Saturday, 24 December 2016

PILIHAN SEKARANG PADA MUKHRIZ?


Khairy Jamaluddin, setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya tampil menafikan bahawa beliau pernah menghantar surat perletakan jawatan sebagaimana yang didakwa oleh Mukhriz Mahathir.

Ketua Pemuda UMNO itu bagaimanapun tidak menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan di rumahnya dengan bekas Menteri Besar Kedah yang kini merupakan Timbalan Presiden PPBM.

"Ketika beliau masih bersama UMNO...kita berjumpa dan kadang-kadang dia menziarahi saya, kami membincangkan isu-isu semasa, itu saja.

"Apa yang beliau kata mengenai saya hantar surat perletakan jawatan, adalah tidak benar,"  tambah KJ yang juga Menteri Belia dan Sukan.
Nah....bagaimana sekarang?

Siapa benar, siapa salah?

Apakah Mukhriz masih mahu mempertahankan dakwaannya?

Oh ya...bukankah dalam kenyataannya sebelum ini, Mukhriz turut menyebut bahawa pendedahannya mengenai KJ itu berikutan pertemuannya dengan Menteri Belia dan Sukan pada suatu malam yang turut dihadiri oleh seorang saksi.

Dalam pertemuan itu, dakwa Mukhriz, KJ turut menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap penjelasan Najib mengenai kemelut 1MDB yang dianggapnya tidak masuk akal dan seperti memperbodohkan rakyat.

Siapakah saksi yang turut hadir dalam pertemuan antara Mukhriz dengan KJ itu?

Tidak mahukah Mukhriz menyebut nama saksi tersebut atau menampilkannya sebagai bukti untuk mengesahkan dakwaannya adalah benar dan bukan sekadar cakap-cakap kosong?

Pilihan kini di tanganmu, Mukhriz...tapi tolonglah jangan lebih daripada dua hari untuk memulakan langkah seterusnya!! (SH 24/12/2016).

51 comments:

  1. Kalau saksi itu diugut dgn kesalahannya yg lampau atau disoggok dgn dedak mana mungkin dia mahu tampil & mengaku tentang perkara tersebut tuan Budin. Melainkan Mukhriz telah menipu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Agak2 saya, komentar di atas kena humban sebab cuba promosi ramalan no. 4 ekor. Faham2 jer ler..kerja siapa tuu....!!!!

      Delete
  2. Tampilkan saksi segera untuk mengetahui siapa yang menipu.

    ReplyDelete
  3. Kj tak akan mengaku seperti mana dia tak ngaku tahu kes kehilangan RM100 juta di kementeriannya sendiri.

    Tu pelajar oxford tu...
    Ata malu woooooo...

    ReplyDelete
  4. Apa yang ditunggu lagi KJ oii, hang saman saja Si Mukhriz tu sebab dia telah memfitnah hang...itu pun kalau hang ada teloq! Bukannya susah nak menang saman tu, Apandi bukan ka ada nak bagi menang kat hang???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua Jantan: hmm tgk sat, saman selasa mahkamah dh fully booked. ...hmm sy saman RABU lahhhh.Auwww

      Delete
    2. KJ = Kurang Jantan
      Dia tidak akan berani saman

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. Aikkkk...tak serik ker? Komentar di atas kena humban sebab cuba promosi ramalan no. 4 ekor. Faham2 jer ler..kerja siapa tuu....!!!!

      Delete
    5. Jika di nilai dari segi air muka,, Mukhriz lebih nampak kejujuran berbanding KJ..

      Delete
  5. Takkan Khairy nak mengaku yang dia berak tdngah jalan....dan sejak awal2 lagi Mukhriz dah cakap yang beliau dikhabarkan yamg siKhairy ni telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Najib.Isunya sekarang yang kita nak tahu adalah pertemuan itu BERLAKU,dan sama ada siKhairy serah ke tidak surat perletakan jawatan tu adalah soal kedua.
    Jadi sekarang dah jelas yang Khairy mengaku yamg pertemuan itu benar2 berlaku!!.....jadi disini saya rasa Mukhriz tak perlu untuk menghebohkan siapakah seorang lagi kawan yang dibawa itu,kecualilah Khairy tidak mengaku akan pertemuan itu.Pada saya jika Mukhriz memberitahu siapakah kawan tersebut hanya akan mengundang pandangan tidak baik terhadap beliau sahaja.Buat masa ini Mukhriz harus selesa dengan mendiamkan diri dan biarkan rakyat yg menilaikannya.

