penuh. Dengan berbekalkan slogan 'moderation', rakyat disarankan agar tidak berbelanja mewah dan mengikut kadar kemampuan walaupun umum mengatahui gaya hidup beliau sendiri termasuk anak dan isteri beliau tidak menampakkan sekelumit pun 'kesederhanaan'.
Beliau sekali membuktikan kesederhanaan beliau itu dengan mengumumkan projek-projek mega di kala kerajaan kekurangan dana seperti pembinaan Taman Tugu yang mencecah 600 juta dan pembinaan rail pantai timur oleh syarikat negara China yang menelan belanja sebanyak 55 beliyon. Kalau bab projek mega, kos yang tinggi sangat dialu-alukan dan penyertaan syarikat-syarikat asing seperti Singapura dan China adalah digalakkan. Kalau untuk kemudahan dan keselesaan rakyat, kerajaan PM Najib menjadi sangat berkira. Perbelanjaan dipotong di sana-sini. Subsidi dihapuskan. Setiap pertolongan yang diberikan sentiasa diungkit untuk menunjukkan 'keikhlasan' beliau.
Universiti-universiti kerajaan digalakkan untuk mencari dana mereka sendiri. Biasiswa dan pinjaman pelajaran dipotong. PTPTN diarahkan untuk mengurangkan pemberian pinjaman sebanyak 5 hingga 10 peratus. Dengan peningkatan kos sara hidup sekarang ini, pinjaman pendidikan untuk pelajar dikurangkan. Salah satu iniatiatif kerajaan PM Najib yang sangat membantu pelajar.
Ibubapa pula yang terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk menanggung kos pengajian anak mereka di universiti. Keluar universiti ratusan ribu graduan tiada pekerjaan dan menganggur. PM Najib telah menyarankan supaya graduan yang menganggur ini supaya menjadi pemandu Uber dan penjual nasi lemak demi untuk mencapai status negara maju.
Kehidupan rakyat pada masa ini juga begitu 'makmur'. Rakyat bawahan dan pertengahan menjadi makin tersepit dek kerana nilai ringgit yang jatuh merudum berbanding US Dollar. Menteri yang bertanggungjawab bukan saja tidak melakukan sesuatu untuk menghilangkan kegusaran rakyat, bahkan bersikap seperti acuh tak acuh dan masih lagi dilihat bersuka ria sambil menyanyi lagu sha la la..
Hutang negara yang kini mencecah 800 beliyon. Dana pelaburan baru 1MDB juga ditubuhkan dengan hutang terkumpul sebanyak 50 beliyon. Kementerian Kewangan yang dahulunya dilihat salah satu institusi ulung dan berprestij yang sangat dihormati zaman-berzaman kini dilihat begitu kotor dan tidak keruan lagi. Dengan kadar keberhutangan negara yang sangat tinggi dan skandal-skandal berskala besar yang meletus satu demi satu sehingga mencapai tahap global, Kementerian Kewangan sedang melalui satu fasa gelap.
Kepada Tun M dan PBMM kita mengharap sekarang.
Kisah2 sebegini sebenarnya banyak berlaku di sekeliling kita. Saya sendiri tahu kisah2 sebegini yang langsung tidak mendapat apa2 liputan media. Ada kisah tentang aktivis UMNO sendiri yang dihalau UMNO apabila meminta bantuan akibat desakan hidup.
DeleteMedia hari ini hanya sibuk gebang memepetahankan penyamun dan menghentam Tun M.
Ini yang berlaku apabila pemimpin rakus dan tamak nak penuhkan tembokok sendiri selain mencari bekal untuk menabur dedak kepada para penyokong peliharaannya.
Saya berharap dan berdoa agar saudara2 dan saudari2, dan malahan saya sendiri diberi jalan oleh Allah untuk meneruskan kehidupan dengan bermaruah. Bersabarlah, ada cahaya di hujung terowong gelap ini.
In shaa Allah. Aamiin.
Amin syukur..insyallah pribumi harapan warisan menang pru14..
ReplyDeleteMIC boleh join...
ReplyDeleteTak payah
DeleteTu semua dah jadi penganut ajaran langit ayah jib
Nak ajak dia buat apa
Tahniah.
ReplyDeletePiss and shit harus ditinggalkan kerana pemimpin mereka je yg telan 90juta duit haram tpi bertopengkan agamawan.akar umbi kena pilih wala atau taala.berani kerana benar amal maaruf nahi mungkar.ini bkn parti tok guru tpi Judi ahwang
ReplyDeletepas sertai pru bukan utk menang. tp utk menangkan umno. dedak rm90juta dan komisen lombong rm10juta adalah pertaruhan. kalau umno menang, isu2 ini akan selamat.
ReplyDeletepkr jgn jadi pelacur politik - jual maruah krn kerusi. buat perjanjian kongsi kerusi dlm gelap dgn pas. ingatlah org beriman tak kena main dua kali dlm gelanggang yg sama.
AMANAH MESTI LETAK CALON DISEMUA KERUSI2 YG DIPERTANDINGKAN OLEH PAS!
lantak pi la dgn pkr kalau ada perjanjian antara pkr dan pas.
YB Husam sbg menteri besar Kelantan. kalau Amanah lantik orang asli sbg calon digua musang, ku li pun akan bungkus!
Setuju.
DeleteSemua kerusi PAS, kita letak AMANAH.
Semua kerusi UMNO, kita letakkan PPBM.