    ReplyDelete
  6. Cerdek sungguh khairy ni kalau bab2 bercakap dan kelentong....beliau sepatutnya tak sesuai jadi Menteri tetapi kena jadi loyer,tapi loyer burokla....
    Tengok permainan dia....bukan dia tak mengaku akan pertemuan dengan Mukriz.....jadi kalau sekali imbas kita membaca jawapan dia kita akan kata dia seorang yamg jujur dan Mukhrizlah yang kaki bohong!!....licit sungguh kamu Khairy!!...apakah kamu ingat rakyat ni bodohke??..

    ReplyDelete
  7. Kj x faham kenapa Mukhriz buat kenyataan surat perletakkan jawatan itu? Kj kj, sama ada hang faham atau tidak adalah x penting lagi. Yang penting ialah Mukhriz telah menendang balik bola yang hang sepak. Sebab, x pasal-pasal dan "unprovoke" hang telah buat statement boboi tu. Itulah pemula kepada "sengketa" yang datang out of the blue dari hang sendiri.

    Maka persoalan utama pada masa itu ialah apa kah niat KJ apabila membuat kenyataan boboi itu?

    Adakah sebabnya seronok-seronok nak kacau Mukriz? Atas desakan Pemuda Umno? Atas desakan Presiden? Kacau Bersatu? Buat kecoh untuk alih perhatian daripada masalah yang meruncing? Sebab-sebab apa yang banyak orang akan bertanya, bukan hanya Mukhriz sorang.

    Jadi untuk "par for the course", maka terpaksa lah Mukhriz jawab. Nah, di sini lah Mukhriz ada advantage. Mukhriz boleh buat apa-apa kenyataan pun, walau pun kenyataannya x sahih sebab hang yang provoke x pasal-pasal pada asalnya.

    Hang nafilah sekuat-kuat hati ikutan kenyataan Mukhriz itu yang sekarang dah x relevan lagi. Malah sebarang balas dari hang dah x bernilai lagi. Hang jolok sarang tebuan, dan selepas kena sengat hang komplen kenapa hang kena sengat?

    Saya fikir Mukhriz x lah bersikap naif dan tergamak untuk bermain mind games dengan hang lagi Kj.

    ReplyDelete
  8. Hanya 1 disputed issue that is SURAT PERLETAKKAN JAWATAN. 1 isu lain adalah mukhriz ada kata isu 1MDB, KJ kata isu semasa.

    1. Tidak dinafikan ada pertemuan
    2. Tidal dinafikan pertemuan dirumah KJ
    3. Tidak dinafikan ada orang ketiga yang dengar

    No other statement by KJ other than denial only on resignation letter.

    Bagi saya 75% apa yang dikatakan mukhriz betul.

    Untuk surat perletakkan jawatan, hanya Mukhriz, KJ, orang ketiga dan Allah yang tahu.

    Ikut track record KJ, beliau tak tahu kes 100 juta penyelewengan dalam kementeriannya....sign of TAI CHI.

    Namun dalam kes ini, the 3rd person is crucial. If he is a good muslim, truth prevails.

    Either mukhriz is lying or kj is not telling the truth. Both cannot be right.

    Hanya Allah yang maha mengetahui.

    Lailla hailla anta subhanakainni kuntuminazzalimiin

    ReplyDelete
  9. Dalam politik memang begitu, ko sendiri pandai2 menilai siapa yg lebih dipercayai cakapnya, tengok balik 2 ,,3 tahun punya track record.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please talk straight to the point. With facts or data please? Thank you

      Delete
    2. Bangang kau ni bro ..fact apa yg kau nak. Ini semua hearsay. KJ ni pembohong. Jadinya nak tau sapa bohong jelah.

      Delete
  10. Kj ada telur nak saman mukhriz?

    Setuju dengan anon 5.58, mukhriz dah proved 75% his allegation as true shen KJ admitted ada mesyuarat. Hanya 25% iaitu surat resignation letter saja dipertikaikan.

    Saja heran, mengapa KJ ambil terlalu lama untuk respond pada allegation mukhriz ini? Kena talk to pakar tsi chi, zahid atau najib dulu ke? Not a sign of oxford trained material unless like his thieving boss... something to hide

    ReplyDelete
  11. TIDAK AKAN ADA KESUDAHAN DALAM HAL MACAM INI....jangan buang masa sebab MORAL tak ada!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat
      apepun aku dah lama buat pilihan iaitu percaya mukhriz dr kj

      Delete
  12. Suka2 sembang pagi sabtu

    1. Mukhriz kata ada perjumpaan di rumah KJ...SEMUA SETUJU/TIADA BANTAHAN

    2. Mukhriz kata perjumpaan 6 mata..
    SEMUA SETUJU/TIADA BANTAHAN

    3. Mukhriz kata berbincang pasal 1MDB, KJ tak setuju dengan najib..
    ....KJ tak bantah pasal apa kata mukhriz pasal 1MDB tapi menerangkan perbincangan sekadar isu semasa

    4. Mukhriz kata ada surat perletakan jawatan namun ditarikbalik atas campurtangan zahid...KJ DENY TIADA SURAT PETLETAKAN JAWATAN TAPI TAK DENY PASAL CAMPURTANGAN ZAHID KE, APA KE.

    5. Setelah lebih dari 2 hari, setiausaha KJ kata KJ masih dalam kerajaan.

    6. KJ jawab akui perjumpaan tapi tiada resignation letter. No denial on 1MDB discussion.

    Think....macam ada sesuatu yang tak align dan discrete dengan jawapan Setiausaha KJ dan jawapan KJ sendiri.

    Comment for thoughts

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketikus Jantan dh masok pera perankap.

      Delete
    2. 07.11....simple bro. Benda yg tak pernah berlaku, tak betul...senang kita deny, senang kita jawab. Boleh jawab dalam masa 24 jam.

      Benda yg betul betul berlaku, susah nak dinafikan. Kalau spin, pun bukan senang, spin kena ada logik. Dalam kes ni, saya sokong anda, jawapan tak align. Jadi kita paham, pertemuan memang berlaku. Mukhriz tak payah jawsb apa2 lagi. Kredibiliti mukhriz terpelihara. Kredibiliti KJ makin merudum.

      Delete
  13. Umno olang simua kelentong .... atak ingat .. yitu speaker pigi cumpa lia punya babpak ... sama celita.

    ReplyDelete
  14. Aku rasa kan...kj memang hantar surat tu..tapi kena ugut ngan jibbo..100 juta hilang tu

    ReplyDelete
  15. Kalau begini..?

    Memang tak ada surat perletakan jawatan.

    Yang Mukhriz mahu ialah pengakuan KJ iaitu ada pertemuan dan KJ juga keciwa dengan 1MDB dan mengungkap kan kata-kata untuk letak jawatan.

    Ini kerana untuk meletak jawatan tidak boleh main serah gitu-gitu saja. Rujuk perletakan jawatan Husni. Teratur dan tertib.

    Jika benar ahli UMNO yang berjawatan tinggi dan ada kedudukan dalam parti ingin membantah atau keluar dari parti ialah lantang bersuara dan hadir kan diri dimana ada nya Tun Mahathir. Sepertimana yang di lakukan oleh Naina (?) wanita UMNO Langkawi dan Khairuddin.

    Kita lupa kan surat letak jawatan. Tetapi bagaimana KJ boleh meneruskan hidup nya dengan mengetahui bencana dan pembohongan demi pembohongan 1MDB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apalah sangat bg KJ ni.

      Kisah dia dgn ECM Libra dan MV Agusta pun serupa macam kisah 1MDB Najib juga cuma nilainya lebih kecil.

      Najib dan KJ memang layak sesama sendiri.