Kerusi2 lain kita letakkan PKR dan DAP.
Tanpa PAS bersama pembahagian kerusi sebenarnya lebih mudah.
Wasatiah konon,pura2 ikut ajaran
ReplyDeleteIslam tapi tak ikut cara hidup
nabi dan khalifah Omar.hidup
mewah dan boros.
Pandai nik ajis didik anak lelakinya menjadi zuhud kah kah kah.
DeleteBanyak sudah sejarah tercipta dizaman kerajaan 3P (Penyagak, penyamun dan perompak). Yang paling saya nanti nantikan adalah sejarah dimana parti pemuja duit ini tersungkur menyambah bumi dan depa depa ni dihadapkan dimuka pengadilan dan menerima balasan dunia dan ahkirat setimpal dengan kesalahan depa.
ReplyDeletejangan dilupa, dibawah kerajaan 3P ini juga tertunai hampir segala hak2 kamu sebagai marhean didalam urusan fardhu Ain (akidah) dan fardhu kifayahmu (segala macam keperluan urusan hidup).
DeleteDi bawah kerajaan 3P ini - kamu melihat dan mendengar segala macam bentuk kezaliman penguasa dan bala bencana yang mengorbankan nyawa,harta benda,kehormatan diri, akidah.
melalui pelbagai media sambil "menghulurkan" bantuan dalam bentuk doa, wang ringgit, masa dan tenaga, dan kemudian kamu tangan2 kamu seperti biasa begitu rakus dan bersemangat untuk mencari sesuatu untuk diri sendiri dibawah kerajaan 3P.
Hey, tetapi kamu tidak pernah merasakannya melainkan sedikit bukan?.
Dan menyangka kamu begitu istimewa lalu tidak mungkin Allahswt akan menimpakan pada kamu dengan segala yang kamu lihat,dengar tetapi tidak pernah merasainya.
Seandainya manusia itu mahu bersyukur ...
Adapun di Hari Pengadilan Yang Maha Adil kelak, kamu bakal ditanya dengan jalan apa menunaikan pulak hak2 si pemerintah tatkala sipemerintah telahpun menunaikan hak2 kamu sebagai golongan yang diperintah.
Nasihatku - diwaktu gemuruh nya Hari Pengadilan Yang Maha Adil, sekalian dari manusia itu akan saling menuntut sesama mereka walau seberat zarah pahala untuk diri sendiri.
Maka berhati-hatilah dengan apa yg kamu lafazkan semasa hayat dikandung badan.
Nakhoda sewel, pergi balik rumah. Jangan sibuk di blog ni. Mak kau tengah memantat dengan bangla jual karpet tu.
Deletenanti mesti banyak parti bebas untuk pecahkan undi...
ReplyDeleteSyabas!
ReplyDeleteTujuan gabungan adalah untuk menyingkir Kerajaan MO1 Pencuri dan menyelamatkan negara dari terus musnah dan rakyat menderita.
Janji...kata kata janji mesti dikota bukan mainan bibir manis sahaja. Inilah masa dan ketika yang amat mencabar dan genting kerana negara dan rakyat telah kehilangan segalanya angkara MO1.
Kembalikanlah kepada Malaysia dan rakyatnya:
- Maruah
- Integriti
- Keharmonian antara kaum
- Keluhuran Perlembagaan dan Undang Undang
- Kemakmuran Ekonomi dan Keamanan
- "Institutional Reform" untuk mengelak malapetaka hari ini berulang dimasa depan.
Kesatuan dan gembelingan tenaga dan sumber oleh semua pihak dalam perjanjian ini amat penting sekali.
Nyahkan MO1 dan kumpulan samseng kleptokrasinya.
Melayu mudah lupa
Aku mahu melupakan UMNO dan BN
Yang dulu ku sokong penuh bangga
Aku melayu
Melayu mudah lupa
Tapi...
Aku tak mudah lupa apa yang MO1 lakukan
Aku tak mudah lupa bangsaku yang dibangsatkan
Aku tak mudah lupa jasa negarawan
Dan..Aku tak akan lupa siapa MO1
MO1 Pencuri!
TDM sangat berkewibaan dan berpengalaman dalam arena politik Malaysia.
ReplyDeleteMemanfaatkan kebijaksanaan beliau adalah satu tindakan yg bijaksana.
Saya berdoa semoga tuan punya blog iaitu Saudara Shahbuddin akan muncul sebagai salah seorang menteri kabinet.
DeleteMungkin sebagai menteri komunikasi dan multimedia, ganti Dato Sri Panglima Salleh Said Keruak.
kerjasama yang dilihat penuh barokah dan diredhai ALLAH SWT kerana menguntungkan ISLAM dan bangsa MELAYU...
ReplyDeletekhususnya melibatkan DAPiggy yang jelas adalah kafir harbi laknatullah rasis yang dilihat terus menerus memusuhi Islam dan Melayu...
selamat maju jaya....
Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin...
sabarrr... yg penting jatuhkn umno dulu
DeleteIdealis Mas,
DeleteMasih lagi percaya dengan parti jual agamakah?
Bab maki hamun & memantat, ostad PAS ni memang champion.
Pengikut2 jangan jadi jumud & benak!
Idealis la sgt,ko pun kaki dedak.aku kenal ko.
Deleteaku penyokong tegar pas... tp perlu ingat... jihad kita yg pertama dlm negara kita hari ini ialah menjatuhkan umno dulu...
ReplyDeleteSemoga perjuangan kita berjaya...