      Delete
  16. din,
    bukan khairy saja, bahkan semua ahli umno yg dok sokong najib pencuri memamng tak ada sapapun dah percaya, umno adalah pencuri !!!
    muka kj pun kita tau semua adalah kaki rasuah, perasuah tidak akan mengaku punya, kalau tidak tak kan ahli umno sendiri yg boo dia masa pau dulu, rasuah, rasuah, rasuah....
    tak sabaq dah nak pangkah bersatu and pakatan !!!
    sambutan yg sungguh hebat sekali semalam masa TM berucap kat aloq setaq semalam dlm kawasan bashah tidoq !!!!
    beribu org yg ikhlas and sayang pada negara daftar jadi ahli bersatu !!!
    tunggu bashah tidoq akan kata acara semalam, tak akan jejas umnobn di kedah....ha ha ha !!!

    ReplyDelete
  17. Kalau setakat mencuri merompak menyamun pun tak ada masalah inikan pulak setakat tak mengaku apa yang mukhriz kata kan tu...apa la sangat kan... tak payahla kita buang masa nak Panjangkan topik ni...mmg pemimpin sekarang tiada integriti tiada kredibiliti..noktah

    ReplyDelete
  18. Budin, jika dakwaan Mukhriz tidak benar, tak sampai 1 jam KJ Oxford yg sgt geliga d tkt 4 satu ketika dulu akan sanggah. Tak tunggu 2 hari. Ni dah nak masuk thn 2017 baru nak respon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitol Jahanam @ KJ adalah idola Kejora yg mengidamkan jawatan Pee Emm. Saya pernah bersilat dgn Kejora berbulan-bulan pd tahun 2013 di blog Parpukari & Pisau. Dosa KJ memberi rasuah untuk menjawat Ketua Pemuda UMNO Malaysia masih terlekat di dahinya.

      Delete
    2. Setuju dgn pak Othman.

      Di UMMO Bhgn saya pemuda dulu Ketua Pemuda berdegar-degar cakap sokong Mukhriz disebabkan KJ banyak skandal PM Tgkt 4.

      Sekali KJ ajak berjumpa satu hari sebelum pengundian pencalonan tetibs terus KP tersebut tukar arah. Rumours mengatakan dia dibayar (dedak le tew) untuk menukar sokongan. Bila ditanya dia tak nafi dan hanya mendiamkan diri.

      Apabila pemilihan pencalonan Mukhriz tetap menang lebih dari 90% undian.

      Dedak KJ tak cukup nak tabur semasa pencalonan bahagian, tp cukup semasa pemilihan

      Satu negara masih ingat sorakan "KJ rasuah, KJ rasuah" dan bgmn dia melompat seperti kera apabila memang pemilihan KP.

      Inilah taraf KP umno hari ini.

      Delete
  19. melalui pengalaman, saya bolih meneka bahawa jika masa yg d ambil utk memberi respon agak panjang/lambat ,maka kita tahu bahawa politisi2 yg d maksudkan sedang mencari helah yg paling selamat.

    kj mempunyai reputasi sebagai 'd real power behind d throne' semasa pak lah berkuasa. malahan beliau mempunyai 'kitchen cabinet' nya sendiri d ting 4 JPM.

    filosofi yg d guna nya utk menaiki tangga kekuasaan hampir sama dgn najib ie 'cash ia king'.

    utk mendapat dana, sudah tentu kj terpaksa menyalah gunakan guna kuasa(kuasa PM pak lah). bak kata mat salleh,'there is no time bar 4 CBT cases'. kj mungkin tlh banyak buat salah d zaman pak lah n d ketahui pihak yg masih berkuasa. jika beliau salah langkah,semua nya akan terburai.

    jgn harap beliau akan mengakui 'statement' yg d buat kpd mukhriz. tidak sukar juga menyuap saksi.

    kpd saya, kj sudah lama menjual maruah nya kpd syaitan politik. hayat politik nya pun sudah makin pendek.

    sekarang ini terpulang kpd pengulas/pembaca siapa yg mereka lebih percaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya amat bersetuju dan mengesahkan apa yg dinyatakan oleh pak rahman jpc adalah benar & sohih.

      Salam perjuangan pak rahman.

      Delete
    2. 100% setuju dgn pak rahman jpc dan pak othman.

      Delete
  20. Mudah saja...2 pihak mesti angkat sumpah? Sekira satu pihak
    berbohong mintak Tuhan jatuhkan hukuman dengan kadar
    segera...biarkan kebenaran di-ketahui ramai. Ada berani
    Mukhriz atau Khairy??

    ReplyDelete
  21. Sumpah sumpit garam belacan...Kat mesia ni sumpah pun depa boleh permainkan...Sijahat pun berani bersumpah....

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Sumpah sumpit garam belacan...Kat mesia ni sumpah pun depa boleh permainkan...Sijahat pun berani bersumpah....

    ReplyDelete
  24. Sumpah sumpit garam belacan...Kat mesia ni sumpah pun depa boleh permainkan...Sijahat pun berani bersumpah....

    ReplyDelete
  25. Tak perlu tanyala mengapa Khairy mrngambil masa yang begitu lama baru nak jawab kenyataan Mukhriz... sudah semestinya nak karang cerita yang sedap dan reliven dengan keadaan semasa yang begitu mencabar bagi puak2 bangang ni buat masa ini.

    ReplyDelete
  26. Siapa kita nak percaya?

    1. Reaksi dari KJ dah melepasi tempoh...dah basi dah. Kita boleh jangka masa begitu lama untuk memberi reaksi munkin kerana "saksi" yang merupakan orang ketiga dalam pertemuan itu sukar nak kautim.

    2. Siapa diantara Mukhriz dan KJ yang lebih konsisten...lebih berprinsip?...senang cakap ada teloq.

    3. Menilai "track record"...siapa lebih berwibawa?

    - KJ graduan taiko tingkat 4 zaman pak mentua jadi PM...skandal KBSM 100m dan juga skandal rasuah pemilihan Ketua Pemuda.

    - Mukhriz?...apa skandal dia? ada ke?...cuma dia ada teloq cakap pasal 1MDB...konsisten sampai kena pecat MB dan UMNO.

    Zaman pak Mukhriz jadi PM, Mukhriz langsung tak dibenar masuk gelanggang politik...tak macam KJ...Pak Mentua jadi PM dia jadi taiko pejabat PM....hebat!

    Rumusan saya...tak guna buang masa layan perkara ini. Lagi pun KJ memang sah penyokong tegar MO1. Apa omputih cakap?..."Birds of a feather flock together"....hmmmm...

    So do you still want to believe this KJ?...
    Or do you even give a hoot to this KJ?...

    Buang masa je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome to the club, bro and my heartiest congratulation.

      Delete
  27. Kami hargai tindakan tuan punya blog tidak menyiarkan entry2 pantun sampah, ramalan 4 no. ekor & caci-carut bagi mengekalkan kredibiliti blog yg semakin popular ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Othman

      Kejora dah kepenatan. Tak kencang lagi dah.

      Hanya Unknown masih bertahan.

      Delete
  28. bertetaklah sesama melayu...kawan ni tuduh kawan ni tepis...begitulah sampai bila bila pun....hang kata aku...aku kata hang...hang tuduh aku .aku tuduh...melayu dok sibuk beradu kebenaran...yang cina secara diam memasang strategi..senyap senyap kaut keuntungan....senyap senyap memperkuat penyatuan bangsa mereka...cuba kita lihat ...ada mca..gerakan dan dap bertegang urat...bergaduh..bertetak macam bangsa kita....? sebab depa faham dan pandai membezakan erti sama bangsa dan erti perbezaan politik...depa kenal warna kulit sesama bangsa mereka...mereka kenal bau hanyir darah sesama bangsa mereka..mereka fokus dalam objektif mereka untuk merampas Malaysia...rampas hak melayu...mereka bijak bersandiwara mengabui mata kita...yang menjadi pembangkang kerajaan bergerak diluar....yang menjadi penyokong kerajaan bergerak didalam....lengkap mereka mempersiapkan bangsa mereka ....dan akhirnya bila matlamat tercapai...mereka bersatu dalam satu kubu....mca...gerakan..dap...pkr...satu kulit satu darah satu bangsa....CINA. melayu pulak makin melemah....isu yang sama...berabad abad....dengan perangai yang sama....pertelingkahan yang sama...perebutan yang sama...hasad dengki yang sama...caci mencaci yang sama...keji mengeji yang sama...kita sesama melayu bertelagah umpama kisah Laksamana Doremi berebut puteri....akhirnya semua berputih mata....kalau tidak kerana permaidani terbang...kalau tidak kerana teropong hikmat...dan kalau tidak kerana bangsi ajaib...hanya kerana KALAU TIDAK...sedangkan sultan yang menunggu di istana...hanya dengan otak yang bijak...dapat sedap....zam zam alakazam...

    ReplyDelete
  29. bertetaklah sesama melayu...kawan ni tuduh kawan ni tepis...begitulah sampai bila bila pun....hang kata aku...aku kata hang...hang tuduh aku .aku tuduh...melayu dok sibuk beradu kebenaran...yang cina secara diam memasang strategi..senyap senyap kaut keuntungan....senyap senyap memperkuat penyatuan bangsa mereka...cuba kita lihat ...ada mca..gerakan dan dap bertegang urat...bergaduh..bertetak macam bangsa kita....? sebab depa faham dan pandai membezakan erti sama bangsa dan erti perbezaan politik...depa kenal warna kulit sesama bangsa mereka...mereka kenal bau hanyir darah sesama bangsa mereka..mereka fokus dalam objektif mereka untuk merampas Malaysia...rampas hak melayu...mereka bijak bersandiwara mengabui mata kita...yang menjadi pembangkang kerajaan bergerak diluar....yang menjadi penyokong kerajaan bergerak didalam....lengkap mereka mempersiapkan bangsa mereka ....dan akhirnya bila matlamat tercapai...mereka bersatu dalam satu kubu....mca...gerakan..dap...pkr...satu kulit satu darah satu bangsa....CINA. melayu pulak makin melemah....isu yang sama...berabad abad....dengan perangai yang sama....pertelingkahan yang sama...perebutan yang sama...hasad dengki yang sama...caci mencaci yang sama...keji mengeji yang sama...kita sesama melayu bertelagah umpama kisah Laksamana Doremi berebut puteri....akhirnya semua berputih mata....kalau tidak kerana permaidani terbang...kalau tidak kerana teropong hikmat...dan kalau tidak kerana bangsi ajaib...hanya kerana KALAU TIDAK...sedangkan sultan yang menunggu di istana...hanya dengan otak yang bijak...dapat sedap....zam zam alakazam...

    ReplyDelete
  30. bertetaklah sesama melayu...kawan ni tuduh kawan ni tepis...begitulah sampai bila bila pun....hang kata aku...aku kata hang...hang tuduh aku .aku tuduh...melayu dok sibuk beradu kebenaran...yang cina secara diam memasang strategi..senyap senyap kaut keuntungan....senyap senyap memperkuat penyatuan bangsa mereka...cuba kita lihat ...ada mca..gerakan dan dap bertegang urat...bergaduh..bertetak macam bangsa kita....? sebab depa faham dan pandai membezakan erti sama bangsa dan erti perbezaan politik...depa kenal warna kulit sesama bangsa mereka...mereka kenal bau hanyir darah sesama bangsa mereka..mereka fokus dalam objektif mereka untuk merampas Malaysia...rampas hak melayu...mereka bijak bersandiwara mengabui mata kita...yang menjadi pembangkang kerajaan bergerak diluar....yang menjadi penyokong kerajaan bergerak didalam....lengkap mereka mempersiapkan bangsa mereka ....dan akhirnya bila matlamat tercapai...mereka bersatu dalam satu kubu....mca...gerakan..dap...pkr...satu kulit satu darah satu bangsa....CINA. melayu pulak makin melemah....isu yang sama...berabad abad....dengan perangai yang sama....pertelingkahan yang sama...perebutan yang sama...hasad dengki yang sama...caci mencaci yang sama...keji mengeji yang sama...kita sesama melayu bertelagah umpama kisah Laksamana Doremi berebut puteri....akhirnya semua berputih mata....kalau tidak kerana permaidani terbang...kalau tidak kerana teropong hikmat...dan kalau tidak kerana bangsi ajaib...hanya kerana KALAU TIDAK...sedangkan sultan yang menunggu di istana...hanya dengan otak yang bijak...dapat sedap....zam zam alakazam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Post yg sama nk letak sampai 3 Kali tu kenapa?

      Alat kau problem atau brain kau yg ada masalah?

      Delete
  31. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...